The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGGUNAAN BABI DAN ARAK DALAM PERUBATAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farhanrashidi8185, 2022-11-22 07:38:31

penggunaan arak dan babi dalam perubatan

PENGGUNAAN BABI DAN ARAK DALAM PERUBATAN

SAINS TEKNOLOGI DAN KEJUTUTERAAN ISLAM
E-FOLIO

CODE COURSE ; MPU 23051
LECTURER NAME : PUAN NAJIAH BINRI MOHD KHOLID

GROUP MEMBER

1) MEGAT AMEER HAMZAH BIN MEGAT SABRI (03DET20F11180)
2)KHALIQ ABRISHAM BIN MOHAMAD DAUD (03DET20F1111)
3)MUHAMAD FARHAN BIN RASHIDI (03DET20F1129)

PENGENALAN

Industri perubatan yang menghasilkan produk gunaan halal berkembang pesat kesan permintaan yang
tinggi dalam pasaran perubatan. alkohol, bahan-bahan khinzir dan air kencing haiwan merupakan di
antara bahan aditif dan penstabil yang banyak digunakan dalam penghasilan produk-produk perubatan
yang digunapakai secara dalaman atau luaran. Akhir-akhir ini, timbul pelbagai isu berhubung dengan
penggunaan bahanbahan tidak halal dalam produk gunaan perubatan itu. Isu ini timbul ekoran daripada
salah faham terhadap pemahaman bahan-bahan tidak halal itu. Justeru, kertas kerja ini akan
membincangkan konsep bahan-bahan tidak halal menurut perspektif hukum Islam dengan memberi
pandangan fuqaha’ terhadap perkara ini. Kajian ini menggunakan kaedah induktif yang penyelidik
menganalisis ayat-ayat Al-Quran dan maknanya untuk mendapatkan idea yang terbaik untuk
menyelesaikan masalah ini di samping menggunakan hadith-hadith yang sahih.

DAPATAN KAJIAN & PERBINCANGAN

Mengubati dengan bahan-bahan yang dilarang.

Maksud bahan-bahan yang dilarang ialah baham- 2019 2020 2021
bahan yang diharamkan oleh syariat Islam seperti

arak, khinzir dan jenis-jenis bahan keracunan.
(Khalil.Ahmad, 2008) Menggunakan bahan-bahan
yang dilarang untuk kesembuhan daripada segala
penyakit, kadangkala menjadi haram atas sebab

berlakunya pembaziran, kemewahan dan
menunjuk-nunjuk atau ia menjadi haram atas
sebab kenajisan bahan yang digunakan. Yang
kedua itu lagi besar dosanya. (Taimiah, 2014).

PENDAPAT HUKUM PERUBATAN DIKALANGAN ULAMA

01 PENDAPAT PERTAMA

dibenarkan secara mutlak ini pendapat mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie
(Ali, 2015).

02 PENDAPAT KEDUA

: sebahagian daripada pengikut mazhab Syafie dan Hanafi bahawa
pengamalan perubatan adalah wajib.

03 PENDAPAT KETIGA

: mazdhab hanbali berpendapat bahawa perubatan ini lebih baik
meninggalkannya, ini yang diriwayatkan oleh imam Ahmad, syiekh al-
islam ibn taimiyah bersabda “ terdapat golongan daripada tokoh-tokoh
ilmuan mereka meninggalkannya dan reda dengan apa yang telah
ditutukan oleh Allah s.w.t. (Taimiah, 2014).

HUKUM UBAT YANG DI CAMPUR DENGAN ARAK

Arak dari segi suci dan najis

Terdapat dua pendapat tentang arak sama ada ia najis atau suci: Pendapat
pertama: mazdzhab hanafi, (Ali, 2015) maliki, (arab, 2008) syafie (nawawi,
2014) dan hanbali (albakillani, 2016) berpendapat bahawa arak adalah najis
aini . Dalil yang digunakan:

DALIL

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa
sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan
berhala, dan mengundi nasib dengan batang-
batang anak panah, adalah (semuanya) kotor
(keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah

kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

HUKUM MINUM ARAK

a) Hukum meminum arak dibuat daripada anggur Para ulama fiqh berbeza pandangan tentang maksud
meminum arak. Menurut jumhur, istilah „minum‟ merangkumi perbuatan meminum apa sahaja
bahan yang memabukkan sama ada bahan itu diberi nama „arak‟ atau selainnya. Mereka
berpandangan tiada perbezan hukum dalam konteks ini dari segi jenis bahan yang digunakan sama
ada minuman berkenaan diperbuat daripada anggur atau bahan-bahan lain seperti tamar, gandum,
barli, beras, nira, kismis dan sebagainya. Begitu juga tidak ada perbezaan hukum dari segi kuantiti
diminum sama ada bahan minuman itu boleh memabukkan jika diminum sedikit atau hanya
memabukkan kalau diminum banyak.43Jumhur berpendapat meminum arak dibuat daripada anggur
atau selainnya adalah haram sama ada diminum sedikit atau banyak. Jika kadar banyak boleh
memabukkan, maka kadar sedikit tetap diharamkan. Ini menunjukkan bahawa sesuatu yang
memabukkan adalah haram , banyak atau sedikit, mabuk atau tidak mabuk bagi si peminum.

Keperluan Regulatori Dan Pengurusan Ubat-Ubatan

Menurut syarat pelabelan yang ditetapkan melalui Drug Registration Guidance Document (DRGD) yang
dikeluarkan oleh Bahagian Regulatori Farmaseutikal Negara, produk yang ingin didaftarkan perlu
menyatakan sumber bahan-bahan yang berasaskan haiwan sekiranya ada terkandung dalam produk
siap/akhir (finished/final product). Ini termasuk bahan aktif atau sampingan seperti bahan asas ataupun
gelatin. Selain itu, bagi tujuan pemilihan produk untuk perolehan melalui kontrak ubatubatan KKM,
syarikat pembekal disyaratkan untuk menyatakan samada produk mereka mengandungi unsur haiwan
atau tidak. Namun begitu, produk mereka mungkin juga dipilih sekiranya tiada pilihan produk lain yang
sesuai.

Tatacara Memulakan Rawatan Dengan Penggunaan Ubat-Ubatan

Dari Sumber Yang Tidak Halal Atau Bertentangan Dengan Syariat

Islam.

Sebagai panduan kepada perawat, perkara-perkara berikut perlu dipatuhi sebelum ubat tersebut digunakan
untuk merawat pesakit:-
• Perawat adalah seorang yang mempunyai pengetahuan dan maklum tentang keadaan pesakit.
• Rawatan haruslah bersifat kritikal dan diperlukan bagi menyelamatkan pesakit.
• Tiada alternatif lain yang boleh digunakan dan ubat tersebut telah dibuktikan secara klinikal berkesan dan

selamat untuk digunakan.
• Penggunaan ubat tersebut hanya untuk jangkamasa tertentu yang ditetapkan oleh Pakar/Pegawai

Perubatan.
• Penerangan perlu diberikan oleh anggota kesihatan kepada pesakit sebelum ubat digunakan.
• Mendapatkan keizinan pesakit/penjaga terlebih dahulu dengan mengisi borang keizinan pesakit seperti

yang dilampirkan.
• Dalam keadaan kecemasan yang boleh mengancam nyawa (dikira “darurat”), penggunaan ubat tersebut

dibenarkan tanpa mendapat persetujuan lebih awal oleh pesakit.



KENALI KAPSUL ANDA

•Diperbuat daripada gelatin.
•Kegunaannya adalah untuk
mengisi bahan kandungan dalam
bentuk serbuk.

•Diperbuat daripada
gelatin.
•Kegunaannya adalah untuk
mengisi bahan kandungan
dalam bentuk cecair.

•Kapsul sayuran merupakan alternatif selain daripada kapsul gelatin.
•Dihasilkan daripada kanji (hypromellose dan pullulan), gula, jagung, soya,
gandum, yis, produk tenusu, pewarna dan pengawet.
•Bahan asas penghasilan kapsul sayuran adalah daripada selulosa iaitu
sejenis serat tumbuhan. Oleh itu, kapsul ini lebih mudah larut air dan
stabil pada julat suhu yang besar.
•Contoh : kapsul HPMC.

BAHAN YANG TIDAK HALAL

PENGGUNAAN UBAT SEMASA DARURAT

1.Darurat itu benar-benar berlaku dan bukan sesuatu yang tidak pasti. Dalam erti kata lain telah
berlaku atau wujud satu keadaan di mana kemusnahan atau kemudaratan pada lima prinsip asas
(agama, nyawa, akal, keturunan dan harta) ataupun kemusnahan akan berlaku secara pasti ataupun
berdasarkan kepada sangkaan yang kuat berpandukan pengalaman atau pengetahuan.
2.Seseorang yang berada dalam keadaan darurat itu bertentangan dengan perintah atau larangan
syara’, atau tidak terdapat sesuatu yang diharuskan oleh syarak untuk menghilangkan kemudaratan
melainkan perkara yang ditegah atau diharamkan.
3.Usaha harus dilakukan untuk memastikan bahawa kewujudan benda-benda halal yang lain tidak
dapat menghindarkan kemudaratan yang menimpa pesakit.
4.Pengambilan yang haram itu sekadar keperluan sahaja.
5.Pada waktu pengubatan, pengambilan yang haram itu hendaklah disyorkan, dipastikan dan
diperakui oleh seorang doktor atau pengamal perubatan muslim yang adil, diyakini amalan dan
pegangan agamanya serta mempunyai pengetahun dalam bidang tersebut

PENUTUP

Sebagai umat Islam kita harus memahami bahawa penyembuhan sesuatu penyakit itu adalah
kekuasaan Allah. Kita mesti berikhtiar dalam mengubati sesuatu penyakit dengan cara yang tidak
bertentangan dengan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh Islam seperti penggunaan ilmu hitam
atau cara lain yang dilarang oleh Allah.
Bahan-bahan yang digunakan sebagai ubat juga mestilah sesuai dengan ajaran Islam seperti suci
dan tidak mengandungi najis kecuali dalam keadaan darurat. Apa lebih penting ialah mencegah dan
menjaga diri dari terkena penyakit lebih baik dari mengubat.
Kefahaman dan penghayatan tentang halal dan haram dalam aspek ubat-ubatan ini sangat penting
dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak agar kesihatan tubuh badan dapat dijaga mengikut
ajaran Islam yang sebenar . Oleh itu, kami berharap artikel ringkas ini sedikit sebanyak dapat
membantu memberi kefahaman dan penjelasan kepada pengamal perubatan, pesakit dan orang
awam mengenai ubat halal dan ubat haram menurut perspektif Islam.

PENGHARGAAN

Akhir kata dari kami, Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana denganlimpah kurnianya, kami dapat
menyiapkan tugasan yang diberi walaupun dengan beberapa dugaan dan cabaran yang terpaksa
ditempuh tetapi kami berjaya menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Kami berharap dengan isi
yang tidak seberapa daripada kami ini dapat memantapkan atau membuatkan anda semua yang
membaca akan lebih memahami berkaitan Isu arak dan babi dalam perubatan Seringkali Menjadi
Perhatian Utama Di Negara Ini .Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung terutamanya pensyarah kursus kami iaitu
USTAZAH NAJIAH BINTI MOHD KHOLID kerana banyak memberi tunjuk ajar dan
membimbing kami dalam menyelesaikan tugasan yang diamanah kepada kami ini kerana tanpa bantuan
anda semua termasuk semangat kerjasama antara kumpulan kami, kemungkinan kami tidak dapat
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Sesungguhnya segala sumbangan yang diberikan amat kami
hargai walaupun sebesar zarah

RUJUKAN

1. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3637-al-kafi-1345-penggunaan-bahan-yang-haram-dalam-
perubatan

2. http://conference.kuis.edu.my/pasak3/images/eprosiding1/PASAK3_2118.pdf
3. http://www.myhealth.gov.my/ubat-halal-a-ubat-haram-perspektif-islam/
4. https://www.academia.edu/11801605/PENGGUNAAN_GELATIN_BABI_DALAM_PERUBATAN_HUKUM_H

UJAH_and_PENYELESAIAN


Click to View FlipBook Version