KERTAS KERJA FAMILY DAY 2021
KERTAS KERJA HARI KELUARGA
TN KAMAL BIN JAMALUDIN DAN PN ROHANA BT SHARIFF (KAJA ANASA)
KALI PERTAMA / 2021
1. PENGENALAN
Hari Keluarga yang akan diadakan merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim dan
hubungan kekeluargaan sasama keluarga masing-masing. Ini kerana institusi keluarga adalah saluran
asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu, dalam melahirkan
sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Penganjuran Hari Keluarga ini juga merupakan salah
satu wadah untuk untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua ahli keluarga.
Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Hari Keluarga ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu
platform semangat muhibbah antara adik beradik dan keluarga. Antara pengisian dalam Hari Keluarga
ini meliputi kerohanian dan sukan. Adalah menjadi harapan agar sambutan Hari Keluarga ini akan
meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya.
2. OBJEKTIF
2.1 Memberikan ruang kepada ahli keluarga untuk melakukan aktiviti bersama keluarga mereka
dalam pengisian masa yang terluang.
2.2 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan
ahli keluarga.
2.3 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni
melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
2.5 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan adik beradik sekaligus
dapat memantapkan lagi institusi kekeluargaan yang sedia ada.
3. TEMA
Cadangan tema hari keluarga ialah “SANTAI DAN HAPPY2 AJALAH”
Cadangan tema baju ialah warna “BEBAS”
4. PERINCIAN PROGRAM
4.1 Tarikh : 19 – 21 Disember 2021 (AHAD - SELASA)
4.2 Tempat : RJ Villa Homestay, Melaka
4.3 Anggaran Bil Peserta : 29 orang
5. PESERTA
Semua ahli keluarga.
6. AHLI JAWATANKUASA
Sila lihat LAMPIRAN 1
7. TENTATIF PROGRAM
Sila lihat LAMPIRAN 2
8. MAKANAN/JAMUAN BBQ
Sila lihat LAMPIRAN 3
9. ANGGARAN KUTIPAN DAN PERBELANJAAN
Sila lihat LAMPIRAN 4
10. PENGISIAN PROGRAM
11.1 Solat Berjemaah serta Tahlil dan doa selamat
11.2 Acara sukaneka untuk ahli keluarga dan anak-anak
11.3 Jamuan BBQ
11.4 Majlis tukar-tukar Hadiah
11. PENUTUP
Dengan terlaksananya Hari Keluarga pada tahun 2021 ini diharapkan dapat mengeratkan lagi
hubungan silaturahim dan muhibbah di kalangan ahli keluarga , di samping dapat mewujudkan
persefahaman dan semangat kekeluargaan serta kasih sayang dikalangan ahli keluarga.
LAMPIRAN 1
AHLI JAWATANKUASA HARI KELUARGA KALI PERTAMA 2021
Penaung :
Tn. Kamal bin Jamaludin
Penasihat :
Pn. Rohana bt Shariff
Pengerusi : Nur Arif bin Kamal
Timbalan Pengerusi : Aimi Ayuni bt Kamal
Setiausaha : Khairunnisa Najlaa bt Kamal
Bendahari : Siti Nazirah bt Mohamad Haris
JK Penginapan: Nur Arif bin Kamal
JK Pendaftaran & Urusetia : Aimi Ayuni bt Kamal
JK Sukan & Rekreasi : Khairunnisa Najwa bt Kamal/ Khairunnisa Najlaa bt Kamal
JK Sumbangan & Hadiah : Aimi Ayuni bt Kamal/ Khairunnisa Najlaa bt Kamal
JK Logistik, Teknikal & Peralatan : Mohd Khairul Aizat bin Kamal
JK Kebajikan & Kecemasan : Nur Iman bin Kamal
JK Pengacara Majlis/Aturcara Majlis : Nur Iman bin Kamal/ Nur Arif bin Kamal
JK Jamuan/BBQ : Khairunnisa Najwa bt Kamal
LAMPIRAN 2
TENTATIF PROGRAM
19 Disember 2021 (Ahad)
03.00 ptg - Ketibaan ahli keluarga di RJ Villa Homestay, Melaka
- Check in
Solat Asar, Makan petang (sendiri), Mandi Kolam, Riadah.
4.00 ptg - Rehat/ Solat Jamaq & Qasar Maghrib Isyak (Berjemaah)
7.00 mlm - Bacaan Tahlil dan Doa Selamat.
7.45 mlm - Makan Malam
8.30 mlm - Aktiviti bebas/ Santai Malam
9.00 mlm - Tidur
11.30 mlm -
20 Disember 2021 (Isnin)
7.30 pg - Sarapan
8.30 pg - Sukaneka/ Treasure Hunt/ Mandi Kolam
Kategori kanak2
1. Kepit bola
2. Bawa bola dalam sudu
3. Cari gula2 dlm tepung.
Kategori berpasangan
1. Pancing botol
2. Ikat belon (spe pecah lmbt dia menang)
3. lambungan kasih asmara
Kategori perempuan
1. Cari kacang hijau tepung
2. isi air dlm botol
3.squid game biscuit
Kategori lelaki
1. Makan buah epal
2. asing kacang guna chopstick
3. makan biskut tanpa pegang
Kategori bebas
Permainan misteri
11.30 pg - Makan tengahari/ Rehat/ Solat
01.30 ptg - Aktiviti Bebas
06.00 ptg - Persiapan untuk Jamuan BBQ.
07.00 mlm - Solat/ Urus diri
07.45 mlm - Jamuan BBQ
08.15 mlm - Acara tukar hadiah
09.15 mlm - Aktiviti bebas/ Santai malam
21 Disember 2021 (Selasa)
07.00 pg - Sarapan pagi/ mandi/ urus diri/ santai
11.00 pg - Kemas Homestay/ Check out/ Ziarah Pak Su
LAMPIRAN 3
MAKANAN/JAMUAN BBQ
Catering oder
Ahad 19/12/21
Dinner
Nasi putih - 23 pax
Asam pedas ikan kembung - 10 pax
Ayam goreng kunyit - 20 pax
Bendi goreng - 12 pax
Teh o ais - 25 pax
Rm197.50
Isnin 20/12/21
Breakfast
Nasi lemak - 23 pax
Ayam goreng - 30 ketul
Teh tarik - 15 pax
Teh o - 15 pax
Rm166.50
Lunch
Set nasi butter , air sirap - 15 pax (dewasa)
Nasi butter, Ayam kurma dan Sirap ais – 8 pax (kanak-kanak)
Rm168
Dinner
BBQ
Nasi goreng kg - 7pax
Nasi goreng cina- 5 pax
Ikan cencaru - 8 ekor
Sosej - 3 pack
Ayam perap tak pedas - 15 ketul
Udang - 20 ekor
Sotong - 8 ekor
Air asam
Sos black paper
Sos cili
Rm280
Total Rm812
LAMPIRAN 4
ANGGARAN KUTIPAN DAN PERBELANJAAN
KUTIPAN:
1 KELUARGA RM 400 – 7 X RM 400 = RM 2800.00
SUMBANGAN/SPONSOR = RM 600
ANGGARAN PERBELANJAAN :
1. Penginapan :
JUMLAH = RM 2500.00
2. Hadiah/Alatan (Sukaneka) :
JUMLAH = RM 50.00
3. Hadiah Pak Su Halim :
JUMLAH = RM 50.00
4. Makan
JUMLAH = RM 812.00
JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN : RM 3412.00
PERINGATAN :
*SETIAP KELUARGA DIKEHENDAKI MEMBAWA HADIAH UNTUK SESI PERTUKARAN HADIAH.
"JUMPA ANDA DI SANA!!! :), BERHATI-HATI MEMANDU OK!!"