BAB 10 Halaman 238
RUMAH HIJAU
Fenomena gas rumah hijau berkaitan dengan pemanasan global. Ia berlaku akibat pembebasan gas-gas
rumah hijau seperti karbon dioksida, sulfur dioksida, nitrogen oksida dan ozon ke atmosfera. Saintis
yang menemui hal ini ialah penyelidik Perancis, Jean Baptiste Fourier dan saintis Sweeden Svante
Arrhenius. Penemuan mereka kemudiannya dikenali sebagai kesan rumah hijau yang merangkumi
faktor semulajadi dan kegiatan manusia yang menyumbang kepada penambahan karbon dioksida
dalam udara. Aktiviti industri yang tidak terkawal merupakan punca utama pelepasan gas rumah
hijau. Selain itu pembakaran bahan api fosil terutamanya arang batu, minyak dan gas asli bersama-
sama juga dengan penebangan hutan, hakisan tanah dan aktiviti penternakan haiwan turut menjadi
penyumbang kepada pelepasan gas rumah hijau. Cahaya matahari yang membawa sinaran ultraungu
ke bumi namun haba yang sampai ke permukaan bumi tidak dapat dibebaskan akibat disekat oleh
gas-gas rumah hijau yang meliputi atmosfera. Keadaan ini menyebabkan suhu bumi semakin panas.
Keadaan ini mampu merosakan habitat hidupan, kepupusan fauna dan flora, mengganggu kitar
semulajadi, pencemaran alam sekitar dan kenaikan aras laut.
2