The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GARIS PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR KOLEJ KETENGAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zulianasafie84, 2017-04-08 23:01:32

GARIS PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR KOLEJ KETENGAH

GARIS PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR KOLEJ KETENGAH

[Garis Panduan Penyediaan Soalan Peperiksaan Akhir Kolej Ketengah]

GARIS PANDUAN
PENYEDIAAN SOALAN
PEPERIKSAAN AKHIR

KOLEJ KETENGAH

[2013]
Unit Peperiksaan
Hal Ehwal Akademik

Page 0

[Garis Panduan Penyediaan Soalan Peperiksaan Akhir Kolej Ketengah]

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN
SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR KOLEJ KETENGAH

1.0 Panduan Umum Penyedia Soalan

1.1 Semua soalan peperiksaan hendaklah ditaip menggunakan komputer.

1.2 Semua soalan peperiksaan mesti mematuhi garis panduan penyediaan format
kertas soalan bagi memastikan keseragaman.

1.3 Masa menjawab setiap kertas peperiksaan akhir semester adalah dalam masa
minimum satu (1) jam sehingga maksimum tiga (3) jam sahaja.

1.4 Tempoh masa maksimum peperiksaan adalah berdasarkan beban kredit seperti
berikut :-

Kredit Tempoh Maksimum Peperiksaan

4 kredit 3 jam
3 kredit 2½jam
2 kredit 2 jam

1.5 Soalan berbentuk objektif mestilah tidak melebihi 1/3 daripada keseluruhan
soalan.

1.6 Jawapan berbentuk subjektif hendaklah menggunakan buku jawapan yang
disediakan oleh pihak kolej. Manakala jawapan untuk soalan objektif yang
mempunyai soalan melebihi 20 soalan mestilah menggunakan borang
OMR/MCQ yang disediakan oleh kolej.

1.7 Penyedia soalan adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas isi kandungan
soalan peperiksaan serta memastikan susunan ayat, ejaan, penggunaan bahasa,
gambarajah, jumlah soalan, bilangan mukasurat dan lampiran adalah tepat dan
betul.

1.8 Semua soalan peperiksaan yang disediakan hendaklah melalui proses
penyemakan dan penyuntingan (vetting) bagi menjamin mutu dan kesesuaian
tahap soalan.

1.9 Mana-mana kakitangan kolej yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam perihal peperiksaan hendaklah bertanggungjawab dan menyimpan
semua rahsia berkenaan peperiksaan dan tidak membocorkan apa-apa
maklumat rahsia kepada sesiapa.

Page 1

[Garis Panduan Penyediaan Soalan Peperiksaan Akhir Kolej Ketengah]

1.10 Tindakan tatatertib akan diambil kepada mana-mana kakitangan yang didapati
membocorkan atau cuba membocorkan, bersubahat dalam membocorkan atau
didapati cuai sehingga menyebabkan kebocoran maklumat atau soalan
peperiksaan.

1.11 Penyedia soalan dimestikan mematuhi tarikh akhir penghantaran soalan
peperiksaan sepertimana yang ditetapkan (tiga minggu sebelum peperiksaan
bermula) kepada Ketua Program seterusnya diserahkan kepada Penolong
Pendaftar untuk dihantar ke Unit Peperiksaan.

1.12 Penolong pendaftar bertanggungjawab menghantar soalan peperiksaan yang
telah disahkan oleh penyedia soalan, pemeriksa kedua (moderator) dan Ketua
Program serta diluluskan oleh Ketua Jabatan menggunakan borang penyerahan
soalan peperiksaan (bagi setiap soalan peperiksaan) ke Unit Peperiksaan.

1.13 Penghantaran soalan peperiksaan ke Unit Peperiksaan adalah di dalam bentuk
cakera cd serta mempunyai satu kata laluan sahaja.

1.14 Soalan peperiksaan hendaklah diserahkan ke Unit Peperiksaan pada tarikh
yang telah ditetapkan.

1.15 Unit Peperiksaan tidak akan bertanggungjawab di atas kelewatan percetakan
soalan peperiksaan sekiranya dihantar selepas tarikh yang telah ditetapkan.

1.16 Soalan yang dihantar ke Unit Peperiksaan mestilah di dalam bentuk
muktamad. Sebarang pindaan tidak akan dilayan sekiranya soalan peperiksaan
telah diterima oleh Unit Peperiksaan. Sekiranya perlu, penggubal soalan
dibenarkan membuat pengumuman pembetulan pada lima minit sebelum
peperiksaan bermula.

1.17 Unit Peperiksaan berhak memulangkan soalan peperiksaan kepada Ketua
Program sekiranya matapelajaran tersebut tiada di dalam Jadual Waktu
Peperiksaan Akhir Kolej.

1.18 Tarikh mesyuarat vetting tertakluk kepada tentatif penjadualan yang
dikeluarkan oleh Hal Ehwal Akademik dengan mengambil kira akan diadakan
selewat-lewatnya sebelum tarikh akhir penyerahan soalan peperiksaan kepada
Unit Peperiksaan.

1.19 Setiap penggubal soalan dikehendaki menyediakan dua (2) set soalan
peperiksaan bersama skima jawapan pada setiap peperiksaan akhir semester.
Skima jawapan tidak perlu dihantar ke Unit Peperiksaan.

Page 2

[Garis Panduan Penyediaan Soalan Peperiksaan Akhir Kolej Ketengah]
1.20 Set pertama soalan peperiksaan akan digunakan pada tarikh yang telah
ditetapkan di dalam jadual waktu peperiksaan semester tersebut.
1.21 Set kedua yang telah dihantar kepada Ketua Program adalah untuk simpanan
sokongan (back up) yang akan diminta oleh Unit Peperiksaan pada bila-bila
masa sekiranya perlu.
1.22 Kertas soalan yang tidak digunakan atau terdapat lebihan kertas soalan
hendaklah diserahkan semula kepada Unit Peperiksaan.
1.22.1 Permintaan untuk set kedua boleh dibuat sekiranya terdapat atau
disyaki berlaku kebocoran soalan.
1.22.2 Set soalan kedua juga akan digunakan untuk pelajar yang perlu
menduduki peperiksaan khas untuk semester berkenaan.
1.23 Penggubal soalan yang mengkehendaki calon menjawab di dalam kertas
soalan hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas untuk mengutip
semula semua kertas soalan di akhir peperiksaan.

Page 3

[Garis Panduan Penyediaan Soalan Peperiksaan Akhir Kolej Ketengah]
CARTA ALIR PROSES PENYEDIAAN SOALAN PEPERIKSAAN
SEMESTER KULIAH BERMULA

PENYEDIAAN KERTAS SOALAN DAN SKIMA JAWAPAN
- Tindakan penggubal soalan

PEMERIKSAAN (VETTING) PERINGKAT PROGRAM
- Tindakan Ketua Program

PENYERAHAN SOALAN KE PENOLONG PENDAFTAR

PEMERIKSAAN DAN KELULUSAN PERINGKAT KETUA
JABATAN

- Tindakan Ketua Jabatan

PENYERAHAN SOALAN KE KETUA UNIT PEPERIKSAAN

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

Page 4

[Garis Panduan Penyediaan Soalan Peperiksaan Akhir Kolej Ketengah]

2.0 PANDUAN MENAIP KERTAS SOALAN

2.1 Gunakan perisian Microsoft Word

2.2 Gunakan font Times New Roman sahaja saiz 12 dan taip menggunakan single
spacing

2.3 Page Setup hendaklah ditetapkan seperti berikut :-

2.3.1 Margin
Top
Bottom - 1” / 2.54cm
Left - 1” / 2.54 cm
Right - 1” / 2.54 cm
- 1” / 2.54 cm

2.3.2 From Edge - 0.5” / 1.27 cm
Header - 0.5” / 1.27 cm
Footer

2.3.3 Paper Size
A4 (21 x 29.7 cm) / (8.27 x 11.69 inci)

2.4 Gunakan footer untuk menaip perkataan SULIT untuk kertas soalan berbahasa
Malaysia dan CONFIDENTIAL untuk set soalan berbahasa Inggeris di
bahagian bawah kanan setiap muka surat termasuk di muka hadapan.

2.4.1 font Times New Roman
2.4.2 tulis di bahagian footer
2.4.3 saiz 11
2.4.4 ‘bold’ kan
2.4.5 huruf besar
2.4.6 di penjuru bawah kanan align right setiap muka surat.

Gunakan footer untuk nombor muka surat – dimulakan pada muka surat kedua
dan diletakkan di penjuru kanan bahagian bawah setiap muka surat
bersebelahan perkataan SULIT (tidak termasuk lampiran)

Page 5

[Garis Panduan Penyediaan Soalan Peperiksaan Akhir Kolej Ketengah]

2.5 Penggunaan versi bahasa muka hadapan mestilah selaras dan sama dengan
penggunaan bahasa isi kandungan keseluruhan soalan termasuk arahan.

2.6 Gunakan header (mulai muka surat dua) untuk perkara-perkara berikut :
2.6.1 Kod matapelajaran/ semester peperiksaan
2.6.2 Font Times New Roman
2.6.3 Saiz 11
2.6.4 ‘bold’ kan
2.6.5 Huruf besar
2.6.6 Di bahagian penjuru kanan muka surat (align right)

2.7 Semua maklumat di dalam Header dan Footer mesti di ‘bold’ kan.
2.8 Print Setup hendaklah ditetapkan seperti berikut :

Printers Properties
Paper Size : A4 (21 x 29.7 cm) / (8.27 x 11.69 inci)
2.9 Penyedia soalan hendaklah mengambil perhatian bahawa semua soalan
berbentuk esei hendaklah dijawab di dalam kertas jawapan yang berasingan
yang disediakan oleh Unit Peperiksaan. Pelajar tidak dibenarkan menjawab di
dalam kertas soalan bagi soalan berbentuk esei.

3.0 PANDUAN MENAIP UNTUK MUKA HADAPAN
3.1 Pastikan perkara-perkara berikut diberi perhatian :

Page 6

[Garis Panduan Penyediaan Soalan Peperiksaan Akhir Kolej Ketengah]

Saiz logo: Times New Roman Times New Roman Saiz kotak :
Tinggi : 3.3 cm Saiz 20 Saiz 14 Tinggi : 3.18 cm
Lebar : 3.57 cm Align Left Align Left Lebar : 11.2 cm
Caps Lock 1.15 Spacing
Bold

Times New Roman
Saiz 12
Center
1.15 Spacing
Caps Lock

Times New Roman
Saiz 12
Align Left
1.15 Spacing

Times New Roman
Saiz 12
Center
1.15 Spacing

Times New Roman
Saiz 12
Center
1.15 Spacing

Page 7

[Garis Panduan Penyediaan Soalan Peperiksaan Akhir Kolej Ketengah]

3.2 Softcopy bagi format muka hadapan kertas peperiksaan akhir ini juga boleh
diperolehi daripada Unit Peperiksaan atau Ketua Program masing-masing.

3.3 Warna kertas bagi muka hadapan soalan peperiksaan akhir bagi setiap
matapelajaran adalah seperti yang telah ditetapkan oleh Ketua Program.

4.0 PANDUAN MENAIP SOALAN PEPERIKSAAN
4.1 Semua perkara di dalam header dan footer hendaklah mengikut format yang telah
ditetapkan dan telah dinyatakan pada perkara 2.4 dan 2.6.
4.2 Kandungan teks soalan hendaklah ditaip menggunakan font Times New Roman
saiz 12 dan justify.
4.3 Peruntukkan markah hendaklah ditaip di tepi sebelah kanan bagi tiap-tiap soalan
(di dalam kurungan).
4.4 Susunan soalan hendaklah seragam dan menggunakan sistem nombor yang
bersesuaian.
4.5 Penyediaan soalan menggunakan komputer sepenuhnya adalah digalakkan bagi
keseluruhan isi kandungan yang berbentuk teks, jadual atau gambarajah sama ada
dengan menaip/melukis menggunakan perisian yang khusus atau kaedah scan dan
paste ke atas kertas soalan.
4.6 Sekiranya menggunakan bahan keratan berasingan yang ditampal pada kertas
soalan, ianya hendaklah dipastikan dibuat dengan cermat, kemas dan jelas.
4.7 Taipkan soalan dikedua-dua bahagian helaian muka surat.
4.8 Perkataan KERTAS SOALAN TAMAT (font 12, bold, caps lock, align center)
hendaklah ditaip di bahagian tengah di akhir muka surat kertas soalan selepas
soalan terakhir (tidak termasuk lampiran).

Page 8


Click to View FlipBook Version