The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU ATURCARA MAJLIS PELANCARAN PELAN PERANCANGAN STRATEGIK MBI, IPOH BANDAR RAYA RENDAH KARBON DAN IPOH WALKABLE CITY

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ipohcouncil, 2022-02-07 21:49:27

BUKU ATURCARA MAJLIS PELANCARAN PELAN PERANCANGAN STRATEGIK MBI, IPOH BANDAR RAYA RENDAH KARBON DAN IPOH WALKABLE CITY

BUKU ATURCARA MAJLIS PELANCARAN PELAN PERANCANGAN STRATEGIK MBI, IPOH BANDAR RAYA RENDAH KARBON DAN IPOH WALKABLE CITY

1“Ipoh Bestari Sejahtera”

Majlis Pelancaran

PELAN PERANCANGAN STRATEGIK
MAJLIS BANDARAYA IPOH, IPOH BANDAR RAYA

RENDAH KARBON DAN IPOH WALKABLE CITY

2 “Ipoh Bestari Sejahtera”

KATA ALU-ALUAN

DATUK BANDAR IPOH

Assalamualaikum
Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam
Sejahtera,

Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan
limpah kurnia dan inayah-Nya dapat kita
menganjurkan Majlis Pelancaran Pelan
Perancangan Strategik MBI 2021-2030, Pelan
Tindakan Ipoh Bandar Raya Rendah Karbon
2030 dan Ipoh Walkable City.

Majlis Bandaraya Ipoh sebagai pihak berkuasa tempatan yang mentadbir
bandar raya ini beriltizam untuk menjadi Ipoh sebuah bandar raya ideal
yang lebih menjurus kepada sebuah bandar raya pintar, rendah karbon,
berdaya huni, ekonomi mapan, bestari dan sejahtera kepada semua lapisan
masyarakat.

Perlaksanaan pelan-pelan yang komprehensif ini menjadi pemangkin
terhadap pembangunan, sosial dan ekonomi bandar raya Ipoh selaku ibu
negeri Perak Darul Ridzuan bagi mencapai visi dan misi selaras dengan
hasrat Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat untuk mencapai aspirasi Keluarga
Malaysia.

Akhir kata saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
Majlis Pelancaran ini semoga ia berjalan lancar serta mencapai matlamatnya.

Terima kasih.

YBHG. DATO’ HAJI RUMAIZI BIN BAHARIN @ MD DAUD DPMP., AMP., PPT.
DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA IPOH

3“Ipoh Bestari Sejahtera”

ATUR CARA MAJLIS

Majlis Pelancaran

PELAN PERANCANGAN STRATEGIK MAJLIS BANDARAYA IPOH,
IPOH BANDAR RAYA RENDAH KARBON
DAN IPOH WALKABLE CITY

RABU, 9 FEBRUARI 2022
HOTEL KINTA RIVERFRONT, IPOH

MASA PERKARA

2.30 Petang ◆ Ketibaan dif-dif Jemputan

2.50 Petang ◆ Ketibaan YBhg. Datuk Bandar Ipoh

3.00 Petang ◆ Ketibaan YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
◆ Nyanyian Lagu Negaraku

◆ Nyanyian Lagu Kebesaran Negeri Perak

◆ Bacaan Doa
◆ Sesi menandatangani Memorandum of
Understanding (MOU)
 Majuperak Holdings Berhad
 Tenaga Nasional Berhad
◆ Ucapan Perasmian dan Pelancaran
Pelan Perancangan Strategik Majlis Bandaraya
Ipoh, Ipoh Bandar Raya Rendah Karbon dan
Ipoh Walkable City oleh YAB Menteri Besar
Perak Darul Ridzuan
◆ Gimik Pelancaran

◆ Penyampaian Cenderahati kepada
Pasukan Kajian

◆ Sesi Bergambar
◆ Jamuan Makan

◆ Sidang Media

5.00 Petang ◆ YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
meninggalkan majlis

Pakaian : Lounge Suit

4 “Ipoh Bestari Sejahtera”

PELAN PERANCANGAN STRATEGIK
MAJLIS BANDARAYA IPOH 2021 - 2030

RINGKASAN

EKSEKUTIF

PELAN STRATEGIK merupakan komponen terpenting dalam usaha merangka
dan merancang bagi mencapai matlamat dan seterusnya menyumbang
kepada pencapaian agenda penyampaian perkhidmatan awam.

Pelaksanaan Pelan Perancangan Strategik Majlis Bandaraya Ipoh 2021-2030
berpandukan kepada visi untuk menjadikan Ipoh Bandar Wilayah Pintar
berteraskan ekosistem mampan dan bestari sejahtera.

Visi ini akan diterjemahkan dengan perancangan yang lebih menjurus
kepada sebuah bandar raya pintar, rendah karbon, berdaya huni, ekonomi
mapan, masyarakat bestari dan sejahtera.

Untuk mencapai visi ini, Majlis Bandaraya Ipoh perlu mengenalpasti
analisis persekitaran, aspirasi warga kota, isu dan cabaran sebagai faktor
menentukan hala tuju pelan perancangan ini.

Misi Majlis Bandaraya Ipoh adalah untuk memperkasakan pengurusan
bandar secara inklusif ke arah bandar raya pintar, rendah karbon dan
bestari sejahtera menjelang 2030.

Majlis Bandaraya Ipoh telah menggunakan analisis berkonsepkan Alam
Sekitar, Infrastruktur dan Manusia (AIM) dalam merealisasikan pelan
perancangan ini. Manakala pembentukan teras strategik pula dirangka
dengan menggunakan model lima (5) dimensi yang diilhamkan oleh YBhg.
Datuk Bandar Ipoh iaitu Man, Infrastructure, Nature, Economy, Regulation
(MINER) yang sinonim dengan Ipoh yang dibangunkan dalam era
perlombongan bijih timah.

Sehubungan dengan itu, lima (5) teras strategik telah dibangunkan iaitu
Pembentukan Masyarakat Bestari Sejahtera, Memperkasakan Infrastruktur
dan Kemudahan Awam, Melestarikan Alam Sekitar, Mengukuhkan Ekonomi
Yang Berdaya Tahan dan Memperkasakan Tadbir Urus Yang Kompeten.

Agenda Global, Kerajaan Pusat, Negeri dan Majlis Bandaraya Ipoh adalah
asas penjajaran di dalam pembangunan pelan perancangan ini.

Seiring dengan itu, Majlis Bandaraya Ipoh telah menetapkan penanda
aras sebagai asas panduan penyediaan strategi dan pelan tindakan agar
pelaksanaan pelan perancangan ini tercapai.

Majlis Bandaraya Ipoh telah menetapkan tujuh (7) penandaaras iaitu Ipoh
Bandar Raya Terbersih di Malaysia 2023, Ipoh Bandar Raya Pelancongan
Utama Negara [Berdasarkan Konsep 3H (Heritage, Hipster & Health) 2025],
Ipoh Bandar Raya Infrastruktur Digital dan Infrastruktur lain antara terbaik
di Malaysia 2027, Ipoh Bandar Raya Pintar 2030, Ipoh Bandar Raya Rendah
Karbon 2030, Ipoh Bandar Raya Bestari Sejahtera 2030 dan Ipoh mencapai
sasaran Bandar Raya Berpendapatan Tinggi 2030.

5“Ipoh Bestari Sejahtera”

ASPIRASI

WARGA BANDAR RAYA IPOH

Bandar Berdaya Berdaya Hijau dan
Mampan Tahan Huni Bersih

Maju dan Kekal Teknologi Persekitaran
Dinamik Warisan Hijau Bandar

Pelancongan Eko- Pengindahan Kehidupan
Pintar Pelancongan Lestari

Sifar Tingkat Tadbir
Kemiskinan Ekonomi Urus Cekap

dan
Berintegriti

6 “Ipoh Bestari Sejahtera”

PENANDAARASAN

PELAN PERANCANGAN STRATEGIK MBI 2021-2030

2023 2025 2027

IPOH BANDAR IPOH IPOH
RAYA TERBERSIH DI BANDAR RAYA BANDAR RAYA
PELANCONGAN INFRASTRUKTUR
MALAYSIA UTAMA NEGARA DIGITAL DAN
INFRASTRUKTUR
LAIN, ANTARA

TERBAIK DI
MALAYSIA

2030 2030 2030

IPOH BANDAR IPOH BANDAR IPOH BANDAR
PINTAR RENDAH KARBON BESTARI SEJAHTERA

2030

IPOH MENCAPAI
SASARAN BANDAR
BERPENDAPATAN

TINGGI

7“Ipoh Bestari Sejahtera”

VISI

IPOH BANDAR WILAYAH PINTAR BERTERASKAN
EKOSISTEM MAMPAN DAN BESTARI SEJAHTERA

MISI

MEMPERKASAKAN PENGURUSAN
BANDAR SECARA INKLUSIF KE ARAH BANDAR RAYA PINTAR, RENDAH KARBON DAN

BESTARI SEJAHTERA MENJELANG 2030

SLOGAN

IPOH BESTARI SEJAHTERA

TERAS

STRATEGIK

PEMBENTUKAN

1 MASYARAKAT
BESTARI SEJAHTERA

TERAS MEMPERKASAKAN

STRATEGIK 2 INFRASTRUKTUR DAN
KEMUDAHAN AWAM
3 MELESTARIKAN
ALAM SEKITAR

4 MENGUKUHKAN EKONOMI
YANG BERDAYA TAHAN
MEMPERKASAKAN

5 TADBIR URUS YANG
KOMPETEN

1 4 STRATEGI 2 5 STRATEGI 3 3 STRATEGI
4 KEBERHASILAN 5 KEBERHASILAN 3 KEBERHASILAN
13 PELAN TINDAKAN 14 PELAN TINDAKAN 12 PELAN TINDAKAN

4 5 STRATEGI 5 5 STRATEGI
5 KEBERHASILAN 5 KEBERHASILAN
25 PELAN TINDAKAN 22 PELAN TINDAKAN

5 TERAS 22 STRATEGI 22 KEBERHASILAN 86 PELAN TINDAKAN

8 “Ipoh Bestari Sejahtera”

IPOH KE ARAH BANDAR RAYA
RENDAH KARBON 2030

RINGKASAN

EKSEKUTIF

Pelan Tindakan ini memfokuskan kepada empat (4) elemen di dalam
bandar raya rendah karbon yang akan menyumbang kepada pelepasan
gas rumah hijau (GHG) iaitu :
i. Persekitaran Bandar (UE)
ii. Infrastruktur Bandar (UI)
iii. Pengangkutan Bandar (UT)
iv. Bangunan (B)

Perangkaan strategi bagi setiap kriteria utama adalah berdasarkan 20 teras
strategi kearah pencapaian matlamat menjadikan Ipoh sebagai Bandaraya
Rendah Karbon pada 2030. Daripada 20 teras strategi tersebut, terdapat 41
tindakan utama dan 95 subtindakan yang telah dikenal pasti.
Garis masa bagi setiap pelan tindakan utama adalah terbahagi kepada
empat (4) kategori pelaksanaan dan penyampaian garis masa iaitu

9“Ipoh Bestari Sejahtera”

(1) Quick win (QW), (2) projek jangka pendek (Short), (3) projek jangka
sederhana (Medium) dan (4) projek jangka panjang (Long).

Ultra-Low Emissions Zone (ULEZ) merupakan kawasan yang disasar sebagai
kawasan yang berpotensi bagi menyumbang kepada pengurangan
karbon (CO2) yang sangat rendah di dalam Blok Perancangan 1 (BP1).
Sasaran pengurangan karbon untuk kawasan ULEZ adalah sebanyak
45% pada tahun 2023. Pengurangan karbon ini akan dinilai berdasarkan
lima (5) elemen utama iaitu peningkatan kawasan hijau, pengangkutan
rendah karbon, pengurusan tenaga lestari, pengurusan air mampan dan
pengurusan sisa pepejal.
STRATEGI 1: Peningkatan kawasan hijau ULEZ
STRATEGI 2: Pemeliharaan dan pemuliharaan rizab sungai

10 “Ipoh Bestari Sejahtera”

STRATEGI 3: Pengangkutan rendah karbon
STRATEGI 4: Pengangkutan awam lestari

STRATEGI 5: Heritage Transport
STRATEGI 6: Pengurusan lalulintas di dalam ULEZ
STRATEGI 7: Park & Ride
STRATEGI 8: ULEZ Pedestrian Link

11“Ipoh Bestari Sejahtera”

STRATEGI 9: ULEZ bicycle lane
STRATEGI 10: Jambatan ikonik
STRATEGI 11: Pengurusan tenaga lestari
STRATEGI 12: Pengurusan sisa

12 “Ipoh Bestari Sejahtera”

KAJIAN WALKABLE CITY
KAWASAN PEKAN IPOH SELARAS BANDAR
PELANCONGAN WARISAN DAN RENDAH
KARBON

RINGKASAN

EKSEKUTIF

Walkablecity kawasan pekan Ipoh selaras bandar pelancongan warisan
dan bandar rendah karbon bagi Majlis Bandaraya Ipoh.

Penyediaan laluan pejalan kaki dan laluan basikal serta kemudahan-
kemudahan di kawasan kajian untuk menggalakkan aktiviti berjalan kaki
dan berbasikal serta pengurangan karbon di bandar raya Ipoh.

Pemuliharaan
Alam Sekitar

Pembangunan
Ekonomi yang
Mampan

Hubungan
Interaksi Sosial

13“Ipoh Bestari Sejahtera”

RANGKA KERJA PEMBANGUNAN
Mencapai inspirasi Majlis Perbandaran Ipoh (MBI) untuk menjadikan Pekan
Ipoh sebagai Bandar Pelancongan Warisan dan Rendah Karbon

ISU UTAMA
Connectivity
Keselamatan
Comfort
Awareness

14 “Ipoh Bestari Sejahtera”

KONSEP PEMBANGUNAN
Bandar 15 - minit bertujuan untuk menyediakan semua yang anda perlukan
dalam masa 15 - minit berjalan kaki atau berbasikal: pekerjaan, sekolah,
makanan, taman, komuniti, perubatan dan banyak lagi.

KONSEP PEMBANGUNAN

15“Ipoh Bestari Sejahtera”

SAMBUNGAN CURB

REKA BENTUK LALUAN BASIKAL
PEJALAN KAKI SAHAJA

16 “Ipoh Bestari Sejahtera”

Penghargaan

MAJLIS BANDARAYA IPOH
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

dan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung

dan tidak langsung dalam menjayakan

Majlis Pelancaran
Pelan Perancangan Strategik
Majlis Bandaraya Ipoh 2021-2030,
Pelan Tindakan Ipoh ke arah Bandar Raya

Rendah Karbon 2030 dan
Kajian Walkable City kawasan Pekan Ipoh selaras bandar

pelancongan warisan dan rendah karbon.

Sekian, Terima Kasih.

17“Ipoh Bestari Sejahtera”

Diterbitkan oleh
Bahagian Pengurusan Kualiti dan Penerbitan

Unit Korporat dan Aduan Awam
Majlis Bandaraya Ipoh
Jalan Sultan Abdul Jalil,
Greentown, 30450 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
05 - 208 3333
05 - 253 7396
[email protected]


Click to View FlipBook Version