BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 1 BANDAR RAYA BULETIN M A J L I S BAND A R AYA IPOH NASKAH PERCUMA // MBI raih tempat ke-2 PBT terbaik Malaysia // Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) Tahun 2022 EDISI 01 JAN - APR 2023 JABATAN PERANCANGAN KORPOR A T Berkualiti Malaysia Madani Landskap
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 2 SIDANG REDAKSI PENASIHAT YBhg. Dato’ Rumaizi Bin Baharin @ Md Daud Datuk Bandar Ipoh TIMBALAN PENASIHAT I En. Ahmad Munir Bin Ishak Setiausaha Bandaraya TIMBALAN PENASIHAT II Tn. Hj. Musa Bin Dun Pengarah Kanan (Pentadbiran Dan Operasi) KETUA EDITOR En. Sharulnizam Bin Jaafar Pengarah Perancangan Korporat EDITOR En. Muhammad Hafizsafwan Bin Nor Hazlan PEREKA En. Isa Bin Mahmud En. Muhammad Syafiq Syazwan Bin Mohd Anuar Cik. Nur Shuhada Binti Samat JURU FOTO En. Mohammad Nazrin Shah Bin Shahuri En. Muhammad Izham Bin Azman TERBITAN Unit Korporat dan Aduan Awam Majlis Bandaraya Ipoh Jalan Sultan Abdul Jalil, 30450 Greentown, Ipoh, Perak. Telefon : 05 - 208 3261 Hotline : 05 - 255 1515 Faks : 05 - 208 3544 email : [email protected] EDARAN Bahagian Pengurusan Kualiti Dan Penerbitan, Jabatan Perancangan Korporat, Majlis Bandaraya Ipoh. HAK CIPTA TERPELIHARA Penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula dalam apa-apa jua bentuk dan dengan apa-apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Majlis Bandaraya Ipoh.
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 3 DATUK BANDAR LANCAR MBIFREEWIFI DI SK MANJOI 2 13 Januari 2023 - Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah melancarkan MBIFREEWIFI di SK Manjoi Dua. Ia turut dihadiri oleh Puan Fadhillah bt Abd Aziz, Guru Besar, YDP PIBG, AJK PIBG, Penolong Kanan dan guru-guru SK Manjoi Dua. Sejumlah enam set wifi telah dipasang di enam lokasi di sekolah tersebut. Setiap lokasi mampu menampung 250 penggunaannya pada satu-satu masa. Ini bermakna 1500 pengguna boleh menggunakan internet yang mana meliputi seluruh sekolah ini dan penduduk berhampiran. Semoga kemudahan MBIFREEWIFI ini yang merupakan salah satu komponen quick win smartcity ini akan menjayakan hasrat menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera tahun 2030.
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 4 PROGRAM KHAS LORONG SENI@ LORONG PANGLIMA IPOH 14 Januari 2023 - Sempena Sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan program khas di Lorong Seni @ Lorong Panglima Ipoh. Hadir sama pada program berkenaan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak Nurmalis Musa. Bersempena program berkenaan pelbagai acara telah diadakan antaranya persembahan tarian singa dan gendang, persembahan nyanyian dan tarian oleh kumpulan Gema Warisan Budaya MBI serta penyampaian ang pau kepada Kelab Wushu Michaellian. Diharapkan penganjuran program seumpama itu dapat memberi manfaat kepada warga kota mahupun pelancong sekaligus dapat mempromosikan Tahun Melawat Ipoh 2023. BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 4 JAN I FEB I MAC I APRIL
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 5 PROGRAM WALKABOUT YB MENTERI PEMBANGUNAN KPKT KE PASAR BESAR IPOH & PASIR PINJI, IPOH 14 Januari 2023 – YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan mengadakan program walkabout ke Pasar Pasir Pinji, Ipoh yang turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Pn. Sandrea Ng Shy Ching, Ketua Setiausaha KPKT, YBhg. Datuk M Noor Azman Bin Taib, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, YBhg. Dato’ Haji Noor-Ihsan Bin Haji Che Mat, Datuk Bandar Ipoh, YBhg Dato’ Rumaizi Bin Baharin @ Md. Daud, Ahli Parlimen Ipoh Timur, YB. Howard Lee Chuan How, ADUN Pasir Pinji, YB En.Goh See Hua dan Ketua-ketua Jabatan terlibat. Sebelum itu, beliau telah mengadakan walkabout di Pasar Besar Ipoh dan mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk membaiki dan menaiktaraf Pasar Besar Ipoh. Tujuan program walkabout ini adalah untuk menyampaikan surat kelulusan projek pembinaan Pasar Sementara Pasir Pinji untuk penempatan para peniaga di Pasar Pasir Pinji sebagai persediaan bagi pembinaan Pasar Pasir Pinji yang baru serta lawatan tapak ke tapak sementara Pasar Pasir Pinji. Pada dasarnya, pihak Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memberi kelulusan permohonan peruntukan bagi membina semula pasar-pasar awam kepada Majlis Bandaraya Ipoh dan akan menyalurkan peruntukan secara berperingkat di bawah peruntukan BP1. Majlis Bandaraya Ipoh telah membuat perancangan dan kajian bagi kerja-kerja membina semula bangunan pasar yang telah daif dan uzur mengikut keutamaan. Pasar yang telah siap dinaiktaraf adalah Pasar Tanjung Rambutan pada tahun 2013 serta Pasar Ayam dan Parkir Bertingkat Ipoh pada tahun 2017. Sebagai maklumat tambahan, Pasar Pasir Pinji telah berusia lebih daripada 50 tahun. Rekabentuk dan keadaan pasar telah uzur dan daif. Pembangunan Semula Pasar ini secara amnya, dapat menyumbang kepada peningkatan sosio-ekonomi dan kualiti hidup masyarakat setempat. Antara objektif pembangunan semula pasar ini adalah untuk meningkatkan kualiti serta taraf kemudahan pasar dan kemudahan awam berkaitan, menyediakan persekitaran yang lebih selesa kepada para peniaga dan pengunjung pasar serta memberi lebih ruang parkir kenderaan bagi kemudahan meletak kenderaan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan pasar. Pembinaan Pasar Baru ini menyediakan Lot Pasar-Pasar di tingkat bawah iaitu sama paras dengan jalan sedia ada serta tempat letak kereta di basement yang melibatkan anggaran kos projek berjumlah RM14,940,000.00. Cadangan ini akan dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi dalam sesi pembentangan bajet Rolling Plan ke 4 Tahun 2024 pada bulan Mac 2023. Bagi Projek membina Pasar Sementara Pasir Pinji diluluskan di bawah peruntukan BP. 1 Tahun 2023 dengan peruntukan sebanyak RM1 Juta. Diharap pelaksanaan projek ini akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada para peniaga dan pengunjung pasar.
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 6 14 Januari 2023 - YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telah merasmikan 2 pintu Gerbang Perniagaan Paloh serta pencahayaan di Jalan Theatre, Ipoh. Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh turut hadir dan menyampaikan ucapan di majlis tersebut. Semoga perasmian pintu gerbang serta pencahayaan berkenaan akan merancakkan sektor pelancongan di Bandaraya Ipoh sempena Tahun Melawat Ipoh 2023. PERASMIAN 2 PINTU GERBANG PERNIAGAAN PALOH SERTA PENCAHAYAAN DI JALAN THEATRE BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 6 JAN I FEB I MAC I APRIL
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 7 PROGRAM PEMBUDAYAAN AMALAN PENGGUNAAN TONG SAMPAH DI KALANGAN WARGA IPOH Selepas penyerahan tong sampah di Zon 13 khususnya di Taman Ipoh Timur ini dilaksanakan, pemantauan akan terus dijalankan untuk menjadikan kawasan Taman Ipoh Timur ini sebagai antara zon contoh. Selain itu juga, kempen kebersihan ini akan digerakkan di seluruh kawasan Taman Ipoh Timur untuk menggalakkan masyarakat supaya lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran dan kelestarian alam sekitar. Hasrat Majlis Bandaraya Ipoh untuk menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera serta Bandar Terbersih di Malaysia tidak hanya memadai dengan penyediaan perkhidmatan, infrastruktur dan kemudahan awam kepada masyarakat sebaliknya masyarakat perlu dididik untuk berubah kearah kehidupan yang membudayakan kebersihan dan penjagaan alam sekitar. Melalui program ini diharap dapat mewujudkan tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan serta menjadikan amalan menjaga kebersihan sebagai suatu budaya seawal dari rumah dan seterusnya melahirkan masyarakat yang menghargai dan mengutamakan kebersihan dan keindahan persekitaran. Semoga program ini akan menjadi titik tolak untuk mencapai matlamat menjadikan Ipoh sebagai Bandaraya Terbersih di Malaysia pada tahun 2023 dan Bandaraya Bestari Sejahtera tahun 2030. 15 Januari 2023 - Program Membudayakan Amalan Penggunaan Tong Sampah di kalangan wargakota Ipoh diadakan bagi meningkatkan kualiti persekitaran yang bersih dalam usaha untuk merealisasikan hasrat menjadikan Ipoh sebagai Bandaraya Terbersih di Malaysia pada tahun 2023. Ia telah mula dijalankan pada April 2021 seterusnya ditangguhkan beberapa bulan kerana Pandemik Covid 19 dan diteruskan semula pada Februari 2022 sehingga kini. Dari April 2021 hingga Disember 2022 sebanyak 46,656 tong sampah telah diedarkan kepada wargakota Ipoh. Sejumlah 741 unit tong sampah telah diagihkan oleh YB Jenny Choi Tsi Jen, ADUN Canning merangkap Timbalan Speaker DUN Perak dan YB Howard Lee Chuan How, Ahli Parlimen Ipoh Timur kepada para penduduk di Taman Ipoh Timur hari ini yang melibatkan sebanyak 5 buah lori di Padang Ipoh Timur (Lebuh Perajurit 3). Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh. Semua agama sangat mementingkan soal aspek kebersihan dan kesihatan. Oleh itu, wargakota Ipoh perlu menitikberatkan penjagaan kebersihan dan mewujudkan suasana persekitaran yang selesa.
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 8 MAJLIS BANDARAYA IPOH RAIH ANUGERAH INTEGRITI,GOVERNANS DAN ANTIRASUAH TAHUN 2022 17 Januari 2023 - Penyertaan kali pertama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA 2022) anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) tidak menghampakan dan membanggakan apabila berjaya meraih Anugerah Gangsa dalam Majlis Penyampaian AIGA 2022 di Dewan Auditorium, Institut Integriti Malaysia. Kemenangan tersebut membolehkan MBI membawa pulang plak kemenangan yang disampaikan oleh Y.Bhg. Dato Sri Akhbar Abdul Sata @ Satar, Ahli Lembaga Pengarah IIM. Dalam Majlis Penganugerahan berkenaan, MBI telah diwakili oleh Setiausaha Bandaraya, Tuan Ahmad Munir Bin Ishak serta urusetia daripada Unit Integriti Majlis Bandaraya Ipoh. Anugerah tersebut melibatkan lebih 100 Jabatan dan agensi seluruh Malaysia. Penilaian anugerah berkenaan telah dijalankan pada bulan Oktober dan November 2022 secara maya. Semoga pengiktirafan yang diperolehi MBI ini akan memberikan suntikan semangat kepada warga MBI untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik buat wargakota Ipoh berlandaskan tadbir urus dan tatakelola yang mantap. BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 8 JAN I FEB I MAC I APRIL
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 9 MAJLIS PECAH TANAH PROJEK PERUMAHAN LAHAT ECO-CITY, IPOH 17 Januari 2023 - Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Shah telah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Perumahan Lahat Eco-City. Ia turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak, YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan Negeri Perak dan Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh. Mysuccessland Sdn Bhd adalah syarikat pemaju tempatan yang membangun dan memajukan sebuah perbandaran yang terletak di Bandar Lahat, Ipoh. Pembangunan tersebut merupakan pembangunan Perumahan Kos Rendah dan Kos Serdehana. Ia merupakan projek swasta kos rendah dan kos sederhana yang terbesar di Ipoh sejak 15 tahun dahulu. Tanah seluas 82.53 ekar yang dimiliki oleh pihak pemaju dicadangkan untuk dibina 1,465 unit hartanah kos rendah dan kos sederhana sahaja yang memberi manfaat kepada wargakota Ipoh dan golongan berpendapatan rendah. Ia melibatkan sejumlah 392 unit rumah pangsa kos rendah, 404 unit rumah pangsa kos sederhana dan 669 unit rumah teres setingkat kos sederhana. Kerjasama pihak pemaju dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan meningkatkan taraf hidup gologan berpendapatan rendah dan memberi peluang dan keutamaan untuk mereka memiliki hartanah kos rendah.
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 10 MAJLIS BANDARAYA IPOH RAI 107 PESARA 18 Januari 2023 - Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh hadir meraikan 107 pesara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam Majlis Jasamu Dikenang 2021 di Casuarina@Meru Hotel. Ia turut dihadiri oleh Puan Zuraina binti Kamarul Ariff, Setiausaha Bandaraya merangkap Wakil Pesara, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Ahli Majlis, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI. Seramai 107 pesara MBI yang diraikan tersebut terdiri daripada 83 bersara wajib, 1 bersara sebab kesihatan, 11 bersara pilihan dan 12 meninggal dunia pada tahun lalu yang diwakili oleh waris. Majlis Jasamu Dikenang dianjurkan sebagai tanda penghargaan serta ucapan terima kasih yang tidak terhingga MBI atas segala khidmat bakti dan pengorbanan yang telah para pesara curahkan dengan penuh dedikasi sepanjang perkhidmatan mereka di MBI. Khidmat bakti para pesara selama bertahun-tahun selama ini tidak boleh disamakan nilainya dengan hanya sebuah Jamuan Makan sahaja. Majlis ini merupakan pengiktirafan dan tanda ingatan MBI kepada para pesara yang telah bersama-sama menyemai bakti menjadikan MBI antara Pihak Berkuasa Tempatan yang terbaik serta Ipoh antara bandar yang terbersih di Malaysia. Semoga sumbangan bakti para pesara MBI yang telah banyak membantu kepada kecemerlangan MBI akan menjadi contoh kepada warga MBI yang masih berkhidmat.
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 11 DATUK BANDAR IPOH MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KHAS MBI PRIHATIN SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2023 19 Januari 2023 - Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh menyampaikan sumbangan khas MBI Prihatin sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2023 kepada 17 anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Dewan Azlan Shah, Tingkat 10, Bangunan MBI. Ia turut dihadiri oleh Ahli Majlis MBI, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI. BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC 11 BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 11
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 12 SESI PERJUMPAAN DATUK BANDAR IPOH BERSAMA KONTINJEN MBI KE KEJOHANAN SUKAN MALA 2022 19 Januari 2023 - Sesi perjumpaan Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh bersama Kontinjen Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ke Kejohanan Sukan MALA 2022 di Bilik Gerakan, Tingkat 2, Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh turut menyampaikan amanat, diperkenalkan kepada pengurus-pengurus pasukan serta menyerahkan bendera kontinjen kepada semua pasukan yang bertanding. Semoga kontinjen MBI beroleh kejayaan yang cemerlang di Kejohanan Sukan MALA 2022. BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 12
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 13 DATUK BANDAR IPOH MERASMIKAN “CITY MUSIC FARM” 20 FEBRUARI 2023
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 14 MAJLIS PERASMIAN & PELANCARAN PROJEK PICCADILLY @ GREENTOWN 24 Januari 2023 - Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Shah telah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian & Pelancaran Projek Piccadilly @ Greentown. Ia turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak, YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan (SSI). BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 14
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 15 3000 WARGAKOTA IPOH SERTAI IPOH CAR FREE DAY KE-58 29 Januari 2023 - Penganjuran Ipoh Car Free Day kali ke-58 pagi tadi telah menarik kehadiran seramai 3000 orang wargakota Ipoh. Sambutan Tahun Baru 2023 dan Tahun Baru Cina telah dipilih sebagai tema utama Ipoh Car Free Day kali ini. Tahun Baru Cina adalah antara perayaan terpenting untuk masyarakat berbangsa Cina dan menjadi perayaan yang turut diraikan bersama oleh semua kaum di Malaysia. Sambutan Tahun Baru Cina 2023 iaitu Tahun Arnab Air pada 22 Januari lalu telah disambut secara besar besaran dalam suasana yang meriah. Simbol Arnab Air adalah simbol umur panjang, keamanan, dan kemakmuran. Bertepatan dengan dasar kerajaan Malaysia yang telah diumumkan YAB Perdana Menteri baru-baru ini iaitu Malaysia Madani yang membawa maksud, maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan (berkenaan masyarakat, generasi dan sebagainya) adalah usaha untuk membentuk masyarakat dengan menyemaikan nilai-nilai murni kekeluargaan, kurikulum itu juga terarah kepada pembinaan masyarakat. Istilah “masyarakat madani” selalu diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai “civil society.” Antara aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung pada program kali ini ialah acara permainan “ECOMANIA @ Ipoh Car Free Day” iaitu acara pertandingan dan permainan yang dianjurkan oleh pelajar Tahun 1 SVM BPP Kolej Vokasional Lebuh Catur yang berkonsepkan “GO GREEN”. Acara yang dipertandingkan adalah “Splash Colour Run” untuk semua peringkat umur, Pertandingan Musang Berjanggut bagi kategori dewasa serta Pertandingan Fun Adventure bagi kategori kanak-kanak yang bertemakan “Sukan Rakyat”. Selain daripada itu, Jabatan Belia dan Sukan juga turut tidak ketinggalan memberikan komitmen yang baik dengan menyediakan permainan yang disertai oleh semua pengunjung iaitu Penalty Shoot Challenge, peserta diminta menendang bola ke dalam pintu gol dengan hadiah saguhati disediakan untuk pemenang yang berjaya. Jabatan Perancangan Korporat MBI juga telah membuka booth kajian kepuasan pelanggan melalui qr code. Kesemua acara ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Rumaizi Bin [email protected], Datuk Bandar Ipoh. Semoga program ini akan menyemarakkan lagi program Tahun Melawat Ipoh 2023. BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 15
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 16 1800 WARGA MBI SERTAI ‘EXECUTIVE TALK’ BERSAMA DATUK BANDAR IPOH 2 Februari 2023 - Seramai 1800 warga Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menyertai ‘Executive Talk’ bersama Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh di Stadium Indera Mulia. Ia turut dihadiri oleh Ahli Majlis, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan, pegawai dan anggota MBI. Warga MBI diharap akan membulatkan tekad dan keazaman untuk terus memberi komitmen tinggi dalam 1 pasukan agar setiap perkara yang dirancang dan dilaksanakan, akhirnya dapat sama-sama menjayakan sekali gus memberi limpahan kebaikan kepada wargakota Ipoh. Semoga Program ‘Executive Talk’ ini akan menjadi platform untuk menjayakan semua perancangan yang telah dirancang oleh MBI.
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 17 TAKLIMAT 5G & LAWATAN KE PUSAT OPERASI BERSEPADU IPOH (IIOC) 3 Februari 2023 - YB Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan & YB Mohd Azlan Helmi Helmi, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO telah mengadakan lawatan ke Pusat Operasi Bersepadu Ipoh (IIOC) serta diberikan Taklimat 5G di Pusat Operasi Bersepadu Ipoh (IIOC), UTC Perak. Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin, Datuk Bandar Ipoh. Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah melaksanakan kick-off 14 projek termasuk sebuah projek utama Bandar Pintar Ipoh iaitu Ipoh Integrated Command Centre (IIOC). IIOC merupakan jantung kepada perkembangan Ipoh ke arah bandar pintar. Dengan adanya sebuah pusat kawalan yang canggih seperti ini, ia akan merealisasikan impian Bandar Ipoh untuk mencapai status Smart Green City menjelang 2030. Walaupun Projek IIOC ini diletakkan pada status projek Jangka Panjang namun dengan iltizam dan kerjasama yang diketuai oleh Datuk Bandar, Projek IIOC ini telah berjaya dilaksanakan dalam waktu masa yang singkat. Projek IIOC ini merupakan nadi kepada Pelan Tindakan Bandar Pintar Ipoh yang akan menjadi sebuah pusat kawalan pintar yang mempunyai keupayaan memproses Big Data dengan menggunakan perisian Artificial Inteligence (AI) , Internet of Thing (IoT) sekali gus akan melicinkan urus tadbir pembandaran MBI kepada urustadbir yang berintensifkan High-Tech, sensor dan peranti. Disamping itu juga, Telekom Malaysia (TM) selaku rakan strategik, telah membantu MBI dalam mengadaptasi pelbagai Smart Solution dan dengan kerjasama jitu, pelbagai lagi teknologi pintar berteraskan Artificial Intelligence akan diteroka bersama sekali gus membawa Bandar Raya Ipoh setaraf dengan Smart Green City Global yang lain. BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 17
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 18 PROGRAM BUAL BICARA INTEGRITI BERSAMA PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN & KERAJAAN TEMPATAN NEGERI PERAK 10 Februari 2023 - Dalam usaha untuk memperteguhkan nilainilai integriti dan menyatakan pendirian Majlis dalam agenda memerangi rasuah dan sebarang risiko atau kos yang terselindung berkaitan dengan kegiatan rasuah dalam perkhidmatan Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) julung kalinya telah mengadakan Program Bual Bicara Integriti Bersama YB Puan Sandrea Ng, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak di Dewan Azlan Shah, Tingkat 10, Bangunan MBI. Ia turut dihadiri oleh Ahli Majlis MBI, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI. Warga MBI sentiasa mengambil berat isu berkaitan rasuah. Pelbagai aktiviti telah dirancangkan dan dilaksanakan oleh Pengurusan Majlis, antaranya taklimat integriti, ceramah berkaitan kesan penyalahgunaan rasuah, hebahan bahan cetakan dan sebagainya. Perbuatan rasuah bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, malahan sebarang bentuk pemberian atau tajaan yang mendorong seseorang individu untuk melakukan atau tidak melaksanakan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi sebagaimana yang telah diamanahkan kepadanya. Selain itu, perlu difahami bahawa salah guna kuasa pula berlaku apabila seseorang individu menggunakan kedudukannya dalam membuat keputusan di mana dia, saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan. Ia juga sebenarnya merupakan perbuatan rasuah yang perlu ditolak dan dicela. Semoga warga MBI akan menjauhi perbuatan rasuah demi menjaga imej baik diri sendiri, keluarga dan MBI dalam mencari rezeki yang halal lagi diberkati serta sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diterima dengan bekerja bersungguhsungguh dan berusaha memajukan diri dengan kudrat sendiri.
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 19 PROGRAM BICARA SANTAI & FORUM PERDANA MUDAHNYA ISLAM 12 Februari 2023 - Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Agama Islam dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Islam Majlis Bandaraya Ipoh (PERKIP) dan Pusat Pendidikan Al Barakah telah menganjurkan Program Bicara Santai dan Forum Perdana Mudahnya Islam di Pusat Pendidikan Al Barakah, Jalan Pemimpin, Kampung Manjoi. Forum Perdana Mudahnya Islam melibatkan 2 pendakwah jemputan yang terdiri daripada Y.Bhg. Ustaz Dato’ Mohammad Kazim bin Elias dan Y.Bhg. Datuk Ahmat Husam Baderudin manakala program bicara santai pula melibatkan 2 selebriti iaitu Zul Handy Black dan Zack Kool yang membicarakan tentang kisah penghijrahan mereka. Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh turut hadir menyaksikan Forum Perdana Mudahnya Islam serta menyempurnakan gimik penyerahan Kajian Projek Rintis Gugusan Manjoi. Semoga program tersebut akan menyemarakkan lagi syiar Islam di Bandaraya Ipoh. BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 19
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 20 MAJLIS BANDARAYA IPOH RAI AHLI MAJLIS 15 Februari 2023 - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meraikan Ahli Majlis yang tamat perkhidmatan sebagai Ahli Majlis dalam Majlis Jasamu Dikenang di Casuarina@Meru Hotel. Ia telah dihadiri oleh Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar, Ahli Majlis, Tuan Ahmad.Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 21 MBI RANGKUL ANUGERAH DIAMOND DALAM MAJLIS ANUGERAH DIAMOND BANDAR RENDAH KARBON 2022 20 Februari 2023 - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melakar kejayaan apabila merangkul dua kategori Anugerah Diamond dalam Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2022. Dengan kejayaan itu, MBI sekali gus menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tunggal di negeri Perak menerima pengiktirafan berkenaan di bawah inisiatif Kementerian Alam Sekitar dan Air melalui Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC). Penganjurannya bertujuan untuk merai dan mengiktiraf hasil usaha dan komitmen tinggi yang diberikan oleh kerajaan negeri, PBT, badan-badan kerajaan dan organisasi swasta dalam melaksanakan inisiatif pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) di kawasan masing-masing menerusi program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (Low Carbon Cities 2030 Challenge - LCC2030C). Kejayaan yang dikecapi oleh MBI adalah berdasarkan kepada kategori Anugerah 4 Diamond Recognition iaitu Kategori Zon Bandar Rendah Karbon (Kawasan Perancangan Pusat) dan Anugerah 5 Diamond, Kategori Rakan Kongsi Rendah Karbon (Bangunan UTC PERAK). Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, YB Nik Nazmi Nik Ahmad. Pengarah Kanan-Kewangan MBI, Puan Hajah Saidatul Akma Jamaludin selaku wakil Datuk Bandar bersama Pengarah Perancangan Bandaraya, Tpr. Tuan Haji Zainal Abdul Hamid telah menerima anugerah berkenaan sekali gus membawa pulang plak dan sijil penyertaan. Semoga anugerah yang diperolehi tersebut akan menjadi pemangkin kearah menjadikan Ipoh sebagai sebuah Bandar Rendah Karbon 2030, serta dapat menggalakkan wargakota Ipoh menggunakan teknologi hijau dan mengeluarkan karbon rendah melalui penggunaan sumber efisien dan mengurangkan pembaziran di Bandaraya Ipoh. BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 21
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 22 MAJLIS ANGKAT SUMPAH PELANTIKAN AHLI-AHLI MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA IPOH BAGI TEMPOH 16 FEBRUARI 2023 HINGGA 15 FEBRUARI 2024 22 Februari 2023 - YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan Negeri Perak dan Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar hadir di Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis bagi tempoh 16 Februari 2023 hingga 15 Februari 2024 di Dewan Mesyuarat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Seramai 25 Ahli Majlis termasuk Datuk Bandar Ipoh telah mengangkat sumpah. Ia turut dihadiri oleh Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan dan pegawai MBI.
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 23 “PROGRAM PEMBUDAYAAN AMALAN PERSEKITARAN BERSIH” 25 Februari 2023 - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)mengagihkan sebanyak 1,485 unit tong sampah (120 liter) secara percuma di Taman Klebang Putra (Fasa 1) dan pelancaran program telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, YB Puan Sandrea Ng Shy Ching dengan diringi YBhg. Dato’ Rumaizi Bin Baharin @ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh melalui Majlis Perasmian Penyerahan Tong Sampah Percuma 2023 dalam Program Pembudayaan Amalan Persekitaran Bersih. Ia turut dihadiri oleh Ahli Majlis, YBhg. Clr. Dato’ Haji Azizul Kama Bin Abd Aziz serta Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Klebang Putra (Fasa 1). Penyerahan tong sampah (120 Liter) ini dilaksanakan di Padang Awam Klebang Putra (Jalan Putra 1 C) pada hari Sabtu dan Ahad melalui 7 kaunter serahan melibatkan 85 orang anggota yang diselaraskan dari Jabatan Perkhidmatan Perbandaran. Risalah bertajuk “Penyediaan Tong Sampah Di Premis Perniagaan Dan Rumah Kediaman” turut diedarkan kepada setiap penerima tong dalam usaha berterusan MBI bagi meningkatkan kesedaran awam tentang kaedah / cara membuang sampah dengan betul.
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 24 25 Februari 2023 - Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyempurnakan Program “Back To School” bagi sekolah rendah tahun 2023. Seramai 50 anak anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) golongan B40 telah terpilih untuk menerima sumbangan barangan keperluan sekolah bernilai RM160 setiap seorang. Ia turut dihadiri oleh Tuan Haji Khairul Anuar bin Lodin, Pengarah Kanan-Teknikal dan Encik Zulkifle bin Jaafar Sidek, Pengarah Kanan Perkhidmatan MBI. Semoga sumbangan ini akan mengurangkan beban anggota MBI yang terpilih sempena awal persekolahan 2023. PROGRAM BACK TO SCHOOL MAJLIS BANDARAYA IPOH BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 24 JAN I FEB I MAC I APRIL
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 25 26 Februari 2023 PROGRAM WALKABOUT TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI DAN DIGITAL KE MEDAN SELERA STADIUM BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 25
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 26 26 Februari 2023 - Seramai 3000 wargakota Ipoh telah hadir menyertai program Ipoh Car Free Day. Tema yang dipilih untuk Program Ipoh Car Free Day pada kali ini adalah sempena Hari Berfikir Sedunia (World Thinking Day). Dunia Kita, Masa Depan Kita Yang Aman (Our World, Our Peaceful Future) adalah tema Hari berfikir Sedunia 2023. Antara aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung pada program kali ini ialah acara Breakfast Fun Run & Walk yang melibatkan seramai 300 peserta. Peserta yang berjaya menamatkan larian telah diberikan hadiah saguhati iaitu pingat dan sarapan pagi McDonald iaitu burger McD serta nasi lemak, minuman Milo, 100 Plus dan air mineral. Khemah-khemah pameran barangan produk Jabatan Kerajaan dan bukan kerajaan, badan-badan NGO dan orang perseorangan turut dibuka yang mempamerkan aktiviti menarik dan memenuhi objektif Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (LCC2030C) untuk mewujudkan komuniti yang mementingkan gaya hidup yg lebih bersih, hijau dan pintar. Persatuan Gema Perak turut mengadakan acara whiteboard and sticky note yang menggalakkan pengunjung ICFD menyumbangkan idea masing-masing untuk mengurangkan pengeluaran karbon di dalam kehidupan harian. Jabatan Korporat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pula telah melaksanakan Program Bertemu Pelanggan iaitu Kajian Kepuasan Pelanggan terhadap Majlis Bandaraya Ipoh melalui imbas QR Code. Program ini merupakan satu inisiatif untuk mendapatkan cadangan dan penambaikan terhadap perkhidmatan Majlis Bandaraya Ipoh. 3000 WARGAKOTA IPOH SERTAI IPOH CAR FREE DAY KE-59 PERKESO juga telah mengadakan aktiviti bertemu pelanggan dengan memperkenalkan Skim Pekerjaan Sendiri dan Skim Suri Rumah. PDRM di bawah Unit AMANITA pula telah menyediakan pameran berkaitan langkah-langkah keselamatan kepada wanita seperti bagaimana untuk mereka menangani masalah atau sekiranya terdapat kes-kes jenayah yang menimpa mereka atau anak-anak perempuan mereka. Kesemua acara dan aktiviti tersebut telah dihadiri dan disempurnakan perasmian oleh Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya mewakili Datuk Bandar Ipoh.
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 27 Pemberian APC ini bukan hanya sebagai pendorong dan pengiktirafan kepada anggota yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang semata-mata. Bahkan dalam skop yang lebih luas lagi, Anugerah ini merupakan satu langkah membudayakan kecemerlangan menyeluruh dalam semua aspek pengurusan dan penyampaian perkhidmatan MBI, khususnya dalam memastikan MBI kekal sebagai antara PBT Terbaik di Malaysia dengan penarafan 5 bintang serta Ipoh sebagai antara Bandar Terbersih di Malaysia. Warga MBI diharap akan sentiasa menunjukkan prestasi kerja yang semakin berkualiti dan sentiasa menambahbaik mutu perkhidmatan yang disampaikan. 2 Mac 2023 - Seramai 168 warga Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang tahun 2022 di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh. Ia turut dihadiri oleh Ahli Majlis, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Majlis APC ini merupakan suatu bentuk penghargaan dan pengiktirafan di atas segala jasa dan sumbangan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam, baik dalam menjalankan tugas rasmi mahupun penglibatan aktif di dalam kegiatan sukan, sosial dan kemasyarakatan. Majlis Bandaraya Ipoh sentiasa komited dalam mengiktiraf budaya kerja cemerlang, komitmen dan jasa yang diberikan oleh penjawat awam dengan menyediakan pelbagai jenis anugerah atau ganjaran. Melalui anugerah seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang diharap dapat menggalakkan pegawai dan kakitangan untuk terus memberikan sepenuh perhatian dan daya usaha untuk mempertingkatkan produktiviti dan mutu kerja yang berkualiti tinggi. Ini akan menjadikan perkhidmatan MBI kekal sebagai perkhidmatan yang diyakini oleh wargakota Ipoh, dan menepati kehendak dan ekspektasi mereka. Pengiktirafan ini juga seharusnya mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan semua warga MBI untuk membuktikan keupayaan masing-masing bagi menghasilkan perkhidmatan yang terbaik. 168 WARGA MBI TERIMA ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG MAJLIS BANDARAYA IPOH 2022
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 28 8 Mac 2023 - Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh menyampaikan sumbangan keperluan sekolah kepada 110 anak anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dari golongan B40, iaitu 35 orang pelajar sekolah rendah dan 75 orang pelajar sekolah menengah. Program ‘Back To School’ anjuran MBI bersama Puncak Emas Infra Sdn. Bhd ini dilaksanakan bawah Local Agenda 21 di Dewan Taman Cempaka pagi tadi. Ia turut dihadiri oleh Encik Azham bin Azmi, Pengurus Seksyen Ipoh Puncak Emas Infra Sdn. Bhd dan En. Rozamir bin Zulkifli, Pengarah Urusan Canggih Sutera. PROGRAM ‘BACK TO SCHOOL’ ANJURAN MBI BERSAMA PUNCAK EMAS INFRA SDN. BHD BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 28 JAN I FEB I MAC I APRIL
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 29 10 Mac 2023 - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menggerakkan jentera dan anggota bagi misi bantuan pasca banjir di Mersing, Johor baru-baru ini. Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, misi bantuan itu melibatkan 47 anggota yang terdiri daripada penguat kuasa, perkhidmatan bandar dan bahagian bengkel. Menurut beliau, pembabitan MBI dalam misi ini adalah atas dasar semangat setiakawan sesama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Antara aset yang digerakkan bagi melaksanakan misi tersebut membabitkan empat buah lori, dua kenderaan pacuan empat roda, lori tangki dan shoven masing-masing sebuah. Misi bantuan bencana banjir kali ini merupakan yang ke-5 buat MBI, selepas beberapa kawasan sebelum ini, antaranya di Bentong, Pahang dan Baling, Kedah. DATUK BANDAR IPOH MENYEMPURNAKAN MAJLIS PELEPASAN MISI BANTUAN BANJIR MBI KE MERSING, JOHOR
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 30 11 MAC 2023 – YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri telah menyempurnakan Sambutan Hari Landskap Negara 2023 (HLN2023) yang berlangsung di Taman D.R. Seenivasagam, Ipoh, Perak. Majlis turut dihadiri oleh YB Tuan Nga Kor Ming (YB KM), Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan; YB Tuan Sivakumar A/L Varatharaju Naidu, Menteri Sumber Manusia; YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan; YB Datuk Dr. Penguang anak Manggil, Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak; YB Sandrea Ng Shy Ching, EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan; YBhg. Datuk M Noor Azman Bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan; Tuan Roslee Bin Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara; serta Pengurusan Tertinggi KPKT dan Ketua Jabatan peringkat negeri dan daerah. Penganjuran HLN 2023 adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan apresiasi terhadap landskap selain menyebarluas kepentingan landskap melalui program pembangunan landskap yang komprehensif. Ia juga merupaka usaha bagi mencapai wawasan Negara Taman Terindah seiring Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dan Dasar Landskap Negara. Bertemakan “Landskap Berkualiti Malaysia MADANI”, pembudayaan landskap perbandaran yang berkualiti dalam kalangan masyarakat bagi membentuk sebuah komuniti Malaysia yang progresif dan sejahtera seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI. Aspirasi ini mampu dicapai melalui peranan dan sumbangan besar landskap dalam aspek kemampanan sosial, kesihatan, kualiti hidup, kesejahteraan mental dan fizikal, estetika, ekonomi, serta persekitaran. ’LANDSKAP BERKUALITI MALAYSIA MADANI’ INSPIRASI SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA 2023 (HLN 2023) BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 30 JAN I FEB I MAC I APRIL
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 31 12 Mac 2023 - Majlis Bandraya Ipoh (MBI) dinobatkan sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kedua terbaik di Malaysia kategori Bandaraya. Dengan markah yang diperolehi sebanyak 98.25 peratus ia sekali gus melayakkan MBI menerima penganugerahan penarafan lima Bintang PBT tahun 2022. Dalam satu kenyataan, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, kejayaan tersebut adalah hasil kerjasama berpasukan antara Ahli Majlis, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan ,Pegawai dan anggota MBI. Terdahulu, majlis penyampaian Anugerah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming kepada Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin sempena Konvensyen PBT yang diadakan di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) baru-baru ini. Kemenangan itu melayakkan MBI membawa pulang sijil dan trofi. Tempat pertama bagi Anugerah Penarafan Lima Bintang SPB-PBT tahun 2022 bagi kategori Bandar raya disandang oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya. TAHNIAH...MBI RAIH TEMPAT KEDUA PBT TERBAIK MALAYSIA KATEGORI BANDARAYA
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 32 19 Mac 2023 - Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah melancarkan Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik “Trash4cash” yang pertama di negeri Perak. Ia turut dihadiri oleh Encik Azmi bin Amin Sarji, Ketua Pegawai Eksekutif, Majuperak Utilities Management Sdn Bhd (MUMSB), Clr. Encik Ahmad Khair Faizal bin Yahaya, Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya. Penubuhan Pusat Kitar Semula ini membuktikan komitmen Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan kesungguhan syarikat MUMSB untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang bersih, sihat dan sejahtera bagi penduduk setempat. Kerjasama awam dan swasta ini dilihat sebagai satu langkah yang tepat bagi merealisasikan hasrat MBI ke arah pengiktirafan Ipoh “Smart and Green City” 2030. Selaras dengan era “Green and Digital Teknologi”, pengoperasian Pusat Kitar Semula “Trash4cash” ini akan menggunakan sepenuhnya aplikasi digital dan tenaga solar bagi tujuan pendaftaran, pemantauan dan komunikasi, kutipan dan pembayaran, dan juga maklumat aktiviti kitar semula. Pusat Kitar Semula ini akan beroperasi tanpa pekerja pada setiap hari, 24 jam, 7 hari dan 365 hari setahun secara “Do It Youself”. Bagi memastikan kelancaran operasi, kaedah konvensional seperti meletakkan nama dan nombor telefon di atas pita pelekat juga akan digunakan bagi memudahkan semua lapisan masyarakat untuk menggunakan fasiliti ini. Semoga segala usaha ini akan merealisasikan hasrat menjadikan Ipoh “Smart and Green City” pada tahun 2030 serta memastikan agenda transformasi minda masyarakat ke arah membudayakan amalan kitar semula akan tercapai. DATUK BANDAR IPOH LANCAR PUSAT KITAR SEMULA PANDU LALU AUTOMATIK “TRASH4CASH” BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 32 JAN I FEB I MAC I APRIL
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 33 20 Mac 2023 - Y. Bhg Dato’ Rumaizi Bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyempurnakan Perasmian Seminar Kajian Pelan Induk Perancangan dan Pengurusan Lalulintas dan Infrastruktur di Kawasan Pusat Bandar Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Hadir sama dalam program berkenaan Tuan Ahmad Munir Bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak. Seperti semua sedia maklum, bahawa Bandar raya Ipoh adalah merupakan ibu negeri kepada Negeri Perak yang kian berkembang pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dimana, Ia berfungsi sebagai pusat pentadbiran, pengurusan, perkhidmatan dan pusat perdagangan utama bagi Negeri Perak. Pembangunan pesat yang kian bertambah dari masa kesemasa di kawasan Pusat Bandar dan Pusat Petempatan lain seperti di kawasan Bandar Meru Raya, Bandar Baru Klebang, Bandar Sunway, Medan Ipoh, Station 18, Bandar Baru Botani, Ipoh Garden dan Falim telah menyumbang kepada peningkatan isipadu lalulintas secara berterusan telah menyebabkan isu kesesakan lalulintas terutamanya melibatkan kawasan tumpuan orang awam seperti di kawasan pusat komersial, kawasan pelancongan dan kawasan penempatan berdensiti tinggi. Justera itu, pihak MBI telah melantik Jurutera Perunding Traffik Bakti bagi melaksanakan kajian pelan induk perancangan dan pengurusan lalulintas bagi menilai tahap kelancaran lalu lintas sediada di kawasan Pusat Bandar dan jalan utama masuk ke Bandar Raya Ipoh. DATUK BANDAR IPOH MENYEMPURNAKAN PERASMIAN SEMINAR KAJIAN PELAN INDUK PERANCANGAN DAN PENGURUSAN LALULINTAS DAN INFRASTRUKTUR DI KAWASAN PUSAT BANDAR MBI Kajian lalulintas ini perlulah dilaksanakan secara mikroskopik dan makroskopik dengan mengemukakan laporan bertulis dan laporan model simulasi mikroskopik tiga dimensi supaya hasil cadangan penambahbaikan dapat dinilai secara realistik dan berkesan menangani isu kesesakan lalulintas secara bersepadu. Semoga dengan penglibatan semua pihak dalam program seminar ini diharap dapat menghasilkan satu laporan kajian pelan induk perancangan dan pengurusan lalulintas dan infrastruktur yang komprehensif menerusi pandangan dari semua pihak yang menyertai seminar ini.
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 34 20 Mac 2023 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menerima peruntukan geran daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sebanyak RM540,172.00 untuk melaksanakan projek menaiktaraf Bangunan Kastam dan Pondok Kawalan Kastam di Free Industrial Zone (FIZ) Jelapang, Ipoh. Projek menaiktaraf tersebut telah dilaksanakan oleh MBI bagi tujuan menyediakan kemudahan infrastruktur kepada pihak Kastam selaku agensi pengawal aktiviti pengoperasian industri di kawasan FIZ, Jelapang. Antara skop kerja yang terlibat di dalam projek ini adalah kerjakerja awalan, kerja-kerja menaiktaraf bangunan Kastam serta pondok kawalan Kastam dan kerja-kerja membekal dan memasang pendawaian dan alat kelengkapan elektrik. Tempoh perlaksanaan projek menaiktaraf ini mengambil masa hampir tiga (3) bulan bermula 12 Julai 2022 dan siap sepenuhnya pada 14 November 2022 dengan kos kontrak sebanyak RM508,200.00 iaitu di bawah siling peruntukan yang disalurkan kepada MBI yang berjumlah RM540,172.00. MBI sebagai pelaksana berharap kerja-kerja menaiktaraf bangunan Kastam dan pondok kawalan Kastam ini akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada pihak Kastam dan wargakota yang berurusan dengan pihak Kastam. Majlis Perasmian Dan Penyerahan Projek Naiktaraf Bangunan Dan Pondok Kawalan Kastam itu telah disempurnakan oleh YB Loh Sze Yee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak. Hadir sama dalam program berkenaan, Y. Bhg Dato’ Rumaizi Bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh. PROGRAM PERASMIAN DAN PENYERAHAN PROJEK NAIKTARAF BANGUNAN KASTAM DAN PONDOK KAWALAN KASTAM DI FREE INDUSTRIAL ZONE (FIZ) JELAPANG,IPOH BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 34 JAN I FEB I MAC I APRIL
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 35 DATUK BANDAR IPOH MENERIMA INSENTIF SISTEM PENARAFAN BINTANG PIHAK BERKUASA TEMPATAN (SPB-PBT) TAHUN 2022 21 Mac 2023 - Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menerima insentif Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) tahun 2022 bernilai RM2000 atas kejayaan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dinobatkan PBT Kedua Terbaik Negara dalam Majlis Kolokium Kerajaan Tempatan Negeri Perak ( KKT Perak) tahun 2023 bertempat di Dewan Bankuet SUK. Pada masa yang sama, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) juga telah membuka booth mempamerkan amalan terbaik serta mengadakan promosi Tahun Melawat Ipoh 2023.
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 36 DATUK BANDAR IPOH MENGHADIRI PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN 6 April 2023 - Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh menghadiri Program Hari Bertemu Pelanggan dan seterusnya bersama-sama mengikuti walkabout YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak ke Bazar Ramadhan Stadium. BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 36 JAN I FEB I MAC I APRIL
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 37 DATUK BANDAR SAMPAIKAN 714 TONG SAMPAH 120 LITER KEPADA PENDUDUK TAMAN MERU 2B 9 April 2023 - Sejumlah 714 unit tong sampah telah diagihkan oleh Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh kepada para penduduk di Taman Meru 2B sempena Program Membudayakan Amalan Penggunaan Tong Sampah yang melibatkan sebanyak 5 buah lori. Ia turut dihadiri oleh Clr. Dato’ Azizul Kama bin Abdul Aziz, Ahli Majlis MBI Zon 5. Program yang berobjektif untuk meningkatkan kualiti persekitaran yang bersih dalam usaha untuk merealisasikan hasrat menjadikan Ipoh sebagai Bandaraya Terbersih di Malaysia pada tahun 2023 telah mula dijalankan pada April 2021 seterusnya ditangguhkan beberapa bulan kerana Pandemik Covid 19 dan diteruskan semula pada Februari 2022 sehingga kini. Dari April 2021 hingga Mac 2023 sebanyak 50, 323 tong sampah telah diedarkan kepada wargakota Ipoh. Aspek kebersihan dan kesihatan penting dlaam kehidupan seharian. Oleh itu, wargakota Ipoh perlu menitikberatkan penjagaan kebersihan dan mewujudkan suasana persekitaran yang selesa. Hasrat Majlis Bandaraya Ipoh untuk menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera serta Bandar Terbersih di Malaysia tidak hanya memadai dengan penyediaan perkhidmatan, infrastruktur dan kemudahan awam kepada masyarakat sebaliknya masyarakat perlu dididik untuk berubah kearah kehidupan yang membudayakan kebersihan dan penjagaan alam sekitar. Melalui program ini diharap dapat mewujudkan tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan serta menjadikan amalan menjaga kebersihan sebagai suatu budaya seawal dari rumah dan seterusnya melahirkan masyarakat yang menghargai dan mengutamakan kebersihan dan keindahan persekitaran. Bersempena dengan Hari Raya Aidil Fitri yang hampir tiba juga, pengedaran tong sampah di taman ini diharap dapat digunakan dengan baik oleh penduduk dalam memastikan kebersihan dan persekitaran sentiasa terpelihara. Semoga program pada pagi ini akan menjadi titik tolak untuk mencapai matlamat menjadikan Ipoh sebagai Bandaraya Terbersih di Malaysia serta dan Bandaraya Bestari Sejahtera.
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 38 15 April 2023 - Bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Hiasan Panjut. Aktiviti yang diadakan di Ipoh Padang itu merupakan salah satu tarikan baharu yang dianjurkan MBI, bagi menarik kehadiran pelancong bersempena Tahun Melawat Ipoh 2023. Acara perasmian program berkenaan telah disempurnakan Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh. Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Clr. Dato’ Mazlan bin Abd Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Cik Nurmalis Musa, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI. Sebanyak 4 Sektor MBI yang utama telah mengambil bahagian dalam pertandiangan berkenaan iaitu, Sektor Perkhidmatan, Teknikal, Kewangan serta Pentadbiran dan Operasi MBI. Dengan bertemakan “Kampungku Halamankan” pertandingan panjut berkenaan telah dimenangi Sektor Perkhidmatan sekli gus membawa pulang wang tunai RM400.00, sementara itu pula, ditempat kedua menjadi milik Sektor Pentadbiran dan Operasi dengan hadiah dimenangi berjumlah RM300.00, di tempat ketiga Sektor Kewangan dengan hadiah RM200.00 manakala ditempat keempat disandang Sektor Tenikal dengan nilai hadiah dimenangi sebanyak RM100.00. Diharapkan penganjuran program berkenaan menjadi satu platfrom dalam merapatkan lagi hubungan silaturrahim diantara kalangan warga kerja MBI. PERTANDINGAN HIASAN PANJUT PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA IPOH BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 38 JAN I FEB I MAC I APRIL
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 39 PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK PERINGKAT MBI 2023 6 April 2023 - Lebih 2,000 bekas bubur lambuk diedarkan kepada warga Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan wargakota Ipoh sempena Program Bubur Lambuk MBI 2023. Majlis Penyerahan bubur lambuk berkenaan telah disempurnakan Dato Rumaizi Bin Baharin@ Md Daud di perkarangan Bangunan MBI. Hadir sama pada program berkenaan, Y.Bhg. Dato’ Mazlan bin Abd. Rahman dan Clr. Wong Kar Keat, Ketua Whip Ahli Majlis dan Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiusaha Bandaraya Ipoh. Program mengacau bubur lambuk yang bermula seawal 7.30 pagi tadi melibatkan penyertaan kakitangan MBI daripada 4 sektor utama iaitu, Sektor Perkhidmatan, Teknikal, Kewangan dan Pentadbiran Operasi MBI. Program tahunan ini diharap akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama anggota MBI daripada pelbagai unit dan jabatan.
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 40 MBI melalui Jawatankuasa Kecil Agama Islam MBI akan terus memartabatkan syiar Islam melalui pelbagai program keagamaan yang akan terus diperkasakan serta diteruskan pelbagai program keagamaan khususnya dalam Radio TV MBI seperti Soal Jawab Agama, Dari Mahkamah Syariah serta ceramah-ceramah dalam slot agama. Semoga umat Islam khususnya warga MBI akan terus menjadikan Al-Quran sebagai sumber hidayah, petunjuk, rahmat serta panduan hidup kepada manusia. SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN PERINGKAT MBI 1444H/2023M 10 April 2023 - Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 1444H/2023M anjuran Jawatankuasa Kecil Agama Islam MBI dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Islam MBI (PERKIP) dan Radio TV MBI telah diadakan pagi tadi bagi menyemarakkan lagi syiar Islam di Bandaraya Ipoh disamping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga MBI yang beragama Islam. Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah melancarkan sambutan tersebut yang turut dihadiri oleh Y.Bhg. Clr. Dato’ Mazlan bin Abdul Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Encik Ahmad Marzuki b. Abdul Aziz, Yang Dipertua PERKIP, Al Fadhil Ustaz Haji Radzi Kamarul Hailan, Johan Qari Tilawah Peringkat Antarabangsa Tahun 2000 & 2004 selaku Penceramah Jemputan, Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Kanan dan Ketua-Ketua Jabatan MBI. Sambutan Nuzul Al-Quran yang diadakan sempena bulan Ramadan yang penuh berkat ini akan dapat mengisi pelbagai program bermanfaat kepada warga MBI yang beragama Islam. Dalam ucapannya, Datuk Bandar menyeru umat Islam khususnya warga MBI agar bersungguh-sungguh dengan iltizam tinggi berusaha menguasai dan mempelajari, memahami, menghayati serta mengamalkan ilmu dan isi kandungan Al-Quran, kerana dengan kefahaman serta penghayatan terhadap Al-Quran sahaja, umat Islam khususnya warga MBI berupaya mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam pembangunan modal insan dan juga pembangunan material secara seimbang, iaitu pembangunan rohani dan jasmani.
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 41 5 April 2023 - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengadakan Sesi Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Tahun 2023 secara langsung melalui ‘Facebook’ di Dewan Azlan Shah, Tingkat 10, Bangunan MBI. Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh hadir menyempurnakan 30 cabutan utama Sesi Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Tahun 2023. Ia turut dihadiri oleh Clr. Encik Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Ahli Majlis MBI, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI. Pada tahun ini, pihak Majlis telah menawarkan 230 hadiahhadiah yang menarik berupa wang tunai berjumlah keseluruhan RM76,000 untuk dimenangi oleh wargakota yang bertuah dengan hadiah utama bernilai RM20,000.00. Ini merupakan tahun kedua pihak Majlis menawarkan hadiah secara wang tunai. Bagi pembayar awal Cukai Taksiran Tahun 2023, pihak Majlis telah menyediakan sebanyak 30,000 beg mini dengan cetakan logo MBI sebagai penghargaan. Mulai tahun ini, pihak Majlis juga telah membuka peluang penyertaan kepada semua saluran pembayaran yang membuat pembayaran Cukai Taksiran Setahun dan tanpa tunggakan iaitu di Kaunter Pembayaran Majlis Bandaraya Ipoh, Kaunter Pejabat Pos, Kaunter PBT Perak serta pembayaran atas talian iaitu pembayaran melalui Portal MBI (d-mbi@ipoh), PBTPay, Jompay dan juga perbankan internet. Bagi pembayaran atas talian dan juga melalui agen kutipan, slip cabutan bertuah akan diproses secara automatik oleh pihak Majlis ini merupakan langkah untuk menggalakkan wargakota membuat pembayaran tanpa perlu hadir ke kaunter tetapi masih boleh menyertai Cabutan Bertuah. Pada tahun 2023 sebanyak 141,283 bil telah dibuat pembayaran setahun yang mencatatkan jumlah bayaran lebihan sebanyak RM 34.16 juta. Sejumlah 230 pemenang cabutan bertuah iaitu 200 pemenang bagi hadiah saguhati dan 30 pemenang bagi hadiah-hadiah utama telah dipilih dalam sesi cabutan bertuah tersebut. Bagi hadiah-hadiah cabutan bertuah utama akan dibuat sekali lagi pada tarikh yang akan ditetapkan bagi menentukan hadiah utama yang akan dimenangi. Semoga program ini akan dapat memberi penghargaan kepada wargakota Ipoh yang telah menjalankan tanggungjawab serta berharap sokongan padu yang berterusan dari wargakota kepada Majlis akan membantu merealisasikan hasrat untuk menjadikan Bandaraya Bestari Sejahtera. SESI CABUTAN BERTUAH CUKAI TAKSIRAN MBI TAHUN 2023 BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 41
BERITA BANDARAYA EDISI 01 - 2023 JAN I FEB I MAC I APRIL 42