NOVEL:
SEJAMBAK BAKTI
K A RYA : R E J A B F 1
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
SINOPSIS
Suasana di koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri
Kayangan pada pagi itu sangat sibuk. Terdapat seorang pembantu kedai dan tiga
orang ahli pengarah sedang melayani pembeli-pembeli dengan sabar dan baik.
Seorang pelajar lelaki mencuba untuk mencuri sebatang pen telah ditegur oleh
seorang ahli lemabga pengarah. Cikgu Zulkifli masuk ke koperasi itu dan
memaklumkan kepada ahli lembaga pengarah bahawa pada petang itu akan
diadakan mesyuarat agung untuk mengumumkan ahli-ahli jawatankuasa Lembaga
Pengarah dan membincangkan usul-usul. Mesyuarat telah membuat keputusan
bahawa Razali telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Lembaga Pengarah bagi
koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
Munir berasa tidak puas hati kerana tidak dipilih sebagai Penolong
Setiausaha. Dia merungut kepada kawannya Leong dan Silvam. Dia dan kawan-
kawannya, Leong dan Silvam, mula berdendam dengan Razali. Kemarahan Munir
bertambah apabila seorang pelajar baharu sekolah mereka rapat dengan Razali. Di
samping itu, Razali dan ahli-ahli lembaga pengarah yang lain cuba menaiktarafkan
koperasi dan melaksanakan usul-usul yang telah dipersetujui dalam mesyuarat
yang lepas. Bilik bacaan akan diadakan atas dasar kebajikan dan untuk kebaikan
murid-murid
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
Sikap Munir yang sering tidak menyiapkan kerja sekolah, mengganggu
pelajar perempuan, dan tidak melaksanakan tugasnya sebagai ahli lembaga
pengarah, telah menyebabkan dia dipanggil guru kaunseling sekolah itu, iaitu Cikgu
Muniam. Munir tidak mengakui kesalahannya. Setelah diberikan nasihat, Munir
berjanji tidak akan berbuat demikian lagi.Walau bagaimanapun, tindakan tersebut
menyebabkan Munir menajdi lebih marah dan menuduh Razali yang mengadukan
perkara itu kepada guru kaunseling. Jadi, dia mengambil keputusan untuk
membalas dendam. Leong dan Silvam turut serta kerana Razali dianggap sebagai
penghalang hasrat mereka untuk merapati Swee Lan dan Saridevi.
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
Petang itu, Razali dibelasah oleh Munir dan rakan-rakannya. Ramlah, Swee
lan, dan Saridedevi yang terjumpa dengan Razali di tempat kejadian itu ingin
melaporkan perkara itu kepada Cikgu Zulkifli tetapi dilarang oleh Razali. Razali
tidak mahu perkara itu diketahui oleh ayah tirinya. Ketika sampai di rumahnya,
ibunya terkejut melihat keadaan Razali. Razali menceritakan perlakuan Munir
terhadapnya.Ayah tiri Razali ternampak akan keadaan Razali lantas menyalahkan
Razali sebagai anak yang sombong sehingga dipukul oleh orang lain. Mak Sopiah
mempertahankan anaknya.Tindakannya menyebabkan Razali terasa dan ingin
bersama dengan ayah kandungnya. Dia bertanya tentang ayah kandungnya kepada
Mak Sopiah tetapi ibunya enggan menceritakannya kerana perkara tersebut
merupakan sejarah hitam buat Mak Sopiah. Keesokan harinya, Munir, Leong, dan
Silvam dihukum rotan kerana membelasah Razali.
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
Razali telah menerima tawaran untuk mengikuti kursus koperasi bersama
wakil koperasi-koperasi sekolah di Malaysia di Kuala Lumpur. Kursus tersebut telah
membuka mata Razali tentang koperasi-koperasi yang terdapat di Malaysia.
Selepas dia pulang dari kursus itu, mereka mengadakan mesyuarat tentang
pertandingan koperasi anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia
(ANGKASA). Mereka bersetuju untuk menyertai pertandingan itu.
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
Ahli-ahli Lembaga Pengarah bekerjasama mencantikkan koperasi. Munir tidak
mahu memberikan kerjasama dan memilih untuk bermain bola.Walau bagaimanapun,
dia dipanggil oleh Cikgu Zulkifli untuk melakukan tugas. Ketika Munir berada di meja
setiausaha, dia ternampak kunci koperasi itu lalu diambilnya. Setelah itu, Munir dan
rakan-rakannya merancang sesuatu bagi membalas dendam terhadap Razali. Suatu
malam, koperasi telah diceroboh masuk. Kesesokan harinya, apabila koperasi dibuka,
Razali mendapati kedai semua barang jualan bertaburan di lantai dan wang sebanyak
RM200 telah dicuri. Dia melaporkan kepada Cikgu Zulkifli. Pihak polis telah menyiasat
tetapi tiada kesan pecah masuk. Kunci koperasi masih berada dalam pegangan Razali
dan Pengetua. Hal itu membuatkan Munir, Leong, dan Silvam menuduh Razali yang
memecah masuk koperasi kerana dia mempunyai kunci. Munir mengadukan hal ini
kepada Pak Zakaria. Pak Zakaria berasa amat marah lalu menghalau Razali daripada
rumah tetapi dihalang oleh Mak Sopiah.
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
Cikgu Zulkifli bergegas ke kedai koperasi kerana diberitahu oleh Swee Lan dan
Marzuki bahawa Koperasi dicerobohi lagi. Cikgu Syamsudin sangat marah atas
kejadian itu dan mengambil keputusan untuk memeriksa beg dan pakaian murid
satu demi satu.Akhirnya, pihak sekolah telah dapat menangkap pencurinya, iaitu
Munir. Dari beg sekolah Munir, Cikgu Hassan telah memperoleh kunci yang sama
nombornya dengan kunci koperasi dan duit kertas RM10 yang bertanda ‘K’.
Sebagai hukuman, Munir telah dipecat daripada ahli Lembaga Pengarah dan
digantung sekolah selama seminggu. Munir mula sedar akan kesalahannya dan
meminta maaf kepada Razali dan keluarganya
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
Keputusan pertandingan Koperasi telah diumumkan. Koperasi Sekolah
Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan telah mendapat Johan.
Pihak sekolah dan ibu bapa yang dijemput hadir pada pagi itu sangat berbangga
dengan kejayaan mereka itu.Antara ibu bapa yang hadir ialah Mak Sopiah dan Pak
Zakaria. Kemudian, mereka terjumpa dengan Pak Ramli, iaitu bapa kepada Ramlah.
Mereka bersalaman. Cikgu Syamsudin berasa ada suatu rahsia dalam pertemuan
itu. Beliau menjemput mreka ke bilik pejabatnya. Pak Ramli menceritakan
hubungan mereka bertiga. Rupa-rupanya, Pak Ramli ialah bekas suami Mak Sopiah
dan ayah kandung kepada Razali. Cikgu Zulkifli amat terkejut lalu mencadangkan
untuk memanggil Razali dan Ramlah. Mereka tidak menyangkakan kejayaan
koperasi ini telah menemukan seorang anak dengan ayah dan adiknya
TEMA BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
PERSOALAN
• Kegigihan sekumpulan remaja memajukan kedai koperasi sekolah - Hal in
dibuktikan menerusi watak Razali yang bertugas sebagai Penolong Setiausaha.
Dia dibantu oleh Ramlah, Harun, Swee Lan, dan Saridevi sehingga koperasi
sekolah mereka diumum sebagai koperasi terbaik di peringkat kebangsaan.
Walaupun mendapat cabaran seperti kedai koperasi diceroboh sebanyak dua
kali, namun mereka tetap bersiap siaga dengan dibantu oleh Cikgu Zulkifli untuk
memastikan koperasi mereka boleh menyertai pertandingan
• Setia kawan dalam menjalani kehidupan remaja – Contoh : Ramlah
tetap menyokong dan memberi semangat ketika Razali menghadapi dugaan
seperti dituduh menceroboh kedai koperasi.
• Perasaan dendam menyebabkan hilang pertimbangan akal –
Contohnya : Munir yang mendendami Razali gara-gara tidak dapat
menjalinkan hubungan dengan Ramlah sehinggakan sanggup memukul dan
memfitnah Razali menceroboh koperasi sekolah.
• Menyimpan rahsia kerana takut kehilangan orang yang disayangi –
Contohnya : Mak Sopiah sanggup merahsiakan ayah kandung Razali kerana
tidak mahu anaknya itu meninggalkannya kelak jika Razali mengetahui ayah
kandungnya yang sebenar.
• Pengaruh rakan sebaya yang boleh merosakkan hidup remaja –
Contohnya : Silvam dan Leong mengikut sahaja kata-kata Munir supaya
membelasah Razali menyebabkan mereka berdua dijatuhi hukuman rotan
oleh pengetua
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
PLOT
Gambaran latar tempat iaituPERMULAAN Perjalanan mesyuarat ahli lembaga
Sekolah Menengah Teknik PertanianPERKEMBANGAN pengarah koperasi kali pertama
Seri Kayangan dan tugas-tugas Ahli pada tahun tersebut dijalankan.
Lembaga Pengarah Koperasi. Harun, Mesyuarat turut dihadiri oleh
Swee Lan dan Saridevi bertugas pegawai dari Jabatan Pembangunan
sambal dibantu Norlela. Cikgu Koperasi Negeri. Usul yang
Zulkifli dating ke kedai koperasi dan
meminta mereka menghadiri mempelbagaikan barang jualan di
Mesyuarat Lembaca Pengarah kali kedai koperasi, menjalankan
ternakan ayam telur dan
pertama
menyediakan bilik bacaan telah
diluluskan dan akan dilaksanakan.
Konflik bermula apabila Munir merasaKLIMAKSBM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
tidak berpuas hati kerana dia gagalPELERAIAN
memegang jawatan sebagai Penolong Munir Berjaya ditangkap kerana
Setiausaha koperasi. Dia juga kecewa menceroboh koperasi dan
kerana Ramlah yang diminatinya
berkawan rapat dengan Razali. Munir dikenakan hukuman. Munir insaf
dan Leong bersetuju tidak dan memohon maaf daripada
Razali dan keluarganya. SMT
memberikan kerjasama kepada Razali. Pertanian Seri Kayangan
Munir dihantar ke unit kaunseling menjadi johan pertandingan
Koperasi sekolah-sekolah
akibat pelbagai masalah disiplin. Munir Malaysia. Razali menemui bapa
dan rakan-rakannya mengambil kandungnya, Ramli ketika majlis
tindakan agresif terhadap Razali. Dia penerimaan hadiah kemenangan
dihukum rotan. Munir turut koperasi.
menceroboh kedai koperasi 2 kali
pada waktu malam
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
TEKNIK PLOT
PEMERIAN
• Contoh: Pengarang menceritakan suasana pagi di Sekolah
Menengah Teknik Seri Kayangan (halaman 1).
DIALOG
• Contoh: Mak Sopiah ni ialah bekas isteri saya kira-kira 16
tahun yang lalu. Ketika….” (halaman 154-155)
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
MONOLOG
• Percakapan seorang diri. Contoh:“Maafkan ayah, Razali….”
(halaman 157)
MONOLOG DALAMAN
• Bercakap dalam hati atau berfikir. Contoh:“Pada suatu hari
nanti, pasti aku menjadi angkasawan” Bisik hatinya
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
IMBAS KEMBALI
• Razali teringatkan sikap Pak Zakaria yang sering mencemuhnya. Contoh:
Memang itulah yang amat dikhuatirkan oleh Razali. Dia selalu dicemuh oleh ayah
tirinya itu…. (halaman 74)
IMBAS MUKA
• Gambaran awal tentang peristiwa yang bakal berlaku seterusnya. Contoh:
Mak Sopiah terkejut bertemu dengan Pak Ramli semasa hari penyampaian
hadiah.
SASPENS
• Ketika pencuri yang menceroboh kedai koperasi SMTPSK ditemui dan dibawa
ke bilik pengetua, pembaca tertanya-tanya siapakah pencuri yang
dimaksudkan.
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
GAYA BAHASA
METAFORA PERSONAFIKASI PERLAMBANGAN
Angin membelai-belai Wajahnya mula menyinga.
Sedikit sahaja bara
kebenciannya dihembus, maka tubuhnya, akan (halaman 115)
cepatlah marak api kebencian itu. tetapi…..(halaman 75) Menyinga melambangkan
Matanya singgah ke wajah
(halaman 121) marah
Munir. (halaman 39)
PERIBAHASA SINKOPE AYAT PENDEK
“Hm, kalua tidak ada apa-apa, “Terima kasihlah. Kami tak Munir mencebik (halaman30)
dapat menonton. Petang ini
masakan tempua kami dah ada rancangan nak
bersarang rendah,” kata belajar di rumah Saridevi,”
Norlela, pembantu kedai
koperasi itu…(halaman 3) (halaman 30)
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
HIPERBOLA PERBANDINGAN TERUS AYAT INVERSI
Seribu tanda Tanya Namun, hati dan perasaan salah Buruk akibatnya nanti. (halaman
menghantui fikiran masing- seorang daripada tiga orang murid
masing (halaman 110) 104)
itu tidaklah sesegar tiupan Buat malu aku sahaja. (halaman
angin.
121)
*Subjek ayat dibelakangkan,
pradiket dihadapankan
AYAT PANJANG REPETISI
Pagi itu setelah murid-murid “Baguslah kalua begitu. Saya harap
berhimpun di tapak perhimpunan kita akan berjaya. Kita berjaya
sekolah dan menyanyikan lagu memerangkap pencuri itu dan kita
“Negaraku”,“Jalur Gemilang”, juga berjaya dalam pertandingan
“Malaysia Berjaya”, Cikgu Muniam
tampil di atas pentas dan membuat koperasi nanti.” (halaman 118)
pengumuman. (halaman 137) Pengulangan perkataan dalam satu
ayat.
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
LATAR
MASA
• PAGI – Aktiviti sekolah bermula pada waktu pagi.
• TENGAHARI – Sesi persekolahan tamat
• PETANG – Aktiviti selepas sekolah
• MALAM – Koperasi Sekolah diceroboh
• 24 JULAI – Razali terpilih mengikuti kursus di Maktab Kerjasama Petaling Jaya, Selangor.
TEMPAT
• SM TEKNIK PERTANIAN SERI KEYANGAN PERLIS – Aktiviti koperasi sekolah, Murid melajar di
sekolah
• KAMPUNG SERDANG, PERLIS – Tempat tinggal Razali, Munir, Leong, Silvam, Swee Lan, dan Rozita.
• BANDAR KANGAR – Kedai barang-barang runcit Encik Aik Hong dan Kedai buku Encik Aziz.
• KEDAI KOPERASI – Tempat Ahli Koperasi bertugas.
• PONDOK DI TENGAH SAWAH – Tempat Razali belajar dan melepaskan kesedihan.
• BILIK PENGETUA – Bilik Berugas Encik Samsudin
• TAPAK PERHIMPUNAN SEKOLAH – Tempat Munir menerima hukuman rotan.
• BALAI POLIS – Tempat Cikgu Zulkifli dan Razali disoal siasat
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
MASYARAKAT
• MASYARAKAT SEKOLAH – Watak-watak merupakan guru-guru dan
murid-murid Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan.
• MASYARAKAT PESAWAH – Kebanyakkan penduduk kampong Serdang
merupakan pengusaha padi sawah.
• MASYARAKAT PENIAGA – Encik Aik Hong dan Encik Aziz merupakan
pemilik kedai.
• MASYARAKAT YANG SALING MEMBANTU - Razali dan rakan-rakan
ahli lembaga pengarah koperasi saling membantu antara satu sama lain.
• MASYARAKAT YANG BEKERJASAMA – Koperasi SMTPSK menjadi
Johan pertandingan kerana kerjasama yang padu daripada semua pihak.
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
WATAK DAN PERWATAKAN
RAZALI • LATAR BELAKANG:
• Nama sebenar: Razali Bin Ramli.
• Murid tingkatan 5C1
• Dipelihara ibunya Mak Sopiah dan bapa tirinya, Pak Zakaria.
• Menjadi Penolong Setiausaha Koperasi SMTP Seri
Kayangan
• PERWATAKAN:
• Rajin - Menyiapkan laporan minit mesyuarat dan menyusun
barang-barang di koperasi.
• Bertanggungjawab dan amanah – Membuka koperasi
setiap pagi, bertugas setiap hari, & melaksanakan semua
rancangan koperasi.
• Bijak – Bijak dalam mata pelajaran Perdagangan.
• Baik Hati – Memaafkan Munir yang telah mengkhianati
dirinya dan belajar bersama-sama bagi menghadapi SPM.
• Menghormati orang tua – Tidak melawan bapa tirinya, Pak
Zakaria walaupun bapa tirinya sering memarahi dan
menghalaunya keluar rumah.
MUNIR BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
• LATAR BELAKANG:
• Nama sebenar – Munir bin Ibrahim.
• Belajar di tingkatan 5C1
• Air mukanya angkuh, keras, mata bulat bersinar-sinar, pipi
berisi dan rambut panjang ke bahu.
• PERWATAKAN:
• Suka mengganggu murid lain – Munir sering mengganggu
Ramlah.
• Pembuli dan pendendam – Munir mengajak Leong dan
Selvam memukul Razali. Dia dibuang padang kerana mengasari
murid lain ketika bermain bola sepak.
• Pengkhianat – Munir memfitnah Razali dengan mengadu
kepada Pak Zakaria bahawa Razali telah menceroboh kedai
koperasi.
• Tidak bertanggungjawab – Munir tidak mahu menjalankan
tugas di koperasi.
• Insaf akan kesalahan – Akhirmya Munir menjadi baik
setelah menjalani hukuman rotan dan gantung sekolah. Dia
menjadi sahabat baik Razali
LEONG BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
SILVAM
RAMLAH • Rakan baik Munir dan Silvam.
• Mudah terpengaruh dengan sikap negative Munir.
• Meminati Swee Lan.
• Ahli lembaga pengarah koperasi.
• Anak peniaga kedai runcit.
• Ahli lembaga pengarah koperasi.
• Rakan karib Munir dan Leong.
• Meminati Saridevi.
• Anak seorang buruh.
• Mudah terpengaruh dengan sikap negative Munir.
• Ahli lembaga pengarah koperasi.
• Baharu berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri
Kayangan dari Melaka.
• Adik tiri Razali.
• Rajin – Dia patuh keoada jadual bertugas di koperasi dan
membantu Razali menyiapkan laporan minit mesyuarat.
• Cantik – Munir meminatinya kerana dia cantic.
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
MAK • Ibu Razali.
SOPIAH • Penyayang – Mak Sopiah menyediakan makanan untuk Razali
dan memujuk Razali apabila dimarahi oleh Pak Zakaria.
• Penyabar – Mak Sopiah bersabar dengan sikap Pak Zakaria yang
sering menghina dan memaarahi Razali.
• Bijak menyimpan rahsia – Sejak Razali kecil hingga remaja,
Mak Sopiah tidak pernah bercerita tentang bapa kandung Razali.
PAK • Bapa tiri Razali.
ZAKARIA • Dia membenci Razali.
• Pernah bertugas sebagai tentera di Seremban bersama Pak Ramli.
• Mukanya dipenuhi jambang dan berlubang-lubang bekas jerawat.
• Dia mengusahakan padi sawah.
• Bertindak terburu-buru – Dia menghalau Razali kerana
percaya fitnah Munir yang mengatakan Razali telah menceroboh
kedai koperasi.
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
ROZITA, SWEE LAN, • Ahli lembara pengarah koperasi.
SARIDEVI, • Bertanggungjawab dalam menggalas tugas sebagai ahli lembaga
MARZUKI, HARUN pengarah koperasi.
PAK RAMLI • Bapa kandung Razali
CIKGU ZULKIFLI • Setiausaha Koperasi SMT Pertanian Seri Kayangan
CIKGU ROBEAH • Bendahari Koperasi
CIKGU HASSAN • Naib Pengerusi Koperasi
CIKGU SYAMSUDIN • Pengetua SMT Pertanian Seri Kayangan.
BIN SAIDI • Pengerusi Koperasi
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
CIKGU SAIFUL • Guru mata pelajaran Perdagangan 5C1
CIKGU KHALID • Menangkap Munir yang menceroboh kedai koperasi.
ENCIK SULAIMAN • Pegawai Pembangunan Koperasi Negeri
ENCIK MANSUR BIN • Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi Bahagian Fungsi
ARIFFIN Sekolah-sekolah.
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
NILAI
INTEGRITI BAIK HATI MENGHARGAI
(KEJUJURAN) Razali memaafkan MARUAH DIRI
Munir yang kerap
Razali dan ahli Apabila dibelasah,
lembaga pengarah mengkhianatinya. Dia oleh Munir, Leong
koperasi kecuali membantu Munir dan Selvam, Razali
Munir, Selvam dan menyampaikan tetap menentang
Leongmenjalankan palajaran yang
tugas dengan jujur. untuk
tertinggal ketika Munir mempertahankan
digantung sekolah diri walaupun kalah.
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
AKAUNTABILITI HEMAH TINGGI KEBIJAKSANAAN
Razali tidak melawan Cikgu Zulkifli tidak
(BERTANGGUNGJAWAB) ayah tirinya yang
bersikap kasar menuduh sesiapa atau
Razali yang telah diberi terhadapnya walaupun bertindak melulu
peluang mengikuti dia tidak bersalah.
kursus telah apabila kedai koperasi
menyampaikan ilmu diceroboh sebaliknya
dan pengalaman kepada mengadakan
pihak koperasi sekolah pemeriksaan mengejut
sebaik dia pulang dari kepada semua murid.
berkursus di Petaling
Jaya.
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
KASIH SAYANG KEGIGIHAN KERJASAMA
Mak Sopiah Razali dan ahli lembaga Guru-guru SMT
pengarah koperasi yang Pertanian Seri
menyediakan makanan
dan minuman kepada lain gigih Kayangan bekerjasama
Razali ketika Razali mengusahakan bagi menangkap
sedang belajar. Mak perniagaan kedai penceroboh kedai
Sopiah juga memujuk koperasi, menternak koperasi.
ayam telur dan
Razali yang sedang membangunkan bilik
bersedih kerana
dimarahi oleh Pak bacaan
Zakaria
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
RASIONAL KEBERANIAN SALING MEMBANTU
Sebelum Munir dijatuhi Munir berani mengakui Razali mengajar
hukuman rotan dan kesalahannya terhadap Ramlah, Rozita dan
Saridevi dalam mata
gantung sekolah selama Razali di tapak pelajaran Perdagangan
seminggu, pengetua perhimpunan sekolah bertajuk Penyata Aliran
sekolah, guru-guru
disiplin dan kaunselor dan memohon Tunai.
kemaafan daripada
sekolah bermesyuarat
terlebih dahulu. Razali.
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
PENGAJARAN
Kita hendaklah saling bekerjasama untuk mencapai sesuatu
kejayaan.
Kita hendaklah melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-
sungguh
Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
Guru hendaklah mendidik murid-murid
Kita hendaklah menghormati orang tua.
Ibu bapa hendaklah menunaikan tanggungjawab menjaga dan
mendidik anak-anak
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
Janganlah kita menzalimi dan menghina orang lain.
Ibu bapa hendaklah memahami perasaan anak-anak.
Kita hendaklah menghargai kejayaan dan usaha rakan atau orang
lain
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
Kita hendaklah insaf akan kesilapan, mengakui kesalahan dan
memohon maaf.
Kita hendaklah menjaga maruah orang lain.
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
Disediakan oleh: Pn. Siti Hasmah Abdul Hussain
Galeri CIKGU SITI