The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aina Syadiya, 2025-03-12 10:56:36

Leftenan Adnan

Leftenan Adnan

BAB 1 DARAH PAHLAWAN Aina Syadiya


SINOPSIS Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan yang masih kecil bersama keluarganya. Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki. Yang sulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang bongsu dinamakan Amarullah. Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga memiliki darah pahlawan. Moyangnya pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak suka menghebah-hebahkan cerita itu kerana sentimen ‘siapa yang menentang Inggeris adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu. Penjajah British tidak suka kepada sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu menyedut keluar sebanyak banyaknya hasil bumi daripada Tanah Melayu.


PERISTIWA PENTING POSITIF Peristiwa yang mengembirakan hati pembaca ialah apabila Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki. Peristiwa ini menggembirakan hati pembaca kerana Pak Saidi berhasrat untuk mendidik anak-anaknya supaya menjadi berani, kuat semangat, dan tidak mudah menyerah kalah. Peristiwa lain yang mengembirakan hati pembaca ialah apabila Moyangnya pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning. Peristiwa ini dapat menggembirakan hati pembaca kerana moyangnya sanggup berjuang demi mempertahankan negara yang tercinta.


BAB 21 DI AMBANG PERANG Aina Syadiya


SINOPSIS Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut Sir Thomas Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun dijangkakan serangan itu dapat dipatahkan namun mereka akan mengalami pertempuran yang sengit. Mereka menjangkakan askar Jepun akan mendarat di Kelantan dan Singapura. Cadangan Laksamana Thomas C. Hart mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau, dapatlah pihak British mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi mereka. Akhirnya penduduk kampung mulai mempercayai bahawa Bukit Candu akan diserang dan mereka bersetuju untuk berpindah. Dalam keadaan yang genting itu, dua lembaga cuba menceroboh rumah penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan bantuan pengawal kampung dan askar, kedua-dua lembaga tersebut berjaya ditangkap. Rupa-rupanya mereka hendak mencuri dan salah seorang daripada mereka ialah Samad.


PERISTIWA PENTING POSITIF/NEGATIF Peristiwa yang tidak patut dicontohi oleh pembaca ialah apabila Samad ditangkap kerana mencuri rumah orang kampung yang telah meninggalkan kampung tersebut. Peristiwa ini tidak patut dicontohi oleh pembaca kerana kita tidak boleh mengambil kesempatan untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah dalam keadaan yang genting. Peristiwa yang perlu diteladani oleh pembaca apabila penduduk kampung mulai mempercayai bahawa Bukit Candu akan diserang dan mereka bersetuju untuk berpindah. Peristiwa ini perlu diteladani oleh pembaca kerana kita mestilah membuat persediaan awal apabila situasi yang kucar-kacir akan berlaku.


Click to View FlipBook Version