TARIKH: 20 JANUARI 2021 (RABU)
TEMPAT: KELAS PRASEKOLAH
MASA PENDAFTARAN ADALAH SECARA
BERPERINGKAT MENGIKUT KELAS:
8.30 PAGI - PRA JUJUR
9.30 PAGI - PRA AMANAH
10.30 PAGI - PRA IKHLAS
TENTATIF PROGRAM
Aktiviti
Kehadiran murid bersama ibu/bapa/penjaga SECARA
BERPERINGKAT mengikut masa kelas yang telah ditetapkan.
Pemeriksaan suhu.
Pemeriksaan kutu.
Murid bersama ibu/bapa/penjaga bergerak ke kelas prasekolah yang telah
ditetapkan.
Ibu/bapa/penjaga menghantar borang berkaitan.
Selesai ibu/bapa/penjaga pulang. Murid pulang apabila tamat waktu
pembelajaran.
WAKTU PEMBELAJARAN
Bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
4 jam termasuk waktu rehat.
KURIKULUM
Menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kementerian
Pendidikan Malaysia
PERATURAN PRASEKOLAH
MURID
Mesti berada di sekolah pada jam 7.20 pagi.
WAJIB menghadiri perhimpunan pagi (Isnin) sebelum 7.20 pagi.
Perlu hadir setiap hari waktu persekolahan & ketidakhadiran perlu
dimaklumkan kepada guru dan disertakan surat/sijil sakit.
Mestilah berpakaian mengikut jadual yang ditetapkan.
Berkasut sekolah hitam @ putih dan berstoking sama warna kasut.
TIDAK DIBENARKAN membawa wang saku ke sekolah.
Kepunyaan murid seperti kasut dan stoking perlulah di tulis nama untuk
mengelakkan daripada hilang.
Ibubapa/penjaga perlu memaklumkan kepada guru jika murid mempunyai
masalah kesihatan.
Ibubapa/penjaga WAJIB mengambil anak pada jam 12.00 tengah hari setiap
hari persekolahan.
Tiada khidmat penjagaan anak selepas waktu kelas.
Sila maklumkan kepada guru kelas masing-masing sekiranya tidak dapat
mengambil anak pada hari tersebut dan sekiranya mewakilkan kepada orang
lain untuk mengambil anak jagaan tersebut dari sekolah.
Segala peraturan WAJIB dipatuhi.
LELAKI
Berambut pendek bagi lelaki – tidak berfesyen.
PEREMPUAN
Murid perempuan yang berambut panjang mestilah diikat dan didandan
kemas. Hanya pengikat dan cekak rambut yang berwarna HITAM sahaja
yang dibenarkan.
Bagi murid perempuan yang bertudung, hanya tudung sekolah berwarna
PUTIH sahaja yang dibenarkan.
TIDAK DIBENARKAN memakai barangan berharga seperti rantai dan
anting-anting.
HARI JADUAL PAKAIAN PRASEKOLAH
ISNIN, RABU &
JUMAAT PAKAIAN
T.SHIRT PUTIH DAN TRACK SUIT
SELASA & KHAMIS PRASEKOLAH
T.SHIRT SUKAN DAN TRACK SUIT SEKOLAH
HAL-HAL LAIN
Surat ketidakhadiran bimbang covid sah hanya untuk 7 hari sahaja. Selepas
7 hari ibu bapa perlu hantar semula surat tersebut.
Tiada yuran dikenakan oleh KPM.
Latih pengurusan diri murid sebelum sesi persekolahan bermula
(Penggunaan tandas, pakai seluar, stoking, penjagaan barang dan lain-lain).
Group whatsapp hanya untuk sebaran maklumat yang berkaitan dengan
prasekolah. Hanya admins yang boleh menghantar maklumat.
Sebarang masalah berkaitan anak, sila pm guru.
Batas waktu untuk mesej.