The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 313republic, 2022-09-18 09:35:48

E-buletin PKPD Bachok Edisi 2022

E-buletin PKPD Bachok Edisi 2022

Edisi 2022

E-BULETIN
PEJABAT KESIHATAN PERGIGIAN DAERAH BACHOK
Promosi Pergigian
Sepanjang 2022

"Cegah dan rawat
serlah senyuman
sihat"

PERGIGIAN BACHOK

ISI KANDUNGAN

SEKAPUR SIREH 4

SIDANG REDAKSI 5

KURSUS UPDATE PERKHIDMATAN PERGIGIAN 6
TAHUN 2022

MEET&GREET DENTIST DINO AT KLINIK DESA 7
MELAWI 8
9-10
HARI KESIHATAN PERGIGIAN BERSAMA 11
PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI 12
PERUPOK.

PROGRAM PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN
SEMPENA CUTI SEKOLAH DI AEON MALL
KOTA BHARU

KALIBRASI ICDAS DAN GIS PERINGKAT
DAERAH BACHOK TAHUN 2022

KURSUS BASIC LIFE SUPPORT

02

ISI KANDUNGAN

PROGRAM KAMPUNG ANGKAT 13
PERGIGIAN 2022
PROGRAM JERAYAWARA-HARI ANTIDADAH 14
KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI
KELANTAN 2022 DAN JELAJAH AGENDA 15
NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) 16-17
PERINGKAT JAJAHAN BACHOK
18
PROGRAM KOLABORASI KESIHATAN ORAL 19
DAN AGAMA (KOA) PERINGKAT DAERAH
BACHOK 2022

#MyBrushHour2022

NHMS 2020: NOHSA 2020

PROGRAM OUTREACH ORAL CANCER DI
KAMPUNG BALAI

MAJLIS KACAU BUBUR ASYURA 2022 20

PROGRAM KEM KESIHATAN KOSPEN 21

INFORMASI PERGIGIAN 22-25

03

SEKAPUR SIREH

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan rasa
syukur ke hadrat Ilahi dan sekalung tahniah saya ucapkan kepada ahli jawatan

kuasa sidang redaksi atas inisiatif penerbitan e-buletin di peringkat Pejabat
Kesihatan Pergigian Daerah Bachok.



Setelah dua tahun kita bergelumang dengan penyebaran
wabak Covid-19, akhirnya kita telah memasuki ke fasa endemik. Hal
ini dapat dicapai susulan kejayaan program vaksinasi Covid-19 dan

sistem perkhidmatan kesihatan berada pada tahap terkawal.



Penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian pasca Covid -19 semestinya lebih
mencabar dengan halangan yang dihadapi sepanjang penularan wabak pada tahun
sebelumnya. Namun, saya berpandangan positif dengan peralihan ke fasa endemik,

penyampaian perkhidmatan pergigian dapat ditingkatkan dan kesihatan mulut
masyarakat daerah Bachok berada di paras yang lebih baik dari sebelumnya.



Akhir kalam, semoga dengan penghasilan e-buletin ini dapat menyuntik semangat
buat anggota kesihatan pergigian khususnya dalam menyampaikan perkhidmatan

dengan lebih cemerlang pada masa akan datang.



Cegah dan Rawat, Serlah Senyuman Sihat
Sekian, terima kasih.

DR ROSASLIZA
BINTI AHMAD

PEGAWAI PERGIGIAN DAERAH BACHOK

04

KETUA PENERBITAN
E-BULETIN

DR ASYRAF

Sidang Redaksi

DR AUNI DR SUMAYYAH DR AIMUNI DR FARIS

DR ATIKAH DR ANIS DR NADHIRAH DR ABU

05

KURSUS UPDATE PERKHIDMATAN
KESIHATAN PERGIGIAN TAHUN
2022

Kursus Update Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Tahun 2022 telah
dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Bachok pada 25 Januari
2022 bertempat di Dewan Sri Utama Pejabat Kesihatan Daerah Bachok.

Seramai 21 orang peserta dan 7 orang penceramah yang terlibat dengan
kursus ini yang mana terdiri daripada anggota Pegawai Pergigian, Juruterapi
Pergigian dan Pembantu Pembedahan Pergigian yang mewakili setiap klinik
pergigian di daerah Bachok.

Kursus ini bertujuan untuk

menambah baik dan

memantapkan lagi pengetahuan

anggota dalam penyampaian

perkhidmatan kesihatan pergigian

di daerah Bachok secara selaras

dengan arahan terkini agar

masyarakat setempat

memperoleh perkhidmatan yang

terbaik dan efektif.

06

MEET&GREET DENTIST
DINO AT KLINIK DESA

MELAWI

Sesi 'Meet & greet Dentist Dino at Klinik Desa
Melawi' telah dianjurkan pada 7 Mac 2022 yang
diketuai oleh Dr Noralwani binti Mohd Nor yang
merupakan Pegawai Pergigian yang mengendali
Klinik Desa Melawi. Program ini bertujuan untuk
meningkatkan kesedaran tentang kepentingan
kesihatan oral kanak-kanak dan menyampaikan
pendidikan kesihatan menggunakan pendekatan
yang lebih menarik.

Di samping itu, program ini juga dapat
menghilangkan rasa takut dan fobia kanak-kanak
untuk berjumpa dengan doktor gigi justeru kanak-
kanak memberi kerjasama sepenuhnya dalam
semua aktiviti yang dijalankan.
Antara aktiviti yang dijalankan iaitu ceramah
pendidikan kesihatan pergigian kepada ibu bapa,
demo latihan memberus gigi oleh Dentist Dino,
pemeriksaan pergigian anak-anak dan sapuan
fluorida. Sasaran utama program ini adalah
kumpulan toddler yang berumur 0-4 tahun di mana
penerapan penjagaan kesihatan pergigian pada usia
ini amatlah penting namun kesedaran ibu bapa dan
kanak-kanak masyarakat setempat masih kurang.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Harapan
utama program ini agar masyarakat setempat tidak
memandang enteng tentang kesihatan gigi kanak-
kanak kerana beranggapan gigi susu ini hanyalah
sementara dan akan diganti dengan gigi kekal kelak.

07

HARI KESIHATAN PERGIGIAN
BERSAMA PUSAT PEMULIHAN
DALAM KOMUNITI PERUPOK.

TARIKH: 31 MAC 2022
MASA: 8.00AM-2.00PM
TEMPAT: PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI PERUPOK

Program ini bukan sahaja disertai
oleh para pelajar di pusat pemulihan,
tetapi juga ibu bapa dan penjaga
turut sama memainkan peranan
dalam penjagaan kesihatan oral para
pelajar. Aktiviti dimulakan dengan
bacaan doa dan , diikuti dengan sesi
ceramah kesihatan pergigian, latihan
memberus gigi, senaman Chicken
Dance, pemeriksaan gigi beserta
rawatan, permainan interaktif dan
persembahan boneka.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pegawai Pergigian
Daerah Bachok, Dr Rosasliza binti Ahmad dan beliau juga turut
menyampaikan anugerah gigi cantik kepada 3 pelajar terpilih.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak PPDK Perupok yang telah
menerima baik kedatangan kami dan bersama-sama menjayakan
program pada hari tersebut.

08

PROGRAM PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN
SEMPENA CUTI SEKOLAH DI AEON MALL
KOTA BHARU

TARIKH: 8-9 APRIL 2022
MASA: 10.00AM-5.00PM
TEMPAT: AEON MALL KOTA BHARU

Program Promosi Kesihatan Pergigian Sempena Cuti Sekolah telah diadakan bagi
meraikan manfaat mulut yang sihat dan bagi memberi kesedaran tentang isu-isu
berkaitan kesihatan mulut dan kepentingan menjaga kesihatan mulut tidak kira tua
atau muda. Ia adalah hari untuk orang ramai berseronok. Dua hari itu penuh dengan
aktiviti-aktiviti yang membuat kita ketawa, menyanyi dan tersenyum.

Mengapa kita perlu meraikan Program Promosi Kesihatan Pergigian ?

Kajian menunjukkan bahawa 90% penduduk dunia akan mengalami penyakit mulut
dalam pelbagai bentuk dalam hidup mereka dan kebanyakan dari penyakit ini boleh
dihindarkan dengan meningkatkan program pencegahan, pengesanan awal dan
rawatan. Lantaran itu, Program Promosi Kesihatan Pergigian menyediakan wadah
kepada masyarakat, anggota yang bertanggungjawab terhadap kesihatan pergigian
dan kerajaan untuk mengambil tindakan dan membantu mengurangkan beban
penyakit global.

Bagi Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Kelantan tidak ketinggalan dengan

mengadakan aktiviti yang menarik yang melibatkan masyarakat seperti:


Membuat persembahan pentas yang bertemakan kesihatan pergigian
dengan menampilkan persembahan boneka, demostrasi memberus
gigi berirama, menyanyi beramai-ramai dan interaksi dengan
penonton.

09

Mengadakan pameran

kesihatan pergigian

dengan memberi khidmat

nasihat penjagaan

kesihatan kepada

pengunjung.

Pertandingan mewarna

dan membaca buku cerita

mengenai kesihatan

pergigian bagi menarik

minat kanak-kanak untuk

memeriahkan program ini.

Aktiviti yang dijalankan oleh Bahagian Kesihatan Pergigian sepanjang program-
program tersebut telah mendapat sambutan yang hangat dan berjaya memberi
kesedaran tentang pentingnya penjagaan gigi.

10

KALIBRASI ICDAS DAN GIS
PERINGKAT DAERAH
BACHOK TAHUN 2022

Tarikh: 18 Mei 2022
Masa: 8.00am-1.00pm
Tempat: Sekolah
Kebangsaan Seri Kemudi,
Bachok

Program kalibrasi ini telah melibatkan seramai 29 anggota kesihatan pergigian
daerah Bachok yang terdiri daripada pegawai pergigian dan juruterapi pergigian.

Program ini diadakan bagi memastikan operator klinikal mempunyai interpretasi,
pemahaman & aplikasi yang seragam dalam penggunaan Modified MOH ICDAS.

Selain itu, ianya bertujuan bagi membimbing
operator klinikal berkenaan cara merekodkan
data lesi karies awal dalam kad rawatan dan
pengumpulan rekod. Diharapkan dengan
pelaksanaan kursus sebegini dapat
meningkatkan mutu perkhidmatan yang bakal
disampaikan kepada masyarakat daerah
Bachok.

11

KURSUS BASIC LIFE
SUPPORT

Tarikh: 1/6/2022
Masa: 8pg-5ptg
Tempat: Dewan Sri Utama, PKD Bachok

Kursus Basic Life Support 2022 yang

melibatkan anggota-anggota pergigian

Bachok telah diadakan pada bulan Jun

2022. Program ini diadakan setiap tahun

bagi memastikan setiap anggota

pergigian sentiasa bersedia untuk

menghadapi situasi kecemasan

terutamanya apabila ada nyawa yang

terancam.

Demonstrasi dan ceramah yang

diberikan oleh anggota perubatan dari

Hospital Tengku Anis,Pasir Puteh telah

memberi pengetahuan dan kebolehan

secukupnya. Antara demonstrasi yang

telah dilakukan adalah

“Cardiopulmonary Resuscitation” (CPR),

“abdominal thrust” dan sebagainya.

Semua anggota juga telah dinilai di

penghujung program dan telah

mendapat keputusan 100% lulus.

12

APRNOGGKRAATMPEKRAGMIGPUIANNG2022

Program kampung angkat
pergigian yang merupakan salah
satu program komuniti telah
diadakan selama tiga hari di
Kampung Takang, Budi. Program ini
bertujuan untuk memberi penduduk
kampung peluang untuk mendapat
rawatan pergigian terutama sekali
bagi mereka yang tiada kenderaan
atau tidak mampu dari segi
kewangan.

YAY OR NAY? >TTAEMRIPKAHT::7K-9A/M6/2P0U2N2 G TAKANG, BUDI

Aktiviti yang dijalankan seperti
Latihan Memberus Gigi (LMG) dan
pemeriksaan mulut memberi
pendedahan kepada penduduk
kampung terutamanya kanak-kanak
tentang penjagaan

kesihatan mulut. Penduduk
kampung telah memberi sambutan
yang baik kepada pihak pergigian
dan setiap penduduk yang telah
menyertai program ini juga telah
mendapat sumbangan keperluan
harian.

13

PROGRAM JERAYAWARA-
HARI ANTIDADAH
KEBANGSAAN PERINGKAT
NEGERI KELANTAN 2022
DAN JELAJAH AGENDA
NASIONAL MALAYSIA
SIHAT (ANMS) PERINGKAT
JAJAHAN BACHOK

Tarikh: 16 Jun 2022
Masa: 8.00am-1.00pm
Tempat: Dataran Perahu, Pantai Irama Bachok

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah

Bachok telah menerima jemputan

untuk menyertai Program Jerayawara-

Hari Antidadah Kebangsaan Peringkat

Negeri Kelantan 2022 dan Jelajah

Agenda Nasional Malaysia Sihat

(ANMS) Jajahan Bachok yang telah

dirasmikan oleh YB Dr. Haji Izani bin

Husin, EXCO Jawatankuasa Kerajaan

Tempatan, Perumahan dan Kesihatan

Negeri.

Antara aktiviti yang telah dijalankan

oleh pihak Pergigian Bachok

termasuklah pameran, latihan

memberus gigi, saringan kanser mulut,

pemeriksaan dan rawatan pergigian

yang dijalankan di dalam Mobile

Dental Clinic (MDC).

Pihak Pergigian Bachok amat

berbesar hati menerima kunjungan

dari barisan tetamu kehormat ke MDC

dan booth pergigian.

.

14

PROGRAM KOLABORASI KESIHATAN ORAL
DAN AGAMA (KOA) PERINGKAT DAERAH
BACHOK 2022

TARIKH: 6 JULAI 2022
MASA: 8.00AM-3.00PM
TEMPAT: KOMPLEKS MASJID AL-QUDUS,
PUSAT PENGAJIAN PONDOK YAYASAN
ISLAM KELANTAN, KAMPUNG TELONG,
KANDIS.

Program ini bertujuan menggunakan institusi keagamaan sebagai platfom
untuk menyampaikan mesej kesihatan dan penjagaan pergigian kepada
orang awam di setiap peringkat usia justeru dapat membudayakan gaya
hidup sihat dalam masyarakat setempat.

Pelbagai aktiviti dianjurkan
termasuk ceramah, pameran,
kuiz dan permainan interaktif,
pemeriksaan dan rawatan
pergigian.

Program ini berjaya mendapat

sambutan daripada pelajar-

pelajar pondok dan seramai 114

pelajar telah menjalani

pemeriksaan pergigian.

Terima kasih diucapkan
kepada pihak pengurusan
Pusat Pengajian Pondok YIK
dalam menjayakan program
KOA pada kali ini.

15

#MyBrushHour2022

5 Julai 2022 10am-11am

Program #MyBrushHour2022 
sempena Minggu Promosi
Kesihatan Pergigian Tahun
2022

Minggu Promosi Kesihatan Pergigian
(MPKP) telah berlangsung pada 28 Julai
hingga 8 Oktober 2022 bertemakan
'Cegah dan Rawat, Serlah Senyuman
Sihat'.

MyBrushHour2022 merupakan Ceramah pergigian dan tayangan video
satu program yang berlangsung di setiap klinik pergigian di Bachok
serentak pada 5 Julai 2022 dari jam
10.00 pagi hingga 11.00 pagi yang
melibatkan semua klinik pergigian
KKM di seluruh negara.

16

#MyBrushHour2022

LMG(LATIHAN MEMBERUS GIGI)
DAN

BEGIN (PROGRAM MEMBERUS GIGI BERKESAN) BERSAMA
PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Antara objektif program ini
adalah untuk membimbing dan
meningkatkan kesedaran
masyarakat tentang kepentingan
menjaga kesihatan mulut, melatih
masyarakat memberus gigi dengan

cara dan teknik yang betul
dan menggalakkan orang
ramai melakukan
pemeriksaan gigi dan
mulut di klinik pergigian
sekurang-kurangnya sekali
setahun.

17

NHMS 2020:
NOHSA 2020

Tarikh: 1 Julai-19 Ogos 2022

18 Program ini merupakan kaji selidik kesihatan
pergigian orang dewasa yang dijalankan secara
berkala setiap 10 tahun. Kaji selidik ini bertujuan
untuk memperolehi maklumat berkaitan status
kesihatan pergigian dalam kalangan orang dewasa
warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun ke
atas. Hasil maklumat dapatan dari program ini
akan digunakan bagi menilai keberkesanan dan
impak ke atas inisiatif serta program-program
kesihatan pergigian yang telah dilaksanakan di
seluruh negara. Di samping itu, hasil tinjauan ini
juga akan dijadikan data garis dasar (baseline)
bagi Pelan Strategik Kesihatan Pergigian
Kebangsaan (2022-2030).

Program ini telah melibatkan 353 orang responden
dari 156 buah rumah yang terpilih dari sekitar
bachok. Satu pasukan dibawah selian Dr Rosasliza
binti Ahmad telah berjaya menjalankan aktiviti-
aktiviti pengumpulan data yang melibatkan temu
ramah dan pemeriksaan mulut yang merangkumi
pemeriksaan gigi, gusi dan lesi mulut.

Terima kasih kepada semua responden atas
kerjasama yang diberikan kepada pasukan
pergigian semasa mengunjungi rumah-rumah
yang terpilih.

Program kolaborasi bersama PROGRAM OUTREACH
Klinik Kesihatan Balai ini telah ORAL CANCER DI
diadakan untuk KAMPUNG BALAI
memberi kesedaran tentang
kanser mulut bagi penduduk Tarikh: 7/7/2022
Kampung Balai
terutamanya warga Siam yang Tempat: Perkarangan Klinik
menjadi majoriti penduduk di
kampung ini Kesihatan Balai

Antara aktiviti yang diadakan
ialah:
i.Pemeriksaan pergigian

ii.Pameran penjagan pergigian
iii.Ceramah pergigian
iv.Pemeriksaan mulut kendiri
v.Saringan kanser mulut

Penduduk Kampung Balai menunjukkan
respon yang menggalakkan dengan
membawa ahli keluarga pelbagai
peringkat umur untuk menyertai aktiviti
disediakan.

Program diakhiri dengan cabutan
bertuah dan penyampaian cenderamata
untuk semua jemputan yang hadir.

19

16.08.2022 8AM-5PM

MAJLIS KACAU BUBUR ASYURA 2022

Turut hadir Pegawai Pergigian Daerah (PPD) TEMPAT: PERKARANGAN PARKING PKD
daerah Bachok Dr Rosasliza bagi memeriahkan BACHOK
program
Program Kuca Suro Merdeka 2022
dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan
Daerah Bachok yang melibatkan
semua klinik kesihatan dan klinik
pergigian termasuk unit inspektorat
dan pengurusan Pejabat Kesihatan
Daerah Bachok.

Program ini dijalankan bersempena
sambutan Maal Hijrah dan juga Hari
Kemerdekaan yang ke-65 pada
tahun ini.

Antara hasil kreatif peserta program dalam 20
gubahan bubur asyura.

PROGRAM KEM
KESIHATAN KOSPEN

Tarikh: 20/8/2022 i.Pemeriksaan pergigian Binti Sulaiman pula
Tempat: Masjid Kampung
percuma menyampaikan ceramah
Mahligai
ii.Rawatan pergigian tentang

mudah Pergigian dalam Perspektif

Objektif umum: Untuk iii.Pameran pergigian Islam yang telah memberi

menangani masalah iv.Permainan interaktif kesedaran dan pemahaman

peningkatan bebanan v.Demo Latihan Memberus yang baru tentang pergigian

Penyakit Tidak Gigi (LMG) dari sudut agama.

Berjangkit (Non vi.Ceramah pergigian Penduduk Kampung

Communicable Kem Kesihatan Kospen kali Mahligai telah menunjukkan

Disease, NCD) dan ini disertai oleh Pakar sambutan yang

melatih kumpulan Pergigian Periodontik Dr Siti memberangsangkan,

sukarelawan Nurul Aini Binti Ismail yang sekaligus dapat melatih

sebagai pasukan Gerak telah menyampaikan kumpulan sukarelawan

Sihat Malaysia (GSiM) ceramah bertajuk Gusi Sihat untuk menambah baik

Kunci kepada Kesihatan khidmat mereka.

Antara aktiviti yang Mulut. 21
diadakan ialah:
Selain itu, Dr Nurultaqwa

22

References 23
1) Creeth, J. E., Gallagher, A., Sowinski, J., Bowman, J., Barrett, K., Lowe, S., Patel, K., & Bosma, M. L (2009). The effect of
brushing time and dentifrice on dental plaque removal in vivo. Journal of dental hygiene : JDH, 83(3), 111–116.
2) Delivering better oral health: an evidence-based toolkit for prevention (2014). Public Health England

24

25

PENUTUP

"Cegah dan Rawat, Serlah senyuman sihat"



Penularan Covid 19 telah melumpuhkan penyampaian
promosi & perkhidmatan pergigian kepada masyarakat
setempat. Justeru, satu alternatif perlu dilaksanakan bagi

meningkatkan kesedaran masyarakat
terhadap kesihatan mulut



Dengan ini, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah
Bachok memperkenalkan satu medium khas iaitu E-bulletin

bagi menyampaikan risalah promosi pergigian dan
memaparkan aktiviti-aktiviti yang telah diadakan

oleh pihak Pergigian Bachok.



Diharapkan agar dengan penerbitan E bulletin
ini dapat memberi impak positif kepada setiap pembaca
dan menjadi pembakar semangat kepada pihak Pergigian

Bachok untuk melaksanakan perkhidmatan pergigian
secara lebih bermutu.

26

PEJABAT KESIHATAN 2022
PERGIGIAN DAERAH

BACHOK

KLINIK PERGIGIAN BACHOK



KLINIK PERGIGIAN BERIS KUBOR BESAR



KLINIK PERGIGIAN BERIS PANCHOR



KLINIK PERGIGIAN GUNONG



KLINIK PERGIGIAN MAHLIGAI



KLINIK PERGIGIAN BALAI


Click to View FlipBook Version