The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iffahyahaya28, 2022-01-15 20:50:12

TEORI KONSTRUKTIVISME DAN APLIKASI

BY: KUMPULAN 7 TUTORIAL DR ROSILA

Keywords: Kontruktivisme

TEORI PEMBELAJARAN
KONSTRUKTIVISME
DAN APLIKASI

PENSYARAH TUTOR PGA 101 : DR NIK ROSILA
DISKEDUIMAPKUA



LNAONL7EH :

NUR ADILZAUHNRUFINARASIFHBFIAIHNAHTHIBAIBNHINTMIT



AYI ANDHIZKAUMYBAOIRH(1D5(61A526L7I450K) 5H)ANAFIAH
(1560
92)

ISI KANDUNGAN

PERKARA M/S

1.0 Pengenalan 1
2.0 Maksud Konstruktivisme 2
3-4
3.0 Tokoh-Tokoh Pelopor Konstruktivisme
5 -13
4.0 Teori Pembelajaran Konstruktivisme
4.1 Jean Piaget 14 -17
4.2 Lee Vygotsky 18 - 21

5.0 Ciri-Ciri Konstruktivisme
6.0 Kebaikan Pembelajaran
Konstruktivisme

7.0 Peranan Guru dan Pelajar dalam 22 - 28
Konstruktivisme

PERKARA M/S

8.0 Prinsip-Prinsip Konstruktivisme 29


9.0 Cabaran Guru Kontruktivisme
30
10.0 Perbandingan Pembelajaran

Tradisional dengan Konstruktivisme
31 - 33
11.0 Strategi Model Pengajaran dan

Pembelajaran Konstruktivisme
34 - 42
Bibliografi


43

TEORI KONSTRUKTIVISME 1.

PENGENALAN

TEORI KONSTRUKTIVISME INI BERLAKU APABILA PELAJAR MENSTRUKTUR SEMUA IDEA YANG SEDIA ADA
MEREKA DENGAN MENGHUBUNGKAITKAN IDEA BARU DENGAN YANG LAMA. PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME
DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS DAPAT MENGHASILKAN PELAJAR YANG
BERFIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF. KONSTRUKTIVISME MERUPAKAN SUATU USAHA PELAJAR ITU SENDIRI
DALAM MENGAITKAN IDEA LAMA DENGAN IDEA YANG BARU DALAM PROSES PEMBELAJARAN (AUSUBEL,1968).

VON GLASERS (1977) MENGALAKKAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME SEBAGAI TEORI ILMU YANG BERAKAR
UMBI DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN. ILMU ITU DIBINA MELALUI INTERAKSINYA DENGAN PERSEKITARAN. MODEL
PEMBELAJARAN INI ADALAH MELIBATKAN INTERAKSI ANTARA KONSEP BARU DENGAN KONSEP YANG LAMA YANG
SEDIA ADA SEHINGGA HASILNYA BERGANTUNG KEPADA SIFAT INTERAKSI YANG KOMPLEKS.(BENAIM,1995)

JEAN PIAGET (1976), DALAM BUKUNYA ‘TO UNDERSTAND IS TO INVENT: THE FUTURE OF EDUCATION’
MENJELASKAN BAHAWA PENGETAHUAN BERKEMBANG HASIL DARIPADA PEMBINAAN PENGETAHUAN INDIVIDU

SELEPAS PEMAHAMAN INDIVIDU TERSEBUT. BELIAU MEMBERITAHU BAHAWA PENGETAHUAN SEMASA BERSIFAT

SEMENTARA DAN BERTUKAR MENGIKUT MASA. IA MERUPAKAN SEBUAH PROSES SECARA BERTERUSAN DAN

SENTIASA DISUSUN SEMULA. KONSEP KONSTRUKTIVISME MERUPAKAN SATU PENDEKATAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN YANG MENERANGKAN BAGAIMANA MANUSIA BELAJAR DENGAN CARA PENGETAHUAN DISUSUN

DALAM MINDA MANUSIA. UNSUR-UNSUR KONSTRUKTIVISME TELAH LAMA DIPRAKTIKKAN DALAM KAEDAH

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEMUA PERINGKAT.

KESIMPULANNYA TEORI KONSTRUKTIVISME MEMBANTU MURID MEMBINA SENDIRI MAKNA SESUATU
PENGETAHUAN BERASASKAN PENGETAHUAN SEDIA ADA MEREKA, PENGETAHUAN ITU DIAPLIKASIKAN DENGAN
PERSEKITARAN MEREKA. IA JUGA MENJELASKAN KEPADA KITA BAGAIMANA KONSTRUKTIVISME MENYEDIAKAN
SUASANA PEMBELAJARAN UNTUK MENIMBULKAN MINAT PELAJAR TERHADAP PELAJARAN. CARA YANG BOLEH
DIGUNAKAN IALAH DENGAN MENUNJUKKAN TAYANGAN VIDEO, KERATAN AKHBAR, TAYANGAN FILEM, SOAL
JAWAB DAN SEBAGAINYA

2.

JOM TAHU !

Apa itu teori
konstruktivisme

MC BRIEN & BRANDT,1997 BRINER. M,1999
Konstruktivisme adalah satu Pelajar membina pengetahuan mereka

pendekatan pengajaran berdasarkan dengan menguji idea dan pendekatan

kepada penyelidikan tentang berdasarkan pengetahuan dan

bagaimana manusia belajar. pengalaman sedia-ada,

Kebanyakan penyelidik berpendapat mengaplikasikannya kepada situasi

setiap individu membina pengetahuan baru dan mengintergrasikan
membina pengetahuan bukannya pengetahuan baru yang diperoleh

hanya menerima pengetahuan dengan membina intektual yang sedia

daripada orang lain. ada.

SUKSHIN,N,1999 BEREITER,1994
Dalam teori konstruktivisme, penekanan Konstruktivisme adalah teori yang
diberikan kepada murid lebih daripada berdasarkan pemerhatian dan kajian
guru. Hal ini kerana muridlah yang ilmiah tentang bagaimana seseorang
berinteraksi dengan bahan dan itu belajar. Ia mengatakan bahawa
peristiwa serta memperoleh manusia membina pemahaman dan
kefahaman tentang bahan dan pengetahuan mereka sendiri tentang
peristiwa tersebut. Murid membina dunia dengan mengalami sesuatu dan
sendiri konsep dengan mengadakan merenungkan pengalaman tersebut
penyelesaian kepada masalah.
Autonomi dan inisiatif murid hendaklah DRISCOLL,2000
diterima dan digalakkan. Teori pembelajaran konstruktivisme

merupakan falsafah yang meningkatkan

TAM,2020 pertumbuhan logik dan konseptual pelajar.

Konstruktivisme mempunyai akar dalam Dua definisi utama dalam teori
falsafah,psikologi,sosiologi dan pendidikan. pembelajaran kontruktivisme yang

Sungguhpun begitu, penting bagi para mewujudkan pembinaan pengetahuan
tenaga pengajar untuk mengerti baru seseorang adalah penginapan dan

kontruktivisme, sama pentingnya untuk asimilasi.
memahami kesan pandangan pembelajaran
ini terhadap pengajaran dan pengembangan
profesional guru

tokoh -tokoh pelopor 3.
teori konStruktivisme

jean piaget
JEROME BRUNER
(1896-1980) (1915-1980)

JOHN DEWEY LET VYGOTSKY
(1929) (1896-1934)

BIODATA
4.
JEAN PIAGET


(1896-1980)

PENGASAS TEORI KONSTRUKTIVISME

Beliau Dilahirkan di Switzerland, 9 Ogos 1896 Piaget adalah
seorang sarjana Switzerland yang terkenal, ahli psikologi dan ahli
falsafah, dan salah satu penyokong konstruktivisme yang paling
berpengaruh untuk kajian pedagoginya.



Piaget prihatin terutamanya dengan perkembangan kognitif dan
pembentukan pengetahuan. Penyelidikan beliau membawa beliau
untuk membuat kesimpulan bahawa pertumbuhan pengetahuan adalah
hasil daripada pembinaan individu yang dibuat oleh pelajar.
Pada tahun 1955, beliau mencipta Pusat Epistemologi Genetik
Antarabangsa di Geneva dan mengarahkannya sehingga tahun 1980.



Kerjaya Piaget menjangkau lebih dari 50 tahun dan karyanya telah
mendapat tahap penerimaan yang berbeza-beza dalam kalangan
pendidikan Amerika. Jean Piaget dianggap perintis teori
konstruktivisme yang hebat untuk diketahui.



Konsep Piaget: Adaptation, Asimilation, Accomodation, Classfication,
Class Inclusion, Conservation, Decantation, Egocentrism, Operation,
Schema, and Child Stages.

TEORI 5.

KONSTRUKTIVISME JEAN
PIAGET

TEORI PEMBELAJARAN KONsTRUKTIVISME MENGANDUNGI
ASAS KOGNITIF YANG MEMBERI PENEKANAN KEPADA
BAGAIMANA STRUKTUR KOGNITIF MEMBINA DAN
MENGORGANISASI PENGETAHUAN. MELALUI TEORI INI MURID
AKAN MEMBINA PENGETAHUAN SENDIRI BERASASKAN
PREMIS, PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN SEDIA ADA
KEPADA PENGETAHUAN ATAU PENGALAMAN BAHARU.

PRINSIP-PRINSIP ASAS TEORI PEMBELAJARAN

KONSTRUKTIVISME KOGNITIF JEAN PIAGET TERDIRI DARIPADA
DUA ASPEK IAITU:

(1) PROSES YANG KITA LALUI UNTUK MENGETAHUI SESUATU

(2) PERINGKAT YANG KITA LALUI SAMBIL KITA MENDAPAT

KEBOLEHAN TERSEBUT

Konsep-Konsep asas dalam teori perkembangan
kognitif Piaget (1970) ialah:
(1) Skema
(2) Adaptasi
(3) Keseimbangan
(4) Asimilasi
(5) Akomodasi

6.

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF
PIAGET

SKEMA

Premis sedia ada

ASIMILASI ADAPTASI
Proses

Serap masuk

maklumat baru
Penyesuaian
yang menyerupai
AKOMODASI
Skema
Mengubah suai

skema sebelum

maklumat baru

diserap

EQUILIBRASI
DISEQUILIBRIRASI
(KESEIMBANGAN)

7.

KAJIAN JEAN PIAGET

JEAN PIAGET BERPENDAPAT BAHAWA KEMAMPUAN MENGURUS

MAKLUMAT DAN PENGETAHUAN BERLAKU SECARA BERPERINGKAT.
BELIAU MENGATAKAN BAHAWA PENGETAHUAN DIBINA MELALUI

MAKLUMAT BARU DISERAP MASUK ATAU DISESUAIKAN DALAM

STRUKTUR KOGNITIF MELALUI PROSES ADAPTASI.
(1) PROSES ADAPTASI BERMAKSUD PROSES MENYESUAIKAN DIRI

AKAN MENERIMA MAKLUMAT BARU DALAM STRUKTUR KOGNITIF

UNTUK MENDAPATKAN KESEIMBANGAN ANTARA SKEMA DENGAN

PERSEKITARAN. INI DINAMAKAN EQUILIBRASI.
(2) TERDAPAT DUA PROSES ADAPTASI IAITU ASIMILASI DAN

AKOMADASI.

ASIMILASI

-MERUJUK KEPADA SATU PROSES DI MANA MAKLUMAT BARU YANG
TIDAK MEMPUNYAI CIRI-CIRI PERSAMAAN DENGAN MAKLUMAT SEDIA
ADA DALAM SKEMA AKAN DISERAP DENGAN MUDAH KE DALAM STRUKTUR
KOGNITIF. HAL INI MENYEBABKAN KESEIMBANGAN ATAU EUILIBRASI

BERLAKU.

AKOMODASI

-MERUJUK KEPADA SATU PROSES APABILA MAKLUMAT BARU
MEMPUNYAI PERBEZAAN DENGAN MAKLUMAT DI SKEMA, IA AKAN

MENGANGGU KESEIMBANGAN DALAM STRUKTUR KOGNITIF, PROSES INI

DINAMAKAN DISEQULIBRIRASI. MAKLUMAT BARU TIDAK DAPAT DISERAP

MASUK KERANA MAKLUMAT MASING TERAWANG-AWANG SEHINGGA
SKEMA BERUBAH. APABILA SKEMA BERUBAH MELALUI PERBINCANGAN,

PEMBACAAN, DAN SEUMPAMANYA, MAKLMUMAT BAHARU AKAN DISERAP

MASUK. DENGAN INI, STRUKTUR KOGNITIF AKAN MENCAPAI
EQUILIBRASI.

8.

KAJIAN JEAN PIAGET

SELAIN ITU, KEDUA-DUA PROSES ASIMILASI DAN

AKOMODASI BERLAKU SEPANJANG HAYAT INDIVIDU DALAM

PROSES PENYESUAIAN DIRI DENGAN PERSEKITARAN.

APABILA PROSES ADAPTASI MENJADI SEMAKIN KOMPLEKS,

SKEMA TURUT MENJADI KOMPLEKS SETERUSNYA

MEMBENTUK STRUKTUR KOGNITIF, STRUKTUR KOGNITIF

AKAN MELALUI PROSES ORGANISASI SECARA HIERARKI DAN

DARIPADA SUSUNAN UMUM KEPADA LEBIH KHUSUS.

KESIMPULANNYA, MELALUI PROSES ADAPTASI, MAKLUMAT
DALAM STRUKTUR KOGNITIF PERLU SENTIASA DIORGANISASI
UNTUK DISIMPAN DAN DAPAT DIGUNAKAN APABILA PERLU.

MELALUI PROSES ADAPTASI INI JUGA PENGETAHUAN

SENTIASA DIBINA SEPANJANG HAYAT INDIVIDU.

9.

TEORI KONTRUKTIVISME
SOSIAL -LEV VYGOTSKY

(1896-1934)

BIODATA LEV VYGOTSKY

Nama penuh beliau ialah Lev Semyonovich Vygotsky.
Beliau dilahirkan di salah satu kota Tsarist,Russia pada
tanggal 17 November 1896. Beliau berketurunan Yahudi
dan sangat meminati bidang psikologi saat berusia 28
tahun. Beliau ialah ahli psikologi di negara Rusia.
Namun begitu, Vygotsky juga menghadapi pelbagai
penentangan oleh pemerintah Rusia ketika menyalurkan
pemikiran-pemikirannya di dunia psikologi.

Teori beliau mendapat perhatian yang lebih besar
ketika memasuki akhir abad ke-20. Beliau banyak
memberi pandangan dan pendapat dalam hal yang
berkaitan dengan perkembangan kognitif. Vygotsky
merupakan salah seorang tokoh konstruktivisme yang
terkenal

LEV VYGOTSKY Teori perkembangan kognitif yang dikemukakan oleh
(1896-1934)
beliau ini sangat berguna dan bermakna bagi pendidik

dalam membantu perkembangan murid-murid di dalam

bilik darjah. Banyak prinsip dalam teori Vygotsky ini

dapat dijadikan teras dan panduan dalam memastikan

proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid

berjalan dengan berkesan.




Perkembangan pemikirannya meluas setelah beliau

wafat pada tahun 1934. . Antara Sumbangan penting

teori Vygotsky juga adalah penekanan pada hakikatnya

pembelajaran sosio-budaya dan ini secara langsung

dan tidak langsung telah menjadikan beliau seorang

tokoh yang dikagumi

TEORI KONsTRUKTIVISME 10.
SOSIAL

LEV VYGOTSKY
(1896-1934)

Menurut Vygotsky, perkembangan konsep kanak-kanak berkembang

sistematik, logikal serta rasional dengan bantuan dan bimbingan

orang lain. Jadi, teori konstruktivisme sosial ini berperanan utama

dalam konteks sosio-budaya,
Dalam konteks sosial, individu berkongsi dan saling membina

pengetahuan baru. Penglibatan dengan orang lain memberi peluang

untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan diri.

Selain itu, Vygotsky juga mengatakan bahawa perkembangan kognitif

seseorang dapat ditentukan oleh orang itu sendiri dan dapat juga

ditentukan dengan lingkungan sosial yang aktif.
Dalam teori pembelajaran ini, Vygotsky telah mengilhamkan Zon

Perkembangan Proksimal (ZPD) yang mempunyai perkaitan dengan

sosial-budaya, iaitu pengetahuan sikap, pemikiran, sistem nilai yang

dimiliki oleh seseorang itu akan berkembang melalui proses interaksi.

Terdapat dua konsep penting yang diperkenalkan oleh Vygotsky

iaitu konsep Zon perkembangan Proksimal (ZPD) dan
Scaffolding.

11.

Menurut Vygotsky, tahap perkembangan

murid dapat dibahagikan kepada dua tahap

iaitu tahap perkembangan sebenar dan

tahap perkembangan berpontensi.

1.

tahap perkembangan
sebenar

Kebolehan
2.
Menyelesaikan

Masalah dengan

sendiri

tahap perkembangan

berpontensi.

Menyelesaikan

masalah dengan

bimbingan orang
dewasa/ rakan

12.

ZON PERKEMBANGAN

PROKSIMAL

KONSEP ZON PROKSIMAL BOLEH DIKATEGORIKAN

KEPADA TIGA TAHAP, IAITU BERADA DIBAWAH, DI

DALAM DAN DI ATAS ZON PERKEMBANGAN

PROKSIMAL.
INDIVIDU YANG BERADA DI BAWAH ZON
PERKEMBANGAN PROKSIMAL DIKATAKAN
BOLEH MEMPELAJARI SESUATU TANPA
BANTUAN DARIPADA ORANG LAIN.



INDIVIDU YANG BERADA DALAM ZON
PERKEMBANGAN PROKSIMAL DIKATAKAN
BOLEH MENGUASAI KEUPAYAAN DAN
KEMAHIRAN DENGAN MENDAPATKAN
BANTUAN DARIPADA BANTUAN ORANG LAIN.



INDIVIDU YANG BERADA DI ATAS ZON

PERKEMBANGAN PROKSIMAL DIANGGAP TIDAK

MAMPU UNTUK MENGUASAI KEUPAYAAN DAN
KEMAHIRAN YANG SEPATUTNYA DIKUASAI
OLEH MEREKA.

13.

ZON PERKEMBANGAN

PROKSIMAL

14

Ciri-ciri
Konstruktivisme

15

Ciri-ciri Konstruktivisme

Menggalakkan Menyokong
murid bertanya pembelajaran
dan berdialog
sesama mereka secara
koperatif
dan guru

Menggalakkan Menggalakkan
proses inkuiri dan menerima
murid melalui daya usaha dan

kajian dan autonomi
eksperimen murid

Mengambil kira dapatan
kajian tentang bagaimana

murid belajar sesuatu
idea

16

Ciri-ciri Konstruktivisme

Menggalakkan murid bertanya dan berdialog sesama mereka dan guru

Ciri-ciri ini dapat dilihat apabila guru memberikan persoalan dan
permasalahan kepada murid-murid yang perlu diselesaikan oleh mereka.
Selepas itu, guru akan meminta pelajar mengemukakan respon dan idea
masing-masing. Pelajar digalakkan untuk berbincang dengan rakan-rakan
lain dan menggunakan pengetahuan sedia ada untuk mengemukakan
jawapan bagi persoalan tersebut. Hal ini jelas menunjukkan bahawa melalui
pendekatan konstruktivisme, penglibatan pelajar sangatlah aktif dan tidak
semata-mata bergantung kepada guru.

Menyokong pembelajaran secara koperatif

Jika diperhatikan ciri-ciri dengan teliti, pendekatan konstruktivisme tidak
mempunyai perbezaan yang ketara dengan pendekatan koperatif. Menurut
Noor Shah Saad (2002), pembelajaran koperatif menekankan kerjasama antara
pelajar dalam kumpulan kecil bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Pembelajaran konstruktivisme juga mempunyai tujuan untuk memastikan
murid saling berkongsi idea masing-masing dan bergiat aktif dalam sesi PdPc.
Pembelajaran secara berkumpulan akan membantu diri murid serta rakan-
rakan mereka untuk mencapai matlamat yang sama. Bukan itu sahaja, ia juga
dapat meningkatkan kemahiran insaniah murid iaitu dari segi kebolehan
berkomunikasi.

Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid

Pernyataan di atas bermaksud seorang guru perlu bertolak ansur dengan
para pelajar. Guru tidak sepatutnya memandang rendah terhadap usaha
pelajar mereka walaupun kadangkala perkara yang dilakukan oleh pelajar
itu tidak menepati kehendak mereka. Guru perlulah memberi perangsang
kepada anak-anak murid supaya mereka rasa bersemangat untuk belajar
dan tidak takut jika melakukan kesilapan dalam pelajaran. Hal ini

menyebabkan mereka merasakan usaha mereka untuk mempelajari
sesuatu dihargai dan bersungguh-sungguh untuk mencuba dengan lebih
baik pada masa akan datang.

17

Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar
sesuatu idea
Ciri-ciri ini amat penting kepada guru dalam pembelajaran
konstruktivisme. Hal ini supaya guru tersebut mengetahui tahap
kebolehan pelajar dalam mentaksir sesuatu masalah berkaitan topik yang
diajar. Poh Swee Hiang (1997) berpendapat bahawa konstruktivisme amat
menegaskan kepentingan membina pengetahuan secara aktif melalui
proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan
pembelajaran terbaru. Jadi, guru perlulah memantapkan pengetahuan
asas tentang sesuatu topik terlebih dahulu sebelum meneruskan
pembelajaran yang memerlukan murid berfikir dengan lebih mendalam.

Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen
Menurut Poh Swee Hiang (1997), kaedah eksperimen adalah salah satu
kaedah pengajaran yang berpusatkan pelajar. Namun begitu, guru
perlulah menjadi pembimbing kepada pelajar dalam menjalani sesi PdPc.
Hal ini penting supaya pelajar dapat meneroka perkara baru dan dapat
mempelajari sesuatu melalui praktikal yang dijalankan. Selain itu, sesi
pengajaran juga akan menjadi lebih menarik serta dapat mengasah
kemahiran berfikir murid dengan lebih baik.

18

Kebaikan
Pembelajaran
Konstruktivisme

19

Kebaikan Pembelajaran Konstruktivisme

Berfikir

Faham

Seronok Ingat

Kemahiran
sosial

20

Kebaikan Konstruktivisme

Berfikir

Dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk
menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang
bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Sebagai
contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan
seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses
data, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan. Jelaslah bahawa
melalui kaedah konstruktivisme ini, murid dapat mengasah minda
masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu persoalan.

Faham

Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila
mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru.
Seorang murid yang memahami apa yang dipelajari akan dapat
mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi
baru. Kefahaman ini amat penting kerana sesetengah murid hanya
menghafal fakta tanpa memahami sesuatu topik itu. Jadi, guru-guru
perlu menerapkan pembelajaran konstruktivisme dalam sesi PdPc murid-
murid untuk memantapkan kefahaman murid mengenai sesuatu topik.

Ingat

Setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat
mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka
terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang
diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina
pengetahuan baru. Pengetahuan sedia ada itu boleh
diperoleh dari pembacaan, pengajaran guru serta
pengalaman.

21

Kebaikan Konstruktivisme

Kemahiran sosial

Murid yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain
dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini
diperoleh apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam
membina pengetahuan mereka. Contohnya, kemahiran berkomunikasi
dapat ditingkatkan melalui aktiviti secara berkumpulan. Para pelajar akan
saling memberi idea untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Hal ini sekali
gus dapat memantapkan kemahiran insaniah mereka dan keyakinan untuk
melontarkan pendapat masing-masing.

Seronok

Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid
membina sendiri pengetahuan, konsep, dan idea secara
aktif. Ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan
lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat
walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan
cabaran.

22

Peranan Guru dan
Pelajar dalam
Pembelajaran

Konstruktivisme

23

Peranan Guru dalam Pembelajaran
Konstruktivisme

Menggalakkan murid Mentaksir
menerangkan idea pembelajaran melalui
mereka serta aktiviti harian di kelas,

menghargai pandangan bukan hanya dalam
mereka bentuk ujian bertulis

Menggalakkan Menggalakkan
pembelajaran murid
koperatif dalam
menjalankan menerangkan
tugasan tertentu lebih lanjut

Memberi masa yang jawapan mereka
secukupnya kepada murid

untuk menjawab soalan
setelah soalan dikemukakan

24

Peranan Guru dalam Pembelajaran
Konstruktivisme

Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai
pandangan murid

Guru perlulah memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk memberi
idea mereka walaupun kadangkala idea tersebut tidak tepat. Guru
perlulah menghormati dan mempertimbangkan pendapat mereka. Jika
perlu, guru boleh menanyakan dari mana murid mendapat idea tersebut.
Hal ini penting kerana murid-murid akan sangat gembira jika segala
pendapat mereka mendapat perhatian dari guru sekali gus meningkatkan
semangat mereka untuk memberi pandangan pada masa akan datang.

Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas, bukan hanya
dalam ujian bertulis

Guru perlu mempelbagaikan kaedah penilaian terhadap murid.
Contohnya, guru boleh melontarkan persoalan terhadap murid mengenai
topik-topik yang telah dipelajari. Guru juga disarankan untuk memberikan
ganjaran kepada murid yang berjaya memberikan jawapan yang tepat dan
bernas. Jadi, murid-murid akan bersemangat dan berusaha untuk
memberikan jawapan bagi mendapatkan hadiah tersebut sekali gus dapat
memantapkan ilmu pengetahuan mereka mengenai sesuatu topik.

Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka

Apabila murid mengemukakan sesuatu pandangan, guru perlulah
memberi peluang kepada murid untuk menceritakan idea mereka secara
terperinci. Hal ini penting supaya murid dapat meluahkan perkara yang
terbuku di minda mereka. Guru juga boleh merangsang anak murid untuk
menyampaikan idea dengan kebih banyak melalui persoalan seperti apa,
mengapa, bagaimana dan bila. Hal ini supaya murid dapat menambah
input mengenai sesuatu topik.

25

Peranan Guru dalam Pembelajaran
Konstruktivisme

Memberi masa yang secukupnya kepada murid untuk menjawab
soalan setelah soalan diberikan

Masa yang diberikan perlulah bersesuaian dengan jenis dan tahap soalan
yang disediakan oleh guru. Jika soalan itu beraras rendah, maka masa
yang diperlukan adalah singkat. Oleh itu, guru perlu bijak dalam
menetapkan masa untuk murid menjawab soalan. Hal ini penting supaya
pelajar dapat mengumpulkan idea dengan baik tanpa sebarang tekanan
dari segi masa.

Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan
tertentu

Guru perlulah menggalakkan kerjasama murid dalam aktiviti
berkumpulan. Hal ini kerana aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran
berkomunikasi antara murid dengan rakan-rakan dan guru. Mereka juga
boleh saling bertukar-tukar pendapat dalam menyelesaikan sesuatu
tugasan. Jelaslah bahawa guru memainkan peranan penting untuk
mengeratkan kerjasama antara murid demi memastikan keaktifan mereka
ketika sesi pembelajaran berlangsung.

26

Peranan Pelajar dalam Pembelajaran
Konstruktivisme

Mengemukakan soalan- Murid selalu
soalan dan isu, kemudian berbincang dengan
secara individu mereka
guru dan sesama
membuat analisis mereka.
sendiri bagi menjawab

persoalan tersebut

Murid menggunakan data Murid mencabar
dan bahan-bahan fizikal, hipotesis yang
manipulatif atau interaktif dibuat dan
untuk menolong mereka digalakkan

menjana idea dan berbincang untuk
pengetahuan membuat ramalan

27

Peranan Pelajar dalam Pembelajaran
Konstruktivisme

Mengemukakan persoalan dan isu, kemudian secara
individu mereka membuat analisis sendiri bagi
menjawab persoalan tersebut
Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka
sendiri dan boleh menyelesaikan persoalan itu sendiri.
Mereka boleh menganalisis sesuatu perkara mengikut
pengetahuan sedia ada serta bimbingan dari guru.

Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka
Perbincangan itu bertujuan untuk menambah atau
mengukuhkan lagi pengetahuan sedia ada yang ada dalam diri
mereka. Kefahaman juga akan semakin meningkat kerana
wujudnya komunikasi dua hala antara guru dengan murid serta
sesama mereka. Jadi murid perlulah aktif dalam berbincang
tentang sesuatu topik. Inisiatif ini dapat membantu rakan-rakan
menguasai ilmu tentang sesuatu pelajaran.

Murid mencabar hipotesis yang dibuat dan digalakkan
berbincang untuk membuat ramalan
Murid diberi peluang untuk melakukan hipotesis iaitu
andaian dan berbincang untuk membuat ramalan tentang
sesuatu perkara. Perbincangan ini boleh dibuat di dalam
kumpulan-kumpulan kecil ketika proses PdPc berlangsung.

28

Peranan Pelajar dalam Pembelajaran
Konstruktivisme

Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal,
manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka
menjalankan idea dan pengetahuan

Hal ini dapat menolong mereka menjana idea dan
pengetahuan tentang sesuatu topik pembelajaran. Bahan-
bahan fizikal itu adalah seperti buku, ensiklopedia dan
bahan-bahan dari internet.

29

PRINSIP-PRINSIP

KONSTRUKTIVISME

Dalam pembelajaran secara konstruktivisme
pengetahuan seorang pelajar itu tidak diterima secara
pasif tetapi dibina secara aktif. Manakala fungsi
pembelajaran adalah bersifat daripada pengalaman
para pelajar itu sendiri sepanjang berlakunya
perkembangan otaknya. Menurut Caine dan Caine
(1991) menunjukkan bahawa konstuktivisme
merupakan pengajaran yang sesuai dengan otak
dengan beberapa prinsip yang telah dinyatakan seperti
berikut :

1) Tingkah laku dan kemahiran yang ada bukan menjadi satu pembinaan


konsep dan pemahaman mendalam yang diiginkan dalam matlamat

pengajaran.

2) pelajar mestilah melakukan aktiviti konstraktif sebagai bentuk
pembelajaran. Manakala seorang pendidik pula haruslah menyediakan
kepada pelajarnya dengan pelbagai aktiviti yang dapat membentuk
pengetahuan pelajar itu.

3) Guru melaksanakan pelbagai aktiviti yang dapat membantu pelajar
membina pemahaman mereka yang releven untuk menyelesaikan masalah.

4) Kandungan dan proses, kedua-duanya memainkan hubung kait yang
penting.

5) Teknik pembelajaran secara berkumpulan perlu dilakukan bagi memupuk
kerjasama antara pelajar untuk menguji pemahaman dan meluaskan
pengalaman mereka terhadap sesuatu isu.

30

CABARAN GURU

KONSTRUKTIVISME




Guru menyatakan kesukaran untuk mengubah cara pengajaran kerana menganggap
bahawa lebih selesa dengan menggunakan contoh-contoh model pembelajaran secara
tradisional yang realistik dan konkrit dalam proses pembelajarannya.

Dalam proses tersebut, guru banyak menggunakan model pengajaran secara
komunikasi yang menyeluruh seperti ceramah. Hal ini dikatakan demikian kerana, guru
mengibaratkan para pelajarnya seperti bekas yang kosong dan perlu diisi dengan
penyampaian ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh guru tersebut untuk membentuk
perkembangan pengetahuan dan kreativiti para pelajarnya. Sebagai contohnya,
seorang guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah. Beliau menggunakan kaedah

pengajaran tradisional bagi menerangkan fakta yang terdahulu tanpa mengambil
inisiatif untuk menggunakan pengajaran yang terkini dalam penyampaian ilmu
pengetahuan yang dimilikinya kepada para pelajar.

Tambahan pula, terdapat segelintir guru menganggap bahawa pembelajaran
konstruktivisme sangat membuang waktu kerana terlalu mengambil masa yang lama
bagi memberi pemahaman kepada pelajar. Proses pembelajaran konstraktivisme
dihasilkan untuk melahirkan seorang pelajar yang aktif dan bukan seorang yang pasif.
Perkara ini juga tidak akan mampu menyaingi kemampuan dan kekuatan kognitif
pelajar kerana guru telah pun memikul beban yang sudah banyak dan berat.

Di samping itu juga, kini masih terdaapat sekolah yang tidak mampu menyediakan
bahan-bahan atau prasarana yang mencukupi bagi memenuhi keperluan
pembelajaran konstruktivisme. Keadaan ini kerana kebanyakan sekolah perlu
memasukinya dalam kurikulum sekolah atas kesukaran dan keterbatasan
penyediaan fasiliti sepanjang proses pembelajaran itu akibat kekurangan kos.
Tambahan pula, masih ramai guru yang perlu mengajar pengajaran yang tidak
mereka kuasai sepenuhnya dan diluar kemampuan mereka sendiri. Justeru,
penyediaan bahan-bahan dan pengusaan konsep oleh para guru hendaklah
dititikberatkan untuk memudahkan proses pembelajaran konstruktivisme.

31

Perbandingan
Pembelanjaran Secara

Tradisional dan
Konstruktivisme

32

PEMBELAJARAN SECARA
TRADISIONAL

Keadah pembelajaran secara ini PENGENALAN
menjadikan pelajar memiliki sifat pasif KEPADA KONSEP
dan kurang aktif ketika pengajaran
dilaksanakan iaitu menjadikan pelajar itu Menerangkan konsep dengan deduktif
hanya menerima maklumat yang agar pelajar dapat mengetahui perkara
disampaikan dengan cara pembacaan
semata-mata. Tambahan lagi, pelajar yang ingin dibincangkan
yang pasif turut memiliki sifat
kebergantungan yang tinggi kepada LATIHAN
gurunya dan buku teks kerana tidak
menggunakan sistem pembelajaran yang Pelajar diberikan latihan pengukuhan
berkesan. bagi meningkatkan penguasaan
pembelajaran


Keadah ini juga menyebabkan seorang APLIKASI
guru perlu berusaha lebih keras kerana
Konsep yang telah dikuasai oleh
pelajar akan diaplikasi mengikut

situasi semasa

pelajar menjadikan guru itu menumpukan kepadanya sebagai tumpuan
utama. Namun begitu, keadah ini tidak begitu berkesan kerana hanya
berlaku penyampaian satu hala sahaja kerana pelajar tidak dapat
memahami maklumat yang diterima.

Selain itu, di dalam pembelajaran secara tradisional ini menggunakan
penilaian yang hanya menguji kepada fakta. Sebagai contoh, penggunaan
pensil dan ujian kertas.

Pelajar juga mendapat pengetahuan hanya dari pembelajaran berdasarkan
apa yang diajarkan oleh guru sahaja. Keadaan ini menjadikan seorang guru
itu seorang penyampai maklumat semata-mata dan sangat jarang
mengungkapkan pendapat atau persoalan melibatkan pelajar dalam semasa
aktiviti pembelajaran dijalankan.

33

PEMBELAJARAN SECARA
KONSTRUKTIVISME

Kaedah pembelajaran konstruktivisme MELAKUKAN PENEROKAAN

menitikberatkan penglibatan pelajar dalam Pelbagai masalah dan situasi
proses pembelajaran. Keadaan ini memberi dihadapi murid

galakkan kepada pelajar itu bertanyakan soalan

dan melakukan komunikasi dengan para guru PERSOALAN DARIPADA MURID
dan juga rakan-rakanya bagi membentuk pelajar
Pelajar mula bertanyakan soalan

yang aktif iaitu pelajar yang mampu membina berkaitan dengan masalah dan
pengetahuan daripada masalah dan situasi situasi yang dihadapi

sebenar yang perlu dihadapi oleh pelajar PENYIASATAN DAN KAJIAN SPESIFIK
tersebut.
Pelajar mula melakukan penyiasatan

Selain itu, keadah ini juga menekankan agar persoalan yang ditanya

pelajar menjadi keutamaan atau berpusat MELAKUKAN REFLEKSI
kepada pelajar itu sendiri manakala di dalam
proses ini guru hanya sebagai seorang mentor Pelajar mula memikirkan hubungan setiap
dan juga pembimbing. Pelajar menggunakan persoalan yang wujud dan mulai memahami

masalah dan situasi itu

data, bahan-bahan fizikal atau interaktif bagi membantu pelajar menambahkan
pengetahuan mereka dalam proses
pembelajaran secara konstuktivisme.

Penilaian pembelajaran secara konstuktivisme juga dibuat berdasarkan
keupayaan, pretasi dan pencapaian pelajar dalam menyelesaikan masalah
yang timbul. Sebagai contoh, pelajar menggunakan portfolio.

Guru juga memberikan peluang kepada pelajar untuk
memberikan pandangan mereka serta menghargainya
dengan menggalakkan pelajar terlibat dengan
menyeluruh dengan memberikan latihan berkaitan
dengan penyelesaian, penganalisisan, penerokaan
dan sebagainya yang berkaitan bagi menjana idea
pelajar.

34

STARTEGI MODEL
PEMBELAJARAN
BERASASKAN
TEORI

KONSTRUKTIVISME

Model Genaratif

Model Interkatif

Model Koperatif

Model Pemetaan
Konsep

Model Kitaran
Pembelajaran
Model Kemahiran Pemikiran
Secara Kritis dan Kreatif

(KBKK)

Model 5 Fasa Needham
(1987|)

35

Menurut McBrien dan Brandt (1997), dan Nik Aziz (1999)
kebaikan dan kelebihan teori konstruktivisme ialah
pelajar berpeluang membina pengetahuan secara aktif
melalui proses pembelajaran yang disalingkaitkan antara
pembelajaran dahulu dengan pembelajaran yang terkini.
Hubungan perkaitan ini dibina sendiri oleh pelajar
berkenaan. Tambahan pula, kajian yang telah
dilaksanakan oleh Sharan dan Sachar (1992) telah
menyatakan bahawa kumpulan pelajar yang diajar
menggunakan pendekatan ini dapat mencapai kejayaan yang
tinggi berbanding dengan pelajar yang mengguankan
pendekatan tradisional.

Teori pembelajaran ini juga telah menghasilkan beberapa
lagi model pengajaran yang berfaedah dalam bidang
pendidikan. Antara model yang telah dilaksanakan dalam
teori konstruktivisme ialah model pengajaran generatif,
model interaktif, model koperatif, model pemetaan
konsep, model kitaran pembelajaran dan lain-lain lagi.

36

Model Generatif

Model pembelajaran Generatif telah diperkembangan oleh Osbome &
Fregberg (1985. Model ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi peluang
kepada pelajar untuk memperkembangkan idea mereka terhadap apa yang
telah diketahui. Antara ciri utama model ini ialah fasa cabaran iaitu semasa
pandangan guru diperkenalkan sama ada diterima atau sebaliknya untuk
pemahaman awal kepada pelajar. Model ini juga melibatkan empat fasa
seperti Jadual 1.

Jadual 1

37

Model Interaktif

Model Interaktif merupakan model kaedah pembelajaran yang telah dikemas
kini daripada model Faire & Cosgove (1988) yang bertujuan untuk menyediakan
suasana pembelajaran yang memberikan peluang kepada pelajar untuk
bertanyakan soalan dan mengkaji serta memahami soalan yang dikemukakan.
Model ini melibatkan beberapa langkah seperti berikut ;-

PERSEDIAAAN Mula mencari latar belakang dan
memilih tajuk antara guru dan pelajar
PANDANGAN
TERDAHULU Tajuk yang diketahui akan diberikan
oleh kelas atau pelajar sendiri
AKTIVITI
Tajuk yang dibincangkan melibatkan
PENEROKAAN pelajar yang aktif.

PENYOALAN soalan akan ditanya oleh kelas
berkaitan dengan tajuk
PELAJAR
guru dan pelajar memilih soalan
PENYIASATAN untuk

PANDANGAN KENYATAAN DIKUMPUL DARIPADA KUMPULAN
KEMUDIAN ATAU INDIVIDU DAN DIBANDINGKAN DENGAN

KENYATAAN AWAL

REFLEKSI WAKTU UNTUK MEMBUKTIKAN DAN
MENGUKUHKAN KENYATAAN

38

KMoOmpDerEatiLf Model ini merupakan kaedah pembelajaran yang
bercirikan pelajar perlu memberi kerjasama dan
saling bergantung antara satu sama lain. Kajian
turut menyatakan bahawa model ini memberikan
kesan yang postif kerana kemahiran ini
menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi seperti
analisis dan penilaian. Terdapat beberapa jenis
pembelajaran koperatif seperti berikut :-

Model 39

Strategi Pemetaan

Konsep Model ini membantu pelajar membina

kerangka konsep yang dapat
menghubungkaitkan dengan idea-idea yang

baru dengan idea lama. Model ini turut
melibatkan beberapa langkah seperti berikut:-

SENARAI TAJUK & Idea tajuk atau konsep yang dapat
KONSEP dikemukan akan ditulis di atas
kertas oleh pelajar atau guru.

PENYUSUAN Konsep disusun mengikut hirarki :-
KONSEP (paling atas) Tajuk- Konsep penting-
konsep kurang penting-(paling bawah)

PENGAITAN Pelajar akan diminta melukis garis yang
KONSEP menghubungkan konsep berkaitan dan menjelaskan
konsep tersebut. Akhirnya, pelajar menambahkaan

contoh atau konsep kecil lain.

PERBINCANGAN & Pelajar mula membandingkan peta-peta
PEMURNIAAN konsep yang disenaraikan dan menerangkan

sebab-sebab konsep itu. Mereka akan
mengubah suai konsep yang tidak tepat.

40

MODEL

KITARAN Model merupakan kaedah perancangan

PEMBELAJARAN pelajaran,pengajaran, pembelajaran dan

perkembangan kurikulum. Tambahan lagi dalam

SCID, model ini terdiri daripada tiga kitaran

namun telah diubah suai oleh Martin (1994) yang

menjadikannya empat fasa seperti berikut :-

PENEROKAAN Fasa ini merangsang ketidakseimbangan mental pelajar dan guru
memberi latihan asimilasi mental dengan penyediaan pelbagai bahan

yang dapat meningkatkan interkasi pelajar. manakala guru perlu
mengelakkan menerangkan konsep akan tetapi sebaliknya memberikan

soalan kepada pelajar untuk membantu mereka meningkatkan
kemahiran berfikir dan penerokaan pelajar.

PENERANGAN Pada fasa ini berlaku proses interaksi antara guru
dan pelajar yang menjurus kepada pembinaan

konsep berdasarkan data semasa fasa penerokaan
berlaku.

PENGEMBANGAN Pelajar akan dibantu untuk mengorganisasikan pemikiran
mereka dengan bantuan guru yang mengemukakan soalan

yang berkaitan dengan pengalaman pembejaran terkini
dan terdahulu.

PENILAIAN Proses menilai akan dijalankan oleh guru untuk menilai secara
menyeluruh pengaplikasian pelajar terhadap kognitif dan efektif

mereka. proses ini akan dijalankan secara berterusan supaya
mendorong pelajar membina konsep dan proses berfikir.

Model Kemahiran Berfikir 41

Secara Kritis dan Kreatif

(KBKK) Kaedah pembelajaran ini membantu pelajar
bukan sahaja belajar mengenai kandungan

mata pelajaran malah memberikan fokus

kepada proses berfikir dengan kritis dan kreatif

terhadap apa yang dipelajari. Fasa model ini

disesuai menurut Swart & Park (1994). Model ini

melibatkan beberapa fasa berikut :-

Pengenalan Guru menekakan kemahiran berfikir dengan
memperkenalkan objektif, isi kandungan dan

pengetahuan pelajar dahulu dengan
memperkembangkannya dengan isi yang

relevan.

Pemikiran Fasa ini kemahiran berfikir secara exsplisit
Aktif dan aktiviti bersepadu dijalankan dengan
pelbagai soalan dan penggunaan
Pemikiran pengurusan grafik.
Tentang
Pelbagai soalan akan ditanyakan kepada
Pemikiran pelajar untuk menggalakkan mereka
membuat tindak balas mengenai jenis
Aplikasi pemikiran yang telah dijalankan.

Pemikiran Kemahiran berfikir digunakan
bagi mengukuhkan konsep
mengikut situasi.

42

MODEL LIMA FASA
NEEDHAM (1987)

Model kaedah pembelajaan ini pula, menyediakan
peluang dan ruang kepada pelajar untuk melibatkan

diri secara langsung dengan aktiviti "hands-on" &
"minds-on". Oleh itu, Richard Needham (1987) telah
memberikan beberapa cadangan berkaitan dengan

lima fasa seperti berikut ;-

43

BIBLIOGRAFI

Afifi Sabudin, 2018. Pengenalan Teori Konstruktivisme. Dicapai pada Disember 21, 2021 dari
https://www.academia.edu/34597984/Pengenalan_Teori_Konstruktivisme

Azizi Yahaya, 2010. Teori-teori Perkembangan Pendidikan. Dicapai pada Disember 22, 2021 dari
https://www.researchgate.net/publication/46405353_Bab_2_Teori-teori_Perkembangan

Hanna Illy, 2019. Teori Kontruktivisme. Dicapai pada Disember 22, 2021 dari
https://hannailly.blogspot.com/2019/12/teori-konstruktivisme.html

H.Dadang Supardan. “Teori dan Praktik Pendekatan Konstruktivisme dalam Pembelajaran”. Dlm,
Edunomic Journal, 4(1), hlm 1-12. 2016.

Khairunisa Binti Mohd Fakri, 2013. Pembelajaran Berkonsepkan Teori Konstruktivisme Lima Fasa
Needham Dalam Persekitaran Web 2.0 dan Kesannya Dalam Mata Pelajaran Sejarah. Dicapai
pada Disember 22, 2021 dari
http://eprints.utm.my/id/eprint/40644/5/KhairunisaMohamadFakriMFP2013.pdf

L C Wei & M Mohini, 2004. Pembinaan Modul Pengajaran Berdasarkan Teori konstruktivisme. Dicapai
pada Disember 23, 2021 dari http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail.pdf

Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001. Pembelajaran Secara Konstruktivisme (Pusat
Perkembangan Kokurikulum). Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mary Gauvain, 2020. In Encyclopedia of Infant and Early Childhood Development (Second Edition).
Dicapai pada Disember 21, 2021 dari
https://www.sciencedirect.com/topics/psychology/zone-of-proximal-development

Noor Shah Saad, 2002. Teori dan Perkaedahan Matematik. Kuala Lumpur: Prentice Hall.

Poh Swee Hiang, 1997. Pedagogi Sains. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Santrock J.W, 2006. Teks Bacaan Asas Educational Psychology: A Tool for Effective Teaching (3rd ed.).
Dicapai pada Disember 21, 2021 dari
https://chakacamps.com/educational-psychology-john-w-santrock-pdf

Saul McLeod, 2019. Constructivism As a Teory for Teaching and Learning. Simply Psychology. Dicapai
pada Disember 24, 2021 dari
https://www.simplypsychology.org/constructivism.html

ZA. Zainuddin & A Suardi. “Keberkesanan Kaedah Konstruktivisme Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Matematik”. Dlm, Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, hlm 1-7.
2008.

Zurainu Mat Jasin & Abdull Sukor Shaari. “Keberkesanan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham
Dalam Pengajaran Komsas Bahasa Melayu”. Dlm, Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1), hlm
79-92. 2012.


Click to View FlipBook Version