The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nadiamizi01, 2021-12-02 04:22:05

E-MAJALAH

E-MAJALAH

SUKAN
MALAYSIA 2021

LEE ZII JIA
MENJADI

PENGGANTI LEE
CHONG WEI

KL WILDCATS
JUARA LIGA SUPER

BOLA JARING

PENONTON BOLEH
MASUK STADIUM

BOLA SEPAK

KL CITY MUNCUL
JUARA PIALA
MALAYSIA

DATUK NICOL
DAVID DIIKTIRAF
ATLET TERUNGGUL

SEPANJANG
ZAMAN SUKAN

DUNIA.

HOKI MALAYSIA KE
SUKU AKHIR JWT

SUKAN MENYATUKAN KITA

LEE ZII JIA MENJADI
PENGGANTI LEE CHONG WEI

Dunia badminton Malaysia sekali lagi

menggemparkan dunia. Pemain

perseorangan lelaki Negara, Lee Zii Jia

menewaskan juara bertahan Denmark,

Victor Alexson dan Kento Momota pemain

perseorangan nombor satu dunia dari

Jepun. Lee Zii Jia mungkin pengganti

terbaik, Datuk Lee Chong Wei yang

mengharumkan nama negara semenjak

satu dekad yang lalu. Backhand smash

milik Lee Zii Jia dilihat seringkali

mengelirukan lawan di gelanggang.

Jika dahulu kita terlampau bergantung

pada Lee Chong Wei sehingga tiada

pemain pelapis yang ditonjolkan. Benar

untuk menghasilkan seorang pemain

bertaraf dunia bukan satu perkara yang

mudah namun usaha-usaha mencari

pemain pelapis itu tidak perlu berhenti

hanya kerana kita berjaya menemui

“permata” baru. Bagi Lee Zii Jia perjalanan

baru sahaja bermula dan masih banyak

usaha perlu diteruskan untuk meletakkan

beliau sebaris pemain legenda badminton

dunia. Bagi BAM (Badminton Association

KACAK DAN SKILL MANTAP, RAMAI PULA of Malaysia), mereka bukan sahaja perlu
DAH JADIKAN LEE ZII JIA CRUSH !
merancang dan meneliti program akar
Bukan hanya sekadar memiliki wajah yang
kacak, pemain badminton perseorangan umbi tetapi juga berterusan mengeluarkan
negara ini turut memiliki kemahiran dan
teknik bermain yang hebat. Lee Zii Zia pemain yang boleh diletakkan untuk
tidak berdepan masalah unutk memenangi
perlawanan pertama kumpulan M , Sukan bersaing di persada dunia. Kita mahukan
Olimpik Tokyo 2020 apabila menewaskan
wakil Ukraine Artem Pochtarov, 2-0. Paling Lee Zii Jia bersedia bukan sahaja dari segi
menarik perhatian apabila 25minit
diperlukan taruhan utama merakam fizikal malah dari segi kekuatan mentalnya
kemenangan 21-5, 21-11.
juga. Semoga momentum Lee Zii Jia ini

berterusan dan menaikkan nama Malaysia

sekali lagi sebagai gergasi badminton

dunia. Majulah sukan untuk negara!

KL WILDCATS JUARA LIGA SUPER BOLA JARING
PADA 11 APRIL 2021.

KL Wildcats menjadi juara Liga Super Bola Jaring (NSL) selepas menewaskan Johor Jewels
58-47 di Grand Final pada Ahad. Pihak Kuala Lumpur juga mencatatkan kadar kemenangan
100% dengan lapan kemenangan daripada lapan perlawanan dalam liga bola jaring
profesional selama sebulan yang diadakan buat kali pertama tahun 2021. Mereka mara ke
Grand Final dengan menduduki tempat teratas Kumpulan A dan menewaskan Selangor
Angels di separuh akhir. Diketuai oleh kapten Nur Syafazliyana Ali, penjaga gol Noramirah
Dayana Noor Azhar dan penembak gol Puteri Intan Balqis Ahmad Dzulkefli, Wildcats
terbukti terlalu kuat untuk pasukan berpangkalan di Johor itu. Selepas hampir suku pertama
dikunci pada 13-13, mereka melonjak di hadapan pada suku kedua untuk mendapatkan
kelebihan enam mata pada separuh masa. Pertahanan yang berdaya tahan pada separuh
masa kedua menyaksikan Wildcats melakar kemenangan ke atas Jewels, yang tidak
menjaringkan kurang daripada 50 mata sebelum Grand Final. Walaupun tewas, Johor
membawa pulang dua anugerah individu apabila Pow Mei Foong dan Nur Fariha Abdul
Razak masing-masing dinobatkan sebagai Pemain Paling Berharga dan Penyerang Terbaik.
Nur Syafazliyana dinobatkan sebagai Pertahanan Terbaik, An Najwa Azizan dari Selangor
Angels sebagai Penembak Terbaik dan Pavitra Devi A/P Balakrishnan dari Perak Phoenix
memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik. Sementara itu, Selangor menduduki tempat
ketiga bagi musim 2021 selepas menewaskan Perak 64-45 dalam penentuan tempat ketiga
pada hari yang sama.

MORE FOLLOW US !
FEEDBACK IG: SECRETOFADIRA.NF

HI GIRLS ! NAK NAMPAK CANTIK ? TAPI MALAS MAKEUP ?
3 STEP PENTING MAKEUP MUDAH DAN CEPAT !!

STEP 1 SUNSCREEN RM49
✅ waterbased sunscreen (cepat meresap)
✅ instant putih & glow
✅ premium ingredients dengan harga mampu milik
✅ melindungi & merawat
✅ wudhuk friendly
✅ boleh digunakan seawal umur 6 tahun

STEP 2 LIPMATTE & LIPTINT RM39
✅ Texture yang ringan
✅ Easy to blend
✅ Bau yg wangi
✅ didatangkan dengan 2 color menarik dalam 1 batang
✅ tahan lama

STEP 3 MASCARA RM35
✅Waterproof
✅Easy to remove (2 kali wipe dah hilang)
✅Bawah mata tak hitam
✅Bulu mata lentik gituw

FOLLOW US
IG: LAPARRDOOO
HA, ORANG SELANGOR LAPAR KE TUW ?
JANGAN TERLIUR NAA

POPIA PISANG
RM10 ONLY !!

TAUHU BERGEDIL
RM7 ONLY !!

FREE DELIVERY!!
ONLY SATURDAY & SUNDAY

PENONTON BOLEH HADIR KE STADIUM MULAI 29
OKTOBER 2021 SETELAH SEKIAN LAMA DITUTUP
AKIBAT VIRUS COVID-19 DENGAN KEPATUHAN SOP.

PENJARAKKAN SOSIAL PEMAKAIAN PELITUP MUKA

KL CITY MUNCUL JUARA PIALA MALAYSIA EDISI KE-
100 APABILA MEMBENAM JDT, 2-0 PADA 30NOV 2021.

RAKYAT MALAYSIA MEMBERI SEMANGAT DI STADIUM DAN
DI KEDAI MAMAK

DATUK NICOL DAVID DIIKTIRAF ATLET TERUNGGUL
SEPANJANG ZAMAN SUKAN DUNIA.

Bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David telah meraih Anugerah
Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia selepas mendapat undian
sebanyak 318,943. Menurut laporan, atlet berusia 37 tahun kelahiran Pulau
Pinang itu perlu bersaing undian secara dalam talian dengan 23 calon lain yang
mewakili sukan masing-masing dalam sejarah 40 tahun temasya Sukan Dunia
dari tahun 1981 hingga 2017. Difahamkan, undian tersebut berakhir pada 9
malam 1 Februari waktu Malaysia dengan mencatat satu lagi sejarah baru buat
sukan negara yang membuktikan Nicol David berada pada kelasnya yang
tersendiri. Malah, berita itu turut dikongsikan oleh laman rasmi Twitter The
World Games, yang mengucapkan tahniah kepada Datuk Nicol David atas
pencapaian beliau dalam sukan squash. Anugerah itu dianjurkan oleh Persatuan
Sukan Dunia Antarabangsa (IWGA) sebagai sambutan ulang tahun ke-40 sukan
dunia. Rakyat Malaysia berasa bangga serta mengucapkan syabas dan tahniah
di atas pencapaian terunggul yang diperolehi Datuk Nicol Ann David.

MALAYSIA KE SUKU AKHIR SELEPAS TEWASKAN AFRIKA
SELATAN 4-3 DI KEJOHANAN HOKI PIALA DUNIA REMAJA

(JWC) LELAKI PADA 27 NOV 2021.

Malaysia melangkah ke suku akhir Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja (JWC) Lelaki 2021 selepas
mencatat kemenangan penuh dramatik 4-3 ke atas Afrika Selatan di Bhubaneswar, India pada hari ini.
Pada aksi mendebarkan dalam Kumpulan A di Stadium Kalinga itu, Afrika Selatan bangkit menyamakan
kedudukan sebanyak tiga kali, namun skuad kendalian Wallace Tan berjaya memastikan kemenangan
berpihak kepada Malaysia.
Skuad negara yang hanya memerlukan satu mata untuk mengesahkan tiket ke peringkat lapan pasukan
terbaik, membuka jaringan menerusi pukulan sudut penalti (PC) Muhammad Fahmi Khalid seminit sebelum
tamat separuh masa pertama (minit ke-29).
Hanya empat minit selepas separuh akhir kedua bermula, PC Guy Morgan menyamakan kedudukan,
sebelum Muhammad Kamarulzaman Kamaruddin kembali meletakkan skuad negara di hadapan pada minit
ke-41.
Memasuki suku keempat, Afrika Selatan dua kali mempamerkan kebangkitan menerusi Jared Campbell
yang meledak dua gol padang pada minit ke-48 dan 54.
Namun, skuad muda negara yang menampilkan semangat jitu untuk memastikan slot suku akhir menjadi
milik Malaysia, berjaya mendahului menerusi jaringan Mohamad Shamir Rizmi Mohd Shamsul pada minit
ke-49 dan Mohamad Akhimullah Anuar Esook pada minit ke-56.
"Saya sangat gembira dan berbangga dengan rakan sepasukan serta jurulatih. Semua orang memberi
komitmen 100 peratus, berjuang habis-habisan untuk memenangi perlawanan ini," kata Muhammad
Kamarulzaman ketika temu bual bersama Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) selepas perlawanan itu.
Kedudukan Malaysia dalam kumpulan, sama ada sebagai juara atau naib juara akan ditentukan selepas
aksi antara Belgium dan Chile, malam ini.
Malaysia memulakan kempen dengan kemenangan 2-1 menentang Chile pada Rabu lepas, sebelum
mengikat naib juara edisi lepas, Belgium 1-1, malam tadi.
Pencapaian terbaik Malaysia ialah menamatkan saingan di tempat keempat sebanyak tiga kali, iaitu
ketika edisi sulung pada 1979, 1982 dan 2013.

RM9.90


Click to View FlipBook Version