The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cyndyalmaida, 2022-10-28 13:24:27

flipbook cindy almaida

flipbook cindy almaida

Cindy almaida

12070322555

5 H Akuntansi

Laras Bahasa

A. Pengertian Laras Bahasa

Laras Bahasa adalah kesesuaian antara bahasa dan fungsi pemakaiannya di maksudkan untuk
kesesuaian antara bahasa dan fungsi pemakaiannya.
Penggunaan laras bahasa ditentukan oleh dua faktor, Ciri-ciri keperihalan sesuatu peristiwa bahasa –
Situasi luaran berdasarkan latar belakang social dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa – Situasi
persekitaran berdasarkan aspek-aspek yang terlibat dalam penggunaan bahasa mengikut 2 faktor
berikut:
1. Cara penyampaian (lisan, bertulis, bahasa isyarat dan sebagainya.
2. Hubungan social dan peribadi antara pengguna bahasa

B. Jenis-jenis Laras Bahasa
Abdullah Hassan (1997: 248) membahagikan laras bahasa kepada beberapa jenis, iaitu:

1. Laras Bahasa Umum
2. Laras Bahasa Teknikal
3. Laras Bahasa Undang-undang
4. Laras Bahasa Agama
5. Laras Bahasa Himbauan
6. Laras Bahasa Klasik
7. Laras Bahasa Kreatif
8. Laras Bahasa Kanak-kanak
9. Laras Bahasa Iklan

B. Ciri-ciri Laras Bahasa

Laras Bahasa Umum Ciri-cirinya:
1. Tidak mengandungi istilah teknikal.
2. Menggunakan ayat yang berstruktur mudah..
3. Tidak banyak menggunakan kata pinjaman.

Laras Bahasa Teknikal Ciri-cirinya:
1. Banyak menggunakan istilah khusus dalam bidang tertentu.
2. Mengandungi ilustrasi (gambar rajah, jadual, graf, peta, dll.).
3. Struktur ayat: mengandungi subjek dan predikat.
4. Mengandungi ayat yang mendefinisikan makna istilah.
5. Tidak mengandungi unsur bahasa perlambangan dan bunga-bunga bahasa.
6. Tidak mengandungi ayat yang boleh ditafsirkan dengan pelbagai makna dan cara.

Laras Bahasa Undang-undang Ciri-cirinya:
1. Tidak mengandungi gambar, gambar rajah, graf, jadual, dan sebagainya.
2. Struktur ayatnya terdiridaripada prinsip undang-undang, diikuti oleh syarat, dan diakhiri dengan

keputusan undang-undang.
3. Terdapat bentuk frasa sendi nama yang tidak digunakan dalam teks teknikal yang lain.

Laras Bahasa Agama Ciri-cirinya:
1. Terdapat unsur bahasa klasik , terutama pada kosa katanya.
2. Terdapat istilah agama yang khusus bagi sesuatu agama.
3. Banyak mengandungi bentuk cerita, kias, dan ibarat.

Laras Bahasa Himbauan Ciri-cirinya:
1. Banyak menggunakan perkataan yang membawa makna ajak atau tegah.Banyak menggunakan contoh,

kes atau cerita yang selaras dengan tajuk.
2. Mengemukakan faedah daripada sesuatu perbuatan.Menampilkan akibat buruk sesuatu perbuatan.
3. Bentuk bahasa peribadi yang menggunakan ganti nama orang pertama menjadi ciri utama laras bahasa

ini.

Laras Bahasa Klasik Ciri-cirinya:
1. Teks asal ditulis dalam tulisan Jawi.
2. Tidak menggunakan tanda bacaan, dan tiada berperenggan.
3. Banyak menggunakan struktur ayat pasif.
4. Terdapat penggunaan kata praklausa atau kata pembuka ayat, seperti arakian, hatta, kalakian, dll.
5. Mengandungi kosa kata bahasa istana.Tidak terdapat imbuhan asing seperti dalam penggubalan istilah

sains dan teknikal.

Laras Bahasa Kreatif Ciri-cirinya:
1. Menggunakan struktur ayat aktif dan ayat pasif.
2. Menggunakan bentuk dialog atau kata bual seperti dalam skrip drama.
3. Menggunakan bahasa perlambangan dan kiasan.
4. Bersifat kreatif imaginatif, menggunakan bunga bahasa, dan bahasa hiasan.
5. Tidak terdapat ciri khusus bahasa teknikal dan penggunaan ilustrasi.erdapat unsur ambiguiti (ketaksaan)

dari segi penggunaan kata dan struktur ayat.
6. Terdapat penyimpangan (deviasi) dari segi fonologi, morfologi atau sintaksis
7. .Menggunakan alat stilistik untuk tujuan menimbulkan kesan, misalnya menggunakan unsur imejan.

Laras Bahasa Iklan Ciri-cirinya:
1. Terdapat penggunaan unsur grafik dan ilustrasi yang sangat kertara pada iklan bercetak.
2. Terdapat penggunaan gambar bergerak dan muzik yang jelas pada laras iklan pandang-dengar.T
3. erdapat penggunaan warna dan teknik kesan, khususnya pada iklan bercetak dan iklan pandang-

dengar.
4. Struktur ayatnya pendek dan banyak menggunakan ayat tunggal.
5. Menggunakan unsur retorik atau manipulasi bahasa secara berkesan.
6. Menggunakan ungkapan dan istilah yang ‘stylish’.
7. Menggunakan berbagai kaedah untuk memujuk atau menarik pengguna, seperti kaedah umpan,

gesaan, doa, dsbnya.

D. Contoh Laras Bahasa

a. Contoh Laras Bahasa Umum

(Akhbar) Potong gaji jika salah guna kenderaan rasmi: KSN PUTRA JAYA: Ketua atau
pegawai jabatan yang menggunakan kenderaan rasmi kerajaan untuk majlis bukan rasmi atau yang
tidak diiktiraf kerajaan akan dikenakan tindakan tatatertib, termasuk boleh dipotong gaji.
Sehubungan itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan ri Samsudin Osman mengarahkan semua ketua
jabatan supaya memantau bagi memastikan kenderaan rasmi kerajaan tidak disalah guna oleh mana-
mana pihak

2. Contoh Laras Bahasa Teknikal
Di peringkat menengah atas, di samping terdapat sekolah

akademik, terdapat juga sekolah-sekolah swasta perdagangan,
vokasional dan teknik. Sekolah-sekolah ini mengadakan berbagai-
bagai kursus. Pada tahun 1978, terdapat 191 buah sekolah jenis ini
dengan 928 orang guru dan 37,709 orang murid. Jadual 12
menunjukkan bilangan sekolah swasta yang memberikan pendidikan
perdagangan, vokasional dan teknik, jumlah guru dan murid bagi
Semenanjung, Sarawak, dan Sabah.

3. Contoh Laras Bahasa Undang-Undang
Perlembagaan universiti pertanian Malaysia universiti

pertanian Malaysia (pemeriksaan)1980 peraturan-peraturan universiti
pertanian malaysia (rayuan1987)
Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh perenggan 12 Akta
Universiti Pertanian Malaysia (Peperiksaan) 1980, Senat Universiti
Pertanian Malaysia membuat peraturan yang berikut: Nama dan Mula
Berkuatkuasa: 1. Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan
Universiti Pertanian Malaysia(Rayuan) 1987dan hendaklah disifatkan
sebagai mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Senat.

5. Contoh Laras Bahasa Himbauan (Doa)
Ya, Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kemaafan dan kesihatan yang kekal baik

dari segi agama, dunia dan seterusnya di akhirat nanti. Ya, Allah, ampunilah dosa-dosa kami, bapa-bapa
kami, ibu-ibu kami, datuk-datuk kami, ninda-ninda kami, guru-guru kami dan kesemua kaum Mukminin
dan Mukminat, Muslimin dan Muslimat baik yang hidup mahupun yang mati, dengan rahmat-Mu jua, wahai
Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

6. Contoh Laras Bahasa Klasik Kata sahibul hikayat,
ada beberapa lama antaranya maka datanglah todak menyerang Singapura, berlompatan lalu ke

darat; dan segala orang di pantai itu banyak mati, dilompati oleh todak itu. Jika kena dada, terus ke
belakang; jika kena leher dan pinggang, terus ke sebelah. Maka tidaklah dapat orang berdiri di pantai itu,
lagi banyak mati. Maka gemparlah orang berlarian ke sana-sini, semuanya menyatakan , “Todak menyerang
kita. Banyaklah sudah mati orang kita dibunuhnya”.

7. Contoh Laras Bahasa Kreatif
Pak tarik tali dengan lembut kalau-kalau wau mau jatuh. Tapi lekatnya cukup kuat. Kalau tarik

kuat tentu tali putus. Kalau tak putus wau tentu terkoyak. Kemudian Pak ambil keputusan. Tali mesti ditarik.
Mana tau kalau-kalau wau jatuh juga. Carik boleh ditampung. Cucu-cucu pun bersorak lagi. Mereka mau
wau itu jatuh. Tiba-tiba tali putus. Sorak cucu-cucu jadi senyap. Pak memandang muka cucu-cucu. Cucu-
cucu memandang muka Pak. Pakl cekak pinggang mendongak tengok wau yang tersangku


Click to View FlipBook Version