The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ipohcouncil, 2026-01-06 22:40:15

BULETIN EDISI 3 2024

BULETIN EDISI 3 2024

BULETIN BANDARAYA 03 I 1


BULETIN BANDARAYA 03 I 2SidangRedaksiPENASIHATYBhg. Dato’ Rumaizi Bin Baharin @ Md DaudDatuk Bandar IpohTIMBALAN PENASIHATEn. Ahmad Munir Bin IshakSetiausaha BandarayaKETUA EDITOREn. Sharulnizam Bin JaafarPengarah Perancangan KorporatPEREKA En. Isa Bin MahmudEn. Muhammad Syafiq Syazwan Bin Mohd AnuarCik. Nur Shuhada Binti SamatJURU FOTOEn. Mohammad Nazrin Shah Bin ShahuriEn. Muhammad Izham Bin Azman TERBITANJabatan Perancangan KorporatMajlis Bandaraya IpohJalan Sultan Abdul Jalil,30450 Greentown,Ipoh, Perak.Telefon : 05 - 208 3261Hotline : 05 - 255 1515Faks : 05 - 208 3544email : [email protected] Pengurusan Kualiti Dan Penerbitan,Jabatan Perancangan Korporat,Majlis Bandaraya Ipoh.HAK CIPTA TERPELIHARAPenerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula dalam apa-apa jua bentuk dan dengan apa-apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Majlis Bandaraya Ipoh.


BULETIN BANDARAYA 03 I 33 September 2024 - Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@ Md. Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menerima kunjungan delegasi dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang diketuai oleh Encik Muzammer bin Jamaluddin, Pengarah Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Program Jelajah Motosikal berkuasa tinggi pada kali ini menghimpunkan sebanyak 30 buah motosikal berkuasa tinggi dan jelajah tersebut merupakan simbolik sempena Sambutan Hari Penguatkuasaan yang ke-55 yang disambut pada 3 September 2024.Semoga lawatan berkenaan dapat mengeratkan lagi hubungan antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Majlis Bandaraya Ipoh.ProgramJELAJAH MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI DBKL SEMPENA SAMBUTAN HARI PENGUATKUASA KE-55BULETIN BANDARAYA 03 I 3


BULETIN BANDARAYA 03 I 43 September 2024 - Tuan Ar. Zuhairi bin Manaf, Timbalan Ketua Pengarah (Perundingan dan Perundangan) Jabatan Kerajaan Tempatan telah mewakili Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merasmikan Taklimat Pelaksanaan Inisiatif Baharu Proses dan Prosedur Kelulusan Pelan Pemajuan 3.0 Plus Kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Zon Tengah (Selangor dan Perak) di Pusat Konvensyen Ipoh.Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar dan Majlis Daerah Hulu Selangor, Pengarah-Pengarah Kanan, Ketua-Ketua Jabatan dan Unit Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) serta Pegawai-Pegawai dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Agensi Teknikal Luaran bagi Zon Tengah (Selangor dan Perak).JKT telah memilih untuk bekerjasama dengan MBI sekali lagi sebagai urusetia bersama bagi melaksanakan sesi taklimat yang penuh bermanfaat ini. Ini merupakan tanda sokongan MBI kepada KPKT dan JKT yang sentiasa berusaha menambah baik prosedur pelan pemajuan yang secara tidak langsung membawa kepada peningkatan kecekapan dan produktiviti di dalam sektor pembinaan dan pembangunan di negara kita.TaklimatPELAKSANAAN INISIATIF BAHARU PROSES & PROSEDUR KELULUSAN PELAN PEMAJUAN 3.0 PLUS KEPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) ZON TENGAH (SELANGOR & PERAK)


BULETIN BANDARAYA 03 I 5MajlisKEMUNCAK PROGRAM KARNIVAL MESRA ANAK MUDA (KAMU)NEGERI PERAK7 SEPTEMBER 2024BULETIN BANDARAYA 03 I 5


BULETIN BANDARAYA 03 I 67 September 2024 - Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menghadiri serta menyempurnakan Majlis Panyampaian Hadiah Program Battle of The Bands Peringkat Akhir.Ia turut dihadiri oleh YB Tuan Haji Ishsam Haji Shahruddin, ADUN Ayer Kuning, Y.Bhg. Dato’ Mazlan bin Abd Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis, Y.Bhg. Clr. Dato’ Ahmad Hariri bin Kamarudin, Ahli Majlis MBI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pelancongan, Seni Budaya dan Warisan MBI, Ahli Majlis MBI, Pengarah Program KAMU 2024, Encik Mohamad Hamidi bin Baharuddin, Puan Nur Hanim binti Mohamed Khairuddin, Pengurus Besar PORT, Ahli Majlis, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.ProgramBATTLE OF THE BANDSPERINGKAT AKHIRBULETIN BANDARAYA 03 I 6


BULETIN BANDARAYA 03 I 79 September 2024 - Y.Bhg. Dato ‘ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh menyempurnakan Majlis Kerjasama Rasmi dan Perasmian TUI BLUE/ The Haven Ipoh .Ia turut dihadiri oleh Mr. Jan Noether, Pengarah Eksekutif MGCC, Mr. Arthur Gerber, Ketua Pegawai Eksekutif TUI BLUE dan Mr. Peter Chan, Ketua Pegawai Eksekutif, The Haven Ipoh.MajlisKERJASAMA RASMI DAN PERASMIANTUI BLUE / THE HAVEN IPOH


BULETIN BANDARAYA 03 I 8DATUK BANDAR RASMI TAKLIMAT TEKNIKAL PENGURUSAN TRAFIK SEMASA KERJA-KERJA PEMBINAAN/PENYELENGGARAAN JALAN12 September 2024 - Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah merasmikan Taklimat Teknikal Pengurusan Trafik Semasa Kerja-Kerja Pembinaan/Penyelenggaraan Jalan di Pusat Konvensyen Ipoh.Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato’ Mazlan bin Abd. Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis, Ahli Majlis, Tuan A’zman bin Mohd Harun,Pengarah Kanan-Teknikal, Tuan Ir. Ts Hj. Arif bin Mohd Zainudin, Pengarah Kerja & Bangunan MBI merangkap Pengerusi, Ahli Persatuan Pegawai Kanan MBI (PADUAN), Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai MBI.Taklimat selama dua hari ini dikendalikan oleh Encik Muhamad Rais Ismail dari MRI Murai Resources.Pelan Pengurusan Trafik (Traffic Management Plan, TMP) didefinisikan sebagai perancangan bagi proses mengawal atau memudahkan pergerakan kenderaan yang melibatkan beberapa proses tertentu seperti perancangan, reka bentuk geometri dan operasi lalu lintas semasa kerjakerja penyelengaran dan pembinaan di atas jalan raya.Pelan berkenaan disediakan sebelum, kerja-kerja hendak dilaksanakan bagi memastikan kawalan lalu lintas atau trafik yang lebih baik kepada kenderaan-kenderaan dan pejalan kaki, meminimumkan kesesakan lalu lintas, dan juga memastikan keselamatan pekerja di tapak.Pelan yang dicadangkan perlu dilengkapi dengan jenis dan skema warna papan tanda, kedudukan susun atur kon keselamatan dan dinding penghadang keselamatan, serta kaedah penutupan jalan, seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa.BULETIN BANDARAYA 03 I 8


BULETIN BANDARAYA 03 I 915 September 2024 - 328 warga MBI, PDRM, Tentera, Kelab Kledang dan media telah menyaksikan Tayangan Filem Takluk: Lahad Datu anjuran Jawatankuasa Kecil Komunikasi dan Mulitimedia MBI di Pawagam GSC Ipoh Parade.Ia turut disaksikan oleh Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, YDH CP Dato’ Pahlawan Haji Azizi bin Haji Mat Aris, Ketua Polis Perak, YDH Tuan SAC Hamzah bin Hashim, Komander 69 Hulu Kinta, Clr. Tuan Muhammad Hamzah Bin Dato’ Haji Md Hamdan, Ahli Majlis MBI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Komunikasi dan Multimedia MBI, Y.Bhg. Clr. Dato’ Ahmad Hariri bin Kamarudin,Ahli Majlis MBI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pelancongan, Seni Budaya & Warisan MBI dan Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya.Penganjuran tayangan filem ini adalah bagi menghargai jasa pejuang negara sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia 2024.Semoga ia akan menyemai dan menaikkan semangat cintakan negara.328 SAKSIKAN TAYANGANFILEM TAKLUK : LAHAD DATUBULETIN BANDARAYA 03 I 9


BULETIN BANDARAYA 03 I 1015 September 2024 - Sempena Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh ke-36, satu pertandingan bola sepak iaitu Pestabola Bandar Raya Piala Datuk Bandar Ipoh 2024 (Bawah 12 tahun & Bawah 13 tahun) telah dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).Bagi kategori bawah 12 tahun, Pasukan Akademi Wira Muda dari Pulau Pinang muncul juara setelah menewaskan pasukan Anak Rimau Taiping dalam perlawanan akhir dengan keputusan 6-5 melalui sepakan penalti selepas terikat kedudukan 1-1 dalam masa sebenar.Kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang menarik dengan berbalas-balas serangan namun ternyata nasib lebih menyebelahi pasukan Akademi Wira Muda dengan memenangi perlawanan melalui sepakan penalti.Bagi kategori bawah 13 tahun pula, pasukan SMK Mutiara Impian yang juga Sekolah Sukan Negeri Pulau Pinang memastikan wakil dari negeri Pulau Pinang mengungguli pertandingan ini apabila berjaya menewaskan pasukan Sekolah Sukan Bukit Jalil dengan jaringan 1-0.Johan kategori bawah 12 tahun menerima hadiah wang tunai RM 3000.00, medal serta Piala Iringan. Manakala johan kategori bawah 13 tahun pula menerima wang tunai RM 2000.00, medal dan piala iringan.Bagi pasukan tuan rumah pula, MBI SC Dream perjalanan tersekat di peringkat suku akhir setelah tewas menerusi sepakan penalti 3-4 kepada pasukan juara Akademi Wira Muda walaupun pada satu ketika sudah mendahului perlawanan dan dikecewakan dengan jaringan minit akhir perlawanan dengan kedudukan 1-1 dan mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti. Satu lagi pasukan tuan rumah MBI SC Future turut berjaya menempatkan diri dalam kalangan 16 pasukan terbaik dari 32 pasukan keseluruhan dalam kategori bawah 12 tahun.Pertandingan Pestabola Bandaraya Piala Datuk Bandar Ipoh2024 ini merupakan edisi ke-2 dan akan diteruskan pada tahun hadapan dengan pihak Majlis bercadang untuk meluaskan penyertaan ke peringkat antarabangsa.PESTA BOLA BANDAR RAYAPIALA DATUK BANDAR IPOH 2024BULETIN BANDARAYA 03 I 10


BULETIN BANDARAYA 03 I 1124 September 2024 - Y.Bhg Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah hadir bersama YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak Darul Ridzuan ke Program “2024 Guangxi International Sister Promotion Conference“ sempena China-Asean Expo (CAEXPO).Ucaptama telah disampaikan oleh YB Sandrea mewakili Kerajaan Negeri Perak dalam persidangan ini yang menjadi platform bagi mempromosikan bandarbandar persahabatan dan berkembar. Pada masa yang sama, persidangan ini juga dapat membantu mempromosikan produk-produk negara masing-masing.Antara negara lain yang turut terlibat ialah China, Mexico, Jepun, Afrika Selatan, Vietnam, Indonesia, Perancis dan Thailand.Semoga persidangan ini dapat memberi membuka banyak peluang pelaburan baharu kepada Negeri Perak serta menjadikan Negeri Perak sebagai salah satu destinasi wajib kepada sektor pelaburan dan pelancongan pada masa akan datang.Perasmian“2024 GUANGXI INTERNATIONAL SISTER PROMOTION CONFERENCE“SEMPENA CHINA-ASEAN EXPO (CAEXPO)BULETIN BANDARAYA 03 I 11


BULETIN BANDARAYA 03 I 1228 September 2024 - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menetapkan 20 September pada setiap tahun sebagai WORLD CLEAN UP DAY sebagai satu usaha kesedaran di peringkat global untuk meningkatkan kesedaran pembersihan awam di segenap lapisan masyarakat . Hasrat ini selari dengan aspirasi kerajaan yang berteraskan kepada kemampanan dan kesejahteraan rakyat .Program ini adalah berkonsepkan kepada pelaksanaan gotong- royong secara mega bersepadu di seluruh negara yang meliputi skop pembersihan kawasan sekitar , pelaksanaan kempen kitar semula, kesedaran penggunaan beg plastik sekali guna dan sebagainya .Di peringkat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah melaksanakan Program Pembersihan Mega Bersempena World Clean Up Day 2024 di Dataran Bandaraya Ipoh yang turut dihadiri oleh Y.Bhg Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, Y.Bhg. Dato’ Mazlan bin Abd. Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Ahli Majlis, Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, dan Ketua Jabatan MBI.Ia memfokuskan agenda keberhasilan program seperti pembersihan kawasan, pemangkasan pokok, pembersihan longkang , penyapuan dan lain-lain. Untuk makluman, bagi tahun 2024, setakat Ogos, pihak MBI telah melaksanakan sebanyak 49 program gotong royong melibatkan Ahli Majlis MBI dan penyertaan lainlain institusi .Melalui inisiatif aktiviti kitar semula yang dilaksanakan oleh MBI , bagi tahun 2023& 2024, MBI telah berjaya mengumpul sebanyak 417.6 tan minyak masak terpakai melibatkan 7.202 tan Pengurangan Karbon CO2.Bagi tahun 2021-2024, kita berjaya mengumpul sebanyak 323.72 tan produk ewaste melibatkan 281.63 tan pengurangan Karbon CO2.Semoga segala usaha MBI bersempena World Clean Up Day 2024 ini akan memastikan MBI “Smart and Green City” pada tahun 2030 akan tercapai dan agenda transformasi minda masyarakat ke arah membudayakan amalan kitar semula dan menjaga kebersihan persekitaran akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.PelaksanaanHARI CUCI MALAYSIA :PROGRAM PEMBERSIHAN MEGA BERSEMPENA WORLD CLEAN UP DAY 2024BULETIN BANDARAYA 03 I 12


BULETIN BANDARAYA 03 I 1329 September 2024 - Lebih 3500 wargakota Ipoh telah menyertai Ipoh Low Carbon Day.Seramai 500 peserta pula telah menyertai acara larian santai NATSEC Fun Run 2024 sempena Ipoh Low Carbon Day 2024 anjuran MBI dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN).Acara NATSEC Fun Run ini telah disempurnakan pelepasannya oleh Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh bersama Tuan Mohd Zawawi bin Zakaria, Pengarah Majlis Keselamatan Negeri Perak. Ia turut dihadiri oleh Ahli Majlis dan Ketua Jabatan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).Sebanyak 60 agensi dari Jabatan Kerajaan, syarikat-syarikat swata dan NGO telah mengambil bahagian didalam program kali ini yang bertemakan Sambutan Hari Tanpa Kereta.Program kali ini merupakan program siri ke-73 sejak ianya dilaksanakan pada 18 Oktober 2015.NATSEC Fun Run 2024 ini merupakan satu acara larian santai sejauh 5 kilometer dan penyertaan telah dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berminat tanpa mengira had umur dan terhad kepada 500 orang peserta sahaja.Selain itu, acara ini juga diadakan sebagai tanda sokongan Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak kepada Program Ipoh Car Free Day@Ipoh Low Carbon City anjuran MBI.Perbagai pertandingan dan persembahan telah diadakan termasuk pertunjukkan pecah genting, pecah papan dan pertunjukkan seni mempertahankan diri taekwando oleh 80 orang anak-anak anggota MBI.LEBIH 3500 WARGAKOTA IPOH SERTAI PROGRAM IPOH LOW CARBON DAY BULAN SEPTEMBER 2024BULETIN BANDARAYA 03 I 13


BULETIN BANDARAYA 03 I 14PerasmianSEMINAR TEKNOLOGI UPDATE ANJURAN PERSATUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT NEGERI PERAK (PTEM)30 September 2024 - Y.Bhg Dato ‘ Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah merasmikan Seminar Teknologi Update anjuran Persatuan Teknologi Maklumat Negeri Perak atau PTEM di Hotel [email protected] merupakan Persatuan yang menggabungkan Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat (Skim F) yang terdiri dari gred FT19 – F54 di bawah lantikan Persekutuan, Negeri dan Badan Berkanun termasuk Universiti Awam di Negeri Perak.Walaupun, usia penubuhan Persatuan ini baru tahun ke-2 namun pelbagai aktiviti-aktiviti telah dijalankan, antara program terbesarnya ialah menjadi rakan strategik dan kolaborasi JKR Perak Cyber Day 2023 yang telah mendapat sambutan yang memberangsangkan.Pada tahun 2024, pelbagai aktiviti telah dirancang yang akan menguntungkan semua pihak dalam menjadikan ICT sebagai penggerak masyarakat.Program seumpama ini perlu diperbanyakkan lagi dan dilaksanakan selaras dengan wadah dan inspirasi Kerajaan Madani dalam membentuk sebuah Kerajaan Digital yang mengadaptasi teknologi ICT dalam pelbagai industri termasuk industri pembinaan infrastruktur negara dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.Disinilah platform perkongsian ilmu dan pengetahuan tentang program - program pendigitalan sedia ada akan membantu usaha kerajaan mengarusperdanakan teknologi digital terkini kepada orang awam mahupun di kalangan pegawai - pegawai awam di jabatan bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan selaras dengan Era Revolusi Industri 4.0 (RI 4.0).BULETIN BANDARAYA 03 I 14


BULETIN BANDARAYA 03 I 15MajlisPELANCARAN BULAN BAHASA PERINGKAT KEBANGSAAN 20246 OKTOBER 2024BULETIN BANDARAYA 03 I 15


BULETIN BANDARAYA 03 I 169 Oktober 2024 - Bersempena dengan pameran IGEM (International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference) yang berlangsung pada 9-11 Oktober 2024 di Conference Halls, Level 3 Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), pihak MGTC (Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation)telah menjemput Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebagai Penerima Watikah Penghargaan kepada pelaksana di bawah Projek Rintis Scaling SCP Giz.Penghargaan ini diberi atas penglibatan MBI dalam projek rintis Perolehan Hijau Kerajaan (GGP), laporan tahunan perolehan yang melibatkan GGP, dan penglibatan MBI dalam program MGTC secara langsung.Penyampaian watikah ini telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam kepada Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya. Ia turut dihadiri oleh Pengarah Kanan Teknikal, Pengarah Kerja Dan Bangunan, Pengarah Teknologi Maklumat dan Juruukur Bahan MBI.Majlis yang diwakili oleh Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya telah menyertai sesi dialog Perlaksanaan Perolehan Hijau Kerajaan (GGP) bersama agensi-agensi kerajaan lain iaitu Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Kerajaan Negeri Sarawak, Kerajaan Negeri Johor dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang telah membincangkan kepentingan dan cabaran pelaksanaan GGP.MBI MENERIMA WATIKAH PENGHARGAAN KEPADA PELAKSANA DI BAWAH PROJEK RINTIS SCALING SCP GIZBULETIN BANDARAYA 03 I 16


BULETIN BANDARAYA 03 I 17SAINGAN EMAS ANUARLIGA SEPAK TAKRAW (STL) 2024GRAND PRIX (GP) PERAK14 OKTOBER 2024BULETIN BANDARAYA 03 I 17


BULETIN BANDARAYA 03 I 1817 Oktober 2024 - Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya telah mengetuai lawatan kerja ke Universiti Sumatera Utara (UMSU).Ia turut dihadiri oleh Clr. Encik Faidz bin Ismail, Clr. Encik Basri bin Mohamad Nor Ahli Majlis, Clr. Encik Muhammad Hamzah bin Dato’ Haji Md Hamdan, Ahli Majlis (Majlis Bandaraya Ipoh), Encik Kah Fee Yee, Ketua Pegawai Eksekutif PINCER MBI STUDIO, pegawai MBI dan Pengurusan UMSU.Bapak Prof. Dr. Agussani, Rektor Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU) bersama pengurusan dan pemimpin masyakat Medan telah meraikan delegasi MBI dengan penuh meriah Majllis Minum Pagi di Auditorium UMSU yang turut diserikan dengan persembahan tarian dan nyanyian serta pertukaran cenderamata.Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya telah mengadakan kunjung hormat kepada Bapak Prof. Dr. Agussani, Rektor Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU) di Bilik Mesyuarat UMSU.Tuan Setiausaha Bandaraya bersama Bapak Rektor UMSU dan Ahli Majlis MBI telah ditemuramah di Konti Radio UMSU yang turut disiarkan secara langsung di Radio MBI.Lawatan ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat, berkongsi pengalaman dan pengetahuan serta membincangkan mengenai program pada masa akan datang memandangkan Radio MBI dan Radio UMSU adalah Radio Berkembar sejak 25 Oktober 2021.Selain itu, lawatan ini turut disertai oleh wakil daripada Hospital Seri Botani Ipoh iaitu Puan Yeun Yin Fong, Business Development Manager dan Dr. Tham May Wan, Medical Officer-In-Charge.Penglibatan pihak hospital ini adalah bagi mempelbagaikan pakej pelancongan kesihatan serta memperhebat dan merancakkan Tahun Melawat Perak 2024.Lawatan ini juga diharap akan mewujudkan jalinan kerjasama dan hubungan erat dalam berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Perhubungan ini juga dapat mempromosikan persefahaman dan persahabatan serta memperluaskan lagi peluang dalam pelbagai bidang.Jalinan ini bakal membawa manfaat kepada kedua-dua pihak yang mana pelbagai program bersama boleh dianjurkan seperti Sesi Menandatantangani MOU, seminar dan sebagainya.Penyertaan serta penglibatan dalam program-program dan aktiviti-aktiviti seumpama ini akan memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk mengetahui pelbagai inisiatif dan pembangunan khususnya berkaitan penyiaran, kesihatan dan pelancongan di Medan dan Ipoh.Pegawai dan anggota pula dapat berkongsi pandangan dan pengalaman dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dan sistem penyampaian bagi kepentingan serta kesejahteraan rakyat.MBI JALIN KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI MUHAMMADIYAH SUMATERA UTARA (UMSU) MEDANBULETIN BANDARAYA 03 I 18


BULETIN BANDARAYA 03 I 19


BULETIN BANDARAYA 03 I 2020 Oktober 2024 - Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh merasmikan Hari Anestesia Sedunia 2024 Peringkat Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.Tema Hari Anestesia Sedunia pada tahun 2024 adalah “Workforce Wellbeing”. Kesejahteraan dan kesihatan pasukan anestesia dan icu adalah selari dengan kesembuhan kesihatan dan keselamatan pesakit. Akan tetapi, tempoh jam berkerja yang panjang, tekanan yang melampau serta corak kerja yang kritikal boleh menyebabkan “burnout” dan cabaran terhadap kesejahteraan tenaga kerja.Maka adalah penting dan perlu untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan tenaga kerja kesihatan juga terbela dan terpelihara.Hari Anestesia Sedunia ini memberi peluang penekanan terhadap sokongan kesihatan mental, emosi serta fizikal profesion anestesia secara global.Satu ketika dahulu, sekitar empat tahun yang lalu, semasa dunia berperang dengan pandemik covid 19, pasukan anestesia adalah antara jabatan yang memainkan peranan yang amat tinggi serta mengalami tekanan kerja yang melampau sehinggakan ada di antara anggota yang kecundang disebabkan bebanan kerja yang melampau ketika saat itu.Ucapan tahniah dan jutaan terima kasih perlu dirakamkan kepada semua barisan hadapan paramedic terutamanya pasukan anestesia atas sumbangan serta dedikasi dalam melaksakan tanggung jawab yang diberi ketika negara dilanda wabak COVID-19 ketika itu.Walaupun kini di fasa Endemic, namun peranan dan sokongan barisan Anestesia amat diperlukan malah menjadi keutamaan dalam memastikan perkhidmatan kesihatan di HRPB khususnya dapat dilaksanakan dengan lebih optimum dari masa ke masa.Dengan perkembangan yang semakin baik dalam negara setelah pelbagai rintangan yang telah dihadapi, namun, rentetan daripada gelombang COVID-19 tersebut, tidak dinafikan ada dikalangan masyarakat mahupun kakitangan kesihatan yang mengalami tekanan emosi sehingga mencetus kepada masalah kesihatan mental.Oleh yang demikian, sistem sokongan daripada semua pihak perlu mengambil peranan masing-masing agar permasalahan atau kesan masalah kesihatan mental yang dihadapi oleh anggota kesihatan perlu dititik berat dan tidak dipandang enting.Semoga semua warga kesihatan terutama pasukan anestesia dapat melaksanakan tugasan dengan baik dan harmoni di masa hadapan.HARI ANESTESIA SEDUNIA 2024BULETIN BANDARAYA 03 I 20


BULETIN BANDARAYA 03 I 2127 Oktober 2024 - Program Ipoh Low Carbon Day (ILCD) kali ini merupakan program siri ke 74 yang berlangsung dalam suasana meriah dengan kehadiran 2000 wargakota Ipoh.Pelbagai acara telah diadakan seperti pameran booth, acara kayuhan dan acara larian santai.Program yang bermula seawal jam 7.00 pagi diteruskan dengan acara Kayuhan Ipoh Bestari Sejahtera 2024 anjuran Majlis Bandaraya Ipoh dan diikuti oleh acara larian santai World Stroke Day Fun Run 2024 dari Malaysia Stroke Council dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perak.Kedua-dua acara ini yang mana masing-masing dengan jumlah peserta seramai 300 orang telah disempurnakan pelancarannya oleh Y.Bhg.Dato’ Haji Rumaizi Bin [email protected], Datuk Bandar Ipoh bersama Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Bahagian Perubatan) Dr. Roniyuzam bin Abd. Malek dari Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKN).Kayuhan Ipoh Bestari Sejahtera 2024 ini merupakan acara kayuhan sejauh 20 kilometer dan penyertaan telah dibuka kepada semua warganegara. Hadiah cabutan bertuah berupa wang tunai keseluruhan bernilai RM5000.00 disediakan untuk peserta kayuhan yang bertuah.Matlamat penganjuran program ILCD ini akan kekal sebagai agenda untuk mentransformasikan Ipoh sebagai sebuah Bandar Rendah Karbon selaras dengan Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (LCC2030C). Ini adalah sebagai sumbangan MBI membantu mencapai komitmen negara untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2030.Tema utama ILCD pada bulan Oktober ini adalah Sambutan Hari Tindakan Iklim Antarabangsa (International Day of Climate Action). Tema ini diharap akan memberi ruang kepada wargakota menilai sejauh mana kejayaan MBI didalam perancangannya terutamanya didalam memberi kesedaran mengenai Pelepasan Karbon dan Perubahan Iklim. Selain itu, saringan kesihatan dan pameran pendidikan kesihatan oleh Jabatan Perubatan, Jabatan Rehabilitasi dan Jabatan Farmasi dari Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk orang awam turut disediakan.ProgramIPOH LOW CARBON DAY(ILCD) SIRI KE 74MERIAH DENGANKEHADIRAN 2000WARGAKOTA IPOHBULETIN BANDARAYA 03 I 21


BULETIN BANDARAYA 03 I 2213 November 2024 - Y.Bhg. Dato’ Rumaiizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah merasmikan Global Doughnut Day 2024 Peringkat Bandaraya Ipoh di Dewan SK Marian Convent.Hari Ekonomi Donat Sedunia di Bandaraya Ipoh. Global Doughnut Economics Day atau Global Donut Day ini disambut pada bulan November setiap tahun dengan pelbagai acara yang menarik. Pada tahun 2023, ianya disambut pada Hari Low Carbon Day@Ipoh dengan pelbagai acara seperti Global Donut Day Fun Run dan Kuiz serta Pameran berkaitan Ipoh Bandar Ekonomi Donat 2027 yang terbuka kepada orang ramai.Pada tahun ini, pendekatan diambil untuk mewawarkan konsep ekonomi donat ini kepada murid-murid sekolah rendah kerana mereka lah yang bakal mewarisi planet ini kelak.Ucapan tahniah dirakamkan kepada semua yang terlibat, khususnya Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara, Sekolah Tuan Rumah SK Marian Convent, juga sekolah-sekolah yang mengambil bahagian iaitu SJKC Ave Maria, SJKT Kg. Simee, SK Seri Ampang, dan SK Pasukan Polis Hutan, juga rakan-rakan strategik Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam melaksanakan Ipoh Bandar Ekonomi Donat iaitu Institut Darul Ridzuan IDR, Sunway Centre for Planetary Health, Sunway University, dan Yayasan Hasanah.Dalam apa usaha sekalipun, kerjasama yang erat di antara semua pihak amatlah penting sekali bagi mencapai matlamat dan kejayaan. Dalam usaha menjayakan Ipoh Bandar Ekonomi Donat 2027 seperti dihasratkan oleh Kerajaan Negeri Perak dalam Pelan Perak Sejahtara 2030, MBI telah menandatangani MOU dengan Institut Darul Ridzuan sebagai wakil dan “think tank” Kerajaan Negeri Perak dan Sunway Centre for Planetary Health, Sunway University sebagai rakan ilmu atau “knowledge partner”.Dalam ucapannya, Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipohmenyatakan kerjasama erat ini telah membuahkan hasil, beberapa kejayaan dicapai untuk bandaraya Ipoh bukan sahaja di peringkat tempatan malahan di peringkat antarabangsa.Menurut beliau lagi, baru-baru ini semasa Hari Habitat Sedunia, Program Doughnut Economy telah mendapat penganugerahan United Nations 2024 Scroll of Honour Award oleh UN Habitat di bandaraya Queretaro berdekatan Mexico City di Republik Mexico bagi usahausaha untuk bergerak dari ekonomi intensif-sumber ke arah ekonomi kitaran dan ekonomi regeneratif.ProgramGLOBAL DONUT DAY 2024PERINGKAT BANDARAYA IPOHBeberapa kejayaan lain antaranya penganugerahan Commonwealth Association of Planners untuk Rejuvenation of Concubine Lane dalam kategori perancangan dan pemuliharaan alam bina untuk Lorong Panglima atau Concubine Lane di Pekan Lama Ipoh.Pelbagai usaha lain telah dilaksanakan bersama pelbagai pihak dengan memberikan keutamaan kepada kerjasama yang sangat ditekankan di bawah Sustainable Development Goals ke 17, SDG ke 17 iaitu Jalinan Kerjasama untuk Mencapai Kejayaan SDG yang lain.Semoga majlis ini akan membantu MBI merealisasikan hasrat menjadikan Ipoh sebagai Bandaraya Ekonomi Donat 2027 dan Bandaraya Bestari Sejahtera.


BULETIN BANDARAYA 03 I 2324 November 2024 - YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan telah menyempurnakan Program CSR Penanaman Pokok dan Tandatangan Plak anjuran Syarikat Wei Dat Steel Wire Sdn Bhd dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz.Ia akan turut dihadiri oleh YB Jenny Choy Tsi Jen, ADUN Canning merangkap Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh dan Encik Kwan Boon Dat, Pengarah Eksekutif Syarikat Wei Dat Steel Wire Sdn Bhd.Sejumlah 1500 pokok teduhan telah disumbangkan oleh Syarikat Wei Dat Steel Wire Sdn Bhd dalam Program Tanggungjawab Sosial (CSR) ini.Dalam ucapannya, YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan menyeru lebih banyak syarikat swasta agar mencontohi Syarikat Wei Dat Steel Wire Sdn Bhd dalam menjalankan program CSR demi kesejahteraan Bandaraya Ipoh.Program ini merupakan kesinambungan bagi tahun kedua yang mana Syarikat Steel Wire Sdn Bhd juga telah melaksanakan sumbangan dan penanaman pokok di Hala Perusahaan Menglembu 13 pada tahun 2023 melibatkan hampir 200 pokok teduhan.ProgramCSR PENANAMAN POKOK DAN TANDATANGAN PLAK ANJURAN SYARIKAT WEI DAT STEEL WIRE SDN BHD DAN MBIBULETIN BANDARAYA 03 I 23


BULETIN BANDARAYA 03 I 244 Disember 2024 - Lebih 1500 warga MBI telah menyertai Majlis ‘Executive Talk’, Inovasi dan Integriti Peringkat MBI Tahun 2024 bersama Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC).Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Clr. Dato’ Haji Mazlan bin Abd. Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Ahli Majlis, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Tuan Amin Idris, Penceramah Motivasi, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan, pegawai dan anggota MBI.Menurut Datuk Bandar, dalam usaha untuk meneruskan kecemerlangan MBI mentadbir kawasan pentadbiran Bandaraya Ipoh, beliau telah memperkenalkan konsep ‘BIG’ iaitu Balance (Keseimbangan), Intelligence (Kepintaran), Governance (Tadbir Urus) sebagai panduan pembangunan MBI.Konsep BIG ini akan menjadi asas dalam pembangunan ekonomi, sosial, dan infrastruktur Bandaraya Ipoh, yang membawa kita ke arah kemajuan holistik.MAJLIS ‘EXECUTIVE TALK’, INOVASI & INTEGRITI PERINGKAT MBI TAHUN 2024BULETIN BANDARAYA 03 I 24


BULETIN BANDARAYA 03 I 255 Disember 2024 - YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), telah mengadakan lawatan di kawasan bencana banjir di Arena Kepayang Putra, dekat Fair Park Ipoh.Hadir sama pada program turun padang itu YB Jenny Choy Tsi Jen, ADUN Canning merangkap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh dan Ir Dr. Asnor Muizan bin Dato’ Hj. Ishak, Pengarah Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Perak serta Ahli-Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh.Dalam lawatan itu Menteri KPKT memaklumkan kementeriannya telah meluluskan peruntukan sejumlah RM108. 5 juta untuk projek tebatan banjir di Sungai Kinta, di Ipoh dan Kampar.Menurut beliau lagi, peruntukan itu bertujuan mengelakkan kejadian banjir di Arena Kepayang Putra, dekat Fair Park berulang selain kerja-kerja menaik taraf ban di sepanjang Sungai Kinta dapat dilaksanakan sebagai pencegahan dan penyelesaian jangka panjang bagi menangani risiko banjir akibat perubahan iklim yang semakin serius.Bersempena lawatan itu juga, beliau telah menyampaikan sumbangan tilam kepada penduduk yang terjejas dalam bencana itu.Pada Ahad lalu, kawasan perumahan di Arena Kepayang Putra dilaporkan buat pertama kali dalam sejarah, dinaiki air banjir setinggi kirakira 1.5 meter kesan limpahan Sungai Kinta.YB TUAN NGA KOR MING MELAWAT KAWASAN BENCANA BANJIR


BULETIN BANDARAYA 03 I 2617 Disember 2024 – Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin, Datuk Bandar Ipoh telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Art Bloc di Dewan Azlan Shah, Tingkat 10, Bangunan MBI.Art Bloc yang terletak Bangunan Stor Tasek Ipoh menjadi salah satu mercu tanda baharu, yang berpusat di Ipoh berfokuskan kepada lima bidang utama: Seni, Fesyen, Filem, Makanan, dan Muzik.Inisiatif ini bertujuan mempromosikan budaya dan pembangunan Industri Kreatif melalui interaksi, pameran dan pendidikan sekali gus menjadi platform budaya yang bertaraf antarabangsa.Program pelancaran itu turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato’ Mazlan bin Abd. Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Cik Sims Lai, Presiden Pertubuhan Kebajikan A2Z, Encik Jeff Lai, Pengasas Pertubuhan Kebajikan A2Z, Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Chang Ko Youn, Penasihat Kehormat Pertubuhan Kebajikan A2Z, Y.Bhg. Dato’ Gan Tack Kong, Penasihat Pertubuhan Kebajikan A2Z, Y.Bhg. Datin Winnie Loo, Presiden Branding Association of Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Jennifer Ong, Timbalan Presiden Branding Association of Malaysia dan Encik Yazid bin Abdul Karim, Presiden Persatuan Pelukis Perak.MajlisPELANCARAN ART BLOCBULETIN BANDARAYA 03 I 26


BULETIN BANDARAYA 03 I 2719 Disember 2024 - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terus mempertahankan kejuaraan apabila merangkul johan dalam Pertandingan Koir Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Piala YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Tahun 2024 yang berlangsung.Pertandingan yang diadakan di Taiping Perak itu, menyaksikan sebanyak 10 buah PBT daripada 15 telah mengambil bahagian.Menerusi pertandingan tersebut, Naib Juara pula telah disandang oleh Majlis Daerah Perak Tengah, (MDPT), di tempat ke-3 menjadi milik Majlis Daerah Selama (MDS), manakala Majlis Perbandaran Taiping (MPT) mendapat tempat ke-4, selain meraih anugerah penyokong terbaik.Sementara itu kumpulan koir Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pula dinobatkan sebagai pemenang anugerah persembahan terbaik.Hadiah kepada pemenang berupa wang tunai dan piala iringan telah disampaikan Ybhg Tuan Khairul Amir Bin Mohamad Zubir, YDP MPT, selaku tuan rumah bagi penganjuran kali ini.Terdahulu acara perasmian Pertandingan Koir Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Piala YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Tahun 2024 ini, telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Perak Sandrea Ng Shy Ching, mewakli YAB Mentari Besar Perak.MBI mengucapkan tahniah kepada semua dan kejuaraan ini telah meletakkan MBI sebagai pasukan koir terbaik PBT Perak sejajar dengan pengiktirafan Ipoh sebagai Bandar Muzik.MBI PERTAHAN JUARA PERTANDINGAN KOIR PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)BULETIN BANDARAYA 03 I 27


BULETIN BANDARAYA 03 I 2827 Disember 2024 - Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah hadir ke Festival Orkestra Cina Nasional Perak 2024 yang tercatat oleh pihak Malaysia Book of Records sebagai Persembahan Orkestra Cina Terbesar sewaktu perayaan.Ia turut dihadiri oleh YB Tuan Chaw Kam Foon, ADUN Menglembu, Y.Bhg. Dato’ Spri Chooi Yoke Kwan dan Ahli Majlis, (Majlis Bandaraya Ipoh).Program ini amat sesuai kerana ia sejajar dengan UNESCO, Bandaraya Ipoh sebagai Bandar Muzik.MBI amat menggalakkan warga kota Ipoh khususnya anak muda agar mengadakan persembahaan seni muzik dan memperkenalkan budaya seni muzik tempatan kepada rakan-rakan di peringkat antarabangsa melalui media sosial.Ahli Majlis MBI juga amat aktif dan sentiasa berusaha untuk mempromosikan Bandaraya Ipoh seperti program seumpama ini melalui kerjasama dengan pihak Pertubuhan Kebudayaan Dan Orkestra Cina Ipoh.Persembahan yang julung-julung kali diadakan di Bandaraya Ipoh ini amat dinanti-nantikan oleh wargakota Ipoh.Dengan rekod Malaysia Book Of Record ini akan membantu Bandaraya Ipoh untuk mempromosikan sektor pelancongan dan membangunkan ekonomi tempatan serta dapat menggalakkan anak muda untuk menyertai aktiviti sihat serta mendatangkan faedah ini.Semoga wargakota Ipoh dan pertubuhan -pertubuhan akan dapat mengadakan atau menganjurkan program seumpama ini agar dapat menarik lebih ramai pelancong ke Bandaraya Ipoh serta memberi peluang kepada warga Ipoh untuk memperkenalkan seni budaya di peringkat antarabangsa agar dikenali di seluruh dunia.FESTIVAL ORKESTRA CINA NASIONAL PERAK 2024 TERCATAT DALAMMALAYSIA BOOK OF RECORDSBULETIN BANDARAYA 03 I 28


BULETIN BANDARAYA 03 I 2927 Disember 2024 - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah dipilih menjadi Tuan Rumah bagi Program Sentuhan Kejayaan (SKj) KPKT 2024.Program ini merupakan penutup bagi siri jelajah SKj KPKT 2024 yang dihadiri oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang turut dihadiri oleh YB Tuan Loh Sze Yee; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan & Pembangunan Koridor, Y. Bhg. Datuk Saidatu Akhma binti Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha KPKT (Kemampanan dan Perancangan Strategik), Y.Bhg. Dato Mohd Fadzli bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan, Y.Bhg. Dato’ Haji Rumaizi bin Baharin @ Md. Daud, Datuk Bandar Ipoh Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN), barisan pengurusan tertinggi KPKT, Ahli Majlis MBI dan Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.Melalui program ini, YB Menteri KPKT telah merasmikan Medan Niaga Pokok Ceri, Ipoh yang merupakan salah satu Projek Gerai Madani, serta melaksanakan lawatan ke 55 unit Mykiosk@Meru, Ipoh.Program ini menjadi platform YB Menteri berinteraksi dengan masyarakat, khususnya penerima manfaat program-program KPKT seperti baik pulih medan selera, MyKiosk@KPKT dan sebagainya.YB Menteri KPKT juga turut mengumumkan jumlah pelaksanaan projek pembangunan KPKT yang berjaya sepanjang tahun 2024 iaitu sebanyak 6,611 projek di seluruh negara.MBI berharap penganjuran Program Sentuhan Kejayaan (SKj) KPKT 2024 ini bukan sahaja menjadi penutup yang bermakna bagi siri jelajah ini, tetapi juga memberi impak positif kepada masyarakat setempat, khususnya di Bandaraya Ipoh dan kawasan sekitar.Program ini diharap dapat memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam merealisasikan agenda pembangunan inklusif serta meningkatkan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.MBI TUAN RUMAH PROGRAM SENTUHAN KEJAYAAN (SKj) KPKT 2024BULETIN BANDARAYA 03 I 29


BULETIN BANDARAYA 03 I 30


Click to View FlipBook Version