The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ipohcouncil, 2026-06-22 05:47:54

BULETIN EDISI 1 2026

BULETIN EDISI 1 2026

Sidang RedaksiPENASIHATYBhg. Tuan Zamakhshari bin HanipahDatuk Bandar IpohTIMBALAN PENASIHATTuan Ahmad Munir bin IshakSetiausaha BandarayaKETUA EDITORPuan Normala binti LatiffPengarah Korporat Bandaraya EDITORPuan Faridah binti Haji Abdul AzizPenolong Pengarah Kanan Korporat PENERBIT Muhammad Faridzul Azmir bin Hamid PEREKA Maizatul Sofea binti ZamaniJURU FOTOMohammad Nazrin Shah bin ShahuriMuhammad Izham bin Azman TERBITANUnit Korporat dan Aduan AwamMajlis Bandaraya IpohJalan Sultan Abdul Jalil,30450 Greentown,Ipoh, Perak.Telefon : 05 - 208 3260Hotline : 05 - 255 1515Faks : 05 - 253 7396email : [email protected] Pengurusan Kualiti dan Penerbitan,Unit Korporat dan Aduan Awam,Majlis Bandaraya Ipoh.HAK CIPTA TERPELIHARAPenerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula dalam apa-apa jua bentuk dan dengan apa-apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Majlis Bandaraya Ipoh.


PEMBANGUNANMENGADAKANLAWATAN KERJAKE BANDAR RAYA IPOH2 Januari 2026 – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengadakan lawatan kerja ke bandar raya Ipoh pada awal Januari 2026.Lawatan itu diadakan bertujuan bagi meninjau projekprojek pembangunan dan penaiktarafan di kawasan Ipoh. YB Nga Kor Ming, Menteri KPKT berkata, lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dan KPKT dalam memperkasa pihak berkuasa tempatan serta memastikan kemudahan awam yang selesa, selamat dan berdaya huni demi meningkatkan kualiti hidup rakyat di bandar raya Ipoh. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau projek Penaiktarafan Jalan Medan Ipoh 6, di Ipoh.Lawatan kerja ini turut dihadiri YB Sandrea Ng Shy Ching, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, YB Jenny Choy Tsi Jen, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, YBhg. Dato’ Mohd Fadzli Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, En. Mansor Mohamad, Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara dan YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.Antara projek utama lain yang turut dilawati Pasar Awam Bercham, Taman Rekreasi MADANI Taman Tasek Jaya, Pasar Kampung Tawas serta Dewan Kampung Tawas.3


PEMBANGUNANSESI TOWN HALLMBI MENGANJURKANPELANCONGAN BANDAR RAYA IPOH20 JANUARI 2026 – Sebagai usaha merangka hala tuju serta memperkukuhkan lagi strategi pembangunan pelancongan bandar raya Ipoh secara mampan, inklusif dan berdaya saing, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan Sesi Townhall Pelancongan Bandar Raya Ipoh 2026–2030.Menurut YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, penganjuran program ini sebagai platfrom bagi mendapatkan pandangan, maklum balas dan cadangan ke arah memastikan pembangunan pelancongan bandar raya Ipoh yang berdaya tahan dan berterusan.Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Sesi Townhall Pelancongan Bandar Raya Ipoh 2026–2030 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC).Hadir sama pada program berkenaan YBhg. Datuk Haji Mazlan Abd. Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, YBhg. Datuk Odzman Abdul Kadir, Presiden Persatuan Pelancongan Negeri Perak, En. Muhammad Aminuddin Abdul Majid, Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Utara, dan En. Suhaimi Hassan Shari, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Perak.Program Sesi Townhall ini telah menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk wakil agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri, pemain industri pelancongan, rakan strategik serta badan bukan kerajaan.4


23 Februari 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengadakan satu sesi penerangan berhubung cadangan naik taraf persimpangan di Jalan Perajurit dan Jalan Perajurit 6, Taman Ipoh Timur.Tujuan utama sesi penerangan diadakan adalah bagi memberi penjelasan terperinci kepada penduduk setempat mengenai perancangan dan pelaksanaan projek berkenaan.Turut hadir pada program ini, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, merangkap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Canning, YB Jenny Choi Tsi Jen, Ahli Parlimen Ipoh Timur YB Howard Lee Chuan How dan Ahli-ahli Majlis MBI.Dalam sesi tersebut, pihak Jabatan Kerja Awam MBI yang diwakili Timbalan Pengarah Kerja Awam MBI, Ir. Ts. Arif Zainudin telah membentangkan cadangan reka bentuk serta skop kerja yang akan dilaksanakan.Antara fokus utama projek ini termasuk penambahbaikan sistem aliran trafik, peningkatan ciri keselamatan jalan raya serta langkah-langkah mitigasi bagi mengurangkan kesesakan khususnya pada waktu puncak.Menerusi program itu juga penduduk setempat turut diberi ruang untuk mengemukakan pandangan, cadangan dan pertanyaan bagi memastikan pelaksanaan projek ini mengambil kira keperluan komuniti setempat secara menyeluruh.MBI sentiasa komited untuk terus mempertingkatkan kemudahan infrastruktur bandar secara mampan dan inklusif demi kesejahteraan serta keselamatan warga Ipoh.PENERANGAN CADANGANSesiPEMBANGUNAN5


PENCAPAIAN12 Februari 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih dua pengiktirafan berprestij dalam Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2025 di bawah penarafan Low Carbon Cities Framework (LCCF).Menerusi pengiktirafan ini, MBI telah menerima Anugerah LCCF, 5 Diamond Award bagi Kawasan Perancangan Pusat (KPP) Ipoh dan LCCF, 3 Diamond Award bagi Bangunan UTC Perak.Anugerah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif LCCF yang diterajui oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) serta dilaksanakan oleh Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC).Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan YB Dato' Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.Dengan pengiktirafan ini, MBI akan terus komited memperluas pelaksanaan pelan tindakan bandar rendah karbon sejajar dengan aspirasi pembangunan mampan negara serta usaha menangani cabaran perubahan iklim global.MAJLIS ANUGERAH LCCFMBI RAIH DUA6


Cabutan BertuahCUKAI TAKSIRAN BULANAN16 Januari 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) merekodkan 34,913 bil pembayaran awal Cukai Taksiran 2026 dengan jumlah kutipan keseluruhan mencecah RM13.83 juta, sehingga 14 Januari lalu.YBhg. Tuan Zamakhshari Hanipah, Datuk Bandar Ipoh berkata, pencapaian tersebut membuktikan tahap kesedaran serta komitmen tinggi penduduk bandar raya dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing.Justeru, Program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Bulanan yang dianjurkan MBI adalah sebagai inisiatif hebahan awal bagi menggalakkan warga kota membuat bayaran awal bil cukai taksiran, yang telah dibuka bermula November 2025.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MBI 2026 bagi Bulan November dan Disember 2025, di Bangunan MBI, Ipoh.Menurut YBhg. Tuan Zamakhshari, bagi edisi kali ini, MBI menawarkan hadiah cabutan bertuah berupa dua buah motosikal skuter, masing-masing model AX200S dan Nova 160 dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM16,000 untuk dimenangi oleh dua pemenang.Tambah beliau, kedua-dua pemenang berkenaan turut layak untuk menyertai Cabutan Bertuah Utama Cukai Taksiran Tahun 2026, yang dijadualkan berlangsung selepas tamat tempoh bayaran pada 28 Februari 2026.BESTARI SEJAHTERA7


11 Februari 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan Bengkel Pelan Strategik Pelancongan Bandar Raya Ipoh 2026–2030 sebagai langkah penting merangka hala tuju pembangunan pelancongan Ipoh untuk tempoh lima tahun akan datang.Bengkel sehari itu telah menghimpunkan pelbagai pemegang taruh termasuk agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri, persatuan pelancongan, rakan strategik industri serta pemain pelancongan tempatan.Terdahulu majlis perasmian bengkel tersebut telah disempurnakan Tuan Ahmad Munir Ishak, Setiausaha Bandaraya, mewakili Datuk Bandar Ipoh.Penganjuran program ini merupakan kesinambungan dan terjemahan langsung kepada dapatan daripada Sesi Townhall Pelancongan Bandar Raya Ipoh 2026–2030 yang telah diadakan pada Januari lalu, di mana pelbagai pandangan dan aspirasi pemegang taruh telah dikumpulkan.Diharapkan bengkel seumpama ini menjadi medan perbincangan yang terbuka, konstruktif dan berorientasikan penyelesaian bagi memastikan Pelan Strategik Pelancongan Bandar Raya Ipoh 2026–2030 benar-benar berupaya memacu Ipoh sebagai destinasi pelancongan warisan yang sejahtera, mampan dan berdaya saing. MBI HALA TUJU PELANCONGANBENGKEL PELAN STRATEGIK PELANCONGANBANDAR RAYA IPOHBESTARI SEJAHTERA8


11 Februari 2026 – Setiap kali perayaan utama, anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sentiasa diingati.Bersempena menyambut Tahun Baru Cina, seramai 15 anggota MBI telah menerima sumbangan khas MBI prihatin, sebagai simbol kasih sayang dan penghargaan semasa musim perayaan.Sumbangan berupa duit raya itu telah disampaikan YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.Sumbangan ini secara tidak langsung dapat menzahirkan tanda keprihatinan MBI dalam membantu golongan masyarakat yang memerlukan dalam suasana harmoni dan bermuafakat.Diharapkan pemberian ini akan membantu meringankan beban penerima di samping menceriakan lagi Sambutan Tahun Baru Cina tahun ini.BESTARI SEJAHTERASUMBANGANTAHUN BARU CINA9


MB WALKABOUT BAZARMERASMIKAN BAZAR RAMADAN PEKARANGAN STADIUM PERAK19 Februari 2026 – YAB Dato' Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak telah meluangkan masa berkunjung dan merasmikan Bazar Ramadan Pekarangan Stadium Perak.Kehadiran beliau itu diiringi YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh serta Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu (PPPKM) Negeri Perak, En. Asmadi Teh.YAB Dato' Seri Saarani yang tiba sekitar jam 4.30 petang itu meluangkan masa sekitar 30 minit meninjau dan beramah mesra dengan peniaga serta pengunjung bazar.Selain menyerahkan apron dan topi kepada peniaga, Menteri Besar Perak turut menyampaikan bekas makanan kepada pengunjung sebagai usaha kempen pengurangan penggunaan beg plastik sekali guna.Untuk makluman, Bazar Ramadan pekarangan Stadium Perak telah menempatkan sebanyak 220 tapak niaga termasuk empat kenderaan Saji.Selain itu, bagi memastikan kelancaran operasi bazar Ramadan, pelbagai kemudahan telah disediakan antaranya khemah urus setia dengan petugas sepenuh masa, surau bergerak Majlis Bandaraya Ipoh dan Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.).BESTARI SEJAHTERA10


BESTARI SEJAHTERA2 April 2026 – Bagi memupuk kesedaran terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Jabatan Perumahan Negara (JKP) telah menganjurkan Program Harmoni Hijau (Pembudayaan Landskap).Program tersebut telah berlangsung di Gelanggang Bola Keranjang, Pangsapuri Kinta Heights, Ipoh.Inisiatif ini memberi penekanan kepada penglibatan komuniti, khususnya golongan berusia, dalam aktiviti landskap dan penghijauan kawasan kediaman.Antarat aktiviti yang diadakan sepanjang program ini berlangsung adalah gotong-royong membersihkan kawasan, kerja mengecat semula laluan pejalan kaki serta aktiviti penanaman pokok sebagai simbolik perasmian.Terdahulu program tersebut telah dirasmikan oleh Encik Khairul Anwar Bachok, Timbalan Ketua Pengarah (Pemajuan Perumahan), Jabatan Perumahan Negara.Turut hadir Tuan Ahmad Munir Ishak, Setiausaha MBI, wakil Jabatan Landskap Negara, Jabatan Perumahan Negara serta komuniti setempat termasuk Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Kinta Heights.Program11


BESTARI SEJAHTERA'Reward'7 April 2026 – Seramai 20 anggota lapangan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menerima reward menerusi penilaian prestasi pada bulan Januari dan Februari 2026.Majlis penyampaian reward ini telah disempurnakan YBhg. Tuan Zamakhshari Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.Ganjaran yang diberikan merangkumi Sijil Penghargaan Cemerlang, wang tunai sebanyak RM100.00 yang dikreditkan ke akaun penerima serta paparan nama dan gambar penerima di lokasi strategik atau tempat tumpuan awam.Inisiatif diperkenal sejak tahun lalu ini bertujuan meningkatkan motivasi dan semangat kerja dalam kalangan anggota lapangan, seterusnya memastikan bandar raya Ipoh sentiasa berada dalam keadaan bersih,indah dan sejahtera.MBI berharap pemberian reward ini akan menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi kerja serta mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan anggota lapangan untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan bandar raya Ipoh.12


IPOHPENGLIBATAN2 RIBU PESERTALOW CARBON DAY25 Januari 2026 – Ipoh Low Carbon Day (ILCD)berlangsung meriah dengan penglibatan lebih 2 ribu peserta.Dengan pengisian yang luar biasa, panganjuran kali ini melibatkan kolaborasi bersama antara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan (ANUALAE) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).Bertemakan Street For People, Not For Cars, acara yang berlangsung di Persiaran Bandaraya Ipoh ini, telah memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati aktiviti riadah, pendidikan alam sekitar dan interaksi sosial. Acara yang berlangsung seawal 7.30 pagi itu, dimulakan dengan penganjuran CUEPACS Fun Run @ Ipoh Low Carbon Day 2026, iaitu larian santai sejauh 5 kilometer.Selain itu, bagi meringankan beban kos sara hidup warga Ipoh, Program Jualan Rahmah MADANI turut diadakan dengan kerjasama KPDN, dengan menawarkan pelbagai barangan keperluan asas pada harga yang sangat berpatutan.Di samping itu, pengunjung yang hadir juga turut berpeluang mengunjungi pameran kitar semula serta menikmati pelbagai promosi produk hijau.Majlis perasmian Program ILCD edisi pertama ini telah disempurnakan oleh En. Azman Shah Abdul Rahman, Timbalan Presiden 1 CUEPACS Malaysia mewakili Presiden CUEPACS Malaysia.Hadir sama pada program berkenaan YBhg. Clr. En. Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh.13


KSDBI ANJURMAJLIS PENGHARGAAN SUKAN MALA 2024SUKAN13 Februari 2026 – Lebih 2,000 anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang menyertai Karnival Sukan Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) 2024, telah diraikan dalam satu majlis penghargaan, inisiatif Kelab Sukan Dewan Bandaraya Ipoh (KSDBI).Program ini dianjurkan bertujuan bagi menghargai kecemerlangan anggota yang mengambil bahagian dalam sukan yang dianjurkan sehingga menjadikan MBI sebagai Juara Keseluruhan Karnival Sukan MALA 2024.Menurut YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh kejayaan yang diperolehi ini mencerminkan komitmen, disiplin dan semangat berpasukan tinggi dalam kalangan warga MBI, bukan sahaja dalam aspek pentadbiran dan perkhidmatan bandar, malah turut cemerlang dalam arena kesukanan.Menurut beliau lagi, penganjuran Karnival Sukan MALA bukan sahaja menjadi platform pertandingan, malah berperanan mengukuhkan semangat kesukanan, memupuk nilai kepimpinan, daya tahan mental serta mempererat jaringan kerjasama strategik antara pihak berkuasa tempatan seluruh negara.Dalam pada itu beliau berharap pada edisi MALA 2026, kontinjen MBI dapat memberi komitmen penuh dalam acara sukan yang dipertandingkan sekali gus mempertahankan kejuaraan. Sebagai info pada Karnival Sukan MALA 2024 MBI muncul sebagai Juara dengan pungutan 58 mata keseluruhan.14


SUKAN32 Anggota SertaiFASA 1/2026 DI PAHANG15 April 2026 – Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (MALA) 2026, Fasa 1 menyaksikan empat acara sukan dipertandingkan iaitu golf, sepak takraw, petanque dan dart. Kejohanan yang berlangsung di Pahang itu melibatkan penyertaan seramai 32 anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).Terdahulu, majlis penyerahan bendera kepada kontinjen MBI serta pelepasan ke Sukan MALA telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mazlan bin Abd. Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI yang mewakili Datuk Bandar Ipoh.Turut hadir dalam program berkenaan ialah En.t Ahmad Zaiyadi bin Sudin, Pengarah Khidmat Pengurusan MBI merangkap Ketua Kontinjen Sukan MALA 2026, sertaEn. Ridza’uddin bin Mohd Radzi, Yang Dipertua Kelab Sukan Dewan Bandaraya Ipoh (KSDBI).Dalam ucapannya, YBhg. Datuk Mazlan menzahirkan harapan agar pasukan MBI dapat mencapai kejayaan cemerlang, di samping menjadikan setiap pertandingan sebagai platform untuk mempamerkan kemampuan terbaik.Sukan MALA 2026 Fasa 1 di Pahang berlangsung selama lima hari, bermula 15 hingga 19 April 2026.15


19 April 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berjaya merangkul gelaran Naib Johan bagi acara sepak takraw sempena Karnival Sukan Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan (MALA) Fasa 1 2026.Kejohanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Komuniti Mempaga, Bentong, Pahang itu menyaksikan MBI tewas tipis kepada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dalam perlawanan sengit dengan keputusan 2-1.Dalam ucapannya, YBhg. Datuk Mazlan menzahirkan harapan agar pasukan MBI dapat mencapai kejayaan cemerlang, di samping menjadikan setiap pertandingan sebagai platform untuk mempamerkan kemampuan terbaik.Terdahulu, majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Pn. Nurul Nazreen binti Nordin, Setiausaha Majlis Perbandaran Bentong.Bagi kedudukan lain, Majlis Bandaraya Subang Jaya berjaya meraih tempat ketiga, manakala Majlis Bandaraya Seremban menduduki tempat keempat.Sukan MALA 2026 Fasa 1 yang berlangsung di negeri Pahang itu turut menyaksikan MBI menghantar seramai 32 orang kontinjen bagi menyertai empat acara sukan yang dipertandingkan iaitu golf, sepak takraw, petanque dan dart.Sementara itu, kontinjen petanque MBI turut membanggakan apabila berjaya menempatkan diri dalam kelompok 16 pasukan terbaik daripada 55 pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Malaysia yang mengambil bahagian.Bagi acara golf pula, MBI berjaya menduduki tempat MBI RANGKUL ke-16 daripada 40 PBT yang bertanding.SEPAK TAKRAWSUKAN16


TAHUN BARU CINADI LORONG SENI@LORONG PANGLIMA IPOH12 Februari 2026 – Sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina di Ipoh Meriah dengan penganjuran program di Lorong Seni@Lorong Panglima Ipoh.Program anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ini, diadakan bagi memberi peluang kepada warga bandar raya Ipoh mengenali tradisi dan budaya berbilang kaum dalam meraikan perayaan masyarakat di negara ini.Acara yang bermula pada jam 9.00 pagi itu diisi dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya pertunjukan Tarian Singa dan pertunjukan Gendang Cina dengan kerjasama Macha & Seni Market, persembahan Gema Warisan Budaya MBI, pameran bekas pelajar Bridge Club Ipohserta jualan kraftangan daripada pengusaha kraf tempatan di bandar raya Ipoh.PELANCONGANSambutan17Terdahulu program tersebut telah dirasmikan oleh Toh Amar Pahlawan, YBhg. Dato' Ahmad Hariri Kamarudin, Ahli Majlis MBI. Turut hadir memeriahkan program ialah Ahli-ahli Majlis, Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai Majlis Bandaraya Ipoh.MBI berharap penganjuran Program Sambutan Tahun Baru Cina ini dapat mengukuhkan lagi pemahaman warga bandar raya terhadap budaya masyarakat Cina dalam menyambut perayaan yang penuh bermakna ini, di samping memupuk hubungan yang lebih erat dalam kalangan komuniti setempat.


31 Januari 2026 – Seramai 29 orang kanak-kanak telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen Taska Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Persatuan Pegawai Kanan (PADUAN) MBI-PADUAN.Program yang diadakan di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) itu turut dihadiri YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.Berucap pada majlis berkenaan, YBhg. Tuan Zamakhshari berkata penganjuran Majlis Konvokesyen kali ke-17 ini telah mencerminkan kejayaan berterusan Taska MBI–PADUAN dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti.Dalam pada itu Datuk Bandar turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pendidik dan pengasuh atas dedikasi serta kesabaran mereka, selain mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, penjaga dan PADUAN MBI atas sokongan padu yang diberikan.Hadir sama pada program berkenaan Ir. Ts. Arif Mohd Zainudin, Presiden PADUAN, barisan Ketua Jabatan MBI serta Ahli Jawatankuasa PADUAN.Sempena sambutan berkenaan turut diadakan Majlis Hari Keluarga yang mencerminkan semangat kekeluargaan, kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan warga MBI.PROGRAMTASKA MBI18


OLEH PERSATUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT NEGERI PERAK11 Februari 2026 – Persatuan Teknologi Maklumat Negeri Perak (PTeM) telah menganjurkan Seminar Technology Update: Future Digital Ready Enterprise: Data Centre, Cloud & Network 2026.Seminar ini diadakan bertujuan bagi meningkatkan kefahaman dan pendedahan terhadap perkembangan teknologi semasa khususnya dalam bidang pusat data, perkomputeran awan dan rangkaian, ke arah memperkukuh kesiapsiagaan digital organisasi.Acara yang berlangsung di Casuarina Convention Centre itu telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh. Program selama sehari ini melibatkan penyertaan seramai 150 orang peserta.Majlis Bandaraya Ipoh menyambut baik penganjuran seminar ini selaras dengan usaha transformasi digital MBI ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, selamat dan berimpak kepada warga bandar raya.SeminarPROGRAM19


12 Februari 2026 – Sebagai tanda menghargai jasa dan sumbangan Ahli-ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), satu majlis penghargaan yang dikenali sebagai majlis Jasamu Dikenang telah dianjurkan.Acara yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) itu turut dihadiri YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh. Berucap pada majlis berkenaan Datuk Bandar berkata program yang dianjurkan ini merupakan simbol penghargaan kepada Ahli-ahli Majlis sepanjang tempoh perkhidmatan mereka bersama MBI.Menerusi acara ini, kesemua mereka telah diraikan dengan jamuan makan dan persembahan hiburan oleh Kumpulan Gema Warisan Budaya MBI. Turut disampaikan adalah cenderahati MBI sebagai tanda kenang-kenangan.MBI menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan Ahli Majlis yang telah memberi komitmen padu kepada MBI dan seluruh warga bandar raya Ipoh.Majlis PenghargaanPROGRAM20


PROGRAM2 Mac 2026 - Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan Program Ihya’ Ramadan dan Ceramah Agama.Program yang berlangsung di Bilik Gerakan, Tingkat 2, Bangunan MBI itu turut dihadiri Puan Kartini Binti Ibrahim, Pengerusi PUSPANITA MBI.Berucap pada majlis berkenaan Pengerusi PUSPANITA MBI menzahirkan rasa syukur kerana dapat menghimpunkan warga PUSPANITA dalam program penuh bermakna bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, keampunan dan rahmat.Antara objektif utama penganjuran program ini adalah untuk menghayati tujuan berpuasa sebagai salah satu rukun Islam, mengamalkan tingkah laku yang baik berpandukan ajaran Al-Quran, menyemaikan semangat suka bersedekah dan membantu golongan yang memerlukan dan mensyukuri segala rezeki yang dikurniakan serta menghayati roh Ramadan sebagai pemangkin kejayaan ummah.Program ini turut diserikan dengan penyampaian sumbangan bantuan Aidilfitri kepada golongan yang memerlukan sebagai tanda keprihatinan dan semangat kebersamaan warga PUSPANITA MBI.Inisiatif ini bertujuan membantu penerima agar dapat menyambut Syawal dengan lebih bermakna di samping memupuk budaya bersedekah dan saling membantu dalam kalangan masyarakat.Puspanita MBIPROGRAM IHYA' RAMADAN & CERAMAH AGAMA21


12 Mac 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meneruskan tradisi tahunan sempena bulan Ramadan dengan menganjurkan Program Bubur Lambuk MBI 2026.Menerusi program ini sebanyak 2,000 bekas bubur lambuk telah diedarkan kepada warga MBI.Program yang dianjurkan ini sebagai tandamencerminkan semangat berkongsi rezeki selain dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga kerja MBI.Selain itu, bagi memeriahkan lagi suasana program bubur lambuk ini, turut berlangsung pertandingan hiasan khemah yang disertai oleh empat kumpulan yang terdiri daripada Jabatan dan Unit di MBI.Juara bagi pertandingan tersebut membawa pulang wang tunai RM400.00, manakala tempat kedua RM300.00, tempat ketiga RM200.00 dan keempat pula dengan nilai hadiah RM100.00.Terdahulu YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah dan penyerahan bubur lambuk kepada anggota Majlis.Turut hadir memeriahkan program ialah YBhg. Datuk Mazlan Abd. Rahman dan YBhg. Clr. En. Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis serta barisan Ahli Majlis dan Ketua Jabatan MBI.Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuhkan lagi semangat kebersamaan serta ukhwah dalam kalangan warga kerja MBI.PROGRAMPROGRAM Bubur Lambuk 202622


MajlisRAMADAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KHAS MBI PRIHATIN13 Mac 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan Majlis Iftar Ramadan dan Penyampaian Sumbangan Khas MBI Prihatin kepada anggota Majlis.Program yang berlangsung di Masjid Muhibbuddin Shah, Greentown Ipoh itu turut dihadiri YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.Penganjuran program tersebut merupakan manifestasi komitmen MBI dalam menyantuni warga kerja bersempena kemuliaan bulan Ramadan.Selain pemberian sumbangan kepada anggota Majlis, turut diadakan majlis bacaan doa dan tahlil, serta majlis berbuka puasa.MBI berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang sebagai tanda menghargai anggota Majlis atas komitmen dan sumbangan mereka dalam membantu pembangunan serta kebajikan masyarakat di bandar raya Ipoh.PROGRAM23


Sambutan Nuzul Al-QuranPERINGKAT MBIPROGRAM13 Mac 2026 - Bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadan, sempena peristiwa agung Nuzul Al-Qur’an, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan Sambutan Nuzul Al-Qur’an Peringkat MBI.Penganjuran program ini sekali gus dapat meningkatkan kesedaran serta kefahaman warga MBI mengenai kepentingan menghayati ajaran Al-Qur’an, selain memperkukuhkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.Atur cara majlis dimulakan dengan selawat beramairamai, diikuti dengan bacaan doa serta Ceramah Khas Sempena Nuzul Al-Qur’an yang disampaikan oleh Dr. Muhammad Mustaqim Roslan, Dekan Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial (USAS).Turut hadir pada majlis berkenaan YBhg. Tuan Zamakhshari Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, Tuan Ahmad Munir Ishak, Setiausaha Bandaraya, YBhg. Datuk Mazlan Abd Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI dan barisan Ahli Majlis serta Ketua-Ketua Jabatan MBI.Diharapkan agar program seumpama ini dapat terus mengimarahkan bulan Ramadan serta memperkukuhkan ukhuwah di bulan yang penuh keberkatan dengan pelbagai aktiviti keagamaan.24


FIESTA RAYA IPOH 2026RIVERFRONT@OLD TOWN14 Mac 2026 – Sebanyak 10 ribu pengunjung dijangka memeriahkan Fiesta Raya Ipoh 2026 Riverfront@Old Town yang diadakan selama 6 hari bermula 14 Mac lalu.Program yang berlangsung di Kinta Riverwalk Ipoh itu, diadakan sempena sambutan Aidilfitri serta kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.Penganjuran program yang diselaraskan oleh Tourism Perak ini, turut mendapat kerjasama daripada 11 jabatan dan agensi kerajaan.Terdahulu, YAB Dato' Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak telah hadir ke program berkenaan sekali gus merasmikan Fiesta Raya Ipoh 2026 Riverfront@Old Town.Selain jualan, terdapat juga pengisian menarik termasuk persembahan kebudayaan, demonstrasi silat, persembahan roti canai terbang serta demonstrasi kraf tangan tempatan.Penganjuran acara yang berimpak tinggi ini merupakan antara usaha berterusan kerajaan Perak dalam memastikan negeri ini kekal sebagai destinasi pelancongan pilihan utama yang menawarkan pengalaman budaya yang autentik dan pelbagai.PROGRAM25


30 Mac 2026 – Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Ahliahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi tempoh 16 Mac 2026 hingga 15 Mac 2028 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Mesyuarat, MBI.Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak Darul Ridzuan bersama YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.Turut hadir ialah Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak, Setiausaha Bandaraya serta Ketua-Ketua Jabatan MBI.Dalam ucapannya, YB Puan Sandrea Ng Shy Ching menegaskan bahawa pelantikan Ahli-ahli Majlis bukan sekadar satu pengiktirafan, tetapi merupakan amanah besar yang menuntut tahap tanggungjawab, disiplin dan komitmen yang tinggi.Menurut beliau, setiap keputusan dan tindakan di peringkat pihak berkuasa tempatan memberi kesan langsung kepada kehidupan harian rakyat.YB Puan Sandrea Ng Shy Ching turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua Ahli Majlis yang dilantik dan berharap agar amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh integriti, keikhlasan dan semangat kerja berpasukan demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan bandar raya Ipoh.PELANTIKAN AHLI MAJLISMajlis Angkat SumpahPROGRAM26


MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH Tuan Setiausaha Bandaraya13 April 2026 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, atas segala jasa, sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).Berucap sempena Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih Tuan Setiausaha Bandaraya yang berlangsung itu, beliau menyifatkan majlis tersebut sebagai simbolpenghormatan dan penghargaan warga kerja MBI terhadap seorang pemimpin pentadbiran yang berwibawa, berdedikasi serta penuh amanah dalam melaksanakan tanggungjawab.Menurut beliau, sepanjang tempoh perkhidmatan di MBI, Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak telah memperlihatkan komitmen yang tinggi, ketelitian dalam pengurusan serta kebijaksanaan dalam memikul amanah yang dipertanggungjawabkan.Beliau turut memaklumkan bahawa Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak akan bertukar ke Daerah Mualim bagi menggalas amanah baharu sebagai Pegawai Daerah Mualim. Pertukaran ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kewibawaan, pengalaman dan kepimpinan beliau dalam perkhidmatan awam.Sehubungan itu, beliau mewakili seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Ipoh mendoakan agar Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan jiwa, kebahagiaan bersama keluarga serta terus mencapai kecemerlangan dalam menjalankan amanah di tempat baharu.Datuk Bandar Ipoh turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis tersebut dan berharap agar penganjuran majlis itu menjadi kenangan manis serta manifestasi penghormatan kepada seorang insan yang telah banyak berjasa kepada organisasi.PROGRAM27


BERSAMA WARGA MBIPROGRAM9 April 2026 – Lebih 2,000 orang hadir memeriahkan Majlis Jalinan Kasih Datuk Bandar bersama warga Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 2026.Penganjuran program seumpama ini sebagai tanda merapatkan hubungan antara anggota MBI dan keluarga selain meraikan sambutan bulan Syawal.Majlis yang berlangsung di Stadium Indera Mulia Ipoh itu telah disempurnakan YBhg. Tuan Zamakhshari Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.Turut hadir memeriahkan majlis berkenaan, mantanmantan Datuk Bandar Ipoh, Setiausaha Bandaraya, Ahliahli Majlis dan Ketua Jabatan MBI.Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya persembahan nyanyian dan tarian serta cabutan bertuah. Pengunjung juga turut disajikan dengan pelbagai juadah menarik.JALINAN KASIHDATUK BANDARMajlis28


AGM10 April 2026 – PUSPANITA Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan serta Jamuan Hari Raya dalam suasana penuh meriah dan harmoni di Ipoh Convention Centre (ICC).Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Puan Kartini Binti Ibrahim, Pengerusi PUSPANITA MBI, yang turut menzahirkan rasa syukur atas kehadiran ahli-ahli serta kejayaan penganjuran program berkenaan. Dalam ucapannya, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Penganjur serta Ahli Jawatankuasa PUSPANITA MBI yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi sejak tahun 2023 hingga kini.Menurut beliau, Mesyuarat Agung ini bukan sahaja menjadi platform untuk membentangkan laporan dan perancangan organisasi, malah turut memainkan peranan penting dalam melantik Ahli Jawatankuasa baharu bagi memastikan kesinambungan kepimpinan PUSPANITA MBI terus kukuh.Sepanjang tempoh perkhidmatan jawatankuasa sedia ada, pelbagai program berimpak tinggi telah berjaya dilaksanakan meliputi aspek kebajikan, kesihatan, pembangunan diri serta penglibatan komuniti. PROGRAMPUSPANITA MBI& JAMUAN HARI RAYA29


14 April 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta sokongan Jabatan Kesihatan MBI, telah melaksanakan Operasi Bersepadu Menangani Gelandangan di beberapa kawasan tumpuan awam sekitar bandar raya ini, meliputi kawasan sekitar Hotel Lotte, Jalan Dato' Onn Jaafar dan Jalan Foo Yet Kai.Operasi yang bermula pada jam 10.00 pagi itu diketuai oleh En. Abdul Halim bin Saad, Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan MBI. Ia turut dihadiri oleh YBhg. Clr. En. Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI dan En. Muhamad Zul Hazmi bin Sham, Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan MBI.Operasi ini melibatkan seramai 24 anggota pelbagai agensi, terdiri daripada 15 anggota penguatkuasa MBI, 5 anggota JKM dan 4 anggota AADK, dengan sokongan logistik sebanyak dua buah lori dan sebuah van.Pelaksanaan operasi ini merupakan satu langkah bersepadu dan proaktif dalam menangani isu penempatan serta keberadaan gelandangan di kawasan awam, di samping memastikan persekitaran bandar raya sentiasa berada dalam keadaan bersih, teratur dan selamat untuk kegunaan masyarakat.Selain memberi fokus kepada aspek pembersihan dan penguatkuasaan, operasi ini juga menitikberatkan aspek kebajikan golongan gelandangan melalui pendekatan intervensi sosial yang lebih menyeluruh dan berperikemanusiaan.Majlis Bandaraya Ipoh akan terus komited memperkukuh kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan dalam menangani isu sosial secara holistik, berhemah dan berkesan demi kesejahteraan warga bandar raya Ipoh. PROGRAMOperasi BersepaduMENANGANI GELANDANGAN DI SEKITAR HOTEL LOTTE, JALAN DATO' ONN JAAFAR & JALAN FOO YET KAI30


11 April 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan program Ekspresi Aidilfitri 2026 yang berlangsung dengan penuh meriah di Lorong Seni @Lorong Panglima, Ipoh bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.Program ini telah disempurnakan dengan kehadiran YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, yang turut meluangkan masa beramah mesra bersama pengunjung serta peserta yang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Ia turut dihadiri oleh Ahli Majlis dan Ketua Jabatan MBI.Ekspresi Aidilfitri 2026 menampilkan pelbagai pengisian menarik antaranya, pertandingan mewarna poster raya bagi kategori kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun, peragaan pakaian raya dengan tema “Warnai Kreativiti, Serlahkan Gaya”, jualan kraftangan tempatan dan persembahan kesenian tradisional serta Gema Warisan Budaya, MBI.Penganjuran program ini turut mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk sokongan daripada agensi-agensi berkaitan.MBI berharap program seumpama ini akan terus mendapat sambutan dan menjadi platform berterusan dalam memperkukuh hubungan komuniti serta mempromosikan Ipoh sebagai bandar raya yang kaya dengan seni dan budaya.AidilFitri EkspresiMERIAHKAN LORONG SENI IPOHPROGRAM31


DAN PERKEMBANGAN MUZIK MALAYSIAPROGRAM25 April 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak telah menganjurkan Program Malam Evolusi Muzik: Citra Malaysia Colours of Malaysia, sebuah persembahan istimewa yang mengetengahkan perjalanan serta perkembangan muzik Malaysia merentasi pelbagai era.Program ini turut diadakan bagi menyokong usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026, di samping memperkukuh kedudukan Ipoh sebagai bandar raya yang kaya dengan nilai sejarah, kebudayaan dan pelancongan.Majlis yang berlangsung di Dewan Bandaran Ipoh telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh dan isteri, Puan Kartini binti Ibrahim.Persembahan ini menggabungkan elemen tradisional dan moden dalam satu pementasan yang penuh warnawarni, nostalgia serta kreativiti, sekali gus memberi peluang kepada penonton untuk menghayati keindahan seni budaya tempatan yang merentasi zaman.Antara pengisian menarik yang dipersembahkan termasuk gabungan mantap Kombo Muzik Kumpulan Gema Warisan Budaya Majlis Bandaraya Ipoh bersama Kombo Muzik JKKN Perak, selain persembahan tarian oleh Kumpulan Gema Warisan Budaya MBI dan kumpulan tarian JKKN Perak.EVOLUSI MUZIK ANGKAT WARISANMalam32


33TaklimatENAKMEN HOTEL PERAK 2023Taklimat bersama En. Syahrul 'Azrin bin Ghazali, Penasihat Undang-undang Bandaraya28 April 2026 – Dalam usaha memperkukuhkan tadbir urus sektor perhotelan di Negeri Perak, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan taklimat berkenaan enakmen Hotel Perak 2023 bertempat di Bilik Gerakan, Tingkat 2, Bangunan MBI.Taklimat yang berlangsung pada jam 9.30 pagi itu disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mazlan bin Abd. Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI mewakili Datuk Bandar Ipoh.Program ini diadakan bagi memberi pemahaman yang lebih jelas dan menyeluruh berhubung pelaksanaan Enakmen Hotel Perak 2023, khususnya kepada pihak yang terlibat dalam aspek pelesenan, penguatkuasaan, pemantauan dan pentadbiran berkaitan sektor perhotelan.Taklimat ini turut memberi ruang kepada para peserta untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta mengemukakan persoalan berkaitan pelaksanaan enakmen berkenaan.MBI berharap usaha ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan menyumbang kepada peningkatan kualiti tadbir urus sektor perhotelan di bandar raya Ipoh dan Negeri Perak amnya.PROGRAM


3334


33


Click to View FlipBook Version