The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGARUH BUDAYA LUAR DALAM MASYARAKAT PADA MASA KINI SANGAT MEMBIMBANGKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by otsalo45, 2022-06-12 21:16:18

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA MPU23402

PENGARUH BUDAYA LUAR DALAM MASYARAKAT PADA MASA KINI SANGAT MEMBIMBANGKAN

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
MPU23402

NAMA AHLI KUMPULAN:
1.NATHANEL SALO LISUT (20DKA21F1025)
2.ANNY SIA ROBERT MADANG (20DKA21F1077)

NAMA PENSYARAH:
1.PUAN FAYZATOL JAMIYAH ABDULL RAHIM

TAJUK:
1.PENGARUH BUDAYA LUAR DALAM MASYARAKAT
PADA MASA KINI SANGAT MEMBIMBANGKAN

PENGHARGAAN / PRAKATA

Syukur kepada Tuhan dan setinggi-tinggi kesyukuran
dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat
saya menyempurnakan tugasan bagi kod subjek nilai
masyarakat malaysia(mpu23402) ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati
untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Puan
Fayzatol Jamiyaah Abdull Rahim ,selaku Pensyarah nilai
masyarakat malaysia kerana telah meletakkan sepenuh
kepercayaan beliau kepada saya untuk melunaskan tugasan
yang diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang tidak putus-putus dalam usaha membantu
menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah
saya Puan Fayzatol Jamiyaah Abdull Rahim atas budi bicara
beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini
dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-
rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan
bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah
terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara
langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah
mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan
dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat
dilaksanakan dengan baik.

Sekian, terima kasih

a ISI KANDUNGAN

1 ISI KANDUNGAN

2 MUKA DEPAN E-FOLIO
3
4 PENGHARGAAN
5 ISI KANDUNGAN
6-10
11-14 OBJEKTIF
15 PENGENALAN
16
17 FAKTOR CABARAN
18
19 KESAN CABARAN
ISU MASALAH
20 KESIMPULAN

AKTIVITI PENGUKUHAN
RUJUKAN
LAMPIRAN

KULIT BELAKANG

OBJEKTIF:

MENGATASI
MASALAH
PENGARUH BUDAYA
LUAR DALAM
MASYARAKAT PADA
MASA KINI.

PENDAHULUAN :

Pada masa kini,terlalu banyak diperkatakan isu yang
berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan
remaja.Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk
sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke
atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan
pembangunan secara positif yang berteraskan
prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta
agama. Kebudayaan barat sudah mendominasikan
segala aspek.Peradaban barat kini telah menguasai
dunia.Banyak perubahan peradaban yang dilihat
pada remaja atau belia kini.Kebudayaan barat
merupakan petaka burruk bagi masyarakat dan
peradaban Timur.Masyarakat Timur yang
menonjolkan peradaban mulia,sedikit demi sedit
mengikuti kebudayaan barat.

KANDUNGAN E-BOOK/E-MAJALAH

FAKTOR CABARAN:

1.DIRI SENDIRI/REMAJA
a) Pada usia remaja,kita akan mengalami perasaan ingin
tahu serta kehendak mencuba perkara-perkara baru
dalam hidup.Dorongan perasaan ingin tahu tidak
dibimbing dengan pemikiran yang waras akan
menyebabkan remaja mencuba perkara-perkara negatif
walaupun telah mengetahui kesan buruknya sejak awal
lagi.
b) Pegangan agama dan amalan kerohanian yang lemah juga
adalah faktor yang mendorong remaja untuk terlibat
dalam pergaulan bebas dengan rakan-rakan tanpa
sempadan jantina.
c) Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan
akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah.Remaja
yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang
daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga
berada,malah segelintir daripada mereka berasal
daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang
baik.

KELUARGA

a) Konflik dalam keluarga turut memainkan peranan yang besar
dalam mempengaruhi remaja untuk menjauhi keluarga serta
mencari teman rapat atau pasangan di luar.Masalah dalam
perkahwinan,kewangan,pekerjaan ibu bapa dan ahli
kelluarga lain adalah antara isu yang paling dikenalpasti
menjadi konflik dalam keluarga.Kegagalan ahli keluarga dan
ibu bapa menangani permasalahan yang wujud
menyebabkan remaja berniat untuk berada di luar rumah dan
melakukan aktiviti yang tidak sepatutnya.

b) Sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti
sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang kerana
tidak mempunyai masa atau kesempatan untuk
bercakap,berbincang,berdamping antara satu sama
lain.malah ada yang jarang bersua muka.Keadaan ini
menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa
panduan dan pengawasan ibu bapa.

RAKAN

a) Ajakan rakan paling banyak mempengaruhi
seseorang individu itu kerana mereka
mempunyai persamaan dari segi perasaan.Tanpa
berfikir panjang mereka akan terus menerima
ajakan rakan untuk melakukan sesuatu yang
bebas serta tanpa batasan.

b)Bergaul dengan rakan yang memberi kesan
negatif adalah merokok semasa lepak,menyertai
buli atau cabaran berbahaya,serta ponteng kelas
atau sekolah.

PENGARUH MEDIA SOSIAL

a) Kemunculan media sosial yang terlalu meluas menyebabkan
remaja amat mudah terdedah kepada pelbagai
maklumat.Walaupun pengetahuan kini berada di hujung jari
sahaja,namun tidak semuanya sesuai untuk diketahui oleh
remaja.Masalah keruntuhan akhlak termasuklah pergaulan
bebas adalah berpunca daripada maklumat-maklumat tanpa
sempadan yang diperolehi oleh remaja.

b) Golongan yang masih belum mampu untuk menapis
maklumat dengan nasional,remaja akan terpengaruh dengan
keseronokan yang dipamerkan serta mengambil keputusan
untuk berpasangan serta terlibat dalam pergaulan bebas dan
munculnya unsur pornografi.

PENGARUH ADAT DAN BUDAYA

Kemunculan kaum cina di Malaysia
sejak abad ke-18 membawa faktor
yang mendalam sehingga ke hari ini .
Hal ini kerana kaum cina terdahulu
dibawa masuk ke Malaysia kerana atas
faktor memerlukan tenaga buruh
untuk menggali lombong bijih timah .
Sekali gus mereka membawa masuk
adat dan budaya mereka ke Malaysia .
Contohnya tarian , pakaian tradisional ,
makanan dan lain-lain lagi.

KESAN CABARAN

1) CARA PEMAKAIAN YANG KURANG SOPAN
kanak-kanak yang meniru pakaian budaya barat akan dipandang
rendah terhadap orang disekelilingnya dan tidak akan dihormati
oleh orang lain. Sebaliknya, dalam Islam bagi perempuan wajib
menutup aurat dari kepala hingga ke hujung kaki kecuali muka dan
tapak tangan manakala, bagi lelaki wajib menutup aurat mereka
dari pusat hingga ke lutut. Justeru, ibu bapa mereka lah yang
sepatutnya menunjukkan contoh pemakaian yang sesuai dan
menutup aurat kepada anak-anak mereka dari peringkat awal lagi
supaya isu mengenai budaya barat dalam peniruan pakaian yang
menjolok mata kepada masyarakat disekeliling dapat dikurangkan
dan diatasi dengan segera.

2)MEROSAKKAN NILAI DIRI SESEORANG INDIVIDU DAN
MENJATUHKAN AKHLAK.
Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar
dalam masyarakat. Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan
bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri.
Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat
membimbangkan. Budaya kuning dan pengaruh budaya Barat
mudah meresap masuk dan menjadi ikutan para remaja hari ini.
Kiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu,
terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga pihak–pihak yang
berwajib, maka tidak hairanlah pada masa akan datang masyarakat
kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja–remaja Melayu
terutamanya akan rosak dan binasa.

3)BANYAK KEJADIIAN SEPERTI PEMBUANGAN
BAYI,ZINA,PERJUDIAN,BUDAYA HOMOSEKSUAL
DAN PENAGIHAN DADAH.

a)Remaja pada hari ini kebanyakan melakukan
sesuatu berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan
amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya
Barat dan asasnya mungkin berpunca daripada
kurangnya pegangan agama pada diri mereka.Tidak
dapat dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan
memberikan kesan mendalam pada diri individu.

4)KURANGNYA ILMU AGAMA DALAM
MASYARAKAT

a)Masyarakat tidak mengambil peduli mengenai
isu-isu yang berkaitan dengan agama sebagai
contoh pentingnya amalan agama di terapkan
kepada remaja-remaja masa kini.

5)PENGARUH BUDAYA TEMPATAN DI TELAN AKIBAT
PENGARUH BUDAYA LUAR

a)Contohnya, masyarakat melakukan aktiviti yang
berunsurkan pengaruh budaya luar. Sebagai contoh
mengadakan aktiviti keramaian dengan cara yang
tidak sopan.

CARA MENGATASI CABARAN

1)DIRI SENDIRI/REMAJA

a)Remaja perlu mengimbangkan keperluan emosi diri seperti
perasaan ingin tahu dan kehendak untuk berpasangan.Individu
haruslah ada matlamat hidup iaitu untuk berjaya dalam pelajaran dan
mencapai cita-cita yang disematkan sejak kecil lagi.Oleh yang
demikian,remaja amat memerlukan hubungan yang berkualiti dan
dipercayai oleh ahli keluarga,guru-guru dan masyarakat
sekeliling.Apabila hubungan tersebut dapat disemai maka remaja
akan memilih untuk berkomgsi setiap suka dan dukanya serta tidak
memerlukan individu lain bagi mengisi kekosongan emosinya.

2)BIJAK DALAM MEMILIH RAKAN.
a)Adalah penting bagi seorang remaja untuk mendampingi rakan-
rakan yang baik untuk menjadikan diri sendiri menjadi lebih
baik.Rakan yang baik akan mengajak remaja untuk belajar
bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam pelajaran,mendengar
nasihat ibu bapa serta menjadikan guru-guru sebagai idola untuk
maju dalam kehidupan.Oleh kerana itu,individu haruslah bijak dalam
memilih rakan.

3)PENYEDIAAN JADUAL WAKTU
a)Mengatur masa dsengan baik merupakan kunci kepada
kejayaan.Pembahagian masa sangat membantu kita untuk mencapai
kesejahteraan dari segi fizikal,mental dan emosi.Remaja yang dapat
mengatur masa dengan baik akan mendahulukan perkara-perkara
yang penting dan mengenepikan aktiviti yang tidak berfaedah seperti
bermain game dan sebagainya.

b)Pengaturan masa secara bertulis dapat mematikan remaja
mengenalpasti aktiviti yang dijalankan setiap hari bermanfaat.Secara
tidak langsung ramaja akan mengetahui apakah aktiviti-aktiviti yang
berfaedah untuk dilakukan tidak kira sama ada di hari persekolahan
atau hari cuti.

4)KAWALAN TERHADAP MEDIA SOSIAL

a)Perkara ini memerlukan kerjasama yang padu diantara
individu,remaja,keluarga,sekolah,masyarakat serta pentadbiran
negara.Seperti yang diketahui,dunia tanpa sempadan pada hari ini
menyebabkan semua maklumat yang tidak ditapis mampu sampai
kepada pengetahuan remaja.Nilai etika,moral,budaya serta ideologi
perlu ditapis sendiri oleh remaja sedangkan pengetahuan mereka
adalah terbatasdan kemahuan untuk meneroka perkara-perkara baru
adalah semangat tinggi.Oleh yang demikian,semua pihak perlu
menggunakan sebaik mungkin kemudahan yang telah disediakan pada
masa kini untuk menjauhi portal-portal media yang memberi pengaruh
negatif kepada fikiran dan emosi kepada semua pihak.

5)MENGADAKAN KEMPEN

a)Misalnya kerajaan mengadakan kempen kebudayaan,contohnya
mengadakan aktiviti tarian dengan cara tarian tradisional.

CONTOH ISU

1) BUDAYA PUNK
2) PENGARUH BLACK METAL
3) BUDAYA HEDONISE
4) PENGARUH SKINHEAD
5) PENGARUH GENGSTERISME

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya,berbagai krisis akhlak
dan moral terus menular,merebak dan
menjadi wabak dalam masyarakat kita
khasnya di kalangan remaja.Jenis-jenis budaya
yang diperkatakan di atas merupakan budaya
yang menjadi ikutan remaja dan masyarakat
Timur hari ini.Remaja yang diperkatakan kini
sudah hilang pegangan agama dan jauh
terpesong daripada budaya yang menjadi
ikutan remaja dan msyarakat timur hari
ini.Remaja yang diperkatakan kini sudah jauh
terpesong daripada budaya ketimuran yang
diangkat oleh masyarakat sejak berkurun
lagi,ternyata pendidikan
moral,sivik,pendidikan Islam masih belum
cukup untuk menangani isu budaya sosial
ini.Pelbagai pihak perlu mengambil langkah
dari sekarang bagi membendung budaya
negatif ini daripada terus menular dan
menjadi ikutan generasi akan datang nanti.

Aktiviti pengukuhan/ uji minda

1)Apakah kesan yang akan berlaku di negara kita
sekirannya pengaruh budaya luar semakin
berleluasa?

2)Huraikan faktor yang menyebabkan berlakunya
isu yang berkaitan dengan pengaruh budaya luar
di negara kita?

Rujukan

1)https://anyflip.com/oyjw/nzhq/basic
2)https://1001contoh.com/terkini-contoh-penghargaan-folio-terbaik/
3)https://www.canva.com/ms_my/buat/cover-buku/
4)https://masyarakat-pengaruh-budaya-luar.blogspot.com/
5)https://anyflip.com/jmufj/qkyp/basic

LAMPIRAN

BUDAYA PUNK
KELAB MALAM

PERGAULAN BEBAS

Seekor ayam diberi pakan
Di sampingnya burung cendrawasih

Banyak sudah yang kau berikan
Ku ucapkan banyak terima kasih


Click to View FlipBook Version