Geografi Tingkatan 1
Kg Damai Kg Pantai
Peta Kg
lakar Selama
Disediakan oleh : Kg
Zulhazlia binti Zulkifli Damai
SMK Jenagor,
Hulu Terengganu, Terengganu
PETA
• Peta ialah gambar atau lukisan yang menunjukkan
sesuatu kawasan di permukaan bumi.
• Peta biasanya menunjukkan ciri-ciri yang ada di
permukaan bumi sebagaimana yang dilihat dari
udara.
• Objek-objek di permukaan bumi diperhatikan,
direkodkan, dan dicatatkan
• Seni melukis peta telah bermula sejak zaman dahulu
lagi.
• Kini dengan bantuan teknologi, peta dihasilkan
dengan lebih tepat dan terperinci
• Sumber data peta
Satelit
GPS
Penerbangan kapal terbang, dron dan lain-lain
• Terdapat beberapa jenis peta. Antaranya
ialah
Atlas
peta lakar
peta topografi
pelan.
Peta Lakar
• Peta lakar ialah lukisan/gambaran sesuatu
kawasan yang dilukis berdasarkan
pemerhatian dan data-data
• Ia dilukis tanpa menggunakan skala
• Peta lakar juga dilukis dengan
menggunakan simbol ringkas yang
mewakili ciri geografi kawasan tersebut
KBAT?
• Bagaimanakah kita ingin memasukkan semua
elemen yang ada di atas permukaan bumi di
atas sehelai kertas?
Simbol
• Semua objek yang ada di permukaan bumi disebut
sebagai ciri geografi
• Ciri geografi dibahagi kepada dua jenis iaitu
Ciri fizikal – ciri berkait dengan alam semulajadi
Ciri budaya – ciri berkait dengan buatan manusia
• Semua ciri ini perlu dipindahkan ke dalam peta
• Oleh itu, simbol digunakan untuk mewakilkan ciri-ciri geografi
tersebut
• Simbol boleh dilukis menggunakan titik, garisan atau pun
perkataan
Ciri fizikal
• Contoh ciri fizikal
ialah
• Hutan
• Hutan paya air tawar
• Tasik
• Kawasan tanah tinggi
Ciri budaya
• Contoh ciri budaya
ialah
• Hospital
• Rumah
• Jalan raya
• Tali air
• Jeti
• Tanaman getah
• Tanaman padi
Pengunaan simbol di dalam peta
• Simbol digunakan untuk mewakili semua ciri
geografi yang ada di permukaan bumi
• Pengunaan simbol boleh membantu
Menjimatkan ruang di dalam peta
Membantu orang ramai membaca dan
memahami peta dengan mudah
Mengurangkan kekeliruan pada peta
Contoh pengunaan simbol
Bagaimanakah kita hendak menukarkan
peta ini kepada bentuk yang lebih ringkas?
Peta Lakar
• Sesebuah peta lakar perlu mempunyai
elemen-elemen yang berikut
a) Tajuk
b) Bingkai/ pemidang peta
c) Tanda arah utara
d) Petunjuk simbol
e) Ciri-ciri fizikal dan budaya
Peta Lakar Pekan Zamrud dan kawasan sekitarnya
Panduan Melukis Peta Lakar
1. Lakukan tinjauan/ pemerhatian kawasan kajian
2. Kenalpasti
a) jalan utama dan jalan-jalan lain
b) objek spt bangunan-bangunan kerajaan,rumah
dan lain-lain kemudahan awam
c) tumbuh-tumbuhan semula jadi atau tanaman
d) Saliran atau sungai jika ada
e) rujuk kompas untuk menentukan arah mata
angin
f) Jika ada, rujuk/ bandingkan dengan data yang
lain seperti google map, GPS dan lain-lain
Kerja Lapangan
1. Bentuk satu kumpulan yang terdiri daripada
4 orang ahli kumpulan
2. Pilih satu kawasan tempat tinggal dan lukis
peta lakar kawasan tersebut di atas kertas
lembar
3. Luas peta lakar adalah lebih kurang 2 km
persegi
4. Bentangkan aktiviti berkumpulan