The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

teknik menjawab soalan struktur dan esei sejarah tingkatan 1 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norainiraof94, 2021-03-22 10:24:02

teknik menjawab soalan struktur dan esei sejarah tingkatan 1 2021

teknik menjawab soalan struktur dan esei sejarah tingkatan 1 2021

Teknik menjawab soalan struktur dan esei sejarah tingkatan 1 2021

Soalan struktur

1 a i. Syajaratun/ pokok Pilih mana-

ii. History / cerita tentang seseorang/historia/penyelidikan mana satu

b i. Herodotus

ii. Muhd Yusuf Ibrahim

iii. E.H. Carr

c i. Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia

ii. Peradaban dunia

iii. Perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat

masyarakat itu.

d Sebagai generasi alaf ke 21, pentingnya generasi muda Jawapan lain

mempelajari dan memahami sejarah negara agar dapat mengambil yang

ikhtibar daripada peristiwa yang lalu dan tidak mengulangi kesilapan munasabah

yang sama/menimbulkan semangat patriotism dalam kalangan boleh diterima

masyarakat/ memupuk perpaduan antara kaum.

2 a i. Paleontologi
ii. Arkeologi
iii. Fizik/kima/geologi

b F1 berlaku perubahan iklim kepada suhu panas
F2 menyebabkan berakhirnya Zaman Air Batu
F3 Keadaan ini telah mempengaruhi perubahan bentuk fizikal bumi
F4 iaitu membentuk daratan dan lautan

Berdasarkan pengetahuan saya, perubahan iklim banyak mempengaruhi
perubahan bentuk fizikal bumi. Yang pertama ialah berlakunya perubahan iklim
kepada suhu panas yang menyebabkan berakhirnya Zaman Air Batu. Seterusnya,
keadaan ini telah mempengaruhi perubahan bentuk fizikal bumi dengan
terbentuknya daratan dan lautan.

c F1 memupuk sikap sayang akan alam sekitar
F2 manusia harus berusaha Bersama-sama dalam mengekalkan kelestarian alam
sekitar
F3 manusia perlu bijak mengurus hal ehwal menjaga bumi daripada berlaku
kemusnahan
F4 tidak melakukan penebangan pokok secara haram
F5 menyokong sepenuhnya kempen sayangi alam sekitar
F6 tidak membuang sampah ke dalam sungai
F7 tidak menyokong amalan penggunaan baja kimia yang akan mencemarkan
tanah.

Sebagai warga global, memang menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara
alam sekitar. Kita haruslah memupuk sikap sayang akan alam sekitar . Kita harus
berusaha Bersama-sama dalam mengekalkan kelestarian alam sekitar. Kita perlu
bijak menguruskan hal ehwal menjaga bumi daripada berlaku kemusnahan. Kita
janganlah melakukan penebangan pokok secara haram.

Kita juga hendaklah menyokong sepenuhnya kempen sayangi alam sekitar.
Janganlah kita membuang sampah ke dalam sungai. Kita janganlah menyokong
amalan penggunaan baja kimia yang akan mencemarkan tanah.

Soalan esei F1 Aras laut menjadi rendah
1a H1a Permukaan air laut yang membeku
H1b Pulau-pulau bersambung dengan tanah besar
H1c memudahkan manusia serta binatang bermigrasi
F2 ciri fizikal bumi
H2a sebahagian besar bumi dilitupi salji
H2b disebabkan permukaan air laut membeku
F3 binatang seperti mamot berbulu, badak, kuda dan singa
H3a tinggal di Kawasan tanah pamah yang sejuk
F4 tumbuhan utama ialah rumput dan tumbuhan renek yang menjalar
F5 suhu dunia terlalu sejuk
H5a dunia dipenuhi oleh salji
H5b terutamanya di Kawasan kutub dan benua Eropah
F6 kehidupan manusia
H6a tinggal di Kawasan tanah pamah yang sejuk
H6b hidup secara nomad dan memburu binatang

Ciri-ciri khusus yang berlaku pada Zaman Air Batu Akhir ialah aras laut menjadi
rendah. Permukaan air laut yang membeku menyebabkan pulau-pulau bersambung
dengan tanah besar. Ini memudahkan manusia serta binatang bermigrasi.

Seterusnya, ciri fizikal bumi. Permukaan air laut yang membeku menyebabkan
sebahagian besar bumi dilitupi salji.

Binatang seperti mamot berbulu, badak, kuda dan singa tinggal di Kawasan tanah
pamah yang sejuk. Kehidupan manusia juga sebagai ciri khusus. Manusia tinggal di
Kawasan tanah pamah yang sejuk. Manusia hidup secara nomad dan memburu
binatang.

b F1 Glasier telah menukarkan bentuk fizikal bumi
H1a air batu yang cair dari Kawasan tanah tinggi dan gunung membawa bersama-sama
batu dan tanah semasa menuruni tanah tinggi
H1b Lebihan air yang dibawa akan melimpahi laut dan Kawasan tanah tinggi
F2 membentuk fizikal bumi seperti hari ini
H2a berlaku perubahan paras air laut dengan kedalaman 100 meter
F3 kecairan air batu telah membentuk tasik air tawar
C3a seperti great lakes di kanada dan tasik dayang bunting di Malaysia
H3a bentuk saliran sungai juga berubah kepada bentuk yang ada pada hari ini
F4 berlaku kepupusan binatang yang hidup pada Zaman Pleistosen
C4a contohnya mamot, sloth dan harimau bertaring panjang
F5 memberikan kesan terhadap kehidupan manusia
H5a manusia perlu menyesuaikan aktiviti harian dengan perubahan iklim
H5b manusia bergerak keluar dari benua Afrika
H5c secara beransur-ansur mendiami benua Eropah dan benua Asia
F6 Bumi mula mengalami perubahan iklim daripada terlalu sejuk kepada sederhana
sejuk
H6a kegiatan radiasi bumi menyebabkan berlakunya peningkatan suhu bumi.

_______________________________________________________________________

c F1 memupuk sikap sayang akan alam sekitar
F2 manusia harus berusaha Bersama-sama dalam mengekalkan kelestarian alam
sekitar
F3 manusia perlu bijak mengurus hal ehwal menjaga bumi daripada berlaku
kemusnahan
F4 pemanasan alam sekitar yang berlaku di dunia perlu dikawal bagi mengelakkan
peningkatan aras laut
F5 manusia tidak boleh melakukan pencemaran alam kerana memberi kesan yang
buruk kepada bumi dan hidupan
F6 manusia bertanggungjawab memelihara bumi

Iktibar yang dipelajari daripada perkara ini ialah __________________________

___________________________________________________________________

2 a F1 Sejarah mampu memupuk patriotisme, iaitu semangat cinta akan negara
H1a sejarah mengajar kita menghargai warisan negara untuk dihayati oleh generasi
akan datang
H1b dapat menyemai rasa cinta akan negara dan menaikkan semangat patriotik
F2 sejarah mampu memberi ikhtibar
H2a memberi pengajaran daripada peristiwa lalu
H2b mereka yang tidak mempelajari sejarah berkemungkinan akan mengulangi
kesilapan masa lalu
F3 sejarah dapat menerangkan asal usul
H3a tentang keluarga dan negara kita
H3b kita dapat memahami adat istiadat, tradisi dan budaya bangsa kita

Tiga kepentingan mempelajari sejarah ialah sejarah mampu memupuk patriotisme,
iaitu semangat cinta akan negara. Sejarah mengajar kita menghargai warisan negara
untuk dihayati oleh generasi akan datang. Sejarah dapat menyemai rasa cinta akan
negara dan menaikkan semangat patriotik.

Sejarah juga mampu memberi ikhtibar kepada kita. Ia memberi pengajaran
daripada peristiwa lalu. Mempelajari sejarah akan membantu kita tidak mengulangi
kesilapan masa lalu.

Sejarah juga dapat menerangkan asal usul . Asal usul tentang keluarga dan negara
kita. Kita akan dapat memahami adat istiadat, tradisi dan budaya bangsa kita.

b F1 Sumber sejarah terbahagi kepada dua
H1a iaitu sumber primer dan sumber sekunder
F2 sumber primer merupakan sumber yang belum diolah atau diterbitkan
H2a bersifat asli
H2b sumber yang belum ditafsirkan
C2 contohnya fosil, artifak dan batu bersurat
F3 sumber sekunder ialah sumber yang telah diolah atau diterbitkan
H3a merupakan bahan yang telah tersebar kepada umum
C3 contohnya buku, majalah dan ensiklopedia

Sumber sejarah terbahagi kepada dua. Ia terdiri daripada sumber primer dan sumber
sekunder. Sumber primer merupakan sumber yang belum diolah atau belum
diterbitkan. Ia bersifat asli. Ia sumber yang belum ditafsirkan. Contoh sumber primer
ialah fosil, artifak dan batu bersurat.

Sumber sekunder ialah sumber yang telah diolah atau diterbitkan. Ia merupakan
bahan yang telah tersebar kepada umum. Contoh sumber sekunder ialah buku,
majalah dan ensiklopedia.

c F1 dapat mendidik generasi akan datang agar mencintai negara
F2 membentuk generasi yang bersifat empati/memahami perasaan atau emosi orang
lain
F3 melahirkan generasi yang dapat meneruskan kegemilangan tamadun bangsa
Malaysia
F4 membentuk generasi muda yang celik tentang sejarah negara
F5 membentuk jati diri yang tulen dalam kalangan generasi muda
F6 generasi muda akan lebih memahami budaya dan tradisi negara
F7 membentuk generasi yang lebih menghargai warisan negara

Ikhtibar yang diperoleh daripada mempelajari sejarah ialah dapat mendidik generasi
akan datang agar mencintai negara. Ia juga dapat membentuk generasi bersifat empati
dan memahami perasaan atau emosi orang lain. Seterusnya dapat melahirkan generasi
yang dapat meneruskan kegemilangan tamadun bangsa Malaysia.

Mempelajari sejarah juga dapat membentuk generasi muda celik tentang sejarah
negara. Ia dapat membentuk jati diri yang tulen dalam kalangan generasi muda.
Generasi muda akan lebih memahami budaya dan tradisi negara. Mereka akan lebih
menghargai warisan negara.


Click to View FlipBook Version