CERITA BINATANG
SI TUPAI
SDAI NNURI
SANG MONYET
kumpulan 5: sazriani, britney, safwah, azmatun
SI TUPAI, SI NURI DAN SANG MONYET
Di sebuah hutanyang aman tenteram, terdapat seekor tupai yang
comel dan ceria. Dia selalu menghabiskan masanya untuk bermain
dan meneroka hutan bersama Sang Nuri, teman baiknya. Mereka
bermain dari satu pohon ke pohon yang lain, mencari buah-buahan
hutan untuk dimakan, dan kadangkala pergi ke muara sungai untuk
bermain dengan ikan-ikan di sana. Mereka bermain sehinggalah ke
larut senja sebelum pulang ke sarang masing-masing dan bermain
lagi pada keesokan harinya. Demikianlah kehidupan sehari-hari
Sang Nuri dan Sang Tupai. Ibu Tupai selalu menasihatkan mereka
untuk menjaga diri dan tidak mudah terpedaya dengan kata- kata
orang lain.
Pada suatu hari sewaktu Sang Tupai dan Sang Nuri bermain-main, mereka
terserempak dengan Sang Monyet. Sang Monyet amat terkenal dengan
kenakalan dan kelicikannya. “Hai Sang Tupaidan Sang Nuri,hendak ke mana
kamu berdua kali ini?”
“Hai Sang Monyet. Kami berdua ingin ke muara sungai hari ini. Sudah lama
tidak berjumpa teman-teman di sana” jawab Sang Nuri dengan penuh
ramah. Mendengar hal itu, Sang Monyet yang licik mendapat idea.
“Wahai sahabatku. Bolehkah kamu menolong aku? Sudah lama aku teringin
makan buah jambu di muara sungai itu,” ujar Sang Monyet dengan nada
sedih. Sang Tupai dan Sang Nuri berasa serba salah.
“Tapi bukankah pokok jambu di sana milik manusia? Ibuku juga melarang
kami bermain di sana. Bahaya! Bagaimana jika kami ditangkap oleh pemilik
kebun itu?” kata Sang Tupai dengan bersungguh-sungguh.
Mendengar hal itu, Sang Monyet berpura-pura sakit bagi mengambil hati
Sang Tupai dan Sang Nuri. “Aduh, sakitnya perutku! Aku benar-benar teringin
makan buah jambu yang manis itu. Tambahan pula, tubuhku besar dan
pergerakanku lambat. Tidak selincah Sang Tupai yang Sang Nuri yang terbang
tangkas.”
Sang Tupai dan Sang Nuri akhirnya termakan pujukan Sang Monyet. Mereka
berdua pergi ke kebun jambu berdekatan muara sungai itu manakala Sang
Monyet hanya menunggu di salah satu pokok berdekatan. Mereka bernasib
baik kerana pemilik kebun itu tidak berada di kebun untuk menjaga pohon
jambunya yang berbuah lebat. Dengan berhati-hati, mereka mengambil tiga
biji buah jambu dan membawanya kepada Sang Monyet. Tanpa mengucapkan
terima kasih, Sang Monyet menghabiskan ketiga-tiga buah jambu itu dan
berlalu pergi. Keesokan harinya, Sang Monyet pergi menemui Sang Tupai dan
Sang Nuri sekali lagi.
“Hai sahabatku yang baik hati. Perutku sakit. Aku teringin makan
buah jambu yang manis itu. Marilah kita mengambil buah jambu di
muara sungai itu sekali lagi,” kata Sang Monyet.Sekali lagi,
SangTupai dan SangNuri bersetuju dengan Sang Monyet dan
mereka pun pergi ke kebun jambu milik manusia di tepi sungai itu.
“Kali ini, mari kita ambil lebih banyak buah. Kamu jatuhkan sahaja
buah itu ke bawah. Nanti buahnya aku kutip,”kata Sang Monyet
yang tamak. Oleh itu, Sang Tupai dan Sang Nuri menjatuhkan
banyak buah jambu ke tanah manakala Sang Monyet mengutip
buah yang dijatuhkan oleh mereka dengan gembira. Tanpa disedari
oleh mereka bertiga, pemilik kebun jambu tersebut sedang
memerhati mereka dari kejauhan dengan senapang guli di tangan.
Sudah lama pemilik tersebut cuba menangkap Sang Monyet yang
banyak merosakkan buahnya.
“Bang!” bunyi tembakan membantutkan kegembiraan mereka.
Terdengar raungan nyaring Sang Monyet tatkala kakinya mula
dipenuhi darah kerana ditembak oleh pemilik kebun tersebut. Sang
Tupai dan Sang Nuri yang terkejut sempat melarikan diri. Sang
Monyet membawa diri yang cedera juga sempat
Sejak dari kejadian itu, Sang Tupai dan Sang Nuri dimarahi oleh ibu
mereka dan tidak lagi berjumpa dengan Sang Monyet. Mereka mula
belajar menjaga diri dan tidak mudah terpedaya dengan pujukan
orang lain. Sang Monyet yang cedera pula menyesal dengan
ketamakannya memperdaya orang lain.
SINOPSIS
Cerita binatang Si Tupai, Si Nuri dan Sang Monyet ini merupakan kisah tiga haiwan yang tinggal di dalam hutan.
Si Tupai dan Si Nuri merupakan dua sahabat baik yang sering meluangkan masa bermain bersama-sama
sepanjang hari. Sang Monyet pula dikenali sebagai binatang paling licik dan nakal di hutan tersebut. Cerita
bermula apabila Sang Monyet terserempak dengan Si Tupai dan Si Nuri yang ingin ke sungai untuk bermain-
main di sana. Sang Monyet yang licik berniat ingin menggunakan dua sahabat tersebut bagi kesenangan
dirinya sendiri. Dia meminta Si Tupai dan Si Nuri mencuri buah jambu di kebun berdekatan sungai tempat
mereka bermain.
Pada mulanya, Si Tupai dan Si Nuri menolak ajakan Sang Monyet. Walau bagaimanapun, Sang Monyet terus
memujuk mereka berdua dengan kata-kata manisnya. Akhirnya, Si Tupai dan Si Nuri termakan kata-kata Sang
Monyet. Mereka berdua mencuri tiga biji buah jambu yang manis dan ranum dari kebun milik manusia
sedangkan Sang Monyet hanya menunggu di pohon berdekatan. Sang Monyet yang licik terus menghabiskn
kesemua buah jambu tersebut tanpa berkongsi kepada Si Tupai dan Si Nuri, malah terus berlalu pergi setelah
kekenyangan tanpa mengucapkan terima kasih.
Keesokan harinya, Sang Monyet meminta bantuan Si Tupai dan Si Nuri sekali lagi untuk mencuri buah jambu.
Kali ini, dia menjadi lebih tamak dengan menyuruh Si Tupai dan Si Nuri menjatuhkan semua buah jambu ke
tanah manakala dia akan memunggut hasil yang dijatuhkan oleh mereka berdua. Namun, malang tidak berbau
tatkala pemilik kebun sudah bersedia untuk menangkap Sang Monyet yang selalu merosakkan hasil
tanamannya dengan senapang guli di tangan. Si Tupai dan Si Nuri berjaya melarikan diri manakala Sang
Monyet ditembak pada bahagian kakinya. Sejak dari itu, Si Tupai, Si Nuri dan Sang Monyet mendapat
pengajaran mereka masing-masing.
LATAR TEMPAT
●Di dalam hutan
1 -Tempat Si Tupai, Si Nuri dan Sang Monyet tinggal
●Di tepi sungai
2 -Tempat Si Tupai dan Si Nuri bermain bersama anak-anak ikan di sana
●Di kebun jambu milik manusia
3 -Tempat Si Tupai, Si Nuri dan Sang Monyet mencuri/mengambil buah jambu milik manusia
-Tempat Sang Monyet ditembak oleh pemilik kebun jambu tersebut
●4 Di Sarang Si Tupai dan Si Nuri
-Tempat tinggal dan berteduh Si Tupai, Si Nuri dan keluarganya
-Tempat Si Tupai dan Si Nuri dimarahi oleh ibu mereka kerana mencuri buah jambu milik
manusia
LATAR MASA
●1 Awal pagi sehingga larut senja
-Si Tupai dan Si Nuri bermain-main menjelajah hutan sehingga larut senja
●Pada suatu hari
2 -Sang Monyet terserempak dengan Si Tupai dan Si Nuri dan meminta mereka
mencuri buah jambu di kebun milik manusia
- Si Tupai dan Si Nuri mengambil buah jambu di kebun milik manusia
●Keesokan hari
3 -Si Tupai dan Si Nuri mengulang aktiviti harian mereka iaitu bermain-main
-Sang Monyet mengajak Si Tupai dan Si Nuri mengambil buah jambu sekali lagi
-Namun kali ini, mereka tidak bernasib baik kerana pemilik kebun berada di sana
dan berjaya menembak kaki Sang Monyet
LATAR MASYARAKAT
●1 Masyarakat yang mementingkan nilai persahabatan
-Si Tupai dan Si Nuri merupakan sahabat baik yang selalu meluangkan masa bersama-sama, bermain,
menjelajah hutan dan mencari buah hutan untuk dimakan.
-Si Tupai dan Si Nuri sentiasa bersama-sama tidak kira apa situasi. Ketika mereka diperdaya oleh
Sang Monyet, mereka tetap bersama-sama dan tidak mahu mengkhianati satu sama lain.
-Si Tupai dan Si Nuri menerima Sang Monyet yang nakal sebagai sahabat mereka walaupun Sang
Monyet hanyalah menggunakan mereka untuk kepentingan dirinya sendiri.
●2 Masyarakat yang licik dan nakal
-Sang Monyet terkenal dengan kenakalan dan kelicikan. Dia sering memperdaya
binatang lain dan merosakkan tanaman milik manusia.
LATAR MASYARAKAT
●1 Awal pagi sehingga larut senja
-Si Tupai dan Si Nuri bermain-main menjelajah hutan sehingga larut senja
●2 Masyarakat yang prihatin dan mempunyai nilai kasih sayang yang tinggi
-Ibu Si Tupai sering menasihati Si Tupai dan Si Nuri untuk menjaga diri sewaktu bermain-main
kerana risau akan mereka
-Ibu Si Tupai dan Si Nuri memarahi mereka berdua kerana pergi ke kebun milik manusia yang
dianggap bahaya kerana risau akan keselamatan mereka.
●3 Masyarakat petani/pekebun
-Pemilik kebun jambu di tepi sungai merupakan seorang pemilik kebun jambu yang berjaya
dan mengambil berat akan buah-buahannya yang dicuri dan dirosakkan oleh Sang Monyet.
Pemilik kebun tersebut juga bertindak menembak Sang Monyet yang banyak mendatangkan
kerugian kepada dirinya.
LATAR MASYARAKAT
●1 Masyarakat yang mudah terpedaya dengan kata-kata orang lain
-Si Tupai dan Si Nuri terpedaya dengan kata-kata Sang Monyet yang
mengatakan mereka berdua yang berbadan kecil lebih tangkas dan lincah
berbanding dirinya.
●2 Masyarakat yang sedar akan kesalahan diri
-Si Tupai dan Si Nuri akhirnya sedar akan kesilapan mereka memilih teman dan terpedaya
dengan tipu helah Sang Monyet, manakala Sang Monyet pula sedar akan kesilapan dirinya yang
terlalu tamak
●3 Masyarakat yang tamak
-Sang Monyet sangat tamak dengan meminta Si Tupai dan Si Nuri menjatuhkan buah jambu
ke tanah manakala dia memungut buah jambu yang jatuh sehingga perkara tersebut
akhirnya memakan dirinya sendiri.
SUMMER TEMA
PEBREASCHAHABATAN Si . nuri, si tupai dan sang monyet
mempunyai ikatan persahabatan yang erat
VACATION kerana mereka sentiasa bermain bersama
SUNSCREEN dan berkerjasama untuk mendapatkan
makanan.
Si nuri, dan si tupai tetap mahu berkawan
dengan monyet yang sudah
mempergunakan mereka kerana si nuri dan
tupai menghargai nilai persahabatan
diantara mereka.
NILAI
1 2 3 4
KCEHBREIRSATNMIAASN BACIKRYHATI
BEKERRJAAINSAMA KEHINOSSPAIFTAANL
monyet berani untuk TUPAI DAN NURI BAIK
si, nuri, si tupai dan bersikap licik HATI KERANA SANGGUP SANG MONYET
sang monyet terhadap AKHIRNYA MEMPUNYAI
MEMBANTU SANG
bekerjasama dalam sahabatnya dan MONYET YANG SUKA KEINSAFAN DALAM
usaha untuk berani untuk MEMBOHONG DAN DIRINYA SETELAH
CEDERA APABILA
mengambil buah membawa mereka MEMPERGUNAKAN DITEMBAK OLEH
jambu di kebun ke dalam kawasan MEREKA UNTUK MANUSIA KETIKA
kebun manusia yang MONYET SEDANG
kepunyaan KEPENTINGAN DIRINYA MEMUNGUT BUAH
manusia berbahaya. SENDIRI. JAMBU DARI KEBUN
TERSEBUT.
PENGAJARAN
1 2 KITA MESTILAH 3
KITA MESTILAH BERSIFAT BAIK MENDENGARKAN NASIHAT KITA TIDAK SEHARUSNYA
TERHADAP SEMUA ORANG DARIPADA ORANG YANG LEBIH MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
seperti tupai dan nuri TUA seperti sang monyet yang
yang sentiasa membantu licik menggunakan
sang monyet walaupun
kepercayaan kawan-
mereka tau bahawa Ibu Tupai selalu kawannya sehingga
mereka sedang menasihatkan mereka kelicikannya itu memakan
dipergunakan untuk menjaga diri dan
tidak mudah terpedaya diri sendiri.
dengan kata- kata orang
lain.
PLOT
Permulaan
-Cerita dimulakan dengan pengenalan watak, iaitu Si Tupai dan Si Nuri,
dua sahabat baik yang sering meluangkan masa bermain bersama-sama.
Kemudian diikuti pula dengan pengenalan watak Sang Monyet yang
sangat nakal dan licik, dan suka memperdaya haiwan lain demi
kepentingan dirinya sendiri.
PLOT
Perkembangan
-Pada suatu hari, Si Tupai dan Si Nuri terserempak dengan Sang Monyet
dan telah terpedaya dengan kata-kata dan pujukannya untuk mencuri
buah jambu di kebun milik manusia. Mereka berjaya mengambil buah
jambu dengan selamat. Sang Monyet yang tidak tahu berterima kasih
menghabiskan semua buah tersebut dan terus berlalu pergi.
PLOT
Perumitan
-Cerita ini berkembang apabila sekali lagi, Sang Monyet berjumpa dengan
Si Tupai dan Si Nuri untuk meminta bantuan mereka mengambil buah
jambu sekali lagi. Kali ini, ketamakan Sang Monyet mendorong dia untuk
mendekati kebun jambu tersebut. Dia memungut buah jambu yang
dijatuhkan oleh Si Tupai dan Si Nuri tanpa rasa was-was. Walau
bagaimanapun, nasib tidak berpihak kepada Sang Monyet kerana pemilik
kebun berada di sana pada ketika itu dan dia tidak sedar akan kehadiran
pemilik kebun.
PLOT
Peleraian & Penutup
-Cerita diakhiri dengan Sang Monyet yang ditembak oleh pemilik kebun
pada bahagian kaki. Mereka bertiga berjaya melarikan diri, walau
bagaimanapun Sang Monyet berada dalam keadaan cedera parah. Dia
menyesali tindakannya dan sikapnya yang tamak manakala Si Tupai dan
Si Nuri dimarahi oleh ibu mereka dan berjanji untuk menjadi lebih
berhati-hati
PATAH MUKA
PERKATAAN SURAT
575 patah 5 muka
perkataan surat
SEKIAN
TERIMA KASIH