The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ict.sksbd, 2022-02-03 00:09:41

e-Buku Program MGB Muar

BUKU PROGRAM MGBM

MAJLIS GURU BESAR
DAERAH MUAR

KURSUS PENINGKATAN
PROFESIONALISME GURU BESAR

DAERAH MUAR

TARIKH:
16 - 18 FEBRUARI 2022
RABU HINGGA JUMAAT

TEMPAT:
HOTEL SERI MALAYSIA, MERSING.

ANJURAN:
MAJLIS GURU BESAR MUAR

KATA
ALU-ALUAN

Semanis Kata Pembuka Bicara

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan

untuk menitip sepatah dua kata untuk menyampaikan penghargaan kepada
seluruh warga MGB Muar. Tahniah kepada semua ahli jawatankuasa program ini
yang sentiasa memberi komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas-tugas
yang telah diamanahkan.

Sepanjang tahun 2020 dan hingga tahun 2021, kita semua menempuh
krisis penularan COVID 19 dengan pelbagai cabaran, namun saya yakin
cabaran ini tidak akan menjadi penghalang kepada semua warga sekolah untuk
menggapai kejayaan dan kecemerlangan. Dalam pada masa yang sama, kita
juga perlu mengimbangi segala hasrat ini dengan memastikan sekolah kekal
menjadi institusi yang selamat untuk semua warganya. Cabaran perubahan dan
krisis disebabkab COVID-19 seharusnya dijadikan titik permulaan untuk kita
semua mengubah cara berfikir serta tindakan kepada pemikiran serta tindakan
yang lebih kreatif dan inovatif dalam segala perancangan dan pelaksanaan.

Saya yakin, aspirasi sistem dan aspirasi murid yang digariskan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan sentiada menjadi
fokus utama untuk semua pihak iaitu tertumpu pada kualiti pembelajaran murid,
kualiti guru serta pemimpin sekolah. Pembelajaran murid di sekolah akan lebih
berkesan apabila ia dipacu dengan pengajaran yang berkualiti oleh guru serta
disokong oleh kepimpinan Guru Besar. Justeru itu, akauntibili perlu ada pada
semua pihak bagi menjamin pembelajaran murid diutamakan.

Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga sekolah
serta ucapan syabas dan tahniah sekali lagi kepada MGB Muar. Semoga terus
maju jaya. Sekian.
Salam Hormat
Tuan Haji Rahman Bin Selamat
Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Muar

Seuntai Madah Pemanis Kata

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi

kerana diberi kesempatan untuk menitip sepatah dua kata bagi menzahirkan rasa penghargaan
dan tahniah kepada MGB Muar yang telah berjaya merancang sekaligus dapat melaksanakan
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Besar Daerah Muar bagi tahun 2022 ini.

Syabas kepada semua guru besar Daerah Muar atas kebersamaan dalam apa juga
aktiviti dan program yang telah dirancang. Sentiasa memberi komitmen yang tinggi dalam
menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan oleh KPM merupakan satu tanggungjawab
besar yang perlu dipatuhi untuk melestarikan kemenjadian murid yang menjadi fokus utama
dalam Sistem Pendidikan.

Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan penyaluran
ilmu kepada peserta mengenai cabaran dan halangan dalam persekitaran sekolah dan
masyarakat masa kini. Guru-guru besar perlu sentiasa menyedari bahawa kepimpinan adalah
satu proses pembelajaran yang berterusan dan seluas hayat.

Bidang pendidikan yang kian mencabar memerlukan setiap sekolah membina
perancangan yang rapi, sistematik dan holistik. Oleh yang demikian, saya berharap kita
sama-sama mengambil tindakan yang proaktif dalam mendukung cita-cita dan aspirasi tersebut.
Perancangan yang teliti dan relevan akan menjana kejayaan dan kecemerlangan sesebuah
sekolah.

Walaupun dalam norma baharu, saya percaya warga MGB Muar sentiasa bersedia
mendepani cabaran dunia Pendidikan. Patuhi SOP walau di mana sahaja kita berada. Semoga
semua terus cemerlang dan terbilang walau dalam apa jua situasi. Sekian.
Salam Takzim
En Mohd Sanusi Bin Hj Rahiman
(GB SRAB MUAR)
Pengerusi MGB Daerah Muar

PENDAHULUAN

Profesion perguruan merupakan satu profesion yang semakin
mencabar dewasa ini. Dunia pendidikan yang semakin rencam
memerlukan guru besar perlu sentiasa bersedia dengan pelbagai ilmu
agar dapat dimanfaatkan kepada semua guru.

Di samping itu, motivasi yang tinggi juga perlu dibekalkan kepada
setiap pendidik agar mereka dapat meningkatkan ilmu keprofesionalisme
dan sentiasa bersemangat untuk menjalankan tugas yang semakin
mencabar.

Sehubungan itu, program ini merupakan satu program ke arah

meningkatkan profesional guru besar, penerapan motivasi,

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme secara

berterusan, mewujudkan dan memantapkan nilai dan amalan

profesional serta usaha ke arah menjayakan semangat kekitaan dalam

organisasi.

Program yang diadakan di Hotel Seri Mersing, Mersing ini
merupakan salah satu aktiviti yang akan memberi kesan positif kepada
semua guru besar Daerah Muar.

OBJEKTIF

Memberi pendedahan dan penyaluran ilmu kepada
peserta mengenai cabaran dan halangan dalam
persekitaran sekolah dan masyarakat masa kini..

Guru besar-guru besar dapat memahami yang setiap diri
perlu mempunyai kualiti peribadi yang baik.

Guru besar-guru besar perlu sentiasa menyedari bahawa
kepimpinan adalah satu proses pembelajaran yang
berterusan dan seluas hayat.

Memberi peluang kepada semua guru besar berinteraksi
antara satu sama lain.

Membina keyakinan diri setiap guru besar dalam
menghadapi apa jua rintangan.

TENTATIF PROGRAM

RABU : Berkumpul di SK Parit Keroma Darat
9.00 pagi : Bertolak ke Mersing
10.00 pagi : Daftar masuk bilik penginapan
2.00 petang : House Keeping
3.30 petang : Ice breaking ( Jurulatih Pusat Koku )
5.00 petang : Makan malam
7.00 malam : Ucap Utama / Perasmian
8.30 malam
Tn Hj Anuar bin Sukiran (TPP SPS JPNJ)
KHAMIS
7.00 pagi : Sarapan
8.00 pagi : Slot 2 - En Muhamad Sulaiman bin Ahmad (TPPD SP PPD Muar)
9.30 pagi : Slot 3 - Tn Hj Roslan bin Atan (TPPD SP PPD Muar)
11.00 pagi : Rehat
11.30 pagi : Slot 4 - Cik Emilia Binti Mohd Diah (TPPD SPM PPD Muar)
1.00 petang : Makan tengah hari
3.00 petang : Slot 5 - En Abu Bakar bin Salleh (TPPD SPS PPD Muar)
5.00 petang : Slot 6 - Riadah
8.00 malam : Makan malam
8.30 malam : Slot 7 - Tn Hj Abd Rahman bin Selamat (KPPD PPD Muar)

JUMAAT : Sarapan
7.00 pagi : Slot 8 - Konvensyen MGB Muar 2022
8.00 pagi : Majlis penutup - Penyampaian Sijil dan Cenderahati
11.00 pagi : Daftar keluar bilik hotel
12.00 t/hari : Bertolak pulang
12.30 t/hari

AHLI
JAWATANKUASA

JAWATANKUASA
INDUK

Penaung : Tn Hj Abdul Rahman bin Selamat

(KPPD PPD Muar)

Penasihat : En. Abu Bakar bin Mohd Salleh

(TPPD SPS PPD Muar)

Pengerusi : En Mohd Sanusi bin Hj Rahiman

Timbalan Pengerusi: En Halid bin Tandang

Naib Pengerusi : En Muhamad Khairi bin Aziz

Setiausaha : Tn. Hj. Zulkurnain bin Abd Samad

Pen Setiausaha : Pn Siti Zaleha binti Ramlan

Bendahari : Pn Wahida binti Rosdi @
Mohamed Derus

JAWATANKUASA

TENTAPTEILFAKPSRAONGA RAM

AJK Pendaftaran, Sijil dan Cenderamata :
Pn Siti Zaleha binti Ramlan
n. Leni Salfarina binti A Ramlee
Pn. Hjh. Mazalizan binti Salim
Pn. Hanita binti Jamal

AJK Penginapan dan Kebajikan :
Tn. Hj. Mohd Nazim bin Ismail
En. Mohd Halid bin Tandang
Pn. Hjh. Aidah binti Sulaiman
Pn. Rashidah binti Ibrahim

AJK Pengangkutan :
En. Munawar bin Mohamad
En. Chua Choon Kiat
En. Shahbanizam bin Latip

AJK Jamuan :Pn. Hjh. Siti Mowlina binti Mashadi
Pn. Bariah binti Mohamed
Pn. Hjh. Fakariah binti Ismail
Pn. Rogita binti Mohamad Yacob

AJK Buku Program :
En. Ruslin @ Roslin bin Rahmat
En. Sallehudin bin Misnon
Pn. Noorlina binti Meskon
Pn. Nor Zuhiati binti Ismail

AJK Dokumentasi, Fotograti dan Penilaian :
En. Zulkefli bin Abdullah
En. Selvam a/l Ramasamy
En. Faisol bin Md Noor

AJK Pengacaraan Majlis :
En. Norsalihin bin Ismail
En. Mohd Daril bin Md Shah
Pn. Siti Hajar bin Karmani

AJK Bacaan Doa Majlis :
En. Nordin bin Kastor
Tn. Hj. Mohidin bin Kardani

AJK Ice Breaking dan Riadah :
Tn. Hj. Khairul Izam bin Abd Samad
En. Nor’azmi bin Ahmad
Pn. Rabu’ah binti Hassan
Pn. Tew Chai Lay

AJK Protokol Majlis :
En. Mohd Sanusi Bin Hj Rahiman
En Muhamad Khairi bin Aziz
En. Lee Cheng Huat
Pn. Normah binti Sulaiman

PENGHARGAAN

Sekalung penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam menjayakan

Kursus Peningkatan Profesionalisme
Guru Besar Daerah Muar.

TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version