kisah
beruang
Penulis: Ratna, sofi, fiqa,
ili, jida
Semua haiwan di hutan itu tidak
mahu berkawan dengannya. Momo
sering bersendirian didalam
rumahnya.
2
Suatu hari, Momo keluar mencari
makanan. Setelah beberapa lama
mencari makanan, Momo masih tidak
dapat makanan sehinggalah Momo
melihat ada seekor kura-kura yang
sedang berehat di bawah pohon.
3
Oleh kerana Momo sangat lapar,
Momo cuba mendekati kura-kura
untuk meminta makanan. Namun,
kura-kura itu menjauhkan diri
kerana takut diserang Momo.
4
''Hmmmm apalah nasib ku!!!!
semua haiwan tidak ingin
mendekatiku,''Kata Momo dalam
hati.
5
Keesokannya, Momo keluar lagi untuk mencari
makanan kerana perutnya terlalu lapar. Semasa
dalam perjalanan mencari makanan, tiba-tiba...
''Tolong!!! Tolong!!!,'' Terdengar suara jeritan
yang tidak jauh dari tempat Momo. Lalu Momo
pun bergegas lari ke arah jeritan tadi. Momo
melihat ada seekor anak monyet yang kakinya
terikat. TolonTgol!o!n
g!!
6
Tanpa berlengah lagi, Momo segera membuka
ikatan kaki anak monyet itu.
"Jomlah ikut saya pulang ke rumah terlebih
dahulu untuk berteduh malam ini, lagipun hari
sudah semakin gelap,'' Ajak Momo."Baiklah
beruang,'' Jawab si anak monyet sambil
menangis teresak-esak.
7
Menjelang pagi, Momo menyediakan sarapan untuk dimakan
sebelum menghantar anak monyet itu kerumahnya.
''Maaf saya hanya dapat sediakan air susu untuk mengisi
perut awak, saya tidak ada makanan lain untuk disediakan,''
Kata Momo kepada si anak monyet dengan nada yang
sedih.
8
''Tidak mengapa, terima kasih beruang kerana sudi
membawa saya ke rumah awak untuk berteduh
semalam. Oh ya, kita masih belum berkenalan.
Nama saya Koko. Boleh saya tahu nama awak?''
Kata Koko kepada Momo. ''Nama saya Momo,''
Jawab Momo sambil tersenyum.
9
Mereka pun berbual sehingga Momo berasa menjadi lebih akrab dengan Koko
walaupun baru sahaja berkenalan.
Momo mula menceritakan kisah hidupnya
dengan Koko.
"Saya ingin sekali mempunyai kawan tetapi
tiada seekor haiwan pun yang ingin berkawan
dengan saya, bahkan apabila saya ingin
berbual dengan mereka, mereka malah
menjauhkan diri daripada saya" Kata Momo
dengan nada yang sayu.
10
"Jahatnya mereka meminggirkan haiwan sebaik
Momo" Kata Koko yang mulai berasa kasihan
dengan Momo.
Hari sudah semakin cerah, Momo dan Koko keluar untuk
mencari jalan ke rumah Koko. Semasa dalam perjalanan,
haiwan-haiwan lain terkejut dengan kehadiran Momo yang
ditemani Koko. ada juga yang terus bersembunyi disebalik
pohon kerana takut.
11
Tidak lama kemudian, mereka sampai di kawasan perumahan lalu
mereka terdengar seperti suara ibu Koko yang menjerit
memanggil Koko. Mereka terus berlari ke arah suara itu dan
akhirnya Koko bertemu dengan keluarganya. Koko dipeluk oleh
ibu dan ayahnya.
12
Ibu dan ayah Koko sangat gembira kerana sudah menemui Koko. "Terima
kasih beruang kerana telah menjaga anak kami," Ucap ibu Koko.
Momo sangat gembira kerana Koko
telah bertemu dengan keluarganya.
Tetapi, Momo juga merasa sedih
kerana tidak akan berjumpa lagi
dengan Koko.
13
Koko melihat Momo seperti sedang bersedih.
"Momo, awak okay tak?"
jangan risau kita masih boleh bertemu dan bermain bersama setiap hari. Awak adalah
sahabat saya" ujar Koko.
14
Selang beberapa hari kemudian, haiwan lain mulai
mendekati Momo dan ingin berkawan dengannya.
Momo sangat bersyukur dan gembira kerana
akhirnya dia dapat merasai bermain dengan kawan
haiwan yang lain.
15
Penghuni hutan magika juga sedar akan kesilapan
mereka dan meminta maaf kepada Momo kerana telah
berburuk sangka terhadap Momo.
-TAMAT-
16
PENGAJARAN
Kita janganlah cepat berburuk sangka
dengan sesiapapun.
NILAI MORAL
Kita haruslah bersikap baik h
ati tanpa melihat paras rupa.
17
LIRIK
ADA SANg beruang yang sedang lapar,
berjalan-jalan mencari makanan,
sang beruang terdengar jeritan monyet,
lalu sang beruang datang,
dan terus membantu .
MELODI
SATU LABAH-LABAH
18