The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Atikah Thahir, 2022-05-15 11:53:04

NOTA PANTUN BERTEMAKAN SUKAN DAN REKREASI

PANTUN KENANGAN SILAM

UNIT 18 SERONOKNYA BERIADAH

TEMA 9
SUKAN DAN REKREASI

Malaysia kaya dengan warisan kebudayaan yang sangat
unik dan menarik.
Warisan dalam budaya merangkumi makanan, adat dan
permainan tradisi yang terhasil dari asimilasi pelbagai
kaum masyarakat Malaysia.
Permainan tradisi secara amnya terdiri daripada
permainan anjung dan permainan laman.
Kebanyakan permainan dimainkan secara
berkumpulan, ini mewujudkan interaksi sosial serta
merapatkan hubungan di antara ahli masyarakat.
Pada suatu masa dahulu aktiviti permainan merupakan
suatu aktiviti senggang yang dijalankan dengan meriah
seakan-akan pesta keramaian.
Penduduk kampung tanpa mengira usia akan turun
beramai-ramai sama ada untuk menyertai pertandingan
atau sebagai penyokong dalam suasana pertandingan
yang sihat.

KONSEP PANTUN

Pantun merupakan puisi Melayu tradisional yang terkenal di Nusantara.
Dari segi bentuk asal, pantun terdiri daripada empat baris serangkap.
Pola akhir pantun ialah a-b-a-b.
Semua bentuk pantun mempunyai dua bahagian, iaitu sampiran atau
pembayang dan maksud.
Pembayang merupakan dua baris pertama dan selalunya berkaitan
dengan elemen alam untuk memperlihatkan budaya masyarakat
pendukungnya.
Dua baris seterusnya ialah isi yang merupakan tujuan atau maksud
pantun tersebut.
Pantun yang baik terdiri daripada 4-5 suku kata dan 8-12 suku kata
dalam sebaris.
Pantun dapat diklasifikasikan berdasarkan tema dan bentuk.

PANTUN
KENANGAN SILAM

oleh

iffah alias (shah alam)

Bawa pengat mudik ke hulu,
Hendak makan bersama kakak;

Masih kuingat zaman dahulu,
Bersama rakan bermain congkak.

Nasi disaji berulam pegaga,
Berlauk kelah bergulai kawah;

Bermain dam aji seisi keluarga,
Sambil berkelah di tepi sawah.

Merpati terbang di tepi kali,
Di dahan jambu merpati berehat;

Adik dan abang bermain guli;
Ayah dan ibu duduk melihat.

Bersama teman meniti permatang,
Singgah berteduh di Kuala Sedili;

Bermain di laman setiap petang,
Puas bergaduh berbaik kembali.

Banyak kulat di atas pelantar,
Buah delima di atas para;

Gasing bulat ligat berputar,
Siapa terlama dialah juara.

Pergi berjalan ke Pulau Angsa,
Duduk berehat di pohon jati;

Wau bulan tinggi di angkasa,
Kami melihat senang di hati.

SEMOGA BERMANFAAT


Click to View FlipBook Version