BMMB 1134
TUGASAN 3
KETERAMPILAN
BERBAHASA
PENGHASILAN PRODUK
halangan komunikasi dan isu dalam
keterampilan berbahasa
Britney olga john
Bm sk 4
ppismp sem 2 ambilan Jun 2021
Pengenalan
Keterampilan berbahasa merupakan kemampuan
dan kemahiran seseorang itu dalam menggunakan
bahasa dengan baik. Seorang yang berketerampilan
juga dapat mengawal diri dan mempengaruhi orang
lain semasa dia berucap di khalayak ramai. Seorang
yang mempunyai keterampilan berbahasa yang baik
dapat menguasai empat keterampilan berbahasa ini,
iaitu menyimak (mendengarkan), berbicara,
membaca dan menulis. Namun dalam topik ini kita
lebih menekankan bahasa lisan iaitu menyimak dan
berbicara. keterampilan berbahasa juga
merangkumi pengucapan awam. Pengucapan awam
boleh didefinisikan sebagai komunikasi lisan dan
bukan lisan yang melahirkan bahasa dengan penuh
makna (Abdul Mu’ati, 2000)
Halangan komunikasi
dalam keterampilan
berbahasa
Maklum balas
Penutur tidak dapat maklum balas yang baik dari
pendengar kerana ketidaksesuaian teks.
Blandford (2000) menyatakan, antara halangan
dalam pengucapan awam adalah masalah
penerimaan mesej yang tidak sampai ke kelompok
sasarannya. Hal ini kerana penutur tidak
memikirkan kesesuaian topik yang akan
disampaikan dengan umur dan tahap pemahaman
pendengar.
Komunikasi sehala
Halangan ini berlaku kerana terlalu banyak perkara yang
disampaikan dalam satu masa.
menurut Jumali et. al (2012) tabiat terlalu banyak bercakap
adalah antara faktor yang menjadi halangan dalam
komunikasi kerana kebiasaannya ia agak sukar difahami
oleh pendengar berikutan terlalu banyak perkara yang
ingin disampaikan dalam satu masa. Hal ini mendorong
kepada kebosanan pendengar dan tidak dapat menangkap
isi yang ingin disampaikan.
Gangguan saraf penerima
Masalah dalam saraf penerima
terutamanya masalah pendengaran yang
menyukarkan pendengar memahami dan
mendengarkan mesej yang disampaikan.
Penyampaian menerusi saluran kedua
Perkara ini menyebabkan perkara yang
disampaikan tidak dapat difahami 100%
kerana terdapat info yang disampaikan
dengan jelas melalui saluran kedua.
kesilapan berpotensi berlaku ketika
penyampai kedua menerangkan mesej dari
penutur kepada pendengar.
Gangguan emosi
Seorang penyampai perlu mempunyai
emosi yang stabil agar kedua-dua
pihak dapat berkomunikasi dengan
baik. Contohnya, emosi
marah,gembira, sedih dan sebagainya.
Isu keterampilan berbahasa
1.Isu bahasa
penggunaan bahasa rojak
Percampuran bahasa inggeris dengan bahasa melayu dan
penggunaan dielek. Sebagai contoh, individu yang
menggunakan dialek negeri boleh menimbulkan salah
faham antara pendengar untuk berkomunikasi dan
berinteraksi disebabkan penggunaan dialek negeri
masing-masing yang sukar difahami oleh individu-
individu dari negeri-negeri lain (Sayed Mahussain &
Fathiah, 2010).
2.Isu budaya
Perbezaan budaya menjadi isu dalam keterampilan
berbahasa kerana individu tersebut tidak terbiasa
dengan budaya yang orang lain lakukan seperti
budaya menggunakan perkataan kasar Ketika
bercakap. Hal ini menjadikan seseorang itu tidak
selesa dan rasa tersindir walaupun bagi orang lain itu
adalah perkara yang kecil.
3.Isu media sosial
Netizen mengunakan media sosial untuk menghina,
memaki dan menjatuhkan orang dengan kata-kata
yang tidak sopan. Hal ini menggangu emosi
seseorang terutama pembaca tersebut.
Penutup
Kesimpulannya, seorang individu perlu
mempunyai keterampilan berbahasa
agar komunikasi mereka dengan orang
lain lancar dan setiap perkara yang ingin
disampaikan dapat disampaikan dan
diterima dengan baik. Halangan-
halangan komunikasi dalam
keterampilan berbahasa perlu dielakkan
dan diatasi supaya mesej yang
disampaikan dapat difahami dan
bermanfaat untuk orang lain.
Rujukan
Abdul Mu’ati, Z. A. (2000). Panduan pengucapan awam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Sayed Mahussain Sayed Ahmad, & Fathiah Mustaffa. (2010). Kemahiran
berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan pelajar sarjana muda sains serta
pendidikan (Pengajian Islam). Artikel tidak diterbitkan, Universiti Teknologi
Malaysia, Shah Alam, Selangor.
Blandford, S. (2000). Panduan pengurus peringkat pertengahan di Sekolah. Terj.
Bahariah Yusof. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.
Jumali Hj. Selamat., Khaidzir Hj. Ismail, Shahruddin Hj. Ahmad, & Mohd. Helmi
Abd. Rahim. (2012). Pengucapan awam: strategi dan kemahiran. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia Press.
SEKIAN, TERIMA KASIH