MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK TELOK MAS KE-46
TARIKH : 23 MAC 2019
SABTU
HARI : 8:30 PAGI
DEWAN WAWASAN SK TELOK MAS
MASA : 150 ORANG
TEMPAT :
KEHADIRAN :
1 ) UCAPAN ALUAN TUAN GURU BESAR.
1.1. Tuan Guru Besar SK Telok Mas, Puan Rohaya binti A Hamid
mengucapkan terima kasih kepada hadirin yang hadir, barisan ahli
jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) yang komited
dengan semua program yang dijalankan oleh pihak sekolah.
1.2. Ahli jawatankuasa PIBG kekal sehingga 2018 . Pemilihan ajk baru
adalah pada tahun 2019.
2) UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG.
2.1 Encik Mat Faris mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua
ibu bapa dan guru yang dapat hadir pada hari ini. Beliau menyatakan
pelbagai aktiviti yang telah dijalankan untuk meningkatkan
kecemerlangan murid-murid SKTM.
3) PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE - 45.
3.1 Puan Anita membentangkan minit mesyuarat kali ke 45.
4) PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
Cadangan : Puan Norhafizah Binti Md.Nor
Sokongan : Puan Ramlah binti Abdul Ghani
5) PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit
6) PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN PIBG
Puan Zurinah bt Mohd Diah membentangkan Penyata Kewangan PIBG
yang berakhir pada 31.12.2018.
Cadangan : Puan Noridah binti Leman
Sokongan : Puan Ramlah binti Abdul Ghani
7) MEMBENTANG DAN MENERIMA USUL 2019
USUL 1
Selaraskan waktu balik masa persekolahan. ( Nur Amanina 2
Intelek - AZwan Mohd )
Guru Besar menerangkan tidak boleh selaraskan waktu balik
kerana pihak sekolah tertakluk pada Dasar Kementerian. Selain itu,
Murid Tahap 2 balik pada pukul 1.45 p.m kerana ada program
Cakna Solat.
Usul ditolak.
USUL 2
Memohon pengawal keselamatan menjaga lalu lintas jalan raya
terutama semasa hari hujan.( Faris Ova Aulia Azis - 5 Intelek –
Fauziah bt. Abdullah )
YDP memaklumkan bahawa pengawal keselamatan menjaga
lalu lintas jalan raya semasa hari hujan, tiada dalam aspek bidang
tugas mereka. PIBG akan memohon insurans perlindungan
sekiranya berlaku kemalangan atau perkara yang tidak diingini.
PIBG juga, akan menyumbang RM150 setahun kepada 4 orang
pengawal.
Usul diterima.
USUL 3
Memohon pintu pagar di padang bola dibuka pada waktu pagi dan
waktu balik sekolah untuk elak kesesakan. ( Abdul Hadi - 5 Inovasi
– Paisal b. Saleh )
Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah telah
membuka 3 buah pintu. Sekiranya membuka sebuah pintu lagi,
Guru bertugas tidak cukup untuk mengawal. Membuka 3 buah
pintu sahaja sudah cukup.
Usul ditolak.
USUL 4
Tangga di kelas 1 Inovasi dibuat pintu besi untuk keselamatan
murid-murid. ( Mohd Nico Adicandra 1 Inovasi – Rahimah binti
Rahim)
Setuju akan dibuat.
Usul diterima
USUL 5
Mempertingkatkan mutu pembelajaran ( Nur Balqis Alya Dania - 3
Intelek – Norhasnizal b. Jamaldin )
Guru Besar memaklumkan bahawa guru sentiasa
mempertingkatkan mutu pembelajaran yang dikenali kini, iaitu
Pembelajaran Abad Ke-21 ( PAK21).
Setiap hari Rabu akan diadakan PLC, untuk membincangkan
penambahbaikkan sistem pembelajaran.
USUL 6
Pemasangan mesin air mineral untuk murid-murid.
YDP setuju dan tiada halangan.
Usul diterima
USUL 7
Harap pihak sekolah tidak menjalankan aktiviti sukan ketika ini
kerana amaran stroke haba. ( Muhammad Haziq Syakir - 5 Integriti
– Mohd Nadzri b. Yunos )
Puan Norbayah menjelaskan bahawa aktiviti sukan pada ketika
ini memang tidak dijalankan.
Usul diterima
USUL 8
Membesarkan lagi ruang menunggu untuk anak-anak bersebelahan
pondok jaga. ( Zuhairi Iqbal – 2 Integriti – Zulkifli b. Muhamad )
YDP dan semua bersetuju untuk membesarkan lagi ruang
menunggu untuk anak-anak.
Usul diterima.
USUL 9
Jalan masuk dan keluar pintu ke 2 tiada berturap yang baru . ( M.
Afiq Aiman - 1 Integriti )
YDP akan usahakan untuk jalan berturap.
Usul diterima
USUL 10
Kantin sekolah digalakkan membekalkan makanan sihat untuk ibu
bapa yang berminat untuk turut serta dengan harga yang
berpatutan. Murid-murid tidak perlu beratur untuk membeli.
Pn. Siti Aminah menerangkan bahawa memang pihak kantin
tiada masalah untuk membuat makanan sihat. Ibu bapa yang
berminat sahaja, akan melanggan secara bulanan.
Usul diterima
USUL 11
Wajib wujudkan group Whats app bagi menyalurkan perkara yang
mustahak
Pn. Siti Aminah menerangkan bahawa setiap guru kelas ada
membuat group Whats app kelas. Admin guru kelas sahaja akan
menyampaikan maklumat.
USUL 12
Galakkan membaca melalui program Nilam tidak begitu
menggalakkan anak-anak. Anak-anak tidak dapat buku Nilam.
( Muhammad Aniq Hannan b. Muhamad - 2 Integriti )
Guru Besar menerangkan bahawa program Nilam di bawah
BTN. Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak membuat catatan di
dalam buku Nilam setiap bahan bacaan yang telah dibaca.
USUL 13
Pada hari Rabu diharap dapat cepatkan masa balik kerana murid-
murid mahu ke sekolah agama. ( Mohd Afiq b. Mohd Redza – 6
Inspirasi – Mohd Denial )
Guru besar memberitahu bahawa program Cakna Solat telah
dimasukkan di dalam jadual anak-anak. Boleh dirunding jika ada
masalah.
Usul ditolak.
USUL 14
Perbanyakkan kem-kem motivasi . ( Ahmad Shamil b. Kamarul
Zaman – 5 Intelek )
Guru Besar menerangkan memang banyak kem-kem motivasi
telah dijalankan di sekolah seperti ceramah dari dalam sekolah,
pihak luar serta teknik belajar .
Usul diterima.
USUL 15
Kokurikulum balik lewat ( Muhammad Haziq- 6 Intelek – Nor
Azurah )
GPK koku menerangkan bahawa aktiviti kokurikulum memang
ada dalam pekeliling. Untuk tahun ini, aktiviti kokurikulum
dijalankan selama 3 jam seminggu.
Usul ditolak.
8. PERLANTIKAN AJK 2020/2021
YANG DIPERTUA TN.HJ MAT FARIS BIN MOHD TAIB
NAIB YANG DIPERTUA EN ROSLI BIN MAHMOOD
AJK IBUBAPA PN. NOR HAFIZAH MD. NOR
AJK IBUBAPA PN. SITI HIR HURAIZAH BT. MD. TAHIR
AJK IBUBAPA PN. SITI ZALEHA BT RAMLI
AJK IBUBAPA EN FAIZAROLIZAM B. SOTIKIN
AJK IBUBAPA PN. RAMLAH BT ABDUL GHANI
AJK IBUBAPA EN ZAINUDDIN BIN KASSIM
PN AZLIDA BT ABD RAZAK
AJK IBUBAPA
TN HJ OTHMAN BIN HASSAN
PEMERIKSA KIRA-
KIRA
9. UCAPAN PENANGGUHAN :
Encik Faris mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa
yang dapat hadir pada hari ini dan menunggu hingga ke akhir mesyuarat.
Semoga ibu bapa dan guru dapat bekerjasama bagi memastikan
keselesaan anak-anak belajar . Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.45
tengah hari.
Pencatat minit,
………………………..
( Puan Kamarliah binti Mohamad )
SETIAUSAHA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK TELOK MAS, MELAKA.