deria saya Hafizah Halem 2023312380028
Hai! Nama saya Lisa.
Hai! Nama saya Rayyan.
Kami ingin bercerita tentang “Deria Saya”
Saya ada mata. Mata saya untuk melihat.
Dengan mata, saya dapat melihat bunga yang berwarnawarni di taman
Saya ada hidung. Hidung saya untuk menghidu.
Dengan hidung, saya dapat menghidu bau makanan yang sedap.
Saya ada telinga. Telinga saya untuk mendengar.
Dengan telinga, saya dapat mendengar burung berkicauan.
Saya ada lidah. Lidah saya untuk merasa.
Dengan lidah, saya dapat merasa makanan yang pelbagai perisa.
Kami juga ada deria sentuhan. Melalui reseptor yang terdapat pada kulit.
Kami dapat merasa tekstur lembut dan keras, permukaan licin dan kasar
Tekstur lembut : Tisu Tuala Gula-gula kapas
Tekstur keras : Batu Topi keselamatan Buah kelapa
Permukaan licin : Cermin Gelas Pinggan
Permukaan kasar : Kulit kayu Nanas Batu
Kami dapat... Melihat Mendengar Menghidu
Kami dapat... Merasa Menyentuh/ Sentuhan
Kami bersyukur dengan deria yang kami miliki.
TAMAT