UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 98 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 99 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 100 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 101 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 102 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 103 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 104 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 105 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 106 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 107 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 108 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 109 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 110 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 111 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 112 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 113 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 114 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 115 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 116 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 117 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 118 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 119 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 120 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 121 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 122 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 123 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 124 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 125 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 126 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 127 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 128 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 129 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 130 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 131 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 132 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 133 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 134 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 135 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 136 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 137 SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 138 SMK BERANGAN SMK BERANGAN
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 SMK BERANGAN Hasil Karya : Izyan Shahiran Bt Badri Hasil Karya : Nur Fatin Nasuha Bt Alias 139
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 SMK BERANGAN Hasil Karya : Nur Arrisha Bt Mohd Amir Kham Hasil Karya : Nur Hanania bt Zaki 140
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 SMK BERANGAN Hasil Karya : Auni Binti Nasir Hasil Karya : Nur Hani Damia Bt Mat Zaki 141
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 SMK BERANGAN Hasil Karya : Nur Dayana Sofia Bt Matyi Hasil Karya : Farah Fariesya Bt Yusoff 142
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 SMK BERANGAN Cinta di Bumi Merdeka Andai ku tanya padamu Apakah makna merdeka Ku sudah menduga Apa jawapanmu Merdeka itu padamu Bebas daripada belenggu Kisah silam yang serba pahit Kita lontar jauh-jauh Kita humban dari jiwa yang rapuh Namun bagiku Merdeka itu tidak terhenti di situ Perjalanannya masih panjang Masih berliku Andai kita daki satu persatu Jalanan berduri Akan ada yang jatuh, akan ada yang tewas Hati-hati saudaraku Tidak semudah itu laluan ke sana Untuk mengisi kemerdekaan itu sangat susah saudaraku Kita perlu telusuri dengan azam yang masih berbaki Dengan hati yang tulus, jiwa yang kental,semangat yang tidak pudar sampai bila-bila Genggam tangan, erat pautan Ayuh sahabatku Kita teruskan langkah ini tanpa henti Tanpa keluh kesah Demi anak bangsa kita Hasil Karya : Pn. Nor Hafizah Bt Harun Jalur Gemilang Kebanggaanku Jalur gemilang Dulu, sebelum kau berkibar megah di tiang tinggi Kau tidak bererti di mata penjajah Namun kini, kau lambang kebanggaan watan Menjadi bukti perjuangan tangan tua Untuk bebas daripada cengkaman tangan-tangan besi Yang merenggut segalanya Dangan pahit jerihnya Pahlawan bumi bertuah ini berjuang membebaskan bentala Biar tumpah darah bertitiskan air mata Tidak mereka gentar hadapi musuh Tidak mereka berundur walau selangkah Jalur gemilang Semoga kau terus hidup di mata, di hati kami Jangan pudar warnanya untuk mewarnai tanah air kami Semoga kibaranmu tika 31 Ogos memaknakan merdeka Kepada mereka yang alpa sejarah lama Di mana kaki aku berdiri Akan ku bawamu bersamaku ke persada dunia Hasil Karya : Dhia Dalili bt Munir (5TP) 143
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 SMK BERANGAN Memaknakan Kemerdekaan Semalam Ku lihat debu-debu berterbangan Sisa sejarah silam Mengingat kembali Peristiwa kelam Pahit untuk ditelan Kurasa Sudah tiba masanya Anak watan di bumi merdeka ini Sedar,bangkit Untuk menepis kepahitan semalam Yang jika dilupakan Akan kembali semula Menerjah di ruang kebebasan Merobek kembali Harta, tanah pusaka, maruah bangsa Jika itu berlaku Di mana tugas kalian, tugas kita Tanah air yang menjadi kediaman Pusaka warisan nenek moyang Diragut kembali Apakah kalian tidak bimbang? Duhai anak watan Ayuh, memaknakan kemerdekaan Itulah perjuangan kita yang tiada batasan Hasil Karya : Erma Murni (5T) ~ Friendship ~ My life has been touch By Allah today For He saw to it To send a friend my way And i want you to know Wherever you may be How much beautiful joy your friendship Has brought to me Nothing can compare To the warmth of a friend And you means the world for me I count you among my blessings At each day’s end You’re such an amazing person ever And anybody would be so lucky To be able to even get to know you. You’re like my other half Without you as my best friend I would be so sad & incomplete So thank you friend For making me smile And sending some memories Across the miles I love you to the infinity !!! Hasil Karya : Fatihah & Zunash ( 5 TP) 144
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 SMK BERANGAN Pantun Nasihat Ikan senohong ditangkap Pak Ali, Dijual di pekan pasar Che Suri, Amalan berbohong jangan sesekali, Padah ke badan malunya sendiri. Tepuk air di atas dulang, Sambil melihat si burung nuri, Jangan dibuka aibnya orang, Kelak akan memakan diri. Berjalan-jalan ternampak rusa, Rusa seekor berbelang jantan, Janganlah kita berputus asa, Berusaha itu tangga kejayaan. Bulan terang hiasi malam, Hijau padi disemai sendiri, Jauhi perang berilah salam, Jagalah budi manfaat diri. Berlari-lari mencari madu, Jatuh terbaring terkena semalu, Setiap orang mempunyai ibu, Untuk disayang dan dijaga selalu. Hasil Karya : Persatuan Bahasa Melayu Bulan Ramadhan bulan puasa, Bulan Muharam bulan asyura, Mari kita hormat ibu bapa, Pasti kita hidup gembira. Memasang lukah di tepi sawah, Terjerat ikan si anak kelisa, Amalan bersedekah disenangi Allah, Marilah amalkan sepanjang masa. Rumah Cik Siah rumah puaka, Tempat kita menjamu laksa, Ibu dan ayah jangan diderhaka, Kelak hidup akan terseksa. Tumbuh subur pokok pegaga, Tidak berbaja akhirnya mati, Tutur kata haruslah dijaga, Agar hidup sentiasa dihormati. Memasang lukah di tepi sawah, Terjerat ikan si anak kelisa, Amalan bersedekah disenangi Allah, Marilah amalkan sepanjang masa. 145
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 SMK BERANGAN Seloka 4 Jebat Cikgu Syarifah ibunda kami, Mengajar Sejarah bagus sekali, Titipan nasihat selalu diberi, Agar muridnya berbudi pekerti. Datang ke sekolah awal pagi, Menggalas tugas tanggungjawab diberi, Syazwan Rani nama diberi, Ketua kelas yang baik sekali. Ninorhaneeria penolong kelas kami, Asyik bercantik setiap hari, Pandai mengurus tugas yang diberi, Walau suka keluar kelas sesekali. Inilah kisah sahabat kami, Buaya darat kami gelari, Kuat bercinta ke sana ke mari, Sahabat kami bernama Rahimi. Alia Maisarah nama diberi, Orangnya cantik berseri-seri, Waktu rehat ke sana sini, Pergi ke tandas kerap sekali. Irdina Syakira nama dibagi, Apabila bersembang rancak sekali, Makanan kesukaannya nasi beriani, Asyik-asyik pergi ke koperasi. Muhammad hafizudin nama indah berseri, Bermain bola hebat sekali, Waktu latihan rajin pergi, Hari pertandingan jarang dimenangi. Orangnya pelawak untuk kami, Bila bercakap tak henti-henti, Membuat kami senang hati, Dia penghibur bernama Rafiqi. Nama Zulkifeli indah sekali, Diam orangnya bergerak mencari, Suka berjalan ke sana sini, Orangnya tinggi manis sekali. Orangnya putih berseri-seri, Senyum sentiasa di awal pagi, Mohd Harmizan sahabat kami, Selalu berbahagi makanan elok pekerti. Orangnya kacak berserta tinggi, Apabila bertutur sopan sekali, Bermain sukan sangat diminati, Itulah dia Shamirul Hakimi. Ayub orangnya cute sekali, Duduk di belakang suka menyendiri, Selalu berangan-angn di tahap yang tinggi, Tapi belajarnya malas tak terperi. Hazreen Iskandar nama diberi, Bermain bola setiap pagi, Kulitnya gelap manis sekali, Hobinya suka bermain ragbi. Inilah pemuda yang bijak berkata, Di dalam kelas senyap sahaja, Najmi Ishami pendiam orangnya, Tai berbakat apabila berkarya. Alya Maisarah diberi nama, Cantik berseri comel orangnya, Kalau ketawa tak ingat dunia, Datang ke sekolah selalu ceria. Nur Fadillah orang gelari, Gadis bijak di kelas ini, Datang ke sekolah awal pagi, Sangat berdisiplin setiap hari. Adriana Batrisyia nama puteri, Orangnya kurus dan juga tinggi, Pabila makan tak henti-henti, Tapi badannya masih slim sekali. Ainul Mardhiah gadis misteri, Orangnya putih sedikit berisi, Pabila bercakap kuat sekali, Tapi orangnya baiklah hati. Hasil Karya :Pelajar 4 Jebat 2022 146
UNGGUL EDISI 15 | 2022/23 SMK BERANGAN Seloka 4 Kasturi Dengarkan seloka 4 Kasturi, Di kala sunyi buat penyeri, Buat gurauan di pagi hari, Moga jadi pedoman kelak nanti. Teacher Sabrina comel orangnya, Tutur katanya sangat berguna, Guru Kelas 4K yang paling bijaksana, Budi dan akhlak sangat mulia. Muazzam ketua yang tak banyak helah, Orangnya rajin dan awal ke sekolah, Bermain lontar peluru untuk wakil daerah, Atlit sukan yang tak pernah kalah. Penolong kami bernama Anas, Berpakaian cantik sungguh kemas, Di rumah menjadi anak emas, Bercita-cita menjadi tauke emas. Mohamad Hakim pendiam orangnya, Sangat disayangi ibunya sentiasa, Ramai gadis suka padanya, Baik budinya sangat mulia. Mohammad Syawal empunya nama, Duduk termenung sepanjang masa, Otak berjalan entah ke amna, Sampai dia tak ingat dunia. Luqman bin Hamid nama diberi, Waktu rehat selalu ke koperasi, Lewat ke sekolah setiap pagi, Asyik didenda setiap hari. Nuraisya Emalin kecil orangnya, Berjalan-jalan tak ingat dunia, Anak sulung kepada ibunya, Bila ditegur tak dengar kata. Balqis orangnya sangat peramah, Menolong orang di sekitar rumah, Orangnya sangat baik di sekolah, Manis bertutur sikap berhemah. Fathin Natasha comel orangnya, Tutur katanya sangat berguna, Dia juga baik hati sifatnya, Ke mana pergi orang berkatakata. Cute orangnya bernama Aliffa, Datang ke sekolah menaiki kereta, Rajin orangnya tak terkata, Manis mulutnya tutur bicara. Saidatul Najwa baik orangnya, Setiap hari asyik bercerita, Dengan Aliffa satu kepala, Selalu diperli tapi tak pernah terasa. Adam Haikal riang orangnya, Anak sulung dari keluarganya, Menegur orang setiap masa, Selalu berjalan ke sana ke sini. Orangnya pandai manis pula, Anak kesayangan cikgu BM kita, Orangnya baik tak kira masa, Dialah Aniq Zakuan punya cerita Amin pula orangnya begini, Jejaka tampan dan baik sekali, Sekali berbunyi tidak pernah berhenti, Inilah contoh yang kita cari-cari. Muhaimin Mukhriz pelajar yang bijak, Di dalam kelas makan punya banyak, Apabila dipanggil dia buat pekak, Tapi rajin dan sungguh berakhlak. Adriana Syahirah comel orangnya, Buat kerja sekolah sangat sempurna, Selalu tersenyum ke mana-mana, Budi dan akhlak sangat mulia. Nur Syawzwana kawan yang baik, Ditambah pula sangatlah cantik, Apabila ketawa terbahak-bahak, Dek kerana suka membuat lawak. Anak sulung dalam keluarganya, Aqila Najihah rendah orangnya Kami bersama ke mana-mana, Tak pernah berenggang apabila bersama. Nur Dayana pendiam orangnya, Baik dan peramah itulah sifatnya, Tuannya pemalu sepanjang masa, Bila ditegur tersengih-sengih wajahnya. Cita-cita nak jadi atlet berjaya, Setiap hari berlatih sentiasa, Dany Hafiy orangnya yang dikata, Selalu termenung sepanjang masa. Ateh nama gelaran diberi, Kepada Fakhrullah empunya diri, Ke sekolah lewat setiap hari, Bila ditanya pelbagai alasan terperi. Dengarkan cerita seorang pelajar, Danish Darwisy apabila digelar, Di dalam kelas asyik tertidur, Mengantuk selalu tak boleh ditegur Hasil Karya :Pelajar 4 Kasturi 2022 147