The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Rutin Harian Nana
by Atasha Azli

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tacha96acha, 2021-12-08 13:10:13

Rutin Harian Nana

Rutin Harian Nana
by Atasha Azli

Rutin Harian Nana

-PENULIS : ATASHA AZLI-

6
Tahun

Ini bilik tidur
Nana yang cantik.

Katil

Nana mengemas katilnya pada setiap
hari dan bersedia untuk memulakan hari

yang baru.

Ini bilik mandi Nana. Sabun mandi
Pemberus gigi

Tab mandi

Nana menggosok gigi dan mandi.
Apakah pakaian yang akan Nana

pakai pada hari ini?

Skirt.

Baju kemeja-T

Nana memilih pakaian yang sesuai
untuk pergi ke sekolah.

Telur Ini ruang makan
di rumah Nana.

Roti Susu

Nana makan telur,roti dan minum
susu sebelum ke sekolah.

Kasut

Sarung kaki

Selepas makan, Nana memakai sarung kaki
dan kasut sambil menunggu bas sekolah.

Bas sekolah

Bas sekolah telah tiba.
Nana menaiki bas dan bersedia

untuk belajar di sekolah.

Ini sekolah Nana.

Nana berasa sangat gembira kerana dapat
berjumpa dengan rakan-rakannya.

Ini kelas Nana
bersama-sama rakannya.

Nana sangat minat untuk belajar.Dia
selalu belajar bersama-sama rakannya di

dalam kelas.

Ini padang sekolah Nana.

Padang sekolah Nana sangat besar.
Dia bersama-sama rakannya akan melakukan
aktiviti sukan di padang pada setiap hari Rabu.

Pada jam 1:00 petang, waktu persekolahan telah
tamat dan Nana pulang ke rumah.

Makan Tengah Hari
Ikan kukus
Sup sayur

Ayam goreng

Setelah pulang dari sekolah, Nana makan
tengah hari bersama dengan ibunya.

Ini ruang belajar
Nana yang selesa.

Jam dinding
Rak buku

Beg sekolah

Nana menyiapkan latihan yang
telah diberikan oleh gurunya.

Pada waktu petang, Nana meluangkan masa
untuk bermain bersama-sama abangnya.

Ini dapur di rumah Nana.

Peti sejuk

Udang

Setelah membersihkan diri, Nana
menolong ibunya di dapur untuk

menyediakan hidangan makan malam.

Televisyen Ini ruang tamu
Nana yang besar.

Sofa

Setelah selesai makan malam, Nana dan
keluarganya akan berkumpul di ruang tamu

sambil menonton televisyen.

Setelah penat menjalani aktiviti
seharian, Nana menukar pakaiannya

ke baju tidur dan sudah tiba
masanya untuk ucapkan ‘Selamat

malam semua’.

-CARI PERKATAAN TERSEMBUNYI-

BERSAMA NANA

KATI L I EBAS KATIL
AQC SOF AGAA SABUN
S P K BEOY KJB BUKU
UDANG E S YAU ROTI
UDANG

T D E I OOU I MN KASUT

E ROT I ASAUE SOFA
L ROA I BUKUA JAM
SUSU

BAS





-TAMAT-

RUTIN HARIAN NANA

Jom Baca Buku
Cerita

Buku yang menarik ini akan dapat
membantu kanak-kanak memahirkan

penggunaan kosa kata dan cara
pembacaan mereka.

Semoga penerbitan buku cerita ini
mampu melahirkan generasi yang

bijak pandai .

https://instagram.com/kidsebookstore?utm_medium=copy_link -PENULIS : ATASHA AZLI-


Click to View FlipBook Version