The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 911-1-fatihah, 2023-02-21 21:28:47

PB1_NUR FATIHAH0039_BMB _PANTUN ADAT

KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK

BMMB1104 Kesusasteraaan dan Kebudayaan Melayu Pantun Adat Nur Fatihah Binti Zalizam Mulyadi PPISMP Bahasa Melayu B Puan Roziah Binti Ramli


I si K a n d u n g a n 12345 Fu n g s i S a s te r a Me l ay u P e n g h a r g a a n P e n g e n a l a n Ko n s e p J e n i s d a n B e n tu k


I si K a n d u n g a n 678 Ruj u ka n Ma n ife s ta s i Aka l B u d i Ma sy a r a ka t Me l ay u d a l a m Ka ry a P u i s i Tr a d i s o n a l Ke s i m p u l a n


PENGHARGAAN Bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya dapat menyiapkan pentaksiran berterusan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Roziah Binti Ramli yang merupakan pensyarah kursus Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu yang telah banyak membantu dan memberikan panduan kepada saya untuk melaksanakan pentaksiran berterusan ini sehingga saya mampu menyiapkan kerja kursus tersebut. Jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana telah memberikan sokongan serta dorongan kepada saya dalam tempoh menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu, kepada sahabat-sahabat saya yang banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini turut saya ucapkan terima kasih. Dengan kerjasama semua pihak. Saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini. Sekian, terima kasih


Pengenalan Menurut Azman Bin Rahman, et al, (2022) menyatakan kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Pantun merupakan salah satu hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam sastera Melayu. Menurut Mohd Rosli Saludin (2010), masyarakat Melayu yang dianggap buta huruf, mudah, kolektif dan serba kekurangan itu telah menghasilkan pantun yang bukan sahaja banyak jumlahnya tetapi tinggi kualitinya. Pantun adat ini telah menampakkan perkembangan dan liku-liku sejarah peradaban kehidupan masyarakat yang melahirkannya, lingkaran pengaruh di sekeliling, masyarakat yang mengucapkannya dan kekreatifan masyarakatnya.


Konsep


Konsep Kesusateraan Melayu Menurut kamus, kesusasteraan bermaksud hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011) perkataan kesusateraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah


Konsep Kesusateraan Melayu Kesusateraan melayu dalam konteks pendidikan ialah karya asal yang tertulis dalam Bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk novel, cerpen drama, sajak, prosa tradisioanal atau puisi tradisional bagi mengimbangi intelek, rohani, emosi dan jasmani di samping memaparkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat. Kesimpulannya konsep kesusasteraan melayu merupakan hasil karya masyarakat Melayu yang mempunyai kata-kata yang indah, memberi mesej dan menggambarkan sesuatu perasaan dan keadaan yang tertentu sama ada mengenai diri sendiri ataupun sekelompok masyarakat.


Konsep Pantun Menurut kamus dewan pantun ialah puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap yang dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksud. Menurut Harun Mat Piah (1989), definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetik dan isi iaitu tema serta persoalan. Unsur estetik pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek iaitu penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun dan berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang- pembayang. Berdasarkan aspek isi, pantun biasanya menyentuh hampir keseluruhan kehidupan masyarakat Melayu.


Konsep Pantun Menurut Alwi Salim, (1983) pantun merupakan suatu bentuk komunikasi yang sungguh menyegarkan. Kesegaran ini ketara dalam pantun dua baris, empat baris dan enam baris. Sesuatu pantun itu mempunyai dua bahagian yang disebut sebagai pembayang maksud dan sebahagian lagi disebut sebagai maksud. Pembayang maksud lebih membawa unsur bunyi yang akan mengikuti pada maksudnya ganti


Pantun Adat Ada sirih ada pinang; Nantikan gambir dengan kapur; Sudah dipilih sudah dipinang; Hanya menanti ijab kabul. Ada yang datang waktu petang; Ada yang datang pakai kereta; Tuahlah badan mendapat gelang; Mendapat cincin berbatu pula.


Pantun Adat Bunga ros bunga melati; Harum semerbak di dalam taman; Besar sungguh hajat di hati; Untuk menyunting bunga di taman. Naik bukit terkedok- kedok; Hendak cari damar batu; Habis kering bergadai golok; Hendak sambut anak menantu.


Pantun Adat Petang-petang berisi manik; Jambu air letak di tepi; Tuan datang marilah naik; Itulah air pembasuh kaki. Kalau tanduk menjadi gading; Ambil sirih agak segagang; Kalau duduk dalam berunding; Fikiran jernih dada pun lapang.


Pantun Adat Kalau banyak bertanam puding; Di mana busut di sana seminai; Kalau bijak dalam berunding; Di mana kusut di sana selesai. Ikan berenang di dalam lubuk; Ikan belida dadanya panjang: Adat pinang pulang ketampuk, Adat sirih pulang ke gagang.


Jenis dan Bentuk


Jenis dan Bentuk Kesusasteraan Melayu Prosa Tradisional sastera rakyat (lisan) sastera istana (tulisan) Hasil karya seni yang disampaikan melalui bahasa. Prosa tradisional terbahagi kepada dua genre, iaitu Prosa Moden Cerpen Novel Drama Puisi Moden Sajak Puisi Tradisional Pantun Gurindam Syair Seloka Teromba


Jenis Pantun Pantun adat dan resam manusia Pantun agama dan kepecayaan Pantun budi Pantun jenaka dan permainan Pantun teka-teki Pantun kepahlawanan Pantun pendidikan dan nasihat Menurut Zainal Abidin Abu Bakar, ( 1983) pantun boleh dikelompokkan kepada beberapa penjenisan dari sudut temanya iaitu


Jenis Pantun Pantun kepahlawanan Pantun pendidikan dan nasihat Pantun peribahasa dan perbilangan Pantun kias dan ibarat Pantun kembara dan perantauan Pantun percintaan dan perkahwinan.


Jenis PAntun Adat Menurut Mohd Rosli Saludin (2010), pantun adat ini tidak jauh berbeza dengan pantun nasihat. Pantun ini digunakan sebagai tunjuk ajar agar adat dan resam tetap dijunjung, tingkah laku tetap terjaga sehingga kehidupan sehari-hari damai sentosa. Selain itu pantun ini juga boleh dikategorikan sebgai pantun adat dan resam manusia


Bentuk Pantun Pantun 2 Kerat Pantun 4 Kerat Pantun 6 Kerat Pantun 8 Kerat Pantun 10 Kerat Pantun 12 Kerat Pantun Berkait. Pantun dapat dibahagikan kepada beberapa bentuk :


Pantun adat yang ini berbentuk pantun empat kerat. Pantun epat kerat ini mengandungi empat baris ayat. Baris satu dan dua pembayangnya, manakala baris tiga dan empat pula ialah maksud pantun tersebut. Contohnya : Petang-petang berisi manik; Jambu air letak di tepi; Tuan datang marilah naik; Itulah air pembasuh kaki. Dua baris atas pantun tersebut merupakan pembanyang dan dua baris pantun di bawah pula ialah maksud pantun tersebut. Bentuk Pantun Adat


Fungsi


Fungsi Kesusateraan Melayu Menurut Azman Bin Rahman, et al, (2022) sastera Melayu mempunyai fungsi dalam pelbagai bentuk. Antaranya hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan sosial. Fungsi sastera Melayu ini mewujudkan pemikiran yang bijaksana dan sentiasa memimpin manusia untuk mencapai kemajuan yang sesuai untuk kemaslahatan hidup


HIBURAN Hiburan terhasil daripada keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang tersusun, kemampuan karya sastera untuk membelai emosi pembaca atau pendengar, unsur kelucuan dan sebagainya. Kepentingan fungsi hiburan menjadikan karya sastera seperti cerita penglipurlara diterima oleh masyarakat sebagai karya yang diminati dan digilai pada suatu ketika dahulu


pendidikan Menurut Azman Bin Rahman, et al, (2022) menyatakan bahawa kesusateraan Melayu mampu menjadi bahan untuk pendidikan buat masyarakat. Kesusaseraan Melayu juga membolehkan pelajar atau rakyat Malaysia menjiwai unsur dan nilai murni dari segi kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan. kebudayaan kewarganegaraan, menanam perasaan bangga dan cinta akan tanah air dalam satu wawasan budaya kebangsaan yang dihasratkan tercapai. Oleh itu dengan adanya pendidikan Kesusasteraan Melayu dapat mencerminkan masyarakat kesenian yang kreatif, mampu mengkaji keindahan karya sastera dan menguasai kemahiran berbahasa bahasa Melayu.


Menurut Azman Bin Rahman, et al, (2022), antara ciri-ciri penting yang membentuk pandangan sastera adalah nilai ijabiyah (positif) dan waqiyyah (realistik), yang mendalami dan menilik sesuatu sebagaimana adanya. Sastera dalam Islam itu perlu jelas berciri waqry, realistik, "dalam erti melihat apa adanya " Hal ini dikatakan demikian kerana melalui satera ini dapat membentuk keperibadian yang berakhlak mulia. Hampir keseluruhan hasil-hasil kesusasteraan Melayu kaya dengan nilai-nilai mendidik sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sastera Melayu seperti syair, sajak, pantun, cerita rakyat, hikayat, novel, dan sebagainya mempunyai peranan yang tersendiri dalam membentuk akhlak manusia Melayu. Oleh itu, menurut Hamka, (1966) kita haruslah memperjuang dan mengangkat martabat sastera dan mempertahankan khazanah kesusasteraan Melayu-Islam dan mengetengahkan sumbangannya yang signifikan dan penting dalam menggerakkan kesedaran dan kebangkitan sastera dan " menyingkapkan tabir bagi angkatan muda buat selanjutnya menyelami sastera Islam yang sangat luas itu." D A K W A H


Sastera adalah rakaman kehidupan yang mengali dan menyelongkar kehidupan manusia daripada pelbagai dimensi dan sudut pandang yang berbeza-beza. Sesuatu yang dipaparkan dalam sastera adalah sesuatu yang berlaku dan terjadi dalam realiti kehidupan manusia. Karya sastera berfokuskan masyarakat, kehidupan dan manusia, tentunya hubungan dan pertalian antara ketiga-tiga entiti ini saling berkaitan. Dalam konteks masyarakat yang pelbagai susun lapis dan kehidupan yang melatari menjadikan wujudnya jurang dalam kalangan mereka. Hal ini akan mempengaruhi tindakan dan susila adab sama ada untuk tujuan menegur, mengkritik mahupun menyampaikan mesej. Hal ini kerana sastera adalah gambaran kehidupan manusia sebagaimana ditegaskan oleh Usman Awang, A. Samad Said dan Dharmawijaya. Lantaran itu, karya sastera bukan sahaja merakamkan sesuatu yang luar biasa tetapi pekara yang biasa tetapi diolah dalam bentuk karya kreatif yang indah sifatnya. Kritikan Sosial


Menurut Mohd Rosli Saludin (2010), pantun adat bertujuan untuk mengajar nilai-nilai agama dan moral yang terkandung dalam adat Melayu. Adat Melayu juga terkandung pengetahuan sejarah mengenai persukuan, asal-usul, dan kepimpinan negeri. Oleh itu, pantun adat ini boleh dikategorikan dan berfungsi sebagai pendidikan dalam kesusateraan Melayu. Fungsi Pantun Adat


Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam Karya Puisi Tradisional


Puisitradisional merupakansatuelemen yang penting bagi mengungkapkan pemikiran danakal budi orang Melayusemasa berkomunikasi Akal budi mencerminkan perbuatan, pemikiran dansikap seseorang manusia yang mendokong kebijaksanaan, kehalusanjiwaserta keindahan. Perbuatan, pemikiran dansikap seseorang ini diterjemahkan dalam pelbagairupa, namun yang paling lazim ialah dalam bentuk penghasilan karyaseni, seperti seni sastera.


Menurut Syed Ismail bin Syed Mustafa dan Ahmad Subki bin Miskon menjelaskan bahawa masyarakat merupakansekelompok besar manusia yang hidup saling berhubungan dan bergantungan berasaskansatu budayatertentu dan mempunyai matlamat yang sama. Oleh itu, puisitradisional ini dapat dikatakansebagaicerminan kehalusan budi, ketinggianilmuserta pemikiran masyarakat Melayu dahulu ketika berbahasa. Manifestasiakal budi dapat dilihat dalam empataspek iaitu pemikiran, pertuturan, perlakuan dan gaya hidup


Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan memahami sesuatu dengan menerokai pelbagai kemungkinan idea dan membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dilalui Melalui aspek pertuturan masyarakat Melayu dapat dilihat melalui sifat kesantunan Menurut Kamus Dewan (1984), santun bermaksud halus budi Bahasa atau "berbudi pekerti dan berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses komunikasi. Menurut Kamus Dewan (1984), gaya hidup bermaksud cara seseorang individu atau kumpulan menjalani kehidupan kemampuan seperti mewah, sederhana dan sebagainya. Kehidupan dapat didefinisikan sebagai perihal hidup (Kamus Dewan, 1984). Oleh itu, gaya hidup dapat dilihat dalam kehidupan seharian iaitu agama serta kepercayaan, adat istiadat, kesenian, sistem kekeluargaan dan pengamalan nilai-nilai murni. PEMIKIRAN PERTUTURAN Akal budi masyarakat Melayu juga dapat dilihat melalui perlakuan seharian. Menurut Kamus Dewan(1984), perlakuan dapat ditafsirkan sebagai perbuatan. Dalam kehidupan seharian, masyarakat Melayu dapat dikategorikan masyarakat yang kaya dengan tingkah laku yang berhemah dan baik. PERLAKUAN GAYA HIDUP


Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam Pantun


Akal Budi dalam Pantun terbaik seni sastera orang Melayu. Menurut Ungku Aziz (2011), Pantun merupakan manifestasi Pantun digunakan untuk menyampaikan pemikiran perasaan. dan Pantun kaya dengan falsafah sebagai gambaran kehidupan masyarakat Melayu, dalam alam Kekayaan sebagai pant manifestasi un terletak pada pembayang yang mengangkat 2005). masyarakat Melayu (T. Effendy, kerana Selain itu, dapat pantun menunjukkan sangat sesuai dengan jiwa orang Melayu keperibadian mempunyai kesenian serta kebudayaan sendiri. orang Melayu yang bangsa Oleh itu, Melayu menerusi pantun kita dapat mengkaji struktur sosial lama, akal budi, sikap pemikiran, kehidupan dan falsafah hidup yang dianuti. aktiviti


Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam Pantun Adat


Pantun ini menerangkan adat resam kahwin Melayu merupakan adat resam yang paling dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu. Ibu bapa bakal pengantin lelaki akan menugaskan sebilangan orang tua yang rapat untuk bertemu dengan ibu bapa anak perempuan agar mendapat persetujuan. KemudianIbu bapa anak perempuan akan meminta sedikit masa demi adat untuk membuat pertimbangan atas alasan bahawa mereka harus berunding dengan saudarasaudara mereka. Seterusnya Ibu bapa anak perempuan menugasi sebilangan saudara yang terdiri daripada kedua-dua lelaki dan perempuan, untuk menyampaikan keputusan mereka untuk menerima pinangan berserta syaratsyarat perkahwinan untuk dibincangkan. Ada sirih ada pinang; Nantikan gambir dengan kapur; Sudah dipilih sudah dipinang; Hanya menanti ijab kabul.


Pada zaman silam, adat menghantar tanda mendahului adat menghantar mas kahwin dan belanja, khususnya jika upacara melangsungkan perkahwinan ditangguhkan selama beberapa bulan. Tanda itu biasanya adalah dalam bentuk cincin emas atau berlian, dengan nilainya bergantung kepada kehendak hati serta keupayaan kewangan keluarga lelaki. Penerimaan cincin dan hadiah iringan secara tradisi bermaksud penerimaan syarat- syarat perkahwinan yang berikut antara kedua-dua pihak Adat perkahwinan ini ialah adat yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman silam lagi Ada sirih ada pinang; Nantikan gambir dengan kapur; Sudah dipilih sudah dipinang; Hanya menanti ijab kabul.


Rangkap pantun ini menerangkan bahawa terdapat juga dua cara pertunangan yang lain iaitu pertunangan antara dua buah keluarga yang amat rapat atau bersaudara tanpa cincin pertunangan dan persetujuan bertulis ketika anak-anak mereka masih bayi atau kanak-kanak lagi.. Pertunangan yang dibuat adalah untuk memenuhi kehendak salah seorang arwah ibu bapa (baik secara lisan sebelum kematiannya atau melalui wasiat tertulis). Walaubagaimanapun pertunangan melakui cara ini masih dihormati oleh orang Melayu Ada yang datang waktu petang; Ada yang datang pakai kereta; Tuahlah badan mendapat gelang; Mendapat cincin berbatu pula.


Pantun adat ini menerangkan bahawa menilik atau merisik adalah adat yang memang baik dengan tujuannya, memilih dan mengetahui latar belakang bakal menantu untuk perempuan dalam sesebuah keluarga Melayu. Adat ini untuk memastikan para ibu bapa tidak tersilap pilih dan dapat mencari yang terbaik untuk anak lelaki mereka. Selain itu, pilihan yang baik bukan sahaja terhadap diri anak dara terbabit, tetapi juga ibu bapanya. hal ini kerana orang- orang Melayu dahulu berpegang kuat kepada perbidalan Melayu "Kalau hendak meminang anak, 'pinang' ibu bapanya dahulu". Bunga ros bunga melati; Harum semerbak di dalam taman; Besar sungguh hajat di hati; Untuk menyunting bunga di taman.


Anak dara yang biasanya menjadi rebutan dan pilihan utama adalah anak dara yang sudah khatam Al-Quran, fasih dalam bacaan dan mahir membaca Al-Quran dalam lagunya serta mempunyai sedikit sebanyak tentang pengetahuan dan hukum dalam agama Islam. Selain itu, mereka jiga dinilai dari segi rupa paras yang elok dan beberapa kemahiran asas yang lain seperti menjahit, menekat dan memasak. Bunga ros bunga melati; Harum semerbak di dalam taman; Besar sungguh hajat di hati; Untuk menyunting bunga di taman.


Naik bukitterkedok- kedok; Hendak cari damar batu; Habis kering bergadai golok; Hendak sambutanak menantu. Melalui pantun ini, masyarakat Melayu telah mengamalkan adat menyambut menantu yang baru berkahwin dengan anak lelaki mereka. Tujuan adat ini adalah untuk memperkenalkan kepada sanak saudara dan kepada masyarakat di rumah pihak lelaki. Selain itu, adat menyambut menantu ini untuk menghantar pengantin perempuan ke rumah pihak lelaki. Akhir sekali adat ini juga untuk memberi kebiasaan kepada menantu perempuan untuk membuat kerja rumah dan di situlah ibu pihak lelaki melihat menantu mereka dengan lebih rapat lagi.


Masyarakat khususnya pada zaman dahulu lebih mementingkan perundingan dan perbincangan dalam kehidupan sehari-hari. Biasanya, mereka akan akur dengan keputusan yang dibuat secara sebulat suara. Mereka tidak akan menimbulkan sebarang perbalahan sekiranya pendapat mereka tidak diterima untuk mengelakkan sebarang permusuhan berlaku. Kalau tanduk menjadi gading; Ambil sirih agak segagang; Kalau duduk dalam berunding; Fikiran jernih dada pun lapang.


KALAU BANYAK BERTANAM PUDING; DI MANA BUSUT DI SANA SEMINAI; KALAU BIJAK DALAM BERUNDING; DI MANA KUSUT DI SANA SELESAI. Pantun ini menunjukkan bahawa jika masyarakat atau individu itu pandai dalam menyelesaikan masalah maka mereka akan mendapat penyelesaian yang mudah. oleh itu, sebagai seorang individu yang matang kita mestilah bijak, berhati-hati dan tenang dalam melakukan sebarang keputusan agar kita tidak akan menghadapi sebarang masalah pada masa hadapan


Pantun ini menerangkan bahawa anak buah yang telah kematian isteri akan dibenarkan pulang ke tempat asalnya semula. Nmaun, dia dibenarkan juga untuk ke rumah bekas isterinya bagi melawat anakanak yang ada. Hal ini dikatakan demikian agar kasih sayang dan hubungan kekeluargaan antara ayah dan anak-anak tidak akan terputus Ikan berenang di dalam lubuk; Ikan belida dadanya panjang: Adat pinang pulang ketampuk, Adat sirih pulang ke gagang.


Kesimpulannya pantun adalah alat komunikasi yang sangat istimewa kerana bahasanya yang tepat dan mempunyai mesej untuk mendidik masyarakat. Setiap rangkap pantun sudah diukur terlebih dahulu dan baris yang digunakan. Keistimewaan bahasa dalam pantun menunjukkan kebijaksanaan orang Melayu dalam mendidik masyarakat supaya beradat dan beradab. Menurut Mohd Rosli Saludin (2010), Pantun yang istimewa dari segi bahasanya yang indah dan kritis boleh dijadikan sebagai sumber rujukan, ilmu dan amanat. Pantun juga adalah alat komunikasi Melayu yang tidak bercanggah dengan Islam. Sastera dan budaya sememangnya mempunyai kedudukan yang tersendiri menurut pandangan Islam seperti yang diakui oleh Allah dalam kitab suci alQuran mahupun dalam hadis Nabi Muhammad. Oleh itu, sastera pantun yang baik patut kita amalkan kerana banyak membawa kesan yang positif kepada khalayak. Kesimpulan


Rujukan Abdul Aziz (Ungku). (2011). Pantun dan Kebijaksanaan Akal Budi Melayu Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka lwi Salim, (1983). Puisi Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Azman bin Rahmat, Mohd Nazri bin Zainuddin Shamsudin bin Abu Bakar, Abdul Rani bin Hassan, & Hasnah binti Awang (2022), Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan. Selngor Effendy, T,Onong Ucjhan. (2005) Ilmu Komunikasi dan Praktek Bandung PT Remaja Rosdakarya Hamka. (1966). Lembaga Hikmat. Jakarta: Bulan Bintang Harun Mat Piah, (1997). Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Ketiga. (1984). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Rosli Saludin (2010). Pantun Pewaris Adat. Jurnal Peradaban Melayu, 6, 82–97. https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3837 Siti Hajar Abd Aziz (2011) Bahasa Melayu 1 Shah Alam Oxford Fajar Sdn Bhd Syed Ismail bin Syed Mustafa dan Ahmad Subki bin Miskon. (2012) Budaya dan Pembelajaran. Ipoh Penerbitan Multimedia. Zainal Abidin Abu Bakar, (1983). Kumpulan Pantun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,


Click to View FlipBook Version