Edisi 01 2025 Januari - April 1
2 Edisi 01 2025 Januari - AprilSIDANGREDAKSIPENASIHATYBhg. Tuan Zamakhshari bin HanipahDatuk Bandar IpohTIMBALAN PENASIHATTuan Ahmad Munir bin IshakSetiausaha BandarayaEDITORPuan Faridah binti Haji Abdul AzizPenolong Pengarah Kanan Korporat PENERBIT Muhammad Faridzul Azmir bin Hamid PEREKA Muhammad Syafiq Syazwan bin Mohd AnuarJURU FOTOMohammad Nazrin Shah bin ShahuriMuhammad Izham bin Azman TERBITANUnit Korporat dan Aduan AwamMajlis Bandaraya IpohJalan Sultan Abdul Jalil,30450 Greentown,Ipoh, Perak.Telefon : 05 - 208 3261Hotline : 05 - 255 1515Faks : 05 - 208 3544email : [email protected] Pengurusan Kualiti dan Penerbitan,Unit Korporat dan Aduan Awam,Majlis Bandaraya Ipoh.HAK CIPTA TERPELIHARAPenerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula dalam apa-apa jua bentuk dan dengan apa-apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Majlis Bandaraya Ipoh.YBHG. TUAN ZAMAKHSHARI BIN HANIPAHDATUK BANDAR IPOH KE-1316 April 2025YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah telah dilantik sebagai Datuk Bandar Ipoh ke - 13 berkuatkuasa 16 April 2025.Watikah pelantikannya telah disampaikan YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak, di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sebelum beliau hadir melapor diri di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).Beliau yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Persediaan Bencana (Dasar) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) turut mengadakan sesi suai kenal bersama pihak Pengurusan Tertinggi dan Ketua Jabatan/Unit MBI.Pihak Majlis merakamkan ucapan selamat datang dan setinggi tahniah kepada YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah diatas pelantikan beliau sebagai Datuk Bandar Ipoh ke -13.Selamat Datang
Edisi 01 2025 Januari - April 3
4 Edisi 01 2025 Januari - April26 Januari 2025 – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan peruntukan RM16 juta bagi pembinaan semula Pasar Pasir Pinji. Oleh yang demikian, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming telah melawat Pasar Pasir Pinji, Ipoh bagi meninjau sendiri perkembangan pembinaan baharu pasar ini.Pasar yang berusia lebih 50 tahun ini akan diberi nafas dan wajah baharu dengan reka bentuk yang moden sekali gus meningkatkan kualiti kemudahan pasar terbabit.Selain daripada itu, pembinaan pasar baharu juga akan menyediakan persekitaran yang lebih selesa kepada para peniaga dan pengunjung. Pembinaan semula Pasar Pasir Pinji meliputi kerja-kerja perobohan struktur asal pasar lama, 214 unit ruang niaga, 84 petak tempat letak kereta termasuk tempat letak kereta mesra Orang Kurang Upaya (OKU), 39 petak tempat letak motosikal dan tiga petak tempat letak lori.Bagi proses pembinaan pasar baharu ini, kontraktor telah memulakan kerja-kerja di tapak pada 20 November 2024 dan projek ini dijangka siap sepenuhnya pada 18 November 2026 iaitu mengambil masa 24 bulan.KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) juga telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi pembinaan pasar sementara bagi projek ini yang terletak di atas tanah Tenaga Nasional Berhad (TNB). KPKT PERUNTUKAN RM16 JUTAPASAR PASIR PINJIMajlis Bandaraya Ipoh (MBI) turut menyumbang peruntukan sebanyak RM540,000 bagi projek pasar sementara menjadikan jumlah keseluruhan bagi pasar sementara sebanyak RM1.54 juta.Menurut YB KM, Pasar Pasir Pinji akan menjadi sebuah pasar moden yang bukan sahaja menawarkan persekitaran yang menarik malah ia juga mesra OKU dan warga emas. Pelaksanaan projek pasar ini turut mengambil kira elemen hijau seperti Sistem Penyimpanan Air Hujan (SPAH), Penarafan Hijau (PH) dan Sistem Penjimatan Tenaga.Siri lawatan YB KM diteruskan dengan lawatan ke Pasar Taman Canning untuk meninjau pasar yang selesai dinaik taraf pada tahun 2024. Peruntukan menaik taraf pasar ini berjumlah RM500,000 yang disalurkan oleh KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT). Kerja menaik taraf pasar ini telah berjaya dilaksanakan dalam tempoh 12 minggu oleh kontraktor yang dilantik.Hal ini selaras dengan usaha KPKT untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan pembangunan yang seimbang seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara.Lawatan tersebut turut disertai oleh Ketua Setiausaha KPKT, YBhg. Datuk Wira M Noor Azman Bin Taib, Datuk Bandar Ipoh, YBhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin @ Md Daud, Ahli Parlimen Taiping, YB Tuan Wong Kah Woh, ADUN Pasir Pinji, YB Encik Goh See Hua dan barisan pengurusan tertinggi KPKT serta pimpinan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).PEMBANGUNAN
Edisi 01 2025 Januari - April 523 Februari 2025 - Sebanyak RM500,000 diperuntukan bagi pembinaan Taman Rekreasi Madani Woodlands II yang terletak di Bandar Baru Tambun Ipoh.Majlis perasmian pembukaannya yang telah disempurnakan YB. Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).Menurut YB. Nga Kor Ming, Pembinaan Taman Madani Woodlands II ini dilaksanakan hasil sumbangan daripada syarikat Total Investment Sdn Bhd.Antara kemudahan yang terdapat di taman ini ialah trek larian, gelanggang bola keranjang dan kemudahan tempat berehat.TAMAN REKREASI MADANI WOODLANDS IIKINI DI BUKA UNTUK ORANG AWAMHadir sama pada acara pembukaan taman berkenaan, YB Jenny Choy Tsi Jen, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, YB Loh Sze Yee, Exco Pelancongan Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak serta YBhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh.Dalam majlis perasmian berkenaan, Menteri KPKT turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta, disalurkan kepada Kerajaan Negeri Perak bagi pembangunan 20 lagi Taman Rekreasi Madani bagi tahun ini.Semoga adanya kemudahan seperti ini, ia membolehkan amalan dan budaya hidup sihat dapat diterapkan untuk semua golongan dari kanak-kanak hingga orang tua.PEMBANGUNAN
6 Edisi 01 2025 Januari - April15 Mac 2025 - Pusat Perubatan Sunway Ipoh atau Sunway Medical Centre bakal beroperasi tidak lama lagi.Pusat Perubatan yang dibina ditapak seluas 3 ekar, dengan melibatkan peruntukkan sebanyak RM400 juta mula dibuka pada 2 April 2025.Terdahulu, pengurusan tertinggi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah membuat lawatan kerja ke Pusat Perubatan berkenaan yang diketuai YBhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar IpohLawatan tersebut bertujuan untuk meninjau kemudahan fasiliti kesihatan dan kemudahan lain yang terdapat di Pusat Perubatan baharu itu.Antara yang terlibat dalam lawatan itu, Ahli-Ahli Majlis MBI, Dato’ Lau Beng Long, Presiden Sunway Healthcare Group, Encik Choy Wah Wei, Ketua Pegawai Eksekutif LAWATAN KERJAPUSAT PERUBATAN SUNWAY IPOHPusat Perubatan Sunway Ipoh, Tuan Ahmad Munir bin Ishak Setiausaha Bandaraya, Pengarah, dan Ketua-ketua jabatan MBI.MBI menzahirkan ucapan tahniah terhadap inisiatif yang dimajukan oleh pihak Sunway dan amat mengalualukan kemudahan penjagaan kesihatan yang canggih dan seterusnya akan memberi manfaat kepada warga bandaraya Ipoh.Pembangunan Pusat Perubatan Sunway Ipoh ini sudah pastinya memberi faedah kepada masyarakat antaranya menyediakan akses kepada rawatan perubatan bertaraf dunia, menyediakan kepakaran perubatan yang berkualiti tinggi,meningkatkan taraf penjagaan perubatan di bandar dan mengurangkan keperluan penduduk mendapatkan rawatan di luar Ipoh.Inisiatif ini selari dengan visi untuk menyediakan kemudahan berkualiti dan perkhidmatan yang meningkatkan taraf hidup wargakota Ipoh.PEMBANGUNAN
Edisi 01 2025 Januari - April 710 April 2025 - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan RM1.37 juta bagi kerja-kerja penurapan jalan dan pemasangan lampu LED di Kawasan Medan Ipoh, tahun ini.Menterinya YB Nga Kor Ming berkata peruntukan itu merupakan tambahan bagi kawasan tersebut selepas Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berjaya menyiapkan projek menaiktaraf Jalan Medan Ipoh 2 yang telah diluluskan dengan peruntukan RM700,000 tahun lepas.Beliau yang ditemui pada majlis penyerahan projek itu berkata, selepas projek pertama siap, terdapat tujuh jalan yang perlu diturap membabitkan jalan sepanjang 3.125 kilometer yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 850,000 penduduk di bandar raya ini.Pembangunan projek naik taraf ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya dengan mengurangkan risiko kemalangan yang disebabkan jalan berlubang selain dapat menyokong pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan berkenaan.Antara jalan yang dinaik taraf adalah Jalan Medan Ipoh Service Road 2, Jalan Medan Ipoh 1, Jalan Medan Ipoh 11, Jalan Medan Ipoh 6 Service Road 2, Jalan Medan Ipoh 6, Jalan Medan Ipoh 6 Service Road 1 dan Lebuh Medan yang dijangka siap Julai ini.Dalam pada itu, YB. Nga Kor Ming berkata susulan penurapan jalan berkenaan jumlah tempat kereta juga berjaya ditambah hingga 2000 petak dan ia akan memberi kemudahan kepada rakyat seterusnya merancakkan pembangunan ekonomi setempat.Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berharap usaha ini menjadi model kepada perlaksanaan projek infrastruktur bandar yang lebih sistematik dan mesra rakyat di masa akan datang.MAJLIS PENYERAHAN PROJEKNAIK TARAF JALAN MEDAN IPOH 2PEMBANGUNAN
8 Edisi 01 2025 Januari - April24 Januari 2025 - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan TM One telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Perak kategori Bandar Pintar melalui sistem MIP Planning Excellence Award 2024.Ini adalah pengiktirafan terhadap usaha bersama MBIdan TM One dalam membangunkan sistem Smart Traffic yang inovatif, berperanan penting untuk menjadikan Ipoh lebih pintar, teratur dan efisien.Projek ini diiktiraf atas usaha kolaboratif dalammembangunkan sistem trafik pintar yang memudahkan pergerakan bandar.Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim,Perdana Menteri Malaysia.YBhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menerima anugerah berkenaan.Semoga anugerah ini akan menjadi pemangkin ke arah menjadikan Ipoh sebuah Bandar Raya Bestari Sejahtera.MBI & TM ONEPEMENANG MIP PLANNING EXCELLENCE AWARD 2024BAGI KATEGORI SISTEM PINTAR PENGURUSAN BANDARPENCAPAIAN
Edisi 01 2025 Januari - April 925 April 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melakar sejarah apabila inovasi fin@syariah (Sistem Pengurusan Kewangan Patuh Syariah) telah dinobatkan sebagai Johan bagi Pertandingan Inovasi MALA 3.0, Piala YB Menteri KPKT 2024-2025.Kemenangan itu sekali gus melayakkan MBI menerima geran BP1 bernilai RM1.2 juta, piala iringan, wang tunai RM4,000 dan sijil penyertaan.Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Abd. Hamid bin Hussain, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang merangkap Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) kepada Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya dan En. Mohd Syazlan bin Mohd Isa Suffian, Pengarah Perbendaharaan MBI merangkap ketua kumpulan finQ pada Majlis Jamuan Makan Malam Aidilfitri MALA 2025 di Dewan Kenanga, Menara Majlis Bandaraya Johor Bharu.Inovasi fin@syariah ini dibangunkan untuk memfokuskan sistem pengurusan hal ehwal kewangan secara menyeluruh, ia berfungsi untuk memproses pengasingan pendapatan dan pengelasan aktiviti perniagaan tidak patuh syariah serta menjana pelaporan secara automatik.Selain daripada itu, dalam Pertandingan Inovasi MALA 3.0 ini juga, MBI turut meraih tempat ke-9 melalui inovasi SPLiT (Sistem Pengurusan Lalulintas Pintar) yang membawa pulang geran BP1 bernilai RM35,000, piala iringan, wang tunai RM500 dan sijil penyertaan.Pertandingan inovasi ini memperlihatkan penyertaan sebanyak 67 projek inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil bahagian untuk mempamerkan hasil inovasi dalam usaha meningkatkan tahap perkhidmatan yang lebih efisien.MBI RANGKUL JOHANPERTANDINGAN INOVASI MALA 3.0PIALA YB MENTERI KPKT 2024-2025PENCAPAIAN
10 Edisi 01 2025 Januari - April9 Januari 2025 - Bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengadakanlawatan kerja ke Kota Medan, Indonesia.Lawatan yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Rumaizi BinBaharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh itu juga antara lain bertujuan untuk menyemai jalinan ukwahdi antara dua bandar persahabatan.Lawatan ini juga amat signifikan dengan tahun 2025kerana Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN Tahun 2025 dan MBI sebagai pengerusi Jawatankuasa di bawah IMTGT.Program selama tiga hari, bermula 8 Januari ini telah diaturkan dengan pelbagai pengisian aktiviti menarik antaranya pertemuan bersama Bapak Bobby Nasution, Wali Kota Medan, lawatan ke pusat tumpuan pelancongan Medan seperti Istana Maimun, Masjid RayaMashun dan Tanjong A Fie di Kota Medan.LAWATAN KERJA KE MEDANKUKUH HUBUNGAN DUA HALAHubungan bandar persahabatan Hubungan bandar persahabatan antara bandar raya Ipoh dan Kota Medan ini telah diwujudkan sejak Ogos tahun 2009.Jalinan Ipoh - Medan ini dibuat berdasarkan kesaksamaan dan kepentingan bersama selain mempromosi kesefahaman dan persahabatan antara rakyat Malaysia dan Indonesia serta memperluaskan lagi peluang dalam pelbagai bidang terutama sektor pelancongan, kesihatan dan digital.Program yang dilaksanakan demi kesinambungan bandar persahabatan ini adalah Program Pertukaran Pelajar Bandar Raya Persahabatan Ipoh-Medan, Indonesia yang dilaksanakan sejak tahun 2015.ANTARABANGSA
Edisi 01 2025 Januari - April 1124 Februari 2025 - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menerima kunjungan daripada delegasi Persatuan Promosi Pembangunan Ekonomi Luar Negeri Wilayah Hainan China.Kunjungan melibatkan seramai 15 orang peserta itu diketuai Mr.Chen Zhenzi Pengerusi Eksekutif Persatuan Promosi Pembangunan Ekonomi Luar Negeri Wilayah Hainan, China.Pertemuan antara kedua-dua belah pihak itu diadakan pada satu majlis yang berlangsung di hotel Mroof Ipoh.Turut telibat sama pada program itu YBhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, Ahli Majlis MBI dan wakil Dewan Perniagaan Cina Perak.Menerusi pertemuan itu turut diadakan perbincangan mengenai hubungan dua hala, potensi pelaburan serta pelancongan antara MBI dan Wilayah Hainan.Semoga hubungan dua hala ini dapat dikekalkan dan terus terpelihara demi pembangunan kedua-dua bandar.KUNJUNG HORMAT15 DELEGASI PERSATUAN PROMOSI PEMBANGUNAN EKONOMI LUAR NEGERI WILAYAH HAINAN, CHINAANTARABANGSA
12 Edisi 01 2025 Januari - April3rd CITY WINDOWS SERIES,SMART GREEN ASEAN CITIES21 April 2025 - Bandar raya Ipoh telah dipilih menjadituan rumah bagi penganjuran 3rd City WindowsSeries: “Transforming Smart Green City SolutionsThrough Blended Finance”.Penganjuran program ini menyasarkan untuk mengumpulpara pemegang taruh dari pelbagai negara bagimembincangkan amalan terbaik dalam pembangunanbandar mampan serta mewujudkan rangkaian kerjasama strategik antara kerajaan, agensi pembangunandan sektor korporat.Acara yang berlangsung selama tiga hari bermula 21 April 2025 itu melibatkan penyertaan daripada 10 buah negara antaranya Indonesia, Filipina, Kemboja, Thailand, Laos dan Singapura.Menerusi program berkenaan seramai 150 orang peserta telah mengambil bahagian.Terdahulu majlis peluncuran program telah disempurnakan oleh YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak mewakili YAB Dato’ Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak.Hadir sama pada program tersebut, YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, Puan Chencho Gyao Dorje, Regional Project Origination Representative United Nation Capital Development Fund (UNCDF) dan En. Meor Shahril Anuar bin Ahmad Rathuan, Naib Presiden Perniagaan Negeri Telekom Malaysia.ANTARABANGSA
Edisi 01 2025 Januari - April 1322 April 2025 – Seramai 26 panel pembentang daripada pelbagai latar belakang telah mengambil bahagian dalam Program 3rd City Windows Series: Smart Green ASEAN Cities (SGAC) yang berlangsung selama tiga hari di bandar raya Ipoh.Kesemua pembentang ini telah berkongsi pandangan, kepakaran dan pengalaman dalam tujuh sesi pembentangan yang merangkumi pelbagai topik berkaitan pembangunan bandar pintar, hijau dan mampan.Program ini yang berlangsung di Hotel AC Marriott Ipoh, melibatkan penyertaan wakil daripada 10 negara ASEAN dan dibiayai oleh United Nations Capital Development Fund (UNCDF) dengan sokongan Kesatuan Eropah (EU). Penganjuran ini bertujuan untuk memacu pembangunan bandar yang lebih mampan dan berdaya huni, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).Antara objektif utama program ini ialah untuk meningkatkan kefahaman peserta terhadap konsep blended finance, memperkukuh kapasiti teknikal pihak berkuasa tempatan serta mengenal pasti peluang pembiayaan dan pelaburan bagi projek-projek bandar hijau.Penganjuran SGAC turut menjadi platform penting untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan rentas negara dan memperkukuh peranan bandar raya Ipoh dalam menerajui agenda Smart City di peringkat serantau.IPOH LOKASI PILIHAN3rd CITY WINDOWS SERIES,SMART GREEN ASEANCITIES (SGAC)ANTARABANGSA
14 Edisi 01 2025 Januari - April27 April 2025 - Program Lestari Alam Sempena Hari Bumi 2025 telah dilaksanakan di Eco Park 1, Bandar Seri Botani, Ipoh.Program ini merupakan inisiatif pihak pemaju swasta iaitu Pinji Botanics Sdn. Bhd. bersama Institute of Landscape Architect Malaysia (ILAM) dengan sokongan logistik daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).Usaha kolaboratif ini bertujuan memperkukuhkan kesedaran komuniti setempat terhadap pentingnya pemeliharaan alam sekitar serta amalan kelestarian dalam kehidupan seharian.Dalam majlis tersebut, turut diadakan penyampaian hadiah Pertandingan Arca Seni Buluh, yang mengiktiraf bakat dan kreativiti peserta dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam menghasilkan arca menggunakan bahan semula jadi, selari dengan prinsip pemuliharaan sumber asli.Acara penanaman pokok teduhan turut diadakan yang melibatkan tetamu kehormat dan para peserta sebagai simbolik kepada usaha pemulihan bumi (Earth Restoration) dan komitmen bersama dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem.Penanaman ini mencerminkan aspirasi untuk melestarikan kawasan bandar hijau yang kondusif dansejahtera untuk generasi akan datang. ProgramLestari Alam Sempena Hari Bumi 2025 ini juga menjadi platform untuk memperkukuhkan jalinan kerjasama antara sektor awam, swasta dan komuniti dalam menjayakan agenda pembangunan mampan di bandar raya Ipoh.Melalui usaha berterusan ini, diharapkan ia dapat memupuk budaya cintakan alam sekitar dan memperluaskan kesedaran dalam kalangan masyarakat setempat.Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh Puan Norsham binti Abdul Latip merangkap Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mewakili YB Tuan Nik Azmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.Pihak MBI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pinji Botanics Sdn. Bhd, rakan-rakan kolaborasi, para peserta dan semua pihak yang telah memberikan sokongan dan komitmen dalam menjayakan program ini.PROGRAM LESTARI ALAMSEMPENA HARI BUMI 2025 DI ECO-PARK 1,BANDAR SERI BOTANI, IPOHBESTARI SEJAHTERA
Edisi 01 2025 Januari - April 15BESTARI SEAHTERA19 April 2025 - Syarikat Tetra Pak Malaysia & KPT Recycle dengan Kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Dan Pasaraya AEON Ipoh Station 18 telah menganjurkan program ‘Sort & Drop – Recycle the Cartons’ iaitu Inisiatif Pengasingan Dan Kitar Semula Karton Minuman Terpakai Untuk Pusat Membeli-Belah.Majlis peluncuranya telah disempurnakan Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak Setiausaha Bandaraya di Pasaraya AEON Ipoh Station 18.Majlis telah menandatangani MOU dengan lima syarikat yang aktif menjalankan aktiviti mengitar semula bahan buangan yang telah ditukarkan kepada wang (trash for cash) di samping memelihara dan memulihara alam sekitar.MBI nekad memenuhi sasaran SDG Bangsa-Bangsa Bersatu, Dasar Kebersihan Negara menggalakkan amalan 3R dan melaksanakan Blueprint Ekonomi Kitaran bagi Sisa Pepejal(2025-2030) yang bertujuan mencapai transformasi ekonomi kitaran bagi pengurusan sisa pepejal menjelang 2050.VISI MBI adalah Ipoh Bandar Wilayah Pintar Berteraskan Ekosistem Mampa dan Bestari Sejahtera. Manakala MISI pula adalah Memperkasakan Pengurusan Bandar Secara Inklusif Ke Arah Bandar Raya Pintar, Rendah Karbon Menjelang 2030. Bagi aktiviti kitar semula, bekas minuman terpakai sehingga ini sebanyak 30 projek melibatkan orang awam dan pelajar sekolah dan 260 kilogram kotak minuman telah dikumpul melalui Projek ‘CAREton’ untuk tujuan kitar semula dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara(PPD) supaya projek ini berterusan.Pihak MBI merakamkan ucapan terima kasih kepada Tetra Pak Malaysia dan KPT Recycle atas Projek ‘Sort & Drop – Recycle the Cartons’ dan diharap kerjasama ini berterusan sepenuhnya sepanjang aktiviti ini berlangsung.MAJLIS PELANCARANPROJEK PENGASINGAN DAN KITAR SEMULA KARTON MINUMANTERPAKAI UNTUK PUSAT MEMBELI-BELAH(SORT & DROP) RECYCLETHE CARTONS EXIBIT AND LAUNCHING CAREMONY
16 Edisi 01 2025 Januari - AprilMAJLISSANTUNIKASIHBERSAMA PELAJAR-PELAJARPARLIMEN TAMBUNYB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Santuni Kasih bersamasama pelajar Parlimen Tambun.Majlis Santuni Kasih bersama-sama pelajar Parlimen Tambun yang disempurnakan oleh YAB. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri bertempat di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Poi Lam.YB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri menerima sumbangan bantuan persekolahan daripada Berjaya Cares Foundation yang disampaikan oleh Pengasas Berjaya Corporation Bhd (BCorp) Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (dua, kanan) pada Majlis Santuni Kasih bersama Pelajar-pelajar Parlimen Tambun di Ipoh.Perdana Menteri bergambar bersama pelajar yang menerima sumbangan bantuan persekolahan pada Majlis Santuni Kasih bersama Pelajar-pelajar Parlimen Tambun.BINGKISAN
Edisi 01 2025 Januari - April 172,000 WARGA KOTA IPOHSERTAI IPOH LOW CARBON DAY SIRI KE-7827 April 2025 - Seramai 2,000 warga kota Ipoh telah menyertai Ipoh Low Carbon Day (ILCD) Siri ke-78. Program ILCD yang bertemakan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri ini telah dimeriahkan dengan Larian “War on Sugar 5KM Fun Run” anjuran bersama Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).Seramai 1000 peserta telah menyertai larian ini yang telah disempurnakan pelepasannya oleh Dr. Roniyuzam bin Abd Malek, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perak (Perubatan) dan En. A’zman bin Mohd Harun, Pengarah Kanan-Teknikal MBI.Program ini diadakan sebagai inisiatif untuk memperkukuhkan kesedaran awam tentang kepentingan aktiviti fizikal dalam usaha mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti obesiti, diabetes dan penyakit jantung. Selain itu, program ini juga menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, di samping menyokong kempen “War on Sugar”.Bertemakan “Have A Good Time! Be Active.”, WoPAD menekankan kepentingan keseronokan dalam aktiviti fizikal.Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian kita.JKNP ingin menggalakkan setiap individu, tanpa mengira umur untuk menjadikan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada rutin harian. Tidak semestinya kita perlu ke gim atau menyertai sukan kompetitif: berjalan kaki, berkebun, menari atau berbasikal pun sudah memadai asalkan kita bergerak.Program ini turut mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) dalam usaha melahirkan rakyat Perak yang lebih sihat, aktif dan berpengetahuan. JKNP turut merancang untuk memperluaskan lagi inisiatif ini ke daerah lain melalui kerjasama rentas agensi dan penglibatan komuniti secara menyeluruh.Program ILCD kali ini turut diserikan dengan acara senamrobik, pameran kesihatan, saringan kesihatan percuma, saringan komposisi badan, saringan kecergasan, perkhidmatan pemeriksaan gigi percuma dan pelbagai aktiviti menarik lain.Semoga penganjuran ILCD ini akan membantu MBI untuk mencapai hasrat menjadikan Ipoh sebuah Bandar Raya Bestari Sejahtera.LOW CARBON DAY
18 Edisi 01 2025 Januari - AprilJUALAN RAHMAHMADANI MBI21 Mac 2025 - YBhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh bersama YBhg. Dato’ Kamalludin bin Ismail, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Negeri Perak telah mengadakan lawatan ke Program Jualan Rahmah Madani Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Ruang Parkir MBI.Sebelum mengadakan lawatan, YBhg. Dato’ Kamalludin bin Ismail telah mengadakan kunjung hormat menemui YBhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud.Program ini adalah memberi peluang kepada anggota Majlis serta warga kota Ipoh mendapatkan pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang berpatutan sebagai usaha pihak pengurusan untuk meringankan beban kewangan anggota Majlis dan warga kota Ipoh dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.PROGRAM
Edisi 01 2025 Januari - April 19MBI EDAR 1,800BUBUR LAMBUK24 Mac 2025 – Sebanyak 1,800 bekas bubur lambuktermasuk bubur anak lebah telah diedarkan kepadawarga Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sempenaProgram Bubur Lambuk MBI 2025.Majlis penyerahan bubur lambuk itu telah disempurnakanoleh YBhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin @Daud,Datuk Bandar Ipoh.Turut hadir menyempurnakan majlis berkenaan, YBhg. Clr. Dato’ Haji Mazlan bin Abdul Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Ahli-ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Kanan dan Ketua-Ketua Jabatan MBI.Program Bubur Lambuk MBI 2025 ini dianjurkan bagimengeratkan hubungan silaturrahim selain menjadi acaratradisi ketika bulan Ramadan.Bagi memeriahkan lagi suasana program tahunan ini,turut diadakan Pertandingan Hiasan Khemah.Dalam pertandingan tersebut, tempat pertama telah dimenangi oleh Sektor Pentadbiran dan Operasi, sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM500, tempat kedua menjadi milik Sektor Perkhidmatan dengan hadiah RM400 dan berkongsi tempat ketiga iaitu Sektor Kewangan dan Teknikal dengan membawa pulang sebanyak RM300.PROGRAM
20 Edisi 01 2025 Januari - April10 April 2025 - Lebih 5,000 anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) termasuk ahli keluarga hadir memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat MBI 2025.Majlis yang diadakan di stadium indera mulia itu sebagai platfrom untuk merapatkan hubungan sesama diantara anggota MBI sambil menikmati juadah yang disediakan.Program yang bermula pada pukul 3.00 petang itu turut dihadiri Tuan Ahmad Munir bin Ishak Setiuasaha Bandaraya dan YBhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, mantan Datuk Bandar Ipoh.Hadir sama pada program berkenaan YBhg. Datuk Haji Mazlan bin Abd Rahman Ketua Whip Ahli Majlis MBI, Pengarah Kanan dan Ketua-ketua jabatan MBI.Selain menyajikan pelbagai juadah hari raya, program sehari itu turut diserikan dengan hiburan seperti tarian daripada Kumpulan Gema Warisan Budaya MBI dan nyanyian oleh artis jemputan Dato’ Jamal Abdillah.Acara kemuncak sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat MBI 2025 adalah penyampaian hadiah cabutan bertuah keseluruhan bernilai RM10,000.MAJLIS SAMBUTANHARI RAYA AIDILFITRIPERINGKAT MBI 2025M/1446HPROGRAM
Edisi 01 2025 Januari - April 21PROGRAM BERKHATANBERAMAI-RAMAI19 Januari 2025 - Seramai 28 orang anak anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menyertai Program Berkhatan Beramai-ramai.Majlis yang berlangsung di bangunan MBI itu adalah anjuran Persatuan Kebajikan Islam MBI (PERKIP) dengan kerjasama MBI.Program tahunan yang diadakan sempena cuti persekolahan ini, bertujuan bagi membantu anak-anak anggota MBI yang kurang berkemampuan membiayai kos bersunat selain merapatkan jalinan ukhuwah.Terdahulu majlis perasmian program berkenaan telah disempurnakan Clr. Azmy bin Mohamed Nazir, Ahli Majlis MBI, mewakili Datuk Bandar Ipoh.Hadir sama pada program itu En. Ahmad Marzuki Bin Abdul Aziz, Pengerusi PERKIP MBI.Kesemua anak-anak yang terlibat dalam majlis ini turut menerima sumbangan seperti wang tunai, dan hadiah berupa hamper.PROGRAM
22 Edisi 01 2025 Januari - AprilSULTAN PERAK BERKENANMENCEMAR DULI KEBAZAR RAMADAN STADIUM PERAK17 Mac 2025 – DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan berangkat ke Bazar Ramadan Stadium Perak.Keberangkatan baginda pada jam 4.20 petang diiringi oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak.Turut hadir, Y Bhg. Jen. Dato’ Seri Diraja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara), YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, YB Puan Jenny Choy Tsi Jen, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar bin Zaini, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), YBhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin @ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh serta Ketua-ketua Jabatan negeri.Dalam kunjungan tersebut, baginda berkenan melawat gerai-gerai di bazar Ramadan yang meriah dengan kehadiran orang ramai sambil membeli beberapa juadah untuk berbuka puasa, antaranya nasi beriani kambing, takoyaki, sate dan apam balik.PROGRAM
Edisi 01 2025 Januari - April 2314 Februari 2025 - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan Program Back To School, 2025.Program dengan kerjasama Syarikat Puncak Emas Infra Sdn Bhd dan Pasaraya Borong Sakan itu memberi manfaat kepada 164 orang anak anggota MBI.Program tahunan itu dianjurkan bagi memberi bantuan awal persekolahan kepada anak anggota MBI yang kurang kemampuan dalam kategori B40.Kesemua mereka yang terdiri daripada 67 pelajar di peringkat rendah dan menengah itu menerima sumbangan berupa barangan kelengkapan sekolah seperti baju, beg dan kasut sekolah.Terdahulu YBhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program berkenaan sekali gus menyampaikan sumbangan barangan kelengkapan sekolah.Hadir sama pada program itu, Ahli-Ahli Majlis MBI, Tuan Ir. Ahmad Fauzan bin Ahmad Malik, Pengurus Operasi, Encik Hud bin Abdul Halim, Pengurus Perhubungan Awam, Encik Mohd Azham bin Azmi, Pengurus Seksyen Ipoh Puncak Emas Infra Sdn. Bhd, dan Puan Nafisah Izati binti Sharifuddin, Pengurus Pasaraya Borong Sakan Cawangan Kuala Kangsar.Diharapkan program seumpama ini dapat membantu mengurangkan beban ibu bapa menyediakan kelengkapan persekolahan anak, membantu pelajar mengikuti sesi persekolahan dengan sempurna serta memberi galakan kepada para pelajar untuk berusaha mencapai kecemerlangan sahsiah dan akademik.PROGRAM BACK TO SCHOOL 2025MBI PRIHATIN
24 Edisi 01 2025 Januari - AprilPERTANDINGAN SKATEBOARDPIALA DATUK HAJI MAZLAN4 Januari 2025 - Seramai 80 peserta telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Sukan Papan Selajuatau Skateboard, Piala Datuk Haji Mazlan.Program inisiatif YBhg. Datuk Haji Mazlan Bin Abd Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) itu diadakan di Padang Futsal, Taman Perpaduan, Ipoh. Ia telah dihadiri oleh lebih 200 anak muda.Selain pertandingan skateboard, antara sukan lain yang turut dipertandingkan dalam kejohanan ini adalah PES Mobile Tournament Esports yang melibatkan penyertaan seramai 50 orang peserta.Kesemua peserta yang mengambil bahagian adalah terdiri dari golongan remaja yang berasal dari bandar raya Ipoh.Program yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru anak muda selain sukan ini mempunyai potensi untuk dikembangkan di bandar raya Ipoh.Terdahulu YBhg. Dato Rumaizi Bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah merasmikan pertandingan ini serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Pemenang yang menjuarai pertandingan ini menerima hadiah berupa wang tunai, hamper dan piala.AHLI MAJLIS & KOMUNITI
Edisi 01 2025 Januari - April 2525 Januari 2025 - Suasana di Lorong Seni@Lorong Panglima Ipoh meriah dengan penganjuran ProgramSambutan Tahun Baru Cina 2025.Program anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) itu telah dirasmikan oleh YBhg. Clr. Dato’ Ahmad Hariri bin Kamarudin, Ahli Majlis MBI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pelancongan, Seni Budaya dan Warisan MBI.Turut sama hadir pada program tersebut adalah Ahli-Ahli Majlis, Ketua Jabatan dan Pegawai-pegawai Majlis.Program yang dianjurkan ini bertujuan bagi memberi peluang kepada warga bandar raya Ipoh mengenali tradisidan budaya berbilang bangsa dalam meraikanperayaan masyarakat di negara ini.Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang acara ini berlangsung antaranya pertunjukan tarian singa, pertunjukan gendang Cina dari Persatuan Sukan dan Kebudayaan Ma Ching Ipoh serta pertunjukan kebudayaan Gema Warisan Budaya MBI dan jualan kraftangan daripada pengusaha kraf tempatan di bandar raya Ipoh.LORONG SENI@LORONG PANGLIMA IPOHMERIAH DENGAN PROGRAMTAHUN BARU CINAPELANCONGAN
26 Edisi 01 2025 Januari - April19 Januari 2025 - Kira-kira 1200 peserta dari pelbagai latar belakang telah mengambil bahagian dalam Program Larian Warisan Malaysia 2025.Acara larian melibatkan jarak sejauh 5 kilometer (km) dan 10 km ini memberi fokus kepada komuniti, dan meraikan kekayaan warisan budaya di Malaysia.Terdahulu acara pelepasan larian berkenaan telah disempurnakan YBhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh.Terlibat sama pada program berkenaan YDH Toh Mahkota Lela Tuan Haji Abu Bakar@Yusof bin Mohamed, Tuan Haji Mazlan bin Mohamad Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak, YBhg, Datuk Ahmad Hariri Kamarudin Ahli Majlis MBI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pelancongan, Seni Budaya dan Warisan MBI, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBITema program larian ini adalah dikaitkan dengan tradisi Malaysia, di mana para peserta akan memakai pakaian tradisional atau warna-warna kebangsaan.Acara yang berlangsung meriah ini turut diselitkan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya persembahan kebudayaan, gerai makanan tradisional, dan aktiviti mesra keluarga.LARIAN WARISANMALAYSIA 2025SUKAN
Edisi 01 2025 Januari - April 27DewanBandaran IpohDewan Bandaran Ipoh, atau dikenali sebagai Ipoh Town Hall adalah salah satu daripada beberapa bangunan kolonial di Malaysia yang telah direka bentuk oleh arkitek A.B. Hubback.Pembinaan bangunan Dewan Bandaran ini telah dimulakan pada tahun 1914 dan siap pada 1916. Bangunan besar yang berwarna putih ini cukup menarik untuk dilawati kerana kemegahan seni binanya yang cukup mengujakan terutama sekali bila dilihat pada waktu malam.2700, Jalan PanglimaBukit Gantang Wahab, Ipoh, Perak
28 Edisi 01 2025 Januari - April