SOALAN STPM EKONOMI 2013 (BAB 1)
21 .Terangkan sebab sesebuah negara ingin mencapai matlamat dasar
makroekonomi yang berikut :
a) Pertumbuhan ekonomi yang tinggi (3)
b) Kestabilan tingkat harga umum (3)
c) Imbangan pembayaran yang memuaskan (4)
JAWAPAN :
a) Pertumbuhan ekonomi yang tinggi
-Sesebuah Negara ingin mencapai pertumbuhan ekonomi yang
tinggikeranadengan pertumbuhan ekonomi yang tinggi ,maka sesebuah
Negara boleh mengurangkan kemiskinan .
-Apabila ekonomi berkembang ,peluang pekerjaan bertambah dan
rakyat berpeluang menigkatkan pendapatan dan seterusnya dapat
mengurangkan pengangguran . pendapatan rakyat yang meningkatakan
meningkatkan pendapatan Negara .
-Apabila pendapatan Negara meningkat pendapatan perkapita juga
meningkat .Peningkatan pendapatan perkapita akan meningkatkan taraf
hidup masyarakat kerana taraf hidup diiukur melalui pendapatan
perkapita .
b) Kestabilan tingkat harga umum
-Pencapaian kestabilan tingkat harga umum merupakan matlamat kedua
sesebuah negara. Matlamat ini perlu di capai bagi mengekalkan kestabilan
kuasa beli serta kos sara hidup pengguna atau masyarakat .
-Sekiranya tingkat harga umum meningkat ,kuasa beli masyarakat
jatuh dan kos sara hidup meningkat .Kestabilan harga umum terutamanya
harga input boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi .Harga input
yang
rendahdanstabilsecaratidaklangsungmenggalakkanpertambahanpelabura
n seterusnya meningkatan keuntungan daripada pelaburan yang dilakukan
.Kos input yang rendah membolehkan harga barang yang dikeluarkan
juga rendah . Hal inimenyebabkan harga barang yang dieksport juga
rendah dan seterusnya meningkatkan eksport .
c) Imbangan pembayaran yang memuaskan
-Matlamat ekonomi yang hendak dicapai oleh sesebuah Negara ialah
imbangan pembayaran yang memuaskan .
-Matlamat ini ingin dicapai oleh sesebuah Negara kerana dengan imbangan
pembayaran yang memuaskan ,sesebuah Negara mampu meningkatkan
rizab mata wang asing .
-ia juga akan menggalakkan pelaburan asing dan pelaburan portfolio ke
dalam Negara .selain itu ,harga dalam Negara dapat distabilkan .
SOALAN STPM EKONOMI 2013 (ULANGAN) (BAB 1)
21. Dengan berbantukan carta aliran wang ,huraikan aliran pusingan
pendapatan Negara dalam ekonomitiga sektor . (10)
JAWAPAN :
-Berdasarkan rajah diatas ,
Ekonomi 3 sektor terdiri dari pada isi rumah , firma , dan kerajaan .
Sektor isi rumah akan menerima pendapatan dari pada sektor firma
melalui pasaran faktor .Pendapatan yang diterima ini akan digunakan
untuk membeli barangan dan perkhidmatan,Pembayaran cukai kepada
kerajaan dan juga tabungan di institusi kewangan .
Sektor firma akan menerima pembayaran daripada penggunaan isi
rumah .Pendapatan tersebut akan digunakan untuk membayar
perkhidmatan faktor melalui pinjaman pelaburan daripada institusi
kewangan .
Sektor kerajaan akan menerima hasil cukai daripada sektor isi rumah dan
swasta .Sektor kerajaan akan menyediakan barang dan perkhidmatan awam
kepada isi rumah selain daripada menjalankan perbelanjaan pembanguan
kepada firma
STPM 2014
21. (a) Inflasi
(b) Pengangguran
i. Jelaskan mengapa isu makroekonomi (a) dan (b) perlu ditangani.
ii. Bagaimanakan dasar fiskal dapat mengatasi masalah (a) dan (b) di atas.
JAWAPAN :
Ceraian (a)(i)
Sebab inflasi perlu ditangani
i. Kos sara hidup meningkat
...Semasa inflasi,harga barangan meningkat.Hal ini menyebabkan kos sara
hidup masyarakat meningkat kerana perbelanjaan meningkat.
ii. Kuasa beli masyarakat jatuh
...Semasa inflasi,harga barangan meningkat.Hal ini menyebabkan kuasa
beli masyarakat jatuh kerana pendapatan benar jatuh.
ceraian (a)(ii)
Cara dasar fiskal menguncup dapat mengatasi masalah inflasi
i. Menurunkan perbelanjaan kerajaan
...Apabila kerajaan mengurangkan perbelanjaannya,maka tidak banyak
projek pembangunan dapat dijalankan.Justeru,masyarakat tidak
mempunyai banyak sumber pendapatan.
...Masyarakat kurang membuat perbelanjaan menyebabkan tekanan
terhadap barangan di pasaran jatuh.Oleh itu,harga barang jatuh dan inflasi
dapat diatasi.
ii. Meningkatkan cukai
...Pendapatan boleh guna masyarakat berkurang apabila kerajaan
meningkatkan cukai seperti cukai pendapatan terhadap rakyat.
...Hal ini akan mengurangkan perbelanjaan pengguna dan permintaan
agregat.Justeru,tekanan terhadap harga barangan di pasaran jatuh
menyebabkan harga barangan jatuh dan seterusnya inflasi dapat diatasi.
ceraian (b)(i)
Sebab pengangguran perlu ditangani
i. Pembaziran sumber
...Sekiranya pengangguran berlaku bermaksud masih terdapat faktor
pengeluaran yang tidak digunakan.Hal ini menunjukkan berlakunya
pembaziran sumber dan keadaan ini menjejaskan ekonomi.
ii. Kemiskinan meningkat
...Masyarakat tidak mempunyai pekerjaan apabila berlaku pengangguran
dan menyebabkan mereka kehilangan sumber pendapatan.Hal ini
menyebabkan kadar kemiskinan dalam masyarakat dan taraf kidup
masyarakat jatuh.
ceraian (b)(ii)
Cara dasar fiskal mengembang dapat mengatasi masalah pengangguran
i. Meningkatkan perbelanjaan kerajaan
...Apabila kerajaan meningkatkan perbelanjaan,maka banyak projek
pembangunan dapat dijalankan.Justeru,banyak peluang pekerjaan dapat
diwujudkan dan rakyat mudah mendapat
pekerjaan.Kesannya,pengangguran dapat dikurangkan.
ii. Mengurangkan cukai
...Pendapatan boleh guna masyarakat bertambah apabila kerajaan
mengurangkan cukai seperti cukai pendapatan terhadap rakyat.Hal ini akan
meningkatkan perbelanjaan penggunaan dan permintaan agregat.
...Permintaan agregat yang bertambah mendorong pengeluar
meningkatkan pengeluaran dan membesarkan operasi
pengeluaran.Maka,peluang pekerjaan yang lebih banyak dapat disediakan
dan masalah pengangguran dapat dikurangkan.
STPM 2014 ULANGAN (BAB 1)
1. Takrifkan dan huraikan bagauimana perkara berikut dapat menjelaskan prestasi
ekonomi sesebuah negara:
a) Keluaran Negara Kasar (KNK) potensi dan Keluaran Negara Kasar (KNK)
sebenar
b) Imbangan pembayaran kurangan dan imbangan pembayaran lebihan
JAWAPAN :
ceraian (a)
...Keluaran Negara Kasar (KNK) potensi ialah jumlah output yang boleh
dikeluarkan oleh sesebuah negara apabila semua faktor pengeluaran digunakan
sepenuhnya dalam tempoh setahun.Keluaran Negara Kasar (KNK) sebenar ialah
jumlah output yang sebenarnya dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam tempoh
setahun.
...Jika KNK potensi lebih tinggi daripada KNK sebenar menunjukkan masih
terdapat faktor yang tidak digunakan atau masih mengalami pengangguran.Hal
ini boleh menyebabkan ekonomi sesebuah negara mengalami kemelesetan.
...Jika KNK potensi lebih rendah daripada KNK sebenar menunjukkan pencapaian
ekonomi melebihi daripada pencapaian yang sepatutnya dicapai.Hal ini
menyebabkan ekonomi sesebuah negara mengalami perkembangan yang pesat dan
cenderung mengalami inflasi.
...Jika KNK potensi sama dengan KNK sebenar menunjukkan ekonomi sesebuah
negara berada pada pencapaian yang sepatutnya,iaitu berada pada tingkat guna
tenaga penuh.
ceraian (b)
...Imbangan pembayaran kurangan ialah suatu keadaan yang berlaku apabila
aliran wang ke luar negeri melebihi aliran wang masuk ke dalam negeri.
...Imbangan pembayaran lebihan pula ialah suatu keadaan yang berlaku apabila
aliran wang ke luar negeri kurang daripada aliran wang masuk ke dalam
negeri.
...Apabila berlaku imbangan pembayaran kurangan,keadaan ini merugikan
negara kerana akan mengurangkan rizab bersih antarabangsa di bank pusat.Hal
ini juga akan mengurangkan keupayaan negara untuk membiayai import
sehingga menyebabkan nilai wang merosot.
...Apabila berlaku imbangan pembayaran lebihan,keadaan ini menguntungkan
negara.Keadaan ini akan meningkatkan rizab bersih antarabangsa di bank
pusat.Hal ini akan meningkatkan keupayaan negara untuk membiayai import
sekaligus menyebabkan nilai wang meningkat.
STPM 2016 (BAB 1)
1) DENGAN MENGGUNAKAN GAMBAR RAJAH KITARAN PERNIAGAAAN DI
ATAS, HURAIKAN KEADAAN EKONOMI YANG BERIKUT:
a) KEMELESETAN EKONOMI
b) PENGEMBANGAN EKONOMI
c) KESTABILAN EKONOMI
JAWAPAN :
ceraian (a)
Kemelesetan ekonomi
...Daripada gambar rajah,kemelesetan ekonomi berlaku antara tahun T2 hingga
T3,iaitu antara tittik f hingga titik d.Dalam tempoh itu,tingkat negara sebenar
berkurang sehingga berada dibawah tingkat pendapatan negara potensi yang
mewujudkan lompang deflasi.Kegiatan ekonomi yang menurun ini menyebabkan
kadar pertumbuhan ekonomi negatif.Semasa kemelesetan ekonomi,kadar
pengangguran semakin tinggi dan kadar inflasi semakin menurun.
ceraian (b)
Pengembangan ekonomi
...Pengembangan ekonomi berlaku antara tahun T4 hingga T5 iaitu antara titik g
hingga titik e.Dalam tempoh itu tingkat pendapatan negara sebenar meningkat
sehingga berada di atas tingkat pendapatan negara potensi yang mewujudkan
lompang inflasi.
...Kegiatan ekonomi yang meningkat ini menyebabkan kadar pertumbuhan positif
dan memberangsangkan.Semasa pengembangan ekonomi,pengangguran adalah
rendah,manakala kadar inflasi mula semakin meningkat.
ceraian (c)
Kestabilan ekonomi
...Kestabilan ekonomi berlaku pada tahun T2 dan T4 iaitu pada titik f dan titik
g.Pada kedua-dua tahun tersebut,tingkat pendapatan negara sebenar adalah
sama dengan tingkat pendapatan negara potensi.
...Ketika ekonomi berada dalam keadaan stabil,kadar pertumbuhan ekonomi dan
harga umum juga berada dalam keadaan stabil,serta ekonomi mencapai guna
tenaga penuh .
STPM U/ 2016 (BAB 1)
1) JELASKAN EMPAT ALASAN MASALAH PENGAGGURAN PERLU DITANGANI
JAWAPAN:
a) PEMBAZIRAN SUMBER
PENGANGGURAN MENYEBABKAN PEMBAZIRAN SUMBER. FIRMA
TIDAK DAPAT MENGOPTIMUMKAN KAPASITI PENGELUARAN
KERANA PERALATAN SEPERTI MESIN DAN JENTERA TIDAK
DIGUNAKAN.KEMAHIRAN BURUH MEROSOT DAN MENINGKATKAN
KOS FIRMA UNTUK MELATIH BURUH PADA MASA HADAPAN.
b) PENINGKATAN KADAR KEMISKINAN
PENGANGGURAN MENYEBABKAN TENAGA BURUH KEHILANGAN
PEKERJAAN TIADA PENDAPATAN DAN GAGAL MENDAPATKAN BARANG
DAN PERKHIDMATAN,TARAH HIDUP MASYARAKAT MENURUN DAN KADAR
KEMISKINAN MENINGKAT
c) PERTUMBUHAN EKONOMI TERJEJAS
PENGAGGURAN MENYEBABKAN PRODUKTIVITI BURUH
MENURUN,KEUPAYAAN PENGELUARAN DALAM EKONOMI
MEROSOT,PENDAPATAN NEGARA MENURUN DAN MENJEJASKAN
PERTUMBUHAN EKONOMI
d) PENINGKATAN KOS KERAJAAN
PENGAGGURAN MENINGKATKAN KOS KERAJAAN KERANA
KERAJAAN PERLU MENYEDIAKN PELBAGAI
KEMUDAHAN,SUBSIDI,BAYARAN PINDAHAN BAGI ENJAMIN
KEBAJIKAN MASYARAKAT
STPM 2017 (BAB 1)
1) a) TERANGKAN MAKSUD KEMELESETAN EKONOMI
merujuk kepada penurunan keluaran dalam negeri kasar bener bagi dua suku
tahun secara berturut-turut
b) JELASKAN BAGAIMANA DASAR FISKAL DAN DASAR KEWANGAN
YANG DILAKSANAKAN BOLEH MENGATASI MASALAH
KEMELESETANEKONOMI
MELALUI DASAR FISKAL:
1) MENINGKATKAN PERBELANJAAN KERAJAAN
KERAJAAN MENIGKATKAN PERBELANJAAN KERAJAAN TERHADAP PROJEK
PEMBNGUNAN,KEADAAN IN EWUJUDKAN BANYAK PELUANG PEKERJAAN,
AKHIRNYA PENGAGGURAN DALAM EKONOMI DAPAT DIKURANGKAN
2) MENGURANGKAN CUKAI
KERAJAAN MENGURANGAKAN CUKAI PENDAPATAN PERSEORANGAN,INI
AKAN MENIGKATKAN PENDAP[ATAN BOLEH GUNA DAN KUASA BELI
MASYARAKAT,PERMINTAAN AGREGAT MENINGKAT, PELABURAN
MENINGKAT, KESANYAN BANYAK PELUANG PEKERJAAN DAN MENGATASI
MASALH PENGAGGURAN
MELALUI DASAR KEWANGAN:
1) OPERASI PASARAN TERBUKA
BANK PUSAT MEMBELI SEKURITI KERAJAAN DARIPADA BANK
PERDAGANGAN,MENAMBAHKAN LEBIHAN RIZAB BANK PERDAGAGAN,
MENINGKATKAN KEUPAYAAAN BANK PERDANGAN MEMBERI PINJAMAN
KEPADA FIRMA\
2) MENURUNKAN NISBAH RIZAB BERKANUN
BANK PUSAT MENURUNKAN NISBAH RIZAB BERKANUN,SIMPANAN WAJIB BANK
PERDAGANGAN DI BANK PUSAT BERKURANG,MENYEBABKAN LEBIHAN RIZAB
DI BANK PERDAGANGDAN MENINGAKATKAN KEUPAYAAN BANK MEMBERI
PINJAMAN,KESANYAN PELABURAN MENINGKAT DAN MEWUJUDKAN BANYAK
PELUANG PEKERJAAN
STPM U/ 2017
1) JELASKAN BAGAIMANA KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI NEGATIF
MEMBERIKAN KESAN KEPADA ISU MAKROEKONOMI BERIKUT:
a) pengangguran
PENGANGGURAN BERTAMBAH
PENGURANGAN PERMINTAAN AGREGAT MENYEBABKAN FIRMA
MENGURANGAN OUTPUT DAN BERUPAYA UNTUK MENGUPAH PEKERJA
KERANA KETIDAKTENTUAN EKONOMI, MENYEBABKAN FIRMA
MEMBERHENTI OPERASI DAN MEWUJUDKAN LEBIHAN PENAWARAN BURUH
b) inflasi
PENGURANGAN INFLASI
PENGURANGAN PERMINTAAN AGREGAT APABILA EKONOMI BERDA PADA
TINGKAT GUNA TENAGA PENUH MENYEBABKAN TINGKAT HARGA
JATUH,MENYEBABKAN KOS SARA HIDUP MENURUN , KUASA BELI
MASYARAKAT SEMAKIN MENINGKAT DAN TARAF HIDUP MASYARAKAT
MENINGKAT.
STPM 2018
1) a) TAKRIFKAN INFLASI
INFLASI IALAH KENAIKAN TINGKAT HARGA UMUM SECARA
MENDADAK
b) TERANGAN TIGA SEBAB INFLASI YANG TINGGI PERLU DITANGANI
1) MENURUNKAN KUASA BELI
KENAIKAN TINGKAT HARGA YANG TINGGI MENGURANGKAN
KEMAMPUAN WANG UNTUK MEMBELI BARANG DAN
PERKHIDMTAN,JUMLAH BARANG YANG DIMILIKI OLEH MASYARAKAT
BERKURANG,TARAF HIDUP MEROSOT
2) MEMBURUKKAN IMBANGAN PEMBAYARAN NEGARA
TINGKAT HARGA EKSPORT SECARA RELATIF LEBIH MAHAL
BERBANDING HARGAA BARANG IMPORT,MENYEBABKAN
PERMINTAAN TERHADAP EKSPORT BERKURANG DAN
PERMINTAAN TERHADAP IMPORT BERTAMBAH
3) MENJEJASKAN NILAI MATA WANG NEGARA
PENINGKATAN PERMINTAAN IMPORT MENYEBABKAN MATA
WANG DI PASARAN PERTUKARAN ASING BERTAMBAH,LEBIHAN
PENAWARAN MATA WANG DALAM SEBUTAN MATA WANG ASING
MENYEBABKAN NILAI MATA WANG NEGARA SUSUT NILAI
STPM 2019
1) Dengan menggunakan carta aliran pusingan pendapatan negara dalam
ekonomi tiga sektor ,terangkan aliran wang dalam aliran pusingan
pendapatan negara.
JAWAPAN
Sektor isi rumah membekalkan faktor pengeluaran kepada sektor
firma.Maka,sektor firma membayar pendapatan faktor dalam bentuk
upah,sewa,bunga dan untung kepada sektor isi rumah.Sektor isi rumah
menggunakan pendapatan tersebut untuk melakukan perbelanjaan terhadap barang
yang dikeluarkan oleh sektor firma.
Sebahagian pendapatan sektor isi rumah ditabungkan di institusi
kewangan.Institusi kewangan meminjamkan tabungan kepada sektor firma untuk
tujuan pelaburan iaitu membiayai aktiviti pengeluaran firma.
Dalam ekonomi tiga sektor,wujud campur tangan kerajaan.Sektor isi rumah
membayar cukai pendapatan perseorangan kepada kerajaan.Sektor firma
membayar cukai keuntungan syarikat kepada sektor kerajaan.
Sektor kerajaan membelanjakan hasil cukai untuk membiayai perbelanjaan
mengurus seperti emolument kepada sektor isi rumah kepada sektor isi
rumah.Sektor kerajaan juga membiayai perbelanjaan pembangunan seperti
pembinaan infrastruktur kepada sektor firma.
STPM 2019 (U)
1) Terangkan pelaksanaan alat dasar seperti yang berikut untuk mengatasi
masalah penggangguran:
a) Nisbah rizab berkanun
b) Cukai pendapatan persendirian
JAWAPAN:
a) Nisbah rizab berkanun
MENURUNKAN NISBAH RIZAB BERKANUN
Semasa pengganguran,bank pusat akan menurunkan nisbah rizab berkanun
terhadap simpanan yang dibuat oleh bank perdagangan. Ini akan menyebabkan
keupayaan bank untuk memberi pinjaman meningkat. Kuasa beli masyarakat
meningkat dan peluang pekerjaan turut meningkat untuk memenuhi permintaan
agregat masyarakat. Maka,penggangguran akan berkurang
b)Cukai pendapatan persendirian