Pengenalan
MAKSUD
Kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan
bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan.
Kesantunan bahasa secara umum merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan,
beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak
yang menjadi teman bicara kita.
Kesantunan berbahasa telah muncul sebagai suatu bidang pengkajian yang menarik
dalam bidang sosiolinguistik.
Kesantunan dalam konteks yang lebih luas tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa
semata-mata tetapi merujuk kepada aspek bukan verbal seperti tingkah laku, mimik
muka dan nada suara.
KONSEP
Cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang dengan penuh sopan.
Timbang rasa yang kita berikan kepada orang yang mendengar pertuturan kita. Contoh:
bahasa yang digunakan untuk menolak permintaan seseorang tanpa mengecilkan
hatinya.
Cara sapaan lisan atau bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya
tidak dianggap sebagai biadap atau tidak berbudi bahasa.
KONSEP
Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan
ketika menggunakan bahasa.
Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan
yang tersendiri.
Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan
ganti nama.
Punca-punca
Pengaruh media massa yang tidak dapat dibendung, yang secara tidak langsung
mempengaruhi minda mereka.
Tayangan-tayangan rancangan dari Barat, umpamanya mampu memberi kesan negatif
kepada masyarakat kini yang mudah terpedaya dan mengekalkan sikap ingin mencuba.
Pengaruh rakan sebaya serta persekitaran yang biasanya remaja akan cepat terpengaruh
dengan rakan sebaya mereka. Remaja juga mempunyai keinginan atau sikap ingin
mencuba.
Ibu bapa juga merupakan aspek dalam kemenjadian anak. Mereka kurang memainkan
peranan dalam mendidik anak-anak mengenai budi Bahasa.
Kemajuan teknologi dimana budaya luar mudah diikuti. Mereka memberikan pengaruh
yang kurang baik kepada remaja.
Kawasan tempat tinggal yang dipenuhi dengan pelbagai bangsa dimana dapat
memberikan kesan terhadap penggunaan bahasa seharian mereka.
Akibat
Hilang perasaan malu
Pentingkan diri sendiri
Runtuhnya nilai moral dalam diri
Luntur nilai budaya dan adat resam
Institusi kekeluargaan akan terjejas
Pelanggaran batas agama
Hilang jati diri dan wawasan
Pergaulan bebas antara remaja
Isu-isu
ISU BAHASA
Berbicara dengan bahasa yang kurang santun dan bahkan tidak sopan serta menghina
sehingga boleh membuatkan pihak lain tersinggung.
Semua orang perlu berbicara dengan menggunakan perkataan yang sopan dimana-mana
sahaja, bukan hanya di sekolah dan di tempat kerja.
Perlu berbicara dengan sopan kepada semua orang.
Contoh: guna bahasa yang sopan apabila berbicara dengan cikgu, akan tetapi
menggunakan bahasa yang kasar kepada pekerja pembersihan sekolah. (tidak boleh)
Apabila seseorang berbicara dengan santun, segala masalah tentu dapat diselesaikan.
Manakala, seseorang yang berkata kasar akan menimbulkan masalah.
ISU BUDAYA
Negara kita mempunyai penduduk yang berbilang kaum
Kita perlu memahami agama dan budaya kaum lain untuk mengelakkan menyentuh
sensitif kaum mereka.
Hal ini akan dapat mengekalkan perpaduan antara kaum.
Kita sebagai sesama rakyat Malaysia, perlulah saling menghormati diantara satu sama
lain.
Hal ini boleh dikaitkan dengan isu pertembungan budaya iaitu pengaruh budaya barat
Bahasa Melayu yang kita sering gunakan kini sudah "bercampur" dengan bahasa barat
yang mana menjadi satu cara percakapan yang baru.
Percakapan ini mampu merapuhkan adat berbudi bahasa.
ISU SOSIAL (Isu Pengaruh Media Sosial)
Kemunculan jaringan sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Google dan banyak
lagi menjejaskan kesantunan berbahasa.
Penggunaan kata-kata sapaan yang kasar dan kurang sopan kini menjadi kebiasaan
dalam kalangan pengguna IT.
Generasi hari ini banyak menggunakan bahasa singkatan untuk komunikasi.
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi meyumbang kepada penggunaan
perkataan singkatan dengan meluas.
Contoh: penggunaan "aq" yang membawa maksud "aku"
Kesannya, perkara ini banyak mempengaruhi penulisan dalam urusan rasmi dalam
kalanga remaja dan ini mencerminkan peribadi yang tidak baik terhadap mereka.
Cabaran
Kurang komunikasi secara dua hala
Percakapan kurang sopan, pergaulan bebas akibat pengaruh bahan negatif
Anak-anak kurang kasih sayang
Hilang rasa hormat terutama kepada yang lebih tua
Lebih banyak hidup bersendiri dan tenggelam dalam dunia gajet
Berlakunya pecah belah serta fitnah akibat penyebaran maklumat yang tidak terkawal
dan sah.
Cara Mengatasi
PERANAN IBU BAPA
Menunjukkan teladan yang baik kerana "bagaimana acuan, begitulah kuihnya".
Mengawal aktiviti anak-anaknya
Mendidik anak-anaknya sejak umur setahun jagung lagi tentang keperibadian dan
kesantunan berbahasa dalam kehisupan seharian mereka.
Mempraktikkan nilai murni dalam diri anak-anak.
PERANAN INSTITUSI PENDIDIKAN
Unit kaunseling hendaklah memberi nasihat berkaitan kesantunan bahasa bersama
orang lain kepada para pelajar.
Pihak sekolah juga bertanggungjawab memantau para pelajar dari segi tingkah laku
serta peradaban mereka.
Tingkatkan amalan berbudi bahasa di persekitaran sekolah.
Guru-guru boleh memberikan didikan moral serta menerapkan nilai-nilai murni kepada
pelajar.
PERANAN KERAJAAN
Kementerian Pendidikan Malaysia harus menguatkuasakan undang-undang untuk ibu
bapa yang campur tangan dalam urusan guru dan pelajar di sekolah.
Menganjurkan lebih banyak ceramah dan kempen kesedaran tentang pentingnya
kesantunan dalam berbahasa.
PERANAN MEDIA MASSA
Memperiklankan atau menyiarkan seribu satu kemaslahatan kesantunan bahasa yang
dapat diperolehi oleh anak muda di luar sana.
Setelah selesai program atau cerita di kaca televisyen, siarkan amalan murni dalam
bentuk animasi atau tulisan supaya mereka mudah faham dan mampu dipraktikkan
dalam kehidupan seharian.
Penutup
Dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita.
Perselisihan faham antara kaum atau rusuhan kaum dapat dielakkan.
Berbudi bahasa dapat melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun.
Industri pelancongan akan turut meningkat.
Pemimpin yang berdedikasi juga dapat dilahirkan.