The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syafiq Asyraf, 2024-05-03 02:48:43

LAPORAN INDUSTRI IKTBN SEPANG

LAPORAN LI IKTBN SEPANG

Keywords: LAPORAN LI

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA (IKTBN) SEPANG MUHAMMAD SYAFIQ ASYRAF BIN MOHD ANUAR 020628-14-0913 21,Jalan MJ 14,Taman Industri Meranti Jaya, 47120 Puchong,Selangor 8 Januari 2024 – 29 mac 2024


PENGESAHAN KETUA JABATAN Saya akui bahawa telah membaca Laporan Latihan Industri (LI) ini dan pada Pandangan saya Laporan Latihan Industri ini adalah memenuhi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia Tahap (4) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang dalam bidang Teknologi Mekanikal Pemesinan (Pembuatan CAD/CAM). Tandatangan:__________________________________ Nama Ketua Jabatan : EN MOHD RUDI BIN AB MUTALIB Tarikh :__________________________________ I


PENGAKUAN PELAJAR Saya akui ini adalah Laporan Latihan Industri (LI) XTS Technologies SDN BHD di mana semuanya adalah hasil kerja saya sendiri. Tandatangan:__________________________________ Nama Pelajar: MUHAMMAD SYAFIQ ASYRAF BIN MOHD ANUAR Tarikh :___________________________________ II


PERHARGAAN Assalamualaikum, alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menjalani latihan industri ini dengan sempurna selama 3 bulan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan XTS Technologies SDN.BHD. kerana memberi peluang kepada saya menjalani latihan industri di firma ini. Latihan Industri boleh mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar. Di samping itu, latihan ini juga dapat melatih saya membiasakan diri dengan melaksanakan sesuatu tugas yang diarahkan. Secara tidak langsungnya dapat mendedahkan saya kepada teknik-teknik melakukan kerja dengan betul. Sehubungan dengan itu, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua kakitangan XTS Technologies SDN.BHD. yang banyak membantu saya dalam menjalani latihan industri ini terutama Pengarah Syarikat, Mohamad Azahar Bin Ramli serta kakitangan yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang turut membantu saya ketika menjalani latihan industri semasa tempoh latihan ini dijalankan. Ucapan jutaan terima kasih juga dirakamkan kepada semua pengajar INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA SEPANG yang telah bertungkus-lumus mengorbankan masa dan tenaga dalam menjayakan latihan industri ini. III


Selain itu, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan saya terhadap ahli keluarga saya dan juga rakan-rakan yang menjalankan latihan industri bersama saya serta kepada sesiapa yang telah memberi galakan, sokongan dan dorongan kepada saya bagi menyiapkan Buku Laporan Latihan Industri ini. Akhir kata, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua kakitangan yang bekerja di XTS Technologies SDN.BHD. tenaga pengajar INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA SEPANG, rakan-rakan seperjuangan dan juga sesiapa sahaja yang turut membantu saya bagi menjayakan latihan industri saya ini selama 3 bulan.Semoga tuhan membalas jasa dan budi baik kalian. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Sekian terima kasih. IV


KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 PENDAHULUAN ➢ PENGESAHAN KETUA JABATAN ➢ PENGAKUAN PELAJAR ➢ PENGHARGAAN ➢ ISI KANDUNGAN I - VII 2 BAB 1-PENGENALAN 1.1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI 1.2 OBJEKTIF LATIHAN 1.3 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI 1.4 SKOP LATIHAN 1 - 5 3 BAB 2-LATAR BELAKANG SYARIKAT 2.1 MAKLUMAT KORPORAT 2.2 LATAR BELAKANG SYARIKAT 2.3 LOGO KORPORAT 2.4 PETA LOKASI SYARIKAT 2.5 OBJEKTIF SYARIKAT 2.6 VISI SYARIKAT 2.7 MISI SYARIKAT 2.8 POLISI SYARIKAT 2.9 WAKTU BEKERJA 2.10 SISTEM KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN 2.11 AMALAN KESELAMATAN AM 2.12 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN DIRI 2.13 CARTA ORGANISASI 2.14 AKTIVITI DI SYARIKAT 2.15 PELANGGAN SYARIKAT 6 – 17 V


3 BAB 3-TUGASAN LATIHAN INDUSTRI 3.0 PENGENALAN 3.1 SENARAI TUGASAN PELAJAR ➢ 3.1.1 TUGAS MENGENDALIKAN MESIN ➢ 3.1.2 TUGAS PENYELENGGARAAN 3.2 BULAN JANUARI • MINGGU PERTAMA • MINGGU KEDUA • MINGGU KETIGA • MINGGU KEEMPAT • MINGGU KELIMA 3.3 BULAN FEBRUARI • MINGGU PERTAMA • MINGGU KEDUA • MINGGU KETIGA • MINGGU KEEMPAT 3.4 BULAN MAC • MINGGU PERTAMA • MINGGU KEDUA • MINGGU KETIGA • MINGGU KEEMPAT • MINGGU KELIMA 3.5 PROSES KERJA SEMASA LATIHAN INDUSTRI 3.6 CONTOH PAKAIAN KESELAMATAN 18 – 33 BAB 4-KOMEN DAN CADANGAN - CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN 34 VI


BAB 5- KESIMPULAN - PENUTUP 35 BAHAGIAN DUA - RUJUKAN 36 BAHAGIAN TIGA - LAMPIRAN 37 - 40 VII


1 BAB 1 : PENGENALAN 1.1 Pengenalan Latihan Industri Latihan Industri merupakan salah satu program utama yang diwajibkan kepada setiap orang pelajar yang menuntut di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di seluruh Malaysia.Ia merupakan salah satu komponen utama yang terdapat di dalam kurikulum pembelajaran di IKTBN.Pelajar dikehendaki lulus Latihan Industri mereka pada semester berikutnya.Ini juga akan melayakkan mereka untuk menerima penganugerahan Sijil atau Diploma Kemahiran Malaysia setelah mereka tamat pengajian kelak. Program Latihan Industri ini adalah satu program di mana pelajar akan di tempatkan di agensi-agensi Kerajaan,firma-firma swasta atau mana mana tempat yang sesuai dengan kursus yang dipelajari.Tempoh yang diberi untuk menjalani Latihan Industri adalah selama 3 Bulan.Ini adalah bertujuan bagi mendedahkan mereka ke pada alam perkerjaan yang sebenar supaya mereka dapat menimba pengalaman dan ianya dapat dimanfaatkan untuk meneruskan semester yang berikutnya dan juga dapat mereka gunakan apabila berkeja kelak. Para pelajar hanya layak untuk menjalani Latihan Industri setelah mereka lulus beberapa kali peperiksaan akhir seperti mana yang telah ditetapkan.Bagi pelajar Kursus Sijil mereka akan menjalani Latihan Industri pada semester 4 dan bagi Kursus Diploma pula akan menjalani Latihan Industri pada semester 5.Pelajar yang akan menjalani Latihan Industri.Tempat yang dimohon itu pula hendaklah bersesuaian dengan bidang atau kursus yang mereka pelajari di IKTBN.


2 1.2 Objektif Latihan Industri A) Mendedahkan pelajar kea lam perkerjaan:- • Pelajar dapat menyesuaikan diri dengan suasana perkejaan. • Pelajar boleh mempelajari sesuatu bidang dengan lebih meluas dan secara tidak langsung menambahkan ilmu pengetahuan tentang kerja yang dilakukan. • Pelajar dapat belajar hidup berdikari dan dapat menyelesaikan masalah teknikal dengan berkesan. B) Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik antara pekerja :- • Pelajar dapat mempelajari cara hidup bermasyarakat dan mengamalkan nilai murni antara pekerja. • Menjalinkan ikatan yang baik di antara pekerja dengan majikan dan sebagainya. • Melahirkan sikap bertoleransi dan bertolak ansur di antara satu sama lain. • Menjaga hubungan baik dan saling memerlukan dalam melakukan sesuatu perkara. • Memberi dan menerima sebarang pendapat tentang sesuatu perkara atau sesuatu hal yang dibincang dan dapat menerima pendapat orang lain. C) Menyediakan sebuah laporan rasmi setelah tamat latihan : • Setiap pelajar diwajibkan menyiapkan satu laporan rasmi tentang Latihan Industri yang telah di lakukan. • Permarkahan diberi mengikut laporan yang dihantar. • Hendaklah menyiapkan laporan 100% selepas tamat Latihan Industri. • Laporan hendaklah mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.


3 D) Mengaitkan teori kepada praktis dan sebaliknya :- • Pelajar lebih memahami tentang bidang yang dipelajari dengan mengaitkan teori dengan praktikal yang sedang dilakukan. • Pelajar dapat mendalami bidang yang dipelajari dan menjadikan satu bidang professional pada masa akan datang. • Penglibatan pelajar akan memantapkan lagi teori dengan praktikal untuk masa akan datang. • Menitik beratkan tentang keselamatan makmal, bengkel mekanikal, diri sendiri, pengguna lain dan sebaliknya supaya tidak berlaku sebarang masalah. • Sentiasa meletakkan diri dalam keadaan yang selamat. • Sentiasa mengamalkan peraturan keselamatan semasa melakukan kerja. E) Membina keyakinan diri :- • Sentiasa bersungguh-sungguh dalam melakukan Latihan Industri untuk mendalami dengan lebih lanjut tentang bidang yang diceburi. • Berhasrat untuk menjadikan diri dalam golongan yang professional dan dihormati oleh orang lain. • Sentiasa menjaga tatatertib diri serta mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh firma / jabatan tersebut. • Melatih diri menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan sistematik dan teratur supaya tidak berlaku sebarang kesalahan sama ada jangkamasa panjang mahupun jangka masa pendek. • Melahirkan sikap bertanggung jawab di dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan.


4 1.3 Objektif Laporan Latihan Industri Laporan latihan Industri adalah wajib disediakan oleh setiap pelajar yang telah tamat menjalani latihan industri. Dalam laporan ini, mestilah dicatatkan setiap aktiviti yang telah dilakukan sepanjang latihan tersebut dijalankan. Aktiviti yang dikemukakan mestilah benar, tepat dan munasabah sama ada melibatkan penggurusan pejabat mahupun kemahiran teknikal yang telah dipelajari. Antara objektif bagi setiap laporan yang dibuat adalah:- A) Mendokumentasikan aktiviti-aktiviti sepanjang latihan. Setiap aktiviti yang dilakukan mestilah direkodkan ke dalam laporan yang dibuat. Laporan yang dibuat dapat dijadikan sebagai rujukan pada masa akan datang. B) Menjadi bukti latihan yang dilakukan. la dapat mengelakkan pelajar daripada membuat sesuatu tugasan atau kerja dengan sambil lewa dan tidak mempraktikan yang telah dilakukan selama satu semester. la juga dapat menunjukkan kesungguhan para pelajar dalam melaksanakan sesuatu laporan. C) Membantu pelajar di masa hadapan. Dengan adanya laporan ini ia akan membantu para pelajar dalam mendapatkan sesuatu pekerjaan setelah tamat belajar terutamanya semasa sesi temuduga. Ini kerana kebanyakkan firma akan menerima bakal pekerja yang diiktiraf dan mempunyai pengalaman yang cukup sahaja. Di samping itu, ia akan menjadi bahan rujukan untuk mengetahui pengalaman yang ada pada seseorang pelajar


5 1.4 Skop Latihan Skop latihan industri ini dibuat berdasarkan kepada kursus yang diambil oleh pelajar terbabit. Jika pelajar mengambil kursus dalam bidang mekanikal, maka skop latihan industri akan lebih tertumpu kepada bidang pengeluaran produk, penyelenggaraan mesin dan bidang yang berkaitan dengan mekanikal. Skop latihan industri yang saya jalankan sepanjang latihan ialah penyelenggaraan mesin dan pengeluaran produk yang ada pada industri di mana saya ditempatkan sepanjang tempoh latihan industri.


6 BAB 2 : LATAR BELAKANG SYARIKAT 2.1 Maklumat Korporat Sebagai pakar Peneraju Perindustrian Automasi Kilang dalam Syarikat Reka & Bina di Malaysia. XTS telah berusaha dalam industri peralatan pembersihan bahagian dan peralatan pembersihan ultrasonik kepada Automasi Penghantar dan Automasi Robot untuk sejumlah besar aplikasi. Kami telah menyediakan pencuci bahagian industri dan penyelesaian pembersihan ultrasonik tersuai kepada pengeluar bahagian industri dan ketepatan selama bertahuntahun. Kami mempunyai pengalaman dengan hampir semua jenis aplikasi pembersihan bahagian dan automasi robot boleh menyediakan pelanggan kami dengan teknologi pembersihan dan automasi terkini yang tersedia. Syarikat itu telah menggunakan teknologi tinggi dan baru untuk membangunkan teknik, menggabungkan golongan elit yang cemerlang dan profesional untuk melaksanakan ciptaan fokus kepada automasi robotik dan perisian industri.


7 RAJAH 2.1.1 XTS Technologies Sdn Bhd. RAJAH 2.1.2 XTS Technologies Sdn Bhd.


8 2.2 Latar Belakang Syarikat XTS Technologies Sendirian Berhad Company Name : XTS Technologies Sdn. Bhd. Factory Address Office Address : 21, Jalan MJ 14, Taman Industri Meranti Jaya, 47100 Puchong, Selangor Phone Number : 03-80662496 Email Address : http://www.xtstech.com Company Shareholder : WXTS METALFAB SDN. BHD. DAVOR SDN. BHD.


9 2.3 Logo Korporat RAJAH 2.3 Logo Korporat 2.4 Peta Lokasi Syarikat RAJAH 2.4 Peta Lokasi Syarikat XTS Technologies Sdn. Bhd.


10 2.5 Objektif Syarikat Sebagai pakar Peneraju Perindustrian Automasi Kilang dalam Syarikat Reka & Bina di Malaysia. XTS telah berusaha dalam industri peralatan pembersihan bahagian dan peralatan pembersihan ultrasonik kepada Automasi Penghantar dan Automasi Robot untuk sejumlah besar aplikasi. Kami telah menyediakan pencuci bahagian industri dan penyelesaian pembersihan ultrasonik tersuai kepada pengeluar bahagian industri dan ketepatan selama bertahuntahun. Kami mempunyai pengalaman dengan hampir semua jenis aplikasi pembersihan bahagian dan automasi robot boleh menyediakan pelanggan kami dengan teknologi pembersihan dan automasi terkini yang tersedia. Syarikat itu telah menggunakan teknologi tinggi dan baru untuk membangunkan teknik, menggabungkan golongan elit yang cemerlang dan profesional untuk melaksanakan ciptaan fokus kepada automasi robotik dan perisian industri. 2.6 Visi Syarikat Untuk mencipta sumber paling dipercayai dalam teknologi proses ketulenan 2.7 Misi Syarikat Perkhidmatan – Perkhidmatan Profesional dengan bekerjasama dengan pelanggan. Organisasi – Budaya yang membolehkan pasukan kami bermotivasi tinggi, profesional & komited untuk mencapai matlamat bersama. Jangka panjang – Rakan kongsi seumur hidup untuk menyokong dan membekalkan. Pemahaman - Fahami perkara yang anda perlukan dan berkhidmat dengan lebih baik. Teknologi - Melangkah ke hadapan untuk mempelajari perkara baharu dan kembali kepada masyarakat dan industri. Inovasi – Inovasi berterusan pada teknologi pembersihan. Berorientasikan– Sejajarkan dengan kedudukan untuk Mencapai emas dan sasaran. Tanggapan– Mengguna pakai keperluan pasaran untuk mendapatkan kelebihan daya saing masa hadapan.


11 2.8 Polisi Syarikat XTS Technologies Sdn. Bhd. adalah untuk piawaian tertinggi dalam menjalankan perniagaan dan operasinya. la bercita-cita untuk menjalankan urusannya dengan cara yang beretika, bertanggungjawab dan telus. 2.9 Waktu Bekerja Di Syarikat XTS Technologies Sendirian Berhad Shif Normal =Kerja 5 hari seminggu. =Sabtu & Ahad cuti. Overtime =Tidak tentu mengikut jangka masa kerja yang dijalankan sehingga selesai. 2.10 Sistem Kebersihan Dan Keselamatan Di Syarikat XTS Technologies Sendirian Berhad • Memahami dan menghayati konsep sistem 5S • Merangka satu sistem yang lebih sistematik bagi polisi 5S untuk dijadikan oleh semua bahagian. • Menilai tahap perlaksanaan 5S setiap bahagian berdasarkan piawai dan system ke tahap yang lebih memuaskan. • Menyediakan hasil dari penilaian dan perlaksanaan polisi untuk setiap bulan.


12 SISTEM 5S Merupakan satu sistem kebersihan di tempat kerja kerana kawasan tempat kerja akan menentukan keberkesanan kerja yang dilakukan. Seseorang itu boleh menentukan tahap produktiviti sesuatu tempat melalui : • Cara mesin dikendalikan. • Cara tempat kerja disusun. • Kebersihan tempat kerja. • Kebersihan Mesin. • Cara barang-barang sendiri disimpan System 5S ialah : • SEIRI (Mengasingkan) • SEITON (Menyusun) • SEISO (Membersih) • SEIKETSU (Mengekalkan/Menjaga) • SHITSUKE (Disiplin Diri)


13 2.11 Amalan Keselamatan Am 1. Memahami dan mematuhi segala undang-undang, peraturan dan juga tanda-tando amaran yang telah diadakan untuk keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang terdapat di persekitaran tempat kerja. 2. Hendaklah sentiasa memastikan tempat laluan, pintu dan persekitaran tempat kerja bebas daripada segala bentuk halangan. 3. Jangan gunakan apa jua peralatan, perkakasan dan perlindungan keselamatan yang telah rosak. Laporkan segala kerosakkan kepada penyelia. 4. Gunakan alatan keselamatan atau PPE yang sesuai dengan kerja yang sedang dijalankan. 5. Gunakan peralatan yang sesuai dan betul dengan kerja yang dilakukan. 6. Hendaklah sentiasa memastikan persekitaran tempat kerja bersih dan bebas daripada bahaya-bahaya yang boleh menyababkan berlakunya kemalangan. 7. Pelajari dan memahami tentang proses, operasi mesin dan sebagainya yang berkaitan dengan kerja-kerja yang dilakukan. 8. Jangan gunakan Compressed air untuk membershkan anggota badan. 9. Pelajari dan menggunakan teknik dalam menjalankan kerja atau mengangkat barangbarang berat dan dapatkan bantuan atau alat pengangkat bagi muatan 10. yang terlalu berat. 11. Sentiasa memastikan dan menganalisis tempat atau keadaan yang berbahaya yang tedapat dipersekitaran tempat kerja dan laporkannya kepada penyelia atau jabatan keselamatan. 12. Apabila berkerja ditempat yang tinggi dan merbahaya pastikan anda memakai peralatan perlindungan diri seperti tali pinggang keselamatan. 13. Makan dan minum ditempat yang bersesuaian, tidak terdedah kepada bahan yang merbahaya kepada kesihatan, kantin dan juga di tempat yang telah ditetapkan.


14 2.12 Undang-Undang Dan Peraturan Keselamatan Peralatan Perlindungan Diri 1. Adalah menjadi kewajipan pekerja dalam memakai "Peralatan Perlindungan Diri" yang bersesuaian dengan kerja-kerja yang dijalankan. Pihak majikan ada menyediakan peralatan keselamatan tersebut seperti mana yang dinyatakan dibawah. 2. Pemakaian kasut keselamatan adalah diwajibkan kepada semua pekerja 3. sewaktu berkerja dan berada di dalam kawasan bengkel. 4. Terdapat seksyen yang terdedah kepada bahaya seperti habuk galian, asap, panas, bising dan sebagainya dimana pernakaian peralatan keselamatan yang bersesuaian seperti pelindung pernafasan, pelindung telinga dan sarung tangan tahan panas diwajibkan kepada pekerja memakainya sewaktu terdedah dengan bahaya - bahaya tersebut. 5. Pemakaian seperti goggle, welding shield, tali pinggang keselamatan, topi keselamatan, sarung tangan dan sebagainya juga diwajibkan sewaktu menjalankan kerja - kerja yang tertentu dan merbahaya kepada keselamatan dan kesihatan. 6. Adalah menjadi tanggungjawab pekerja dalam menjaga dan memastikan peralatan tersebut dalam keadaan baik, bersih dan selamat digunakan. 7. Pihak syarikat akan menukar mana - mana peralatan yang telah rosak dan tidak selamat digunakan lagi.


15 2.13 Carta Organisasi XTS Technologies Sendirian Berhad RAJAH 2.13.1 Carta Organisasi Latihan Industri PENGURUS XTEVEN TEOH PENYELIA TAI KEAN WAI PEKERJA 5 ORANG PELAJAR PRAKTIKAL MUHAMMAD SYAFIQ ASYARAF BIN MOHD ANUAR


16 2.13.2 Carta Organisasi Syarikat RAJAH 2.13.2 Carta Organisasi Syarikat


17 2.14 Aktiviti Di XTS Technologies Sendirian Berhad • Laser Cutting • Bending • Software • Metal Works Pneumatic • Hair Robotics 2.15 Pelanggan Di XTS Technologies Sendirian Berhad • Domino Design & Prototyping Sdn Bhd. • Veotech Process Technology Sdn Bhd. • DAT Freight & Analytics • Cryogenic Tank Services (M) Sdn. Bhd. • TEKSOFT (SEA) SDN BHD


18 BAB 3 : TUGASAN LATIHAN INDUSTRI 3.0 Pengenalan Sepanjang tempoh latihan industri selama 3 bulan (Dari 8 Januari 2024 hingga 31 Mac 2024) pelbagai aktiviti yang telah saya lakukan. Saya telab ditempatkan sebagai pelatih Production. Antara tugas yang telah saya laksanakan ialah membuat program, mencuci mesin, menjalan mesin CNC Laser Cutting, mengukur produk,penyenggaraan mesin, membuat kerja-kerja pemesinan dan lain-lain lagi. Di sepanjang tempoh latihan industri ini banyak tugasan yang saya jalankan mengikut pembelajaran yang telah di pelajari di Institut Kemahiran Tinggi BeliaNegara (IKTBN). Di samping latihan industri ini juga saya dapat mempelajari pelbagai pembelajaran baru yang tidak di pelajari sebelum keluar untuk latihan industri ini. Selama 3 bulan disana, banyak kerja yang dapat dilakukan dan dalam masa yang sama juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan.


19 3.1 Tugas-Tugas Mengendalikan Mesin,Penyelenggaraan dan Pengeluaran Produk 3.1.1 Tugas Mengendalikan Mesin • Menjalankan tugas berdasarkan SOP • Servis dan membaiki mesin • Set parameter mesin • Sentiasa memastikan mesin berada dalam keadaan selamat • Sentiasa memakai alat pelindung keselamatan 3.1.2 Tugas Penyelenggaraan • Membaiki hos-hos angin yang telah bocor • Membaiki alat-alat kegunaan operator • Menambah air pada tangki mesin • Membaiki kerosakan pada mesin • Membuat dan merekodkan penyelenggaraan pada mesin setiap seminggu 3.1.3 Tugas Pengeluar Produk • Operator keluar produk • Membuat mengikut arahan penyelia • Memastikan produk yang diterima dalam keadaan baik • Uji produk yang telah dikeluarkan • Melakukan kerja berdasarkan SOP


20 3.2 Bulan Januari Minggu Pertama 8 januari 2024 – 12 januari 2024 • Melakukan kerja hand grinder pada bahan Row Material selepas proses permotongan sehingga hilang bahagian burr yang tajam. • Membantu production di hadapan untuk memasang barangan yang perlu di assembly kepada pelanggan. • Mempelajari dan melakukan drawing detail dengan menggunakan Software Solidwork. • Membuat kerja di site luar dengan menurunkan dan loading barang dalam kontena dan meleraikan satu persatu.


21 Minggu Kedua 15 januari 2024 – 19 januari 2024 • Melakukan proses buffering dan membuat proses membuang burr pada bahan selepas proses laser cutting dan melakukan proses wrapping pada bahan yang dioder oleh customer. • En.Faris mengajar cara-cara yang lebih mendalam untuk membuat drawing sheet metal. • Membuat tugasan yang diberi iaitu membuat drafting di Solidwork dan meletakkan dimension. • Membuang burr pada bahan yang sudah selesai di potong dari laser cutting dan menggunakan hand grinder.


22 Minggu Ketiga 22 januari 2024 – 26 januari 2024 • Wrapping bahan bahan produk yang telah siap dan labelkan. • Abang Asyraf mengajar untuk mengecheck kanta laser cutting sama ada okay atau tidak bagus digunakan. • Menjalan mesin laser cutting. • Mempelajari cara untuk menukar Noozle di laser cutting.


23 3.3 Bulan Februari Minggu Keempat 29 januari 2024 – 2 Februari 2024 • Melakukan proses memasang nutjem di produk. • Keluar pergi site di luar untuk menyusun box dan menghabis kan balancebalance box yang berada didalam kilang. • Melakukan proses membuat drawing. • Membuat proses buffering.


24 Minggu Pertama 5 februari 2024 – 9 februari 2024 • Melakukan proses membuang tajam menggunakan hand grinder. • Melakukan proses buffering. • Mendapat arahan daripada penyelia untuk menjalan mesin laser cutting. • Loading barang dan update di group Whatsapp.


25 Minggu Kedua 13 februari 2024 – 16 februari 2024 • Melakukan proses buffering. • Membuang burr pada bahan yang sudah siap sebanyak 400 pcs. • Mencari plate mengikut size di dalam drawing. • Memotong batang holo untuk membuat tempat menyimpan balance.


26 Minggu Ketiga 19 februari 2024 – 23 februari 2024 • Membuka wrapping kerana ingin mengecheck coating okay atau tidak,sekiranya tidak hendaklah memberitahu penyelia. • Mengubah suai tempat menyimpan balance. • Membuat QC barang yang sudah di bending. • Menjalan mesin laser cutting.


27 3.4 Bulan Mac Minggu keempat 26 februari 2024 – 1 mac 2024 • Melakukan proses buffering. • Membawa forklift untuk mengangkat plate dan diletakkan di mesin laser cutting. • Abang Jimmy mengajar cara untuk membuat proses bending. • Membuat QC pada bahan yang sudah di bending.


28 Minggu Pertama 4 mac 2024 – 8 mac 2024 • Melakukan proses buffering. • Melakukan proses bending . • Melakukan proses wrapping dan labelkan.


29 Minggu Kedua 11 mac 2024 – 15 mac 2024 • Melakukan proses membuang tajam menggunakan hand grinder. • Mendapat arahan daripada penyelia untuk menjalan mesin laser grinder. • Melakukan proses meletak acid di bahagian welding untuk menghilangkan kesan terbakar. • Meleraikan mesin mask.


30 Minggu Ketiga 18 mac 2024 – 22 mac 2024 • Keluar pergi site luar untuk menyusun box satu persatu. • Melakukan proses membuat align. • Melakukan proses bending. • Melakukan proses membuat counter sunk.


31 Minggu Keempat 25 mac 2024 – 29 mac 2024 • Keluar pergi ke site luar. • Melakukan proses buffering. • Menjalan mesin laser cutting untuk kali terakhir. • Bersalaman dengan semua staff kilang XTS Technologies.


32 3.5 Proses Kerja Semasa Latihan Industri 1. Bahan raw material di tempah melalui customer service. 2. Menyusun raw material yang sudah ditempah sampai di kawasan material. 3. Mendapat pesanan produk dari pelanggan melalui E-Mail. 4. Membuat detail drawing mengikut kehendak pelanggan. 5. Membuat set up pada drawing melalui aplikasi Sofware Cnc Laser Cutting. 6. Drafter akan menghantar detail set up drawing pada operator Cnc Laser Cutting. 7. Operator akan membuat penyemakan file yang telah diterima oleh drafter. 8. Operator akan mengambil raw material untuk menjalankan produk bahan. 9. Operator akan set up mesin Cnc Laser Cutting sesuai dengan detail drawing. 10. Operator menjalankan proses pemotongan bahan. 11. Bahan yang telah selesai dari proses mesin akan melakukan proses finishing. 12. Proses finishing akan membuatkan produk nampak lebih baik. 13. Proses mewrapping pada bahan produk akan dilakukan apabila proses finishing telah selesai. 14. Proses melabel produk tersebut mengikut nama pelanggan. 15. Setelah selesai,produk akan di hantar kepada pelanggan atau pelanggan datang untuk pick up barang tersebut.


33 3.6 Contoh Pakaian Keselamatan 1. Kasut Keselamatan 2. Sarung Tangan Keselamatan 3. Perlindung Mata Keselamatan


34 BAB 4 – CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN Cadangan dan penambahbaikan saya terhadap Syarikat XTS Technologies SDN BHD perlu menambah atau perbaiki system pengurusan,agar lebih cekap dan efektif. Selain itu, Syarikat XTS Technologies SDN BHD perlu menyediakan mesin daan peralatan yang baharu dan lebih moden agar semasa menjalankan projek kerja lebih lancar,tiada masalah yang timbul dan kerja-kerja pemprosesan lebih pantas dan sempurna.Cadangan dan penambahbaikan yang seterusnya ialah Syarikat perlu menambah bilangan pekerja agar dapat membantu syarikat dalam pengurusan dan kerja-kerja penghasilan projek perabot supaya lebih efektif. Dengan ini, saya berharap pihak syarikat dapat melaksanakan Cadangan dan penambahbaikan yang saya cadangkan untuk memajukan lagi dan dapat tingkatkan prestasi syarikat untuk masa yang akan datang.


35 BAB 5 – PENUTUP Kata-kata penutup bagi laporan ini dan kesimpulan yang dapat saya berikan setelah menamatkan latihan Industri di syarikat KUS INDUSTRIES (M) SDN.BHD ini adalah sebagai seorang pelajar IKTBN SEPANG Latihan industri ini sangat bagus kerana ianya dapat mendedahkan saya di alam pekerjaan yang sebenar dan dapat mempelajad. secara teknikal mengenai tugas yang diberikan oleh syarkat la juga dapat memberikan saya untuk mengaplikasikan kemahiran-kemahiran, teori dan amali yang telah saya dipelajari di IKTBN SEPANG. Selain itu, sepanjang menjalani Latihan Industi di Syarikat ini, pelbagai pengetahuan, pengalaman dan pendedahan terhadap bidang tugas yang sangat berguna telah saya perolehi. Segala pembelajaran, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pemesinan ini akan digunakan sebaik mungkin semasa di alam pekerjaan sebenar. Hal ini, demikian jelas menunjukkan bahawa konsep teori dan amali yang dipelajari dapat dikembangkan dan amatlah berkesan semasa menjalani latihan industri ini. Seterusnya dapat melatih diri untuk berkomunisasi dengan rakan sekerja dan memupuk sikap saling menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan umur.Hal ini demikian sudah pasti dapat meningkatkan tahap keyakinan di dalam diri dan sentiasa bersikap rasional semasa berada di tempat kerja. Akhir sekali, Latihan Industri ini juga memberikan banyak pendedahan dalam bidang yang diceburi dan seterusnya dapat memberikan impak yang positif kepada para pelatih. Latihan industri ini penting kepada pelajar kerana merupakan pelengkap syarat untuk mendapatkan Penganugerahan Sijil Diploma selepas menamatkan sesi latihan industri dan pengajian mereka.


36 RUJUKAN • EMAIL :- [email protected] • PENYELIA :- Mohamad Azahar Bin Ramli No. 16, Jalan MJ14, Taman Industri Meranti Jaya, 47120 Puchong, Selangor


37 LAMPIRAN Lampiran ini menunjukkan gambar-gambar projek kerja yang telah saya buat semasa menjalani Latihan Industri di kilang XTS Technologies SDN BHD.


38


39


40


Click to View FlipBook Version