Edisi 02 2025 Mei - Ogos 1
2 Edisi 02 2025 Mei - OgosSidangRedaksiPENASIHATYBhg. Tuan Zamakhshari bin HanipahDatuk Bandar IpohTIMBALAN PENASIHATTuan Ahmad Munir bin IshakSetiausaha BandarayaKETUA EDITORPuan Normala binti LatiffPengarah Korporat Bandaraya EDITORPuan Faridah binti Haji Abdul AzizPenolong Pengarah Kanan Korporat PENERBIT Muhammad Faridzul Azmir bin Hamid PEREKA Muhammad Syafiq Syazwan bin Mohd AnuarJURU FOTOMohammad Nazrin Shah bin ShahuriMuhammad Izham bin Azman TERBITANUnit Korporat dan Aduan AwamMajlis Bandaraya IpohJalan Sultan Abdul Jalil,30450 Greentown,Ipoh, Perak.Telefon : 05 - 208 3261Hotline : 05 - 255 1515Faks : 05 - 208 3544email : [email protected] Pengurusan Kualiti dan Penerbitan,Unit Korporat dan Aduan Awam,Majlis Bandaraya Ipoh.HAK CIPTA TERPELIHARAPenerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula dalam apa-apa jua bentuk dan dengan apa-apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Majlis Bandaraya Ipoh.
Edisi 02 2025 Mei - Ogos 312 TAMAN REKREASI MADANI (TRM) DI SEKITAR BANDAR RAYA IPOH SIAP DIBINA SEPENUHNYAPEMBANGUNAN27 Julai 2025 – Projek pembangunan 12 Taman Rekreasi Madani (TRM) yang menelan belanja RM 5.4 juta di bandar raya Ipoh telah siap dibina sepenuhnya.YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, projek TRM itu dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) selepas menerima peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).Antara taman rekreasi terbabit adalah Taman Rekreasi MADANI Bandar Baru Putra, Taman Rekreasi MADANI @SPPK Hala Pasir Puteh, Taman Rekreasi MADANI Chepor serta Taman Rekreasi MADANI Kampung Sungai Rokam.Terdahulu Kor Ming hadir merasmikan TRM Canning Garden di Taman Canning, Ipoh yang merupakan Taman Rekreasi MADANI ke-14 di Ipoh dan ke-133 di seluruh negara.Hadir sama pada majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran YB Jenny Choy Tsi Jen, ADUN Canning merangkap Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, YB Howard Lee Chuan How, Ahli Parlimen Ipoh Timur, YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, Ahli-Ahli Majlis MBI, ketua-ketua jabatan, wakil komuniti, NGO serta warga Ipoh.Pada majlis yang sama, Kor Ming turut menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) antara Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) dan MBI bagi penyelenggaraan tujuh Taman Rekreasi MADANI dalam tempoh dua tahun.Kata beliau, inisiatif CSR yang digerakkan KLK melalui MoU berkenaan harus dijadikan ikutan pelbagai pihak swasta lain dalam sama - sama menyumbang kembali kepada komuniti setempat.
4 Edisi 02 2025 Mei - OgosDATUK BANDAR IPOH TINJAUTAPAK PELUPUSAN SANITARI SISA PEPEJALPEMBANGUNAN4 Edisi 02 2025 Mei - Ogos21 Ogos 2025 – Baru-baru ini YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh telah mengadakan lawatan kerja di Tapak Pelupusan Sanitari Sisa Pepejal Papan Ulu Johan, Mukim Belanja, Perak.Lawatan sehari ini turut disertai Ahli-Ahli Majlis,Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk meninjau operasi dan pengurusan sisa pepejal secara sistematik serta mampan.Kesemua yang terlibat dalam program ini telah diberi taklimat dan meninjau fasiliti utama di tapak berkenaan termasuk Loji Rawatan Air Larut Resapan yang mampu merawat sehingga 400 meter padu sehari.Selain itu, rombongan turut berpeluang melawat Loji Tenaga Boleh Baharu Berasaskan Biogas dengan kapasiti penjanaan 2MW. Menerusi lawatan kerja ini, ia telah memberikan pendedahan menyeluruh kepada pimpinan MBI mengenai keupayaan fasiliti moden pengurusan sisa pepejal di samping memperkukuh komitmen MBI dalam usaha kelestarian alam sekitar dan pembangunan bandar raya yang lebih mampan.Untuk info Tapak pelupusan ini dibangunkan sebagai Tapak Pelupusan Tahap 4 mengikut piawaian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tahap tertinggi teknologi pelupusan sanitari di Malaysia.
Edisi 02 2025 Mei - Ogos 5TAHNIAHKELUARGA SUKAN MBITERIMA ANUGERAH KELUARGA SUKAN ASN 202530 Julai 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berbangga dengan kejayaan warganya apabila Anugerah Keluarga Sukan sempena Anugerah Sukan Negeri Perak (ASN) 2023/2024 telah disandang oleh Encik Mohamad Ayob bin Kamarudin sekeluarga, yang merupakan antara keluarga sukan cemerlang negeri ini.Anugerah berprestij ini merupakan pengiktirafan kepada sumbangan dan penglibatan seluruh ahli keluarga dalam arena sukan, khususnya tenpin boling.Sebagai penerima Anugerah Keluarga Sukan ASN 2025, keluarga ini telah menerima piala pusingan, piala iringan, sijil dan wang tunai RM2,000.00.Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bersempena majlis ASN 2023/2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Casuarina, Meru Raya. Turut berangkat, DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri, Datin Seri Aezer Zubin, YB Khairudin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri serta YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.ASN Perak 2023/2024 menyaksikan 13 kategori anugerah dipertandingkan, antaranya Olahragawan, Olahragawati, Olahragawan Harapan, Pasukan Terbaik, Jurulatih Terbaik, Jasamu Dikenang dan termasuklah Anugerah Keluarga Sukan yang memberi penghargaan kepada institusi kekeluargaan yang aktif dalam membudayakan sukan.Syabas dan tahniah diucapkan kepada keluarga Encik Mohamad Ayob. Semoga menjadi inspirasi kepada warga kerja MBI dan masyarakat Ipoh keseluruhannya.PENCAPAIAN
6 Edisi 02 2025 Mei - Ogos24 Mei 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melalui Jabatan Taman dan Landskap telah menerima 'Honour Award' bagi kategori Green Initiatives Award – Government Sector sempena Malaysia Landscape Architecture Awards (MLAA) ke-15, menerusi projek bertajuk “Bamboo: A Sustainable Solution for Green Landscape”.Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan MBI dalam memperkukuh pelaksanaan pendekatan Nature Based Solution (NBS) dalam pembangunan landskap bandar yang mampan dan menyeluruh. Melalui inisiatif ini, buluh diketengahkan sebagai bahan alternatif yang lestari, digunapakai bukan sahaja dalam penghasilan perabot landskap, malah turut diintegrasikan bersama penanaman pokok teduhan bagi tujuan penyerapan karbon, mampu meningkatkan biodiversiti dalam bandar, serta mengurangkan kesan fenomena urban heat islanddi kawasan bandar.Dalam era senibina landskap moden yang semakin menekankan prinsip kelestarian, pendekatan reka bentuk landskap kini bukan sekadar bersifat estetik, tetapi turut merangkumi fungsi ekologi dan tanggungjawab terhadap alam sekitar.Perubahan ini disokong oleh kesedaran yang semakin tinggi dalam kalangan masyarakat terhadap isu perubahan iklim, penurunan biodiversiti dan keperluan kepada pembangunan yang seimbang dengan alam semula jadi.Anugerah telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ LAr. Ismail Ngah, mantan Presiden Institut Landskap Arkitek Malaysia (ILAM), sebagai pengiktirafan terhadap peranan aktif MBI dalam mempelopori pendekatan landskap berasaskan alam semula jadi secara menyeluruh dan progresif, selaras dengan aspirasi landskap negara.Pihak pengurusan MBI merakamkan ucapan setinggitinggi tahniah dan penghargaan kepada semua warga jabatan, rakan strategik dan komuniti yang telah memberikan sokongan dan komitmen berpasukan sehingga kejayaan ini dapat direalisasikan.Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada usaha MBI dalam merealisasikan hasrat menjadikan Ipoh sebagai Bandar Raya Bestari Sejahtera 2030, berasaskan inovasi, kelestarian dan kesejahteraan untuk semua.MBI TERIMA HONOUR AWARD BAGI KATEGORI GREEN INITIATIVES AWARD – GOVERNMENT SECTOR SEMPENA MALAYSIA LANDSCAPE ARCHITECTURE AWARDS (MLAA) KE-15PENCAPAIAN
Edisi 02 2025 Mei - Ogos 7PENCAPAIAN31 Ogos 2025 – Kontinjen Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diumumkan sebagai Johan Perbarisan bagi Kategori Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun, Swasta, serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Naib Johan bagi kategori Pakaian Terbaik sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2025.Atas kejayaan tersebut, kontinjen MBI membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM10,000 masing-masing RM6,000 bagi Johan Perbarisan dan RM4,000 bagi Naib Johan Pakaian Terbaik serta sijil penghargaan.DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan menyampaikan hadiah tersebut kepada kontijen MBI.Penampilan kontinjen MBI kali ini menonjol melalui busana berkonsepkan slogan “Malaysia Madani: Rakyat Disantuni”, yang menyerlahkan rekabentuk segak, gagah dan penuh semangat patriotik dengan aplikasi warnawarna Jalur Gemilang. Rekaan pakaian tersebut adalah hasil sentuhan kreatif Puan Nur Shuhada binti Samat dari Jabatan Perancangan Korporat MBI.Kontinjen ini disertai 10 orang pegawai urusetia dan 56 anggota perbarisan daripada pelbagai jabatan MBI, yang telah menjalani latihan intensif sejak 30 Julai lalu. Persembahan bertenaga serta disiplin tinggi jelas memikat hati barisan juri, sekali gus melayakkan mereka meraih kemenangan berganda pada sambutan kali ini.Datuk Bandar Ipoh, YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, bersama Setiausaha Bandaraya, Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak menjadi tulang belakang dalam memberikan bimbingan kepada kontinjen MBI sehingga berjaya mencatatkan pencapaian membanggakan ini.MBI JOHAN PERBARISAN& NAIB JOHAN PAKAIAN TERBAIK HARI KEBANGSAAN NEGERI PERAK 2025
8 Edisi 02 2025 Mei - Ogos28 Julai 2025 – Datuk Bandar Ipoh, YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah hari ini menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Agung Tourism Promotion Organization (TPO) for Global Cities, Madam Kang DaEun di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).Kunjungan ini merupakan satu platform diplomatik penting dalam memperkukuh hubungan antarabangsa, khususnya dalam bidang pelancongan antara Bandar Raya Ipoh dan rangkaian bandar global di bawah naungan TPO.Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ahli Majlis MBI, Clr. Encik Mohd Helmi bin Mohamed Fuzi dan Pengarah Komuniti Bandaraya, Jabatan Perkhidmatan Komuniti dan Kemasyarakatan MBI, Encik Romzi bin Zamri.Dalam sesi pertemuan tersebut, pelbagai topik telah dibincangkan termasuklah potensi Bandar Raya Ipoh sebagai destinasi pelancongan mapan, program pertukaran budaya, serta inisiatif pelancongan pintar yang boleh dikembangkan menerusi jaringan kerjasama TPO.Datuk Bandar Ipoh dalam ucapannya mengalu-alukan kunjungan Madam Kang dan menzahirkan komitmen MBI untuk terus memainkan peranan aktif dalam platform serantau dan antarabangsa bagi memperkenalkan Ipoh sebagai sebuah bandar raya beridentitikan warisan, berdaya huni dan lestari.Madam Kang dalam pada itu menyatakan penghargaan atas sambutan mesra pihak MBI dan menyatakan keterbukaan pihak TPO dalam menyokong usaha promosi serta pembangunan pelancongan di Ipoh melalui pelbagai program dan kolaborasi.Pertemuan ini diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata dan sesi fotografi rasmi sebagai tanda penghargaan dan kenangan persahabatan dua hala antara Bandar Raya Ipoh dan Tourism Promotion Organization for Global Cities.Kunjungan ini sekali gus menjadi titik tolak kepada kerjasama yang lebih mantap dalam merealisasikan aspirasi Ipoh sebagai sebuah bandar pelancongan bertaraf antarabangsa.KUNJUNG HORMATSETIAUSAHA AGUNG TPOPERKUKUH JALINAN KERJASAMA ANTARABANGSAANTARABANGSA
Edisi 02 2025 Mei - Ogos 9ANTARABANGSALAWATAN DELEGASI WUXI MUNICIPAL PEOPLE’S GOVERNMENTKE MAJLIS BANDARAYA IPOH26 Mei 2025 - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menerima kunjung hormat daripada delegasi Wuxi Municipal People's Government.Lawatan sehari itu diketuai Puan Ye Zheng, Timbalan Pengarah, Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri, Wuxi Municipal People's Government.Kehadiran delegasi ini telah disambut LAr. Meor Abdullah Zaidi bin Meor Razali, Pengarah Kanan Perkhidmatan MBI, yang mewakili Datuk Bandar Ipoh.Pertemuan itu dimulakan dengan sesi perbincangan bersama para delegasi bersama anggota MBI yang terdiri daripada Ahli Majlis dan Pegawai MBI.Antara tujuan utama lawatan itu adalah untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran terutamanya berkaitan pengiktirafan Ipoh sebagai Rangkaian Bandar Kreatif (UCCN) Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).Diharapkan lawatan ini akan membantu mengeratkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua bandar raya.
10 Edisi 02 2025 Mei - OgosPROGRAM BRIDGE SUMMER CAMP 2025DATUK BANDAR RAI DUTA KECIL IPOH KEFUKUOKA, JEPUN9 Julai 2025 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh telah hadir menyaksikan Majlis Pra Tonton dan menyempurnakan Penyampaian Sijil Penyertaan kepada empat orang pelajar sekolah rendah yang terpilih untuk mewakili Bandar Raya Ipoh ke Program BRIDGE Summer Camp 2025 di Fukuoka, Jepun, yang akan berlangsung dari 12 Julai hingga 21 Julai 2025.Turut hadir memeriahkan majlis ialah Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya Ipoh, Tuan Haji Fakrul Nizam bin Pakhruddin, Ketua Penolong Pengarah (Hal Ehwal Murid), mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Encik Wan Mohd Hazihan bin Wan Husain, Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid selaku Pegawai Pengiring Program Puan Anita Hanim binti Taharim, Pensyarah Bahasa Jepun, Politeknik Ungku Omar serta Ketua Jabatan Majlis Bandaraya Ipoh.Kesemua mereka akan diiringi oleh Encik Wan Mohd Hazihan bin Wan Husain serta Cik Dee Dee Xin Tong, Pelajar Jurusan Undang-Undang dari Universiti Malaya yang juga bekas Duta Kecil BRIDGE tahun 2015, kini menyertai semula program ini sebagai Peace Ambassador.Program ini merupakan platform pendidikan antarabangsa anjuran Asian-Pacific Children’s Convention (APCC) yang menghimpunkan pelajar dari 61 buah negara dan wilayah. Sejak 1989, Bandar Raya Fukuoka, Jepun menjadi tuan rumah utama program ini yang bertujuan memupuk semangat \"Omoyari\" — iaitu nilai saling menghormati, empati serta kesediaan untuk menerima perbezaan budaya demi membentuk keamanan dan persefahaman sejagat.Kelab BRIDGE yang ditubuhkan pada tahun 1998 adalah rangkaian alumni bekas peserta program APCC yang terus aktif mempromosikan nilai-nilai Omoyari dan jalinan persahabatan rentas negara.Sejak tahun 2001, pihak MBI dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah menghantar lebih daripada 200 orang pelajar sekolah rendah ke program ini, sebagai komitmen berterusan dalam membina generasi muda yang berdaya saing global dan berjiwa harmoni.ANTARABANGSA
Edisi 02 2025 Mei - Ogos 1114 Ogos 2025 – Sebagai tanda menghargai sumbangan terhadap anggota, yang menonjolkan tahap prestasi yang cemerlang dalam tugas.Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil inisatif menganjurkan penganugerahan Reward atau ganjaran kepada anggotanya.Reward yang akan diberikan setiap bulan ini, merupakan cetusan idea YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh. Menurut Datuk Bandar Ipoh, pemilihan bagi penerima Reward ini akan tertumpu kepada anggota lapangan dari gred jawatan Pembantu Perkhidmatan Am, Pemandu Kenderaan dan Mandor sahaja.Anggota yang dipilih oleh panel jabatan ini, perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan antaranya bebas daripada tindakan tatatertib, mempunyai rekod kehadiran cemerlang tanpa cuti sakit atau cuti rehat dalam bulan berkenaan, tidak hadir lewat bekerja, dan sentiasa melaksanakan tugas dengan baik.Setiap penerima yang layak akan menerima Sijil Penghargaan Cemerlang dan wang tunai RM100 yang dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing.Selain itu juga nama dan gambar penerima turut dipamerkan di lokasi strategik yang sering dikunjungi orang ramai sebagai tanda penghargaan.Semoga dengan pemberian ganjaran ini ia akan menjadi pemangkin semangat kerja kepada anggota lapangan lain serta mewujudkan persaingan sihat untuk terus memberikan khidmat yang terbaik demi kesejahteraan warga Ipoh.MBI BERI ‘REWARD’KEPADA ANGGOTA LAPANGAN YANGCEMERLANG DAN BERDEDIKASIBESTARI SEJAHTERA
12 Edisi 02 2025 Mei - OgosDATUK BANDAR TURUN PADANG KEJABATAN TAMAN DAN LANDSKAP MBI22 Mei 2025 - YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh telah turun padang ke Jabatan Taman dan Landskap di Taman Rekreasi Gunung Lang.Ia turut dihadiri oleh LAr. Mohd Nazim bin Mohamed Nor, Pengarah Landskap Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).Selain menyampaikan amanat, beliau turut beramah mesra dengan anggota Jabatan Taman dan Landskap MBI.Pada masa yang sama, beliau turut diberikan taklimat mengenai operasi dan pengurusan Jabatan Taman dan Landskap oleh Pengarah Landskap MBI.Dalam amanatnya, beliau mahu agar MBI kembali semula kepada tugas asal MBI iaitu melaksanakan kerja-kerja kebersihan khususnya sampah, longkang dan rumput, pencahayaan serta pengurusan taman dan rekreasi.Beliau juga berharap warga MBI dapat membantu beliau untuk merealisasikan hasrat untuk menjadikan Ipoh sebuah Bandar Raya Bestari Sejahtera.Semoga program seumpama ini akan memberi semangat baru kepada warga MBI untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga kota Ipoh.BESTARI SEJAHTERA
Edisi 02 2025 Mei - Ogos 13BESTARI SEJAHTERADATUK BANDAR IPOHRASMI MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG MBI 202513 Edisi 02 2025 Mei - Ogos15 Ogos 2025 – Bersempena sambutan Bulan Kebangsaan 2025, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang.Bagi menyemai semangat patriotisme dan kesepaduan dalam kalangan warga kerja (MBI).Program yang berlangsung meriah di Persiaran Bougainvillea Ipoh itu, telah dirasmikan YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh. Hadir sama pada program berkenaan Ketua WHIP Ahli Majlis MBI YBhg. Clr. Dato' Mazlan bin Abd Rahman, dan Encik Wong Kar Keat, Ahli-Ahli Majlis, Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai dan anggota MBI.Antara pengisian utama program ini ialah perarakan penyerahan Jalur Gemilang melibatkan pasukan kontijen kawad MBI serta 17 kenderaan MBI.Pelancaran ini diharap dapat menyemarakkan semangat nasionalisme dalam kalangan warga kota Ipoh, di samping menggalakkan setiap premis perniagaan dan kediaman mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda sokongan paduterhadap usaha memupuk kecintaan kepada tanah air.Tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 adalah \"Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni\", yang menjadi iltizam bersama dalam membina masyarakat bersatu padu, harmoni dan berdaya maju.
14 Edisi 02 2025 Mei - OgosIPOH DOUGHNUT FESTIVAL 2025: PLATFROM MENYEPADUKAN KOMUNITI KE ARAH BANDAR RAYA REGENERATIFHadir sama pada program berkenaan, Prof. Tan Sri Dr. Jemilah binti Mahmood, Pengarah Eksekutif SCPH, Encik Mohamad Hafizan bin Kamarulzaman, Ketua Jabatan Kolaborasi, Komunikasi dan Pengurusan Projek SCPH, Ahli-Ahli Majlis serta Ketua-Ketua Jabatan MBI.Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini berlangsung adalah The Doughnut Treasure Hunt, pameran dan persembahan budaya iaitu gendang Cina, tarian India serta silat Melayu.Melalui festival ini, MBI menegaskan komitmennya untuk menjadikan Ipoh sebagai Bandar Raya Regeneratif iaitu sebuah bandar yang bukan sahaja lestari, malah mampu memperbaharui ekosistem serta memperkasa komuniti.27 Julai 2025 – Suasana Dataran Ipoh sungguh meriah dengan penganjuran Ipoh Doughnut Festival 2025 sempena Ipoh Low Carbon Day (ILCD).Program anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Sunway Centre for Planetary Health (SCPH) itu telah melibatkan penyertaan hampir seribu warga kota Ipoh.Dengan mengangkat tema “Masyarakat Regeneratif, Bandar Raya Lestari”, festival yang berlangsung bermula pukul 7.00 pagi hingga 10.00 pagi itu, mengetengahkan konsep Ekonomi Donat, satu kerangka pembangunan bandar yang mengimbangi keperluan asas manusia dengan had ekologi bumi. Terdahulu acara perasmiannya telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh. LOW CARBON DAY
Edisi 02 2025 Mei - Ogos 15LOW CARBON DAYKAYUHAN BANDAR SELAMAT& LARIAN RUN FOR A DECADEMERIAHKAN IPOH LOW CARBON DAY JUN 202522 Jun 2025 – Program Ipoh Low Carbon Day (ILCD) Siri Ke-80 bagi bulan Jun berlangsung meriah dengan penyertaan lebih 1,200 peserta menerusi dua acara utama iaitu Kayuhan Bandar Selamat 2025 dan Larian Run For A Decade, sempena sambutan ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-37 tahun ini.Acara Kayuhan Bandar Selamat 2025, anjuran bersama PlanMalaysia dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) di bawah inisiatif Program Bandar Selamat 2025, menyaksikan penyertaan seramai 450 peserta dari seluruh negara termasuk dari Johor dan Perlis. Turut serta adalah wakil-wakil agensi kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) serta kelab-kelab berbasikal tempatan dan peserta individu.Kayuhan sejauh 20 kilometer (KM) itu merentasi laluan strategik di sekitar Ipoh iaitu Pekan Baru, Pekan Lama serta Bandar Baru Sunway, Tambun, sekali gus mempromosi elemen keselamatan dan kesejahteraan bandar. Para peserta turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa wang tunai berjumlah RM4,000.Sementara itu, Larian Run For A Decade sejauh 5KM diadakan sempena memperingati 10 tahun penganjuran ILCD yang dahulunya dikenali sebagai Ipoh Car Free Day.Seramai 800 peserta dari dalam dan luar Ipoh menyertai acara larian tersebut. Hadiah cabutan bertuah turut ditawarkan kepada peserta larian sebagai penghargaan atas sokongan mereka.Bagi edisi kali ini, tema yang dipilih ialah “Hari Menentang Penyalahgunaan Dadah dan Pemerdagangan Haram Antarabangsa” (International Day Against Drug Abuse and Illicit Trafficking), sejajar dengan tarikh peringatan yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada setiap 26 Jun. Tema ini dilihat selari dengan penganjuran Kayuhan Bandar Selamat yang menekankan aspek pencegahan jenayah dan penyalahgunaan dadah dalam komuniti.Turut menjayakan program ini ialah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan (PDRM) dengan kerjasama Malaysian Crime Prevention Foundation (MCPF) yang membuka booth pameran dan kesedaran awam di lokasi acara.Gejala dadah yang diisytiharkan sebagai musuh utama negara sejak tahun 1983 masih menjadi isu serius sehingga hari ini. Statistik menunjukkan hampir 80% penagih dadah adalah dalam kalangan belia berusia antara 18 hingga 40 tahun, yang merupakan kumpulan tenaga kerja penting bagi masa depan negara.Program ILCD ini diharapkan dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya dadah serta kepentingan gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah dan komuniti. Ia juga bertujuan menggalakkan pergaulan sihat merentas kaum dan generasi dalam usaha membendung pengaruh negatif terhadap masyarakat.Majlis pelepasan rasmi kedua-dua acara telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya mewakili Datuk Bandar Ipoh, bersama Clr. Tuan Wong Kar Keat, Ketua Whip Ahli Majlis MBI; Encik Kamal Hisham bin Kamaruddin, Ketua Sektor Education Enterprise & Public Sector Business dan Cik Migawati Ismail, wakil dari TIME DotCom.Program ini turut mendapat tajaan dan sokongan daripada Kerajaan Negeri Perak, TIME DotCom dan Olligo.
16 Edisi 02 2025 Mei - Ogos27 Mei 2025 - Kebersihan, Kehijauan dan Kemajuan menjadi aspek yang akan diperkasakan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ke arah memacu sebuah Bandar Raya Bestari Sejahtera.YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh berkata, tiga aspek berkenaan akan menjadi panduan bagi meneruskan kecemerlangan MBI dalam mentadbir kawasan bandar raya Ipoh.Ketika menyatakan hasrat berkenaan pada Majlis Perhimpunan Khas Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Bandar Raya Ipoh ke 37 itu, beliau yakin dengan penekanan terhadap amalan “Back to Basic” MBI akan terus dinamik dan produktif dalam mengurus isu perbandaran serta memperkasa penyampaian perkhidmatan.Menurut beliau lagi, dalam meniti usia 37 tahun ini, Ipoh harus lebih bersedia mendepani cabaran dan melihat kepada keperluan masa depan.Harapan beliau, semoga warga MBI akan terus bekerjasama sebagai satu pasukan untuk meneruskan kecemerlangan selaku Pihak Berkuasa Tempatan utama di negeri ini. Warga MBI juga perlu sedar bahawa setiap kejayaan MBI akan memberi impak yang besar dan positif kepada Kerajaan Negeri Perak. KEBERSIHAN, KEHIJAUAN DAN KEMAJUANMENJADI ASPEK YANG AKAN DIPERKASAKANMAJLIS BANDARAYA IPOH PROGRAM
Edisi 02 2025 Mei - Ogos 17PROGRAMMBI ANJUR PROGRAM PENDIDIKAN DAN PEMERKASAAN KOMUNITI STRATA 20255 Ogos 2025 – Seramai 200 peserta telah menyertai Program Pendidikan dan Pemerkasaan Komuniti Strata Tahun 2025 anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang berlangsung di Dewan Taman Cempaka, Ipoh.Program sehari ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya merangkap Timbalan Pesuruhjaya Bangunan MBI, yang hadir mewakili Datuk Bandar Ipoh, Tuan Zamakhshari bin Hanipah.Turut hadir, Ahli-Ahli Majlis MBI serta ketua-ketua jabatan dan unit di bawah pentadbiran MBI.Inisiatif oleh Cawangan Pesuruhjaya Bangunan MBI ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pihak pengurusan serta komuniti berstrata mengenai pelaksanaan sistem e-Invois di Skim Bangunan Berstrata. Selain itu, ia turut merangkumi panduan berkenaan pengendalian dokumen yang melibatkan pemilikan, perolehan dan aspek integriti dalam pengurusan.Peserta program terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Perbadanan Pengurusan, Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB), pemaju serta agen pengurusan harta, termasuk penyertaan daripada wakilwakil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Perak serta beberapa agensi kerajaan dan swasta.Melalui penganjuran program ini, MBI berharap dapat memperkasakan komuniti strata dengan ilmu dan kefahaman yang lebih jelas terhadap peranan serta tanggungjawab masing-masing dalam pengurusan kediaman secara kolektif. Ini secara tidak langsung akan membantu mewujudkan persekitaran hidup yang lebih harmoni, selamat dan berintegriti, di samping memperkukuh jalinan kerjasama antara komuniti strata dan pihak MBI.
18 Edisi 02 2025 Mei - OgosPROGRAMSULTAN PERAK BERKENANMENCEMAR DULI KE MAJLIS MAKAN MALAMAMAL NUSANTARA18 Edisi 02 2025 Mei - Ogos Edisi 02 2025 Mei - Ogos 183 Mei 2025 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah AlMaghfur-Lah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Amal Nusantara, anjuran Kelab Bakti Gunung Keledang (KBGK) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).Keberangkatan baginda berdua pada jam 8.30 malam itu disambut YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak dan isteri YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubir.Program yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ipoh itu turut dihadiri YBhg. Jeneral (B) Dato Seri Diraja Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja dan YBhg. Toh Puan Datin Seri Diraja Puan Sri Hajah Rasiah binti Md Nor, YB Dato’ Mohamad Zahir bin Abd Khalid, Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abd Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh. Menurut Clr. Encik Muhammad Hamzah bin Md Hamdan Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), merangkap Presiden Kelab Bakti Gunung Keledang, penganjuran makan malam amal itu bertujuan untuk mengumpul dana untuk Yayasan Bakti Gunung Keledang bagi pelaksanaan program dan aktiviti kebajikan sepanjang tahun ini.Kelab itu juga turut menyasarkan untuk membantu kerajaan negeri menyebar luas maklumat berkaitan program TVET dalam usaha memperkasa bidang tersebut.Menerusi penganjuran majlis tersebut, sebanyak 10 pertubuhan telah dipilih merangkumi pertubuhan anak yatim, pusat pendidikan, tabung pelajar yatim, persatuan orang kurang upaya (OKU) dan maahad tahfiz bagi menerima sumbangan berjumlah keseluruhan RM150,000.Majlis yang dihadiri kira-kira 1,400 orang tetamu itu turut menyaksikan pemeteraian beberapa memorandum persefahaman (MoU) antara KBGK dengan beberapa badan antaranya MBI, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).Selepas majlis santapan, para tetamu disajikan dengan tujuh buah lagu iaitu Semerah Padi, Ada, Tanya Sama Itu Hud Hud, Hati Emas, Mustika, Bonda dan diakhiri dengan lagu Satu Hari Di Hari Raya oleh penyanyi terkenal tanah air, Datuk Dr. M.Nasir.Majlis itu telah berjaya mengumpulkan dana RM700,000 melalui hasil jualan 140 meja itu tamat sekitar jam 11.00 malam.
Edisi 02 2025 Mei - Ogos 19SAMBUTAN MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANGMAJLIS BANDARAYA IPOH 202415 Mei 2025 - Seramai 176 anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang terdiri daripada 121 lelaki dan 55 wanita menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) MBI bagi tahun 2024.Majlis penyampaian anugerah berkenaan telah disempurnakan YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak.Pada majlis berkenaan turut disampaikan adalah Anugerah Keterampilan yang melibatkan 60 orang anggota MBI.Acara yang berlangsung di Pusat Convention Casuarina Meru Ipoh itu, turut dihadiri YBhg. Clr. Datuk Mazlan bin Abd. Rahman dan Clr. Tuan Wong Kar Keat Ketua WHIP Ahli Majlis, Ahli-Ahli Majlis MBI, Setiausaha Bandaraya, Pengarah-Pengarah Kanan dan Ketua-Ketua Jabatan MBI.Penerima APC telah menerima manfaat berupa insentif RM1000 seorang dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional, sijil penghargaan dan cenderahati berbentuk syiling emas.Manakala bagi penerima Anugerah Keterampilan pula akan menerima Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional RM400 dan sijil penghargaan.MBI merakamkan sekalung tahniah dan syabas buat anggota yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Keterampilan 2024. Diharapkan tahun 2025 ini menjadi titik tolak untuk meneruskan kecemerlangan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada warga kota Ipoh.19 Edisi 02 2025 Mei - OgosPROGRAMEdisi 02 2025 Mei - Ogos 19Penerima Anugerah Keterampilan 2024Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024
20 Edisi 02 2025 Mei - Ogos25 Mei 2025 - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh dan Persatuan Kebajikan Islam MBI (PERKIP) telah menganjurkan Majlis Nikah Jamaie Syarie.Program yang diadakan Sempena Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh Ke-37 itu melibatkan penyertaan tujuh (7) pasangan pengantin yang terdiri daripada individu kelahiran negeri Perak.Majlis akad nikah pasangan pengantin tersebut telah berlangsung di Masjid Muhibbuddin Shah, manakala majlis resepsi pula diadakan di Pusat Konvensyen Ipoh.Majlis Nikah Jamaie Syarie ini telah dirasmikan YBhg. Clr. Datuk Haji Mazlan bin Abd Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI.MAJLIS NIKAH JAMAIE SYARIEANJURAN MBI, MASJID MUHIBBUDDIN SHAH & PERKIPHadir sama pada program berkenaan, Ahli Majlis, Pengarah Kanan, Ketua-Ketua Jabatan MBI serta Ahli Jawatankuasa Masjid Muhibbuddin Shah.Antara tujuan penganjuran majlis ini adalah bagi membantu memudahkan urusan nikah kahwin di kalangan golongan muda di Bandar Raya Ipoh, menggalakkan orang muda yang kurang berkemampuan untuk mendirikan rumahtangga, membina ukhuwah serta menjadikan MBI organisasi yang sentiasa peka dan prihatin terhadap kemanusiaan dan kebajikan masyarakat di bandar raya ini.Hampir 1,000 orang hadir bagi memeriahkan majlis ini yang terdiri daripada ahli keluarga pengantin.PROGRAM
Edisi 02 2025 Mei - Ogos 21HARI BERTEMU PELANGGAN KERAJAAN NEGERI PERAKMERIAH DI STADIUM INDERA MULIA21 Julai 2025 – Stadium Indera Mulia, Ipoh telah menjadi tumpuan warga Perak apabila ribuan pengunjung hadir sempena Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak yang berlangsung dengan penuh semangat keterbukaan dan semangat perkhidmatan rakyat.Program anjuran Kerajaan Negeri Perak ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak dan turut dihadiri barisan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) serta pegawai-pegawai kanan jabatan dan agensi kerajaan negeri.Yang turut hadir sama memberikan komitmen terhadap aspirasi rakyat ialah YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh yang turun padang sendiri bagi meninjau serta menyantuni warga kota Ipoh. Beliau mengambil peluang ini untuk mendengar sendiri permasalahan dan cadangan daripada penduduk serta memberi maklum balas secara langsung kepada mereka.Menurut Tuan Zamakhshari, pendekatan mesra rakyat seperti ini sangat signifikan dalam usaha memperkukuhkan hubungan antara pihak berkuasa tempatan dan komuniti bandar.“Program seperti ini membuktikan bahawa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan sentiasa membuka ruang komunikasi dua hala. Ia menjadi platform terbaik untuk kita meneliti isu setempat dan memberi penyelesaian yang lebih holistik kepada warga bandar raya,” jelas beliau ketika ditemui selepas sesi libat urus bersama pengunjung.Majllis Bandaraya Ipoh (MBI) pada masa yang sama telah menerima aduan, maklum balas dan cadangan seperti aduan salah guna tapak premis, jalan rosak, cadangan permohonan bonggol jalan dan sistem perparitan baharu di kawasan pentadbiran MBI.Program ini turut dimeriahkan dengan pameran perkhidmatan jabatan dan agensi kerajaan, sesi dialog bersama pemimpin, kaunter aduan, pemeriksaan kesihatan serta pelbagai aktiviti komuniti yang mesra keluarga.Inisiatif Hari Bertemu Pelanggan ini dilihat sebagai antara pendekatan proaktif Kerajaan Negeri Perak dalam memperkukuh budaya integriti, ketelusan dan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih efisien dan inklusif kepada rakyat.PROGRAM
22 Edisi 02 2025 Mei - Ogos15 Julai 2025 – “Merevolusikan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan: Peranan Kecerdasan Buatan (AI) dan Pendigitalan di Tempat Kerja\" dipilih menjadi tema sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH-Week) 2025.Majlis sambutannya di Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah diadakan baru-baru ini.Program yang berlangsung di Bilik Gerakan MBI itu telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh. OSH-Week tahun ini telah menyentuh keperluan mendesak untuk memanfaatkan teknologi moden dalam mengurus risiko di tempat kerja sejajar dengan perubahan landskap pekerjaan dalam era Revolusi Industri 5.0.Sepanjang OSH Week ini, MBI telah menyusun pelbagai aktiviti antaranya Kursus Pemanduan Selamat bersama Jabatan Pengangkutan Jalan, Kursus Pertolongan Cemas, Taklimat Pengurusan Bahan Kimia & Ergonomik, Program Sokongan Perjalanan Selamat serta siaran Potcast MBI & Anda yang disiarkan menerusi Radio dan TV Banda raya Ipoh. MBI menzahirkan penghargaan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) MBI atas perancangan rap idan pelaksanaan berimpak tinggi OSHWeek tahun ini.DATUK BANDAR IPOH LANCAROSH-WEEK 2025 PERINGKAT MBIPROGRAM
Edisi 02 2025 Mei - Ogos 23PROGRAM PERAK BERSIH DAN SIHAT (PERAK BEST 2.0) 2025 “MEMERANGI HOTSPOT SAMPAH HARAM”22 Ogos 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terus memperhebat usaha memerangi aktiviti pembuangan sampah haram, apabila sebanyak 140 lokasi ‘hotspot’ dikenal pasti bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.Bagi tempoh tersebut, sebanyak 1,151 tawaran kompaun berjumlah RM306,050 telah dikeluarkan terhadap pelbagai kesalahan melibatkan pembuangan sampah haram.YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh berkata MBI telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membanteras aktiviti pembuangan sampah haram di bandar raya ini.Antara inisiatif telah dilaksanakan adalah dengan mengambil langkah proaktif dengan mengagihkan 144,680 unit tong sampah percuma kepada penduduk di seluruh zon Ahli Majlis.Selain itu, bagi meningkatkan kesedaran masyarakat, sebanyak 80 papan tanda utama dan 431 papan tanda kecil larangan pembuangan sampah haram telah dipasang di lokasi strategik sekitar Ipoh.Terdahulu Datuk Bandar Ipoh telah hadir merasmikan Program Perak Bersih dan Sihat (Perak Best 2.0) 2025 bertemakan “Memerangi Hotspot Sampah Haram” yang berlangsung di Jalan Chepor 11/5, Kawasan Perusahaan Seramik, Chepor, Ipoh.Hadir sama pada program berkenaan, YBhg. Clr. Encik Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Clr. Encik Faidz bin Ismail, Ahli Majlis Zon 3 dan Tuan Haji Ahmad Munir Ishak Setiausaha Bandaraya.Program yang dianjurkan ini merupakan inisiatif Local Agenda 21 yang menekankan kerjasama erat antara pihak berkuasa tempatan, masyarakat dan sektor swasta dalam merancang serta menguruskan persekitaran ke arah pembangunan mampan dan peningkatan kualiti hidup.MBI amat komited merealisasikan matlamat Ipoh Bandar Raya Bestari Sejahtera serta menyokong agenda Perak Sejahtera 2030. Sehubungan itu, masyarakat dan pihak swasta diseru untuk terus berganding bahu dalam memerangi isu sampah haram demi kesejahteraan bersama.PROGRAM
24 Edisi 02 2025 Mei - Ogos23 Ogos 2025 – Suasana meriah dan penuh warna-warni mewarnai Lorong Seni@Lorong Panglima, Ipoh sempena penganjuran Program Sambutan “Semangat Patriotisme 2025” anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).Program ini bertujuan memperkasakan nilai harmoni, semangat perpaduan serta menyemarakkan jiwa patriotik dalam kalangan masyarakat setempat selaras dengan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.Majlis turut dihadiri oleh Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Clr. Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis, Ahli Majlis, ketua jabatan, pegawai serta warga kerja MBI.Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik (Kategori Dewasa), Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pertandingan Peragaan Baju Patriotik 2025, Pertandingan Kuiz Terbuka, Pameran Hari Kebangsaan anjuran Jabatan Penerangan Negeri Perak serta Jualan Kraftangan dan Persembahan Gema Warisan Budaya, MBI.Pemenang bagi setiap pertandingan menerima hadiah wang tunai berserta sijil penyertaan sebagai penghargaan atas penglibatan mereka.Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran peserta dan delegasi Bridge Club International Organizationbersama Presiden Bridge Club dari Rantau Asia-Pasifik, yang sekali gus menyemarakkan lagi suasana muhibah di lokasi tersebut.PROGRAM SAMBUTAN “SEMANGAT PATRIOTISME 2025” DI LORONG SENI@LORONG PANGLIMA, IPOHPROGRAM
Edisi 02 2025 Mei - Ogos 2530 Ogos 2025 – Lebih 1000 peserta mengambil bahagian dalam program Merdeka Fun Ride 2025.Aktiviti tahunan ini diadakan bertujuan bagi menyemarakkan semangat cinta akan tanah air di samping meraikan kepelbagaian masyarakat berbilang kaum melalui aktiviti berbasikal yang sihat dan menghiburkan.Acara pelepasan kayuhan telah disempurnakan YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, mewakili Menteri Besar Perak.Hadir sama pada program berkenaan YB Jenny Choy Tsi Jen, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, YBhg. Tuan Zamakshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, Puan Halizah binti Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak, Ahli Majlis MBI dan Ketua Jabatan Negeri, Persekutuan serta MBI. LEBIH 1,000 PESERTA SERTAI PROGRAM MERDEKA FUN RIDE 2025Program yang bermula pada jam 8.30 malam hingga 11.00 malam itu menampilkan dua kategori kayuhan iaitu Kategori VIP dan Kategori Terbuka.Selain kayuhan, peserta dan pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan tarian oleh Kumpulan Gema Warisan Budaya MBI, persembahan khas oleh Kumpulan I Am Neeta, serta cabutan bertuah dengan hadiah keseluruhan bernilai RM5,000.Menambahkan lagi kemeriahan, deretan gerai jualan turut disediakan di sepanjang Persiaran Bandaraya yang menampilkan pelbagai juadah makanan tempatan daripada pelbagai agensi.Merdeka Fun Ride 2025 menjadi wadah terbaik untuk warga Ipoh berkumpul, berinteraksi dan menzahirkan semangat patriotik, di samping menikmati aktiviti berbasikal bersama keluarga dan rakan-rakan.PROGRAM
26 Edisi 02 2025 Mei - Ogos30 Ogos 2025 – Majlis Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Perak Tahun 2025 berlangsung dengan penuh meriah di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh dengan kehadiran lebih 20,000 pengunjung.Majlis gilang-gemilang ini diserikan dengan kehadiran YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak, barisan EXCO Kerajaan Negeri serta pimpinan utama negeri. YBhg. Tuan Zamakshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh turut hadir bersama-sama meraikan detik bersejarah tersebut.Sambutan ini dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik seperti persembahan kebudayaan, nyanyian patriotik dan pertunjukan bunga api serta pelbagai pengisian yang mencerminkan semangat perpaduan dan kecintaan rakyat Perak terhadap tanah air tercinta.MAJLIS SAMBUTANAMBANG MERDEKAPERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 202526 Edisi 02 2025 Mei - OgosPROGRAM
Edisi 02 2025 Mei - Ogos 27PESTA BUDAYA NUSANTARA@IPOH 2025 MENJADI MEDAN MEMPROMOSIKAN PRODUK DAN KEBUDAYAAN WARISAN BUDAYA SERANTAUAntara kumpulan yang terlibat dalam persembahan pada acara itu adalah Gema Warisan Budaya MBI, Kumpulan Kebudayaan Orang Asli Perak, Sekolah Seni Perak, Kumpulan Gendang Muhibbah (KGM) Perak Drum Muhibbah, Kumpulan Bhangra ‘Dhol Star’ Ipoh, Majlis Bandaraya Seremban serta delegasi kebudayaan dari Indonesia dan Thailand.Hadir sama pada program berkenaan YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh serta barisan jemputan kehormat antaranya Tuan Megat Amirul Zaini Jamalulail bin Megat Jamaluddin, Bendahari Negeri Perak YBhg. Clr. Datuk Mazlan bin Abd Rahman, Ketua Whip Ahli Majlis MBI, Madam Kang Da-Eun, Setiausaha Agung TPO, Busan, Korea, Ms. Chutima Dechdee, Pengarah Pendidikan Hatyai City Municipality dan Wakil Walikota Medan, Indonesia.26 Julai 2025 – Penganjuran Pesta Budaya Nusantara@Ipoh 2025 anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), menjadi medan kepada penggiat seni budaya dalam mempromosikan produk dan kebudayaan masing-masing.Berucap pada majlis perasmiannya, YB Loh Sze Yee, Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak berkata, Pesta Budaya Nusantara ini dilihat menjadi platfrom penggiat seni memaparkan kreativiti tersendiri serta meraikan kepelbagaian warisan budaya serantau.Penganjurannya buat kali keempat, yang berlangsung meriah di Dewan Bandaran Ipoh@Townhall ini, telah menampilkan 11 persembahan kebudayaan tempatan dan antarabangsa.PELANCONGANEdisi 02 2025 Mei - Ogos 27Persembahan Tarian Majlis Bandaraya SerembanBarisan Peserta Pesta Budaya Nusantara@Ipoh 2025
28 Edisi 02 2025 Mei - OgosDITERBITKAN OLEH :UNIT KORPORAT DAN ADUAN AWAMMajlis Bandaraya Ipoh,Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown,30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.www.mbi.gov.myCONCUBINE LANE atau turut dikenali sebagai “Lorong Gundik” adalah rumah warisan tinggalan pendatang Cina yang wujud pada 1908.Berusia lebih daripada 125 tahun dan terletak di Lorong Panglima, Ipoh, Perak ia sering menjadi lokasi pilihan pelancong tempatan dan luar negara bergambar serta berswafoto.Meskipun hanya satu lorong kecil yang panjangnya kira-kira 100 meter, namun pelancong tetap terpesona dengan keindahan tempat ini.Menambahkan keunikan, lorong itu turut dipenuhi payung hiasan warna-warni yang pastinya mewujudkan unsur kontra dalam lorong berkenaan dan membawa pengunjung bagaikan melangkah ke dunia berbeza.ConcubineLane.Jalan Bandar Timah,30000 Ipoh, Malaysia