The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ipohcouncil, 2024-03-06 03:03:30

Laporan Akhir PIL Ipoh 2023-2035

Laporan Akhir PIL Ipoh 2023-2035

44 sempadani dengan kawasan perumahan. Taman rekreasi tasik ini merupakan cadangan pembangunan baharu yang berfungsi sebagai laman untuk berekreasi dan beriadah secara aktif dan pasif. TRTDAST ini juga akan berfungsi sebagai kawasan tadahan air hujan dengan membenarkan larian air hujan ke kawasan ini bagi mengelakkan berlakunya banjir di kawasan yang rendah di kawasan ini. Cadangan komponen pembangunan untuk reka bentuk TRTDAST adalah seperti berikut: i. Laman permainan kanak-kanak ii. Dataran serba guna iii. Pelantar dan laluan pejalan kaki, larian dan berbasikal iv. Alatan senaman v. Tempat beristirahat dengan tempat duduk dan wakaf vi. Laman niaga Taman Tasik Dato Ahmad Said vii. Tempat meletak kenderaan viii. Tumbuhan untuk pengindahan dan tarikan kepada hidupan liar RAJAH 41: CADANGAN PEMBANGUNAN DI TAMAN REKREASI TASIK DATO AHMAD SAID TAMBAHAN, GUGUSAN MANJOI. c) Taman Rekreasi Tasik Tengku Hussein Baharu (TRTTHB) Seperti juga Taman Rekreasi Tasik yang lain, kawasan ini juga adalah merupakan kawasan tinggalan lombong bijih timah. Kawasan Rekreasi Tasik Tengku Hussein Baharu atau TRTTHB di sempadani dengan kawasan perumahan dan kawasan perniagaan. Terdapat sebuah restoran terapung yang masih beroperasi di tapak cadangan. Keadaan sekeliling tasik ini adalah sedikit kecil dan tidak banyak ruang landskap boleh dibangunkan. Taman rekreasi tasik ini juga merupakan cadangan pembangunan baharu yang berfungsi sebagai laman untuk berekreasi dan beriadah bagi melakukan aktiviti secara aktif dan pasif. TRTTHB ini juga berfungsi sebagai kawasan tadahan air hujan dengan membenarkan larian air hujan masuk ke kawasan ini.


45 RAJAH 42: CADANGAN PEMBANGUNAN TAMAN REKREASI TASIK TENGKU HUSSEIN BARU, GUGUSAN MANJOI. IMEJ SUMBER WWW.CULD-ORG.EUPROJECTSECOLOGY-AND-RECREATION-ON-THE-HIGHWAY. Cadangan komponen pembangunan baharu untuk reka bentuk landskap di TRTTHB adalah seperti berikut: i. Laman permainan kanak-kanak ii. Dataran serba guna iii. Pelantar dan laluan pejalan kaki, larian dan berbasikal iv. Alatan senaman v. Tempat beristirahat dengan tempat duduk dan wakaf vi. Tumbuhan untuk pengindahan dan tarikan kepada hidupan liar d) Kawasan Rekreasi Tasik Manjoi Baru (TRTMB) Kawasan ini juga merupakan satu kawasan tinggalan lombong bijih timah. Kawasan Rekreasi Tasik Manjoi Baru (TRTMB) di sempadani dengan kawasan perumahan. Taman rekreasi tasik ini juga di cadangkan pembangunan baharu yang berfungsi sebagai kawasan berekreasi dan beriadah bagi melakukan aktiviti secara aktif dan pasif secara sihat. TRTMB ini juga berfungsi sebagai kawasan tadahan air hujan dengan membenarkan larian air hujan masuk ke kawasan ini. Cadangan komponen pembangunan baharu untuk reka bentuk landskap di TRTMB adalah seperti berikut: i. Laman Permainan Kanak-kanak ii. Dataran serba guna iii. Laluan tepian tasik iv. Alatan senaman v. Tempat beristirahat dengan tempat duduk dan wakaf vi. Tumbuhan untuk pengindahan dan tarikan kepada hidupan liar


46 RAJAH 43: CADANGAN PEMBANGUNAN TAMAN REKREASI TASIK MANJOI BARU, DI KAWASAN GUGUSAN MANJOI. e) Taman Rekreasi Tasik Dato Said Hujung (TRTDSH) Taman rekreasi tasik ini juga merupakan cadangan pembangunan baharu yang akan berfungsi sebagai kawasan berekreasi dan beriadah bagi melakukan aktiviti secara aktif dan pasif. Seperti juga taman rekreasi tasik yang lain, kawasan ini juga merupakan kawasan tinggalan lombong bijih timah. Kawasan Rekreasi Tasik Dato Said Hujung atau TRTDSH di sempadani dengan kawasan perumahan dan bersebelahan dengan Sungai Kati. TRTDSH ini juga berfungsi sebagai kawasan tadahan air hujan dengan membenarkan larian air hujan masuk ke kawasan ini. Cadangan komponen pembangunan baharu untuk reka bentuk landskap di TRTDSH adalah seperti berikut: i. Jambatan pejalan kaki merentangi Sungai Kati ke TRTDSH ii. Laman permainan kanak-kanak iii. Dataran serba guna iv. Laluan tepian tasik v. Alatan senaman vi. Tumbuhan untuk pengindahan dan tarikan kepada hidupan liar


47 f) Taman Rekreasi Tasik Manjoi Baharu Tambahan (TRTMBT) Kawasan Rekreasi Tasik Manjoi Baharu Tambahan (TRTMBT) ini juga merupakan cadangan naik taraf yang akan berfungsi sebagai kawasan berekreasi dan beriadah bagi melakukan aktiviti secara aktif dan pasif. TRTMBT ini perlu dihubungi dengan pusat sukan sedia ada berdekatan. Seperti juga taman rekreasi tasik yang lain, kawasan ini merupakan kawasan tinggalan lombong bijih timah dan persekitarannya di sempadani dengan kawasan perumahan, Institusi Al-Baraqah, Pusat Sukan dan kawasan perniagaan. TRTTHB ini juga bertindak sebagai kawasan tadahan air hujan dengan membenarkan larian air hujan masuk ke kawasan ini seterusnya dapat mengurangkan permasalahan banjir kilat di kawasan yang rendah. Cadangan komponen pembangunan baharu untuk reka bentuk landskap di Taman Rekreasi Tasik Manjoi Baru Tambahan adalah seperti berikut: i. Dataran serba guna ii. Laman permainan kanak-kanak iii. Laluan tepian tasik iv. Alatan senaman luar v. Tempat beristirahat dengan tempat duduk dan wakaf vi. Tumbuhan untuk pengindahan dan tarikan kepada hidupan liar RAJAH 44: CADANGAN PEMBANGUNAN LAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK. 6.3.2.2 Cadangan Pembangunan Tebing Sungai Gugusan Manjoi mempunyai 2 batang sungai yang mengalir melaluinya iaitu Sungai Pari, Sungai Tapah dan Sungai Kati. Sungai ini penting untuk kawalan banjir namun ianya juga adalah berpotensi untuk pembangunan ruang rekreasi atau jaringan hijau untuk kegunaan penduduk tempatan yang boleh memberi pelbagai manfaat seperti meningkatkan kualiti persekitaran, memupuk gaya hidup sihat dan


48 aktif, menjana aktiviti ekonomi dan meningkat rasa cinta kepada sungai. Berikut adalah cadangan bagi pembangunan tepian sungai: i. Tebingan Sungai Pari Sungai Pari merupakan sungai yang paling lebar di Gugusan Manjoi dan pihak Jabatan parit dan Saliran (JPS) telah membina ban di sepanjang sungai sebagai sebahagian dari projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB). Adalah di cadangkan supaya ban di tebingan Sungai Pari ini di naik taraf dengan laluan denai bagi tujuan rekreasi aktif dan pasif seperti berjoging, berjalan dan berehat. Aktiviti berbasikal juga boleh dilaksanakan di kawasan kerana menawarkan pemandangan yang indah dengan berlatar belakang gunung Kledang dan Batu Kapur. Selain itu, komponen reka bentuk landskap lain yang boleh dibina ialah pintu masuk bersama tempat letak kereta, perabot taman, papan tanda, dan tanaman pokok di sepanjang tebingan sungai. Rajah 46 menunjukan cadangan pembangunan Tebingan Pari. RAJAH 45: CADANGAN PEMBANGUNAN TEBINGAN PARI, DI KAWASAN GUGUSAN MANJOI.


49 ii. Laman Tebingan Dato Ahmad Said di Sungai Pari Laman Tebingan Dato Ahmad Said terletak di sebelah utara Tebingan Pari dan bersebelahan dengan kemudahan sukan dan kawasan perumahan. Laman ini mudah dihubungi melalui cadangan Gerbang Dato Ahmad Said Tambahan.. Bentuk permukaan tanah yang mendatar dan menawarkan pemandangan yang menarik secara terus ke Sungai Pari memberi kekuatan untuk kawasan ini untuk dinaiktaraf menjadi kawasan tumpuan pengunjung atau laman bagi Tebingan Sungai Pari. Cadangan komponen pembangunan baharu untuk reka bentuk landskap di Laman Tebingan Dato Ahmad Said adalah seperti berikut: i. Pembangunan ruang niaga ii. Ruang sewaan basikal iii. Pelantar, laluan pejalan kaki dan basikal iv. Dataran serba guna v. Tempat beristirahat dengan tempat duduk dan wakaf vi. Hutan komuniti dengan tumbuhan untuk meningkatkan biodiversiti RAJAH 46: CADANGAN PEMBANGUNAN DATARAN UNTUK PENIAGA FOOD TRUCK. iii. Tebingan Sungai Tapah dan Sungai Kati Sungai Tapah dan Sungai Kati adalah 2 batang sungai yang mengalir di tengah Gugusan Manjoi. Adalah di cadangkan supaya tebing kedua batang sungai ini di naik taraf dengan program pengindahan dan laluan denai bagi tujuan rekreasi pasif seperti berjoging, berjalan, berbasikal dan berehat. Komponen landskap kejur yang boleh disediakan adalah bangku, kemudahan tong sampah dan papan tanda dan arah.


50 6.3.2.3 Cadangan Pembangunan Laman Koridor Tani TNB Manjoi Laman Koridor Tani adalah di cadangkan bagi menggalakkan komuniti untuk bersama mengusahakan rizab laluan TNB sebagai aktiviti yang sihat di samping merapatkan interaksi kejiranan dan mengurangkan perbelanjaan harian yang melibatkan hasil tani. Komponen yang dicadangkan di Laman Tani ini ialah seperti stor simpanan, ruang campuran tanah, pusat pengumpulan hasil tanaman, lot tanaman, pagar, papan tanda dan bekalan air dan elektrik. Rajah 47 menunjukkan cadangan pembangunan Laman Tani. RAJAH 47: CADANGAN PEMBANGUNAN LAMAN TANI TNB MANJOI, DI KAWASAN GUGUSAN MANJOI. 6.3.2.3 Cadangan Pembangunan Gerbang Masuk ke Gugusan Manjoi Pintu masuk atau gerbang ke sesuatu kawasan menandakan bahawa seseorang telah berada di dalam suatu kawasan yang dituju atau lalui. Gerbang ini memainkan peranan yang penting kepada sesuatu kawasan tersebut kerana ia menjadi imej utama kepada sesuatu kawasan. Oleh kerana Gugusan Manjoi terdiri dari gabungan tujuh buah kampung, adalah penting untuk gerbang masuk di bina pada setiap jalan masuk ke setiap kampung. Dapatan analisis juga mendapati setiap kampung tidak mempunyai identiti dan imej yang tersendiri. Rekabentuk gerbang masuk ini boleh mengambil inspirasi dari imej seni bina negeri Perak ataupun dari tumbuhan landskap nadir untuk menjadi rekabentuknya unik dan mempunyai nilai tempatan. Sebanyak tujuh gerbang masuk di cadangkan di bina iaitu satu untuk setiap kampung iaitu: i. Gerbang Tengku Hussein ii. Gerbang Tengku Hussein Baru iii. Gerbang Tengku Hussein Lama iv. Gerbang Jelapang Baru v. Gerbang Dato Ahmad Said 1 vi. Gerbang Dato Ahmad said II vii. Gerbang Dato Ahamd Said Tambahan


51 6.4 CADANGAN REKA BENTUK LANDSKAP BUKIT BATU KAPUR GUNUNG LANG Bukit Batu Kapur Gunung Lang atau lebih dikenali sebagai Taman Rekreasi Gunung Lang mempunyai sejarah yang tersendiri, dan pernah menjadi kawasan perlindungan setempat ketika Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun semasa Perang Dunia Kedua Kini, Gunung Lang teguh berdiri dengan tarikan utama ialah keunikan batu kapur di kawasan bandar, tasik yang terhasil dari perlombongan bijih timah, serta kehijauan taman rekreasi awam yang dibina pada tahun 1999. Kawasan rekreasi di Gunung Lang ini adalah popular di Ipoh malah menjadi antara destinasi yang perlu di singgahi oleh pelancong ke Ipoh. Kemudahan sedia ada di taman rekreasi ini adalah seperti laluan pejalan kaki, menara pandang, rumah tradisional, dataran warisan, tapak perkhemahan, tandas, surau, mini zoo dan taman permainan kanak-kanak. Namun berdasarkan analisis, terdapat beberapa isu seperti kerosakan kemudahan, kekurangan penyelenggaraan, kualiti pemandangan yang merosot, dan tiada tarikan baharu sejak mula dibuka. 6.4.1 PENYATAAN KONSEP BUKIT BATU KAPUR GUNUNG LANG Dengan kekuatan dan keunikan yang dimiliki oleh Taman Rekreasi Gunung Lang, adalah dicadangkan konsep pembangunan reka bentuknya ialah “Menyelurusi Dolina Gunung Lang”. Konsep ini memberi penumpuan kepada pengunjung untuk menyelusuri keunikan batu kapur, tasik dan persekitaran melalui aktiviti rekreasi dan riadah secara aktif dan pasif. Pengunjung boleh merasai keunikan formasi geologi batuan ini melalui laluan air, laluan darat mahupun menerokai ke kawasan yang lebih tinggi melalui denai yang dicadangkan. Selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Ilustrasi 11 menunjukkan empat sasaran SDG yang menyokong cadangan pembangunan bagi kawasan Baru Kapur Gunung Lang iaitu i. Kesihatan Baik dan Kesejahteraan – memastikan kehidupan yang sihat dan menggalakkan kesejahteraan kepada semua lapisan umur. ii. Pendidikan Berkualiti – menjamin pendidikan menyeluruh dan ekuiti serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada semua. iii. Air Bersih dan Sanitasi – memastikan kecapaian dan pengurusan mampan air dan sanitasi kepada semua. iv. Kehidupan di Darat – memelihara, memulihara dan menggalakkan penggunaan mampan ekosistem di darat. ILUSTRASI 11: MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SDG) YANG MENYOKONG PEMBANGUNAN LANDSKAP GUNUNG LANG. 6.4.2 PELAN PEMBANGUNAN LANDSKAP GUNUNG LANG Kawasan bukit batu kapur di Perak khususnya di Bandaraya Ipoh menawarkan landskap yang unik dan menarik untuk penggemar aktiviti luar, dengan pembentukan kars yang menjulang tinggi, gua tersembunyi dan sungai yang menyegarkan. Formasi batuan kapur ini telah terbentuk dalam masa puluhan ribuan tahun melalui hakisan, mendapan dan tindak balas kimia untuk membentuk bukit, puncak rabung, tebing, sungai dan gua bawah tanah. Antara aktiviti rekreasi yang boleh dilakukan di kawasan batu kapur ialah penerokaan gua batu kapur, pendakian batu kapur, treking di hutan bantu kapur dan berkhemah. Rajah 48 menunjukkan cadangan pelan pembangunan landskap Gunung Lang. •Memberi peluang kepada pengunjung untuk berekreasi secara aktif dan pasif melalui interaksi dengan proses formasi geologi Gunung Lang serta elemen semula jadi yang lain. Menyelusuri Dolina Gunung Lang


52 RAJAH 48: PELAN PEMBANGUNAN LANDSKAP BUKIT BATU KAPUR GUNUNG LANG. 6.4.2.1 Cadangan Pembangunan Reka Bentuk Landskap Gunung Lang Berdasarkan kepada konsep yang telah di bangunkan, cadangan pembangunan di kawasan Gunung Lang adalah seperti berikut: i. Kawasan Laluan Masuk dan Bangunan Utama Adalah penting untuk kawasan laluan dan bangunan utama di Kawasan Lapang Gung Lang di naik taraf kerana kawasan ini merupakan imej utama dan pertama pengunjung selain dari untuk memenuhi kehendak pengunjung yang semakin ramai. Rajah 49 menunjukkan kawasan laluan dan bangunan utama di Gunung Lang. Komponen utama kawasan ini adalah: a. Laluan Utama dan Kawasan Meletak Kenderaan Laluan masuk utama ke Taman Rekreasi Gunung Lang perlu di naik taraf supaya lebih menarik dan menunjukkan imej Gunung Lang sebagai satu kawasan Batu Kapur. Antara elemen yang perlu di naik taraf adalah pintu gerbang supaya lebih menonjol dengan karektor yang unik. Selain itu, kawasan meletak kenderaan juga perlu dinaik taraf dengan sistem sirkulasi yang sistematik bagi mengelakkan konflik diantara pejalan kaki, kereta, bas dan motorsikal. Selain itu, jumlah tempat meletak kenderaan juga perlu di tambah termasuk dan teduhan yang sewajarnya perlu di sediakan. bas dan kenderaan lain. RAJAH 49: LALUAN MASUK UTAMA DAN KAWASAN PARKIR DI GUNUNG LANG. b. Pejabat Jabatan Taman dan Landskap MBI Bangunan pejabat Jabatan Taman dan Landskap MBI perlu dikekalkan namun perlu di naik taraf dengan penambahan kemudahan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai. Antara kemudahan yang perlu di tambah adalah ruang pejabat, ruang perbincangan kecil, ruang menyambut tetamu, bilik arkib jabatan, stor dan nurseri tumbuhan bengkel kenderaan dan bengkel pembinaan.


53 ii. Bangunan Utama Taman Rekreasi Gunung Lang Bangunan utama Taman Rekreasi Gunung Lang adalah dicadang untuk dinaik taraf dengan penambahan Pusat Pelawat dan Galeri Gunung Lang serta Kawasan Perniagaan Berpusat, a. Pusat Pelawat dan Galeri Gunung Lang Pusat Pelawat dan Galeri Gunung Lang diwujudkan untuk menjadi pusat penerangan kepada pengunjung berkaitan formasi dan sejarah Gunung Lang selain menjadi pusat rujukan dan bantuan kepada pengunjung. Selain itu kemudahan lain yang perlu diadakan di sini adalah kedai cenderamata rasmi MBI. b. Kawasan Perniagaan Berpusat Adalah di cadangkan supaya kawasan perniagaan di besarkan dan di naik taraf meningkatkan keselesaan, nampak lebih menarik dan mampu menawarkan pelbagai pilihan kepada pengunjung selari dengan penambahan pengunjung. Selain dari kemudahan perniagaan, kemudahan lain yang perlu di sediakan adalah surau, tandas awam dan ruang menunggu. (Rajah 50). RAJAH 50: CADANGAN PEMBANGUNAN KAWASAN PERNIAGAAN DI KAWASAN GUNUNG LANG. c. Kawasan Jeti Gunung Lang Adalah di cadangkan supaya kawasan Jeti Gunung Lang dinaiktaraf dengan penambahbaikan ruang menunggu bot, kaunter tiket dan pejabat keselamatan, kompleks penyelenggaraan bot dan tebingan pesisir. Ruang Tiket dan Menunggu Bot Satu ruang menunggu untuk menaiki bot yang besar dan selesa perlu di sediakan. Ruang ini juga perlu mempunyai kaunter tiket dan kemudahan bilik air. Tebingan Pesisir Jeti Adalah di cadangkan supaya satu tebingan pesisir berhampiran jeti di bina untuk pengunjung bersiar-siar di tepian tasik dan jeti selain menikmati pandangan dan aktiviti air. Rajah 51 menunjukan contoh pembangunan tebingan pesisir untuk kawasan tasik di Gunung Lang. Kompleks Penyelenggaraan Bot Satu pembangunan baharu iaitu kawasan penyelenggaraan bot yang khusus adalah perlu bagi tujuan pelancaran bot, tempat simpanan bot dan bengkel penyelenggaraan bot RAJAH 51: CADANGAN PEMBANGUNAN TEBINGAN DAN JETI GUNUNG LANG. d. Kawasan Rekreasi dan Riadah Gunung Lang Ketika ini, Taman Rekreasi Gunung Lang ada menyediakan kemudahan rekreasi dan riadah, namun kebanyakan dari kemudahan adalah bersifat pasif seperti bersiar-siar, berkelah dan merakamkan kenangan. Untuk meningkatkan lagi aktiviti riadah, beberapa aktiviti tambahan telah di cadangkan iaitu taman permainan air, penambahbaikan kawasan riadah umum, kawasan permainan kanakkanak, pengembaraan bukit batu kapur, denai dan kawasan perkhemahan. e. Taman Permainan Air Gunung Lang Taman Permainan Air ini dicadangkan sebagai tarikan baharu dan untuk memberi peluang bagi pengunjung khususnya kanak-kanak untuk berinteraksi dengan air Tasik Gunung Lang secara


54 ringan. Permainan air seperti gelongsor dan semburan air adalah di cadangkan. Satu pejabat pentadbiran bagi tujuan pengurusan, kawalan keselamatan dan pengurusan tiket perlu di bangunkan di kawasan berhampiran. RAJAH 52: CADANGAN PEMBANGUNAN TAMAN PERMAINAN BERTEMAKAN AIR DI KAWASAN GUNUNG LANG. f. Kawasan Riadah Komuniti Kawasan lapang sedia ada perlu dinaiktaraf sebagai kawasan riadah umum untuk orang ramai menjalankan aktiviti umum seperti berkelah dan bersantai. Kawasan ini cukup dengan padang berumput namun perlu dinaungi oleh pokok teduhan yang mempunyai konsep yang selari dengan menyelusuri dolina Gunung Lang. Adalah di cadangkan supaya kawasan berumput ini di besarkan lagi untuk boleh di gunakan secara meluas. Oleh yang demikian, penyelenggaraan kawasan berumput dan pokok supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat adalah amat perlu. RAJAH 53: CADANGAN PEMBANGUNAN KAWASAN RIADAH KOMUNITI DI KAWASAN GUNUNG LANG. g. Kawasan Permainan Kanak-kanak Kemudahan permainan kanak kanak yang sedia ada perlu di tambah dan perlu bersesuaian dengan semua peringkat usia kanak kanak. Namun adalah di cadangkan supaya satu kawasan permainan kanak-kanak yang berkonsepkan semula jadi khususnya berkait dengan elemen batu kapur dibina. Ianya adalah untuk menjadi keunikan bagi taman ini selain menyokong konsep menelusuri bukit batu kapur. Selain itu kawasan permainan kanak kanak semula jadi ini boleh juga menjadi sumber pendidikan. RAJAH 54: CADANGAN PEMBANGUNAN KAWASAN PERMAINAN KANAK-KANAK DI KAWASAN GUNUNG LANG. h. Pengembaraan Batu Kapur Gunung Lang Kawasan bukit batu kapur sentiasa menjadi tarikan kerana keunikan bentuk dan formasinya. Oleh itu, satu program memanjat struktur berdekatan dengan tebing bukit batu kapur adalah di cadangkan. Aktiviti memanjat struktur adalah satu aktiviti riadah sambil mengenali batuan kapur gunung secara dekat. Struktur memanjat haruslah tidak di bina bersentuhan dengan dinding batu kapur bagi mengelakkan kerosakan kepada batu kapur tersebut. Rajah 56 di bawah menunjukkan cadangan lakaran pembangunan tersebut.


55 RAJAH 55: CADANGAN PEMBANGUNAN PENGEMBARAAN BATU KAPUR GUNUNG LANG. i. Denai Gunung Lang Untuk memberi peluang kepada pengunjung untuk terus mendekati seterusnya menghargai kawasan batu kapur, pengunjung akan berpeluang untuk berjalan kaki ke kawasan lembah dan bukit Gunung Lang dengan denai yang di bahagikan kepada 3 jarak dan tahap darjah kesukaran iaitu denai pemula, denai pertengahan dan denai cabaran. Adalah juga dicadangkan satu akses alternatif masuk ke Gunung Lang melalui arah barat di buka dan menuju terus ke Denai Gunung Lang. Laluan masuk ini adalah di dalam kawasan taman kejiranan namun mempunyai tempat letak kereta dan pusat daftar pelawat untuk kawalan pelawat yang sempurna. RAJAH 56: CADANGAN PEMBANGUNAN DENAI GUNUNG LANG MELALUI KAWASAN BATU KAPUR GUNUNG LANG.


56 j. Kem Perkhemahan Adalah di cadangkan supaya, kawasan perkhemahan sedia ada di Gunung Lang di buka semula. Namun kawasan ini perlu di naik taraf supaya kelihatan lebih semula jadi dan mempunyai kemudahan seperti dewan terbuka untuk aktiviti dalam kumpulan, bilik mandi dan tandas, bekalan air dan elektrik, lot perkhemahan, kemudahan pelupusan sampah dan perhubungan yang baik. Adalah di cadangkan supaya tapak perkhemahan ini di buka kepada pengunjung yang melalui Denai Gunung Lang, pelajar, serta sektor korporat. RAJAH 57: CADANGAN PEMBANGUNAN TAPAK PERKHEMAHAN DI KAWASAN GUNUNG LANG.


57 6.5 CADANGAN REKA BENTUK LANDSKAP BUKIT BATU KAPUR GUNUNG RAPAT Bukit Batu Kapur Gunung Rapat ini ialah salah satu khazanah batu kapur di Ipoh yang mempunyai banyak potensi untuk pembangunan bertemakan alam semula jadi, selain menjadi satu lagi tarikan semula jadi untuk penduduk dalam dan luar Negeri Perak. 6.5.1 PENYATAAN KONSEP BUKIT BATU KAPUR GUNUNG RAPAT Tarikan keunikan batu kapur dan persekitaran kawasan yang masih menghijau dengan permukaan bumi yang pelbagai memberikan kesan visual yang menarik dari pelbagai sudut pandangan. Justeru itu, dengan kekuatan yang dimiliki, cadangan konsep reka bentuk landskap bagi kawasan ini ialah Menelusuri Dolina Gunung Rapat. Konsep ini memberi penumpuan kepada peningkatan peluang pendidikan kepada pengunjung untuk mendalami secara lebih terperinci berkaitan dengan kepentingan, kegunaan, fungsi dan formasi geologi Gunung Rapat. Dalam usaha mencapai objektif ini program mahupun projek yang dicadangkan meliputi aktiviti bersifat pasif, aktif, eksplorasi saintifik dan komuniti. Selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Ilustrasi 11 menunjukkan empat sasaran SDG yang menyokong cadangan pembangunan bagi kawasan Batu Kapur Gunung Rapat ini iaitu i. Kesihatan Baik dan Kesejahteraan – memastikan kehidupan yang sihat dan menggalakkan kesejahteraan kepada semua lapisan umur. ii. Pendidikan Berkualiti – menjamin pendidikan menyeluruh dan ekuiti serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada semua. iii. Air Bersih dan Sanitasi – memastikan kecapaian dan pengurusan mampan air dan sanitasi kepada semua. ILUSTRASI 12: MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SDG) YANG MENYOKONG PEMBANGUNAN LANDSKAP GUNUNG LANG. 6.5.2 PELAN PEMBANGUNAN LANDSKAP GUNUNG LANG RAJAH 58: PELAN PEMBANGUNAN LANDSKAP BUKIT BATU KAPUR GUNUNG RAPAT. Gunung Batu Kapur Gunung Rapat, adalah satu khazanah purba yang dianggarkan berusia lebih 400 juta tahun. Gunung ini bukan sahaja mempunyai pemandangan yang indah tetapi juga kaya dari segi sejarah, geologi dan biodiversiti. Walau bagaimanapun, landskap berharga ini menghadapi ancaman •Meningkatkan peluang kepada pengunjung untuk mendalami secara terperinci kepentingan, kegunaan dan formasi geologi Gunung Rapat serta elemen semula jadi yang lain kepada persekitaran melalui aktiviti pasif, aktif, eksplorasi saintifik dan komuniti. Menelusuri Dolina Gunung Rapat


58 daripada aktiviti kuari, penebangan hutan dan amalan pelancongan yang tidak mampan. Rajah 58 bawah menunjukkan pelan pembangunan landskap di kawasan Gunung Rapat. 6.5.2.1 Cadangan Pembangunan reka bentuk landskap di kawasan Gunung Rapat Berdasarkan analisis dan sintesis, cadangan pembangunan di kawan Gunung Rapat ini adalah seperti berikut: i. Pintu Masuk dan Bangunan Utama Adalah penting untuk kawasan laluan pintu masuk dan bangunan utama di kawasan Gunung Rapat ini di bangunkan dengan di imej dan kemudahan yang bersesuaian. Jalan masuk harus di bangunkan dengan sempurna dan mempunyai pandangan terus ke kawasan Gunung Rapat. Selain jalan masuk, antara pembangunan utama di kawasan pintu masuk dan bangunan utama adalah: a) Pusat Penerangan dan Galeri Gunung Rapat Cadangan pembangunan baharu Pusat Penerangan dan Galeri Gunung Rapat di cadangkan di bina untuk memberikan penerangan secara terperinci berkaitan dengan geologi dan formasi Gunung Rapat secara jelas dan interaktif (Rajah 59). Pusat penerangan dan galeri ini mestilah mempunyai kemudahan seperti ruang pejabat, bilik perbincangan, kaunter pertanyaan, kaunter tiket dan bilik arkib. RAJAH 59: CADANGAN PEMBANGUNAN GALERI GUNUNG RAPAT DI KAWASAN GUNUNG RAPAT. b) Plaza Pintu Masuk dan Parkir Kenderaan Satu plaza pintu masuk ke kawasan Gunung Rapat perlu di sediakan untuk memudahkan pengunjung berkumpul (Rajah 60) dan plaza ini perlulah berdekatan atau bersambung dengan Pusat Penerangan dan Galeri Gunung Rapat. Plaza ini juga haruslah berdekatan dengan tempat meletak kenderaan, kawasan perniagaan, surau dan tandas. Rajah 60: Cadangan pembangunan pintu masuk dan ruangan parkir di kawasan Gunung Rapat c) Amphitheatre Gunung Rapat Satu amphitheater atau pentas terbuka yang berkonsepkan keadaan semula dan batu kapur serta berlatarbelakangkan jadi kawasan Gunung Rapat di cadangkan untuk menjadi tempat perkumpulan pengunjung selain menjadi kawasan untuk persembahan rasmi dan tidak rasmi. Amphitheater ini juga boleh menjadi satu ikon kepada Gunung Rapat. RAJAH 61: CADANGAN PEMBANGUNAN SATU AMPHITHEATER DI KAWASAN GUNUNG RAPAT.


59 ii. Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Batu Kapur Ipoh Satu pembangunan baharu Pusat Penyelidikan Batu Kapur Ipoh dicadangkan diwujudkan di kawasan Gunung Rapat untuk meningkatkan pemahaman tentang nilai dan kepentingan batu kapur yang menjadi imej kepada Bandar Ipoh. Pusat penyelidikan ini mestilah pusat kerjasama di antara MBI, Jabatan Mineral dan Geosains serta universiti tempatan. Antara kemudahan yang diperlukan untuk pusat penyelidikan ini adalah bangunan penyelidikan dan hutan pemuliharaan batu kapur. a) Bangunan Penyelidikan Bangunan penyelidikan batu kapur akan menempatkan penyelidik untuk menjalankan kajian berkaitan batu kapur. Antara fasiliti yang perlu disediakan adalah pejabat, makmal, bilik kuliah, bilik perbincangan, stor penyelidikan, pusat sumber dan kemudahan asrama. RAJAH 62: CADANGAN PEMBANGUNAN PUSAT PENYELIDIKAN BATU KAPUR DI KAWASAN GUNUNG RAPAT. b) Kawasan simpanan pemuliharaan dan pemeliharaan batu kapur dan hutan batu kapur Sebahagian besar kawasan batu kapur dan hutan batu kapur Gunung Rapat perlu dipelihara bagi tujuan kehijauan, kepelbagaian biologi dan kemapanan Bandaraya Ipoh. Kawasan simpanan ini juga akan menjadi makmal hidup bagi kajian lapangan berkaitan batu kapur di Bandaraya Ipoh (Rajah 63). RAJAH 63: CADANGAN KAWASAN SIMPANAN PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN BATU KAPUR DAN HUTAN BATU KAPUR DI KAWASAN GUNUNG RAPAT. c) Kawasan apresiasi formasi Gunung Batu Kapur Kawasan apresiasi formasi gunung batu kapur adalah kawasan yang boleh di lawat atas dasar pendidikan dan bersiar-siar dengan melihat formasi dan ciri ciri unik kawasan batu kapur seperti gua, terowong, tasik semula jadi, hutan batu kapur dan sungai batu kapur. Program apresiasi boleh di lakukan secara persendirian atau menggunakan khidmat pemandu pelancong. Dengan adanya kawasan ini, pelancong tidak perlu masuk jauh ke dalam kawasan gunung untuk melihat formasi dan ciri kawasan batu kapur yang unik (Rajah 64). RAJAH 64: KAWASAN APRESIASI FORMASI GUNUNG BATU KAPUR.


60 iii. Kawasan Riadah dan Rekreasi Gunung Rapat Kawasan Gunung Rapat mempunyai potensi besar untuk di bangunkan sebagai kawasan riadah dan rekreasi yang bukan hanya untuk penduduk tempatan tetapi juga pelancong. Antara aktiviti riadah dan rekreasi yang di cadangkan adalah taman rekreasi, kem perkhemahan, denai dan kawasan rekreasi aktif. a) Tasik Rekreasi Gunung Rapat Adalah di cadangkan satu taman rekreasi bertaraf taman bandaran di bangunkan di kawasan Gunung Rapat. Taman ini akan memberikan peluang kepada penduduk Bandaraya Ipoh terutama di bahagian selatan dan timur untuk beriadah dan berekreasi. Taman ini perlulah di rancang dan di reka dengan aktiviti rekreasi aktif atau pasif tetapi program yang bersifat pengetahuan dan pendidikan berkaitan batu kapur mestilah di sediakan (Rajah 65). RAJAH 65: CADANGAN PEMBANGUNAN TASIK REKREASI DI KAWASAN GUNUNG RAPAT. b) Kem Perkhemahan Satu kawasan kem perkhemahan yang lengkap di cadang disediakan untuk memberikan peluang untuk pengunjung bermalam di kawasan Gunung Rapat, terutamanya bagi mereka yang melalui Denai Gunung Rapat (Rajah 66). Kawasan perkhemahan perlu mempunyai lot tapak perkhemahan, tandas dan bilik persalinan, bekalan air, pelupusan sampah dan perhubungan yang baik. RAJAH 66: CADANGAN PEMBANGUNAN KEM PERKHEMAHAN DI KAWASAN GUNUNG RAPAT. c) Denai Gunung Rapat Kawasan Gunung Rapat adalah berbukit dan berlembah serta di penuhi dengan hutan batu kapur dan tropika. Maka kawasan ini amatlah berpotensi untuk menyediakan denai untuk tujuan explorasi dan pendidikan batu kapur. Denai Gunung Rapat ini di cadangkan mempunyai tiga jarak yang mempunyai konsep tersendiri dan tahap darjah kesukaran seperti tahap pemula, pertengahan dan pakar. Selain itu adalah di cadangkan di sepanjang denai ini, pengunjung di benarkan untuk berkhemah tetapi hanya secara primitif. RAJAH 67: CADANGAN PEMBANGUNAN DENAI GUNUNG RAPAT.


61 d) Taman Rekreasi Aktif Gunung Rapat . Satu taman rekreasi aktif dicadangkan di Gunung Rapat namun di bangunkan di kawasan batu kapur yang telah diteroka dan tidak digunakan lagi. Taman rekreasi aktif ini adalah khusus untuk penggemar aktiviti pengembaraan lasak dan sukan lasak terutamanya daripada golongan remaja, ahli sukan dan pakar rekreasi. Antara aktiviti lasak yang di cadangkan adalah kawasan skate board, litar ATV, litar pump track, kawasan pendakian tebing bukit batu kapur, berkayak dan trek basikal gunung. RAJAH 68: CADANGAN PEMBANGUNAN KAWASAN REKREASI AKTIF DI KAWASAN GUNUNG RAPAT.


62 7.0 CADANGAN PROGRAM SOSIAL DAN PENDIDIKAN Cadangan program rekabentuk PIL-Ipoh 2023 perlu disokong dengan program kemasyarakatan yang bersifat sosial dan pendidikan. Program kemasyarakatan ini akan menjadikan sesuatu kawasan lebih digunakan, kelihatan hidup dan ceria. Selain itu, program sosial dan pendidikan di kawasan landskap juga memainkan peranan penting dalam menggalakkan kesejahteraan bandar dan individu, pembangunan masyarakat dan kesaksamaan hidup. Program sosial dan pendidikan juga penting untuk menangani pelbagai cabaran sosial dan ekonomi. Terdapat beberapa program atau aktiviti sosial dan pendidikan yang diusulkan di dalam PIL-Ipoh 2023 ini dan antara cadangan program dan aktiviti yang boleh dijalankan di setiap kawasan kajian adalah seperti berikut: 1. Pertandingan Rekabentuk Landskap Kediaman Gugusan Manjoi Program pertandingan rekabentuk ini adalah bagi meningkatkan pembudayaan aktiviti landskap di kawasan Gugusan Manjoi yang boleh meningkatkan keceriaan kawasan, hubungan masyarakat dan berpotensi meningkatkan nilai Gugusan Manjoi sebagai satu produk pelancongan. Program boleh di anjurkan oleh MBI melalui Jabatan Taman dan Landskap dan Jabatan Pembangunan Komuniti dengan kerjasama agensi lain seperti Tourism Malaysia, Jabatan Pertanian, Jabatan Landskap Negara dan Jabatan Kerajaan Tempatan. 2. Pertandingan Rekabentuk Landskap Premis Perniagaan Di Pekan Lama dan Pekan Baru. Aktiviti pertandingan ini adalah untuk meningkatkan pembudayaan aktiviti landskap di kawasan pusat bandar selain rasa sayang kepada Bandaraya Ipoh. Pertandingan ini juga secara tidak langsung boleh membantu meningkatkan keceriaan Bandaraya Ipoh terutamanya dengan penggunaan bunga rasmi; Bougainvillea spp. yang boleh menarik pelancong untuk hadir sama meraikan rekabentuk landskap. Program boleh di anjurkan oleh MBI melalui Jabatan Taman dan Landskap dan Jabatan Pembangunan Komuniti dengan kerjasama agensi lain seperti Tourism Malaysia, Jabatan Pertanian, Jabatan Landskap Negara dan Jabatan Kerajaan Tempatan dan pihak dewan perniagaan masyarakat Ipoh 3. Program Pembudayaan Cintai Sungai Kinta. Objektif program ini adalah untuk membudayakan rasa cinta, sayang dan prihatin kepada sungai terutamanya Sungai Kinta. Program ini boleh di jalankan bersama oleh MBI dengan Jabatan Parit dan Saliran (JPS), Jabatan Pendidikan dan Daerah, universiti tempatan, serta persatuan penduduk. Antara aktiviti yang boleh menyokong program ini adalah antaranya: a. Larian Pesisir Sungai Kinta. Aktiviti larian yang boleh meningkatkan perhatian masyarakat kepada sungai dan mendidik masyarakat menjadi sihat. b. Berakit di Sungai Kinta. Aktiviti berakit ini boleh meningkatkan perhatian masyarakat kepada sungai selain mengimbau kembali nostalgia sungai sebagai satu mode pengangkutan satu ketika dahulu. c. Membersihkan Sungai dengan Berkudah. Aktiviti ini mengajak orang ramai untuk membersihkan sungai dengan konsep mengutip sampah sambil beriadah ataupun berkudah. 4. Ekspedisi Saintifik Gunung Lang dan Gunung Rapat. Aktiviti ekspedisi saintifik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada kekayaan sumber semula jadi yang unik kepada Bandaraya Ipoh di samping meningkatkan pengumpulan data saintifik di kedua-dua kawasan gunung batu kapur ini. Program boleh di anjurkan oleh MBI melalui Jabatan Taman dan Landskap dengan kerjasama agensi lain seperti Tourism Malaysia, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Perhutanan Semenanjung dan universiti tempatan. Senarai cadangan program ini adalah contoh program yang boleh di jalankan di setiap kawasan kajian oleh pihak MBI atau pihak yang berkaitan. Program seperti ini akan melibatkan tiga pihak iaitu kerajaan, masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan yang pastinya akan dapat menjadikan Bandaraya Ipoh menjadi satu bandar yang mempunyai nilai keterangkuman, hidup dan seterusnya membawa kesejahteraan.


63 8.0 CADANGAN KOS DAN JADUAL PELAKSANAAN 8.1 CADANGAN KOS DAN JADUAL PELAKSANAAN: PUSAT BANDAR Bagi melaksanakan program yang di rangka di dalam PIL-Ipoh 2023 ini, adalah dicadangkan anggaran kos dan jadual perlaksanaan bagi setiap program di kawasan kajian. Perlaksanaan adalah dalam 3 fasa dalam tempoh 12 tahun mengikut jadual Rancangan Malaysia. JADUAL 3: CADANGAN KOS DAN JADUAL PELAKSANAAN PUSAT BANDARAYA IPOH.


64


65 8.2 CADANGAN KOS DAN JADUAL PELAKSANAAN: PESISIR SUNGAI KINTA JADUAL 4: CADANGAN KOS DAN JADUAL PELAKSANAAN PESISIR SUNGAI KINTA.


66


67


68 JADUAL 5: CADANGAN KOS DAN JADUAL PELAKSANAAN GUGUSAN KAMPUNG MANJOI. 8.3 CADANGAN KOS DAN JADUAL PELAKSANAAN: GUGUSAN KAMPUNG MANJOI


69


70 JADUAL 6: CADANGAN KOS DAN JADUAL PELAKSANAAN BUKIT BATU KAPUR GUNUNG LANG. 8.4 CADANGAN KOS DAN JADUAL PELAKSANAAN: GUNUNG LANG


71 8.5 CADANGAN KOS DAN JADUAL PELAKSANAAN: GUNUNG RAPAT JADUAL 7: CADANGAN KOS DAN JADUAL PELAKSANAAN BUKIT BATU KAPUR GUNUNG RAPAT.


72 8.6 RINGKASAN KESELURUHAN CADANGAN KOS DAN JADUAL PELAKSANAAN Jadual di bawah menunjukkan ringkasan keseluruhan cadangan kos bagi kesemua tapak kajian PIL ini, berserta jumlah projek di dalam fasa yang terlibat. JADUAL 8: RINGKASAN KESELURUHAN CADANGAN KOS DAN JUMLAH PROJEK/FASA YANG TERLIBAT. Zon Kawasan Kajian Anggaran Kos Pembangunan (RM Juta) Jumlah Projek/Fasa (nos) Fasa 1 (2024-2025) Fasa 2 (2026-2030) Fasa 3 (2031-2035) Keseluruhan 1 Pusat Bandar 85.5 8 23 18 49 2 Sungai Kinta 56.0 11 12 6 29 3 Gugusan Manjoi 49.7 3 12 6 21 4 Gunung Lang 28.0 1 9 6 16 5 Gunung Rapat 77.0 4 4 2 10 Jumlah 296.2 27 60 38 125 Secara umumnya, perlaksanaan program bagi PIL ini akan melibatkan 125 projek berjumlah RM296.2 juta (sila lihat Jadual 10). Berikut merupakan cadangan kos bagi kesemua kawasan kajian: Pusat Bandaraya Ipoh (49 projek dengan unjuran kos RM85.5 juta), Pesisir Sungai Kinta (29 projek dengan unjuran kos RM56.0 juta), Gugusan Kampung Manjoi (21 projek dengan unjuran kos RM49.7 juta), Gunung Lang (16 Projek dengan unjuran kos RM28.0 juta) dan Gunung Rapat (10 projek dengan unjuran kos RM77.0 juta). Pada asasnya, cadangan reka bentuk landskap ini akan dilaksanakan sehingga tahun 2035 dan akan melibatkan tiga bentuk pembiayaan program melalui peruntukan MBI untuk projek bertaraf, i. Projek/Program baik pulih/ubah suai Pembiayaan ini melibatkan kerja-kerja ubah suai bangunan/infrastruktur sedia ada yang tidak melibatkan perubahan struktur dan pertambahan keluasan saiz bangunan atau infrastruktur. ii. Projek/ Program naik taraf Pembiayaan ini melibatkan kerja-kerja bangunan/infrastruktur sedia ada ke tahap yang lebih baik seperti kerja-kerja merubah atau menambah saiz struktur atau infrastruktur sedia ada. iii. Projek/Program pembangunan baharu Pembiayaan ini melibatkan kerja-kerja pembinaan bangunan infrastruktur baharu. Selain dari tiga bentuk pembiayaan ini, projek yang di cadangkan boleh juga dibiayai melalui kaedah mendapatkan peruntukan melalui i. Program Tanggungjawab (CSR) Pembiayaan projek atau program adalah oleh sektor korporat atau individu dan pihak MBI akan bertindak sebagai penyelaras projek. Contoh projek adalah seperti pembangunan taman poket, pemasangan peralatan dan perabot landskap dan penganjuran program sosial dan komuniti ii. Program Peruntukan Kerajaan a. Peruntukan Kerajaan Persekutuan Peruntukan dari kerajaan pusat melalui projek yang dibida atau dirancang bersama dengan agensi kerajaan pusat seperti Jabatan Landskap Negara, Jabatan Kerajaan Tempatan, Jabatan Warisan dan lain-lain. Contoh projek adalah pembangunan taman awam, landskap bandaran dan kajian khas. b. Peruntukan Kerajaan Negeri Peruntukan dari kerajaan negeri melalui permohonan, pembidaan dan peruntukan tahunan dan projek khas. iii. Program Peruntukan Geran Projek Khas Pembiayaan projek atau program melalui badan yang memberikan geran seperti Yayasan Hasanah dan Think City serta badan luar negara seperti DANIDA, US Aid dan agensi United Nations seperti UNDP dan UN Habitat melalui bidaan geran atau projek. Secara keseluruhan, projek di dalam PIL-Ipoh 2023 boleh dilaksanakan dengan pembiayaan melalui pelbagai sumber seperi peruntukan dalaman (MB), kerajaan pusat, kerajaan negeri, tanggung jawab CSR dan geran khas. Oleh itu, seluruh pengurusan dan staf MBI haruslah mendapatkan dana yang mencukupi untuk kesejahteraan dan kelestarian Bandaraya Ipoh.


73 Cadangan PIL Bandaraya Ipoh ini mengambil kira potensi peluang pendanaan yang boleh diperolehi oleh MBI melalui sewaan ruang, sewaan peralatan, yuran aktiviti dan program. Unjuran pendanaan daripada setiap kawasan kajian adalah di tunjukkan di dalam Jadual 9 sehingga 13. 9.0 CADANGAN PENDANAAN DARI PIL 10.1 PENDANAAN DARI PIL PUSAT BANDAR JADUAL 9: PENDANAAN DARI PELAN INDUK LANDSKAP PUSAT BANDARAYA IPOH


74 10.2 PENDANAAN DARI PIL PESISIR SUNGAI KINTA JADUAL 10: PENDANAAN DARI PELAN INDUK LANDSKAP PESISIR SUNGAI KINTA.


75 10.3 PENDANAAN DARI PIL GUGUSAN KAMPUNG MANJOI JADUAL 11: PENDANAAN DARI PELAN INDUK LANDSKAP GUGUSAN KAMPUNG MANJOI.


76 10.4 PENDANAAN DARI PIL BUKIT BATU KAPUR GUNUNG LANG JADUAL 12: PENDANAAN DARI PELAN INDUK LANDSKAP BUKIT BATU KAPUR GUNUNG LANG.


77


78 10.5 PENDANAAN DARI PIL BUKIT BATU KAPUR GUNUNG RAPAT JADUAL 13: PENDANAAN DARI PELAN INDUK LANDSKAP GUNUNG RAPAT.


79 JADUAL 14: RINGKASAN KESELURUHAN CADANGAN PENDANAAN DARI PIL. 10.6 RINGKASAN KESELURUHAN CADANGAN PENDANAAN DARI PIL Jadual di bawah menunjukkan ringkasan keseluruhan cadangan pendanaan kesemua tapak kajian PIL-Ipoh 2023. Secara keseluruhannya, adalah di jangkakan program di bawah PIL ini dapat menjana pendapatan sebanyak RM45.26 juta dalam masa 15 tahun (sila lihat Jadual 16). Adalah diunjurkan bahawa Kawasan Gunung Lang akan menjana pendapatan yang tertinggi dengan unjuran sebanyak RM19.4 juta diikuti oleh Kawasan Gunung Rapat (RM10.4 juta), Sungai Kinta (RM7.0 juta), Gugusan Manjoi (RM4.5 juta dan Pusat Bandar (RM3.8 juta). Unjuran ini adalah bersifat optimistik dan konservatif dengan anggapan semua projek dan program yang di rancang dapat di laksanakan pada waktu yang di tetapkan menjelang tahun 20235.


80 10.0 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN PIL PIL Bandaraya Ipoh ini merangkumi cadangan pembangunan kawasan dan program landskap bagi tempoh 15 tahun yang mendatang. Oleh yang demikian adalah penting untuk mengenal pasti kerangka tadbir urus, kawalan pembangunan landskap dan garis panduan umum yang boleh menjadi panduan kepada pelaksanaan PIL Bandaraya Ipoh. 1.1 KERANGKA TADBIR URUS LANDSKAP Tadbir urus pihak berkuasa tempatan adalah di jelaskan di dalam Akta 171: Kerajaan Tempatan dimana sesuatu kerajaan tempatan adalah satu entiti di bawah kerajaan negeri. Kerajaan tempatan ini di ketuai oleh seorang Dato Bandar atau Yang di Pertua dan di sokong oleh beberapa ahli majlis yang di lantik. Di dalam konteks Bandaraya Ipoh, ianya di ketuai oleh seorang Datuk Bandar dan di sokong oleh 24 Ahli Majlis. Bagi melicinkan pentadbiran dan pengoperasian, seorang Setiausaha Majlis Bandaraya Ipoh adalah di lantik dan beberapa jabatan di tubuhkan dimana setiap jabatan akan di ketuai oleh seorang Pengarah. Secara khususnya pentadbiran dan pengoperasian kawasan landskap di Bandaraya Ipoh adalah terletak di bawah tanggung jawab Jabatan Taman dan Landskap di bawah seorang Pengarah yang juga merupakan arkitek landskap (J54) dan di bantu oleh seorang Timbalan yang juga seorang arkitek landskap (J52). Jabatan ini mempunyai 2 bahagian iaitu Bahagian Selenggaraan dan Penguatkuasaan dan Bahagian Kawalan dan Pembangunan. Operasi kedua bahagian ini adalah di sokong oleh 14 unit iaitu unit padang awam, selenggaraan dan penanaman, alat permainan, hiasan, task force, arborikultur, pembersihan kawasan lapang, taman rekreasi Gunung Lang dan tapak semaian dan Taman DR Seenivasagam. Adalah di cadangkan supaya Jabatan Landskap dan Taman ini di tambah baik dengan penstrukturan semula bahagian dengan penambahan 2 lagi bahagian. Cadangan ini adalah untuk menjadikan Jabatan Taman dan Landskap: 1. Lebih cekap dan berkesan dalam membangun dan menguruskan landskap di Bandaraya Ipoh. 2. Meningkatkan keupayaan jabatan menguruskan sumber landskap berasaskan teknologi maklumat dan digital. Berikut adalah cadangan penstrukturan semula jabatan bersama dengan cadangan unitnya: 1. Bahagian Pentadbiran a. Unit pentadbiran am b. Unit kewangan c. Unit aduan dan kepuasan pelanggan Secara umumnya skop tugas bahagian ini adalah berkaitan dengan pentadbiran am jabatan, pengurusan kewangan, bajet dan belanjawan, pembangunan dan pemantauan pelan strategik serta urusan aduan dan kepuasan pelanggan. Bahagian ini akan di ketuai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir (N29) yang akan di bantu oleh Ketua Pembantu Tadbir (N22) dan 2 orang Pembantu Tadbir (N19). 2. Bahagian Kawalan dan Pembangunan Landskap a. Unit pengawalan landskap b. Unit rekabentuk dan pembangunan landskap c. Unit pengurusan projek dan kontrak d. Unit data raya dan data analitis e. Unit projek khas Bahagian Kawalan dan Pembangunan Landskap adalah bertanggungjawab untuk mengawal selia cadangan pembangunan berkaitan dengan landskap terutamanya dengan memberi ulasan kepada Pusat Hentian Setempat (OSC) bagi tujuan kelulusan laporan cadangan pemajuan (LCP), kebenaran merancang (KM), pelan landskap (PL) dan perintah pemeliharaan pokok (TPO). Selain itu, bahagian ini juga bertanggungjawab kepada perlaksanaan pembangunan kawasan landskap di dalam kawasan atau tanah dibawah pentadbiran MBI. Ini termasuklah dengan skop pengurusan projek dan kontrak bagi memastikan projek dapat yang di jalankan dengan baik dan tersusun. Dengan perkembangan teknologi digital dan informasi di dalam sistem pengurusan, unit data raya dan analitis akan bertanggungjawab untuk merekod, menyimpan dan menganalisis data raya sumber landskap MBI seperti pokok, perabot landskap, jenis landskap, karakter landskap dan kualiti visual. Ini


81 adalah untuk memastikan pengurusan, perancangan dan rekabentuk landskap dapat di buat berdasarkan bukti atau fakta yang tepat (evidence based design). Bahagian ini perlulah di ketuai oleh seorang Arkitek Landskap (J48) dan di bantu di bantu oleh 2 orang orang Arkitek Landskap (J44/41), 3 orang pembantu teknik landskap (J29), 1 penolong juru ukur bahan (J29) dan 1 pembantu teknik IT (F29) dan 2 pelukis pelan (J19) 3. Bahagian Penyelenggaraan Landskap a. Unit Penanaman dan Penyelenggaraan landskap b. Unit Pengurusan Pokok c. Unit Pengurusan Landskap Kejur Dan Kawasan Permainan Kanak-Kanak d. Unit Maklum balas Kecemasan Bahagian Penyelenggaraan Landskap adalah bertanggungjawab untuk menjalankan kerja penyelenggaraan kawasan dan elemen landskap lembut dari segi kebersihan, keberadaan dan keselamatan. Bahagian ini juga perlu memberikan tindak balas segera bagi hal kecemasan seperti kejadian pokok tumbang dan sekah. Oleh itu pegawai yang bekerja di bahagian ini amatlah di galakkan mempunyai sijil kemahiran arborikultur atau hortikultur. Selain itu, bahagian ini juga bertanggungjawab kepada penyelenggaraan landskap kejur seperti perabot taman, kolam pancutan dan alatan serta kawasan permainan kanak kanak. Bahagian ini perlulah di ketuai oleh seorang Arkitek Landskap (J48) dan di bantu di bantu oleh seorang Arkitek Landskap (J44/41), seorang pembantu teknik landskap (J29) dan 2 orang penolong pegawai pertanian (G29). 4. Bahagian Nurseri dan Hiasan a. Unit tapak semaian b. Unit jentera, mesin dan peralatan Bahagian Nurseri dan Hiasan adalah bertanggungjawab untuk mengurus dan menjalankan operasi nurseri kesiapsiagaan penggunaan dan penanaman pokok dan hiasan landskap dalam kawasan MBI. Selain itu, bahagian ini juga bertanggungjawab kepada penggunaan dan penyelenggaraan mesin dan jentera Jabatan Landskap dan Taman seperti lori, mesin pemotong rumput, mesin pengalihan pokok, skylift, tapak pengkomposan dan bengkel logam, kayu dan jentera. Bahagian ini perlulah di ketuai oleh seorang arkitek landskap (J41/44) dan di bantu oleh seorang penolong pegawai pertanian (G29), seorang pembantu jurutera (J29) dan di bantu oleh 4 orang pembantu kemahiran pertanian (J17). RAJAH 69: CADANGAN ORGANISASI JABATAN LANDSKAP DAN TAMAN MBI. 1.2 KAWALAN PEMBANGUNAN LANDSKAP Landskap di dalam kawasan MBI adalah perlu di kawal bagi tujuan pembangunan, pemeliharaan dan pemuliharaan. Kawalan ini adalah untuk memastikan Ipoh kekal hijau dan bagi memastikan pembangunan landskap di Bandaraya Ipoh: 1. Mempunyai kualiti yang baik 2. Menepati kehendak MBI dan juga masyarakat 3. Menuruti kehendak undang-undang dan peraturan


82 Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, YBHg Datuk Bandar Ipoh mempunyai kuasa untuk meletakkan kawalan pembangunan landskap di bawah seliaan dan tanggungjawab: Pengarah Jabatan Landskap dan Taman , Majlis Bandaraya Ipoh 30450 Ipoh Perak Darul Ridzuan Beberapa peruntukan perundangan perlu di ambil kira di dalam proses kawalan landskap ini, dan 2 peruntukan yang paling utama adalah Akta 172 dan Akta 133. 1.2.1 KAWALAN DI BAWAH AKTA 172 Secara umumnya, Akta 172 adalah akta yang mengawal pembangunan dari segi perancangan dan konsep. Ianya juga dikenali sebagai Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976. Akta ini telah dipinda sebanyak 5 kali dengan pindaan kali terakhir adalah pada tahun 2017. Akta 172 ini mewajibkan setiap kawasan pentadbiran negeri dan pihak berkuasa tempatan membangunkan: 1. Pelan Kajian Rancangan Struktur (RS) 2. Pelan Kajian Rancangan Tempatan (RT) 3. Pelan Kajian Rancangan Khas (RKK) - jika perlu Adalah amat diperlukan supaya perancangan RT, RS dan RKK ini mewajibkan sektor pembangunan landskap di ambil kira sebagai sektor yang wajib dikaji dalam membangunkan matlamat, objektif dan strategi. Ini bagi memastikan nilai dan keperluan landskap setempat tidak diabaikan seperti karakter landskap, nilai visual, nilai biodiversiti, kehendak komuniti terhadap landskap dan taburan kawasan lapang dan hijau serta landskap semula jadi . Adalah di sarankan bahawa semua pelan dan dokumen kelulusan untuk RS, RT dan RKK bagi sektor kajian landskap di kemukakan oleh Arkitek Landskap yang berdaftar sebagai Ahli Korporat dengan Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) bersama dengan pihak Perancang Bandar Berdaftar (TPr). Oleh yang demikian, ulasan dari Jabatan Landskap dan Taman adalah perlu di ambil kira bagi kelulusan Pelan RT, RS dan RKK ini bagi menjadikan laporan cadangan lebih menyeluruh. Adalah di maklumkan bahawa cadangan PIL ini dibangunkan selari dengan cadangan Pelan Struktur Negeri Perak Tahun 2040 dan Pelan Tempatan Bandaraya Ipoh Tahun 2020. Akta 172 juga mewajibkan semua cadangan pembangunan oleh pemaju untuk mengemukakan pelan dan dokumen bagi mendapatkan kelulusan bagi perkara berikut: 1. Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) 2. Kebenaran Merancang (KM) 3. Perintah Pemeliharaan Pokok (TPO). 4. Laporan Penilaian Kesan Impak Sosial (SIA) Adalah amat diperlukan bagi setiap proses kelulusan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP), Kebenaran Merancang (KM) dan Perintah Pemeliharaan Pokok (TPO), keperluan kawasan landskap dan elemen landskap mesti diambil kira secara langsung seperti kecukupan peratusan kawasan lapang, penyediaan ameniti landskap dan elemen landskap seperti pokok. Adalah amat perlu untuk pemaju juga mengemukakan Pelan Pemuliharaan dan Pengurusan Landskap (TCLM) bagi tujuan pengurusan pokok di tapak di bawah keperluan TPO. Landskap perlu di lihat sebagai komponen utama dalam perancangan pembangunan dan bukan hanya sebagai elemen sokongan sahaja. Bagi penilaian kesan impak sosial atau SIA, impak kepada potensi perubahan landskap dari segi visual, karakter dan penambahan kawasan dan elemen landskap dari sudut sosial perlu diperincikan oleh pihak pemaju bagi memastikan penduduk mendapat nilai landskap yang optima. Adalah di sarankan bahawa semua pelan dan dokumen kelulusan untuk LCP dan TPO di kemukakan oleh Arkitek Landskap yang berdaftar sebagai Ahli Korporat dengan Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) bersama dengan pihak yang berkelayakan seperti jurutera, arkitek dan perancang bandar berdaftar. Untuk pengemukaan pelan bagi tujuan kelulusan KM, pembangunan berkaitan dengan landskap seperti taman haruslah di kemukakan oleh Arkitek Landskap yang berdaftar sebagai Ahli Korporat dengan Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM). Oleh yang demikian, Pihak Jabatan Landskap dan Taman, MBI perlu mengemukakan ulasan bagi setiap proses cadangan pembangunan, LCP, KM, TPO dan SIA, yang dikemukakan bagi memastikan cadangan itu menyokong matlamat dan strategi PIL melalui proses Pusat Sehenti Setempat (OSC).


83 1.2.2 KAWALAN DI BAWAH AKTA 133 Secara umumnya, Akta 133 adalah akta yang mengawal pembangunan dari segi pembinaan. Ianya juga dikenali sebagai Akta Jalan, Parit dan Bangunan. Akta ini telah dipinda buat kali terakhir adalah pada tahun 2018. Akta 133 ini mewajibkan setiap pembangunan di dalam kawasan pentadbiran negeri dan pihak berkuasa tempatan adalah terkawal dari segi pembinaan bangunan dan infrastruktur. Di bawah Akta 133, semua cadangan pembangunan oleh pemaju mestilah mengemukakan pelan atau dokumen untuk kelulusan bagi antaranya adalah perkara berikut: 1. Pelan Kerja Tanah dan Infrastruktur 2. Pelan Sanitari 3. Pelan Bekalan Air 4. Pelan Susun Atur 5. Pelan Bangunan 6. Pelan Landskap Di dalam konteks landskap, adalah amat penting supaya Pelan Landskap dikemukakan bagi kelulusan MBI dan antara lukisan dan dokumen yang perlu dikemukakan untuk kelulusan adalah: 1. Pelan Susun Atur Landskap 2. Pelan Penanaman dan Jadual Penanaman 3. Pelan Landskap Kejur 4. Pelan Penggredan Tanah dan Saliran Mikro 5. Pelan Pengurusan Landskap Pelan ini perlulah dikemukakan bersama dengan borang permohonan, senarai semak dan yuran pemprosesan pengurusan. Dan semua pelan dan borang mestilah mengikut spesifikasi yang telah di tentukan oleh pihak Jabatan Landskap dan Taman, MBI. Selain itu, semua pelan dan dokumen kelulusan pelan landskap mestilah di kemukakan oleh Arkitek Landskap yang berdaftar sebagai Ahli Korporat dengan Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) dan pemilik projek perlulah juga menandatangani pelan dan dokumen yang di kemukakan. Pihak Jabatan Landskap dan Taman, MBI perlu mengemukakan ulasan bagi proses kelulusan Pelan Landskap yang dikemukakan bagi memastikan cadangan itu menyokong matlamat dan strategi PIL melalui proses Pusat Sehenti Setempat (OSC). 1.2.3 AKTA LAIN YANG BERKAITAN Di dalam membangunkan sesuatu kawasan, pembangunan kawasan landskap juga perlu mengambil kira akta-akta lain yang mungkin berkaitan, antaranya adalah: 1. Akta 645 Akta 645 atau Akta Warisan Kebangsaan 2005 memperincikan keperluan untuk memelihara dan mengawal selia artifak, bangunan dan tapak bersejarah terutamanya yang telah di wartakan didalam senarai Warisan Kebangsaan. Di dalam konteks Bandaraya Ipoh, Akta perlu di lihat dengan teliti kerana beberapa kajian mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri terutama kawasan Pusat Bandar. 2. Akta 525 Akta 525 atau Akta Pembangunan Mineral 1994 adalah memperincikan keperluan bagi pemeriksaan dan pengawal seliaan kawasan bagi tujuan penjelajahan dan perlombongan mineral. Di dalam konteks Bandaraya Ipoh, Akta perlu di lihat dengan teliti kerana keadaan geofizik Ipoh yang berasaskan batu kapur terutamanya bagi Kawasan Gunung Lang dan Gunung Rapat.


84 11.0 DASAR DAN GARIS PANDUAN UMUM PERANCANGAN DAN REKABENTUK LANDSKAP Pelan Induk Landskap Ipoh (PIL) 2023-2035 ini adalah satu dokumen rujukan penting dalam perancangan dan pembangunan landskap di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Bagi memantapkan lagi cadangan PIL, garis panduan umum telah dibangunkan namun ianya perlu di baca selari dengan dasar dan garis panduan teknikal lain yang telah di terbitkan dan di guna pakai oleh agensi kerajaan dan ini termasuklah tetapi tidak terhad kepada: 1. Dasar Landskap Negara, Jabatan Landskap Negara 2. Dasar Pembangunan Negara II, PLANMalaysia 3. Garis Panduan Landskap Negara Taman (Ed. 2), Jabatan Landskap Negara 4. Garis Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar, PLANMalaysia 5. Garis Pembangunan Perancangan Kawasan Warisan, PLANMalaysia 6. Garis Panduan Perancangan Kawasan Sungai sebagai Kawasan Taman, PLANMalaysia 7. Manual Pengurusan dan Penyelenggaraan Landskap, Jabatan Landskap Negara 8. Manual Saliran Mesra Alam 2.0 (MASMA 2.0), Jabatan Parit dan Saliran 9. Panduan Rekabentuk Sejagat (Universal Design) Kemudahan Rekreasi Taman Awam, Jabatan Landskap Negara 10. Panduan Penanaman Pokok Teduhan, Jabatan Landskap Negara Garis Panduan umum adalah untuk menjadi rujukan kepada pihak pemaju, perunding dan Jabatan Landskap dan Taman MBI ketika pelaksanaan cadangan terperinci. Ianya bagi memastikan pembangunan landskap memenuhi inspirasi dan matlamat PIL Ipoh 2023–2035. Garis panduan ini melibatkan semua kawasan dan jenis guna tanah dan secara spesifiknya kepada 5 kawasan kajian. 11.1 GARIS PANDUAN PENGURUSAN KAREKTOR DAN KUALITI VISUAL LANDSKAP Secara umumnya garis panduan bagi pengurusan karakter dan visual landskap adalah seperti berikut: 1. RINGKASAN KARAKTER PUSAT BANDAR IPOH \Karakter landskap Pusat Bandar Ipoh didominasi oleh guna tanah komersial, perumahan, institusi, istana dan juga rekreasi dan banyak dipengaruhi oleh keunikan gaya seni bina kolonial, straits Chinese, vernakular serta seni bina moden. Namun bagi kawasan perumahan moden secara amnya tidak mempunyai sebarang ciri-ciri yang unik yang ketara begitu juga dengan kampung tradisi dan kampung baru yang juga tidak mempunyai karakter landskap yang jelas mahu pun terancang. Selain itu, kawasan lapang dan hijau di Pusat Bandar Ipoh ini pula boleh diklasifikasikan sebagai landskap bukan semula jadi atau separa semula jadi dengan perancangan. a) Kawasan komersial di Pekan Lama haruslah di kekalkan karakternya yang bersifat colonial strait Chinese dan vernakular, dan penekanan haruslah di berikan kepada kemudahan siar kaki, perabot landskap supaya menggambarkan seni bina yang terdapat di tapak. b) Kawasan hijau dan lapang perlulah dikekalkan karakternya sebagai kawasan hijau dari segi visual dan juga pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan ini kepada warisan dan sejarahnya. c) Landskap lembut haruslah di seragamkan melalui jenis pokok yang sederhana besar dan rendang. Keseragaman jenis pokok boleh di bezakan melalui jenis kawasan atau daerah dalam kawasan bandar. d) Kepada kawasan yang tidak mempunyai karakter yang jelas seperti kawasan kampung tradisi dan kampung Baharu, karakter tempat ini boleh diperkuatkan dengan penggunaan landskap lembut yang seragam. 2. RINGKASAN KARAKTER PERSISIRAN SUNGAI KINTA Kawasan kajian yang sepanjang persisiran Sungai Kinta dari bahagian utara sehingga barat daya Ipoh adalah sepanjang 9.5 km dan karakternya adalah didominasi oleh belukar separa semula jadi serta kawasan tebingan berumput. Selain itu terdapat juga badan air utama seperti tasik di bahagian utara dan selatan kawasan kajian dan yang mana sebahagianya dijadikan sebagai kawasan rekreasi terancang. Namun, karakter pesisir Sungai Kinta ini juga di pengaruhi oleh guna tanah persekitaran yang didominasi oleh penempatan dan perniagaan. a) Karakter kawasan persisiran Sungai Kinta haruslah di kekalkan kehijauan di tebing dan simpanan kawasan serta terlihat aliran air sungai yang jelas dengan tiadanya struktur yang mengubah karakternya secara drastik. b) Karakter Sungai Kinta selain dari kelihatan hijau perlulah juga diselarikan dengan guna tanah kawasan persekitaran sepanjang Sungai. c) Memusatkan aktiviti pembangunan dan rekreasi sepanjang Sungai Kinta dengan karakter Sungai atau badan air. d) Meningkatkan penggunaan landskap lembut sepanjang sungai terutamanya pokok, dengan tanaman yang asal kepada ekosistem sungai


85 3. RINGKASAN KARAKTER GUGUSAN MANJOI Secara keseluruhannya karakter Gugusan Manjoi adalah kawasan penempatan si satu kawasan yang agak landai serta sedikit beralun terutamanya di bahagian timur laut. Kawasan beralun ini sebahagianya masih diliputi oleh hutan sekunder namun tidak mempunyai ciri-ciri semula jadi yang jelas. Terdapat ruang kosong yang terhasil dari bekas lombong tinggal namun kolam bekas lombong ini membentuk satu ciri unik badan air di Gugusan Manjoi, karakter penempatan pula adalah rumah sesebuah bersifat gaya moden ataupun separa tradisional yang tersusun namun tiada karakter yang jelas untuk landskap vernakularnya. a) Karakter kawasan Gugusan Manjoi boleh dipertingkatkan dengan: i. mengekalkan karakter penempatan dengan rekabentuk landskap vernakular namun tersusun ii. kawasan hijau semula jadi, Sungai dan kolam dibangunkan sebagai kawasan komuniti dan rekreasi b) Landskap lembut haruslah di seragamkan melalui jenis pokok, sederhana besar dan rendang. Keseragaman jenis pokok boleh di bezakan mengikut kampung atau kawasan dalam kawasan gugusan 4. RINGKASAN KARAKTER TAMAN REKREASI GUNUNG LANG Kawasan Gunung Lang didominasi dengan karakter landskap dan rupa bumi unik yang terdiri dari cenuram batu kapur yang berbukit serta berlembah terutama dari utara sehingga ke Selatan manakala karakter landskap di sebelah timur pula lebih kepada penempatan terancang, aktiviti pertanian bercampur, kawasan tanah lapang berumput serta belukar yang terbiar. Manakala di bahagian tengah Gunung Lang karakternya adalah kawasan rekreasi terancang serta badan air yang menjadi salah satu tarikan utama di pusat bandar Ipoh. a) Karakter kawasan Gunung Lang haruslah di kekalkan terutamanya cenuram batu kapurnya dan kawasan rekreasi serta badan air kerana karakter ini telah menjadi mercu tanda yang unik bagi Bandaraya Ipoh. b) Karakter Gunung Lang ini boleh di tingkatkan lagi dengan memastikan: i. tiada pembangunan yang mengurangkan kualiti visualnya dengan struktur yang menghalang ii. memusatkan aktiviti rekreasi dengan tema karakter dan sifat batu kapur iii. meningkatkan penggunaan landskap lembut terutamanya pokok yang asal kepada kawasan batu kapur iv. memastikan kawasan penempatan dan pertanian yang wujud di sekitar Gunung Lang tidak berkembang dan menceroboh kepada kawasan batu kapur dengan meletakkan zon penampan 5. RINGKASAN KARAKTER GUNUNG RAPAT Gunung Rapat terletak di kawasan yang mempunyai topografi yang agak unik dengan pelbagai bentuk cenuram batu kapur yang berbukit serta berlembah. Kebanyakan kawasan batu kapur ini masih lagi diliputi dengan tumbuhan renek serta pokok-pokok semula jadi. Terdapat juga badan-badan air yang masih bercirikan semula jadi serta separa semula jadi serta tandus yang telah dipengaruhi dengan aktiviti manusia seperti aktiviti kuari. Di beberapa kawasan di Gunung Rapat pula terdapat taburan kawasan tepu bina yang terdiri dari kawasan industri serta perumahan yang tidak mempunyai sebarang ciri-ciri landskap yang unik. a) Karakter kawasan Gunung Rapat haruslah di kekalkan terutamanya cenuram batu kapurnya kerana karakter ini telah menjadi mercu tanda yang unik bagi Bandaraya Ipoh dengan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan batu kapur b) Karakter Gunung Rapat ini boleh di tingkatkan lagi dengan memastikan i. tiada pembangunan yang mengurangkan kualiti visualnya dengan struktur yang menghalang ii. memusatkan aktiviti pembangunan dan rekreasi dengan tema karakter dan sifat batu kapur iii. meningkatkan penggunaan landskap lembut terutamanya pokok yang asal kepada kawasan batu kapur iv. memastikan kawasan penempatan, industri, keagamaan dan pertanian yang wujud di sekitar Gunung Rapat tidak berkembang dan menceroboh kepada kawasan batu kapur dengan meletakkan zon penampan 11.2 GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN, PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN KAWASAN KAJIAN Kawasan kajian melibatkan Pusat Bandar Ipoh, Taman Rekreasi Gunung Lang, Gunung Rapat, Persisiran Sungai Kinta dan Gugusan Manjoi. Secara umumnya garis panduan bagi setiap kawasan kajian adalah seperti berikut:


86 1. Pusat Bandar Ipoh a) Memastikan penggunaan landskap kejur dan landskap lembut yang seimbang untuk mengurangkan kesan pemanasan pulau bandar b) Pokok yang di gunakan haruslah sederhana besar, mempunyai bentuk yang vertikal dan teduh, serta tahan secara optima dari serangan penyakit dan serangga serta tidak mudah patah atau sekah c) Landskap kejur seperti perabot jalan perlu disediakan terutama di kawasan tumpuan. Rekabentuk landskap kejur juga mestilah menyokong karakter kawasan dan bangunan bersejarah atau warisan d) Kawasan siar kaki haruslah tidak putus dan berterusan untuk memudahkan pengguna dan menggunakan bahan binaan yang selamat. Kawasan siar kaki juga harus di gabung jalin dengan kaki lima bangunan kolonial dan rumah kedai 2. Persisiran Sungai Kinta a) Pembangunan di kawasan bandar haruslah tidak membelakangi kawasan sungai bagi memastikan sungai menjadi kawasan landskap dan tumpuan utama bandar b) Pembangunan pesisir sungai haruslah mengambil kira pendekatan semula jadi untuk memastikan ekosistem sungai tidak terganggu dan penanaman tumbuhan asal kawasan sungai amatlah di galakkan c) Kaedah kawalan dan risiko banjir di kawasan sungai haruslah di patuhi semasa pembangunan di jalankan d) Pembangunan pesisir sungai mestilah mengambil kira risiko tebing runtuh dan pencemaran kepada kualiti air e) Pembangunan pesisir sungai mestilah mengambil kira guna tanah sepanjang sungai f) Fokus pembangunan di pinggiran Sungai Kinta digalakkan untuk meningkatkan kawasan hijau di kawasan Bandaraya Ipoh selain menjadi kawasan rekreasi pasif dan aktif penduduk Ipoh g) Pihak berkuasa perlu menganjurkan aktiviti sosial dan komuniti di kawasan sungai bagi memastikan pinggiran sungai adalah hidup dan terus di gunakan. Penglibatan pihak swasta dalam aktiviti ini perlu di galakkan 3. Gugusan Manjoi. a) Rekabentuk landskap tradisi dan vernakular amatlah di galakkan untuk di gunakan pakai oleh penduduk Gugusan Manjoi b) Pokok pinggiran jalan perlulah dari jenis sederhana besar dan tidak mengganggu kediaman penduduk c) Landskap kejur seperti tempat duduk boleh di letakkan di kawasan umum yang kecil di sepanjang jalan untuk menjadi titik temu bagi penduduk d) Papan tanda bagi setiap kampung yang termasuk dalam Gugusan Manjoi perlu di bangunkan bagi kemudahan penduduk tempatan sebagai tanda kawasan dan panduan kepada pengunjung e) Kawasan sungai dan kolam sedia ada boleh di bangunkan sebagai kawasan lapang dan umum untuk kegunaan rekreasi dan komuniti f) Kawasan lapang dan umum boleh di bangunkan dengan konsep kerjasama komuniti bersama dengan pihak berkuasa g) Kawasan lapang dan umum selain daripada memberi kemudahan rekreasi boleh juga di guna pakai untuk program ekonomi seperti trak makanan dan kebun komuniti 4. Taman Rekreasi Gunung Lang dan Gunung Rapat a) Kawasan batu kapur dan tanaman asalnya haruslah sentiasa dipelihara b) Makluman berkaitan risiko berada di kawasan batu kapur terutamanya di kawasan semula jadi haruslah di letakkan di tempat yang bersesuaian c) Faktor keselamatan tanah runtuh dan keadaan air haruslah sentiasa di pantau oleh pihak berkuasa d) Setiap aktiviti atau pembangunan yang di rancang dan di jalankan ini harus sentiasa sensitif dengan kerapuhan kawasan batu kapur e) Kawasan pembangunan mestilah tidak berserakan dan di tumpukan di satu kawasan supaya mudah di kawal dan memberi impak yang rendah kepada kawasan batu kapur f) Daya tampung sesuatu kawasan rekreasi yang di wujudkan haruslah di ambil kira semasa operasi g) Semua kelulusan pembangunan mestilah di rujuk kepada garis panduan yang telah dikeluarkan oleh agensi terlibat seperti Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia


87 11.3 GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN JALAN PROTOKOL DAN PINTU MASUK BANDARAYA IPOH Cadangan PIL Bandaraya Ipoh adalah akan terdapatnya 8 Jalan Protokol yang juga akan secara umumnya menjadi wajah pintu masuk ke Bandaraya Ipoh. Jalan tersebut adalah Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Jalan Lahat, Jalan Sultan Iskandar, Jalan Sultan Idris Shah, Jalan Sultan Nazrin Shah, Jalan Raja di Hilir, Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan SP Seenivasagam. Secara umumnya garis panduan bagi pembangunan jalan protokol dan pintu masuk adalah seperti berikut: a. Menyediakan jalan protokol yang bersuasana tenang dengan rekabentuk yang kemas dan bersifat rasmi. b. Menggunakan konsep rekabentuk yang berbeza bagi setiap jalan protokol. c. Pada titik ketibaan atau pitu masuk, rekabentuk perlulah unik dan menunjukkan perasaan dihargai ketika masuk ke Bandaraya Ipoh. Contohnya, menggunakan tanaman yang berlainan, mempunyai arca bercirikan imej Ipoh ataupun pintu gerbang. d. Menggunakan rekabentuk yang bercirikan tempatan dengan bercirikan seni bina negeri Perak atau refleksi kepada sejarah dan warisan Ipoh sebagai bandar perlombongan bijih timah terutama pada landskap kejur seperti tiang lampu dan bollard di kawasan siar kaki. e. Menggunakan tanaman yang asal kepada negeri Perak dan Ipoh bagi meningkatkan lagi ekosistem budaya. f. Mengambil kira keperluan landskap sekiranya jalan protokol ini memerlukan penambahbaikan seperti pelebaran ataupun naik taraf ciri keselamatan. 11.4 GARIS PANDUAN UNTUK KEMUDAHSAMPAIAN Untuk mewujudkan satu bandar yang inklusif, semua kawasan landskap perlulah mudah sampai dengan berbagai modal pengangkutan. Ini boleh di pastikan dengan setiap kawasan landskap utama seperti taman dan juga pusat tumpuan seperti pusat membeli belah, sekolah dan institusi kerajaan di Ipoh dapat di mudah sampai dengan: a. Jaringan yang tidak putus dengan kemudahan siar kaki dan siar kaki ini boleh digabung jalin dengan kemudahan lorong basikal. b. Kemudahan siar kaki ini mestilah cukup kelebarannya, teduh, selamat dan mempunyai informasi mengenai Ipoh di kawasan tertentu. c. Jaringan dengan kemudahan pengangkutan awam seperti hentian bas, teksi dan kenderaan ehailing. d. Jaringan kemudahsampaian juga boleh di capai dengan menyediakan kawasan meletak kenderaan yang mencukupi di kawasan landskap dan tumpuan utama. 11.5 GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN TAMAN AWAM Taman awam merupakan kawasan landskap yang penting di sesuatu perbandaran. Taman awa mini boleh diklasifikasikan sebagai taman wilayah, taman bandar dan taman kejiranan. Bandaraya Ipoh mempunyai beberapa taman bandar yang bersejarah seperti Taman DR Seenivasagam dan Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz Shah atau Padang Polo. Secara umumnya garis panduan bagi pembangunan taman awam adalah seperti berikut: a. Mengekalkan dan memelihara Taman DR Seenivasagam dan Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz Shah sebagai Taman Bandaran yang penting dan bersejarah untuk Bandaraya Ipoh. b. Pembangunan taman awam baru terutamanya taman kejiranan perlu diambil kira selari dengan pembangunan dan pertambahan penduduk. c. Taman awam mestilah di hubungkan dengan taman lain melalu jaringan siar kaki atau kawasan semula jadi bagi mewujudkan jalinan hijau yang berterusan untuk Bandaraya Ipoh. d. Kemudahan yang di sediakan di taman awam mestilah pelbagai dan mengambil kira keperluan pelbagai pengguna dari segi umur, jantina, bangsa dan keupayaan. e. Semua kemudahan dan peralatan mestilah dalam keadaan selamat dan baik untuk digunakan. f. Nisbah penggunaan pokok dan landskap kejur mestilah seimbang untuk menjadikan taman sebagai sebuah kawasan hijau. g. Pihak berkuasa perlu menganjurkan aktiviti sosial dan komuniti di taman awam bagi memastikan taman adalah hidup dan terus di gunakan. Penglibatan pihak swasta dalam aktiviti ini perlu di galakkan. h. Taman awam mestilah di selenggara dengan baik secara berkala bagi memastikan keselamatan pengguna sentiasa terjaga dan kerja baik pulih dapat di jalankan segera. 11.6 GARIS PANDUAN PENANAMAN POKOK Pokok adalah satu elemen landskap yang penting bagi pembangunan kawasan landskap kerana ianya memberi banyak nilai dan faedah kepada sesuatu bandar, masyarakat dan ekosistem. Secara umumnya garis panduan bagi penanaman pokok adalah seperti berikut: a. Pokok yang bersaiz sederhana hingga besar haruslah di gunakan i. di pinggiran jalan yang bukan di kawasan pusat bandar.


88 ii. kawasan taman dan laman. b. Pokok yang bersaiz kecil dan sederhana haruslah di gunakan i. di pinggiran jalan kawasan pusat bandar. ii. di pinggiran jalan kawasan perumahan. iii. di pinggiran jalan kawasan industri. iv. di pinggiran jalan kawasan institusi. v. kawasan umum di pusat bandar seperti taman poket dan plaza bandaran. c. Pokok yang di tanam mestilah mempunyai nilai dan fungsi berkaitan dengan teduhan, estetik, budaya dan meningkatkan kepelbagaian biologi. d. Pokok mestilah di tanam melalui anak pokok dan bukan keratan batang pada spesifikasi minimum yang ditentukan oleh pihak arkitek landskap di pihak perunding atau Jabatan Taman dan Landskap, MBI. e. Jarak tanaman pokok mestilah bersesuaian dengan spesies dan jenis pokok untuk mengelakkan pokok tidak dapat tumbuh secara semula jadi. f. Tapak tanaman pokok mestilah mempunyai saiz atau kelebaran yang sesuai untuk mengelakkan pokok tidak dapat tumbuh secara semula jadi dan menimbulkan masalah keselamatan. g. Kekuatan aliran angin dan arah laluan angin perlu di ambil kira ketika rekabentuk tanaman di sesuatu kawasan. h. Menggalakkan tanaman pokok yang berasal dari Negeri Perak dan Ipoh. i. Pokok yang di tanam mestilah dari spesies yang bukan beracun dari segi buah, bunga, batang dan getahnya kecuali pokok Ipoh (Antiaris toxicaria) dengan kelulusan rasmi dari pihak Jabatan Landskap dan Taman, MBI. j. Pihak pemaju dan pihak Jabatan Landskap dan Taman, MBI mestilah menjalankan penyelenggaraan pokok secara berkala meliputi pembajaan, pemangkasan, penipisan dan pembersihan. k. Pokok di semua kawasan pentadbiran Bandaraya Ipoh haruslah di periksa secara berkala untuk tujuan kesihatan pokok dan keselamatan oleh arkitek landskap, arborist, pakar hortikultur, pakar perhutanan atau pakar botani yang berdaftar dengan badan profesional. 11.7 GARIS PANDUAN PENGGUNAAN TANAMAN RASMI BANDARAYA IPOH Tanaman rasmi Bandaraya Ipoh adalah Bunga Kertas ataupun Boungainvillea spp. dan tanaman rasmi ini adalah di galakkan penanamannya di: a. Premis persendirian seperti rumah dan kediaman strata. b. Bangunan pejabat dan komersial. c. Pintu masuk premis perindustrian. d. Kawasan umum terutamanya di bahagian pintu masuk. e. Jalan protokol dan titik masuk Bandaraya Ipoh. f. Pihak pemilik, pemaju dan pihak Jabatan Landskap dan Taman, MBI mestilah menjalankan penyelenggaraan tanaman rasmi ini secara berkala meliputi pembajaan, pemangkasan, penipisan dan pembersihan. g. Pertandingan penanaman Bunga Kertas Terindah boleh di adakan diantara premis di Bandaraya Ipoh bagi menggalakkan penanaman dan kesedaran berkaitan Bunga Kertas sebagai tanaman rasmi Bandaraya Ipoh. 11.8 GARIS PANDUAN REKABENTUK LANDSKAP KEJUR Landskap kejur adalah melibatkan elemen landskap buatan manusia seperti namun tidak terhad kepada bangku, pergola, pondok dan wakaf, kawasan pejalan kaki, plaza, tiang lampu dan kotak tanaman. Secara umumnya garis panduan bagi rekabentuk landskap kejur adalah seperti berikut: a. Landskap kejur mestilah di reka dengan mengambil kira konteks persekitaran dan bagi kawasan landskap yang berkait dengan bangunan mestilah berkait dengan gaya seni bina bangunan tersebut. b. Gaya rekabentuk tradisional Negeri Perak dan Ipoh adalah di galakkan untuk digunakan di kawasan landskap yang bersesuaian. c. Landskap kejur mestilah menggunakan material yang lestari iaitu tidak mendatangkan kesan negatif kepada persekitaran seperti penggunaan asbestos. d. Penggunaan bahan asli seperti kayu dan buluh mestilah dipastikan bahan tersebut telah di rawat untuk kesesuaian kegunaan luar. e. Rekabentuk landskap kejur berstruktur mestilah mengambil kira ketahanan struktur. f. Rekabentuk landskap kejur yang melibatkan badan air mestilah mengambil kira faktor kelembapan dan hidrologi kepada landskap kejur. g. Penggunaan bahan untuk lantai dan turapan mestilah yang mempunyai nilai albedo (α) yang rendah bagi mengurangkan pantulan cahaya dan meningkatkan serapan haba seterusnya mengurangkan kesan pemanasan pulau bandar. h. Rekabentuk landskap yang melibatkan penggunaan kuasa elektrik mestilah di pastikan di pasang dengan kemas, bertebat dan selamat untuk di gunakan. i. Rekabentuk landskap kejur mestilah di reka oleh arkitek landskap berdaftar dan bersama (jika perlu) dengan jurutera awam, struktur dan elektrik yang bertauliah.


89 11.9 GARIS PANDUAN KERJA SENI AWAM Penggunaan kerja seni di kawasan landskap adalah satu fenomena yang semakin di guna pakai oleh bandar di seluruh dunia kerana impaknya kepada nilai estetik, pelancongan dan ekonomi. Namun perletakkan kerja seni di kawasan awam haruslah di kawal bagi memastikan ianya memberikan manfaat yang optima kepada pengguna dan juga pihak berkuasa. Kerja seni awam di kawasan landskap adalah meliputi tetapi tidak terhad kepada arca dan lukisan mural dan secara umumnya garis panduan bagi rekabentuk landskap kejur adalah seperti berikut: a. Perlaksanaan dan perletakkan kerja seni awam di sesuatu kawasan di dalam pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh mestilah mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa dan pemilik premis. b. Pihak MBI juga mestilah memastikan sesuatu kerja seni awam itu bersifat tetap atau sementara. c. Kerja-kerja pembinaan kerja seni awam di tapak haruslah mendapatkan kelulusan daripada pihak MBI terutamanya yang melibatkan penyuraian aliran trafik, penggunaan perancah (scaffolding) dan penyertaan orang ramai dalam pembinaan kerja seni awam. d. Lokasi atau kedudukan kerja seni awam mestilah di satu kawasan yang mempunyai keterlihatan yang tinggi bagi meningkatkan lagi imej Bandaraya Ipoh. e. Saiz sesuatu kerja seni awam haruslah ketara untuk tujuan penglihatan yang tinggi bagi meningkatkan lagi imej Bandaraya Ipoh. f. Kerja seni awam adalah di galakkan untuk bercirikan tempatan dengan mengambil kira faktor sejarah, warisan dan tradisi serta sensitiviti masyarakat Malaysia. g. Untuk pembangunan arca yang bersifat berdiri bebas dan kinetik mestilah mengambil kira kekuatan struktur dan keselamatan pengguna serta kelulusan dari ahli teknikal seperti jurutera (jika perlu). h. Untuk kerja seni yang bersifat interaktif dengan pengguna, arca tersebut mestilah di reka untuk tujuan tersebut untuk mengurangkan liabiliti kepada pihak MBI. i. MBI pada masa ke semasa boleh menganjurkan acara khusus yang bersifat sementara berkaitan kerja seni awam yang boleh di manfaatkan untuk perkembangan ekonomi dan kemajuan masyarakat. j. Pihak MBI seharusnya mempunyai daftar artis atau pereka kerja seni awam bagi tujuan rekod, penilaian dan pemantauan. k. Gaya rekabentuk tradisional Negeri Perak dan Ipoh adalah di galakkan untuk digunakan di kawasan landskap yang bersesuaian. l. Landskap kejur mestilah menggunakan material yang lestari iaitu tidak mendatangkan kesan negatif kepada persekitaran seperti penggunaan asbestos. m. Penggunaan bahan asli seperti kayu dan buluh mestilah dipastikan bahan tersebut telah di rawat untuk kesesuaian kegunaan luar. 11.10 GARIS PANDUAN PENCAHAYAAN LANDSKAP Pencahayaan kawasan landskap adalah strategi untuk meningkatkan keterlihatan, penggunaan, keselamatan dan nilai estetik. Ianya menjadi lebih penting kerana kawasan bandar menjadi lebih pesat, berdaya huni dan diguna pakai dalam tempoh 24 jam. Secara umumnya garis panduan bagi pencahayaan landskap adalah seperti berikut: a. Kawasan jalan, pintu masuk dan tempat letak kenderaan di sesuatu kawasan landskap mestilah mempunyai pencahayaan yang baik. b. Bagi sesuatu kawasan landskap, pencahayaan adalah perlu bagi kawasan yang di khususkan untuk penggunaan di malam hari seperti berjoging, aktiviti kebudayaan, dan rekreasi dan mempunyai kecerahan yang mencukupi bagi tujuan keselamatan. c. Kemudahan sukan seperti padang dan gelanggang yang dikhususkan untuk penggunaan malam perlu menggunakan lampu limpah dengan kecerahan yang maksimal. d. Pencahayaan khusus boleh dilakukan untuk meningkatkan keterlihatan sesuatu elemen landskap seperti arca, mural, air pancutan, papan tanda dan bangunan. e. Pada kawasan semula jadi dan yang mempunyai nilai ekologi yang tinggi, penggunaan lampu perlu minimum atau tiada atas tujuan tidak mengganggu keadaan tanaman, habitat dan hidupan liar yang wujud. f. Elemen pencahayaan perlulah di selenggara sekala berkala bagi memastikan keadaannya adalah optima dan selamat pada setiap masa. g. Penggunaan elemen pencahayaan yang menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui adalah amat digalakkan bagi meningkatkan nilai kelestarian Bandaraya Ipoh. 11.11 GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN DI KAWASAN LANDSKAP Kawasan landskap boleh di rancang dan di rekabentuk untuk meningkatkan ekonomi setempat melalui sewaan tapak, sewaan alat, kemudahan penjaja dan program taman. Secara umumnya garis panduan bagi pembangunan ekonomi di kawasan landskap adalah seperti berikut: a. Pihak MBI mestilah mengenal pasti potensi sesuatu kawasan landskap untuk sesuatu aktiviti perniagaan.


90 b. Tempat perniagaan yang sesuai dan mempunyai perkhidmatan yang cukup seperti kemudahan elektrik dan pembuangan sampah perlu disediakan dan antara tempat perniagaan yang boleh disediakan adalah gerai, tapak untuk penjaja, trak makanan serta sewaan basikal. c. Tempat perniagaan mestilah mempunyai garis panduan kawalan rekabentuk dan penggunaan untuk mengawal ubah suai struktur, penggunaan perabot, bahan promosi dan penggunaan ruang. d. Semua peniaga di kawasan landskap mestilah mempunyai permit atau lesen perniagaan mengikut peruntukan undang-undang kecil MBI. e. Semua peniaga di kawasan landskap mestilah membayar sewa tapak perniagaan mengikut peruntukan undang-undang kecil MBI. f. Penganjuran acara di taman yang mendatangkan hasil seperti larian taman, permainan khusus, konsert dan belon panas perlu di bolehkan namun kebenaran dari pihak MBI adalah perlu dan tertakluk kepada syarat yang di tentukan. 11.12 GARIS PANDUAN LAIN Untuk memastikan landskap di Bandaraya Ipoh di bangunkan dengan baik dan teratur, beberapa garis panduan lain haruslah di ikuti, antaranya adalah: a. Rekabentuk Sejagat (universal) – garis panduan adalah menggunakan piawai yang sedia ada seperti yang dinyatakan dalam i. Garis Panduan Rekabentuk Sejagat (Universal Design) Kemudahan Rekreasi Taman Awam, Jabatan Landskap Negara ii. MS 1184:2014 Universal Design and Accessibility in the Built Environment - Code of Practice iii. MS 1184:2014, AMD. 1:2017 Universal design and accessibility in the built environment - Code of practice (2nd revision) Amendment 1 b. Pengurusan dan penyelenggaraan landskap – garis panduan adalah menggunakan cadangan yang dinyatakan dalam i. Manual Pengurusan dan Penyelenggaraan Landskap, Jabatan Landskap Negara ii. Prosedur Penyelenggaraan Landskap, Jabatan Landskap Negara iii. Piawaian Produktiviti Penyelenggaraan Landskap, Jabatan Landskap Negara c. Saliran dan Perparitan – garis panduan adalah menggunakan i. Manual Saliran Mesra Alam (Edisi 2), Jabatan Parit dan Saliran


91 12.0 CADANGAN SUSULAN Bagi memantapkan lagi pembangunan yang di cadangkan dalam PIL Bandaraya Ipoh ini, adalah di cadangkan terdapat beberapa program atau kajian tambahan dijalankan. Cadangan kajian dan program/aktiviti tersebut adalah seperti berikut: 1. Kajian Kesesuaian Pembangunan Gunung Rapat. Kajian terperinci untuk mengenal pasti isu dan kesesuaian pembangunan di kawasan Gunung Rapat yang melibatkan faktor sosial, budaya, persekitaran, guna tanah serta ekonomi. 2. Kajian pembangunan dan pengurusan kolam tadahan air bagi kemudahan komuniti dan banjir di Ipoh. Kajian terperinci untuk mengenal pasti isu dan kesesuaian pembangunan bagi kawasan kolam tadahan air di Bandaraya Ipoh dari segi sosial, rekreasi dan kehijauan tanpa mengganggu fungsi utama kolam itu sendiri. 3. Kajian Panel (longitudal) Berkaitan Penggunaan Kawasan Landskap Di Ipoh. Kajian terperinci secara longitudal untuk mengenal pasti isu dan kesesuaian penggunaan kawasan landskap dari segi penggunaan dan kepuasan bagi tujuan penambahbaikan yang berterusan memandangkan kawasan landskap adalah kawasan yang bersifat umum. 4. Kajian Keberkesanan Penghijauan Bandaraya Ipoh. Kajian terperinci untuk menganalisis kos dan faedah (cost and benefits) berkaitan dengan program penghijauan Bandaraya Ipoh melalui penanaman pokok 5. Kajian Landskap Budaya Ipoh. Kajian terperinci untuk menganalisis landskap budaya bandaraya Ipoh dan mencadangkan Langkah yang sewajarnya dalam pemeliharaan dan pemuliharaan landskap budaya di tapak. 6. Kajian Perincian Penerimaan Penduduk. Kajian terperinci untuk menganalisis penerimaan penduduk bagi pembangunan landskap secara terperinci perlu dilakukan bagi memastikan ruang landskap yang dicadangkan mendapat sokongan pengguna selain membuka idea baru yang bersesuaian.


92 13.0 RINGKASAN DAN KESIMPULAN Pelan Landskap Bandaraya Ipoh 2023 – 2035 di bangunkan untuk menggantikan Pelan Induk Landskap Bandaraya Ipoh yang telah diguna pakai semenjak tahun 2002. Pelan induk landskap ini merupakan cadangan kepada pembangunan dan pengurusan landskap di Bandaraya Ipoh terutamanya 6 kawasan kajian iaitu; Pusat Bandar, Taman Rekreasi Gunung Lang, Gunung Rapat, Pesisiran Sungai Kinta dan Gugusan Manjoi. Untuk mendapatkan cadangan yang komprehensif, analisis terperinci bagi mengenali isu dan potensi berkaitan landskap di Bandaraya, Ipoh telah di jalankan yang melibatkan Perbincangan Meja Bulat bersama Jabatan Landskap dan Taman, Bengkel bersama Pemegang Taruh untuk 5 kawasan kajian, Tinjauan Persepsi Pengguna, Kajian Dokumen Utama dan Inventori dan Analisis Tapak. Antara isu yang dikenal pasti adalah berkenaan kualiti landskap, vandalisme, impak pulau haba bandar, kurang penghayatan kepada sejarah dan warisan Ipoh, kekurangan peralatan dan ruang landskap terutama di Gugusan Manjoi, nilai estetika landskap yang kurang, kurang penjanaan ekonomi setempat melalui landskap, kualiti dan kemudahsampaian ke Sungai Kinta, lokasi Taman Rekreasi Gunung Lang yang terpisah dari pusat bandar Ipoh dan keadaan Gunung Rapat yang tidak terurus walaupun mempunyai potensi. Kawasan landskap di Bandaraya Ipoh juga di dapati mempunyai kekuatan yang baik, antaranya adalah kekuatan landskap semula jadi sebagai satu aset, mempunyai nilai warisan, sejarah dan tokoh yang signifikan serta mempunyai daya untuk menjadi tarikan pelancong. Berdasarkan analisis isu dan kekuatan landskap di Ipoh, adalah di cadangkan supaya kawasan landskap semula jadi di Ipoh di pulih dan dipelihara, kawasan lapang dan taman yang sedia ada perlu penambahbaikan dari segi kualiti dan keperluan 10% kawasan lapang di Bandaraya Ipoh perlu dipertingkatkan, mengetengahkan nilai warisan sejarah sesuatu kawasan landskap dengan ciri-ciri warisan dan tradisi. Selain itu, Bandaraya Ipoh juga boleh mengambil peluang untuk menggunakan nilai tokoh negara yang berasal dari Ipoh. Pembangunan kawasan landskap juga perlu dilihat di dalam konteks pembangunan ekonomi, seperti menggabung jalin aktiviti pelancongan berasaskan makanan (food tourism) untuk meningkatkan nilai sosioekonomi penduduk setempat. Landskap juga dilihat sebagai pemangkin kepada kelestarian Bandaraya Ipoh di mana landskap perlu bertindak sebagai satu infrastruktur hijau yang boleh meningkat kelestarian alam sekitar sesuatu bandar. Akhirnya, kawasan landskap di Ipoh boleh di bangunkan untuk meningkatkan perpaduan dikalangan penduduk Ipoh yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama melalui konsep interaksi, perkongsian kemudahan dan aktiviti dalam taman seperti senamrobik dan pameran. Bagi merealisasikan potensi Landskap Bandaraya Ipoh ini; visi, misi dan matlamat PIL Bandaraya Ipoh telah di bangunkan iaitu: • Visi PIL Bandaraya Ipoh: Kehijauan dan Warisan untuk Kehidupan. • Misi PIL Bandaraya Ipoh: Menjadikan Bandaraya Ipoh sebagai bandar yang mempunyai persekitaran yang lestari dengan berteraskan warisan budaya untuk kesejahteraan penduduk. • Matlamat PIL Bandaraya Ipoh: Kemampanan, Penggunaan kawasan landskap yang optima, Mengangkat nilai warisan, Meningkatkan potensi pelancongan dan Pemacu pertumbuhan ekonomi setempat. • Nilai Pembangunan Landskap Ipoh: Hijau, Diingati, Keterangkuman, Menyeronokkan dan Kebolehsampaian Berdasarkan kepada visi, misi, matlamat dan nilai yang telah dikenal pasti, konsep pembangunan bagi landskap bagi Bandaraya Ipoh dan setiap kawasan kajian telah di bangunkan seperti berikut: 1. Pusat Bandar: Nafas Kehidupan yang bermaksud penambahan dan peningkatan penggunaan ruang landskap yang optimum dengan berpaksikan kepelbagaian pengalaman pengguna melalui garis masa warisan yang sedia ada di Ipoh. 2. Pesisir Sungai Kinta: Koridor Nadi Bandar yang bermaksud meningkatkan kehidupan Sungai Kinta dengan strategi kehijauan semula jadi yang dapat memangkin aktiviti sosial dan ekonomi berlandaskan sejarah dan kepentingan Sungai Kinta itu sendiri. 3. Gugusan Manjoi: Laman Hijau Manjoi yang bermaksud pewujudan rantaian kawasan hijau yang bertindak sebagai laman kepada Gugusan Manjoi yang boleh meningkatkan interaksi sosial dan nilai ekonomi masyarakat setempat serta kelestarian kawasan. 4. Bukit Batu Kapur Gunung Lang: Menyelusuri Dolina Gunung Lang yang bermaksud Memberi peluang kepada pengunjung untuk berekreasi secara aktif dan pasif melalui interaksi dengan proses formasi geologi Gunung Lang serta elemen semula jadi yang lain.


93 5. Bukit Batu Kapur Gunung Rapat: Menelusuri Dolina Gunung Rapat yang bermaksud Meningkatkan peluang kepada pengunjung untuk mendalami secara terperinci kepentingan, kegunaan dan formasi geologi Gunung Rapat serta elemen semula jadi yang lain kepada persekitaran melalui aktiviti pasif, aktif, eksplorasi saintifik dan komuniti Cadangan PIL Bandaraya Ipoh ini diharap dapat meningkatkan aktiviti sosial dan ekonomi di Bandaraya Ipoh dan adalah di cadangkan program PIL ini di bangunkan dalam 3 fasa iaitu Fasa 1: 2024–2025, Fasa 2: 2026-2030 dan Fasa 3: 2031–2035 yang melibatkan 125 projek dengan anggaran kos sebanyak RM296.2 juta. Pembiayaan projek ini adalah melalui geran kerajaan, pelaburan swasta, pertubuhan bukan kerajaan, komuniti dan orang perseorangan. Projek pembangunan PIL Bandaraya Ipoh ini juga di jangkakan akan memberi pulangan sebanyak RM45.6 juta sehingga tahun 2035. Kesimpulannya, cadangan Pelan Induk Landskap Bandaraya Ipoh ini adalah satu pelan jangka panjang yang menggariskan cadangan pembangunan landskap, polisi dan garis panduan landskap untuk Bandaraya Ipoh sehingga tahun 2035. Cadangan PIL ini mengambil kira faktor kelestarian, budaya dan warisan, sosial dan ekonomi dalam membantu Bandaraya Ipoh menjadi satu bandaraya yang maju dan progresif menjelang tahun 2035. Bandaraya Ipoh mempunyai potensi yang amat besar untuk menjadikan landskap sebagai pemacu kepada kesejahteraan dan kemakmuran. Kerjasama dari semua pihak dan pemegang taruh; kerajaan, pihak korporat, pertubuhan bukan kerajaan, komuniti dan individu amatlah di perlukan. Majlis Bandaraya Ipoh khususnya Jabatan Landskap dan Taman perlu memainkan peranan yang amat penting dalam merealisasikan perlaksanaan program dan projek yang di cadangkan di dalam pelan induk ini. MBI perlu mendapatkan kerjasama dari agensi pelaksana lain seperti Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Perak, Kementerian Ekonomi, Jabatan Landskap Negara, PLANMalaysia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Parit dan Saliran selain daripada pihak perunding dan pembina. Kejayaan pelan induk ini adalah amat penting kerana landskap adalah asas kepada kehidupan yang akan menentukan kualiti persekitaran, jati diri dan pembangunan sosial dan ekonomi. Semoga segala usaha yang dijalankan akan mendapat hasil dan kejayaan.


Click to View FlipBook Version