Edisi 03 2025 Sept - Dis 1
2 Edisi 03 2025 Sept - DisSidangRedaksiPENASIHATYBhg. Tuan Zamakhshari bin HanipahDatuk Bandar IpohTIMBALAN PENASIHATTuan Ahmad Munir bin IshakSetiausaha BandarayaKETUA EDITORPuan Normala binti LatiffPengarah Korporat Bandaraya EDITORPuan Faridah binti Haji Abdul AzizPenolong Pengarah Kanan Korporat PENERBIT Muhammad Faridzul Azmir bin Hamid PEREKA Muhammad Syafiq Syazwan bin Mohd AnuarJURU FOTOMohammad Nazrin Shah bin ShahuriMuhammad Izham bin Azman TERBITANUnit Korporat dan Aduan AwamMajlis Bandaraya IpohJalan Sultan Abdul Jalil,30450 Greentown,Ipoh, Perak.Telefon : 05 - 208 3261Hotline : 05 - 255 1515Faks : 05 - 208 3544email : [email protected] Pengurusan Kualiti dan Penerbitan,Unit Korporat dan Aduan Awam,Majlis Bandaraya Ipoh.HAK CIPTA TERPELIHARAPenerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula dalam apa-apa jua bentuk dan dengan apa-apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Majlis Bandaraya Ipoh.
Edisi 03 2025 Sept - Dis 3PEMBANGUNANMAJLIS DOA SELAMAT DAN PELANCARAN PEMBINAANKOMPLEKS PENTADBIRAN BAHARU MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK (MAIPk)18 September 2025 | 25 Rabiulawal 1447H – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menganjurkan Majlis Doa Selamat dan Pelancaran Pembinaan Kompleks Pentadbiran Baharu MAIPk bertempat di tapak projek baharu tersebut.Majlis penuh keberkatan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Sahibus Samahah Dato’ Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, Mufti Negeri Perak, disusuli dengan bacaan doa selamat bagi memohon kelancaran, keselamatan dan kejayaan projek penting ini.Kompleks pentadbiran baharu ini bakal menjadi mercu tanda moden bagi pentadbiran MAIPk yang direka bentuk untuk menyediakan perkhidmatan lebih efisien, selesa dan mesra pelanggan kepada semua lapisan masyarakat serta pemegang taruh.Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Mohd Annuar Zaini, Yang Dipertua MAIPk YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh serta ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan.Dengan terlaksananya projek besar ini, MAIPk menjangkakan nilai tambah yang signifikan bukan sahaja kepada sistem penyampaian perkhidmatannya, malah ia juga diyakini akan menjadi pemangkin pembangunan ummah secara menyeluruh dan holistik.Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, persembahan bacaan ayat suci Al-Quran serta simbolik pelancaran pembinaan kompleks yang menandakan permulaan rasmi projek berimpak tinggi ini.
4 Edisi 03 2025 Sept - DisMAJLIS PELANCARANPUSAT PERUBATAN SUNWAY IPOH29 Oktober 2025 - Majlis Pelancaran Pusat Perubatan Sunway Ipoh telah berlangsung di bangunan pusat perubatan berkenaan.Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-MaghfurLah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan mencemar duli berangkat serta menyempurnakan majlis pelancaran tersebut.Turut berangkat, YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral Dato' Seri Diraja Tan Sri (Dr) Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara) dan YB Dato’ Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid, Yang Dipertua Dewan Negeri Perak.Hadir sama, YBhg. Tan Sri Jeffery Cheah, Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway dan YBhg. Datuk Lau Beng Loon, Presiden Kumpulan Perubatan Sunway.Turut hadir memberikan sokongan, YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh yang menzahirkan komitmen Pihak Berkuasa Tempatan terhadap pembangunan industri kesihatan di bandar raya Ipoh khususnya dan negeri Perak amnya.Dengan pelancaran ini, Pusat Perubatan Sunway Ipoh dijangka menjadi mercu tanda baharu dalam landskap kesihatan negeri Perak, menawarkan kemudahan bertaraf antarabangsa serta kepakaran pelbagai disiplin perubatan demi manfaat masyarakat.PEMBANGUNAN4 Edisi 02 2025 Mei - Ogos
Edisi 03 2025 Sept - Dis 5PEMBANGUNANLAWATAN KERJA MENTERI KPKTKE PASAR TAMAN CANNING23 Disember 2025 – YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengadakan lawatan kerja ke Pasar Taman Canning bagi meninjau pelaksanaan projek menaik taraf longkang untuk tujuan pembinaan parkir kenderaan serta kerja-kerja berkaitan di Persiaran Cecil Rae, Taman Canning, Ipoh.Projek yang telah dilaksanakan sejak Ogos 2025 ini bertujuan menangani aduan berhubung kekurangan petak parkir di kawasan Pasar Taman Canning dan sekitarnya. Antara skop utama projek adalah kerja-kerja menaik taraf longkang, pelebaran jalan, penambahan petak parkir kenderaan serta penyelarasan aliran lalu lintas.Projek ini melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM407,892.00 dan telah disiapkan dalam tempoh 14 minggu. Hasil pelaksanaan projek ini, sebanyak 59 unit petak parkir baharu telah ditambah, menjadikan jumlah keseluruhan 195 petak parkir kenderaan di kawasan berkenaan.Dalam lawatan yang sama, YB Menteri KPKT turut mengumumkan kelulusan beberapa peruntukan pembangunan, iaitu sebanyak RM1,000,000.00 bagi pelaksanaan Projek Taman Madani di kawasan Taman Canning serta RM20,000,000.00 bagi kerja-kerja turapan semula jalan di sekitar kawasan bandar raya Ipoh.Turut hadir dalam lawatan kerja ini ialah YB Jenny Choy Tsi Jen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Canning, YBhg. Dato' Mohd Fadzli bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan dan YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.
6 Edisi 03 2025 Sept - Dis13 Disember 2025 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, bersama YB Puan Thulsi Thivani a/p Manogaran, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, telah mengadakan lawatan tapak bagi meninjau keadaan semasa serta perkembangan kerja-kerja berkaitan Jambatan Jalan Tun Abdul Razak.Lawatan ini bertujuan menilai secara dekat proses pemasangan 12 unit rasuk utama di atas penyangga jambatan, yang merupakan antara aktiviti kritikal dalam pelaksanaan projek menaik taraf tersebut. Selain itu, lawatan ini turut memberi peluang kepada Datuk Bandar untuk mendapatkan gambaran sebenar di lokasi, menilai aspek keselamatan serta mengenal pasti keperluan penambahbaikan demi kesejahteraan dan keselamatan pengguna jalan raya.Dalam lawatan berkenaan, Datuk Bandar menegaskan komitmen pihak berkuasa tempatan untuk memastikan aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja.Beliau berkata, keselamatan pengguna jalan raya adalah keutamaan. Lawatan tapak ini penting bagi memastikan kerja-kerja yang sedang dijalankan mematuhi standard keselamatan dan dilaksanakan secara teratur. MBI akan terus memantau perkembangan kerja serta mengambil langkah penambahbaikan yang perlu dari semasa ke semasa demi kelancaran dan keselamatan semua pihak.MBI akan terus bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan serta pihak kontraktor bagi memastikan kerja-kerja di tapak berjalan mengikut perancangan, di samping meminimumkan sebarang risiko dan gangguan kepada pengguna jalan raya.LAWATAN TAPAK KERJAJAMBATAN JALAN TUN ABDUL RAZAKPEMBANGUNAN
Edisi 03 2025 Sept - Dis 7PENCAPAIAN23 September 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terus mengharumkan nama bandar raya ini apabila projek inovasi SPLiT (Sistem Pengurusan Lalulintas Pintar) sekali lagi disenarai pendek ke peringkat akhir penjurian bagi penganugerahan Johor Smart City Award 2025, Kategori Terbuka (Sektor Kerajaan) sempena Johor Smart City Forum 2025 yang dianjurkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor).Dalam penjurian tersebut, MBI berjaya meraih tempat kedua daripada 17 penyertaan yang mengambil bahagian. Majlis penyampaian hadiah telah berlangsung sempena “Town Planning and Smart City Appreciation Night” yang diadakan di Pusat Konvensyen Persada Johor, Johor.MBI diwakili oleh dua jurutera daripada Jabatan Kejuruteraan Awam, iaitu Encik Ridzauddin Mohd Radzi dan Encik Izdihar Niszar Syafiq Bin Sarlan, yang turut hadir bagi sesi pembentangan projek serta menerima anugerah berkenaan.Pencapaian ini membuktikan komitmen MBI dalam mengangkat agenda bandar pintar melalui inovasi yang mampu meningkatkan keberkesanan pengurusan lalu lintas di Ipoh. Harapan MBI agar projek SPLiT dapat dikembangkan serta direplikasikan ke lokasi lain demi kemajuan bandar raya dan kesejahteraan masyarakat.PROJEK INOVASI SPLiT MBIRAIH TEMPAT KEDUAJOHOR SMART CITY AWARD 2025
8 Edisi 03 2025 Sept - DisMAJLIS BANDARAYA IPOH RANGKUL PINGAT GANGSADI ANUGERAH INTEGRITI, GOVERNANS DAN ANTIRASUAH (AIGA) 202522 Oktober 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sekali lagi mencatat kejayaan membanggakan apabila tersenarai dalam 10 agensi terbaik sektor awam dan berjaya merangkul Pingat Gangsa pada Majlis Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2025 yang berlangsung di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).Dalam keputusan penuh yang diumumkan, MBI telah diiktiraf sebagai antara 10 agensi kerajaan terbaik daripada 131 agensi seluruh negara yang menyertai AIGA 2025, satu pencapaian yang amat membanggakan bagi warga MBI dan seluruh warga kota Ipoh.Anugerah berprestij tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan diterima oleh YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh mewakili MBI.Kejayaan ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen serta usaha berterusan MBI dalam memperkukuh budaya integriti, mengamalkan tadbir urus yang cemerlang serta melaksanakan langkah-langkah pencegahan rasuah secara konsisten di peringkat pihak berkuasa tempatan.Pencapaian ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga kerja MBI untuk terus memperkukuh amalan integriti dan profesionalisme dalam setiap aspek pentadbiran serta penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat bandar raya.Pengiktirafan ini bukan sahaja mengangkat imej MBI sebagai organisasi berintegriti dan telus, malah membuktikan bahawa budaya kerja berasaskan prinsip tadbir urus baik (good governance) mampu menghasilkan prestasi cemerlang serta meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi kerajaan tempatan.AIGA merupakan inisiatif tahunan kerajaan yang bertujuan mengiktiraf organisasi sektor awam dan swasta yang menunjukkan kecemerlangan dalam pelaksanaan nilai integriti, tadbir urus baik serta usaha pencegahan rasuah, sejajar dengan aspirasi kerajaan ke arah pentadbiran yang bersih, berintegriti dan berakauntabiliti tinggi.Lebih membanggakan, MBI merupakan satusatunya agensi awam dari negeri Perak yang berjaya menempatkan diri dalam senarai 10 terbaik agensi awam AIGA 2025, setelah melepasi penilaian ketat dan tapisan menyeluruh yang dijalankan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) selaku penganjur utama anugerah tersebut.PENCAPAIAN
Edisi 03 2025 Sept - Dis 9TAHNIAH!MBI RANGKUL TEMPAT KETIGAKATEGORI PIHAK BERKUASA TEMPATANMAJLIS ANUGERAH INOVASIPERINGKAT NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 202517 November 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mencipta sejarah membanggakan apabila Kumpulan ValueX dari Jabatan Penilaian dan Percukaian dengan inovasi D.Milik.i (Sistem Pindahmilik Pegangan Berkadar) meraih tempat ketiga bagi Kategori Pihak Berkuasa Tempatan sempena Majlis Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan 2025 yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.D.Milik.i ialah sistem digital bagi permohonan pindah milik harta di bawah Seksyen 160 Akta 171. Sistem ini memudahkan orang awam dengan membolehkan semua urusan pindah milik, menyemak maklumat, memuat naik dokumen, dan membuat pembayaran dilaksanakan secara serentak, sekali gus menjadikan proses lebih cepat dan efisien.Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB Tuan Teh Kok Lim, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, yang mewakili YAB Menteri Besar Perak kepada YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.Dengan kejayaan ini, MBI menerima wang tunai RM5,000, sijil beserta piala iringan sebagai pengiktirafan atas hasil inovasi yang dihasilkan dan dipertandingkan.Datuk Bandar Ipoh merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada seluruh warga kerja MBI yang terlibat di atas komitmen tinggi dan usaha berterusan sehingga melakar kejayaan bermakna ini. Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Penilaian dan Percukaian serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama, dedikasi dan sumbangan sehingga membuahkan hasil yang amat membanggakan.Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk memperkasa lagi budaya inovasi dalam merealisasikan aspirasi Ipoh Bandar Raya Bestari Sejahtera 2030.PENCAPAIAN
10 Edisi 03 2025 Sept - DisTAHNIAH!MBI RANGKUL NAIB JUARAFESTIVAL KOIR PBT PIALA YAB MENTERI BESARPERAK DARUL RIDZUAN 20254 Disember 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah dinobatkan sebagai Naib Juara dalam Festival Koir Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Piala YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Tahun 2025 yang berlangsung di Teluk Intan, Perak.Hadiah kemenangan berupa wang tunai RM1500 dan piala iringan telah diterima oleh YBhg. Tuan Zamakshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh dan disampaikan oleh YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak. YB Puan Sandrea Ng Shy Ching juga telah merasmikan festival berkenaan.MBI merakamkan ucapan tahniah kepada semua pasukan yang bertanding. Pencapaian ini juga menjadi satu pengiktirafan bermakna yang terus mengukuhkan kedudukan MBI sebagai antara pasukan koir terbaik PBT di Perak, sejajar dengan pengiktirafan Ipoh sebagai Bandar Muzik.PENCAPAIAN10 Edisi 02 2025 Mei - Ogos
Edisi 03 2025 Sept - Dis 11PENILAIAN ANUGERAH INTEGRITI GOVERNANS DAN ANTIRASUAH (AIGA) 2025 @ MBI8 September 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menerima kunjungan barisan panel penilai Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2025 bagi sesi penilaian lapangan yang berlangsung di Dewan Azlan Shah, Tingkat 10, Bangunan MBI.Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh yang mengucapkan selamat datang serta penghargaan kepada panel penilai yang diketuai oleh Encik Mazwane Musa (IIM), bersama Prof. Adjung Mohamad Faisal bin Abdul Malik (MIA) dan En. Muhd Amin Alamin bin Salam (NIOSH).Beliau menegaskan komitmen MBI untuk terus memperkukuh integriti, tadbir urus dan ketelusan demi kesejahteraan rakyat meskipun berdepan cabaran dari segi sumber manusia, kepakaran, dan persepsi masyarakat.Majlis ini turut dihadiri oleh Setiausaha Bandaraya, Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak bersama ketua-ketua jabatan serta warga kerja MBI.Sebagai sebahagian daripada sesi lawatan, panel penilai turut dibawa ke Konti Radio dan Studio TV MBI yang menjadi salah satu inisiatif kreatif MBI dalam memperluaskan hebahan serta perkongsian maklumat kepada warga bandar raya Ipoh.BESTARI SEJAHTERA
12 Edisi 03 2025 Sept - DisBESTARI SEJAHTERA2 Disember 2025 – Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terus menyantuni warga kerjanya dengan memberi ganjaran buat mereka.Ganjaran berupa wang tunai dan sijil penghargaan itu telah diberi kepada 15 orang penerima yang menunjukan prestasi kerja cemerlang pada bulan Oktober, November dan Disember lalu.Idea terhadap Inisiatif ini adalah hasil cetusan Datuk Bandar Ipoh Zamakhshari Hanipah yang ingin melihat warga kerjanya mempunyai semangat kerja tinggi selain meningkatkan motivasi dan memperkukuh budaya kecemerlangan anggota kerja lapangan.Penerima ganjaran ini, dipilih daripada anggota gred jawatan Pembantu Perkhidmatan Am, Pemandu Kenderaan dan Mandor yang merupakan antara tulang belakang utama operasi lapangan MBI.MBI berharap agar pelaksanaan pemberian ganjaran ini akan menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi kerja, mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan anggota serta memperkukuh lagi kecekapan penyampaian perkhidmatan awam demi kesejahteraan warga kota Ipoh.MBI BERI ‘REWARD’KEPADA ANGGOTA LAPANGAN YANGCEMERLANG DAN BERDEDIKASI'REWARD'BULAN OKTOBER
Edisi 03 2025 Sept - Dis 13BESTARI SEJAHTERA'REWARD'BULAN NOVEMBER'REWARD'BULAN DISEMBER
14 Edisi 03 2025 Sept - DisHARI BERTEMU PELANGGAN KERAJAAN NEGERI PERAKMERIAH DI KOLEJ POLY-TECH MARA, IPOHProgram Mesra29 September 2025 – Kolej Poly-Tech Mara, Ipoh menjadi tumpuan warga Perak apabila ribuan pengunjung hadir sempena Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak yang berlangsung dengan penuh semangat keterbukaan dan semangat perkhidmatan rakyat.Program anjuran Kerajaan Negeri Perak ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak dan turut dihadiri barisan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) serta pegawaipegawai kanan jabatan dan agensi kerajaan negeri.Turut hadir sama memberikan komitmen terhadap aspirasi rakyat ialah YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh yang turun padang sendiri bagi meninjau serta menyantuni warga kota Ipoh. Beliau mengambil peluang ini untuk mendengar sendiri permasalahan dan cadangan daripada penduduk serta memberi maklum balas secara langsung kepada mereka.MBI pada masa yang sama telah menerima aduan, maklum balas dan cadangan seperti aduan cukai taksiran, jalan rosak, cadangan permohonan bonggol jalan, dan sistem perparitan baharu di kawasan pentadbiran MBI.Program ini turut dimeriahkan dengan pameran perkhidmatan jabatan dan agensi kerajaan, sesi dialog bersama pemimpin, kaunter aduan, pemeriksaan kesihatan, serta pelbagai aktiviti komuniti yang mesra keluarga.Inisiatif Hari Bertemu Pelanggan ini dilihat sebagai antara pendekatan proaktif Kerajaan Negeri Perak dalam memperkukuh budaya integriti, ketelusan dan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih efisien dan inklusif kepada rakyat.BESTARI SEJAHTERA
Edisi 03 2025 Sept - Dis 15MAJLIS PERASMIANPUSAT TEMU DUGA SPADI UTC PERAK, IPOH27 Oktober 2025 – YBhg. Dato’ Seri Dr. Ahmad Jailaini bin Muhamed Yunus, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Temu Duga SPA Ipoh yang bertempat di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak.Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh serta wakil-wakil daripada pelbagai agensi kerajaan persekutuan dan negeri.Dalam majlis yang sama, YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh turut menerima Sijil Penghargaan sebagai Rakan Strategik atas sumbangan dan kerjasama MBI dalam membantu menyiapkan kerja-kerja pengubahsuaian PTD SPA Ipoh.Pusat Temu Duga (PTD) SPA Ipoh mula beroperasi di UTC Perak sejak tahun 2016 di lot asal bernombor 29 dan 31. Namun, pada 16 Disember 2023, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah mengemukakan cadangan kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) agar ruang di UTC disusun semula bagi menambah keselesaan pengunjung serta meningkatkan kecekapan operasi agensi kerajaan. Susulan itu, kerja-kerja pengubahsuaian bagi lot baharu PTD SPA telah bermula pada 13 Disember 2024 dan siap sepenuhnya pada 30 Mac 2025. PTD SPA Ipoh mula beroperasi secara rasmi di lokasi baharu di Lot 42 dan 43, Aras 3, UTC Perak mulai 14 April 2025.Pusat temu duga ini menyediakan kemudahan temu duga yang lebih kondusif dan profesional kepada calon-calon dari seluruh negeri Perak serta dilengkapi dengan ruang temu duga, ruang menunggu, bilik rehat panel temu duga dan kemudahan tambahan lain bagi memastikan pengalaman temu duga yang lebih selesa dan efisien. Selain menjadi lokasi temu duga diadakan, pusat ini juga menyediakan kemudahan internet kepada calon untuk menduduki Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) termasuk Ujian Psikometrik dan konsultasi berkaitan Sistem Pendaftaran Pekerjaan SPA9 serta pelbagai perkhidmatan lain.Penganjuran majlis perasmian ini bertujuan menandakan pelancaran rasmi PTD SPA di lokasi baharu. Selain itu, ia juga menjadi platform pemakluman kepada calon-calon di negeri Perak serta penghargaan kepada rakan-rakan strategik yang terlibat dalam proses pemindahan dan penyediaan infrastruktur.Pemindahan PTD SPA ke lokasi baharu ini mencerminkan komitmen berterusan Suruhanjaya untuk meningkatkan kecekapan proses pengambilan pegawai awam serta memastikan keselesaan calon semasa menghadiri temu duga. Ia juga menzahirkan usaha SPA memperkukuh jaringan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat dengan menyediakan kemudahan kerjaya yang mudah diakses, selesa dan inklusif, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.BESTARI SEJAHTERA
16 Edisi 03 2025 Sept - DisPUSPANITA MBI ZIARAHANAK YATIM SAMBIL BERAMAL30 Disember 2025 – Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan Program Ziarah Sambil Beramal ke Pusat Jagaan Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darulssalam, Ipoh, Perak sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial dan kebajikan masyarakat.Program tersebut telah diketuai oleh YBhg. Puan Kartini binti Ibrahim, Pengerusi PUSPANITA MBI dan turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa serta ahli-ahli PUSPANITA MBI. Program ziarah ini bertujuan untuk menyantuni anakanak yatim di samping menyemai nilai keprihatinan, kasih sayang dan semangat kesukarelawanan di kalangan ahliahli PUSPANITA. Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk penyampaian sumbangan berbentuk alat-alat permainan seperti basikal, karom dan seumpamanya serta buku-buku cerita di samping sesi ramah mesra bersama penghuni pusat jagaan tersebut. Penghuni Pusat tersebut turut dihidangkan dengan makanan dari Marrybrown serta diadakan sambutan hari lahir bagi anak-anak yang lahir pada bulan Disember. Program ini diharapkan dapat memberi keceriaan kepada anak-anak yatim serta sedikit sebanyak meringankan beban pihak pengurusan pusat kebajikan berkenaan. Pada tahun 2007, usaha mulia menjaga anak-anak yatim bermula di rumah peribadi Encik Azizul bin Mohd Othman, yang juga merupakan Pengerusi Pusat tersebut. Namun, dengan sumbangan Tan Sri Ahmad Azizuddin yang membeli dan mewakafkan sebidang tanah, pusat ini akhirnya dapat ditubuhkan pada tahun 2012.PUSPANITA MBI komited untuk terus melaksanakan program-program berimpak positif yang menjurus kepada kebajikan masyarakat serta memperkukuh peranan wanita dalam pembangunan sosial dan kemasyarakatan.BESTARI SEJAHTERA
Edisi 03 2025 Sept - Dis 17BENGKEL TRANSFORMASI & PENYELARASAN PENGOPERASIAN KERJA RUTINTAHUN KE-7 SEKSYEN IPOH3 Oktober 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Puncak Emas Infra Sdn. Bhd. (PEISB) telah menganjurkan Bengkel Transformasi & Penyelarasaan Pengoperasian Kerja Rutin Tahun Ke-7 Seksyen Ipoh dari 1 hingga 3 Oktober 2025.Bengkel ini telah menghimpunkan seramai 34 orang peserta, terdiri daripada 22 orang wakil Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melibatkan Jabatan Kerja Awam (Bahagian Jalan, Saliran dan Lalulintas) serta beberapa jabatan dalaman lain dan 12 orang wakil daripada Puncak Emas Infra Sdn. Bhd. (PEISB).Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk menjadi platform memperkenalkan diri, membina hubungan profesional dan memperkukuh kerjasama antara MBI dan PEISB, memberi penerangan terperinci mengenai skop kerja PEISB pada Tahun Ke-7 serta meningkatkan kefahaman semua pihak yang terlibat serta merancang dan menyusun atur program kerja rutin penyelenggaraan jalan-jalan MARRIS.Selain itu, bengkel turut disertai oleh wakil daripada beberapa jabatan dalaman MBI seperti Jabatan Pelesenan, Jabatan Taman dan Lanskap serta Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran.Majlis Perasmian Penutup Bengkel ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Zamakhshari Bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh. Kehadiran beliau menzahirkan sokongan padu MBI terhadap usaha berterusan memperkukuh pengurusan serta pelaksanaan kerja rutin penyelenggaraan infrastruktur demi kesejahteraan warga bandar raya Ipoh.BESTARI SEJAHTERA
18 Edisi 03 2025 Sept - Dis26 Oktober 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini telah berjaya menganjurkan Program Ipoh Low Carbon Day (ILCD) Edisi Ke-83 yang berlangsung di Dataran Bandaraya, Ipoh.Penganjuran kali ini turut diserikan dengan acara sukan tahunan Ipoh Half Marathon (IHM) @ Ipoh Low Carbon Day 2025, yang kini memasuki tahun kedua penganjurannya.Program ILCD kekal sebagai salah satu inisiatif utama MBI dalam merealisasikan transformasi Ipoh sebagai Bandar Rendah Karbon, selaras dengan Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (LCC2030C) anjuran Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRECC).Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan MBI untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap pengurangan intensiti pelepasan karbon di bandar raya Ipoh, seiring dengan matlamat nasional bagi mengurangkan pelepasan gas rumah kaca sebanyak 45% menjelang tahun 2030.Penganjuran ILCD edisi kali ini menerima sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 4,000 peserta dari dalam dan luar negara. Daripada jumlah tersebut, 2,500 peserta telah menyertai acara larian Ipoh Half Marathon (IHM) yang melibatkan tiga kategori utama iaitu 21 km (Half Marathon) yang dilepaskan pada jam 3.00 pagi, 10 km yang bermula pada jam 4.00 pagi manakala 5 km pula (Fun Run) bermula pada jam 7.30 pagi.Upacara pelepasan bagi kategori 5 km telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.Tema ILCD kali ini ialah “Akses Kepada Perkhidmatan Kesihatan Mental Ketika Menghadapi Musibah dan Kecemasan” bersempena dengan Bulan Kesedaran Kesihatan Mental Sedunia (World Mental Health Day) yang disambut pada bulan Oktober,Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesejahteraan mental dan emosi, khususnya dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan serta menjadikan masyarakat lebih empati, prihatin dan berdaya tahan dalam mendepani tekanan serta krisis.Setiap peserta IHM menerima baju-T rasmi, medal penyertaan, cip masa (timing chip), nombor bib, e-sijil, serta barangan cenderamata (goodies). Para pemenang bagi setiap kategori turut membawa pulang hadiah wang tunai dan trofi, manakala acara cabutan bertuah menawarkan basikal dan barangan elektrik sebagai hadiah utama.Program turut dimeriahkan dengan pertunjukan taekwondo oleh anak-anak anggota MBI, yang menambah keceriaan suasana kekeluargaan dan semangat komuniti dalam kalangan para peserta dan pengunjung.Penganjuran Ipoh Half Marathon @ Ipoh Low Carbon Day 2025 bukan sahaja mencapai objektif memperkukuh kesedaran terhadap gaya hidup rendah karbon, tetapi turut memberi impak positif terhadap kesejahteraan fizikal dan mental para peserta serta komuniti setempat.IPOH HALF MARATHON @IPOH LOW CARBON DAY 2025LOW CARBON DAY
Edisi 03 2025 Sept - Dis 19SIMPOSIUM MUZIK IPOHKONSERT NASYID – DARI TRADISIONALKE KONTEMPORARI25 Oktober 2025 – Bandar Raya Ipoh bergema dengan alunan muzik ketuhanan menerusi penganjuran Konsert Nasyid: Dari Tradisional ke Kontemporari yang berlangsung di Dewan Bandaran, Ipoh.Konsert istimewa ini menghimpunkan barisan artis ternama tanah air dalam genre nasyid dan muzik berunsur ketuhanan, termasuk UNIC, Raihan, Hijjaz, Lah Ahmad, Azan Addin Ruffedge, Pot Amir Innuendo serta Zizi Kirana. Penganjuran ini bertujuan meraikan keindahan muzik nasyid dalam pelbagai bentuk daripada gaya tradisional hingga kontemporari di samping memperkukuh kedudukan Ipoh sebagai sebuah pusat seni dan budaya yang dinamik.Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja Dato’ Ab. Wahab bin Dato’ Seri Azizul Hassan, YB Khairudin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh serta Dato' Haji Harith Fadzilah bin Haji Abdul Halim, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak. Kehadiran para tetamu kehormat ini melambangkan sokongan padu terhadap usaha memperkasa seni muzik tempatan serta memperluas apresiasi masyarakat terhadap muzik berteraskan nilai murni dan spiritual.Program ini dianjurkan oleh PORT (People of Remarkable Talent) dengan sokongan pelbagai agensi termasuk Kerajaan Negeri Perak, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak.Penganjuran Konsert Nasyid dari Tradisional ke Kontemporari bukan sahaja mempersembahkan keindahan irama dan seni suara Islamik, malah menjadi platform untuk mengangkat semula muzik nasyid sebagai medium dakwah moden yang segar, relevan dan menyatukan masyarakat melalui mesej ketuhanan serta nilai kemanusiaan sejagat.PROGRAM
20 Edisi 03 2025 Sept - Dis11 Oktober 2025 – Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Kebangsaan 2025 mencatat sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya penganjuran peringkat kebangsaan diadakan di luar Lembah Klang, dengan Bandar Raya Ipoh dipilih sebagai tuan rumah rasmi.Langkah bersejarah ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperluas dan merakyatkan budaya sukan dalam kalangan masyarakat di seluruh negara, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat, perpaduan dan gaya hidup sihat.Majlis perasmian HSN 2025 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, disertai pelbagai pengisian menarik merangkumi aktiviti kecergasan, pertandingan sukan serta program komuniti yang melibatkan ribuan penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat.Turut hadir memeriahkan sambutan ialah YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak, YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, Menteri Belia dan Sukan, YBhg. Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara YBhg. Dato' Sri Mohd Khalid bin Ismail, Ketua Polis Negara YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak YB Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Ketua Pengarah ICU JPM serta YBrs. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, turut hadir mengiringi Ketua Setiausaha Negara sebagai pegawai pengiring rasmi sepanjang majlis berlangsung, di samping menyantuni para peserta dan tetamu kehormat yang hadir.Selepas majlis berakhir, Datuk Bandar Ipoh turut menghadiri program di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Seri Iskandar, sempena Syarahan Awam bertajuk “Universiti sebagai Aset Strategik: Merencana Masa Depan Malaysia melalui Bakat, Teknologi dan Transformasi”, serta Majlis Perasmian Panel Solar Bumbung Tunggal Terbesar di Malaysia, hasil kerjasama antara UTP dan Gentari.Inisiatif ini menjadi simbol komitmen negara terhadap agenda tenaga hijau dan kelestarian, di samping membuka peluang kepada mahasiswa untuk berinteraksi secara langsung dengan kepimpinan tertinggi negara. Ia sekali gus memperkukuh peranan institusi pengajian tinggi sebagai pemangkin inovasi, pembangunan mampan dan kemajuan masa depan Malaysia.SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025PROGRAM
Edisi 03 2025 Sept - Dis 21PROGRAMPROGRAM JELAJAH TAAT SETIA MADANI NEGERI PERAK5 November 2025 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, telah mengetuai lebih 300 warga kerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menyertai Program Jelajah Taat Setia MADANI Negeri Perak, sebagai usaha memperkasa komitmen terhadap perkhidmatan berteraskan nilai-nilai Malaysia MADANI.Program anjuran Pejabat Perdana Menteri melalui Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) yang berlangsung di Ipoh Convention Centre (ICC) ini merupakan inisiatif memperkukuh semangat kenegaraan dan komitmen penjawat awam dalam menterjemahkan agenda Malaysia MADANI di peringkat kerajaan tempatan.Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak. Turut hadir ialah YBhg. Tan Sri Datuk Seri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, yang menyampaikan ucapan bertajuk “Taat Setia: Reformasi Perkhidmatan Awam.”Sementara itu, YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, turut menyampaikan ucapan aluan pada majlis tersebut.Program ini juga menampilkan sesi perkongsian bertajuk “Tanggungjawab Penjawat Awam dalam Menterjemahkan Malaysia MADANI” oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Roslan bin Hussain, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia. Turut diadakan ialah peluncuran Video Sahabat Penggerak MADANI serta Jualan Rahmah kepada para peserta dan pengunjung.Penglibatan warga kerja MBI dalam program ini merupakan peluang terbaik untuk memperkukuh nilai integriti, amanah dan iltizam dalam menyantuni rakyat, selaras dengan gagasan “Ipoh Bestari Sejahtera” dan aspirasi “Perak Sejahtera 2030.”Penjawat awam merupakan tulang belakang dalam memastikan dasar dan perkhidmatan kerajaan sampai kepada rakyat. Justeru, semangat MADANI perlu terus disemai bagi memacu penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan berintegriti.MBI kekal komited memainkan peranan strategik bersama Kerajaan Negeri Perak dalam membangunkan Bandar Raya Ipoh sebagai destinasi pelancongan utama negara serta bandar raya pintar rendah karbon menjelang tahun 2030.
22 Edisi 03 2025 Sept - Dis16 November 2025 - Hujan renyai dan cuaca mendung tidak menghalang kemeriahan Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2025 dengan penyertaan lebih 9,500 peserta.Peserta pelbagai peringkat usia hadir seawal pukul 5.00 pagi dengan ada dalam kalangan mereka mencuri perhatian apabila tampil dengan kostum anime, baju tradisional, pakaian sekolah serta watak Husin dari filem Hantu Kak Limah.Kemeriahan acara itu turut diserikan dengan keberangkatan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, bersama DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, berkenan berangkat mencemar duli ke acara berprestij ini.Turut berangkat, DYAM Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.Majlis turut diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Perak. YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh turut hadir memberi sokongan kepada program kecergasan dan perpaduan ini.DYMM Paduka Seri Sultan Perak turut berkenan menyempurnakan upacara pelepasan 5,000 peserta bagi kategori 15 kilometer dan 4,500 peserta untuk larian 10 kilometer dan tujuh kilometer.Seterusnya, pelepasan peserta Kategori VIP disempurnakan oleh YTM Raja Dato' Seri Yong Sofia binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, melibatkan Kategori VIP A (pergerakan ke Dataran Kota Lama Kanan) dan Kategori VIP B (pergerakan ke Laman Budaya).DYMM Paduka Seri Sultan Perak kemudian berkenan meluangkan masa kira-kira 20 minit bersama rakyat di Laman Budaya menyaksikan demonstrasi dan pameran aset oleh pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta reruai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).Pelbagai pameran dan persembahan diadakan sepanjang trek larian peserta membabitkan kawasan kampung sekitar Mukim Sayong dan Kota Lama Kanan dan Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah.Antaranya, permainan tradisional gasing dan sepak raga, demonstrasi labu sayong, persembahan rebana, gendang Cina dan India serta stesen kuih-muih.LARIAN HARI KEPUTERAANSULTAN NAZRINBERLANGSUNG MERIAHPROGRAM
Edisi 03 2025 Sept - Dis 23PROGRAMHARI BERTEMU PELANGGAN KERAJAAN NEGERI PERAK(SIRI 8/2025)Hadir sama YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh bagi memperkukuh hubungan serta kerjasama antara agensi kerajaan dan masyarakat setempat.Antara pengisian program termasuk penyediaan pelbagai perkhidmatan jabatan dan agensi kerajaan yang sedia menerima aduan, mendengar cadangan dan membantu menyelesaikan permasalahan masyarakat. Program ini turut menawarkan kaunter bergerak serta perkhidmatan segera kepada orang ramai, di samping jualan keperluan harian pada harga lebih murah termasuk Jualan Murah/Jualan Rahmah dengan pelbagai barangan keperluan harian pada harga berpatutan. Antara kaunter/agensi terlibat ialah Kaunter Bergerak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Zakat Perak Al-Ridzuan, Jabatan Pendaftaran Negara (Van Mekar) serta Kaunter Pemeriksaan Kesihatan Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah.Platform seumpama ini diharap akan terus menjadi medium yang berkesan bagi menyelesaikan isu-isu rakyat dengan lebih pantas, menyeluruh dan berimpak tinggi.8 Disember 2025 - Kerajaan Negeri Perak telah menganjurkan Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak (Siri 8/2025) bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh.Program ini memberi peluang kepada orang ramai untuk berinteraksi secara langsung dengan Kerajaan Negeri Perak melalui penyampaian pandangan, cadangan serta aduan untuk didengar dan ditangani menerusi sesi libat urus bersama jabatan dan agensi terlibat.Penganjuran program seumpama ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Perak dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih mesra, responsif serta berteraskan keperluan rakyat.Program ini dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, yang meluangkan masa mendengar sendiri maklum balas serta permasalahan rakyat. Turut hadir barisan kepimpinan Negeri Perak dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri serta Persekutuan.
24 Edisi 03 2025 Sept - DisINNORACE MBI 2025BULAN INOVASI & INTEGRITI MBITAHUN 20259 Disember 2025 – Sebanyak 30 pasukan yang terdiri daripada warga Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) serta agensi-agensi luar telah menyertai Pertandingan Inorace MBI 2025 yang dianjurkan sempena Bulan Inovasi & Integriti MBI Tahun 2025.Majlis pelepasan pertandingan telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, sekali gus menyuntik semangat dan motivasi kepada para peserta untuk memulakan cabaran.Pertandingan Inorace MBI melibatkan tiga (3) peserta bagi setiap pasukan dan dijalankan menggunakan kenderaan, dengan konsep perlumbaan yang menggabungkan elemen inovasi, kerjasama berpasukan serta pemikiran strategik.Para peserta diuji menerusi pelaksanaan tugasan di tiga (3) checkpoint utama, di samping berpeluang meneroka keunikan bandar raya Ipoh. Peserta perlu menjawab soalan berkaitan “tulip kenderaan”. Laluan pertandingan melibatkan jarak kira-kira 30 kilometer, merentasi beberapa lokasi tumpuan pelancong sekitar Ipoh.Pemenang pertandingan bakal membawa pulang hadiah wang tunai berserta sijil penghargaan, sebagai pengiktirafan terhadap kecekapan, kerjasama pasukan dan semangat inovasi yang dipamerkan sepanjang pertandingan.PROGRAM
Edisi 03 2025 Sept - Dis 25PROGRAMINOVASI DAN INTEGRITIJADI KOMPAS PEMBANGUNANBANDAR RAYA IPOH16 Disember 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menegaskan bahawa inovasi dan integriti mesti menjadi teras utama dalam memodenkan pentadbiran serta memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap PBT.Datuk Bandar Ipoh, YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Bulan Inovasi dan Integriti Peringkat MBI Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC).Ia turut dihadiri oleh Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, YBhg. Dato' Haji Mazlan bin Abd. Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis, Ahli-ahli Majlis dan Ketua-ketua Jabatan MBI. Menurut beliau, PBT masa kini tidak lagi dinilai berdasarkan pematuhan prosedur semata-mata, sebaliknya melalui keupayaan mencipta nilai awam termasuk kesejahteraan rakyat, kecekapan penyampaian perkhidmatan, kelestarian bandar serta integriti institusi.Beliau menegaskan bahawa integriti di MBI bukan sekadar slogan, sebaliknya diterjemahkan melalui keputusan yang telus, proses yang adil, penggunaan kuasa secara bertanggungjawab serta pematuhan etika dalam setiap perkhidmatan.Dalam ucapannya, Datuk Bandar Ipoh turut menekankan bahawa kekuatan sebenar MBI terletak pada budaya kerja kolaboratif merentas jabatan selaras dengan prinsip “One Team, One Mission”, selain memberi penekanan kepada perkhidmatan asas bandar seperti kebersihan, infrastruktur dan landskap yang menjadi cerminan keberkesanan pentadbiran PBT.Mengakhiri ucapannya, Datuk Bandar Ipoh menyeru seluruh warga MBI agar menjadikan inovasi sebagai DNA organisasi dan integriti sebagai budaya kerja yang tidak boleh dikompromi demi merealisasikan sebuah bandar raya Ipoh yang mampan, sejahtera dan diyakini.
26 Edisi 03 2025 Sept - Dis17 Disember 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menegaskan komitmennya untuk terus memperkukuh hubungan strategik dan profesional bersama pengamal media sebagai rakan penting dalam pembangunan dan pengurusan Bandar Raya Ipoh.Datuk Bandar Ipoh, YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah berkata demikian ketika berucap sempena Malam Media Majlis Bandaraya Ipoh 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC).Majlis berkenaan merupakan program media pertama dianjurkan oleh MBI sejak beliau memegang amanah sebagai Datuk Bandar Ipoh.Ia turut dihadiri oleh Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, YBhg. Clr. Dato' Haji Mazlan bin Abd. Rahman, Clr. Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis, Tuan Sayed Mohd Hesham Syed Idris Pengerusi Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP), Ahli-ahli Majlis dan Ketua-ketua Jabatan MBI. Menurut beliau, penganjuran Malam Media bukan sekadar acara penghargaan kepada rakan-rakan media, malah menjadi platform penting untuk mengukuhkan persefahaman, ketelusan serta kerjasama dua hala antara pihak berkuasa tempatan dan pengamal media demi kepentingan warga kota secara menyeluruh.Beliau turut menekankan bahawa MBI dan media masingmasing mempunyai peranan serta tanggungjawab tersendiri, dengan MBI tertakluk kepada dasar dan peraturan pentadbiran, manakala media berpegang kepada etika kewartawanan yang mengutamakan ketepatan, keseimbangan dan integriti.Dalam konteks kebebasan bersuara, beliau menyatakan bahawa prinsip tersebut perlu diimbangi dengan kebijaksanaan dan tanggungjawab, khususnya dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, agar laporan yang disiarkan tidak menimbulkan salah faham atau ketegangan.Pada masa yang sama, beliau merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan media di Ipoh yang selama ini telah memberikan liputan terhadap perkembangan dan isu-isu bandar raya, sambil menegaskan bahawa MBI mengalu-alukan laporan yang seimbang dan berasaskan fakta, bukan semata-mata liputan bersifat pujian.Mengulas perancangan masa hadapan, Datuk Bandar Ipoh memaklumkan bahawa MBI merancang untuk menganjurkan lebih banyak program melibatkan media pada tahun hadapan, antaranya Majlis Minum Petang bersama Ketua Biro Media, Perlawanan Bowling Persahabatan, Lawatan Media serta Malam Media MBI 2026, bagi memperkukuh jaringan kerjasama yang lebih berkesan.Beliau berharap Malam Media MBI 2025 dapat menjadi titik permulaan kepada hubungan yang lebih erat antara MBI dan pengamal media, seterusnya menyumbang ke arah pembangunan Bandar Raya Ipoh yang sejahtera, berdaya huni dan berdaya saing.MBI PERKUKUH HUBUNGAN STRATEGIKBERSAMA MEDIAPROGRAM
Edisi 03 2025 Sept - Dis 27BRISK WALK PUSPANITAMAJLIS BANDARAYA IPOH30 November 2025 - Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) baru-baru ini, telah menganjurkan program Brisk Walk yang berlangsung di Dataran Ipoh.Program berkenaan dianjurkan sebagai tanda sokongan terhadap amalan gaya hidup sihat dalam kalangan ahli PUSPANITA MBI.Program yang berlangsung seawal jam 8.30 pagi itu, turut dihadiri Puan Normala binti Latiff, Timbalan Pengerusi PUSPANITA MBI mewakili Puan Kartini binti Ibrahim, Pengerusi PUSPANITA MBI.Turut hadir ialah barisan Ahli Jawatan Kuasa serta AhliAhli PUSPANITA MBI yang memberikan komitmen dan kerjasama yang amat baik sepanjang program berlangsung.Selain dapat menggalakkan amalan hidup sihat, penganjuran program seumpama itu juga menjadi medan untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan ahli PUSPANITA MBI.PUSPANITA MBI berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan fizikal dan mental warga kerja wanita.PROGRAM
28 Edisi 03 2025 Sept - DisSUKAN28 September 2025 – Sebanyak 56 pasukan bola sepak dari seluruh Malaysia termasuk Indonesia telah menyertai Pesta Bola Ipoh Piala Datuk Bandar 2025 yang berlangsung selama dua hari bermula 27 September lalu.Daripada jumlah itu, 32 pasukan bertanding dalam kategori bawah 12 tahun, manakala 24 pasukan lagi bersaing dalam kategori bawah 16 tahun.Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Kelab Sukan Dewan Bandaraya Ipoh (KSDBI) dan berlangsung di dua lokasi utama, iaitu Stadium Ragbi Perak dan Padang Ipoh.Sebanyak tiga kategori telah dipertandingkan dalam kejohanan ini, iaitu Cup, Plate dan Bowl.Pertandingan ini bukan sahaja menjadi medan untuk mengasah bakat-bakat muda dalam sukan bola sepak, tetapi juga memperkukuh semangat kesukanan dan kerjasama antara komuniti sukan dari pelbagai negeri dan negara jiran.Hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Haji Mazlan bin Abdul Rahman, Ketua Whip Ahli Majlis MBI, yang mewakili Datuk Bandar Ipoh.Sementara itu, YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh turut turun padang pada hari pertama kejohanan bagi meninjau perlawanan yang sedang berlangsung.Pasukan Anak Rimau muncul juara selepas menewaskan juara bertahan, Akademi Wira Muda.Highlanders U16 dinobatkan juara selepas menewaskan pasukan gabungan MBI Anderson melalui penentuan sepakan penalti.Kejohanan ini diharap akan terus menjadi platform penting dalam mencungkil dan membangunkan bakatbakat muda bola sepak, serta melahirkan atlet bertaraf kebangsaan dan antarabangsa pada masa hadapan.56 PASUKAN SERTAIPESTA BOLA IPOHPIALA DATUK BANDAR 2025
Edisi 03 2025 Sept - Dis 29 MBI RANGKUL TEMPAT KETIGA DARIPADA 40 PBTKEJOHANAN BOLA SEPAK PERSATUAN PIHAK BERKUASA MALAYSIA (MALA) PIALA YB MENTERI KPKT 202530 November 2025 - Pasukan bola sepak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih tempat ketiga dalam Kejohanan Bola Sepak Persatuan Pihak Berkuasa Malaysia (MALA) Piala YB Menteri KPKT 2025 yang berlangsung pada 27 hingga 30 November 2025 di Iskandar Puteri, Johor.Kejohanan yang menghimpunkan 40 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari seluruh negara ini menjadi platform penting dalam memperkukuh semangat kesukanan, mengeratkan jaringan kerjasama antara PBT, serta memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja pihak berkuasa tempatan.Sepanjang kejohanan, pasukan MBI mempamerkan prestasi konsisten, disiplin tinggi dan semangat berpasukan yang utuh. Kejayaan meraih tempat ketiga ini turut disertakan dengan hadiah wang tunai berjumlah RM1,500.00, piala iringan serta medal.MBI merakamkan penghargaan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), pihak penganjur serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini. Ucapan tahniah juga diberikan kepada para pemain, pegawai pasukan dan penyokong yang sentiasa memberikan komitmen dan sokongan padu sepanjang pertandingan.Pencapaian ini diharapkan menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi pasukan pada masa akan datang, selain memperkukuh semangat kesukanan dan kebersamaan dalam kalangan warga PBT.SUKAN
30 Edisi 03 2025 Sept - DisSUKANMAJLIS PENUTUP9A-SIDE FOOTBALL CARNIVAL 202511 Oktober 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) telah berjaya menganjurkan 9A-Side Football Carnival 2025, yang kini memasuki edisi ke-11, bertempat di Padang Ipoh, Taman DR Seenivasagam dan Padang Sultan Abdul Jalil.Majlis penutupan kejohanan tersebut telah disempurnakan oleh Toh Amar Pahlawan Dato’ Ahmad Hariri bin Kamarudin, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan MBI, yang hadir mewakili YBhg. Datuk Bandar Ipoh, Tuan Zamakhshari bin Hanipah.Turut hadir ialah Ahli-ahli Majlis MBI, Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, serta wakil KLK, Encik Mohammad Shamsul Nizam bin Shahrom, Ketua Jabatan Infrastruktur dan Encik Lawrence Parthasarathy, Ketua Jabatan OSH KLK.Penganjuran program sukan komuniti yang berterusan ini mendapat sambutan hangat daripada pasukanpasukan bola sepak veteran bukan sahaja dari sekitar Ipoh, malah turut disertai oleh pasukan dari negeri-negeri lain. Program ini bukan sekadar sebuah pertandingan bola sepak, tetapi turut menjadi platform memperkukuh silaturrahim, semangat kesukanan dan perpaduan komuniti, khususnya dalam kalangan pemain veteran yang kekal aktif dan berdaya saing di padang hijau.Kejohanan ini adalah sejajar dengan aspirasi MBI untuk menjadikan Ipoh sebagai Bandar Raya Bestari Sejahtera, yang menekankan gaya hidup sihat, kesejahteraan sosial dan keharmonian komuniti bandar.Kejohanan kali ini menyaksikan penyertaan 13 pasukan dari pelbagai kawasan termasuk lima pasukan dari Ipoh, selain penyertaan pasukan dari Tapah, Sri Iskandar, Taiping, Batu Gajah, Pulau Pinang (tiga pasukan) dan Negeri Sembilan.Semangat kesukanan yang ditonjolkan sepanjang kejohanan ini membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk terus cergas dan berdaya juang. Nilai-nilai positif yang dipamerkan para pemain veteran wajar dijadikan inspirasi kepada generasi muda dalam membudayakan gaya hidup aktif dan berdisiplin.Menang atau kalah bukan ukuran utama, sebaliknya semangat kerjasama, kesetiaan berpasukan dan kebersamaan yang terjalin melalui sukan merupakan pencapaian sebenar yang perlu diraikan.Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua urusetia, penaja, rakan strategik dan peserta yang telah menjayakan penganjuran kejohanan kali ini. Diharapkan agar 9A-Side Football Carnival terus menjadi acara tahunan yang dinantinantikan oleh komuniti dan peminat bola sepak di bandar raya Ipoh.
Edisi 03 2025 Sept - Dis 31MAJLIS PENUTUPKEJOHANAN HOKI LELAKI ANTARABANGSAPIALA SULTAN AZLAN SHAH EDISI KE-31, 202530 November 2025 – Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, bersama Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, telah berkenan berangkat mencemar duli ke Majlis Penutup Kejohanan Hoki Lelaki Antarabangsa Piala Sultan Azlan Shah Edisi ke-31, 2025 yang berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh.Majlis turut diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral Dato' Seri Diraja Tan Sri (Dr) Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara), YB Dato’ Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid, Yang Dipertua Dewan Negeri Perak dan YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak turut berkenan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Turut hadir menyempurnakan sebahagian penyampaian hadiah ialah YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, dalam menyampaikan anugerah dan penghargaan kepada para pemain pasukan yang bertanding.Kejuaraan edisi kali ini menyaksikan Pasukan Belgium muncul juara setelah menewaskan India 1–0 dalam aksi final. Kemenangan ini merupakan kejuaraan pertama Belgium dalam sejarah Piala Sultan Azlan Shah, sekaligus menandakan kejayaan besar selepas kembali membuat penampilan semula selepas 17 tahun.Sementara itu, Pasukan Malaysia menamatkan saingan di tempat keempat selepas tewas kepada pasukan New Zealand dalam perebutan tempat ketiga.SUKAN
32 Edisi 03 2025 Sept - Dis