The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Garis Panduan PBS PDPP Oktober 2022 edited 9.2.2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Kho Lee Sze, 2023-02-09 07:54:58

Garis Panduan PBS PDPP

Garis Panduan PBS PDPP Oktober 2022 edited 9.2.2023

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) 2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2.1 Konsep Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam Amalan Profesional bagi pelajar Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP). Pelaksanaan PBS dapat memberi kefahaman awal atau meningkatkan pengetahuan sedia ada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. PBS juga memberi peluang kepada pelajar untuk memahami peranan sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan serta melihat peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian, dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti. Melalui PBS pelajar dapat memahami sistem organisasi sekolah berdasarkan pengurusan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum, nilai-nilai kepimpinan serta mengenal pasti dasar-dasar pendidikan yang dilaksanakan di sekolah secara efektif. 2.2 Objektif Melalui pelaksanaan PBS pelajar dapat; 2.2.1 memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah. 2.2.2 menghayati kerjaya seorang guru. 2.2.3 memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah. 2.2.4 mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid. 2.2.5 memahami pengurusan dan strategi PdP. 2.2.6 membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru, komuniti sekolah dan masyarakat. 2.2.7 mengumpul maklumat tentang pengurusan dan pentadbiran sekolah (kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum dan prasarana sekolah) iklim PdP, budaya sekolah dan masyarakat. 2.2.8 membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal. 2.2.9 membina sikap positif terhadap profesion keguruan dan kepemimpinan sekolah. 2.2.10 membuat refleksi dan rumusan mengenai tugas dan tanggungjawab guru. 2.2.11 mendokumentasikan pengalaman yang dilalui selepas pelaksanaan PBS. 8


Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) 2.3 Strategi Pelaksanaan 2.3.1 Tempoh Tempoh pelajar menjalani PBS adalah seperti dalam Jadual 2.1. Jadual 2.1: Pelaksanaan PBS Program Semester Tempoh Penempatan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) *2 2 Minggu SR/SM/Institusi Latihan *Tertakluk kepada pindaan 2.4 Penempatan Pelajar ditempatkan di sekolah rendah/menengah/Institusi latihan/Prasekolah/TASKA tertentu dan diuruskan oleh Unit Praktikum IPG yang menawarkan kursus yang terlibat. Penempatan ini bertujuan untuk membolehkan mereka mendapat pengalaman dan pendedahan yang pelbagai sebelum mereka ditempatkan di sekolah untuk menjalani praktikum. 2.5 Prosedur Pelaksanaan PBS 2.5.1 IPG akan memaklumkan kepada semua JPN tentang pelaksanaan PBS. 2.5.2 IPG akan memaklumkan kepada pihak sekolah tentang penempatan pelajar dan pelaksanaan PBS. 2.5.3 IPG akan menguruskan taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBS untuk pelajar. 2.5.4 IPG menyediakan borang dan dokumen berkaitan PBS untuk tindakan pelajar. 2.5.5 Pensyarah Jabatan Bidang Teras akan menyedia dan membuat penilaian kerja kursus pelaksanaan aktiviti PBS kepada pelajar untuk disempurnakan sepanjang tempoh pelaksanaan PBS. Tiada kerja kursus lain yang boleh diberikan kepada pelajar selain kerja kursus yang telah ditetapkan. 2.5.6 Penilaian PBS merupakan 100% daripada markah kerja kursus Bidang Teras. 2.5.7 Hasil aktiviti PBS akan dibincang bersama-sama pensyarah yang berkenaan semasa sesi interaksi kuliah dan sesi refleksi. 9


Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Jadual 2.2 : Wajaran Markah Kerja Kursus PBS Semester Tempoh Kerja kursus Penilaian Wajaran Markah Kerja Kursus 2 2 minggu Bidang Teras Berdasarkan MK ● Portfolio 30% ● Laporan pemerhatian 40% ● Kajian kes 30% 2.6 Aktiviti Semasa PBS 2.6.1 Pelajar dikehendaki menyerahkan melengkapkan maklumat PBS dan diserahkan bersama-sama kerja kursus kepada Jabatan Bidang Teras. 2.6.2 Pelajar dikehendaki melaksanakan kerja kursus berdasarkan semua aspek yang dtetapkan oleh Jabatan Bidang Teras dan Unit Praktikum dalam tempoh pelaksanaan PBS. 2.6.3 Jabatan Bidang Teras perlu menyediakan soalan kerja kursus. 2.6.4 Pelajar perlu menyerahkan kerja kursus kepada pensyarah yang dilantik untuk dinilai. 2.6.5 Tiada kuliah serta kerja kursus lain diberikan kepada pelajar semasa pelaksanaan PBS. 2.7 Kehadiran 2.7.1 Kehadiran pelajar dalam PBS adalah 100 peratus. 2.7.2 Pelajar yang tidak hadir kerana sakit atau cedera memerlukan pengesahan doktor/pegawai perubatan. 2.7.3 Pelajar yang tidak cukup kehadiran perlu melengkapkan tempoh PBS yang ditetapkan, melainkan mendapat pengecualian daripada Pengarah IPGK berkenaan. (Rujuk Jadual 4.7) 10


Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) 2.8 Status Pelaksanaan PBS 2.8.1 Pelajar perlu menyempurnakan PBS mengikut struktur program yang telah ditetapkan sebagai prasyarat menjalani praktikum. 2.8.2 Pelajar perlu menulis pernyataan profesional/kontrak aktiviti sebelum menjalani PBS 2.8.3 Pelajar yang telah menjalani PBS perlu memenuhi keperluan berikut: 2.8.3.1 Melengkapkan tugasan 1, tugasan 2 dan tugasan 3 (Rujuk JST) 2.8.3.2 Melengkapkan Kehadiran pelajar dalam PBS (Lampiran 1-10). 2.8.3.3 Mendapatkan Laporan Perkembangan Pelajar (Lampiran 1-11) daripada pihak pengurus sekolah. 2.9 Peranan dan Tanggungjawab Pelajar 2.9.1 Menerima maklumat berkaitan pelaksanaan PBS. 2.9.2 Memahami objektif PBS. 2.9.3 Melaksanakan aktiviti PBS. 2.9.4 Hadir ke sekolah pada tarikh yang ditetapkan sepanjang tempoh PBS. 2.9.5 Mematuhi etika keguruan, peraturan IPG dan peraturan sekolah. 2.9.6 Memerhati suasana pembelajaran di bilik darjah, persekitaran dan kelengkapan sekolah. 2.9.7 Berbincang dengan pihak sekolah tentang aktiviti yang dilaksanakan. 2.9.8 Mendokumentasikan segala hasil aktiviti dan hasil refleksi secara berterusan dalam portfolio individu. 2.9.9 Menyerahkan kerja kursus PBS kepada pensyarah bidang teras pada masa yang ditetapkan. 11


Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) 2.10 Peranan Pengurus Sekolah 2.10.1 Memberi taklimat kepada pelajar tentang sejarah, struktur organisasi, pengurusan, peraturan, disiplin, budaya, komuniti sekolah dan masyarakat. 2.10.2 Bekerjasama dengan pihak IPG dalam menjayakan PBS. 2.10.3 Memberi peluang kepada pelajar membuat pemerhatian persekitaran sekolah/proses PdP/aktiviti guru. 2.10.4 Membantu pelajar untuk mengumpul maklumat sekolah yang diperlukan bagi melaksanakan kerja kursus dan aktiviti PBS. 2.10.5 Membantu pelajar menyesuaikan diri dalam komuniti sekolah dan masyarakat. 2.10.6 Mengawasi disiplin dan kehadiran pelajar sepanjang tempoh PBS dan mengesahkan Borang Kehadiran PBS. (Lampiran 1-10) 2.10.7 Melaporkan kemajuan pelajar dengan menggunakan Borang Laporan Perkembangan Pelajar. (Lampiran 1-11) 2.10.8 Memberi bimbingan dan maklum balas yang berterusan kepada pelajar. 2.10.9 Membantu pelajar meningkatkan keperihatinan terhadap alam persekolahan dan profesion keguruan. 2.10.10 Memastikan pelajar tidak diberi kelas ganti melebihi LIMA waktu seminggu. 2.11 Peranan dan Tanggungjawab Unit Praktikum / Unit Amalan Profesional. 2.11.1 Memahami, menghayati dan memastikan pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yang ditetapkan dalam GPP Amalan Profesional 2.11.2 Merancang dan mengenal pasti sekolah serta mengurus penempatan pelajar untuk PBS. 2.11.3 Menghantar surat makluman pelaksanaan PBS kepada JPN/PPD dan kepada sekolah-sekolah yang terlibat. 2.11.4 Memastikan kerja kursus PBS dilaksanakan pada masa yang ditetapkan dan masa yang mencukupi diberikan kepada pelajar. 2.11.5 Mengurus pelantikan pensyarah/penyelaras kursus. 2.11.6 Memberikan maklumat kepada pelajar dan pensyarah berhubung dengan konsep, objektif dan aktiviti dalam pelaksanaan PBS. 2.11.7 Memastikan pelajar hadir ke sekolah mengikut tarikh yang ditetapkan. 2.11.8 Memastikan pelajar melaksanakan kerja kursus PBS dan menyerahkan portfolio kepada pensyarah yang berkenaan. 12


Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) 2.11.9 Mewujudkan kerjasama dan hubungan profesional antara IPG dengan sekolah dan institusi terlibat. 2.11.10 Menentusahkan markah kerja kursus pada peringkat Mesyuarat JKIPIPG/JKIAPIPG 2.11.11 Menyediakan laporan bertulis tentang kes-kes khas pelajar kepada pihak IPG dengan segera. 2.11.12 Merekod markah dalam BKKP 2.12 Peranan dan Tanggungawab Jabatan Akademik 2.12.1 Memahami, menghayati dan memastikan pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yang ditetapkan dalam GPP Amalan Profesional. 2.12.1 Mencalonkan pensyarah/penyelaras kursus yang berkelayakan. 2.12.2 Memastikan pelaksanaan kursus PBS mematuhi Maklumat Kursus. 2.12.3 Memastikan pelajar menerima maklumat berhubung pelaksanaan kerja kursus PBS 2.12.4 Memantau penggubalan kerja kursus berdasarkan Maklumat Kursus. 2.12.5 Memantau pelaksanaan moderasi kerja kursus berdasarkan Buku Panduan Pentaksiran terkini. 2.12.6 Memastikan penyediaan dokumen untuk verifikasi kerja kursus. 2.12.7 Memastikan markah direkod untuk diserahkan ke Unit Praktikum. 2.12.8 Memastikan pengisian Entrance dan Exit Survey 2.12.9 Memastikan penyimpanan rekod yang lengkap berkaitan kerja kursus. 2.12.10 ATP pensyarah : Jam interaksi bagi PBS perlu dimasukkan dalam jadual waktu pensyarah bagi konteks syarahan iaitu 2.5 jam / minggu bagi membolehkan pensyarah menyediakan soalan kerja kursus, membimbing dan menanda kerja kursus pelajar (portfolio, laporan pemerhatian, kajian kes) seperti yang terkandung dalam maklumat Kursus PBS PDPP PRKA 2031. 13


Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) 2.13 Peranan dan Tanggungawab Pensyarah 2.13.1 Menerima lantikan sebagai pensyarah/penyelaras kursus. 2.13.2 Memahami, menghayati dan memastikan pelaksanaan PBS mengikut Garis Panduan Pelaksanaan PBS. 2.13.3 Menggubal kerja kursus berdasarkan Maklumat Kursus. 2.13.4 Memeriksa dan melaksanakan moderasi kerja kursus. 2.13.5 Menyediakan dokumen untuk verifikasi kerja kursus. 2.13.6 Menguruskan pengisian Entrance and Exit Survey 2.13.7 Menyimpan rekod yang lengkap berkaitan kerja kursus. 2.13.8 Memastikan pelajar membuat kerja kursus dan menyerahkan kerja kursus kepada pensyarah bidang teras pada tarikh yang ditetapkan. 2.14 Penilaian Alternatif bagi PBS dalam Kes-kes Khas 2.14.1 Sebarang perubahan kaedah pentaksiran bagi PBS perlu mematuhi prinsip utama pentaksiran, iaitu mengukur pencapaian pelajar berdasarkan hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam Maklumat Kursus serta menepati kaedah pentaksiran yang dibenarkan oleh pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) 2.15 Kes Gagal PBS 2.15.1 Kes gagal PBS perlu merujuk kepada prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan di bawah Unit Peperiksaan dan Penilaian dan Garis Panduan Amalan Profesional. 14


Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) 15


Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) LAMPIRAN 1-1 PANDUAN TUGASAN 1 PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 1. Pengenalan Pernyataan profesional/ kontrak aktiviti merujuk kepada harapan/ aktiviti yang ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Fokus tertentu perlu ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan aktiviti tersebut bagi mencapai objektif yang diharapkan. Setiap fokus aktiviti hendaklah dapat diukur dan dinilai sendiri oleh pelajar di peringkat akhir. 2. Tujuan Pernyataan Profesional 2.1 Menyatakan fokus aktiviti yang hendak dilaksanakan dengan jelas 2.2 Membantu pelajar merancang strategi pelaksanaan aktiviti yang difokuskan dengan sistematik 2.3 Membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti yang difokuskan 2.4 Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat tindakan susulan / penambahbaikan 3. Pernyataan Profesional 3.1 Sebelum PBS a. Kenal pasti fokus utama kerja kursus. b. Tujuan kerja kursus. c. Merancang strategi pelaksanaan. d. Instrumen penilaian kendiri. 3.2 Semasa PBS a. Melaksanakan kerja kursus / strategi yang dirancang. b. Mengumpul dan merekod maklumat. 3.3 Selepas PBS (refleksi) a. Menilai. b. Melapor 4. Penilaian Kendiri Terhadap Pernyataan Profesional a. Pencapaian objektif b. Cadangan tindakan susulan / penambahbaikan 16


Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) LAMPIRAN 1-2 PANDUAN PENYEDIAAN PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 1. Pengertian Portfolio a. Portfolio atau profil profesional merupakan koleksi dokumen yang memberi gambaran tentang seorang profesional dari segi: i. Pengetahuan ii. Kemahiran iii. Pengalaman iv. Kelayakan v. Matlamat dan pencapaian 2. Tujuan Portfolio a. Mendokumentasikan kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman dalam PBS. b. Sebagai landasan komunikasi antara pelajar, pensyarah dan mentor untuk menilai. c. Perkembangan profesionalisme pelajar. d. Memberi ruang kepada pelajar membuat refleksi dan mendapat pengetahuan serta pengalaman baharu. e. Membudayakan proses pengumpulan maklumat serta dokumen secara sistematik dan profesional. 3. Ciri-Ciri Portfolio a. Pelajar mestilah melaksanakan refleksi kendiri pada akhir portfolio. b. Portfolio mestilah hasil asli daripada pelajar. c. Mengandungi maklumat yang menggambarkan proses pelaksanaan, perkembangan dan penilaian dalam melaksanakan setiap kerja kursus. 4. Tanggungjawab Pelajar Dalam Penyediaan Portfolio a. Menyediakan portfolio yang kemas kini berdasarkan kandungan portfolio. b. Menyerahkan portfolio kepada pensyarah kursus untuk disemak. 17


Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) LAMPIRAN 1-3 KANDUNGAN PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Diisi oleh Penilai) Bil Tajuk Item Tandakan / 1 Maklumat Penempatan 1.1 Surat Pengenalan Diri 2 Biodata 2.1 Nama IPGK 2.2 Gambar 2.3 Nama Pelajar 2.4 No. Kad Pengenalan 2.5 Alamat tetap 2.6 No. Telefon dan E-mel 2.7 Ambilan dan Pengkhususan 2.8 Tahun dan Semester : Tahun Semester 2.9 Tarikh PBS: 3 Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti 3.1 Pernyataan sebelum, semasa dan selepas PBS 3.2 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus 4 Kurikulum 4.1 Carta Organisasi 4.2 Bidang Tugas Panitia 4.3 Takwim kurikulum 4.4 Program 5 Kokurikulum 5.1 Carta Organisasi 5.2 Bidang Tugas 5.3 Takwim Kokurikulum 5.4 Program 6 Prasarana Sekolah 6.1 Persekitaran Sekolah 7 Maklumat Sekolah 7.1 Maklumat Umum sekolah Ulasan Penilai: Tandatangan : Tarikh: Nama : 18


Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) LAMPIRAN 1-7 MAKLUMAT UMUM SEKOLAH 1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat yang disenaraikan dalam borang berikut: Bil Perkara Catatan / data 1 Nama dan Alamat Sekolah 2 No. Telefon Sekolah 3 Alamat e-mel / Web Sekolah 4 Lokasi (Bandar / Luar Bandar) 5 Nama Pengurus Sekolah 6 Nama PK Pentadbiran 7 Nama PK HEM 8 Nama PK Kokurikulum 9 Nama Penyelia Petang 10 Nama YDP PIBG 11 Gred/Tahap Sekolah 12 Bilangan Guru Lelaki: Perempuan: 13 Bilangan Guru Mengikut Kelayakan Akademik Siswazah: Bukan Siswazah: 14 Bilangan Kelas 15 Purata Saiz Kelas orang 16 Jumlah Murid Melayu Cina India Lainlain Lelaki Perempuan 17 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini 22


Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 1. Definisi Refleksi 1. Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. 2. Amalan refleksi merupakan perlakuan memikirkan pengalaman pelajar semula. Ia memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat. Proses ini membuat andaian yang rasional berasaskan fakta melalui pemerhatian, temu bual atau soal selidik. 3. Refleksi dalam PBS membolehkan pelajar dibimbing untuk menaakul, memilih strategi pelaksanaan kerja kursus dan seterusnya membuat penilaian kendiri. Amalan refleksi ini membolehkan pelajar menghayati dan meningkatkan profesionalisme keguruan secara efektif. 2. Tujuan Refleksi a. Pelajar dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap kerja kursus yang dilaksanakan. b. Pelajar dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambah baik dan meningkatkan kualiti setiap kerja kursus secara berterusan. c. Memperkembangkan keupayaan celik akal pelajar bagi melahirkan kreativiti dan inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan. d. Meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesional keguruan. 3. Ciri-ciri Refleksi a. Bermula dengan mengingat kembali. b. Melibatkan perasaan (domain afektif) terhadap sesuatu. c. Menentukan usaha secara sedar (conscious effort). d. Bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif. (Ciri-ciri di atas perlu ada dalam penulisan refleksi) 4. Amalan Refleksi / Penilaian Kendiri Dalam PBS Refleksi ialah proses mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan PBS oleh pelajar sendiri untuk mempertingkatkan kemahiran keguruan. Antara garis panduan yang boleh dilaksana ialah: 1. Sejauh manakah keberkesanan pelaksanaan PBS yang dirancang tercapai? 2. Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti? 3. Apakah cadangan penambahbaikan daripada kelemahan yang dikenal pasti? 19


Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) LAMPIRAN 1-5 Panduan Tugasan 2 Laporan Pemerhatian A) Perkara yang perlu diperhatikan dalam pemerhatian. 1) Latar belakang dan persekitaran tentang - Persatuan Ibu Bapa dan Guru termasuk anggota persatuan Ibu bapa dan guru. - Warga Sekolah (pentadbir, guru, staff sokongan dan murid) termasuk demografi warga sekolah, pengurusan dan pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah. - Peraturan Umum Sekolah termasuk jenis-jenis peraturan yang terdapat di sekolah. - Pengurusan Disiplin Pelajar di sekolah termasuk bilangan kes disiplin pelajar. 2) Program dan Aktiviti-aktiviti termasuk kandungan aktiviti program yang melibatkan - Persatuan Ibu Bapa dan Guru - Warga Sekolah (pentadbir, guru, staff sokongan dan murid) - Peraturan Umum Sekolah - Pengurusan Disiplin Murid di sekolah B) Soalan ditanya selepas pemerhatian atau semasa temubual dengan Pengurus sekolah, guru, warga sekolah, wakil komuniti atau murid yang ditemu bual dalam mengenal pasti dan menganalisis punca masalah yang berkaitan. Selepas itu, menilai, memilih dan menyusun cara penyelesaian terhadap masalah yang dikenalpasti secara sistematik dalam laporan pemerhatian. Soalan-soalan berikut diberikan sebagai contoh dan panduan sahaja untuk temubual dengan pengurus sekolah. Pelajar-pelajar digalakkkan mengubahsuai dan menggunakan soalan-soalan yang bersesuaian mengikut situasi yang bersesuaian apabila menembual dengan pengurus sekolah, guru, warga sekolah, wakil komuniti atau murid. 1) Bolehkah guru besar ceritakan serba sedikit pengalaman pengurusan dan pentadbiran di sekolah? 2) Apakah tugasan pengurusan dan pentadbiran yang guru besar laksanakan di sekolah? 3) Apakah cabaran yang sering dihadapi sepanjang perkhidmatan sebagai sebagai guru besar di sekolah? 4) Sebagai guru besar memerlukan persediaan dan fizikal dalam pengurusan isu guru dan isu disiplin murid di sekolah. Apakah komen guru besar tentang perkara ini? 20


Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) 5) Pada pendapat guru besar, apakah cara penyelesaian yang sesuai digunakan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah? 6) Bagaimanakan cara-cara tersebut membantu mengatasi isu-isu yang dihadapi oleh guru besar sebelum ini? 7) Bagaiman guru besar boleh mendorong dan mengalakkan guru dan murid-murid untuk bersama-sama mengatasi isu-isu yang dihadapi? 8) Dapatan kajian mengatakan amalan kepimpinan transformasional adalah sesuai untuk menyelesaikan isu tentang bebanan guru di sekolah. Apakah komen guru besar tentang amalan kepimpinan ini? (sekiranya isu bebanan guru merupakan salah satu isu yang dikenalpasti) 9) Ada apa-apa tambahan sekiranya ada 10) Ucapan terima kasih dan penghargaan 11) Temu janji untuk temubual pada masa akan datang (sekiranya perlu) 21


Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) LAMPIRAN 1-8 Panduan Tugasan 3 Tajuk Kajian Kes ( dalam huruf kecil , tetapi dimulakan dengan huruf besar bagi setiap perkataan ) (mesti mengandungi halatuju, kumpulan sasaran dan program intervensi/kaedah) NAMA PENGKAJI ALAMAT EMAIL PENGKAJI 1. PENGENALAN TENTANG ISU YANG DIFOKUSKAN DALAM KAJIAN ● Masukkan sekurang-kurangnya TIGA tinjauan literatur yang berkaitan dengan isu yang difokuskan. 2. PERMASALAHAN KAJIAN Permasalahan kajian merupakan isu atau masalah yang ingin dikaji dalam kajian. Pernyataan masalah kajian boleh diwujudkan dalam bentuk soalan-soalan terbuka seperti di bawah: a. Apakah isu? b. Apakah punca isu? c. Apa akan berlaku jika isu tidak ditangani? d. Bagaimana hendak menangani isu? e. Apakah cadangan penambahbaikan yang akan dilaksanakan untuk menangani isu tersebut? 3. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian merujuk kepada sesuatu yang hendak dicapai dan bagaimana hendak mencapainya. Objektif kajian juga hendaklah jelas dan konsisten serta boleh dikenal pasti. Selain itu objektif kajian juga menjelaskan tujuan sesuatu kajian itu dijalankan. 3.1 Objektif a. Boleh diukur b. Boleh dilaksana c. Boleh membawa perubahan kepada kumpulan sasaran 4. KUMPULAN SASARAN a. Murid b. Guru c. Pentadbir d. Ibu bapa e. Staf sekolah 23


Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) 5. METODOLOGI KAJIAN 5.1 cara data diperoleh iaitu kuantitatif atau kualititatif atau gabungan kuantitatif dan kualitatif 6. Analisis data 6.1 Analisis data kuantitatif atau kualititatif atau gabungan kuantitatif dan kualitatif yang diperolehi 7. Perbincangan 7.1 Perbincangan tentang hasil dapatan kajian dalam analisis data 8. Cadangan Kajian Lanjutan 8.1 Cadangan penambahbaikan untuk kajian seterusnya bagi tajuk yang hampir sama 8.2 Cadangan kajian seterusnya bagi topik lain 9. Kesimpulan 10. Rujukan Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association). 11. Rumusan refleksi berasaskan kepada prinsip S.W.O.T semasa PBS 11.1 Kekuatan (Strength) 11.2 Kelemahan (Weakness) 11.3 Peluang (Opportunity) 11.4 Ancaman (Threat) 24


Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) LAMPIRAN 1-9 Borang PR4 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDKAN MALAYSIA BORANG PENILAIAN PORTFOLIO PBS IPG Kampus Nama Pelajar No. K/P Program PDPP Lain-Lain Ambilan Pengkhususan Sekolah ASPEK TAHAP ULASAN A. KURIKULUM (30 % ) 1 2 3 4 5 ● Penulisan pernyataan profesional ● Pengurusan sumber manusia ● Pengurusan akademik ● Pengurusan Hal Ehwal Murid Markah A ( / 30 ) B. KOKURIKULUM (30 %) 1 2 3 4 5 ● Pengurusan kokurikulum ● Kelab dan persatuan Markah B ● Unit beruniform ● Sukan dan permainan ( / 30 ) ● Ko akademik ● 1 Murid 1 Sukan KRITERIA PERMARKAHAN MENGIKUT TAHAP Tahap 10 % 30 % 1 0.0 – 4.9 0.0 – 14.9 2 5.0- 5.9 15.0 – 17.9 3 6.0 – 7.4 18.0 – 22.4 4 7.5 - 8.9 22.5 – 26.9 5 9.0 - 10.0 27.0 - 30.0 SULIT Petunjuk Tahap (Sila bulatkan angka yang berkenaan) Tahap 1 : Lemah Tahap 2 : Memuaskan Tahap 3 : Baik Tahap 4 : Cemerlang Tahap 5 : Amat Cemerlang RUMUSAN UNTUK PBS


Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) C. PRASARANA SEKOLAH (30 %) ● Maklumat umum sekolah ● Peranan komuniti 1 2 3 4 5 Markah C ( / 30 ) D. PEMBINAAN PORTFOLIO (10 %) ● Lengkap dan kemas ● Bukti-bukti yang relevan ∙ 1 2 3 4 5 Markah D ( / 10 ) Jumlah Keseluruhan Markah= (A + B + C + D ) = % RUMUSAN KESELURUHAN ....................................................................................................... Tandatangan Pensyarah Pemeriksa (Nama: ) Tarikh:


Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) LAMPIRAN 1-9a PANDUAN PENGGUNAAN BORANG PR4 (BORANG PENILAIAN PORTFOLIO PBS) 1. Borang PR 4 digunakan untuk membuat penilaian portfolio PBS 2. Empat komponen yang mengandungi aspek-aspek tertentu disediakan sebagai fokus membuat rumusan. Setiap aspek disediakan tahap yang digunakan sebagai petunjuk pencapaian pelajar. 3. Borang PR4 ini adalah sulit tidak boleh diberikan kepada pelajar. A. KURIKULUM Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5 Maklumat kurikulum tidak jelas, tidak teratur, tidak ada sumber rujukan, kandungan bahan kurang. Maklumat kurikulum kurang jelas, kurang teratur, sumber rujukan sangat terhad, kandungan bahan kurang Tidak berinovasi dengan berbantukan pelbagai sumber dan teknologi Maklumat kurikulum jelas, tetapi kurang teratur, sumber rujukan terhad, kandungan bahan mengikut format Kurang berinovasi dengan berbantukan pelbagai sumber dan teknologi Maklumat kurikulum jelas dan teratur , sumber rujukan sesuai dengan tajuk, kandungan bahan mengikut format Berinovasi dengan berbantukan pelbagai sumber dan teknologi Maklumat kurikulum sangat jelas dan teratur, sumber rujukan pelbagai dan sesuai dengan tajuk, kandungan bahan kreatif dan mengikut format Sangat berinovasi dengan berbantukan pelbagai sumber dan teknologi B. KOKURIKULUM Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5 Maklumat kokurikulum tidak jelas, tidak teratur, tidak ada sumber rujukan, kandungan bahan kurang. Maklumat kokurikulum kurang jelas, kurang teratur, sumber rujukan sangat terhad, kandungan bahan kurang Tidak berinovasi dengan berbantukan pelbagai sumber dan teknologi Maklumat kokurikulum jelas, tetapi kurang teratur, sumber rujukan terhad, kandungan bahan mengikut format Kurang berinovasi dengan berbantukan pelbagai sumber dan teknologi Maklumat kokurikulum jelas dan teratur, sumber rujukan sesuai dengan tajuk, kandungan bahan mengikut format Berinovasi dengan berbantukan pelbagai sumber dan teknologi Maklumat kokurikulum sangat jelas dan teratur, sumber rujukan pelbagai dan sesuai dengan tajuk, kandungan bahan kreatif dan mengikut format Sangat berinovasi dengan berbantukan pelbagai sumber dan teknologi


Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) C. PRASARANA SEKOLAH Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5 Maklumat prasarana sekolah tidak jelas, tidak teratur, tidak ada sumber rujukan, kandungan bahan kurang. Maklumat prasarana sekolah kurang jelas, kurang teratur, sumber rujukan sangat terhad, kandungan bahan kurang Tidak berinovasi dengan berbantukan pelbagai sumber dan teknologi Maklumat prasarana sekolah jelas, tetapi kurang teratur, sumber rujukan terhad, kandungan bahan mengikut format Kurang berinovasi dengan berbantukan pelbagai sumber dan teknologi Maklumat prasarana sekolah jelas dan teratur, sumber rujukan sesuai dengan tajuk, kandungan bahan mengikut format Berinovasi dengan berbantukan pelbagai sumber dan teknologi Maklumat prasarana sekolah sangat jelas dan teratur, sumber rujukan pelbagai dan sesuai dengan tajuk, kandungan bahan kreatif dan mengikut format Sangat berinovasi dengan berbantukan pelbagai sumber dan teknologi D. PEMBINAAN PORTFOLIO Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5 Tidak melengkapkan Portfolio seperti yang ditetapkan Kurang berusaha untuk mengemaskinikan portfolio dengan maklumat dan dokumen baru . Penyediaan portfolio kemas dan menepati objektif penyediaan portfolio PBS Penyediaan portfolio kemas, kreatif dan teratur serta menepati objektif penyediaan portfolio PBS. Penyediaan portfolio amat kemas, kreatif dan teratur serta amat menepati objektif penyediaan portfolio PBS. Tidak berusaha untuk menambah maklumat dan dokumen yang relevan. Maklumat yang diberikan kurang berkaitan dengan objektif PBS Terdapat penambahan maklumat dan dokumen yang relevan dengan objektif PBS, tetapi pengolahannya kurang kemas, kreatif dan teratur. Menunjukkan kesungguhan dan kerajinan dalam proses pembinaan portfolio – dokumen dan maklumat yang ditambah itu relevan. Menunjukkan kesungguhan dan kerajinan dalam proses pembinaan portfolio – dokumen dan maklumat yang ditambah itu amat relevan


Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) LAMPIRAN 1-12 BORANG KERJA KURSUS PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Nama Pelajar No. KP Program PDPP Kumpulan Ambilan OKT 2021 Bidang Teras Tempoh PBS Nama Sekolah TAHAP PENCAPAIAN: Item Aspek Wajaran Markah Catatan 1. Portfolio Individu 30 2. Laporan Pemerhatian 40 3. Kajian Kes 30 JUMLAH MARKAH Dengan ini diperakui bahawa pelajar telah Melengkapkan/Tidak Melengkapkan keperluan PBS Tandatangan Pemeriksa Kerja kursus: Nama: Tarikh: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN


Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) LAMPIRAN 1-10 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN BORANG KEHADIRAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Nama Sekolah : Alamat Sekolah : Tarikh PBS : hingga Program dan Ambilan: PDPP OKTOBER 2021 Kumpulan: ________________________ Pengkhususan: ______________________________________________________________ Nama Pelajar No. KP Tulis tarikh dan ( / ) sekiranya hadir Catatan: ❖ Ketua kumpulan diminta menghantar borang kehadiran ini ke Unit Praktikum IPG selepas tamat Pengalaman Berasaskan Sekolah ❖ Ketidakhadiran mesti disertakan dengan sijil cuti sakit atau surat kebenaran daripada Pengarah / Timbalan Pengarah IPG Tandatangan Ketua Kumpulan : Nama : Pengesahan Pengurus Sekolah: Tandatangan: Cap Sekolah: Tarikh :


Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) LAMPIRAN 1-11 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH LAPORAN PERKEMBANGAN PELAJAR (Diisikan oleh Pengurus Sekolah) Nama Pelajar : No. K.P. : Pengkhususan & kumpulan: Ambilan : PDPP OKTOBER 2022 Aspek Tandakan Ulasan Lemah Sederhana Baik Sahsiah dan Perwatakan a) Penampilan diri b) Pekerti c) Keprihatinan d) Sifat sebagai pendidik Komunikasi Berkesan: a) Berinteraksi secara beretika b) Keupayaan berbincang dan membuat refleksi c) Keupayaan menyampaikan idea Budaya Profesional Guru: a) Keupayaan membina hubungan positif b) Usaha untuk mendapatkan ilmu dan bimbingan c) Komited terhadap kerja kursus Ulasan Keseluruhan Tandatangan Pengurus Sekolah : Cap Sekolah: Tarikh


Click to View FlipBook Version