I INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU KELANTAN DARUL NAIM GISC1082 ISU SEMASA DAN CABARAN MASA DEPAN Nama : NUR FARAH NAJWA DAMIA BINTI MOHAMMAD FADZLI No. K/P : 060902-06-0016 Angka Giliran : 2024082310117 Program : PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP) Ambilan : OGOS 2024/2029 Unit : BM2 Nama Pensyarah : DR. MURNI BINTI DERAMAN Tarikh Hantar : 10 MAC 2025 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri
I kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: Tarikh : PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: Tarikh : _____________________ Kriteria Penulisan Esei(40%) Jumlah Pemeriksa 1 Pemeriksa 2
I INSTITUTPENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU BORANG MAKLUM BALASPENTAKSIRAN BERTERUSAN (PROJEK/AMALI) Nama: NUR FARAH NAJWA DAMIA BINTI MOHAMMADFADZLI Angka Giliran Pelajar: 2024082310117 Tajuk Tugasan: Pensyarah: DR. MURNI BINTI DERAMAN Kursus/Mata Pelajaran:GISC1082 Tarikh Hantar: 10 MAC 2025 Tarikh Diterima (Diisi oleh pensyarah): Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa tugasan ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan: Tarikh:10 MAC 2025 ( NUR FARAH NAJWA DAMIA BINTI MOHAMMADFADZLI ) Perincian Maklum Balas Tugasan Pemeriksa: Moderator (jika berkenaan) Kekuatan: Kekuatan: Aspek yang boleh diperbaik: Aspek yang boleh diperbaik: Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh: Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum Balas Yang Diberikan Pensyarah Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan saya fahami. Catatan (jika ada)
I
I BIODATA PELAJAR NAMA : NUR FARAH NAJWA DAMIA BINTI MOHAMMAD FADZLI NOMBOR K/P : 060902-06-0016 E-MEL : [email protected] NO. TEL : 017-9742103 PROGRAM : PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP) KURSUS : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 2 TARIKH LAHIR : 02 SEPTEMBER 2006 NAMA PENJAGA : MOHAMMAD FADZLI BIN MAT YUSUF NO. TEL. PENJAGA : 010-9279542 ALAMAT : 235, FELDA SUNGAI NEREK, 28030 TEMERLOH, PAHANG
I
I HALAMAN PENGAKUAN “Saya akui bahawa penulisan laporan ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.” Tandatangan : Nama Pelajar : NUR FARAH NAJWA DAMIA BINTI MOHAMMAD FADZLI Tarikh : 10 MAC 2025
I
I TUGASAN 2: Penulisan Esei (40 %)HPP2(30%), HPP10(10%) “Kegiatan ekonomi tidak lagi dibatasi oleh sempadan geografi, bahasa, budaya dan ideologi politik sesebuah negara. Sebaliknya sistem ekonomi setiap negara bergerak secara lebih terbuka atas dasar perlumemerlukan dan gantung-bergantungan antara satu sama lain. Dunia diibaratkan seperti sebuah planet yang tidak mempunyai sempadan (borderless) dan terdapat banyak peluang yang boleh diambil oleh setiap negara untuk meningkatkan tahap ekonominya dan cabaran yang harus dihadapi dalam menghadapi perubahan sejagat ini untuk manfaat masyarakat dan negara.” Dr. Joni Tamkin b. Borhan, Peranan dan Cabaran Ekonomi Islam dalam Era Globalisasi: Satu Analisis, hlm.143, http:// www.mjs.um.edu.my Berdasarkan petikan di atas, secara individu, anda dikehendaki menilai isu dan cabaran masa depan Malaysia serta langkah mengatasi dalam konteks perkembangan Revolusi Industri semasa dan era globalisasi.
I PENGHARGAAN “DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG” Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyempurnakan tugasan kursus GISC1082 ISU SEMASA DAN CABARAN MASA DEPAN dalam kekangan masa dan pengisian waktu yang cukup mencabar sebagai bakal guru. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dr. Murni Binti Deraman, pensyarah yang mengajar bagi subjek ini atas segala perkongsian dan tunjuk ajar sepanjang menjalankan tugas. Juga ucapan terima kasih ini semestinya tidak dilupakan buat semua ahli keluarga atas sokongan moral dan dukungan doa yang diberikan. Buat semua warga IPG Kampus Kota Bharu dalam setiap kemudahan yang disediakan, terima kasih juga. Akhir sekali, buat semua rakan bakal guru seperjuangan, terima kasih dengan setiap perkongsian ilmu, idea dan huluran bantuan seiring tujuan kita bersama. Semoga kita semua sama-sama tiba ke destinasi gurunya. Insya-Allah. “KAMI BANGGA MENJADI GURU” NUR FARAH NAJWA DAMIA BINTI MOHAMMAD FADZLI
I ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1.0 Pengenalan 1 2.0 Isu dan Cabaran Ekonomi Dalam Era Globalisasi 2 3.0 Isu Pengangguran Dalam Konteks Era Globalisasi 3 4.0 Langkah Mengatasi Isu Pengangguran Dalam Konteks Revolusi Industri 4.0 4-5 5.0 Penutup 6 Rujukan 7-8
I 1.0 PENGENALAN Ekonomi Malaysia telah berkembang pesat sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2024. Hal ini didorong oleh aktiviti pelaburan yang kukuh dan peningkatan eksport yang berterusan. (Business Today Editorial, 2025) Beberapa tokoh ekonomi turut memberikan pandangan mereka berkenaan dengan keadaan semasa ekonomi di Malaysia seperti Tan Sri Abdul Wahid Omar yang merupakan Pengerusi Bursa Malaysia. Beliau menyatakan bahawa ekonomi Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk menghadapi cabaran ekonomi global pada tahun 2025. Beliau juga turut menekankan tentang kestabilan dasar dan tumpuan strategik negara terhadap sektorsektor pertumbuhan utama sebagai salah satu faktor utama yang membolehkan Malaysia mengesan ketidaktentuan luaran seperti perubahan dasar global. (Abdul Wahid Omar, 2025)
I 2.0 ISU DAN CABARAN EKONOMI MALAYSIA DALAM ERAGLOBALISASI Pengangguran merupakan isu ekonomi yang banyak memperngaruhi kestabilan sosial dan pertumbuhan ekonomi negara. Terdapat empat jenis pengangguran iaitu pengangguran bermusim, kitaran, struktur dan teknologi. Selain itu, isu pengangguran sering diperkatakan kerana menjejaskan ekonomi negara tetapi kadar pengangguran menunjukkan trend menurun yang memberangsangkan. Pada September 2024, kadar pengangguran telah menurun sebanyak 3.2 peratus iaitu dengan jumlah pengangguran sebanyak 555,300 orang. Hal ini menunjukkan bahawa ekonomi negara sedang dalam fasa pemulihan selepas pandemik Covid-19 melanda. (Bernama, 2024) Namun begitu, penurunan ini bukanlah sebab untuk kita terlepas pandang tentang cabaran isu ini seperti pengangguran belia. Pengangguran dalam kalangan belia yang berumur 15 tahun hingga 24 tahun masih membimbangkan walaupun kadar pengangguran menurun secara keseluruhannya. Pada September 2024 juga, kadar pengangguran belia meningkat sedikit iaitu 10.5 peratus yang turut melibatkan sebanyak 304,200 individu. Justeru, hal ini menunjukkan bahawa golongan belia mempunyai masalah disebabkan ketidakpadanan kemahiran atau kekurangan pekerjaan dan cabaran dalam memasuki pasaran pekerjaan. (Bernama, 2024) Bukan itu sahaja, cabaran lain isu pengangguran ialah kebanyakkan syarikat sukar untuk menyediakan pekerjaan tetap. Hal ini dikatakan demikian kerana beberapa syarikat lebih memilih untuk menawarkan pekerjaan kontrak berbanding pekerjaan tetap. Hal ini juga menyebabkan pekerja tidak mempunya jaminan untuk bekerja dalam jangka masa yang panjang. Tambahan lagi, terdapat juga persaingan dengan tenaga kerja asing. Kebiasaannya, sektor seperti pembinaan dan perkilangan mempunyai banyak pekerja asing. Hal ini membuatkan rakyat tempatan terpaksa untuk bersaing kerana kekurangan peluang pekerjaan. Justeru, kebanyakkan majikan cenderung untuk mengambil tenaga kerja asing kerana kesanggupan mereka untuk menerima gaji yang lebih kecil.
I 3.0 ISU PENGANGGURAN DALAM KONTEKS ERAGLOBALISASI Perubahan besar yang berlaku dalam pasaran tenaga kerja telah dibawa oleh era globalisasi seperti membuka peluang pekerjaan yang baharu. Walau bagaimanapun, cabaran yang menyebabkan kadar pengangguran meningkat juga turut terwujud dalam kalangan rakyat seiring dengan era globalisasi. Terdapat pelbagaifaktor yang memicu kepada pengangguran dalam konteks era globalisasi. Antara faktor yang memicu pengangguran ialah ketidakpadanan kemahiran dalam pasaran global. Hal ini kerana pasaran global lebih memilih dan menuntut pekerja yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam automasi, teknologi dan kecerdasan buatan seperti AI. Malaysia masih kekurangan graduan yang mempunyai kemahiran dalam ekonomi digital dan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Disebabkan itulah ramai graduan sukar untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang berkaitan dengan bidang ini. Selain itu, faktor lain ialah ketidakstabilan ekonomi global. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat krisis kewangan global, konflik geopolitik dan pandemik yang meninggalkan kesan negatif terhadap kadar pengangguran di Malaysia. Contohnya, ketika Malaysia dilanda pandemik Covid-19, banyak syarikat yang antarabangsa yang mengurangkan waktu operasi. Hal ini menyebabkan ramai pekerja tempatan kehilangan pekerjaan. Di samping itu, urbanisasi dan isu pengangguran luar bandar juga merupakan salah satu faktor yang memicu kepada pengangguran dalam konteks era globalisasi. Hal ini kerana globalisasi menarik lebih ramai penduduk luar bandar untuk ke bandar besar bagi mencari pekerjaan. Namun, terlalu ramai penduduk luar bandar yang pergi ke bandar menyebabkan mereka sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang stabil dan berlaku persaingan peluang pekerjaan. Seterusnya, hal ini juga menyebabkan peningkatan kadar pengangguran di kawasan bandar.
I 4.0 LANGKAH MENGATASI ISU PENGANGGURAN DALAM KONTEKS REVOLUSI INDUSTRI Revolusi Industri4.0 (IR4.0) merupakan satu gelombang yang membawa kepada perubahan dalam sektor perindustrian. Walau bagaimanapun, hal ini dicetuskan oleh kemajuan teknologi digital, automasi dan kecerdasan buatan (AI). perubahan besar yang dibawa oleh Revolusi Industri 4.0 ialah cara manusia bekerja, berinteraksi dan menjalankan perniagaan. Namun, terdapat juga langkah untuk mengatasi isu pengangguran yang berleluasa ini dalam konteks Reolusi Industri 4.0. Langkahnya ialah memperkukuhkan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional(TVET). Hal ini kerana TVET memainkan peranan yang besar dalam menyediakan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan relevan dengan keperluan industri semasa. Kerjasama yang dilakukan antara institusi TVET dan industri dapat memastikan bahawa latihan yang selaras dengan permintaan pasaran pekerjaan dapat diberikan. TVET juga perlu menggalakkan pembangunan kemahiran digital dan memperkenal dasar tenaga kerja. Hal ini untuk melindungi tenaga kerja tempatan daripada persaingan global yang tidak seimbang ini. Selain itu, langkah mengatasi isu pengangguran ialah kita perlulah menggalakkan budaya inovasi dan kreativiti. Hal ini kerana masyarakat memerlukan galakkan untuk mengamalkan budaya inovasi dan kreativiti. Hal ini juga bagi menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi. Malah, langkah ini juga turut membantu dalam memperkenalkan program yang dapat memupuk pemikiran kritis serta penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar dan pekerja. Tambahan lagi, kita juga boleh melaksanakan langkah untuk menyediakan platform pencarian kerja yang efisien. Hal ini dikatakan demikian kerana portal pencarian kerja seperti JobsMalaysia perlu dinaik taraf bagi memudahkan masyarakat yang sedang mencari kerja untuk mendapatkan maklumat tentang peluang pekerjaan yangs sesuai dari segi kemahiran mereka. Oleh itu, portal JobsMalaysia 2.0 (JM2.0) telah dilancarkan bagi meningkatkan kecekapan pasaran buruh. Jika kita melaksanakan langkah-langkah ini, negara kita iaitu Malaysia dapat mengurangkan kadar pengangguran dan memastikan tenaga kerja tempatan dapat bersedia menghadapi cabaran yang dibawa oleh Revolusi Industri 4.0.
I 5.0 PENUTUP Konklusinya, Revolusi Industri 4.0 dan globalisasi merupakan fenomena yang saling berkaitan dan memberikan impak yang besar terhadap dunia moden. Jika ditinjau dari segi Revolusi Industri, ia membawa perubahan yang besar dalam sektor perindustrian, pekerjaan dan kehidupan seharian melalui penggunaan teknologi digital, automasi dan kecerdasan digital. Namun, globalisasi pula membantu dalam mempercepatkan penyebaran maklumat, perdagangan dan integrasi ekonomi antara negara. Walau bagaimanapun, gabungan kedua-dua fenomena ini mencetuskan peluang baru dalam pertumbuhan ekonomi digital, peningkatan produktiviti serta kemudahan akses kepada pelbagai sumber dan pasaran global. Oleh itu, kita hendaklah berganding bahu mengatasi isu pengangguran di negara kita agar dapat mencapai kemajuan dan tidak dipandang rendah oleh negara lain. Hal ini juga membantu negara kita untuk duduk sana rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain.
I RUJUKAN Abdul Wahid Omar. (2025). *Malaysia well-positioned for 2025's economic challenges, says Bursa Malaysia chairman*. Business Today. Bank Negara Malaysia. (2025). *Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2025*. Putrajaya: Bank Negara Malaysia. Bernama. (2024). Bilangan penganggur terus menurun dengan kadar 3.2 peratus pada Sept 2024 - DOSM. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bilanganpenganggur-terus-menurun-dengan-kadar-32-peratus-pada-sept-2024-dosm-495437 Business Today Editorial. (2025). Malaysia well-positioned for 2025's economic challenges, says Bursa Malaysia chairman. BusinessToday. https://www.businesstoday.com.my/ 2025/01/21/malaysia-well-positioned-for-2025s-economic-challenges-says-bursa-malaysiachairman/ Harits Asyraf Hasnan (2019). IR4.0: Kerajaan sedia atasi pengangguran - Kula. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/berita-terkini-ir4-0-kerajaan-sedia-atasipengangguran-kula-222510 Karangan Net. (2022). Contoh karangan SPM: Punca masalah pengangguran. Karangan Net. https://karangan.net/punca-masalah-pengangguran/ Kementerian Kewangan Malaysia. (2024). *Laporan Ekonomi 2024/2025*. Putrajaya: Kementerian Kewangan Malaysia. Muhamad Danial Harith (2020). Jenis-jenis pengangguran [Prezentasi]. Prezi. https://prezi.com/ p/tqm8gfng8gem/jenis-jenis-pengangguran/ ohkarangan. (2019). Karangan SPM - punca-punca wujudnya pengangguran dan cara-cara mengatasinya. ohkarangan. https://ohkarangan.blogspot.com/2019/05/karangan-spmpunca-punca-wujudnya.html Prof. Madya Ts. Dr. Md Fauzi Ahmad dan Prof. Dr Abdul Talib Bon. (2023). TVET mampu atasi
I masalah pengangguran. Tinta Minda BERNAMA. https://www.bernama.com/bm/tintaminda/ news.php?id=2212952 Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. (2023). Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara. MyDIGITAL. https://www.mydigital.gov.my/wp-content/uploads/ 2023/08/The-National-Fourth-Industrial-Revolution-Policy_BM.pdf