The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ipohcouncil, 2024-01-19 03:49:18

EDISI 2 2023

EDISI 2 2023

BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 1 BANDAR RAYA BULETIN M A J L I S BAND A R AYA IPOH NASKAH PERCUMA // Datuk Bandar Ipoh Panel “THE GREAT CIVIL SERVICE” // MBI Johan Kawad & Pakaian Terbaik Hari Kebangsaan Negeri Perak 2023 EDISI 02 MEI - OGO 2023 JABATAN PER ANCANGAN KORPORAT 2023 IMT INDONESIA MALAYSIA THAILAND GR -G OWTH TRIANGLE T


BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 2 SIDANG REDAKSI PENASIHAT YBhg. Dato’ Rumaizi Bin Baharin @ Md Daud Datuk Bandar Ipoh TIMBALAN PENASIHAT I En. Ahmad Munir Bin Ishak Setiausaha Bandaraya TIMBALAN PENASIHAT II Tn. Hj. Musa Bin Dun Pengarah Kanan (Pentadbiran Dan Operasi) KETUA EDITOR En. Sharulnizam Bin Jaafar Pengarah Perancangan Korporat EDITOR En. Muhammad Hafizsafwan Bin Nor Hazlan PEREKA En. Isa Bin Mahmud En. Muhammad Syafiq Syazwan Bin Mohd Anuar Cik. Nur Shuhada Binti Samat JURU FOTO En. Mohammad Nazrin Shah Bin Shahuri En. Muhammad Izham Bin Azman TERBITAN Unit Korporat dan Aduan Awam Majlis Bandaraya Ipoh Jalan Sultan Abdul Jalil, 30450 Greentown, Ipoh, Perak. Telefon : 05 - 208 3261 Hotline : 05 - 255 1515 Faks : 05 - 208 3544 email : [email protected] EDARAN Bahagian Pengurusan Kualiti Dan Penerbitan, Jabatan Perancangan Korporat, Majlis Bandaraya Ipoh. HAK CIPTA TERPELIHARA Penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula dalam apa-apa jua bentuk dan dengan apa-apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Majlis Bandaraya Ipoh.


BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 3 MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT MBI 2023H/144H 11 Mei 2023 - Lebih 6000 warga Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersama keluarga hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat MBI 2023H/1444H di Stadium Indera Mulia. Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyampaikan ucapan serta hadiah cabutan bertuah kepada warga MBI yang bertuah. Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Ambassador Woo KyoungHa, Secretary General Tourism Promotion Organisation (TPO), Y.Bhg. Clr. Dato’ Mazlan bin Abdul Rahman, Y. Bhg. Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis, AhliMajlisAhliMajlis, Majlis Bandaraya Ipoh, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Pengarah-Pengarah Kanan, Ketua-Ketua Jabatan, Majlis Bandaraya Ipoh dan Delegasi Jawatankuasa Eksekutif Tourism Promotion Organisation (TPO). Apa yang lebih menggembirakan adalah kesudian Y.Bhg. Ambassador Woo Kyoung-Ha, Secretary General Tourism Promotion Organisation (TPO) bersama Delegasi Jawatankuasa Eksekutif Tourism Promotion Organisation (TPO) yang turut hadir bersama-sama bagi meraikan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri yabg memggambarkan hubungan erat Jawatankuasa Eksekutif TPO ini akan terus berkekalan demi kesejahteraan TPO. Program tahunan yang diadakan sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh Tahun 2023M/1444H, menyediakan pelbagai aktiviti seperti persembahan hiburan, cabutan bertuah dan jamuan raya. Di samping kesibukan bekerja di pejabat, warga MBI bersama keluarga menikmati suasana santai menyambut Sambutan menjelang Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini bersama sahabat taulan dan keluarga. Ia secara tidak langsung akan akan mengeratkan silaturrahim sesama kita dalam usaha mencapai hasrat menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera. Ia secara langsung menggambarkan keakraban dan kerjasama berpasukan warga MBI sepertimana yang ditunjukkan dalam menjalankan tanggungjawab di MBI. Tanpa usaha dan komitmen yang jitu hadirin sekalian, Majlis Bandaraya Ipoh tidak dapat mencapai ke tahap cemerlang seperti ini. Semoga majlis pada petang tadi akan memberi peluang kepada semua warga MBI bersama keluarga serta serta difdif jemputan untuk merapatkan silaturrahim sambil menikmati juadah yang disediakan. Ia secara tidak langsung juga dapat mewujudkan semangat kekeluargaan dan mengukuhkan perpaduan sesama kita. Ia juga memberi kesempatan kepada warga MBI untuk saling bermaaf-maafan dan juga mengukuhkan lagi persahabatan yang sedia terjalin kerana di Aidilfitri inilah kesempatan terbaik sekali untuk saling melupakan semua perselisihan dan persengketaan, seterusnya mengukuhkan kerjasama diantara kita.


BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 4 SESI SCOPING MISSION DARIPADA DELEGASI SMART GREEN ASEAN CITIES (SGAC) BAGI PELAKSANAAN BANDAR HIJAU PINTAR MENJELANG 2030 24 Mei 2023 - Sesi Scoping Mission daripada delegasi Smart Green ASEAN Cities (SGAC) bagi pelaksanaan Bandar Hijau Pintar menjelang 2030 telah diadakan di Ipoh. Ipoh telah dicalonkan bersama Seremban dan Kuantan bagi menjadi Pilot City untuk program Smart Green ASEAN (SGAC) . Sesi ini berlangsung selama 2 hari bagi mengenalpasti kapasiti bantuan dan latihan bagi Projek Sma rt Green Cities. Sesi ini diketuai oleh Mr. Chenco G. Dorjee, Program Manager United Capital Development Fund (UNCDF) yang turut mengadakan kunjung hormat menemui Datuk Bandar .


BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 5 1500 WARGA MBI SERTAI ‘EXECUTIVE TALK’ BERSAMA DATUK BANDAR IPOH 26 Mei 2023 - 1500 warga Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menyertai ‘Executive Talk’ bersama Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh di Stadium Indera Mulia. Ia turut dihadiri oleh Ahli Majlis, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan, pegawai dan anggota MBI. Dalam ucapan Datuk Bandar, beliau mengharapkan sokongan, kerjasama dan yang paling penting semangat berpasukan dari seluruh warga MBI dalam memaju dan memastikan perkhidmatan perbandaran dapat disampaikan dengan lebih efektif. Menurut beliau lagi, apa yang lebih penting, adalah kesungguhan warga MBI untuk terus memahami dan mendokong hasrat MBI ke arah hala tuju pembangunan Pelan Perancangan Strategik MBI 2021-2030 berasaskan kepada tujuh (7) Penanda Aras. Warga MBI juga diharap akan membulatkan tekad dan keazaman untuk terus memberi komitmen tinggi dalam 1 pasukan agar setiap perkara yang dirancang dan dilaksanakan yang akhirnya sama-sama dapat menjayakan sekali gus memberi limpahan kebaikan kepada wargakota Ipoh. Semoga Program ‘Executive Talk’ ini akan menjadi platform untuk menjayakan semua perancangan yang telah dirancang oleh MBI.


BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 6 2000 WARGAKOTA IPOH SERTAI IPOH CAR FREE DAY@IPOH LOW CARBON CITY KE-60 28 Mei 2023 - Penganjuran Ipoh Car Free Day@Ipoh Low Carbon City kali ke-60 sempena Sambutan Hari Bandaraya Ipoh Kali Ke 35 yang berlangsung telah menarik minat kehadiran seramai 2000 wargakota Ipoh. Majlis Bandaraya Ipoh akan terus mengekalkan matlamat penganjuran program Ipoh Car Free Day@ Ipoh Low Carbon City ini untuk menjadikan Ipoh sebagai sebuah Bandar Rendah Karbon dan melaksanakan Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (LCC2030C). Selain daripada untuk mencapai objektif kearah sebuah Bandar Rendah Karbon, penganjuran program Ipoh Car Free Day@ Ipoh Low Carbon Day ini bertujuan untuk meningkatkan Indeks Kebahagian dikalangan wargakota dengan memupuk kesedaran mengenai alam sekitar, kesihatan, keselamatan, sejarah dan warisan Ipoh. Antara aktiviti yang telah berlangsung adalah seperti Hey Ladies Fun Walk sejauh 3.5 km. Seramai 200 peserta wanita dan kanak-kanak perempuan telah mengambil bahagian. Antara hadiah acara Hey Ladies Fun Walk adalah merupakan barangan elektrik, hamper dan goodies. Selain itu, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan kerjasama Kelab Kecergasan turut menganjurkan acara senamrobik Fit @ Community. Acara kemuncak Ipoh LCD ialah Pelancaran Kempen Tiada Beg Plastik di bawah pengurusan Jabatan Perlesenan Bandaraya. Kesemua acara ini telah disempurnakan pelancaran oleh Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin [email protected], Datuk Bandar Ipoh.


BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 7 10 Jun 2023 - Lebih 3000 wargakota Ipoh hadir ke Program Pesta Budaya Nusantara @ Ipoh 2023 & Pameran Kereta Klasik sempena Ulangtahun Bandaraya Ipoh ke-35 di Stadium Indera Mulia, Ipoh. YB Tuan Loh Sze Yee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak telah merasmikan program berkenaan. Ia turut dihadiri oleh Mr. Zhou Youbin Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Pulau Pinang, Y.Bhg. Dato’ Haji Rumaizi bin Baharin@Md. Daud, Datuk Bandar Ipoh, Ms. Huang Wen, Timbalan Gabenor, People’s Government of Xingning District of Nanning, Cik Nurmalis bt Musa, Ketua Pegawai Ekekutif Tourism Perak Management Bhd, wakil-Wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Bandaraya Seremban dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah serta wakil-wakil Yang Dipertua PBT Negeri Perak. Tujuan Majlis Bandaraya Ipoh menganjurkan program tersebut bertujuan untuk memeriahkan sambutan Tahun Melawat Ipoh 2023 melalui program Kesenian dan Kebudayaan masyarakat yang melibatkan gabungan persembahan dari Bandaraya Nanning, China dan Kota Medan, Indonesia serta Pihak Berkuasa Tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Bandaraya Seremban dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Terdapat juga penyertaan daripada Gema Warisan Budaya MBI, Kumpulan Gerakan Seni Alam, Ipoh dan Kumpulan Jas Dhol Bhangra, Ipoh. Jualan makanan daripada Rohaizad Setia Trading Sdn Bhd yang menyajikan jualan makanan dan minuman viral untuk pengunjung telah bermula sejak 8 Jun 2023 hingga 12 Jun 2023 dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam. Antara aktiviti lain adalah Permainan Taman Tema Kanakkanak Karosel, Rumah Hantu dan Petting Zoo. Terdapat juga Pameran Kereta Klasik yang melibatkan 20 jenis kereta klasik jenama antarabangsa. Program ini akan dijadikan acara tahunan bagi memeriahkan Sambutan Ulangtahun Bandaraya Ipoh. PROGRAM PESTA BUDAYA NUSANTARA @ IPOH 2023


BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 8 11 Jun 2023 – YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.46 juta kepada Majlis Bandaraya Ipoh dalam lawatan kerja rasmi beliau ke Ipoh. YB Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telah mengadakan sesi lawatan ke rumah pangsa First Garden, Jalan Sungai Pari dan Lorong Isaac, Dataran Niaga Taman Cempaka dan Pasar Kampung Simee bagi meninjau kemudahan asas dan keperluan kemudahan awam serta infrastruktur berkaitan. Menurut YB Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, “KPKT meluaskan ‘sentuhan kasih sayang’ dengan meluluskan peruntukan berjumlah RM2.46 juta kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Penyaluran peruntukan tersebut bertujuan untuk meningkatkan kualiti fasiliti awam sekitar Ipoh sebagai usaha mempergiat dan merancakkan ekonomi demi manfaat penduduk setempat.” Tambah beliau, “Keseluruhan peruntukan naik taraf kemudahan awam dan infrastruktur ini merupakan “performancebased budget” atau peruntukan berlandaskan pelaksanaan bagi memastikan perkhidmatan dan fokus KPKT terhadap kesejahteraan rakyat dapat terus dipertingkatkan.” KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) akan sentiasa bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Malaysia bagi merealisasikan perancangan pembangunan demi meningkatkan mutu perkhidmatan dan kesejahteraan rakyat. PROJEK MENAIK TARAF DAN PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR AWAM DI IPOH, PERAK BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 8 MEI I JUN I JUL I OGOS


BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 9 PROGRAM MESRA HARI BERTEMU PELANGGAN KERAJAAN NEGERI PERAK SIRI 5/2023 12 Jun 2023 - Y.Bhg.Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh hadir bersama-sama YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan ke Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan di Stadium Indera Mulia. YAB Menteri Besar Perak turut merasmikan Bas Derma Darah HRPB. MBI turut membuka Kaunter Bertemu Pelanggan bagi memudahkan wargakota berurusan secara terus dengan pengurusan tertinggi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Selain itu, turut diadakan Program Pesta Budaya Nusantara @ Ipoh 2023 & Pameran Kereta Klasik sempena Ulangtahun Bandaraya Ipoh ke-35 di sekitar Stadium Indera Mulia, Ipoh pada 10 Jun 2023. Pelbagai jualan makanan dan minuman viral untuk pengunjung turut diadakan sejak 8 Jun 2023 hingga hingga 12 Jun 2023 dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam. Sebanyak 50 peniaga telah mengambil bahagian dalam aktiviti jualan makanan dan minuman. Selain daripada itu, 30 lot niaga juga telah disediakan untuk Industri Kecil dan Serdehana. Antara aktiviti lain adalah Permainan Taman Tema Kanak-kanak Karosel, Rumah Hantu dan Petting Zoo. Semoga program seumpama ini akan memeriahkan lagi Tahun Melawat Ipoh 2023.


BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 10 15 Jun 2023 - Program Sambutan 1 Tahun Program Perak Sejahtera 2030 telah diadakan di Ipoh Convention Centre. YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak telah memaklumkan pencapaian Perak Sejahtera 2030 melalui ucaptama yang telah disampaikan dalam program tersebut. Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, Ahli-Ahli Majlis, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan, Ketua-ketua Jabatan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), pegawai dan anggota MBI. PROGRAM SAMBUTAN 1 TAHUN PERAK SEJAHTERA 2030 BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 10


BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 11 MAJLIS AGIHAN ZAKAT PELAJARAN (ASNAF FISABILILLAH) MAJLIS BANDARAYA IPOH DENGAN KERJASAMA TENAGA NASIONAL BERHAD BAGI TAHUN 1444 HIJRAH 16 Jun 2023 - Y.Bhg. Dato’ Ir Sharuddin Bin Mohd Simin , Pengurus Besar State Stakeholder Affairs - Perak, Regulatory & Stakeholder Management Division, Tenaga Nasional Berhad mewakili TNB telah menyampaikan zakat kepada Majlis Bandaraya Ipoh yang diwakili oleh Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh. Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato’ Mazlan bin Abd. Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Ahli Majlis dan Ketua Jabatan MBI. Jumlah duit zakat kategori Asnaf Fisabilillah yang diterima oleh MBI dari TNB adalah berjumlah RM60,000.00. Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersama TNB telah menjalinkan kerjasama untuk mengadakan Program Wakallah Zakat Fisabilillah iaitu mengadakan pengagihan kepada 60 anggota/ kakitangan MBI yang mempunyai anak yang masih bersekolah dan menyambung pelajaran di IPT/IPTS. Setiap seorang anggota akan menerima sebanyak RM1,000.00 untuk keperluan/perbelanjaan persekolahan/pengajian anakanak mereka. Program seumpama ini adalah kali pertama diadakan di antara MBI dan TNB. Semoga ia akan membantu meringankan beban anggota MBI dalam meneruskan kehidupan mereka khususnya dari aspek pembelajaran dan persekolahan anak mereka.


BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 12 PASUKAN SPARK JUARAI FROM IPOH WITH LOVE EXPLORACE 2023 17 Jun 2023 - Sempena Sambutan Ulangtahun Bandaraya Ipoh ke-35, satu program From Ipoh With Love (FIWL) Explorace 2023 telah dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Pasukan SPARK muncul juara FIWL Explorace 2023 selepas berjaya menyelesaikan kesemua tugasan yang berakhir di Stadium Indera Mulia dalam tempoh kurang dari 5 jam. Pasukan SPARK yang terdiri dari 3 orang ahli yang diketuai oleh Ira Syafarina binti Asrul Effendi berkata, kemenangan mereka mengatasi 64 pasukan lain adalah hasil persefahaman sesama ahli dan kepantasan merangka strategi. “Kami mengamalkan sikap bekerjasama dengan mewakilkan tugas yang diberikan. Keserasian antara ahli adalah penting bagi menjamin kerjasama yang baik dan lancar. “Terima kasih kepada MBI dan khususnya Datuk Bandar, Dato’ Rumaizi Baharin @ Md Daud atas penganjuran FIWL Explorace yang mencabar ini. Program ini berjaya mengetengahkan produk dan tempat pelancongan di Ipoh seperti Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village, Tambun Pomelo Go Chin Agro Farm, Lost World of Tambun, Little India, Taman Jepun dan lain-lain”, katanya. Johan menerima hadiah wang tunai RM 1500.00. Peserta diberi masa selama 7 jam 30 minit, bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang yang mana setiap pasukan perlu menyelesaikan lapan tugasan dalam tempoh tersebut. Program dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Rumaizi Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh dengan pelepasan kenderaan di hadapan Dataran Bandaraya Ipoh pada jam 8.30. Pasukan Black Hawk telah menjadi naib juara dengan menerima hadiah wang tunai RM800.00 manakala pasukan Sekutu Yayang meraih tempat ketiga dan berjaya menerima hadiah wang tunai RM500.00. Pemenang tempat keempat membawa pulang RM250.00, tempat kelima dengan wang tunai RM200.00, tempat keenam hingga kesepuluh RM150.00 setiap satu dan tempat kesebelas hingga kedua puluh dengan wang tunai RM100.00 setiap satu. Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Sebelum itu, hadiah cabutan bertuah telah disampaikan oleh Encik Radin Amir Afifi bin Ahmad Aruani, Yang Dipertua Kelab Sukan Dewan Bandaraya Ipoh. Program Explorace ini perlu diteruskan setiap tahun kerana selain sebagai aktiviti riadah yang sihat, ia juga dapat membantu kerajaan negeri mempromosikan produk pelancongan melalui posting media sosial yang dimuat naik oleh peserta.


BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 13 DATUK BANDAR IPOH DIPILIH MENJADI SALAH SEORANG AHLI PANEL FORUM THE G.R.E.A.T CIVIL SERVICE CABARAN DAN ASPIRASI BAHARU PERKHIDMATAN AWAM 20 Jun 2023 - Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh dipilih menjadi salah seorang ahli panel Forum THE G.R.E.A.T CIVIL SERVICE Cabaran dan Aspirasi Baharu Perkhidmatan Awam di Auditorium Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Bukit Kiara. Terdahulu, acara yang bermula seawal pukul 9.30 pagi dimulakan dengan ucaptama Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara dan pelancaran buku G.R.E.A.T! dan Modul Latihan Konsep GREAT dalam Perkhidmatan Awam. Program berikutnya diteruskan lagi dengan Forum THE G.R.E.A.T CIVIL SERVICE Cabaran dan Aspirasi Baharu Perkhidmatan Awam. Forum yang berlangsung selama 3 jam itu melibatkan penyertaan 4 orang panel iaitu Datuk Dr Haniff Bin Zainal Abidin, Setiusaha Sulit Kanan, Ketua Setiusaha Negara Jabatan Perdana Menteri, Dr Mazrina Binti Mohamed Idramsah, Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Datuk Dr Mohd Zabri Bin Yusoff, Timbalan Ketua Setiusaha (Pengurusan Dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi dan Y.Bhg Dato’ Rumaizi Bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh. BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 13


BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 14 DATUK BANDAR LANCAR KEMPEN KAWALAN RODEN DI PASAR-PASAR AWAM MBI 2023 24 Jun 2023 - Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah melancarkan Kempen Kawalan Tikus di hadapan pintu masuk utama UTC Perak. Ia turut dihadiri oleh Clr. Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Ahli Majlis MBI, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI. Kempen ini diadakan dalam usaha untuk membasmi urungan tikus Di Pasar-Pasar Awam Majlis Bandaraya Ipoh Tahun 2023. Aktiviti kempen kawalan tikus ini telah mula dijalankan pada 6 Jun 2023 dan akan berlanjutan sehingga 31 Ogos 2023 walaubagaimanapun pelancaran kempen ini dilaksanakan. Program pada adalah salah satu aktiviti berterusan selaras dengan sasaran Ipoh Bandaraya Terbersih 2023. Pelaksanaan Pelan Tindakan Pemantauan Dan Kawalan Tikus (PTPKT 2.0) di Pihak Berkuasa Tempatan telah mula dilaksanakan pada tahun 2022 mengikut Pekeliling KSU. KPKT. Bil. 5/2017 iaitu Garis Panduan Kawalan Tikus di Pihak Berkuasa Tempatan. Unit Kawalan Vektor, Jabatan Kesihatan Persekitaran MBI, telah memilih Pasar Besar Ipoh, Pasar Pasir Pinji dan Pasar Pasir Puteh untuk dijalankan kempen ini secara berfasa dan seterusnya ke semua pasar dan medan selera milik Majlis. Punca utama masalah urungan tikus di pasar-pasar awam adalah disebabkan oleh sisa jualan ikan, sayur dan buahbuahan, lubang (burrows) di persekitaran bangunan pasar, bekas-bekas penyimpanan polystyrene / kotak kadboard yang tidak bersih serta disimpan secara tidak teratur. Oleh itu, peniaga-peniaga pasar awam perlu memberi kerjasama dalam menangani masalah urungan tikus ini dari segi aspek pelupusan sisa jualan ikan, sayur dan buah-buahan dengan cara membuang sisa jualan ke dalam karung plastik sampah dan mengikatnya dengan sempurna sebelum dibuang ke dalam tong sampah yang berpenutup. Kerjasama dan komitmen para peniaga bagi menjayakan kempen ini amat diperlukan dengan melaksanakan aktiviti pemasangan perangkap tikus yang dibekalkan dalam tempoh masa kempen serta sentiasa menjaga kebersihan persekitaran gerai pada setiap masa bagi membasmi urungan tikus di pasarpasar awam. Sehingga Mei 2023, Unit Kawalan Vektor telah memasang sebanyak 747 perangkap dan menangkap serta melupuskan sebanyak 117 ekor tikus di sekitar bangunan milik Majlis Bandaraya Ipoh termasuk pasar-pasar awam dan medan selera. Dalam tempoh pelaksanaan kempen di Pasar Besar Ipoh dari 6 Jun 2023 hingga 21 Jun 2023 pula, sebanyak 360 perangkap telah dipasang dan sebanyak 91 ekor tikus telah ditangkap. Semoga kempen ini boleh memberi kesedaran kepada peniagapeniaga di pasar-pasar awam serta orang awam dalam usaha untuk menjaga kebersihan persekitaran dan memastikan kawasan persekitaran kita bebas tikus. BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 14


BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 15 IPOH HALF MARATHON @ IPOH CAR FREE DAY 25 Jun 2023 - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terus komited menganjurkan IHM@ICFD serta sentiasa membuka ruang kepada penambahbaikan dalam penganjuran program ini. Matlamat program ICFD akan terus dikekalkan sebagai agenda untuk mentransformasikan Ipoh sebagai sebuah Bandar Rendah Karbon selaras dengan Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (LCC2030C) yang dianjurkan oleh NRECC. Disamping itu, ia juga sebagai langkah kesedaran dan inisiatif bagi mengurangkan intensiti pelepasan karbon keseluruhan di Ipoh. Ini adalah sumbangan MBI dalam membantu mencapai komitmen negara untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2030. Penganjuran ICFD kali ke-61 ini terus mendapat sambutan yang amat membanggakan. Program ini dimeriahkan lagi dengan acara larian Ipoh Half Marathon (IHM). Acara larian Ini adalah merupakan kesinambungan acara sempena sambutan Hari Bandaraya Ipoh kali Ke 35. Ipoh Half Marathon@Ipoh Car Free Day 2023 adalah kali pertama dianjurkan di peringkat kebangsaan dan lebih istimewa telah dilaksanakan bersam-sama program Ipoh Car Free Day di Ipoh. BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 15


BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 16 MBI KORBAN 9 EKOR LEMBU DALAM MAJLIS IBADAH KORBAN 2 Julai 2023 - Sebanyak 9 ekor lembu ditumbangkan dalam Majlis Ibadah Korban. Program anjuran bersama Persatuan Kebajikan Islam MBI(PERKIP) dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) itu dilaksanakan di Taman Dr Seenivasagam, Ipoh. Program korban yang bermula sejak pukul 8.00 pagi dijalankan secara gotong royong. Seramai 150 anggota MBI terlibat dalam program korban berkenaan. Hadir sama dalam program tersebut adalah Y.Bhg Dato’ Rumaizi Bin Baharin @ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, Ahli Majlis MBI, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan dan anggota MBI. Kesemua daging korban tersebut diaggihkan kepada petugas dan anggota MBI. Penganjuran Majlis Ibadah Qurban ini diharap akan meningkatkan ketaqwaan serta mewujudkan suasana yang harmoni, semangat perpaduan dan bekerjasama antara anggota MBI serta bersyukur dengan segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan Allah SWT.


BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 17 28 Julai 2023 - Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah merasmikan Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai Peringkat MBI di Medan Selera Dataran Dato’ Sagor pagi tadi. Ia turut dihadiri oleh Clr. Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Puan Hajah Saidatul Akma binti Jamaludin, Pengarah Kanan (Kewangan) MBI, Ketua-Ketua Jabatan MBI, Wakil rakan strategik ekonomi kitaran dari Syarikat Biovisma Sdn. Bhd & Syarikat Tuck Soon Eco Resources (M) Sdn. Bhd dan Wakil daripada Perak Coffee Shop Keepers Association. Dalam ucapannya, Datuk Bandar menyatakan ‘Circular Economy’ (C.E) juga dikenali sebagai Ekonomi Kitaran yang bertujuan memberi penekanan dalam mengembalikan sumber ke dalam sistem alam sekitar dan ekonomi melalui penggunaan semula sisa dan inisiatif pencegahan sisa. Dalam erti kata lain, segala sumber yang ada boleh diguna semula untuk menghasilkan produk yang lain. Menurut beliau lagi, MBI telah menetapkan penandaaras iaitu Ipoh Bandar Raya Terbersih 2023 dan Ipoh Bandaraya Pintar Dan Rendah Karbon 2030. Kempen ini juga diharap dapat memberi peringatan dan kesedaran kepada pemilik setiap premis makanan bahawa pemasangan perangkap minyak ‘grease trap’ adalah DIWAJIBKAN disetiap premis makan dan ianya perlu diselengggara pada setiap hari seperti yang dinyatakan di dalam syarat-syarat lesen premis perniagaan. Semoga program ini akan menjadi titik tolak untuk mencapai hasrat menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera dan Perak Sejahtera 2030. KEMPEN KITAR SEMULA MINYAK MASAK TERPAKAI PERINGKAT MBI BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 17


BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 18 30 Julai 2023 - Program Ipoh Car Free Day yang sebelum ini terletak di Jalan Raja DiHilir telah memenangi Anugerah Platinum, Placemaking Award oleh Malaysian Institute of Planners di bawah kategori Street (Utilisation During Events). Ipoh Car Free Day telah dimulakan pada 18 Oktober 2015 yang melibatkan lokasi pertamanya di Jalan Raja Dihilir dan di mana pertukaran lokasi pertama kalinya ke Jalan Sultan Abdul Jalil (Dataran Bandaraya) ini ialah pada 22hb.Disember 2019. Sebagai langkah kesedaran dan inisiatif mengurangkan intensiti pelepasan karbon pada keseluruhannya di Ipoh dan selaras dengan komitmen negara untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2030. Y.Bhg.Dato’ Rumaizi Bin Baharin @Md.Daud, Datuk Bandar Ipoh telah melaksanakan penjenamaan semula Ipoh Car Free Day kepada Ipoh Low Carbon Day dan mula dilaksanakan dan diguna pakai pada program bulan Julai 2023. Program Ipoh Low Carbon Day ini telah memberi manfaat kepada semua golongan wargakota samada mewakili agensi, NGO atau individu yang akan hadir dan melakukan aktiviti secara santai dan pelbagai aktiviti yang dibenarkan ketika laluan ditutup untuk Ipoh Low Carbon Day. Antaranya adalah berjogging, berbasikal, berjalan kaki, kasut roda, papan selaju (skateboard), senamrobik, pemeriksaan kesihatan, kempen kesedaran kesihatan, kempen kemanusiaan, kempen 3R dan sebarang aktiviti yang sesuai dijalankan bagi menyahut cabaran Kearah Mencapai Aspirasi Kelestarian Bandar Sifar Karbon Bersih 2050 sebagai matlamat dan arah tuju bagi Ipoh Low Carbon Day di samping menjadikan Ipoh sebuah Bandaraya Hijau, Pintar, Berdaya Huni, Berdaya Tahan dan Lestari menjelang tahun 2030. Di samping itu pengisian aktiviti pada program bulan Julai ini adalah acara kayuhan santai iaitu acara Kayuhan Melawat Ipoh 2023 dengan jarak 10 km seramai 250 peserta dan dimeriahkan lagi dengan acara larian anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu NATSEC Fun Run sejauh 5KM dengan penyertaan seramai 300 orang peserta. PENJENAMAAN SEMULA IPOH CAR FREE DAY KEPADA IPOH LOW CARBON DAY BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 18


BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 19 7 Ogos 2023 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan Festival Kebudayaan Ipoh 2023 bagi meraikan kehadiran delegasi Malaysia, Indonesia dan Thailand sempena “The 6th IMT-GT Green Cities Mayor Council (GCMC) Meeting”. Ia telah dihadiri Y.Bhg Dato’ Haji Rumaizi Baharin @ Md.Daud, Datuk Bandar Ipoh, Pol.Lt.Gen.Sakorn Thongmunee, Datuk Bandar Hatyai, Mr. Songchai Watcharadamrong, Datuk Bandar Perbandaran Thungsong, Thailand, Y.Bhg. Dato Masri bin Razali, Datuk Bandar Seremban, Mr. Dedi Damhudi, Ketua Bahagian Kerjasama, Kota Pekan Baru, Indonesia dan Tuan Ahmad Munir Ishak, Setiausaha Bandaraya. Ia menampilkan persembahan kebudayaan pelbagai bangsa iaitu Melayu, India dan Cina dari Selangkah Dance Group, Anggini Dancers Teluk Intan Perak dan Ipoh Wushu Lion & Dragon Dance Quan Ji Association. Ia bertujuan bagi mempromosikan kebudayaan tradisional serta memperhebatkan lagi aktiviti seni di Laman Sejahtera, Amphitheatre ini sempena Tahun Melawat Ipoh 2023 dan Tahun Melawat Perak 2024. MERAIKAN KEHADIRAN DELEGASI MALAYSIA, INDONESIA DAN THAILAND SEMPENA “THE 6TH IMT-GT GREEN CITIES MAYOR COUNCIL (GCMC) MEETING” BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 19


BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 20 IMT-GT GREEN CITIESGREEN COUNCIL (GC) Indonesia-Malaysia-Thailan7 - 9 OGOS 2023 6th


BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 21 S MAYOR COUNCIL (GCMC) MEETING 2023 nd Growth Triangle (IMT-GT) BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 21


BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 22 21 Ogos 2023 – Y.Bhg. Dato’ Rumaizi Baharin, Datuk Bandar Ipoh telah melancarkan Program Kibar Jalur Gemilang Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Bangunan MBI. Ia turut dihadiri oleh Ketua WHIP Ahli Majlis, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan, pegawai dan anggota Majli Bandaraya Ipoh. Program yang bermula sejak pukul 8.30 pagi itu diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya nyanyian lagu patriotik dan pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan rasmi milik MBI. Bagi menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan kali ini, MBI telah mengeluarkan 4000 notis pemasangan bendera kepada premis-premis kerajaan dan swasta serta memasang 7000 helai Jalur Gemilang di sekitar Bandaraya Ipoh. Semoga Hari Kemerdekaan yang bertemakan “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” pada tahun ini membawa perpaduan, kebebasan, kedamaian dan kesejahteraan kepada wargakota Ipoh serta mencipta lebih banyak kejayaan dan mengecapi masa depan yang lebih cemerlang dan gemilang buat generasi hari ini dan masa hadapan. PROGRAM KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT MBI 2023 BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 22


BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 23 27 Ogos 2023 - Program Ipoh Low Carbon Day (ILCD) bulan Ogos 2023 adalah bertemakan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 iaitu Malaysia MADANI, Tekad Perpaduan Penuhi Harapan. Penetapan tema ini diharap dapat memberi semangat perpaduan dan nasionalisme bagi menyatukan kita sebagai rakyat yang berbilang kaum dan budaya. Acara kemuncak ILCD bulan ini ialah acara Perak Breastfeeding Fun Run yang dianjurkan oleh Malaysian Breastfeeding Peer Councelor Association (MBPCA). Acara yang berlangsung dengan jarak larian sejauh 10 km dan 5 km ini telah disempurnakan pelepasannya oleh YB Puan Sandrea Ng, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak. Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh. Selain itu, banyak aktiviti dan acara menarik turut diadakan seperti berjogging, berbasikal, berjalan kaki, kasut roda, papan selaju(skateboard), senamrobik, pemeriksaan kesihatan, kempen kesedaran kesihatan, kempen kemanusiaan, kempen 3R, program hari bersama pelanggan dan permainan menguji minda untuk kanak-kanak. Program ini juga diharap akan memberi galakan kepada masyarakat untuk menyertai aktiviti sosial dan seterusnya dapat menyalurkan ilmu bermanfaat melalui contoh dan permudahcara yang diberikan oleh petugas setiap booth. Sebagai contoh, cara-cara mengkitar semula minyak masak terpakai oleh Persatuan Gema Perak, membuat jahitan dan cenderahati dari barangan terbuang, cara mengenali ubat dan hasil-hasil seni kraftangan dari Persatuan SELAWA, Day Break dan Simpley Handmade Craft. Semoga program ini akan memeriahkan lagi Tahun Melawat Ipoh 2023. IPOH LOW CARBON DAY BULAN OGOS 2023


BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 24 KAYUHAN MERDEKA 2023 30 Ogos 2023 – Perkarangan Persiaran Bandaraya dibanjiri limpahan cahaya apabila lebih 800 peserta pelbagai latar belakang dan lapisan usia telah menyertai Kayuhan Merdeka 2023 yang memanaskan lagi bahang sambutan Hari Kebangsaan 2023. Seawal pukul 7.40 malam para peserta telah berkumpul bersama basikal masing-masing untuk menjayakan acara tersebut. Pelepasan kayuhan telah disempurnakan oleh YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak mewakili YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan bagi penyertaan Kategori Terbuka diikuti Kategori VIP. Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, Y.Bhg. Clr. Dato’ Mazlan bin Abd. Rahman dan Clr. Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI. Terdapat dua kategori kayuhan iaitu Kategori VIP sejauh 5 kilometer (km) dan Kategori Terbuka (22.9km). Program Kayuhan Merdeka ini adalah program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Perak bersama-sama MBI bagi sambutan Hari Kebangsaan pada setiap tahun. Objektif program adalah untuk menyatukan wargakota Ipoh yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dalam satu program bagi bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2023. Istimewanya program kali ini, ia bersempena kemerdekaan negara yang ke-66. Tema program juga mengambil tema Hari Kebangsaan 2023 iaitu Malaysia Madani “Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”. Ia diharap dapat menyatukan seluruh wargakota Ipoh yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum, budaya dan agama sesuai dengan tema Hari Kebangsaan pada tahun ini. Semoga program ini membantu melahirkan wargakota Ipoh yang aktif, cergas dan sihat.


BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 25 MBI JOHAN KAWAD & PAKAIAN TERBAIK HARI KEBANGSAAN NEGERI PERAK 2023 31 Ogos 2023 - Kontinjen Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diumumkan Johan Kawad & Pakaian Terbaik Kategori Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun, Swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Penampilan dengan pakaian berkonsepkan satria atau pahlawan yang segak mengenakan samping dan tanjak yang melambangkan unsur-unsur budaya tradisi melayu dari zaman dahulu hingga kini, dalam era Malaysia Madani serta mengenengah warna-warna berani dan gagah perkasa. Warna yang terdapat pada Jalur Gemilang diaplikasikan dalam menampilkan pakaian Pasukan Kawad Majlis Bandaraya Ipoh pada penampilan kali ini, memperlihatkan Kesejahteraan dalam slogan Malaysia Madani, ternyata memikat para juri. Busana ini hasil rekaan Pn. Faridah bt. Abdul Aziz dari Jabatan Perancangan Korporat MBI. Kontinjen MBI ini yang terdiri daripada 55 pegawai dan petugas daripada pelbagai jabatan itu telah memulakan latihan sejak 1 Ogos 2023. Kejayaan merangkul kemenangan itu merupakan antara pencapaian terbaik MBI dalam perarakan dan perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak. Ia juga adalah hasil bimbingan Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh dan Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya. Kemenangan itu telah menyaksikan kontinjen MBI membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 (kawad terbaik) dan RM5000 (pakaian terbaik) serta sijil yang disampaikan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 25


BERITA BANDARAYA EDISI 02 - 2023 MEI I JUN I JUL I OGOS 26


Click to View FlipBook Version