ISU PENGGUNAAN BAHASA KURANG SOPAN DALAM MEDIA SOSIAL BMMB1144 KESANTUNAN BERBAHASA TUGASAN 2 VANESSA DARIUS
MAKLUMAT PELAJAR NAMA: VANESSA DARIUS NO. K/P: 050523-12-0462 ANGKA GILIRAN: 2023042310026 PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN: jUN 2023 (KELUARAN MEI) KUMPULAN: BAHASA MELAYU (SK 1) NAMA PENSYARAH: PUAN ALICE PU TING KOSIN TARIKH HANTAR: 13 MAC 2024
ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN SOALAN TUGASAN 1 .0 PENGENALAN 2.0 ISU PENGGUNAAN BAHASA KURANG SOPAN DI DALAM MEDIA SOSIAL 3.0 LANGKAH-LANGKAH MENANGANI ISU 4.0 RUMUSAN RUJUKAN
Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan sebuah e-buku untuk membincangkan isu penggunaan bahasa yang kurang sopan di media sosial. Berikan justifikasi berlandaskan gaya kesantunan berbahasa dan kesantunan berbahasa dalam sistem bahasa serta cadangkan langkah-langkah menangani isu tersebut. SOALAN TUGASAN
1.0 PENGENALAN Menurut Noor Fadilah Dawi & Asiah Abas (2020), kesantunan berbahasa sangat penting sebagai satu usaha untuk berkomunikasi dengan individu yang lain dengan menggunakan strategi tertentu bagi mewujudkan keselarasan sosial dalam menyesuaikan penggunaan bahasa dengan suasana serta aktiviti sosial yang dilakukan. Setiap penggunaan bahasa sama ada secara lisan atau penulisan perlulah memiliki etika, tata tertib, sopan, dan budi pekerti dalam penggunaan bahasa.
1.0 PENGENALAN Penggunaan bahasa yang kurang sopan akan menimbulkan konflik antara sesama dan akhirnya menyebabkan hubungan menjadi renggang dan timbul perasaan benci. Hal seperti ini harus dielakkan daripada berlaku demi menjamin kesejahteraan bersama. Menurut Mohd Norazizi Samsudain & Mardiah Shah Omar (2022), perkataan yang digunakan turut mencerminkan peribadi individu yang hidup dalam masyarakat itu.
2.0 ISU PENGGUNAAN BAHASA KURANG SOPAN DI MEDIA SOSIAL 1 ) BAHASA ROJAK Isu penggunaan bahasa kurang sopan di media sosial semakin berleluasa. 2 ) P ESANAN P E RKATAAN R INGKAS 3 ) PANGGI LAN HORMAT 4) BAHASA MENYINGGUNG P E RASAAN
1) BAHASA ROJAK Penggunaan bahasa rojak merupakan masalah yang sering berlaku. Bahasa rojak bermaksud percampuran dua atau lebih bahasa. Berikut merupakan salah satu contoh mesej yang dihantar melalui aplikasi Whatsapp. Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu telah digabungkan sekali dalam mesej tersebut. Penggunaan bahasa seperti ini akan menyebabkan keruntuhan terhadap bahasa asal bahasa Melayu lalu menyebabkan ia menjadi satu kebiasaan pada era zaman kini. Rajah 1 Contoh pesanan dalam aplikasi Whatapps
2) MESEJ MENGGUNAKAN PERKATAAN SINGKAT Rajah 2 Contoh pesanan dalam aplikasi Whatapps Seterusnya, penggunaan perkataan ringkas dalam perbualan media sosial seperti sudah menjadi sebuah kebiasaan bagi kita. Antara faktor yang menyebabkan perkara ini boleh terjadi ialah ingin menjimatkan masa menaip. Sebagai contoh perkataan bkn=bukan, td= tadi, sma= sama. Tanpa kita sedari penggunaan perkataanperkataan singkat seperti ini mampu menyebabkan peneria mesej keliru. Dengan ini, maksud sebenar mesej tidak tersampai dengan baik. Contohnya, singkatan bagi β pg β. Ia boleh menjadi pagi atau pergi.
3) PANGGILAN HORMAT YANG KURANG SOPAN Berikut merupakan contoh mesej yang menunjukkan mesej kurang sopan. Bahasa yang digunakan dalam mesej tersebut kurang sopan kerana penggunaan perkataan βlek aaaa cikgu β kurang enak didengar. Hal ini akan menyebabkan individu yang menerima mesej ini akan tersinggung. Ia seolah-olah pihak tersebut tidak menghormatinya. Contohnya seperti mesej tersebut. Pelajar tersebut seolah-olah tidak menghormati darjat gurunya. Hal ini akan menyebabkan pihak penerima mesej akan tersinggung dan hubungan antara sesama akan renggang. Kesopanan dalam berbicara terutama sekali seseorang yang mempunyai pangkat perlulah dalam keadaan formal untuk menunjukkan rasa hormat kita terhadap mereka. Rajah 3 Contoh pesanan dalam aplikasi Whatapps
4) PENGGUNAAN BAHASA YANG KURANG SOPAN Penggunaan bahasa yang kurang sopan sering kita lihat melalui media sosial seperti aplikasi TikTok, Youtube, Facebook, Whatsapp, Instagram, dan lain-lain. Penggunaan bahasa kurang sopan ini sering dilihat melalui bahagian komen. Hal seperti ini akan menyebabkan orang-orang yang memuat naik video atau gambar berasa kurang keyakinan untuk menonjolkan diri di luar. Lebih teruk lagi ia akan menyebabkan seseorang itu tertekan dan akhirnya menyebabkan dia memilih untuk mengakhirkan hidup sendiri. Penggunaan bahasa kurang sopan ini amat mendorong kepada hal-hal yang negatif sama ada secara mental atau fizikal. Rajah 4 Contoh pesanan dalam aplikasi Whatapps
4) CONTOH PENGGUNAAN BAHASA YANG KURANG SOPAN Rajah 5 Contoh pesanan dalam aplikasi Instagram. Rajah 6 Contoh pesanan dalam aplikasi Instagram.
3.0 LANGKAH-LANGKAH MENANGANI ISU
3.0 LANGKAH- LANGKAH MENANGANI ISU Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi menangani isu ini daripada semakin menyebar.
INDIVIDU Individu iaitu kita sendiri merupakan pihak utama yang mampu menangani masalah ini. Hal ini demikian kerana kesedaran dalam diri untuk tidak melakukan hal ini merupakan hal penting. Sekiranya individu yang melakukan hal ini tidak sedar akan sikap buruk ini maka perkara ini sukar untuk ditangani Individu yang bijak untuk menahan diri dengan tidak melakukan perkara sedemikian memiliki kesadaran yang tinggi tentang kesan negatif isu ini terhadap orang lain. Nyatalah bahawa diri sendirilah yang mampu mengubah tabiat isu daripada terus menjadi trend pada masa kini.
Made in Birchwood: The Annual Creators ' Market KELUARGA Seterusnya, peranan keluarga. Keluarga merupakan individu yang paling dekat dengan kita terutama sekali ibu bapa kita. Ibu bapa haruslah memberi didikan kepada anak-anak untuk tidak melakukan kegiatan seperti ini terutama sekali ketika sedang melayari internet. Ibu bapa perlu mengawal penggunaan anak-anak dalam menggunakan digital. Dengan ini, penggunaan bahasa kurang sopan dalam media sosial dapat dielakkan dalam kalangan ahli keluarga. Semua keluarga melakukan hal ini maka tidak mustahil isu ini mampu dielakkan
SEKOLAH Sekolah secara umumnya merupakan tempat untuk menimba ilmu pengetahuan. Guru memainkan peranan yang sangat besar dalam mendidik murid-murid bukan sahaja pembelajaran berkaitan akademik malah pembelajaran berkaitan dengan nilai dan moral juga perlu dididik. Menurut Abdullah Sani Yahya (2007), disiplin merujuk kepada cara pemikiran yang mempengaruhi sifat rasional dan keyakinan diri. Oleh itu, guru boleh berikan mempelajari kepada murid tentang keburukan melakukan hal ini supaya murid-murid tahu akan kesan buruknya dan raguragu untuk melakukan hal ini kepada masyarakat luar.
KERAJAAN Peranan kerajaan yang boleh membantu menangani isu ini ialah mengadakan kempen kesedaran berkaitan penggunaan bahasa kurang baik di media sosial. Dengan ini, masyarakat lebih cakna terhadap perkara ini. Pelaksanaan program yang berkaitan juga boleh dilaksanakan supaya rakyat lebih sedar bahawa isu ini mampu merosakkan bahasa serta kesantunan seseorang. Kerajaan juga boleh menguatkuasakan peraturan berkaitan penggunaan kesantunan bahasa dalam media sosial terutama komen-komen yang menunjukkan suasana kurang senang. Dengan ini, masyarakat tidak sesuka hati ketika memberikan komen pada gambar atau video yang dimuat naik.
WE B S I T E Made in Birchwood: The Annual Creators ' Market 4.0 RUMUSAN Berdasarkan huraian serta contoh berkaitan dengan penggunaan bahasa kurang sopan di media sosial, jelas menunjukkan bahawa isu ini memberi impak yang sangat besar bukan sahaja terhadap bahasa kita malah masalah terhadap keadaan mental seseorang yang menjadi mangsa kecaman di dalam media sosial. Oleh itu, setiap kita haruslah mengambil tahu dan sedar akan hal ini. Sekiranya perkara ini tidak diperhatikan secara serius maka perkara ini tidak kunjung selesai malah isu ini semakin melarat. Marilah kita bersama-sama tangani isu ini bermula dengan diri sendiri dengan sentiasa menjaga kesantunan dalam berkomunikasi secara maya.
RUJUKAN 1) Mohd Norazizi Samsudain & Mardiah Shah Omar. (2022). Pengunaan unsur bahasa negatif terhadap hantaran isu 1MDB oleh pengguna Facebook. Jurnal Pengajian Melayu, 33(1), 87-107. file:///C:/Users/User/Downloads/88481.pdf 2) Noor Fadilah Dawi & Asiah Abas. (2020). Kesantunan berbahasa dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah: Language politeness among students of University Malaysia Sabah. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 31(2), 133. https://doi.org/10.51200/manu.v31i2.2830
Sekian TERIMA KASIH