The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-09515962, 2023-09-21 05:02:27

KERTAS KERJA RERUAI PPDa

KERTAS KERJA RERUAI PPDa

PROJEK KHAS (I) -RERUAI PPDa- ______________________________ Lokasi : Pondok PPDa


SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN, CHERAS, SELANGOR KERTAS KERJA RERUAI PPDa SKBTHO ANJURAN: UNIT PPDa DENGAN KERJASAMA: UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SKBTHO TARIKH: 2022


SK BANDAR TUN HUSSEIN ONN KERTAS KERJA MEWUJUDKAN RERUAI PPDa 1.0 PENDAHULUAN Reruai PPDa ini diwujudkan untuk mempamer info-info mengenai DARVIH. Terletak dalam lokasi strategik, iaitu bersebelahan Dewan Millineum dan berhampiran kantin menjadikan ia strategik untuk dilawati murid-murid sama ada ketika waktu rehat mahupun waktu senggang lainnya seperti ketika menunggu waktu aktiviti kokurikulum. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Memberi maklumat mengenai DARVIH secara santai kepada seluruh warga sekolah melalui info-info yang ditampal pada setiap ruang yang ada pada Reruai PPDa. 2.2 Menambah seri landskap sekolah dengan wujudnya pondok informatif yang menarik dengan nama Reruai PPDa. 2.3Memberi maklumat mengenai DARVIH secara santai kepada seluruh warga PPDa. 3.0 RASIONAL • Memberi murid ruang bersantai namun kekal informatif melalui bahan maklumat mengenai DARVIH yang disediakan. • Memotivasikan murid untuk sentiasa meningkatkan ilmu pada waktu senggang walau di mana mereka berada. • Memberi peluang kepada warga sekolah mendapatkan info mengenai DARVIH secara mudah, cepat dan tepat.


4.0 AKTIVITI-AKTIVITI 4.1 Lokasi Informasi “Kenali kesan DARVIH” semasa Pelancaran Bulan Antidadah peringkat sekolah. 4.2 Menyertai Pertandingan Anugerah Pengurusan Laluan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Cemerlang 2022. 5.0 PERANCANGAN 5.1 Mewujudkan sebuah reruai informatif yang menarik dengan info-info terbaru yang tepat dan padat. 5.2 Memenuhi sudut Reruai PPDa dengan maklumat-maklumat terkini yang mudah difahami mengikut aras murid-murid sekolah rendah. 5.3 Mewujudkan ‘sekolah berwatak PPDa’ melalui Reruai PPDa. 6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Bil Perkara Kos (RM) Bilangan Jumlah (RM) 1 2 3 4 5 6 Kain (5 meter) Cat Minyak (1 liter) Mesin laminate Plastik laminate A4 100 helai Ink printer (hitam + berwarna) Set Alatan mengecat RM10 RM30 RM100 RM70 RM100 RM20 6 meter 3 tin 1 set 1 set 1 set 4 set RM60 RM90 RM100 RM70 RM100 RM80 Jumlah RM500.00


7.0 PENUTUP Adalah diharap dengan adanya Reruai PPDa ini akan mencapai objektif sebagaimana yang telah ditetapkan. Komitmen dan kerjasama yang baik daripada semua pihak, bakal menjadi suatu program yang amat bermakna melalui pelaksanaan secara menyeluruh. Secara tidak langsung, program ini dapat meningkatkan usaha ke arah pembentukan sahsiah diri murid yang lebih positif.


Disediakan oleh Disemak oleh .................................................... .................................................... (NORUL HIJUL AIDA BINTI RALLIBI) (NURNAHDATUL SALWA BINTI MUHAMAD ZAKI) Penyelaras Unit PPDa Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Bandar Tun Hussein Onn SK Bandar Tun Hussein Onn Disahkan oleh Nota : Rujuk fail untuk kertas kerja yang telah siap ditandatangani


____________ MINIT MESYUARAT


SK BANDAR TUN HUSSEIN ONN 43200 CHERAS, SELANGOR MINIT MESYUARAT UNIT PPDa BIL.2 SESI 2022/2023 Tarikh : 13 Julai 2022 (Rabu) Masa : 11.45 pagi Tempat : Kamar Maufakat KEHADIRAN -Rujuk LampiranTIDAK HADIR DENGAN KENYATAAN BIL NAMA Catatan 1 Wan Nursyahirah bt Wan Abdullah Cuti sakit 2 Marlinah binti Salleh Cuti sakit TURUT HADIR BIL NAMA JAWATAN 1 Puan Nurnahdatul Salwa bt Mohd Zaki PK Hal Ehwal Murid URUS SETIA BIL NAMA JAWATAN 1 Mugilan a/l Subramaniam Setiausaha


1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan terima kasih atas kehadiran ahli jawatan kuasa. Makluman 2. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 2.1 Laluan PPDa 2.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa sekolah telah menyertai Pertandingan Laluan PPDa pada tahun ini. Makluman 2.1.2 Pengerusi turut memaklumkan bahawa sekolah telah mendapat tempat kedua Pertandingan Laluan PPDa peringkat negeri pada tahun lepas. Untuk itu semua ahli jawatankuasa perlu berganding bahu agar pencapaian cemerlang itu dapat ditingkatkan pada tahun ini. Makluman 2.1.3 Berikut merupakan agihan tugasan bagi mengemaskini Laluan PPDa sekolah. Bil Tugasan Pelaksana 1 Fail PPDa Norul Hijul Aida binti Rallibi Safarena binti Nasri Mugilan a/l Subramaniam 2 Sudut Pameran (Blok A) Najah binti Abu Bakar 3 Sudut Derita (Blok B) Nur Syazwani binti Johari Marlinah binti Salleh 4 Sudut Bahagia (Blok C) Wan Nursyahirah binti Wan Abdullah Nurul Illiayana binti Sulaiman 5 Pondok PPDa/ laluan Prasekolah Nor Fida binti Abdul Hamid Norizan binti Zulkifli 6 Mengecat laluan masuk Mugilan a/l Subramaniam Unit Task Force Makluman


2.2 Instrumen Pemantauan 2.2.1 Pengerusi memaklumkan secara terperinci mengenai instrumen pemantauan yang telah diedarkan kepada semua ahli jawatankuasa untuk perhatian dan tindakan awal semua yang terlibat. Makluman 2.2.2 Pengerusi menerangkan bahawa sisipan PPDa dalam kurikulum boleh dilihat pada subjek seperti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Beliau akan menyediakan bahan sisipan ini untuk digunapakai bagi subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Pengerusi 2.2.3 Pengerusi memaklumkan program-program yang telah dilaksanakan di bawah Unit PPDa adalah seperti berikut :- 1) Program Lima Minit Antidadah di perhimpunan 2) Ceramah Antidadah oleh AADK Hulu Langat 3) Pameran Antidadah 4) Pertandingan Mewarna Antidadah 5) Program Duta Cilik PPDa Makluman 3. HAL - HAL LAIN 3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Projek Khas Program PPDa adalah penubuhan Kumpulan Pemuzik D’ Hussein Band, Pondok PPDa, laluan interaktif PPDa dan “banner wajah” semua guru, AKP dan PIBG sebagai tanda sokongan semua pihak terhadap program PPDa sekolah. Makluman 4. PENANGGUHAN MESYUARAT 4.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.10 petang. Urus Setia Setiausaha Unit PPDa SK Bandar Tun Hussein Onn Tarikh : 14 JULAI 2022


____________ SOAL SELIDIK


SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN, CHERAS, SELANGOR Nama : ................................................... Kelas : _______________ SOAL SELIDIK UNTUK MENGKAJI KEBERKESANAN “RERUAI PPDa” Arahan : Sila √ pada pilihan jawapan terbaik kamu. BIL SOAL- SELIDIK YA TIDAK 1 Tahukah kamu di mana lokasi Reruai PPDa? 2 Adakah kamu pernah singgah dan duduk di bahagian dalam Reruai PPDa? 3 Adakah maklumat yang dipaparkan dalam Reruai PPDa ini menarik perhatian kamu? 4 Adakah maklumat yang disediakan mencukupi? 5 Sudikah kamu mengajak kawan-kawan lain untuk turut serta berada di “Reruai PPDa” bagi tujuan menambahkan ilmu? 6 Berikan cadangan kamu untuk menaiktaraf bahagian “Reruai PPDa”.


PAMPLET


PENYERTAAN Reruai PPDa ini adalah di bawah tanggungjawab Puan Nor Fida binti Abdul Hamid dari Unit PPDa dengan dibantu oleh pengawas-pengawas PPDa. Semua warga sekolah dialu-alukan untuk turut serta mengambil maklumat di ruangan “Reruai PPDa” ini disamping sama-sama menjaga kebersihan persekitaran.


____________ LAPORAN DAN RUMUSAN


SPSK PK 01/2 LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM UNIT PPDa SK BANDAR TUN HUSSEIN ONN, 43200 CHERAS ,SELANGOR. ....................................................................................................................................... Tajuk Program : LAPORAN PROJEK RERUAI PPDa Tarikh Pelaksanaan : 10 Jun 2022 Hasil : 1. Dapat dilaksanakan Ya ( ) Tidak ( ) ➢ Projek Reruai PPDa ini telah berjaya dilaksanakan secara berperingkat. ➢ Sumber kewangan diperolehi daripada orang perseorangan, Bank Islam dan juga PIBG SKBTHO. ➢ Projek ini diketuai oleh Puan Nor Fida binti Abdul Hamid dari Unit PPDa dengan dibantu oleh pengawas PPDa. ➢ Rumusannya, penubuhan Reruai PPDa ini telah menampakkan hasilnya apabila ramai murid yang meluangkan masa senggangnya di sini sambil menambah pengetahuan baru. ➢ Secara tidak langsung, landskap sekolah turut menjadi bertambah menarik dengan kewujudan Reruai PPDa ini. 2. Ulasan (Jika tidak dapat dilaksanakan) 3. Cadangan untuk penambahbaikan : Disediakan oleh : Disahkan : .................................... .................................... (NORUL HIJUL AIDA BT RALLIBI) Penyelaras Unit PPDa


LAPORAN PROJEK RERUAI PPDa SEBELUM - Pondok hanya kosong tanpa sebarang maklumat sebelum diambil- alih oleh Unit PPDa 2022 Jawatankuasa terlibat telah menukar kain/ langsir baru Proses menampal info-info berkaitan DARVIH oleh Jawatankuasa Pondok PPDa. Pondok PPDa yang dikenali sebagai “Reruai PPDa” Nota : Rujuk fail untuk kertas kerja yang telah siap ditandatangani


Click to View FlipBook Version