The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ipohcouncil, 2024-01-19 03:59:37

EDISI 3 2023

EDISI 3 2023

BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 1 BANDAR RAYA BULETIN M A J L I S BAND A R AYA IPOH NASKAH PERCUMA // Ipoh Antara 5 Bandar Pintar // Datuk Bandar Ipoh Panel Kongres Perancangan Kebangsaan 2023 (NPC 2023) EDISI 03 SEP - DIS 2023 JABATAN PER ANCANGAN KORPORAT Datuk Bandar Ipoh Terima Anugerah Kepimpinan PBT Terbaik


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 2 SIDANG REDAKSI PENASIHAT YBhg. Dato’ Rumaizi Bin Baharin @ Md Daud Datuk Bandar Ipoh TIMBALAN PENASIHAT I En. Ahmad Munir Bin Ishak Setiausaha Bandaraya TIMBALAN PENASIHAT II Tn. Hj. Musa Bin Dun Pengarah Kanan (Pentadbiran Dan Operasi) KETUA EDITOR En. Sharulnizam Bin Jaafar Pengarah Perancangan Korporat EDITOR En. Muhammad Hafizsafwan Bin Nor Hazlan PEREKA En. Isa Bin Mahmud En. Muhammad Syafiq Syazwan Bin Mohd Anuar Cik. Nur Shuhada Binti Samat JURU FOTO En. Mohammad Nazrin Shah Bin Shahuri En. Muhammad Izham Bin Azman TERBITAN Unit Korporat dan Aduan Awam Majlis Bandaraya Ipoh Jalan Sultan Abdul Jalil, 30450 Greentown, Ipoh, Perak. Telefon : 05 - 208 3261 Hotline : 05 - 255 1515 Faks : 05 - 208 3544 email : [email protected] EDARAN Bahagian Pengurusan Kualiti Dan Penerbitan, Jabatan Perancangan Korporat, Majlis Bandaraya Ipoh. HAK CIPTA TERPELIHARA Penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula dalam apa-apa jua bentuk dan dengan apa-apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Majlis Bandaraya Ipoh.


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 3 11 SEPTEMBER 2023 LEBIH 100 MEDIA & RAKAN STRATEGIK MBI DIRAIKAN DALAM MAJLIS RAMAH MESRA MEDIA BERSAMA DATUK BANDAR IPOH BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 3


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 4 SEP I OKT I NOV I DIS DATUK BANDAR IPOH DIPILIH SEBAGAI AHLI PANEL PERSIDANGAN DIGITAL SEKTOR AWAM 2023 13 September 2023 - Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh dipilih menjadi salah seorang ahli panel Forum sempena Persidangan Digital Sektor Awam (PDiSA) 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Terdahulu, acara yang bermula seawal pukul 9.00 pagi itu dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara dan pelancaran Portal Data Terbuka dan Penyampaian Sijil Penghargaan Inisiatif Pendigitalan. Program berikutnya diteruskan lagi dengan forum dan pembentangan yang bertajuk “Bandar Pintar:Sejauh Mana Kejayaan Transformasi Pendigitalan Ke Arah Pewujudan Bandar Pintar”. Ia dipengerusikan oleh Yang Berusaha TPr. Md Nazri bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah, PLAN Malaysia selaku Moderator dan 3 orang panel iaitu Y.Bhg. Dato’ TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya, Y.Bhg. Dato’ Rumaizi Bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh dan Yang Berusaha Dr. Haji Nadzman bin Mustaffa, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim. Persidangan Digital Sektor Awam (PDiSA) 2023 adalah program anjuran Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Program ini merupakan program yang dijenamakan semula daripada program Public Sector CIO Convex (PSCC) yang telah diadakan pada tahun 2016. PDiSA 2023 merupakan persidangan yang melibatkan penyertaan inklusif pemimpin digital kerajaan serta rakan strategik dari pihak industri termasuk pakar tempatan. Mereka berkumpul dan membincangkan pelbagai inisiatif dan potensi penambahbaikan bagi menghasilkan perkhidmatan Kerajaan yang lebih berkualiti dalam menghadapi masa depan digital dan mengutamakan keperluan rakyat. Penganjuran PDiSA 2023 juga adalah merupakan kesinambungan daripada persidangan yang telah diadakan pada tahun 2021 dan ini merupakan penganjuran kali kedua di bawah jenama PDiSA. Penganjuran persidangan ini adalah sangat relevan dengan peranan MAMPU sebagai peneraju agenda pendigitalan sektor awam. Tema persidangan kali ini adalah “Pendigitalan Perkhidmatan Awam : Nadi Kesejahteraan Negara”. Dalam konteks pendigitalan perkhidmatan awam, digitalisasi perkhidmatan rakyat secara end-to-end memastikan rakyat mendapat manfaat secara adil dan saksama tanpa sempadan. Setiap rakyat boleh mengakses perkhidmatan kerajaan secara inklusif dan bersepadu dalam usaha membina keharmonian dan kesejahteraan negara. Semoga penganjuran persidangan ini akan membantu memastikan perkhidmatan awam di Malaysia diiktiraf bertaraf dunia. BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 4 SEP I OKT I NOV I DIS


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 5 MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) MBAS TV BAGI MEMPROMOSIKAN MAI SINGGAH ALOR SETAR 2024 DAN TAHUN MELAWAT PERAK 2024 22 September 2023 - Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh mewakili Radio TV Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Y.Bhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar yang mewakili MBAS TV bagi mempromosikan Mai Singgah Alor Setar 2024 dan Tahun Melawat Perak 2024 sempena Majlis Makan Malam Kejohanan Boling Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) di Hotel Raia, Alor Setar. Ia telah disaksikan oleh YB Tuan Haji Muhammad Radhi bin Mat Din, Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan mewakili YAB Menteri Besar Kedah, Y.Bhg. Dato’ Haji Mohd Saleh bin Saidin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah dan TPr. Puan Hajah Noraini binti Roslan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang merangkap Timbalan Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA). BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 5


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 6 SEP I OKT I NOV I DIS MENTERI PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN MERASMIKAN MAJLIS PERAYAAN KUIH BULAN 23 September 2023 - YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telah merasmikan Majlis Perayaan Kuih Bulan. Pada yang sama, turut diadakan Pesta Makanan Jalanan Paloh. Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh turut hadir dan menyampaikan ucapan. Dalam ucapannya, beliau berharap kawasan 2 Gerbang di Jalan Theatre dan Jalan Mustapha Al Bakri, Pesta Makanan Jalanan Paloh yang bermula mulai hari ini serta hab komersial di Palo 101 akan menjadi satu destinasi pelancongan baharu di Bandaraya Ipoh. BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 6 SEP I OKT I NOV I DIS


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 7 MENTERI PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN MERASMIKAN DEWAN SILVER STAR KAMPUNG SIMEE 24 September 2023 - YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telah merasmikan Dewan Silver Star Kampung Simee. Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh turut hadir ke majlis perasmian tersebut. Pada masa yang sama, turut diadakan Pesta Tanglung Kampung Simee 2023.


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 8 SEP I OKT I NOV I DIS 6 Oktober 2023 - Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah mengetuai Delegasi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI )mengadakan lawatan rasmi ke Hatyai City Municipality. Ia turut dihadiri oleh Encik Nik Muhamad Faqir bin Nik Zain, Konsul daripada Konsulat Jeneral Malaysia di Songkla, Ahli Majlis dan Ketua Jabatan Hatyai City Municpality, Encik Ahmad Kamal bin Zainal Abidin, Penolong Pengarah, Jabatan Pemilaian MBI, Encik Hafizsafwan bin Nor Hazlan, Ketua Unit Komunikasi Strategik dan Encik Mohd Syahrizal bin Azmi, Pegawai Perhubungan Awam MBI. Assoc Prof Dr Wichai Kanchanasuwon, Timbalan Datuk Bandar Hatyai mewakili Datuk Bandar Hatyai telah mempengerusikan satu sesi mesyuarat berkenaan pelancongan dan bandar hijau. Tujuan lawatan rasmi berkenaan adalah untuk mempromosikan Tahun Melawat Ipoh 2023 dan Tahun Melawat Perak 2024 serta berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan Bandar Pintar dan Bandar Hijau. Semoga lawatan tersebut akan membantu mempromosikan pelancongan Ipoh dan negeri Perak serta mencapai hasrat MBI menjadi Bandaraya Bestari Sejahtera. DELEGASI MAJLIS BANDARAYA IPOH MENGADAKAN LAWATAN RASMI KE HATYAI CITY MUNICIPALITY


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 9 13 Oktober 2023 - Lebih 100 media dan 8 rakan strategik MBI telah diraikan dalam Majlis Ramah Mesra Media bersama Datuk Bandar Ipoh di Qing Xing Ling Leisure & Cultural Village. Ia turut dihadiri oleh Pengarah & Pengurus Qing Xing Ling Leisure & Cultural Village, Encik Cheng Swee Kiat dan Encik Beh Tek Lee, Ahli Majlis MBI, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI. MBI dan pihak Qing Xing Ling Leisure & Cultural Village telah bekerjasama menganjurkan program ini yang menggambarkan hubungan erat antara MBI dengan rakan strategik dalam usaha menghargai peranan media dalam pembangunan Bandaraya Ipoh ke arah Bandaraya Bestari Sejahtera. Dalam ucapannya, Datuk Bandar menyatakan beliau sememangnya menanti peluang keemasan ini untuk beramah mesra dan mengenali pihak media secara lebih dekat dalam suasana yang lebih santai serta mengharapkan majlis seumpama ini untuk memupuk kerjasama yang lebih erat diantara pihak pengurusan MBI dengan pengamal media untuk kepentingan wargakota secara menyeluruh. Beliau juga amat kagum dengan rakan media di Bandaraya Ipoh khususnya dan negeri Perak amnya kerana telah melaksanakan tugas mengikut amalan etika kewartawanan yang baik. Ia telah banyak membantu MBI menjelaskan polisi dan tindakan terkini yang dilaksana atau dirancang. Wargakota juga dapat memberikan pendapat dan aduan terus secara terbuka ke pihak berwajib. Begitu juga dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan sektor swasta yang memberikan sumbangan dan melaksanakan program CSR atau Tanggunjawab Sosial Koporat akan juga mendapat publisiti meluas apabila memberikan sumbangan menjayakan program kemasyarakatan. Dengan cara ini, media bukan sahaja akan menjadi rakan strategik kepada MBI semata-mata tetapi kepada semua yang samasama memajukan Bandaraya Ipoh yang kita sayangi ini. Semoga lebih banyak pihak-pihak swasta mengikuti jejak langkah rakan-rakan strategik MBI ini serta kerjasama erat bersama rakan strategik dan media dapat diteruskan khususnya Tahun 2024 memandangkan ia merupakan Tahun Melawat Perak. LEBIH 100 MEDIA & RAKAN STRATEGIK MBI DIRAIKAN DALAM MAJLIS RAMAH MESRA MEDIA BERSAMA DATUK BANDAR IPOH BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 9


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 10 14 Oktober 2023 - Sebanyak 200 pokok teduhan spesis Kelat Paya, ditanam di sepanjang Rizab Jalan Hala Menglembu 13, di Ipoh. Program Penanaman pokok itu dilaksanakan menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Penanaman Pokok Teduhan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Syarikat Wei Dat Steel Wire Sdn Bhd. Majlis Perasmian program berkenaan telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Munir Bin Ishak, Setiusaha Bandaraya mewakili Datuk Bandar Ipoh. Hadir sama pada program berkenaan adalah Clr. Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Encik Kwan Boon Fei dan En. Kwan Boon Lee, Pengarah Eksekutif Wei Dat Steel Wire Sdn Bhd, Encik Chan Yen Kok, Ketua Pegawai Operasi Wei Dat Steel Wire Sdn Bhd, Encik Azman Bin Harun Pengarah Kanan MBI, (Teknikal) dan LAr. Encik Meor Abdullah Bin Zaidi, Pengarah Jabatan Taman & Landskap MBI. Inisiatif penanaman pokok itu dilihat mampu memberi imej baharu yang lebih positif kepada laluan utama kawasan perindustrian selain dapat mengurangkan jumlah karbon di kawasan perindustrian. Ia juga dapat meningkatkan kualiti udara, kualiti hidup penduduk bandar serta menghijaukan Bandaraya Ipoh. Komitmen dan usaha bagi penanaman pokok teduhan ini bukan sahaja menjadi tugas pihak Majlis atau kerajaan, namun ia juga sangat digalakkan melalui penglibatan agensi swasta seperti mana usaha yang dilaksanakan oleh syarikat Wei Dat Steel Wire ini. Untuk info berdasarkan data penanaman pokok teduhan, dari tahun 2020 hingga tahun 2023, pihak MBI telah melaksanakan hampir 6,500 pokok pelbagai spesis dengan ketinggian minima 7 kaki bagi setiap pokok yang ditanam. MBI merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Wei Dat Steel Wire Sdn Bhd atas sokongan dan kerjasama dalam usaha murni ini sekali gus mencapai visi Majlis untuk menjadikan bandaraya ini lebih hijau, lestari dan rendah karbon menjelang tahun 2030. 200 POKOK TEDUHAN SPESIS KELAT PAYA, DITANAM DI SEPANJANG RIZAB JALAN HALA MENGLEMBU 13


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 11 HARI SUKAN NEGARA PERAK 2023 14 OKTOBER 2023 BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 11


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 12 15 Oktober 2023 - Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming (YB KM) telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Pembinaan Pasar Sementara Pasir Pinji bertempat di tapak projek pasar sementara Pasir Pinji, Ipoh. Pembinaan Pasar Sementara Pasir Pinji ini telah bermula pada 5 September 2023 melibatkan peruntukan sebanyak RM1.54 juta dengan penyaluran peruntukan daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebanyak RM1 juta dan lebihan peruntukan berjumlah RM540,000 turut ditanggung bersama oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Projek ini dijangka siap pada 19 Februari 2024 dengan mengambil masa selama 6 bulan tempoh kesiapan kerja-kerja pembinaan dan pemindahan peniaga ke pasar sementara dijangka akan bermula pada bulan Mac 2024. Bagi pelaksanaan pembinaan Pasar Baru Pasir Pinji pula, proses pelantikan perunding sedang dijalankan dan dijangka selesai pada awal November 2023. Perunding yang berjaya akan menyiapkan reka bentuk pasar baru dalam tempoh 3 bulan selepas lantikan dan seterusnya, proses tender bagi pelantikan kontraktor Pembinaan Semula Pasar Baru Pasir Pinji akan bermula pada awal Februari 2024. Pelaksanaan projek pembinaan pasar baru ini dijadualkan bermula pada April 2024 dengan tempoh pelaksanaan 24 bulan dan dijangka siap pada Mac 2026. Pasar Pasir Pinji yang berusia lebih daripada 50 tahun ini merupakan pasar lama yang uzur dan daif di mana menempatkan seramai 178 peniaga sedia ada. Justeru, pembangunan semula pasar awam ini dapat meningkatkan kualiti serta taraf kemudahan pasar, perkhidmatan awam yang berkaitan dan menyediakan persekitaran yang lebih selesa kepada peniaga dan pengunjung. Sebanyak 187 lot perniagaan akan disediakan di pasar baru tersebut dengan mengutamakan pelesen sedia ada dan turut memberi peluang kepada permohonan baru bagi memenuhi ruang perniagaan. Selain itu, ruang parkir kenderaan yang mencukupi juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan pasar. YB KM berkata, “Pembangunan semula Pasar Pasir Pinji ini dapat menyumbang kepada peningkatan tahap sosioekonomi dan kualiti hidup masyarakat setempat. Sumbangan peniaga kecil tidak pernah dipandang remeh oleh KPKT, malah peningkatan ekonomi mikro turut memberi kesan positif kepada ekonomi negara.” KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) akan sentiasa bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara bagi merealisasikan perancangan pembangunan demi meningkatkan mutu perkhidmatan dan kesejahteraan rakyat. Kecemerlangan mutu perkhidmatan KPKT juga akan terus dipertingkatkan dalam memastikan segala manfaat dapat dinikmati oleh rakyat sejajar dengan hasrat Kerajaan Perpaduan demi kesejahteraan masyarakat Malaysia MADANI. PEMBINAAN PASAR BARU PASIR PINJI TINGKATKAN SOSIO EKONOMI PENDUDUK SETEMPAT BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 12


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 13 22 Oktober 2023 - Ipoh Low Carbon Day (ILCD) pada bulan ini bertemakan #FitMalaysia, bersempena dengan Sambutan Hari Sukan Negara yang disambut pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. “Hari Sukan Negara 2023” merupakan agenda nasional yang disambut secara tahunan ini membawa hasrat negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup sihat. Program ILCD kali ini dimulai dengan pelepasan acara Geopark 5Run sejauh 5km yang dianjurkan oleh Perbadanan Taman Negeri Perak (Geopark). Larian ini disempurnakan pelepasannya oleh Y.Bhg Datuk Bandar bersama Timbalan Pengarah Perbadanan Taman Negeri. Acara Larian Geopark 5Run ini diadakan bersempena Sambutan Ulangtahun ke 5 tertubuhnya Geopark Negeri Perak. Larian ini bermula di Dataran Ipoh dan laluan larian akan melalui sekitar kawasan Bandar Raya Ipoh dan akan berakhir di Dataran Ipoh. Bandaraya Ipoh juga merupakan salah satu lokasi Geopark dalam bandar. Program kali ini dimeriahkan lagi dengan Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa dan Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II Afifurlah yang telah sudi mencemar duli bagi merasmikan acara International Geopark Run (IGR) Series 0.1, 2024 Lembah Kinta. International Geopark Run Series ini merupakan acara larian bersiri yang dirancang penganjurannya pada setiap tahun yang akan meliputi pelbagai lokasi geopark di seluruh negara yang mana pada tahun 2024 ianya akan bermula di Lembah Kinta, Ipoh; diikuti dengan Lenggong, Perak, Gunung Jerai, Kedah dan lokasi terakhir di Pulau Langkawi, Kedah. Geopark 5 Run @ Ipoh Low Carban Day (5km) yang berlangsung di Dataran Bandaraya Ipoh ini merupakan satu platform acara bagi mempromosikan IGR pada tahun hadapan dan dimasukkan sebagai satu acara dalam kalendar Tahun Melawat Perak 2024 (VPY 2024) yang akan bermula pada bulan Mac 2024. Majlis pelancaran ini dilangsungkan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh, Perbadanan Taman Negeri, Tourism Perak, Global Exhbitions & Conferences dan Persatuan Nadi Sihat Malaysia. Program Ipoh Low Carbon Day yang dilaksanakan pada setiap bulan ini juga bertujuan untuk melibatkan masyarakat Ipoh terutamanya untuk turut serta di dalam aktiviti sosial seterusnya dapat berkongsi dalam menyalurkan ilmu bermanfaat melalui contoh dan permudahcara yang diberikan oleh peserta setiap reruai pameran (booth) seperti cara-cara mengitar semula minyak masak terpakai oleh Persatuan Gema Perak, membuat anyaman atau jahitan, membuat cenderahati dari barangan terbuang, cara mengenali ubat yang kita gunakan dan hasilhasil seni kraf tangan dari Persatuan-persatuan dan NGO yang hadir pada program ILCD. LEBIH 3000 WARGAKOTA IPOH HADIRI IPOH LOW CARBON DAY KE-64


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 14 25 Oktober 2023 - Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh dipilih menjadi salah seorang ahli panel Forum sempena Persidangan & Pameran Bandar Pintar Asia Ke-9 2023 di Connexion@Nexus, Bangsar South. Terdahulu, acara dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Selva Nagappan, Pengarah Urusan Smart Cities Asia & Knowledge Group Of Companies dan seterusnya ucapan perasmian oleh Y.Bhg. Datuk Saidatu Akhma Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan & Persekitaran Mampan), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. Program berikutnya diteruskan lagi dengan forum dan pembentangan. Forum tersebut yang bertajuk “Dari Visi Kepada Realiti:Perspektif Datuk Bandar Dalam Meneraju Pembangunan Bandar Pintar” ini dipengerusikan oleh Yang Berusaha Prof. Jugdutt (Jack) Singh, Ketua Saintis & Ketua Penasihat Ekonomi Digital, Kerajaan Negeri Sarawak selaku Moderator dan 2 orang panel iaitu Y.Bhg. Dato’ Haji Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru dan Y.Bhg. Dato’ Rumaizi Bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh. Persidangan & Pameran Bandar Pintar Asia Ke-9 2023 ini adalah program anjuran Knowledge Group Of Companies bersama Rakan Strategik MDEC. Semoga penganjuran persidangan dan pameran ini akan membantu memastikan Ipoh menjadi Bandar Bestari Sejahtera Tahun 2030. DATUK BANDAR IPOH PANEL PERSIDANGAN & PAMERAN BANDAR PINTAR ASIA KE-9 2023 BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 14


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 15 26 Oktober 2023 - Pasukan Koir Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah diumumkan sebagai juara Pertandingan Koir Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Piala YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Tahun 2023 di Stadium Indera Mulia. Naib Juara pula adalan Majlis Daerah Tanjung Malim, tempat ke-3 Majlis Perbandaran Taiping manakala Majlis Perbandaran Manjung di tempat ke-4. Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah merasmikan pertandingan tersebut. Pertandingan Koir Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Piala YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Tahun 2023 ini melibatkan 10 pasukan dari keseluruhan 15 PBT Negeri Perak. Sebagai tuan rumah kejohanan ini, MBI berharap dapat membantu menyemarakkan lagi perkembangan koir di Bandar Raya Ipoh dengan cara membangkitkan minat terhadap koir, yang juga merupakan salah satu cabang seni yang harus dihargai. Penganjuran kejohanan ini mampu memberikan impak besar terhadap pembangunan koir di Malaysia ia secara tidak lansung akan membantu menentukan sejauh manakah kegemilangan bidang koir ini serta membantu meningkatkan prestasi koir sekaligus berjaya membangunkan peserta dan pasukan koir yang terbaik di Malaysia. Pertandingan Koir PBT Negeri Perak ini merupakan salah satu usaha ke arah menyemarakkan aktiviti seni di Bandaraya Ipoh. Namun, adat bertanding sememangnya ada yang menang dan ada yang kalah, tetapi yang penting ialah agar setiap pasukan memberikan yang terbaik dalam persembahan mereka dalam semangat kesetiakawan dan mengukur sejauh manakah usaha masing-masing dapat membuahkan kejayaan. Ianya juga perlu dijadikan pembakar semangat peserta untuk berusaha lebih gigih lagi di masa hadapan. Ini kerana, pertandingan ini akan diteruskan pada setiap tahun dan PBT yang lain pula akan menyahut cabaran sebagai tuan rumah pada tahun hadapan, sempena Tahun Melawat Perak 2024. Semoga pertandingan ini akan membantu memperbaiki persefahaman, kejituan perpaduan, dan solidariti sebagai sebuah keluarga koir PBT. MBI JUARA PERTANDINGAN KOIR PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) PIALA YAB MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN TAHUN 2023


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 16 PENGGUNAAN MESIN HIP (HOT IN PLACE) DI KAWASAN MAJLIS BANDARAYA IPOH 2 November 2023 - Y Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh turun padang menyaksikan inisiatif baru menggantikan kaedah sediada bagi kerja-kerja penampalan jalan (Pothole) dengan menggunakan teknologi terkini ‘Hot InPlace’ di Jalan Ghazali Jawi. Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengambil satu inisiatif baru untuk menggantikan kaedah sediada bagi kerja-kerja penampalan jalan (Pothole) dengan menggunakan teknologi terkini ‘Hot In-Place’. Kaedah ini merupakan teknologi terkini menggunakan jentera secara pakej iaitu di dalam kenderaan yang sama meliputi peralatan pemanasan, pengorekan, proses penyediaan bitumen aspalt dan jentera pemadatan. Uji cuba kaedah ini telah dilaksanakan bagi menambahbaik proses tampalan jalan yang sebelum ini menggunakan kaedah ‘mark and cut’ yang mengambil masa lama untuk dilaksanakan. Melalui kaedah ini proses pembaikan pothole akan mengambil masa yang singkat dan seterusnya meningkatkan lagi kualiti tampalan berbanding kaedah sediada. Kaedah ini akan digunakan di jalan-jalan utama di sekitar Kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh. Sebanyak 1,200 meter persegi sebulan telah diperuntukan kepada Puncak Emas Infra selaku syarikat konsesi untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan PBT di bawah selenggaraan MBI. Kaedah ini telah digunakan bermula pada bulan November 2023 bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya dan secara tidak langsung akan mengurangkan aduan pothole yang kerap berlaku pada musim peralihan monsoon yang mempunyai kadar taburan hujan yang tinggi. BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 16


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 17 MBI DENGAN KERJASAMA PLAN MALAYSIA & MALAYSIAN INSTITUTE OF PLANNERS RANGKUL WINNER AWARD FOR OUSTANDING PLANNING ACHIEVEMENT IN THE COMMONWEALTH 8 November 2023 - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Plan Malaysia dan Malaysian Institute of Planners telah melakar kejayaan di peringkat antarabangsa apabila merangkul ‘WINNER AWARD FOR OUSTANDING PLANNING ACHIEVEMENT IN THE COMMONWEALTH ‘ sempena Anugerah Commonwealth Association of Planners (CAP AWARDS] bagi kategori ‘Planning for the Conservation of the Built and Natural Environment and Cultural Heritage’ dalam Kongres Perancangan Kebangsaan 2023 di Kompleks Persidangan Perbadanan Putrajaya. Tpr. Haji Mohd Zainal bin Abdul Hamid, Pengarah Perancangan MBI mewakili Datuk Bandar Ipoh telah menerima anugerah berkenaan daripada Miss Eleanor Mohammed, President CommonwealthAssociation of Planners. MBI merupakan satusatunya Pihak Berkuasa Tempatan dari seluruh Malaysia telah menerima anugerah tersebut. Anugerah CAP adalah anugerah yang diberikan untuk Pencapaian Perancangan Cemerlang di seluruh negara Komanwel dalam usaha untuk mempersembahkan contoh terbaik dari segi amalan perancangan di seluruh negara Komanwel. Tujuan Majlis Bandaraya Ipoh mempertandingkan Concubine lane di bawah tajuk “Rejuvenation Of Concubine Lane” di bawah kategori “Planning for the Conservation of the Built and Natural Environment and Cultural Heritage” adalah bagi menerangkan satu inisiatif, projek dan usaha dalam menambah baik, membangun semula, memperbaharui dan mengekalkan lorong belakang atau lorong sisi sebagai sebahagian daripada pemuliharaan warisan pada masa lalu tetapi memberikan rupa baharu yang segar dengan ruang awam kreatif ditakrifkan semula.


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 18 DATUK BANDAR IPOH DIPILIH SEBAGAI SALAH SEORANG PENCERAMAH DALAM KONGRES PERANCANGAN KEBANGSAAN 2023 (NPC 2023) 9 November 2023 - Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh dipilih menjadi salah seorang penceramah dalam Kongres Perancangan Kebangsaan 2023 (NPC 2023) di Kompleks Persidangan Perbadanan Putrajaya. Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh sebagai penceramah Ke-2 telah menyampaikan ceramah bertajuk “Leadership in Climate-Resilient Cities: Ipoh’s Sustaninable Path to a Greener Future” selepas penceramah pertama dari Perbadanan Teknologi Hijau Melaka menyampaikan ceramah bertajuk “Melaka’s State Approach to Climate Change: Pioneering to Sustainable for Future Cities” dalam Sesi Kongres Keenam bertajuk “Building Sustainable Cities for Future Generations”. Terdahulu acara yang bermula pada 8 November 2023 itu dimulakan dengan ucapan aluan oleh Y.Bhg. Datin TPr. Hajah Noraida Saludin, Presiden, Malaysian Institute of Planners dan seterusnya ucapan perasmian oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara. Kongres Perancangan Kebangsaan 2023 (NPC2023) ini adalah program anjuran Malaysian Institute of Planners dan Jabatan Perdana Menteri menerusi Jabatan Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Putrajaya. Semoga penganjuran kongres ini akan membantu memastikan Ipoh menjadi Bandar Bestari Sejahtera. BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 18


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 19 IPOH ANTARA 5 BANDAR PINTAR PERINTIS RANGKUL STATUS SMART CITY EARLY ADOPTER 2023 9 November 2023 - Ipoh antara 5 Bandar Pintar Perintis telah merangkul status Smart City Early Adopter 2023. Kejayaan ini membolehkan MBI menerima geran Peruntukan Khas bernilai RM 200,000 bagi projek inisiatif Bandar Pintar daripada KPKT serta Proof of Concept Bandar Pintar TM. Y.Bhg Dato’ Rumaizi bin Baharin, Datuk Bandar Ipoh mewakili Majlis Bandaraya Ipoh telah menerima geran peruntukan khas tersebut daripada Y.Bhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Status Early Adopter ini akan menjadi permulaan untuk Bandaraya Ipoh untuk mengembangkan lagi status Bandar Pintar Ipoh ke arah Visionary Smart City 2030.


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 20 SYABAS & TAHNIAH DATO’ RUMAIZI TERIMA ANUGERAH KEPIMPINAN PBT TERBAIK 11 November 2023 - Syabas dan tahniah Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh kerana telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kepimpinan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Terbaik Kategori Bandaraya sempena Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT 2023 (AKM 2023). Hadiah telah disampaikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri II mewakili Perdana Menteri Malaysia. Ia turut dihadiri oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan. Anugerah Kepimpinan PBT Terbaik merupakan pengiktirafan buat Datuk Bandar, YDP, Presiden, Pengerusi, Setiausaha dan Pegawai Eksekutif yang menerajui PBT kearah menjadikan organisasi yang berintegriti, cemerlang dan responsif serta menjadi teladan yang baik kepada kakitangan dan rakan sejawat. Pada malam anugerah tersebut, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah berjaya dicalonkan menerusi dua anugerah iaitu Anugerah Kepimpinan Pihak PBT Terbaik Kategori Bandaraya dan Anugerah PBT Cemerlang. Sebanyak 12 kategori AKM 2023 dipertandingkan merangkumi lapan (8) anugerah bagi kategori individu dan empat anugerah bagi kategori berpasukan. Penerima anugerah diberikan penghargaan dan ganjaran dalam bentuk hadiah wang tunai bernilai sehingga RM20,000 (tertakluk kepada kategori), sijil penghargaan, trofi dan kursus jangka pendek di universiti ternama di luar negara bagi kategori terpilih. Semoga anugerah tersebut akan meletakkan MBI dan Bandaraya Ipoh antara PBT dan Bandaraya Terbaik di Malaysia yang seterusnya akan menjadi pemangkin kepada kejayaan lebih besar di rantau Asia. BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 20


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 21 SESI DIALOG AWAM (TOWNHALL) TIANG LAMPU PINTAR BERINTEGRASI (SMARTPOLE) DI SEKITAR BANDAR RAYA IPOH 18 November 2023 - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan Sesi Dialog Awam (Townhall) Tiang Lampu Pintar Berintegrasi (Smartpole) di sekitar Bandar Raya Ipoh di Dewan Panggung Silverstar, Kampung Simee. Ia turut dihadiri oleh YB Puan Jenny Choy Tsi Jen, ADUN Canning merangkap Timbalan Speaker DUN Perak, YB Tuan Howard Lee Chuan How, Ahli Parlimen Ipoh Timur, YB Tuan M. Kulasegaran A/L V. Murugeson, Ahli Palimen Ipoh Barat, Ahli-Ahli Majlis, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan MBI, pegawai agensi-agensi Kerajaan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Digital Perak Corporation Holdings dan Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Wakil Syarikat Semcobina Sdn Bhd, Wakil Penduduk Taman Canning dan rakan media. MBI telah menjemput panel-panel penceramah daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Agensi Nuklear Malaysia, Pakar Perubatan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perak serta Pengarah Jabatan Kejuruteraan Infra Majlis Bandaraya Ipoh bagi memberikan penjelasan dan makluman. Bagi menyokong saranan Kerajaan, pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah bekerjasama dengan pihak swasta yang mempunyai lesen Network Facilities Provider Individual (NFPi) bagi pemasangan tiang lampu pintar berintegrasi (smartpole) di atas rizab jalan di bawah selenggaraan Majlis. Buat masa ini, terdapat 36 unit tiang lampu smartpole yang telah dipasang di sekitar Bandaraya Ipoh. Semoga dengan adanya sesi townhall ini dapat menerangkan tentang keperluan rangkaian 5G dan kepentingan The Internet of Things (IoT) pada masa kini serta kesan-kesan radiasi kepada kesihatan manusia dengan lebih jelas.


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 22 LAWATAN DELEGASI THAILAND DAN INDONESIA KE SMK RAJA PEREMPUAN 21 November 2023 - Y. Bhg Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, Assoc Prof Dr. Wichai Kanchanasuwan, Timbalan Datuk Bandar Hatyai, Thailand dan Tuan Khairil Syahrial ST MAP, Ketua Komisi II DPR Acheh, Indonesia dan delegasi telah mengadakan lawatan ke SMK RPS. Ia turut dihadiri oleh Clr. Encik Ahmad Khair Faizal bin Yahaya, Ahli Majlis MBI, Encik M.Raman, Pengarah Kesihatan MBI, Encik Mohd Syahrizal bin Azmi, Yang Dipertua PIBG SMK RPS, Puan Wiza Rozahrin binti Mohamed Radzi, Pengetua SMK RPS, wakil Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta. Para delegasi lawatan telah diberi taklimat dan penerangan mengenai ekonomi kitaran dan e-waste. Pada masa yang sama, delegasi lawatan turut menyaksikan persembahan dari pelajar SMK RPS serta dibawa melawat pameran dan sekitar SMK RPS. Semoga lawatan tersebut akan membantu MBI merealisasikan hasrat menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera serta mencapai objektif di bawah IMT GT.\ BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 22


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 23 MOU PELANCONGAN MESRA MUSLIM 22 November 2023 - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengadakan Jamuan Makan Malam sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Pelancongan Mesra Muslim di Hotel M Roof. Sebanyak 3 MOU telah ditandatangani iaitu MOU Pelancongan Muslim melibatkan MBI, Hatyai Municipality, Thailand, DPR Acheh, Indonesia, Majllis Bandaraya Alor Setar, (MBAS) Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Majlis Daerah Kampar (MDK), Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG), MOU MBI bersama Islamic Tourism Centre (ITC) dan MOU MBI bersama Malaysia Gazette yang disaksikan oleh YB Puan Sandrea Ng, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan Negeri Perak. MOU Pelancongan Islam telah ditandatangani oleh Y.Bhg.Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh mewakili MBI, Assoc Prof Dr. Wichai Kanchanasuwan, Timbalan Datuk Bandar Hatyai mewakili Hatyai Municipality, Encik Khairil Syahrial, Ketua Komisi II DPR Aceh, Indonesia mewakili Bandar Acheh Indonesia, Y.Bhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar mewakili MBAS, Encik Norazlan bin Yahaya, Yang DiPertua MPK mewakili MPK, Dr. Sakduddin bin Zamli, Yang Dipertua MPKK mewakili MPKK, Tuan Ahmad Suqairy bin Alias, Yang Dipertua MDK mewakili MDK dan Encik Mohamad Razif bin Ramli, Yang Dipertua MDBG mewakili MDBG. MOU MBI dan ITC telah ditandatangani oleh Y.Bhg.Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh mewakili MBI manakala Encik Nizran bin Noordin, Ketua Pengarah ITC mewakili ITC. MOU MBI dan Malaysia Gazette telah ditandatangani oleh Y.Bhg.Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh mewakili MBI manakala Puan Noraini binti Abd Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette pula mewakili Malaysia Gazette. Ia turut dihadiri oleh Tuan Firdaus Dahlan, Pengarah, Centre for Indonesia-Malaysia-Thailand (CIMT), Dato’ M.Nasir, Pengerusi MACP, Y.Bhg. Dato’ Mazlan bin Abd Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Ahli-Ahli Majlis, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya dan Ketua Jabatan MBI. MOU tersebut bertujuan untuk mempromosikan Pelancongan Mesra Muslim, Tahun Melawat Perak, Kedah, Perlis dan Hatyai serta menjayakan salah satu objektif IMT GT. Ia telah diserikan dengan persembahan Gema Warisan Budaya MBI dan Dato’ M.Nasir, penyanyi tersohor tanahair. Semoga Majlis Menandatangani MOU ini akan membantu merealisasikan hasrat menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera.


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 24 DATUK BANDAR LAWAT TAPAK PENGGUNAAN TEKNOLOGI CUPLUMP MODIFIED ASPHALT - CMA 22 November 2023 - Majlis Bandaraya Ipoh telah terpilih bagi melaksanakan projek perintis penurapan semula jalan menggunakan teknologi asfalt terubahsuai getah bekuan atau Cuplump Modified Asphalt - CMA. Sehubungan itu, Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah mengadakan lawatan tapak penggunaan teknologi asfalt terubahsuai getah bekuan atau Cuplump Modified Asphalt - CMA di Jalan Cetak, Kawasan Perindustrian Tasek. Teknologi ini adalah usahasama MBI dengan Lembaga Getah Malaysia melalui Kementerian Perladangan dan Komuditi dan dibiayai oleh Kementerian Kewangan. CMA ini adalah merupakan teknologi baru bahan penurapan jalan menggunakan bitumen (tar) terpinda dengan campuran getah bekuan sebagai bahan campuran asfalt yang boleh meningkatkan kualiti turapan dengan mengurangkan kesan retakan, kesan aluran (rutting) dan memanjangkan jangka hayat turapan. Di samping itu, ia juga dapat mengurangkan kos penyelenggaraan jangka masa panjang jika dibandingkan dengan kaedah turapan secara konvensional sebelum ini. Peruntukan yang diterima oleh pihak MBI adalah sebanyak RM 5 juta yang melibatkan kerja pembaikan dan penurapan semula jalan sepanjang 9.5km melibatkan di sebahagian Kawasan Perindustrian Tasek, sebahagian Kawasan Perindustrian IGB, sebahagian Jalan Bendahara dan sebahagian jalan utama di Station 18. Kerja penurapan jalan ini akan dimulakan bermula pada 22 November 2023 dan dijangka akan disiapkan dalam tempoh 4 hingga 6 minggu. Semoga pengguna jalan ini akan mematuhi arahan jalan raya semasa perlaksanaan kerja – kerja di tapak bagi melancarkan proses kerja – kerja penurapan jalan di kawasan yang telah dikenalpasti. BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 24


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 25 MBI RAI 99 PESARA & WARIS PESARA 23 November 2023 - Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@ Md Daud telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan cenderamata kepada 99 pesara dan waris pesara sempena Majlis Jasamu Dikenang. Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato’ Mazlan bin Abd Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Ahli Majlis, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya; Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI. Persaraan boleh diumpamakan sebagai suatu dunia baharu dalam kehidupan seseorang penjawat awam. Di situlah bermulanya fasa seorang penjawat awam melepaskan segala tugas, keringat dan amanah yang digalas selama ini. Dalam ucapannya, Datuk Bandar menyatakan bahawa beliau merasakan persaraan pesara MBI merupakan satu kehilangan besar kepada MBI. Beliau berharap para pesara tidak terus melupakan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) walaupun telah bersara tetapi terus menabur bakti meningkatkan imej MBI serta memastikan pengalaman yang ditimba setelah berpuluh-puluh tahun mencurahkan bakti dalam perkhidmatan awam tidak disiasiakan begitu sahaja. Penganjuran majlis ini adalah untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga pihak pengurusan MBI atas sumbangan dan dedikasi yang telah dicurahkan oleh tuan-tuan dan puan-puan sekalian kepada Majlis Bandaraya Ipoh. Persaraan merupakan fitrah perjalanan hidup yang sememangnya perlu ditempuhi dalam merentasi arus masa. MBI merasa kehilangan pegawai dan kakitangan yang berpengalaman dan berdedikasi yang selama ini yang bersama-sama telah mencurahkan khidmat bakti untuk MBI dan Bandaraya Ipoh apatah lagi turut membantu mengharumkan nama MBI sama ada di dalam atau di luar negara. Sesungguhnya sumbangan dan usaha yang telah diberikan para pesara akan terus dikenang dan persahabatan yang terjalin sepanjang perkhidmatan tidak akan terhenti di sini malah akan terus berkekalan.


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 26 MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) BAGI PROGRAM FLAGSHIP KE 15 BAGI PELAN PERAK SEJAHTERA 2030 - IPOH BANDARAYA EKONOMI DONAT 2027 27 November 2023 - Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bagi Program Flagship 15-Ipoh Bandaraya Ekonomi Donat 2027 telah diadakan di Dewan Azlan Shah, Tingkat 10 , Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). MOU kerjasama ini ditandatangani oleh Prof Sibrandes Poppema, Presiden Sunway University mewakili Sunway University akan memberikan kepakaran teknikal, Institut Darul Ridzuan selaku badan pemikir diwakili oleh Dr. Maisarah Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Darul Ridzuan (IDR) mewakili Kerajaan Negeri Perak manakala Majlis Bandaraya Ipoh yang diwakili oleh Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh pula sebagai pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab yang disaksikan oleh Y.Bhg. Prof Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood Executive Director Sunway Centre for Planetary Health, Sunway University, TPr. Dr. Zulqarnain Mohamad, Ketua Eksekutif Sekretariat Ipoh Bandar Ekonomi Donat dan Cik Norliyati Mat Noh, Ketua Bahagian Pembangunan Strategik & Projek IDR. Ia turut dihadiri oleh Puan Ivy Wong, Head of Environment Yayasan Hasanah, Ahli Majlis, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan MBI, pegawai IDR, SPCH dan Yayasan Hasanah. MOU ini adalah bertujuan mewujudkan kerjasama tiga pihak bagi merealisasikan Ipoh Bandar Ekonomi Donat sejajar hasrat Pelan Perak Sejahtera melalui flagship ke 15 iaitu bagi membantu memacu negeri Perak ke arah sebuah negeri yang maju dan sejahtera. Konsep bandar ekonomi donat seperti yang dilhamkan oleh Professor Kate Raworth dari Oxford University adalah bagi memastikan pembangunan yang seimbang dalam memenuhi keperluan ekonomi tetapi dalam lingkungan had kemampuan alam sekitar. kerangka ekonomi bandar ini disempadani oleh bulatan kesejahteraan sosioekonomi di bahagian dalam dan disempadani oleh batasan kemampuan alam sekitar di sebelah luar menjadikan bentuknya seperti donat atau kuih keria. Konsep ekonomi bandar donat ini telah dilaksanakan di beberapa bandaraya dunia antaranya Amsterdam (Belanda), Brussels (Belgium), Berlin (Germany), Melbourne dan Sydney (Australia), Oxford dan Birmingham (UK). Ianya adalah ekonomi kitaran yang bukan sahaja mengambilkira kelestarian alam sekitar, tetapi juga keadilan sosioekonomi dan kesesuaian tempatan. Ipoh merupakan bandaraya pertama di rantau ini mempelopori konsep bandar ekonomi donat. Majlis Bandaraya Ipoh telah mengambil inisiatif awal dengan mewujudkan sebuah Sekretariat Ipoh Bandar Ekonomi Donat bagi membantu mencapai hasrat ini. BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 26


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 27 34 PASUKAN MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PERTANDINGAN INNORACE ECOPARK@MBI 28 November 2023 - Seramai 102 peserta daripada 34 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan Innorace Ecopark@ MBI yang diadakan. Pertandingan yang dianjurkan sempena Sambutan Hari Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Perak Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 2023 melibatkan penyertaan anggota MBI dari pelbagai unit, bahagian dan jabatan. Program yang diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Kualiti dan Penerbitan, Jabatan Perancangan Korporat dengan kerjasama Jabatan Penilaian dan Hartanah MBI telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Rumaizi Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh di Dataran Bandaraya Ipoh. Pertandingan yang mewajibkan para peserta menyelesaikan pelbagai tugasan yang mencabar dan menguji minda tersebut melibatkan lima ‘check point’ lokasi tarikan pelancong di sekitar bandar raya Ipoh. Juara bakal memenangi wang tunai RM600.00, sijil dan piala, naib juara RM500.00, sijil beserta piala tempat ketiga RM400.00, sijil dan piala manakala hadiah saguhati bernilai RM100.00 pula kepada 10 pasukan yang berjaya. Selain hadiah utama, para peserta yang berjaya menghasilkan tugasan tambahan iaitu ‘Vlog’ terbaik turut akan menerima wang tunai berjumlah RM150.00. Acara penyampaian hadiah kepada pemenang akan diadakan pada 1 Disember 2023 ini sempena Majlis Executive Talk & Sambutan Hari Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Perak Peringkat MBI 2023 di Ipoh Convention Centre (ICC).


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 28 EXECUTIVE TALK & SAMBUTAN HARI INOVASI PERKHIDMATAN AWAM PERINGKAT MBI 2023 1 Disember 2023 - Lebih 1000 warga Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menghadiri Majlis Executive Talk dan Hari Inovasi Peringkat MBI 2023 di Pusat Konvensyen Ipoh. Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyampaikan executive talk serta merasmikan penutupan Sambutan Hari Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat MBI 2023. Ia turut dihadiri oleh Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Ahli Majlis, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan dan anggota MBI. Inovasi ditafsirkan sebagai cetusan idea-idea kreatif yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan. Idea-idea tersebut boleh diperolehi dari dalam dan luar atau melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai idea baru atau diadaptasi untuk digunapakai mengikut keperluan agensi. Pelaksanaan pembudayaan inovasi untuk pegawai awam memberi impak positif yang ketara dalam peningkatan kecekapan, pembangunan perkhidmatan awam yang lebih baik, dan penyesuaian kepada perubahan keperluan masyarakat. Dengan mengguna pakai teknologi baharu, proses yang lebih pantas dan berkesan boleh dilaksanakan, mempercepatkan membuat keputusan dan menyediakan penyelesaian yang lebih responsif. Selain itu, inovasi boleh meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan penyertaan masyarakat dalam proses pembuat dasar. Semoga penganjuran program-progran ini akan meningkatkan lagi Amalan Pembudayaan Inovasi dan Kreativiti di kalangan warga MBI khususnya dan wargakota Ipoh amnya yang seterusnya akan meningkatkan lagi tahap kecekapan Majlis dalam Penyampaian Perkhidmatan (delivery of service) kepada wargakota Ipoh.


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 29 MAJLIS PERASMIAN IPOH ART FESTIVAL 2023 DI BAZAR IPOH (SILVERITAGE) 2 DISEMBER 2023 BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 29


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 30 SEP I OKT I NOV I DIS MAJLIS PRA PELANCARAN GARIS PANDUAN PERANCANGAN (GPP) TAPAK PERKHEMAHAN 2 Disember 2023 - Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh hadir ke Majlis Pra Pelancaran Garis Panduan Perancangan (GPP) Tapak Perkhemahan yang disempurnakan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan di Taman DR Seenivagam. Ia turut dihadiri oleh YB Tuan Loh Sze Yee, Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak. BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 30 SEP I OKT I NOV I DIS


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 31 PERSIDANGAN PIHAK-PIHAK KE-28 (COP28) BAGI KONVENSYEN RANGKA KERJA PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU MENGENAI PERUBAHAN IKLIM (UNFCCC) DI DUBAI, UAE 6 DISEMBER 2023


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 32 SEP I OKT I NOV I DIS DATUK BANDAR IPOH DIPILIH MENJADI SALAH SEORANG AHLI PANEL COP 28 BAGI KONVENSYEN RANGKA KERJA PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU MENGENAI PERUBAHAN IKLIM (UNFCCC) DI DUBAI, UAE 8 DISEMBER 2023 BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 32 SEP I OKT I NOV I DIS


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 SEP I OKT I NOV I DIS 33 IPOH LOW CARBON DAY 2023 KE-66 MERIAH 17 Disember 2023 - Penganjuran Progran Ipoh Low Carbon Day (ILCD) kali ke-66 yang juga merupakan program penutup bagi tahun 2023 telah berlangsung dengan meriah dan dinggarkan seramai 2000 wargakota Ipoh dan luar Ipoh telah hadir memeriahkan program ILCD ini. Hari Sukarelawan Sedunia merupakan tema pilihan ILCD kali ini. Hari Sukarelawan Antarabangsa (International Volunteer Day) disambut setiap 5 Disember dan merupakan pengiktirafan di peringkat antarabangsa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak tahun 1985. Tema Hari Sukarelawan Antarabangsa 2023 adalah “ the power of collective action:if everyone did” yang bermaksud “kekuatan dan kuasa tindakan bersama: jika semua orang melakukannya”. Dalam erti kata lain, sekiranya kita saling bantu membantu semua perkara akan menjadi mudah. Acara ILCD telah dimulai dengan acara AeroRetro atau Pertandingan Senamrobik. Acara ini telah dianjurkan oleh Urusetia ILCD dengan kerjasama PUSPANITA MBI yang telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh bersama Datin Siti Faeza binti Mohd Noor, Isteri Datuk Bandar Ipoh selaku Pengerusi PUSPANITA MBI. Acara ini berlangsung selama 2 jam tanpa henti. Hadiahhadiah menarik berupa wang tunai dan hamper disediakan untuk peserta-peserta yang bertuah. Seramai 200 peserta senamrobik telah menyertai acara AeroRetro pada bulan ini dengan pakaian temanya adalah retro yang mana semua peserta digalakkan berpakaian retro. Selain itu, banyak aktiviti dan acara menarik telah berlangsung seperti berjogging, berbasikal, berjalan kaki, kasut roda, papan selaju (skateboard), senamrobik, pemeriksaan kesihatan, kempen kesedaran kesihatan, kempen kemanusiaan, kempen 3R, Program Hari Bersama Pelanggan, pameran, dan permainan menguji minda untuk kanak-kanak. Program ILCD ini diakhiri dengan sesi melawat khenah peserta dan penyampaian hadiah kepada pemenang oleh Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh bersama Datin Siti Faeza binti Mohd Noor, Isteri Datuk Bandar Ipoh selaku Pengerusi PUSPANITA MB.


BERITA BANDARAYA EDISI 03 - 2023 34 SEP I OKT I NOV I DIS


Click to View FlipBook Version