The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 70080, 2021-06-25 05:00:40

E-Festival

E-Festival

PUSAT PEMBANGUNAN PELAJAR

E - FESTIVAL KO-Q UNIMAS 2021

26 JUN 2021 SABTU PLATFORM ZOOM

KEPIMPINAN KEUSAHAWANAN KEBUDAYAAN
DAYA USAHA & INOVASI KESUKARELAWAN

PENGUCAPAN AWAM SUKAN KHIDMAT KOMUNITI

DISEDIAKAN OLEH:

PENGURUSAN ACARA 2

KATA ALU-ALUAN

NAIB CANSELOR

Y. BHG. PROFESOR DATUK DR. MOHD KADIM BIN SUAIDI

Assalammualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam UNIMASku Sayang,

Tuan-tuan dan puan-puan, para hadirin sekalian.

Terlebih dahulu bagi pihak seluruh warga UNIMAS, saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi Tahniah dan
syabas kepada Pusat Pembangunan Pelajar diatas penganjuran E-Festival Ko-Q (Hari kokurikulum) UNIMAS
2021.

Alhamdulillah, Pertama sekali, saya ingin melafazkan setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana
dengan izin limpah dan kurnia‐Nya, maka dapat kita bersama‐sama hadir dan berkumpul dalam Majlis
Perasmian pada pagi ini.

Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua, terutamanya pelajar tahun 1, yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan acara ini. Sesungguhnya kerjasama dan penglibatan
para pelajar telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen dalam menjayakan program ini.

Para hadirin sekalian,

Pada kali ini, Tema ‘e-Volunteerism’ telah dipilih bagi E-Festival Ko-Q (Hari kokurikulum) berkredit UNIMAS 2021
dengan slogan ‘STAND TOGETHER TO GET THE PUZZLES TOGETHER’. Objektif karnival ini antara lain adalah
untuk mempamerkan nilai kesukarelawan dalam diri pelajar serta membina semangat setia kawan dalam
kalangan Mahasiswa UNIMAS dan mempraktikkankemahiran pelajar UNIMAS dalam mengendalikan program
dalam suasana norma baharu.

Saya amat berharap objektif kokurikulum berkredit ini dapat dicapai dan seterusnya mampu membentuk
mahasiswa dan mahasiswi yang produktif dan saling bekerjasama antara satu sama lain. Ini bukan hanya akan
menjadi satu nilai tambah kepada pelajar sebagai seorang mahasiswa akan tetapi turut memberi impak
sebagai seorang individu. Dengan pelbagai cabaran dan halangan pada masa kini, sebagai seorang pelajar
yang bakal memimpin masa depan, kita perlu menerapkan nilai tambah yang diperlukan.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada semua yang sudi hadir bersama untuk menyertai dan memeriahkan E-festival Ko-Q (Hari
Kokurikulum) berkredit UNIMAS 2021.

Sekian, terima kasih.

YBhg. Profesor Datuk Dr. Mohd Kadim Bin Suaidi i
Naib Canselor
Universiti Malaysia Sarawak

KATA ALU-ALUAN

TIMBALAN NAIB CANSELOR
(HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI)

Y. BHG. PROFESOR DR. KAMARUDIN BIN KANA

Assalammualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam UNIMASku Sayang, ii

Tuan-tuan dan puan-puan, para hadirin sekalian.

Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan
izin dan limpah kurnia Nya, dapat kita berkumpul pada pagi ini untuk menyempurnakan Majlis Perasmian E-
festival Ko-Q (Hari Kokurikulum) UNIMAS 2021. Kokurikulum adalah kegiatan yang dilakukan secara
berkumpulan yang tidak kurang pentingnya dalam proses pembelajaran seseorang pelajar. Aktiviti
berkumpulan melalui kokurikulum dapat mempertingkatkan pelbagai kemahiran dan bakat pelajar.
Alhamdulilah tahun ini, kursus ini telah dinaiktaraf dari status kursus “Pengukuhan” ke status kursus
“Matapelajaran Umum” Universiti (MPU). Ini bermakna kursus ini tidak kurang pentingnya bersama-sama
kursus akademik yang lain.

Pada semester ini terdapat 84 subteras telah ditawarkan kepada 3140 orang pelajar. 74 Fasilitator dari
pelbagai latar belakang akademik dan bukan akademik yang mahir dalam pelbagai bidang seperti sukan,
keusahawan, kesukarelawan dan kebudayaan telah membantu mendidik pelajar-pelajar kita. Melalui kursus
ini, pelajar mengasah kemahiran insaniah seperti komunikasi dan bekerja di dalam kumpulan dan juga
mendekatkan diri bersama komuniti. Kesemua subteras kursus ini telah menjalankan pelbagai program atas
talian yang menjangkau lebih banyak komuniti berbanding sebelum ini.

Antara komuniti yang terlibat dalam menjayakan tugasan projek kokurikulum adalah aktiviti bersama-sama
murid-murid sekolah, aktiviti bersama orang-orang kampung dan menyampaikan ilmu kepada masyarakat
amnya melalui program atas talian seperti pertandingan, webinar, virtual run dan lain-lain. Hari Kokurikulum
pada kebiasaannya dilaksanakan secara bersemuka dengan mengetengahkan bakat-bakat pelajar di atas
pentas. Namun, pada awal tahun 2020, kita telah dikejutkan dengan penularan wabak covid-19 yang secara
tidak langsung telah memberi banyak kesan bukan sahaja kepada kesihatan dan ekonomi awam malahan ia
juga memaksa masyarakat serta pelajar-pelajar di seluruh Malaysia untuk mengamalkan pelbagai norma
baharu dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Saya yakin walaupun dalam keadaan norma baharu, pelajar semua telah berjaya melengkapkan kursus ini
dan mempamerkan hasil kerja yang cemerlang Kita dapati bakat pelajar tetap terserlah tanpa sedikitpun
mencacatkan objektif utama kursus ini iaitu mengasah kemahiran komunikasi, bekerja didalam kumpulan
dan juga memberi sumbangan kepada komuniti.

Sekian, terima kasih.

YBhg. Profesor Dr. Kamarudin Bin Kana
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
Universiti Malaysia Sarawak

KATA ALU-ALUAN

PENGARAH PUSAT PEMBANGUNAN PELAJAR

YB rs PROFESOR MADYA DR FAISAL ALI ANWARALI KHAN

Assalammualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam UNIMASku Sayang,

Tuan-tuan dan puan-puan, para hadirin sekalian.

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Ilahi kerana atas kurnia dan limpah rahmat-Nya, kita dapat bersama-
sama menganjurkan semula Hari Kokurikulum kita yang tertangguh pada tahun lepas selepas dilanda
pandemik COVID19. Hari Kokurikulum kali ini amat berbeza dengan tiada lagi kesibukan pelajar di kampus
seperti sebelum ini. Namun Hari Kokurikulum atau yang dijenamakan sebagai E-Festival Ko-Q UNIMAS 2021
pada tahun ini, masih berjalan lancar dengan rancak tanpa kurang impaknya berbanding program-program
pada tahun sebelum ini. Malah semua program yang dilaksanakan kali ini amat kreatif dengan penggunaan
teknologi terkini secara atas talian.

Ini ialah selaras dengan hasrat penubuhan Jabatan Kemahiran Insaniah dan Kokurikulum di Pusat
Pembangunan Pelajar yang mendokong matlamat tema pelan strategik kebangsaan iaitu melahirkan graduan
yang seimbang dari segi rohani, emosi, jasmani dan intelektual. UNIMAS sentiasa memberikan penekanan
kepada aktiviti-aktiviti bukan akademik untuk melahirkan graduan yang seimbang, dan mampu berdaya saing
dalam pasaran pekerjaan di peringkat global. Kursus kokurikulum berkredit khususnya, memberikan peluang
kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk terlibat secara aktif dalam kursus-kursus berteraskan kepimpinan,
keusahawanan, kesukarelawan, khidmat komuniti, budaya, ucapan awam, dayasaing serta inovasi, dan sukan.
Sebanyak 74 subteras telah ditawarkan dalam semester 2, sesi 2020/2021. Seramai 66 orang fasilitator telah
dilantik untuk membantu dalam pengajaran dan pembelajaran kursus ini. Fasilitator yang datang dari pelbagai
latar belakang, termasuklah warga pensyarah dan bukan pensyarah dari dalam dan luar kampus, memberikan
mahasiswa dan mahasiswi UNIMAS peluang mempelajari pelbagai ilmu baharu diluar lanskap akademik
pengajian mereka. Ilmu ini saya yakin akan menjadi satu nilai tambah yang penting kepada semua graduan kita
kelak.

Sebagai wakil program E-Festival Ko-Q UNIMAS 2021, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
jutaan terima kasih kepada semua terutamanya Jawatankuasa Pelaksana program, rakan-rakan fasilitator,
warga Pusat Pembangunan Pelajar khususnya Jabatan Kemahiran Insaniah dan Kokurikulum dibawah
pimpinan Dr Idawati Ismail, dan semua pelajar yang terlibat. Adalah menjadi harapan saya agar program Hari
Kokurikulum ini akan dapat diteruskan lagi di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

YBrs Profesor Madya Dr Faisal Ali Anwarali Khan iii
Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar
Universiti Malaysia Sarawak

pameran
artstep 1

GROOMING AND
STYLE

FASILITATOR :Dr Kho Lee Chin &
Dr Annie Joseph

Subteras MPU 3472, Grooming and Style telah menganjurkan webinar
yang bertajuk "BEYOUTHIFUL WITH TUJUAN" dengan objektif untuk
meningkatkan minat keusahawanan, memberi kesedaran tentang
pentingnya penjagaan kulit asas dan juga untuk membina keyakinan
diri dengan mencapai pengetahuan asas mengenai keusahawanan dan
teknik untuk mengekalkan kulit yang sihat di kalangan pelajar
universiti.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

1

BOLA JARING 1

FASILITATOR :PUAN FLORA ANAK
INTAI

Perjalanan untuk menjayakan Projek Khas ‘101 Dream Journey with
Netball’ bagi subteras Bola Jaring 1 ini telah membuka mata ahli pelajar
bahawa betapa pentingnya aspek kerjasama dan komunikasi berkesan
dalam setiap kumpulan untuk menjayakan projek ini dengan
cemerlangnya. Projek ini dapat direalisasikan selepas pembentang yang
dapat meyakinkan Dr Ngu Sze Song, Penyelaras Kokurikulum Berkredit
UNIMAS dengan Ebook yang akan hasilkan oleh pelajar.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

2

KEHIDUPAN LESTARI

FASILITATOR : DR RAFEAH BINTI WAHI

Untuk Subteras MPU3432, kehidupan lestari, kami telah mengadakan Siri
Webinar Kehidupan Lestari 2021 yang berlangsung pada 22 Mei (sabtu)
yang lalu. Platform yang kami gunakan ialah Zoom dan disiarkan secara
langsung ke Youtube Channel Rafeah Wahi. Dalam siri webinar tersebut,
terdapat 7 kumpulan yang telah menyampaikan aktiviti bagi tajuk
masing-masing seperti forum, permainan kuiz Kahoot, video DIY bahan
kitar semula dan banyak lagi.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

3

ROBOTICS FROM
SCRATCH

FASILITATOR : DR ANNISA JAMALI

Quizizz Trivia juga merupakan salah satu aktiviti yang telah dijalankan
dalam Virtual Robofair 2021. Aktiviti ini merupakan sebuah pertandingan
quiz ilmiah yang telah diadakan menerusi aplikasi Quizizz. Secara
dasarnya, quiz ini diadakan untuk menguji kefahaman serta pengetahuan
para peserta terhadap ilmu robotic.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

4

DESSERT
TEMPTATION 2

FASILITATOR : SR NADIA BINTI ZAINI

Program ini merupakan projek khas subteras Dessert Temptation 2,
dimana terdapat 50 orang pelajar universiti yang telah mengikuti program
ini. Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada sesiapa
yang mahu memulakan bisnes kecil-kecilan dan juga untuk berkongsikan
resepi-resepi masakan pencuci mulut oleh pelajar sendiri. Poster ini
merupakan poster tentang maklum balas daripada peserta-peserta
tentang program yang telah diadakan.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

5

TRUE ESPORTS
EXPERIENCE 1

FASILITATOR : ENCIK AHMAD ALIF BIN
KAMAL

Acara ini dinamakan "Scrimmage" kerana scrimage adalah permainan
latihan bukan permainan rasmi atau dengan kata lain ia berlatih antara
dua pasukan. Peserta sasaran adalah sebanyak 48 remaja dengan
pasukan mereka sendiri di seluruh negara. Platform yang digunakan
ialah Discord Server bertujuan untuk mengumpulkan semua pesertai
dan peserta boleh berkomunikasi dengan rakan sepasukan semasa
bermain.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

6

ANIME OTAKU

FASILITATOR : CIK SITI NOR AIN MUSA

Ini adalah poster mengenai acara yang dilakukan oleh kelab MPU34102
Anime OTAKU. Anime (diucapkan AH-nee-may) adalah istilah untuk
gaya komik dan animasi Jepun yang unik di mana rata-rata watak utama
mempunyai mata yang besar. Kelab ini telah mengadakan Pertandingan
Pidato Anime pada 21 Jun yang lalu.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

7

DANCE AND
FITNESS

FASILITATOR : PUAN FLORA ANAK INTAI

Poster ini menerangkan tentang kelas mingguan, kawasan menarik
dalam UNIMAS dan projek khas yang bakal diadakan. Kelas mingguan
subteras Dance and Fitness ini dijalankan sekali dalam seminggu
sahaja. Kelas mingguan ini telah dijalankan secara atas talian melalui
platform Webex atas sebab pergerakan terhad semasa pandemik
Covid-19.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

8

BOARDGAMES 1

FASILITATOR : DR NGU SZE SONG

Pada 5 Jun, Boardgames 1 telah mengadakan acara dalam talian
bertajuk "Dark Chess & Sudoku Tutorial & Quiz". Program yang
diadakan ialah sesi tutorial, interaksi, dan kuiz, yang bertujuan untuk
memupuk minat peserta untuk bermain permainan papan,
mengembangkan kemahiran kognitif dan kemahiran mengatur peserta,
serta memperkuat kemahiran sosial mereka. melalui pelbagai aktiviti
menarik.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

9

CRAZY PAPPARAZI

FASILITATOR : PUAN NOORMA BT
ISMAIL @YUSOF

Projek khas telah dijalankan oleh para pelajar di dalam kelas subteras
MPU 34102, Pengucapan Awam iaitu 'Crazy Papparazy'. Penerbitan Video
telah dipilih sebagai projek khas untuk subjek ini adalah disebabkan
kekangan untuk melakukan projek secara bersemuka. Penerbitan video
juga merupakan salah satu langkah bagi pelajar untuk memperoleh
manfaat dan menggunakan ilmu yang dipelajari.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

10

ASAS LUKISAN

FASILITATOR : PUAN FADZLIYATUN BINTI
FADZIL

Program yang diadakan ialah "Art X Nature Month" bertujuan untuk
mempamerkan beberapa gambar daripada aktiviti-aktiviti yang telah
dilaksanakan termasuklah aktiviti temubual, melukis dan mewarna
poster, art challenge dan aktiviti menghasilkan komik. Projek yang
dijalankan adalah berkaitan dengan seni dan alam sekitar. Projek ini
adalah untuk memberi kesedaran mengenai alam sekitar kita yang
semakin merosot akibat perbuatan manusia dengan memanfaatkan seni
lukisan.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

11

ASAS KEMAHIRAN
ROTI DAN BUN

FASILITATOR : DR DYG NORKHAIRUNNISA
ABANG ZAIDEL

Kursus sub-teras Asas Kemahiran Roti dan Bun memperkenalkan kepada
para pelajar tentang asas pembuatan roti dan bun serta nilai keusahawanan
dalam diri pelajar. Antara roti dan bun yang telah dipelajari termasuklah roti
sandwich, roti sosej, bun kacang merah dan banyak lagi. Untuk subteras
ini, 3 mini projek (projek jual beli serta penghasilan e-scrapbook dan
wixsite) dan satu live session projek khas ‘A Day With Bun” diadakan
dimana kesemua projek ini telah memanfaatkan kesemua yang telah kami
pelajari sepanjang kursus dan dikongsikan kepada masyarakat luar.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

12

YES WE CAN!

FASILITATOR : DR NASRIMAN BIN ABDUL
RAHMAN

Program 'YES WE CAN!' dijalankan pada 29 Mei 2021 menggunakan
platform Google Meet. Program ini dijayakan dengan kerjasama pelajar
tingkatan 5, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan motivasi kepada
pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),
serta mendedahkan mengenai hala tuju mereka selepas tamat sesi
persekolahan juga merapatkan silaturahim antara pelajar sekolah
menengah dengan mahasiswa universiti.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

13

ME WITHIN ME

FASILITATOR : PUAN SAPTUYAH BINTI
BARAHIM

“Lens in Us” merupakan salah satu mini projek yang telah dilaksanakan
oleh pelajar subteras 'Me Within Me'. Melalui mini projek ini, para pelajar
Kolej Tingkatan Enam Saratok (KTES) dan Me Within Me (MWM) dapat
mengekspresikan diri mereka dalam bentuk fotografi kerana melalui
sekeping gambar mampu merungkai pelbagai cerita hidup yang dialami.
Setiap gambar yang telah dikongsikan disertai dengan ekspresi jiwa
seperti suka, duka, gembira, manis, pahit, serta pengalaman hidup yang
dialami peserta selain menzahirkan idea dan pandangan berkenaan
kehidupan.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

14

ANIMASI MUDAH
DENGAN HP 2

FASILITATOR : ENCIK MOHD AFFENDI BIN
AZIZAN

Subteras Animasi mudah dengan menggunakan HP telah
menjalankan pertandingan Stop Motion. Tema bagi
pertandingan ini ialah “Cabaran Kehidupan dalam Pandemik
Covid-19”. Selain itu, acara “livestream” tentang poster yang
dilakukan juga ditayangkan di laman Facebook.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

15

KEMAHIRAN ASAS
MENOLONG

FASILITATOR : ENCIK MOHD AMIN BIN
MOHD ISMAIL

Subteras Kemahiran Asas Menolong telah menjalankan aktiviti
membuat poster dalam kalangan ahli kelab. Antara tajuk-tajuk poster
adalah Poster with ‘Best note-taking methods’, Poster with ‘Laluan
kerjaya selepas SPM’ dan Poster with ‘Cara mengatasi kesihatan
mental’. Poster diatas adalah salah satu poster yang telah dilakukan
oleh salah seorang ahli kelab subteras ini.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

16

E-COMMERCE

FASILITATOR : ENCIK TARMIZI
MOHAMMAD SHUKRI

Hari Pelancaran UnimaShop telah diadakan pada 16 Jun 2021 dengan
bimbingan pensyarah subteras tersebut, dan sumbangan ahli
jawatankuasa projek. Projek ini dilancarkan untuk memberi ruang
kepada vendor untuk mempamerkan kedai mereka agar dapat
mengundang lebih banyak pelanggan. Terdapat banyak perkara yang
pelajar telah pelajari sepanjang acara ini dan pencapaian semua juga
amat memuaskan.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

17

PAMERAN
ARTSTEP 2

VIDEOMAKER 1

FASILITATOR : DR ABDUL RIEZAL BIN DIM

Projek khas “Video Bersama Komuniti” ini memberi pendedahan, kesedaran dan
praktikum tentang kepentingan videografi dalam gaya hidup dunia media massa
sekarang. Peranan media online amat penting pada masa kini sebagai satu aset
jalinan komunikasi secara digital, oleh yang demikian kefahaman, perangkaan dan
peraktikum dalam pengetahuan asas videografi adalah menjadi tunjang dalam
menyalurkan kandungan digital yang bermanfaat dalam video.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

19

VIDEOMAKER 2

FASILITATOR : DR ABDUL RIEZAL BIN DIM

Platform yang digunakan adalah Tayangan Perdana Youtube yang dihoskan oleh Naib
Presiden Videomaker 2, Muhd. Hafiz bin Abu Bakar. Acara ini terbuka untuk umum dan
sesiapa sahaja dapat melihatnya secara langsung pada masa itu. Sebanyak 20 video dan
sinopsis daripada Videomaker 2 disajikan selama 1 jam 58 minit. Masalah teknikal yang
dihadapi semasa siaran adalah minimum semasa acara berlangsung. Selepas siaran
langsung, penonton masih dapat melihat dan menonton keseluruhan video pada bila-bila
masa. Analisis menunjukkan bahawa video itu ditonton oleh 260 orang dan mencatat 50.8
jam.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

20

FOTOGRAFI KREATIF 1

FASILITATOR : ENCIK AZLANDY
MOHAMMID ALI TUAH

Selepas mempelajari asas-asas fotografi dalam sesi kelas, ahli-ahli Kelab Fotografi
telah mengadakan bengkel dengan bantuan penasihat kelab, En. Azlandy. Bengkel
tersebut bertujuan untuk menkongsikan hasil pembelajaran ahli kepada pelajar lain
serta komuniti. Bengkel tersebut juga telah dijayakan dengan penyertaan pelajar
dari iCATs.

Untuk melihat pameran, sila scan QR 21

FOTOGRAFI KREATIF 2

FASILITATOR : ENCIK AZLANDY
MOHAMMID ALI TUAH

Projek ini memberikan pendedahan tentang asas fotografi yang penting untuk
diketahui bagi seseorang yang baru menceburi bidang fotografi. Projek ini bukan
sahaja untuk mendedahkan cara menangkap gambar yang cantik malah untuk
memberikan pendedahan tentang elemen-elemen yang penting untuk menghasilkan
sebuah gambar yang cantik lagi menarik.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

22

ASAS ANYAMAN
BEG PLASTIK

FASILITATOR : MADAM EAQERZILLA
PHANG

Subteras Asas Anyaman Beg Plastik telah mengadakan satu Projek Kemahiran
Anyaman Beg Tali Plastik bersama dengan ahli Kelab Dayung Redeems di Bau
pada 19 June 2021. Tujuan projek ini dilaksanakan adalah untuk
memperkenalkan penghasilan beg tali plastik kepada Ahli Kelab Dayung
Redeems.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

23

ASAS MANIK
SARAWAK

FASILITATOR : MADAM EAQERZILLA
PHANG

Program ini diadakan bagi memperkenalkan penghasilan manik Sarawak kepada
golongan yang kurang berpengetahuan mengenai kepentingan nilai manik.
Seterusnya, program ini juga dapat mengasah minat individu dalam mempelajari
penghasilan manik. Bukan sahaja dapat memupuk kreativiti malah menambahkan
pengalaman dalam penghasilan kraftangan, serta menjalinkan hubungan yang lebih
erat antara satu sama lain sepanjang program ini berlangsung

Untuk melihat pameran, sila scan QR

24

BADMINTON 2

FASILITATOR : EN. WAN HOSEN BIN
WAN SHEKH

Subteras Badminton 2 telah membuat poster untuk mempamerkan pelbagai
jenis teknik pukulan Badminton secara ringkas dan padat untuk memberi
pendedahan kepada para pemain bagi meningkatkan skil dan pengetahuan
asas mereka mengenai permainan Badminton

Untuk melihat pameran, sila scan QR

25

BADMINTON 1

FASILITATOR : EN. AHMAD NAZIT BIN
MORSHIDI

Poster ini menunjukkan acara yang akan diadakan pada 27 June 2021. Acara
ini dihadiri oleh pelajar-pelajar Fortune Badminton Junior Club. Acara ini
juga bertujuan untuk memberi maklumat tentang sukan badminton dan
meningkatkan minat sukan ini dalam kalangan pelajar. Platform yang
digunakan untuk menyampaikan maklumat ialah aplikasi Zoom. Akhir sekali,
sijil-sijil penyertaan juga diberikan kepada mereka yang menyertai acara ini.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

26

ASAS PENGURUSAN
WANG KENDIRI 1

FASILITATOR : EN. RON ALDRINO CHAN
@ RON BUKING

Subteras ini telah melakukan aktiviti poster dimana mereka memasukkan
maklumat tentang cara bagaimana menggunakan wang dengan bijak.
Pelbagai teknik atau ilmu yang ditimba daripada pensyarah kelas ini iaitu
Encik Ron Aldrino@Ron Buking

Untuk melihat pameran, sila scan QR

27

ASAS PENGURUSAN
WANG KENDIRI 2

FASILITATOR : EN. RON ALDRINO CHAN
@ RON BUKING

Kumpulan ini telah menganjurkan satu program perkongsian ilmu
yang berjudul “How to Spend Wisely”. Program ini bertujuan untuk
memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai aspek kewangan
dalam kaedah pengurusan wang yang bijak melalui aktiviti yang
diadakan sepanjang program.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

28

ACTIVE TRAINING

FASILITATOR : ENCIK ABANG IZHAR
ABANG AHMAD

Program virtual run ini telah melibatkan seramai 80 orang anggota masyarakat
tanpa mengenakan sebarang bayaran. Peserta hanya perlu menghantar bukti larian
mereka kepada AJK yang terlibat untuk proses yang seterusnya. Penganjuran
program seperti ini mampu untuk menarik lebih ramai peserta jika dilakukan pada
masa yang akan datang.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

29

PENGURUSAN ACARA 1

FASILITATOR : ENCIK ABANG IZHAR
ABANG AHMAD

Karnival Kurikulum adalah salah satu acara penting di Unimas setiap tahun. Setiap tahun ia
akan berlaku berlaku secara fizikal. Acara ini sangat popular di kalangan pelajar Unimas.
Namun, ada tidak ada kekuatan luar yang dapat menghalang kita daripada meraikan acara
ini bersama-sama. Untuk tahun ini 2021, program Event Management berlaku hampir kerana
pandemik covid-19. Untuk menambah lebih banyak warna untuk acara ini terdapat beberapa
aktiviti yang menyeronokkan. Terdapat keseluruhan 7 aktiviti iaitu e-Ceramah: Langkah
Menuju Kerja Yang Sebenar, e-Kuiz, Kesediaan memasak, tradisi budaya, e-Poster, Larian
maya dan Unimas mendapat bakat. Setiap orang digalakkan untuk mengambil bahagian
dalam acara ini dan kami berdiri bersama untuk mengumpulkan teka-teki.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

30

STEM
AMBASSADOR

FASILITATOR : CIK NUR AMALINA SHAIRAH
BINTI ABDUL SAMAT

Subteras Stem Ambassador telah mengadakan 'STEM Virtual Expo'
dimana pelajar melakukan pelbagai experimen mudah yang dapat
dilakukan di rumah selaras dengan tujuan expo ini iaitu 'virtual expo'.
Antara experimen mudah yang dijalankan ialah susu ajaib, motor
ballerina dan sesi beg plastik ajaib.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

31

ASAS
KEWARTAWANAN

FASILITATOR : CIK SARENA BINTI HAIDIR

E-Magazine yang bertemakan “Explorasi Kewartawanan UNIMAS” merupakan sebuah
majalah yang mengetengahkan pelbagai jenis corak hidup seharian rakyat Malaysia.
Pelbagai jenis budaya terutamanya budaya masyarakat di Sarawak menjadi penyeri
kepada majalah ini kerana kepelbagaian budayanya yang tersendiri. Tajuk-tajuk
utama yang ada di dalam majalah ini adalah, Makanan tradisi, Budaya Kamek, Isu
Semasa, dan Hiburan. Halaman Makanan Tradisi.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

32

TEATER
TRADISIONAL RAKYAT

FASILITATOR : PUAN IRMA BINTI ZAINI

Acara subteras teater tradisional telah mengadakan suatu projek di mana
kami dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk menghasilkan satu video
drama setiap kumpulan. Kelab ini mempelajari sedikit sebanyak mengenai
teater tradisional rakyat’ terutama sekali rakyat melayu Sarawak dan
mempelajari sedikit sejarah serta teknik yang diperlukan dalam teater
tersebut.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

33

BEAUTY & HEALTH

FASILITATOR : DR ANNIE JOSEPH
& DR KHO LEE CHIN

Pelajar kecantikan dan kesihatan telah mengadakan bengkel hari kecantikan
dengan Miss Jessie Lau, pengasas Jessie Beauty Academy sebagai penceramah
jemputan pada 6 Jun 2021. Bengkel ini banyak berkongsi nasihat penting
mengenai cara menjaga penampilan dan petua untuk diet yang sihat dan peserta
dapat berkongsi pendapat mereka mengenai ceramah dan bagaimana ia
memberi manfaat kepada mereka.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

34

DESSERT
TEMPTATION 1

FASILITATOR : SR SITTI DIANA TAMJEHI

Bengkel ini adalah ‘Let’s Make Baking More Comfortable and Fun From Home’.
Disebabkan pandemik dan bengkel tidak dapat dibuka seperti biasa, subteras ini
mengambil inisiatif untuk mengajar peserta membuat pencuci mulut yang senang dibuat
secara atas talian. Program ini ditawarkan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran
asas tentang pembuatan pencuci mulut kepada golongan yang berminat terutamanya
golongan yang masih bersekolah. Program ini juga diharapkan agar dapat menjadi sumber
pendapatan kepada peserta.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

35

FOOD HYGENE

FASILITATOR : PROF. MADYA DR. LESLEY
MAURICE BILUNG

Food Hygiene Day” adalah program yang telah dijalankan pada 26 Mei 2021 untuk
tujuan berkongsi ilmu bersama pelajar-pelajar dan peserta luar dengan harapan
dapat menerapkan amalan kebersihan diri, kebersihan makanan serta kebersihan
awam. Antara aktiviti yang dijalankan semasa program ialah sesi ceramah
bersama dua penceramah jemputan, sesi soal jawab, sesi kuiz spontan
menggunakan aplikasi Quizizz, sesi maklum balas menggunakan Google Form,
dan sesi bergambar bersama panel jemputan dan para peserta.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

36

KOMUNIKASI EFFEKTIF

FASILITATOR : CIK KAZIMAH BINTI KADAI

Projek “Kitar Semula” adalah aktiviti pengumpulan bahan kitar semula daripada
masyarakat telah dilakukan secara individu dari rumah masing-masing. Segala bahan
yang telah dikumpul dihantar ke pusat pengumpulan bahan kitar semula. Seterusnya
dapat peroleh sedikit untung berbentuk wang tunai. Untung dan derma dari
masyarakat akan diserah kepada bendahari projek untuk direkod, dan wang tersebut
akan digunakan untuk membeli sejumlah pelitup muka. Pelitup muka yang dibeli akan
disumbangkan kepada golongan sasaran yang telah ditetapkan. Pengagihan akan
dilakukan oleh sebilangan pelajar yang berada di kampus bagi mewakili projek ini.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

37

PROFESSIONAL
COMMUNICATION

FASILITATOR : DR IDA JULIANA HUTASUHUT

Subteras ini telah membuat e-poster tentang cara komunikasi berkesan.
Tujuan projek dilaksanakan supaya peserta dapat mengetahui dan
mempraktikkan cara berkomunikasi dengan berkesan. Sepanjang
perlaksanaan projek, pelajar diberikan masa selama seminggu untuk
menyiapkan e-poster dan hendaklah mematuhi peraturan dan telah
ditetapkan oleh kelab tersebut.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

38

MODEL MAKING ART

FASILITATOR : CIK RUZANAH BINTI ABU
BAKAR

Subteras ini telah melakukan aktiviti membina model reka bentuk
dalaman secara DIY menggunakan barangan terpakai dan bahan yang
senang didapati di kawasan masing-masing. Semua hasil kerja telah
dipamerkan dalam bentuk E-scrapbook dan dimuat naik ke dalam laman
sesawang.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

39

PENGUCAPAN AWAM
BAHASA MELAYU 1

FASILITATOR : CIK ZECKQUALINE MELAI

Projek subteras Pengucapan Awam Bahasa Melayu 1 ialah video
pendek yang bertemakan kemasyarakatan. Projek video pendek ini
berfokuskan kepada satu isu sahaja iaitu kepentingan pengambilan
vaksin Covid-19 dalam kalangan masyarakat

Untuk melihat pameran, sila scan QR

40

DJ RADIO

FASILITATOR : PUAN DAYANG NOR
HAJIJAH BT AWANG DAUD

Subteras ini telah menganjurkan aktiviti "Unimascape". Projek ini
sedang diadakan selama sebulan atau lebih di mana jawatankuasa kami
melakukan podcast mingguan di mana kami menamakannya "Havoc
Hours" untuk memberikan getaran seperti radio.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

41

JELAJAH SISWA

FASILITATOR : DR SAIFUL BAHRI BIN TALIP

Program Juh Kelaka Sarawak (Sekda Susah Eh) anjuran subteras Jelajah Siswa
telah diadakan pada 22 Jun 2021. Program ini berjaya mengumpulkan seramai 50
orang peserta dari UNIMAS dan Universiti Tempatan yang lain seperti UITM dan
UNIMAP. Program ini diadakan untuk memberi bayangan kepada peserta-peserta
mengenai apa yang terdapat di Negeri Sarawak.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

42

PENDIDIKAN
PENCEGAHAN DADAH

FASILITATOR : PUAN DEBRA ADRIAN

Pelajar dari subteras Khidmat Komuniti – Pendidikan Pencegahan Dadah
telah mengadakan aktiviti projek khas kokurikulum iaitu survei dan kuiz
melalui Google Form. Tujuan projek ini adalah untuk menyebarkan
kesedaran tentang pelbagai jenis dadah melalui e-poster dan untuk
mengenal pasti tahap kesedaran umum tentang dadah-dadah ini sebelum
dan selepas perkongsian melalui aktiviti ini.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

43

BOARDGAMES 2

FASILITATOR : DR NGU SZE SONG

Boardgames 2 telah menganjurkan acara dalam talian bertajuk "Masterclass
Chess Online" atau MCO. Ini adalah acara dalam talian yang bertujuan untuk
mendidik orang ramai mengenai strategi yang terlibat dalam permainan catur
dan juga merangkumi interaksi dan sesi kuiz, yang bertujuan untuk
mendorong para peserta untuk membuat minat baru dalam bermain
permainan papan terutama catur.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

44

NOW EVERYONE
CAN CODE

FASILITATOR : PUAN SELEVIAWATI BINTI
TARMIZI

Program Scratch Edutainment dianjurkan bersama 40 orang murid Sekolah
Kebangsaaan Lumba Kuda. Program ini dirancangkan dengan tujuan untuk
mengalakkan minat dan mencungkil bakat serta kemahiran pelajar-pelajar kursus ini
dalam mengaplikasikan ilmu pengekodan berasaskan blok menggunakan program
Scratch dan melalui penghasilan permainan komputer untuk tujuan pembelajaran.

Untuk melihat pameran, sila scan QR

45


Click to View FlipBook Version