The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGARUH BUDAYA LUAR PADA MASA KINI SANGAT MEMBIMBANGKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by otsalo45, 2022-06-12 22:17:32

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA MPU23402

PENGARUH BUDAYA LUAR PADA MASA KINI SANGAT MEMBIMBANGKAN

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
MPU23402

NAMA AHLI KUMPULAN:
1.NATHANEL SALO LISUT (20DKA21F1025)
2.ANNY SIA ROBERT MADANG (20DKA21F1077)

NAMA PENSYARAH:
1.PUAN FAYZATOL JAMIYAH ABDULL RAHIM

TAJUK:
1.PENGARUH BUDAYA LUAR DALAM MASYARAKAT
PADA MASA KINI SANGAT MEMBIMBANGKAN

PENGHARGAAN / PRAKATA

Syukur kepada Tuhan dan setinggi-tinggi
kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana
dengan izin kurnianya dapat saya menyempurnakan
tugasan bagi kod subjek nilai masyarakat
malaysia(mpu23402) ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat
berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima
kasih kepada Puan Fayzatol Jamiyaah Abdull Rahim
,selaku Pensyarah nilai masyarakat malaysia kerana
telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau
kepada saya untuk melunaskan tugasan yang
diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam
usaha membantu menyempurnakan tugasan ini
terutamanya kepada pensyarah saya Puan Fayzatol
Jamiyaah Abdull Rahim atas budi bicara beliau
dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan
ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih
kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana
telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama
bagi merealisasikan usaha menyempurnakan
tugasan ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar
hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada
Puan Fayzatol Jamiyaah Abdull Rahim ,selaku Pensyarah
nilai masyarakat malaysia kerana telah meletakkan
sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk
melunaskan tugasan yang diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang tidak putus-putus dalam usaha
membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya
kepada pensyarah saya Puan Fayzatol Jamiyaah Abdull
Rahim atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar
sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya
turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan
saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan
kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan
tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah
terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara
langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah
mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa
bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini
mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Sekian, terima kasih

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang
telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada
secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan
yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai
kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua
tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan
baik.

Sekian, terima kasih

ISI
KANDUNGAN

a ISI KANDUNGAN
1 MUKA DEPAN E-FOLIO

2 PENGHARGAAN
3 ISI KANDUNGAN
4
5 OBJEKTIF
6-10 PENGENALAN
11-14
15 FAKTOR CABARAN
16
17 KESAN CABARAN
18 ISU MASALAH
19 KESIMPULAN
20
AKTIVITI PENGUKUHAN
RUJUKAN
LAMPIRAN

KULIT BELAKANG

OBJEKTIF:

MENGATASI MASALAH PENGARUH BUDAYA LUAR
DALAM MASYARAKAT PADA MASA KINI.

PENDAHULUAN :

Pada masa kini,terlalu banyak diperkatakan isu yang
berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan
remaja.Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk
sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke
atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan
pembangunan secara positif yang berteraskan
prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta
agama. Kebudayaan barat sudah mendominasikan
segala aspek.Peradaban barat kini telah menguasai
dunia.Banyak perubahan peradaban yang dilihat
pada remaja atau belia kini.Kebudayaan barat
merupakan petaka burruk bagi masyarakat dan
peradaban Timur.Masyarakat Timur yang
menonjolkan peradaban mulia,sedikit demi sedit
mengikuti kebudayaan barat.

KANDUNGAN E-BOOK/E-
MAJALAH

FAKTOR CABARAN:
1.DIRI SENDIRI/REMAJA

a) Pada usia remaja,kita akan mengalami perasaan
ingin tahu serta kehendak mencuba perkara-
perkara baru dalam hidup.Dorongan perasaan
ingin tahu tidak dibimbing dengan pemikiran yang
waras akan menyebabkan remaja mencuba
perkara-perkara negatif walaupun telah
mengetahui kesan buruknya sejak awal lagi.

b)Pegangan agama dan amalan kerohanian yang
lemah juga adalah faktor yang mendorong remaja
untuk terlibat dalam pergaulan bebas dengan
rakan-rakan tanpa sempadan jantina.

c) Salah satu faktor yang dikaitkan dengan
keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan
dalam jenayah.Remaja yang terlibat dalam
jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga
yang miskin tetapi juga keluarga berada,malah
segelintir daripada mereka berasal daripada
keluarga yang mempunyai latar belakang yang
baik.

KELUARGA

a) Konflik dalam keluarga turut memainkan
peranan yang besar dalam mempengaruhi
remaja untuk menjauhi keluarga serta mencari
teman rapat atau pasangan di luar.Masalah
dalam perkahwinan,kewangan,pekerjaan ibu
bapa dan ahli kelluarga lain adalah antara isu
yang paling dikenalpasti menjadi konflik dalam
keluarga.Kegagalan ahli keluarga dan ibu bapa
menangani permasalahan yang wujud
menyebabkan remaja berniat untuk berada di
luar rumah dan melakukan aktiviti yang tidak
sepatutnya.

b)Sikap mengejar kemewahan serta penglibatan
dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa
dan anak kurang kerana tidak mempunyai masa
atau kesempatan untuk
bercakap,berbincang,berdamping antara satu
sama lain.malah ada yang jarang bersua
muka.Keadaan ini menyebabkan remaja
membawa cara hidup sendiri tanpa panduan
dan pengawasan ibu bapa.

RAKAN

a) Ajakan rakan paling banyak mempengaruhi
seseorang individu itu kerana mereka
mempunyai persamaan dari segi perasaan.Tanpa
berfikir panjang mereka akan terus menerima
ajakan rakan untuk melakukan sesuatu yang
bebas serta tanpa batasan.

b)Bergaul dengan rakan yang memberi kesan
negatif adalah merokok semasa lepak,menyertai
buli atau cabaran berbahaya,serta ponteng kelas
atau sekolah.

PENGARUH MEDIA SOSIAL

a) Kemunculan media sosial yang terlalu meluas
menyebabkan remaja amat mudah terdedah
kepada pelbagai maklumat.Walaupun pengetahuan
kini berada di hujung jari sahaja,namun tidak
semuanya sesuai untuk diketahui oleh
remaja.Masalah keruntuhan akhlak termasuklah
pergaulan bebas adalah berpunca daripada
maklumat-maklumat tanpa sempadan yang
diperolehi oleh remaja.

b)Golongan yang masih belum mampu untuk
menapis maklumat dengan nasional,remaja akan
terpengaruh dengan keseronokan yang dipamerkan
serta mengambil keputusan untuk berpasangan
serta terlibat dalam pergaulan bebas dan
munculnya unsur pornografi.

PENGARUH ADAT
DAN BUDAYA

Kemunculan kaum cina di Malaysia sejak abad ke-
18 membawa faktor yang mendalam sehingga ke
hari ini . Hal ini kerana kaum cina terdahulu dibawa
masuk ke Malaysia kerana atas faktor memerlukan
tenaga buruh untuk menggali lombong bijih timah .
Sekali gus mereka membawa masuk adat dan
budaya mereka ke Malaysia . Contohnya tarian ,
pakaian tradisional , makanan dan lain-lain lagi.

KESAN CABARAN

1) CARA PEMAKAIAN YANG KURANG SOPAN
kanak-kanak yang meniru pakaian budaya barat akan
dipandang rendah terhadap orang disekelilingnya dan
tidak akan dihormati oleh orang lain. Sebaliknya,
dalam Islam bagi perempuan wajib menutup aurat
dari kepala hingga ke hujung kaki kecuali muka dan
tapak tangan manakala, bagi lelaki wajib menutup
aurat mereka dari pusat hingga ke lutut. Justeru, ibu
bapa mereka lah yang sepatutnya menunjukkan
contoh pemakaian yang sesuai dan menutup aurat
kepada anak-anak mereka dari peringkat awal lagi
supaya isu mengenai budaya barat dalam peniruan
pakaian yang menjolok mata kepada masyarakat
disekeliling dapat dikurangkan dan diatasi dengan
segera.

2)MEROSAKKAN NILAI DIRI SESEORANG
INDIVIDU DAN MENJATUHKAN AKHLAK.

Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan
yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh
bangunnya sesuatu negara, agama dan
bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam
masyarakat itu sendiri. Tidak dinafikan akhlak
remaja pada hari ini sangat membimbangkan.
Budaya kuning dan pengaruh budaya Barat
mudah meresap masuk dan menjadi ikutan
para remaja hari ini. Kiranya hal ini tidak
dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu,
terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga
pihak–pihak yang berwajib, maka tidak
hairanlah pada masa akan datang masyarakat
kita akan hancur dan keruntuhan akhlak
remaja–remaja Melayu terutamanya akan
rosak dan binasa.

3)BANYAK KEJADIIAN SEPERTI PEMBUANGAN
BAYI,ZINA,PERJUDIAN,BUDAYA HOMOSEKSUAL DAN
PENAGIHAN DADAH.

a)Remaja pada hari ini kebanyakan melakukan
sesuatu berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan
amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya Barat
dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya
pegangan agama pada diri mereka.Tidak dapat
dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan
memberikan kesan mendalam pada diri individu.

4)KURANGNYA ILMU AGAMA DALAM MASYARAKAT

a)Masyarakat tidak mengambil peduli mengenai isu-
isu yang berkaitan dengan agama sebagai contoh
pentingnya amalan agama di terapkan kepada
remaja-remaja masa kini.

5)PENGARUH BUDAYA TEMPATAN DI TELAN AKIBAT
PENGARUH BUDAYA LUAR

a)Contohnya, masyarakat melakukan aktiviti yang
berunsurkan pengaruh budaya luar. Sebagai contoh
mengadakan aktiviti keramaian dengan cara yang
tidak sopan.

CARA MENGATASI CABARAN

1)DIRI SENDIRI/REMAJA

a)Remaja perlu mengimbangkan keperluan emosi diri
seperti perasaan ingin tahu dan kehendak untuk
berpasangan.Individu haruslah ada matlamat hidup
iaitu untuk berjaya dalam pelajaran dan mencapai
cita-cita yang disematkan sejak kecil lagi.Oleh yang
demikian,remaja amat memerlukan hubungan yang
berkualiti dan dipercayai oleh ahli keluarga,guru-guru
dan masyarakat sekeliling.Apabila hubungan tersebut
dapat disemai maka remaja akan memilih untuk
berkomgsi setiap suka dan dukanya serta tidak
memerlukan individu lain bagi mengisi kekosongan
emosinya.

2)BIJAK DALAM MEMILIH RAKAN.
a)Adalah penting bagi seorang remaja untuk
mendampingi rakan-rakan yang baik untuk
menjadikan diri sendiri menjadi lebih baik.Rakan
yang baik akan mengajak remaja untuk belajar
bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam
pelajaran,mendengar nasihat ibu bapa serta
menjadikan guru-guru sebagai idola untuk maju
dalam kehidupan.Oleh kerana itu,individu haruslah
bijak dalam memilih rakan.

3)PENYEDIAAN JADUAL WAKTU

a)Mengatur masa dsengan baik merupakan kunci
kepada kejayaan.Pembahagian masa sangat membantu
kita untuk mencapai kesejahteraan dari segi
fizikal,mental dan emosi.Remaja yang dapat mengatur
masa dengan baik akan mendahulukan perkara-perkara
yang penting dan mengenepikan aktiviti yang tidak
berfaedah seperti bermain game dan sebagainya.

b)Pengaturan masa secara bertulis dapat mematikan
remaja mengenalpasti aktiviti yang dijalankan setiap
hari bermanfaat.Secara tidak langsung ramaja akan
mengetahui apakah aktiviti-aktiviti yang berfaedah
untuk dilakukan tidak kira sama ada di hari
persekolahan atau hari cuti.

4)KAWALAN TERHADAP MEDIA SOSIAL

a)Perkara ini memerlukan kerjasama yang padu
diantara individu,remaja,keluarga,sekolah,masyarakat
serta pentadbiran negara.Seperti yang
diketahui,dunia tanpa sempadan pada hari ini
menyebabkan semua maklumat yang tidak ditapis
mampu sampai kepada pengetahuan remaja.Nilai
etika,moral,budaya serta ideologi perlu ditapis sendiri
oleh remaja sedangkan pengetahuan mereka adalah
terbatasdan kemahuan untuk meneroka perkara-
perkara baru adalah semangat tinggi.Oleh yang
demikian,semua pihak perlu menggunakan sebaik
mungkin kemudahan yang telah disediakan pada
masa kini untuk menjauhi portal-portal media yang
memberi pengaruh negatif kepada fikiran dan emosi
kepada semua pihak.

5) MENGADAKAN KEMPEN

a)Misalnya kerajaan mengadakan kempen
kebudayaan,contohnya mengadakan aktiviti tarian
dengan cara tarian tradisional.

CONTOH ISU

1) BUDAYA PUNK
2) PENGARUH BLACK METAL
3) BUDAYA HEDONISE
4) PENGARUH SKINHEAD
5) PENGARUH GENGSTERISME

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya,berbagai krisis akhlak
dan moral terus menular,merebak dan
menjadi wabak dalam masyarakat kita
khasnya di kalangan remaja.Jenis-jenis budaya
yang diperkatakan di atas merupakan budaya
yang menjadi ikutan remaja dan masyarakat
Timur hari ini.Remaja yang diperkatakan kini
sudah hilang pegangan agama dan jauh
terpesong daripada budaya yang menjadi
ikutan remaja dan msyarakat timur hari
ini.Remaja yang diperkatakan kini sudah jauh
terpesong daripada budaya ketimuran yang
diangkat oleh masyarakat sejak berkurun
lagi,ternyata pendidikan
moral,sivik,pendidikan Islam masih belum
cukup untuk menangani isu budaya sosial
ini.Pelbagai pihak perlu mengambil langkah
dari sekarang bagi membendung budaya
negatif ini daripada terus menular dan
menjadi ikutan generasi akan datang nanti.

Aktiviti pengukuhan/ uji minda

1)Apakah kesan yang akan berlaku di negara kita
sekirannya pengaruh budaya luar semakin berleluasa?

2)Huraikan faktor yang menyebabkan berlakunya isu
yang berkaitan dengan pengaruh budaya luar di negara
kita?

Rujukan

1)https://anyflip.com/oyjw/nzhq/basic
2)https://1001contoh.com/terkini-contoh-penghargaan-folio-terbaik/
3)https://www.canva.com/ms_my/buat/cover-buku/
4)https://masyarakat-pengaruh-budaya-luar.blogspot.com/
5)https://anyflip.com/jmufj/qkyp/basic

LAMPIRAN

BUDAYA PUNK
KELAB MALAM

PERGAULAN BEBAS

KULIT BELAKANG E-BOOK

Dalam kajian e-folio yang telah saya
selesaikan terdapat banyak perkara
yang boleh dipelajari dalam topik ini
tentang mengenai pengaruh budaya
luar yang kini sangat membimbangkan
dalam kalangan masyarakar. Namun

dengan demikan kita juga dapat
menyedari apa yang sepatutnya
dilakukan oleh pelbagai pihak,tidak
kisah apa-apa jawatan kerana hal ini
tertuju kepada semua rakyat yang
berada di negara kita Malaysia. Dalam
pada itu, e-book ini juga menjelaskan
cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
masyarakat tentang pengaruh budaya
luar dan juga kesan-kesannya, tetapi
dalam e-book ini juga menerangkan
cara mengatasi masalah-masalah yang

dihadapi oleh masyarakat.


Click to View FlipBook Version