The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sorotan Bandar Raya MBI Edisi 6 8 Feb - 14 Feb 22

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ipohcouncil, 2022-03-10 23:38:54

Sorotan Bandar Raya MBI Edisi 6 8 Feb - 14 Feb 22

Sorotan Bandar Raya MBI Edisi 6 8 Feb - 14 Feb 22

Sorotan Bandar Raya SUARAKONTEMPORARI

Edisi 6, 8 - 14 Februari 2022

Bahagian 1

Aktiviti Datuk Bandar / Setiausaha Bandaraya / Ahli Majlis

YAB Menteri Besar Perak Lancar Pelan
Perancangan Strategik MBI, Ipoh Bandar
Raya Rendah Karbon Dan Walkable City 2030

9 Februari 2022 I Hotel Kinta River Front, Ipoh

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad melancarkan Pelan Perancangan Strategik MBI, Ipoh Bandar Raya
Rendah Karbon dan Walkable City 2030 diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan
Negeri Perak, YB Dato’ Nolee Ashilin binti Mohamed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan
Awam Negeri Perak, YB Dato’ Haji Mohd Zolkafly Bin Harun dan Datuk Bandar Ipoh, YBhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud.
Turut hadir adalah Ahli Majlis MBI, Setiausaha Bandaraya, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.

Sambungan di muka surat 2...

Sorotan Bandar Raya - Edisi 6, 8 - 14 Februari 2022 1

Bahagian 1

Aktiviti Datuk Bandar / Setiausaha Bandaraya / Ahli Majlis
Dari muka surat 1

MOU Dan Perjanjian “Supply Agreement For Renewable Energy MOU Di Antara MBI Bersama MajuPerak Holdings Berhad

(SARE)” Di Antara MBI Bersama Tenaga Nasional Berhad Dan – United Solar JV Bagi Pemasangan Solar Di Pasar Ayam

GSPARX. Amanjaya.

2 Sorotan Bandar Raya - Edisi 6, 8 - 14 Februari 2022

Bahagian 1 “

Aktiviti Datuk Bandar / Setiausaha Bandaraya / Ahli Majlis

Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri
Perak 2022

8 Februari 2022 I Stadium Indera Mulia, Ipoh

Datuk Bandar Ipoh, YBhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud
turut bersama-sama YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani
bin Mohamad sempena Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri
Perak 2022 di Stadium Indera Mulia. Ia turut dihadiri oleh Setiausaha
Bandaraya, Tuan Ahmad Munir bin Ishak.

“ MBI turut membuka kaunter
perkhidmatan dan aduan untuk
membantu menyelesaikan permasalahan
dan maklum balas warga kota Ipoh.

Sorotan Bandar Raya - Edisi 6, 8 - 14 Februari 2022 3

Bahagian 1

Aktiviti Datuk Bandar / Setiausaha Bandaraya / Ahli Majlis

MOU MBI Dan A Tech Insure Sdn. Bhd.

8 Februari 2022 I Dewan Azlan Shah, Tingkat 10, MBI

Datuk Bandar Ipoh, YBhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud menandatangani MOU dengan A Tech Insure Sdn. Bhd. yang
diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif A Tech Insure Sdn. Bhd., Encik Syed Alwi bin Mohamed Sultan sambil disaksikan oleh
Pengerusi A Tech Insure Sdn. Bhd., YBhg. Tan Sri Dr. Abu Kassim bin Mohamed dan Setiausaha Bandaraya, Tuan Ahmad Munir
bin Ishak.

Perkhidmatan A TECH

menawarkan skim

pinjaman sifar faedah

untuk segmen penjawat

awam terutamanya

yang berpendapatan

rendah bagi tujuan

pembiayaan premium

Takaful kenderaan dan

cukai jalan mereka.

Pembayaran balik yang

disediakan ini adalah

sehingga tempoh 10

bulan.

Skim ini juga merupakan

satu penyelesaian

kewangan yang

Patuh Syariah untuk

kelestarian sosial.

4 Sorotan Bandar Raya - Edisi 6, 8 - 14 Februari 2022

“Bahagian 1

Aktiviti Datuk Bandar / Setiausaha Bandaraya / Ahli Majlis

Program CSR MBI, Perak SADC Dan Jabatan
Pertanian Negeri Perak Untuk Mangsa Ribut
Di Taman Tasek Damai

9 Februari 2022 I Taman Tasek Damai, Ipoh

Bantuan yang dihulurkan adalah salah satu kaedah untuk komuniti sedia ada membangunkan semula aktiviti pertanian di kawasan
yang terjejas akibat bencana berkenaan. Bantuan berupa anak benih pokok pisang, betik, cempedak, nangka dan lain-lain manakala
Jabatan Pertanian negeri Perak pula menyalurkan bantuan 40 benih anak pokok kelapa selain 30 set nutripot melibatkan benih
tanaman, media serta baja.

“ Semoga segala bantuan yang disalurkan ini akan menaikkan
semula semangat mereka yang terkesan untuk meneruskan aktiviti
bercucuk tanam sekaligus menyahut seruan kerajaan untuk
melaksanakan pertanian rumah kendiri sepertimana diilhamkan
oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad,
melalui Program Kebun Kita.

Sorotan Bandar Raya - Edisi 6, 8 - 14 Februari 2022 5

“Bahagian 1

Aktiviti Datuk Bandar / Setiausaha Bandaraya / Ahli Majlis

Antara yang hadir dalam program ‘Executive Talk’ Dan Amanat Datuk Bandar adalah Ketua WHIP Majlis Bandaraya Ipoh (MBI),
Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Kanan, Ketua-Ketua Jabatan dan sebahagian warga kerja MBI.

500 Warga MBI Sertai Majlis ‘Executive Talk’
Dan Amanat Datuk Bandar

10 Februari 2022 I Stadium Indera Mulia, Ipoh

“ Dalam amanat beliau, Datuk Bandar menekankan aspek perubahan ke arah pendigitalan serta
komitmen tinggi warga MBI dalam menjadikan Ipoh sebagai Bandar Raya Bestari Sejahtera.
6 Sorotan Bandar Raya - Edisi 6, 8 - 14 Februari 2022

“Bahagian 1

Aktiviti Datuk Bandar / Setiausaha Bandaraya / Ahli Majlis

MBI Rai 60 Petugas Misi Bencana Banjir Di
Kuala Langat, Selangor Dan Bentong, Pahang

10 Februari 2022 I Bilik Gerakan, Tingkat 2, MBI

Datuk Bandar Ipoh, YBhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud menyampaikan sijil penghargaan kepada 60 petugas MBI dalam
Majlis Penghargaan dan Meraikan Misi Bencana Banjir di Kuala Langat, Selangor dan Bentong, Pahang. Turut hadir ialah Ahli Majlis
MBI, Clr. Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Hussian, Pengarah Kanan - Perkhidmatan Dan Operasi, Tuan Haji Musa bin Dun, Pengarah
Kanan - Perkhidmatan, Puan Sr. Rohayah binti Abd Kadir, Pengarah Landskap Bandaraya, LAr Meor Abdullah Zaidi bin Meor Razali
dan Pengarah Pelesenan Dan Penguatkuasaan Bandaraya, Encik Ahmad Zaiyadi bin Sudin.

“ Ianya merupakan pengiktirafan dan tanda peringatan kepada petugas MBI yang telah
bersama-sama menyemai bakti dalam menjaga imej Majlis dalam Misi Khas Bencana
Banjir Kuala Langat, Selangor Dan Bentong, Pahang.
Sorotan Bandar Raya - Edisi 6, 8 - 14 Februari 2022 7

Bahagian 1

Aktiviti Datuk Bandar / Setiausaha Bandaraya / Ahli Majlis

MOU MBI Dan
UTM Mengenai
Teknologi Buluh

10 Februari 2022 I Taman Rekreasi Gunung Lang

Penyerahan struktur telah dirasmikan oleh Timbalan
Naib Canselor Pembangunan UTM, Prof. Ts. Dr. Mohd
Hamdan bin Haji Ahmad manakala MBI diwakili oleh
Pengarah Landskap Bandaraya, LAr Meor Abdullah
Zaidi bin Meor Razali.
MBI akan memperluaskan lagi penerokaan dan
usahasama ini ke kawasan rekreasi dan tumpuan
umum lain bagi menepati objektif Bandar Raya
Rendah Karbon serta pembinaan mampan dan lestari.

“MBI dan UTM mulakan
aktiviti kelestarian alam.”

8 Sorotan Bandar Raya - Edisi 6, 8 - 14 Februari 2022

Bahagian 1

Aktiviti Datuk Bandar / Setiausaha Bandaraya / Ahli Majlis

Datuk Bandar Ipoh Melawat “ Semoga program seumpama ini akan
Tapak Di Taman Tasek memberi manfaat kepada mangsa ribut
Damai Untuk Melihat Kerja- serta menjadi contoh kepada syarikat-
Kerja Pembaikan Yang syarikat swasta lain untuk bekerjasama
Telah Dijalankan dengan MBI dalam Program MBI Prihatin
demi kesejahteraan warga kota Ipoh.
12 Februari 2022 I Taman Tasek Damai, Ipoh



Datuk Bandar Ipoh, YBhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud telah melawat
tapak di Taman Tasek Damai untuk melihat kerja-kerja pembaikan yang telah
dijalankan sehingga 19 Februari 2022. Turut hadir Pengarah Kinta Properties
Sdn. Bhd., Encik Edwin Tan Beow Aik, Ahli Majlis MBI, Clr. Tuan Haji Mohd
Rafaad bin Razali dan Ketua Penolong Pengarah Kejuruteraan MBI, Encik Arif
bin Mohd Zainudin.

Sorotan Bandar Raya - Edisi 6, 8 - 14 Februari 2022 9

“Bahagian 1

Aktiviti Datuk Bandar / Setiausaha Bandaraya / Ahli Majlis

Program Pembudayaan Amalan Penggunaan
Tong Sampah Di Taman Chepor Indah

12 Februari 2022 I Taman Chepor Indah, Ipoh

Ahli Majlis MBI Zon 3, Clr. Encik Mohammad bin Sharif telah mengagihkan sebanyak 580 unit tong sampah (120 liter) secara
percuma di Taman Chepor Indah sempena Program Pembudayaan Amalan Penggunaan Tong Sampah.

“ Menerusi program ini
diharap penduduk kawasan
terlibat dapat menjadikan
amalan menjaga kebersihan
sebagai satu budaya seawal
dari rumah seterusnya
melahirkan masyarakat
yang menghargai dan
mengutamakan keindahan
persekitaran.

10 Sorotan Bandar Raya - Edisi 6, 8 - 14 Februari 2022

“Bahagian 1

Aktiviti Datuk Bandar / Setiausaha Bandaraya / Ahli Majlis

MBI Prihatin: Bantuan Untuk Keluarga
Kuarantin Covid-19

12 Februari 2022 I Taman Chepor Indah, Ipoh

Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), YBhg. Clr. Dato’ Mazlan bin Abdul Rahman, tidak pernah jemu menyantuni golongan-
golongan kurang bernasib baik menerusi Program MBI Prihatin, beliau menyampaikan sumbangan berupa pek makanan kepada
40 buah keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 di Ulu Kuang.

“ Semoga sumbangan ini akan
meringankan beban keluarga
yang dikuarantin akibat
Covid-19.

Sorotan Bandar Raya - Edisi 6, 8 - 14 Februari 2022 11

Bahagian 2

Aktiviti Perkhidmatan MBI

Senamrobik di Kinta Riverwalk Dapat
Sambutan Baik

12 Februari 2022 I Kinta River Walk, Ipoh

Sesi pertama senamrobik di Kinta Riverwalk anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berjaya mendapat sambutan dikalangan warga
kota, di mana ianya berlangsung dua kali sebulan iaitu setiap hari Sabtu minggu kedua dan keempat pada jam 5.00 petang.

“ Ia adalah salah satu usaha
MBI untuk mempromosikan
kawasan Kinta Riverwalk

kepada warga kota Ipoh dan

pengunjung dari luar Bandar

Raya Ipoh untuk melawat

destinasi pelancongan

”baharu ini. 12

Sorotan Bandar Raya - Edisi 6, 8 - 14 Februari 2022

Bahagian 2

Jadual Perkhidmatan MBI

Makluman Waktu Operasi Kaunter Bayaran
Majlis Bandaraya Ipoh

Sorotan Bandar Raya - Edisi 6, 8 - 14 Februari 2022 13

Bahagian 3

Aktiviti Perkhidmatan MBI

Kerja-Kerja Sanitasi Dan Disinfeksi
13 FEBRUARI 2022 - UTC PERAK

14 Sorotan Bandar Raya - Edisi 6, 8 - 14 Februari 2022

Bahagian 4

Promosi MBI

City Nature Challenge 2022: Kinta Valley /
Lembah Kinta Akan Kembali !

Hai warga Ipoh...
City Nature Challenge 2022: Kinta Valley / Lembah Kinta akan kembali !
Satu Projek Sains Pengumpulan Data Biodiversiti Bandar Terbesar Dan Bertaraf Antarabangsa Dengan Penglibatan
Warga Ipoh Akan Diadakan Tidak Lama Lagi.
Cabaran ini bermula 29 April – 2 May 2022 !
Warga Bandar Raya Ipoh dan sekitarnya dialukan untuk penyertaan !!!
Muat turun aplikasi iNaturalist di telefon pintar anda dan mulakan cerapan sekarang!
Klik https://citynaturechallenge.org/ untuk maklumat lanjut.

Sorotan Bandar Raya - Edisi 6, 8 - 14 Februari 2022 15

Bahagian 4

Promosi MBI

Suarakan Aspirasi Anda Ke Arah Negara
Berdaya Huni, Sejahtera, Mampan Dan
Inklusif

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa)
Ayuh semua warga Malaysia dijemput mengemukakan aspirasi/pandangan/impian bagi bersama-sama membantu
pihak KPKT dan PLANMalaysia menyediakan kerangka iDAM melalui link di bawah:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScTKeL_biON5nA1wymjTGqnH0v-obXt66emwpvAZrNJYBNj0Q/viewform

16 Sorotan Bandar Raya - Edisi 6, 8 - 14 Februari 2022

Bahagian 4

Promosi MBI

Aplikasi Pintar Park@Perak Mudahkan
Pengguna

Aplikasi pintar Park@Perak akan menggantikan kupon sepenuhnya mulai tahun 2024, dalam visi, Ipoh menuju sebuah Bandar
Pintar menjelang 2030 di mana MBI dalam fasa pendigitalan sepenuhnya dari segi operasi dan pembayaran caj tempat letak kereta
secara berperingkat menerusi aplikasi Park@Perak.

Pelekat kenderaan MBI seperti
pelekat VIP/Media/UTC dan pas
bulanan kini dikeluarkan secara

“ “digital mulai tahun 2022.

Sorotan Bandar Raya - Edisi 6, 8 - 14 Februari 2022 17

Bahagian 4

Promosi MBI

Senarai Pusat Pemberian Vaksin (PPV)
‘Offsite’ Untuk Vaksinasi Covid-19 Secara
‘Walk-In’ Daerah Kinta

18 Sorotan Bandar Raya - Edisi 6, 8 - 14 Februari 2022

Bahagian 4

Promosi MBI

Sorotan Bandar Raya - Edisi 6, 8 - 14 Februari 2022 19


Click to View FlipBook Version