The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syahmif027, 2021-06-04 01:50:20

E-BOOK AGAMA.pdf

E-BOOK AGAMA.pdf

Ahmad Nur Syahmi Bin Mohamad
B12SSK20F027

E-BOOK

MPU 1331

Pendahuluan Isu Perkahwinan Bawah Umur

Menurut pandangan Islam, perkahwinan adalah salah satu ibadah. Oleh itu, ia perlu
dilaksanakanmengikut ketetapan syariat. Melalui perkahwinan, seseorang itu dapat
membina keluarga dan iniadalah suatu saluran untuk seseorang itu menunaikan ibadah
iaitu dengan membelanjakan wanguntuk keperluan keluarganya, memberikan
pendidikan, menunaikan solat berjemaah dansebagainya. Namun, masyarakat hari ini
heboh mengenai isu perkahwinan bawah umur yangdibangkitkan oleh Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Yang mengusulkan supaya dibenarkan bagi pelajar bawah umur berkahwin sebagai
Langkah mengelakkan pembuangan bayi terus parah. Namun demikian, apa yang
menjadi tanda tanya masyarakat sama ada pernikahan itu sah dari segi hukum syarak
serta dibenarkan undang-undang syariah di negara ini. Jika merujuk kepada imam
mazhab yang empat iaitu Imam Syafie, Imam Hambali, Imam Malik dan Imam Hanafi,
jelas mereka berpandangan di dalam Islam tidak ada larangan had umur untuk
berkahwin.

Takrif dewasa

Isu perkahwinan kanak-kanak semakin hangat diperkatakan apabila kerajaan berusaha
untuk menyelaraskan takrif dewasa dalam Undang-undang Keluarga Islam kepada 18
tahun. Pentakrifan ini dibuat bagi menyesuaikannya dengan takrif dewasa dalam
kebanyakan undang-undang lain.

Selain itu, pentakrifan ini juga selaras dengan definisi dewasa menurut standard yang
ditetapkan oleh agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam menentukan
umur kelayakan berkahwin.

Data-data PBB dan badan-badan Antarabangsa lain berkaitan perkahwinan kanak-kanak,
kebiasaannya merujuk mereka yang di bawah 18 tahun sebagai kanak-kanak. Di Malaysia,
perbezaaan garis umur kelayakan berkahwinan di antara satu negeri dengan yang lain
menjadikan dapatan berkaitan perkahwinan kanak-kanak tidak seragam dan kompleks.

Selain itu, persoalan perkahwinan bawah umur ini juga sering menjadi persoalan yang
mencabar, apabila pihak yang memusuhi Islam gemar menjadikannya sebagai isu untuk
memburuk-burukkan Islam. Sekali gus, mereka menjadikannya sebagai senjata untuk
mengkritik Rasulullah S.A.W berasaskan perkahwinan Baginda dengan Sayyidatina Aisyah
R.A. Mereka menggunakan fakta itu untuk menuduh kononnya Islam menganiaya wanita
dan kanak-kanak.

Isu hangat

Di atas sebab-sebab yang dinyatakan ini, kita mendapati bahawa isu perkahwinan bawah
umur atau perkahwinan kanak-kanak ini sentiasa menjadi bahan perbincangan hangat.
Tulisan ini bertujuan untuk melihat isu perkahwinan kanak-kanak ini dari perspektif
perundangan Islam sedia ada, dan apakah respon yang sesuai dalam menghadapi cabaran
yang berlaku.

Di Malaysia, setiap negeri mempunyai peruntukan undang-undang yang berasingan. Walau
bagaimana pun, kebanyakan Undang-undang Keluarga Islam menyediakan mekanisme
perundangan yang hampir sama. Sebagai contoh, kita boleh merujuk Seksyen 8 Enakmen
Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan bahawa:
‘Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Enakmen ini jika lelaki itu
berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada
enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis
dalam hal keadaan tertentu.’

Dua perspektif

Berdasarkan peruntukan undang-undang seperti di atas, kita dapat fahami bahawa
Undang-undang Islam berkaitan perkahwinan kanak-kanak di Malaysia perlu dilihat dari dua
aspek, iaitu pertamanya, had umur perkahwinan yang ditetapkan oleh undang-undang
bertulis dan kedua, budi bicara hakim untuk membenarkan perkahwinan bawah umur.

Had umur perkahwinan di Malaysia berbeza-beza antara satu negeri dengan yang lain.
Kerajaan sedang giat menjalankan usaha untuk menyelaraskan usia perkahwinan kepada
18 tahun bagi lelaki dan wanita. Buat masa ini terdapat negeri yang menetapkan umur
perkahwinan yang lebih rendah seperti 16 tahun, terutamanya untuk perempuan.

Timbul persoalan sama ada adakah Undang-undang Perkahwinan Islam di negeri-negeri
dan Wilayah Persekutuan wajar diselaraskan kepada umur 18 tahun untuk lelaki dan
perempuan, atau dibiarkan berbeza berdasarkan ketetapan negeri masing-masing.

Demi maslahah

Dalam hal ini kita perlu membezakan antara penetapan umur kelayakan berkahwin, dengan
hukum berkaitan perkahwinan kanak-kanak dalam Islam. Penetapan umur kelayakan ini
tidak bermakna, mereka yang berumur kurang dari umur berkenaan langsung tidak layak
berkahwin. Mereka masih boleh melangsungkan perkahwinan jika mendapat kelulusan
pihak berkuasa agama. Oleh itu, penetapan umum dalam undang-undang bertulis tidak
boleh dianggap sebagai tindakan mengharamkan sesuatu yang halal.

Oleh yang demikian, usaha menaikkan umur kelayakan berkahwin ini adalah soal ijtihad
yang wajar ditentukan oleh kerajaan berasaskan prinsip maslahah dengan mengambil kira
tahap kematangan remaja masa kini dan kesan dari perkahwinan pada umur yang
ditetapkan. Kajian-kajian yang telah dibuat wajar dijadikan rujukan dalam menentukan had
umur ini.

Aspek yang kedua ialah dari sudut budi bicara hakim Syarie bagi membenarkan
perkahwinan individu bawah umur. Setiap undang-undang yang menetapkan umur
kelayakan berkahwin menyertakan pengecualian kuasa hakim untuk memberikan
kebenaran bertulis.

DR MUHAMMAD FATHI YUSOF
Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan)
Universiti Teknologi Malaysia – HARAKAHDAILY 15/3/2021

PENDAHULUAN NIKAH MUT’AH

Nikah Mut’ah atau juga disebut sebagai nikah sementara bagimaksud mendapatkan
hubungan seksual semata-mata adalahantara isu kontroversi yang sering dikaitkan
dengan perbezaan pandangan antara ulama mazhab sunni dan Syiah. Mazhab
SyiahImamiyah (ithna ‘ asyar ) mengiktiraf akad nikah mut ‘ ah sebagai sah. Manakala
mazhab sunni (Hanafi, Maliki, Syafii dan Hanbali) dan mazhab Syiah Fatimiyah,
Zaidiyah dan Ismailiyah sebaliknyamengatakan akad nikah mut ‘ ah

adalah tidak sah.

Walaupun akadnikah berkenaan sifatnya tidak kekal, bagi mendapatkan “isteri
sementara” dalam tempoh tertentu, namun penggunaan istilah mut ‘ ah yang merujuk
kepada “menikmati hubungan kelamin”lebih popular digunakan kerana terma ini
digunakan dalam hadis, athar dan perbahasan dalam kalangan ulama mazhab fiqh.
Perbezaan pandangan antara mazhab Syiah Imamiyah dengansunni adalah
disebabkan perbezaan tafsiran nas al-Quran dan perbezaan penerimaan hadis dan
athar yang diterima dalam kalangan mazhab sunni dan Syiah.

Segelintir masyarakat kita akan bersikap skeptikal pada sebarang isu jika dibincangkan
dari sudut hukum-hakam. Termasuklah dalam isu nikah Mut’ah. Serta menganggap
orang-orang yang berlatarbelakangkan agama lebih memilih untuk bersikap ofensif atau
suka menghukum. Tidak ada empati dan miskin dengan sifat ihsan dalam menangani
sebarang permasalahan masyarakat yang berlaku. Hanya mereka yang benar-benar
takutkan Allah. Takut pada azab Allah yang maha pedih–kerana sesungguhnya janji
Allah itu benar–yang akan menyambut perbincangan dari sudut hukum-hakam.

Dalam isu nikah Mut’ah, soal dosa ataupun pahala akan diketepikan apabila
keseronokan menjadi matlamat utama. Malah bagi individu yang tidak mahu
melepaskan ruang yang berada di hadapannya, akan mencari dan mencipta pelbagai
alasan untuk melaksanakan nikah Mut’ah tanpa rasa bersalah dan berdosa. Di
kesempatan pada kali ini, saya ingin mengajak pembaca untuk berfikir bersama-sama
sekiranya amalan nikah Mut’ah diamalkan secara berleluasa.

Sebagai seorang wanita Islam sekali gus seorang ibu, juga ibu saudara malah seorang
nenek saudara yang memiliki anak perempuan, anak saudara perempuan, cucu-cucu
saudara perempuan, saya melihat nikah Mut’ah ini sebenarnya mempunyai daya untuk
merosakkan bangsa dan negara keseluruhannya.

Bangsa Islam Melayu di Nusantara, ialah bangsa yang mempunyai budaya turun-
menurun yang amat istimewa dan tersendiri. Terutamanya dalam kita melindungi dan
menjaga anak-anak perempuan dan wanita Melayu, yang tentunya dalam kemelayuan
itu agamanya Islam.

Sama ada kita beradat Temenggung atau Perpatih yang kemudiannya diasimilasikan
dengan agama Islam sejurus kedatangan Islam, kita begitu utuh menjaga anak-anak
perempuan kita. Kalau tidak ada perasaan “malu” di kalangan mana-mana perempuan
Melayu, maka keluarga dan masyarakat akan mengajar supaya perasaan itu dimiliki. Ia
perlu untuk menjadi pelindung dan menyelamatkan maruah wanita. Tetapi ajaran Syiah,
melalui nikah Mut’ah begitu mudah menghancurkan nilai jati diri yang turun-temurun
diwarisi. Perasaan malu menjadi pelindung diri dan rantaiannya menjadi pelindung
keharmonian keluarga, serta ketenangan dan keamanan hidup bermasyarakat. Tidak
adanya sifat malu, menjadi antara faktor gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat.
Sedangkan sifat malu itu sebahagian daripada iman yang memberi maksud takut pada
Allah SWT.

Hancur hati keibuan saya apabila mengetahui sebahagian amalan nikah mut’ah di Iran
digunakan untuk menambah pendapatan keluarga. Mana-mana anak gadis sunti dalam
keluarga mereka, kalau sudah boleh melayan nafsu serakah lelaki yang sempit
otaknya, maka akan ditawarkan dalam “pasaran” nikah Mut’ah. Ibu bapa dan keluarga
apakah mereka yang menggelapkan masa hadapan anak sendiri? Jika ini situasinya,
adakah nikah Mut’ah masih bersifat lebih mulia berbanding dengan aktiviti pelacuran
jika kita melihat hampir tiada perbezaan antara kedua-duanya?

Oleh sebab dalam nikah Mut’ah tiada rukun yang mengatakan bahawa wanita yang
dinikahi itu mesti dari kalangan beragama Islam, maka wanita-wanita dari kalangan
bukan Islam juga boleh mengambil bahagian dalam nikah Mut’ah.

Jika inilah sikap ajaran Syiah, maka agama Islam melalui nikah Mut’ah telah menempah
untuk dihina oleh agama-agama lain di dunia ini. Sikap terbuka yang tidak bertempat
dan mengajak wanita-wanita bukan Islam untuk sama-sama berseronok atas nama

agama sebenarnya suatu penghinaan terhadap agama Islam itu sendiri. Juga
meletakkan agama Islam di kedudukan yang amat rendah. Kalau wanita bukan Islam
mempunyai pegangan dan prinsip kepatuhan yang tersendiri dalam perkahwinan
menurut agama mereka, bagaimana pula agama Islam mempunyai laluan yang amat
mudah untuk dicemari. Sedangkan agama Islam memang amat dikenali sebagai agama
yang memiliki tatacara hidup yang terperinci, kemas dan memiliki disiplin yang tinggi. Di
mana rasa malu dan maruah umat Islam untuk mengajak wanita bukan Islam ke kancah
ini? Tentunya hanya wanita-wanita tanpa harga diri dan rasa malu (walau apa pun
agama mereka) yang akan mengisi ruang ini.

Selama ini ajaran dari mazhab-mazhab Ahli Sunah Wal Jama’ah sudah menjadi darah
daging umat Islam di Malaysia. Antaranya kita difahamkan bahawa pernikahan atau
perkahwinan itu adalah perkara yang amat suci. Konsepnya disamakan dengan
pembinaan sebuah masjid. Analoginya “masjid” kerana di dalamnya penuh dengan
elemen ibadah. Konsep sakinah, mawaddah dan rahmah (tenang, cinta juga harapan
dan kasih sayang) dalam rumah tangga Muslim datangnya dari firman-firman Allah.
Umpamanya dari Surah ar-Rum, ayat ke-21 yang antaranya bermaksud; “Dan antara
tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan
untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu
bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami
isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang
yang berfikir.

Cinta suci adalah cinta yang di dalamnya terkandung kalimah Allah dan ia bersifat abadi
(mu’abbad). Pertalian ini diikat oleh hak dan tanggungjawab yang ada justifikasi
ukhrawi. Berlakunya ijab dan kabul yang dimeterai oleh kedua-dua pengantin lahir
daripada harapan bahawa perkahwinan yang dibina adalah untuk selama-lamanya.

Perceraian atau talak yang berlaku dalam perkahwinan Sunni bukannya harapan pada
mana-mana pasangan. Majlis pernikahan perlu diurus oleh wali yang antara
peranannya melindungi kebajikan wanita yang berada di bawah bidang kuasanya. Ada
saksi yang hadir dalam pernikahan berkenaan supaya terjamin kehormatan hubungan
tersebut. Akhirnya, unit keluarga yang baharu terbina itu perlu diuar-uarkan supaya ia
mempunyai tempat secara rasmi dalam masyarakat setempat.

Dalam satu “Hadis” ajaran Syiah menyebut; “Seseorang yang terlibat dalam nikah
Mut’ah sekali sepanjang hayatnya mencapai status Imam Al-Hussain. (Manakala),
seseorang yang terlibat sebanyak dua kali menjadi sama dalam status Imam Al-Hasan.
Seterusnya, seseorang yang melakukannya sebanyak tiga kali, akan mencapai
kedudukan Imam Ali. Dan barang siapa yang mengamalkannya sebanyak empat kali,
akan memperoleh tahap dan kedudukan Nabi Muhammad.”

Persoalannya di sini, di manakah rasionalnya untuk disamakan kedudukan pengamal
nikah Mut’ah dengan kedudukan Baginda Nabi Muhammad SAW jika Baginda SAW
sendiri memansuhkan pernikahan ini?

Walaupun perkahwinan dan amalan poligami Baginda SAW, menjadi bahan kritikan
sesetengah golongan, contohnya golongan Orientalis, tetapi setiap pernikahan Baginda
dengan wanita yang dinikahi adalah secara bermaruah.

Sebagai kesimpulan, tidak ada bezanya antara nikah Mut’ah dengan pelacuran. Malah
mungkin kedudukannya lebih rendah berbanding dengan pelacuran jika kadar mas
kahwin yang dipersetujui oleh pasangan jauh lebih kecil dengan bayaran untuk seorang
pelacur. Dalam maqasid al-Shariah yang ada antaranya ialah maruah, bukan nikmat

atau keseronokan. Ini kerana syariat Islam adalah bermatlamatkan kemaslahatan umat
Islam. Jika keseronokan menjadi tujuan utama, nescaya masyarakat akan menjadi
rosak kerana implikasi yang berlaku sama sahaja dengan kesan yang timbul
disebabkan aktiviti pelacuran. Apabila masyarakat rosak, maka rosaklah negara.
Tentunya setiap dari kita boleh membayangkan situasinya jika negara kita rosak dan
hancur.

PENDAHULUAN TALAK BAIN

Setiap insan mengimpikan perkahwinan mereka melalui pernikahan yang sah
berpanjangan hingga ke akhir usia. Namun tak semua miliki tuah. Atas sebab-
sebab yang tidak dapat dielakkan akhirnya ikatan perkahwinan yang dibina
terputus di tengah jalan. Oleh sebab itu disyariatkan penceraian.

Walaupun begitu, penceraian merupakan jalan akhir bagi pasangan yang
menghadapi konflik rumah tangga dan gagal mencapai kata sepakat. Ini
kerana perceraian memberi kesan buruk bukan saja kepada pasangan suami
isteri tetapi kepada anak-anak, keluarga terdekat dan masyarakat.

Jenis-jenis talak dalam penceraian

Perkahwinan terputus melalui dua cara iaitu fasakh dan penceraian.
Penceraian berlaku apabila suami melafazkan cerai atau talak ke atas isteri
sama ada berniat berbuat begitu atau tidak.
Terdapat beberapa jenis talak iaitu:

Talak Rajie
Jenis Talak Rajie ialah talak yang dilafazkan oleh suami ke atas isterinya dan
dia berhak untuk rujuk kembali bersama isterinya di dalam tempoh iddah.
Talak satu dan dua termasuk di dalam Talak Rajie dan talak dua boleh
dilafazkan sekaligus atau pun dilafazkan talak satu demi satu.
Talak Bain
Jenis Talak Bain ialah talak yang dilafazkan oleh suami kepada isterinya di
mana apabila terlafaznya talak tersebut, suami tidak boleh rujuk kembali
dengan isteri. Suami hanya boleh merujuk dengan bekas isterinya apabila
isterinya berkahwin dengan lelaki lain (suami baru). Mereka telah bersama
(bersetubuh) dan kemudian isteri ini diceraikan oleh suami baru tanpa
paksaan sesiapa dan hanya melalui kerelaan hatinya sendiri.
Apabila tamat tempoh iddahnya, barulah bekas suami pertama boleh menikah
kembali dengan bekas isteri dengan akad nikah yang baru dan membayar
mas kahwin yang baru.

Talak Bain terbahagi kepada dua iaitu Talak Bain Sugra dan Talak Bain Kubra.

Bain Sugra

Bain Sugra berlaku apabila pasangan berkahwin bercerai sebelum melakukan
persetubuhan dan bercerai melalui khulu’. Suami tidak boleh rujuk isteri
semasa iddah tetapi boleh mengahwini isteri dengan akad dan mas kahwin
yang baharu.

Khulu’ ialah lafaz cerai yang dilafazkan suami ke atas isterinya dengan
mendapat gantian yang diberikan oleh isteri atas sebab suami bersetuju
menceraikan isteri. Khulu’ hendaklah dengan kerelaan hati isteri dan bukan
paksaan daripada mana-mana pihak.
Hukum Khulu’ adalah harus bagi isteri yangtidak tahan lagi bersama
suaminya tas sebab-sebab tertentu yang boleh membawa kemudaratan ke
atas isteri. Namun hukumnya adalah makruh jika isteri meminta cerai dari
suami tanpa apa-apa sebab yang munasabah.

Bain Kubra

Bain Kubra berlaku apabila pasangan telah bercerai dengan talak tiga.
Pasangan ini tidak boleh rujuk atau bernikah semula buat selama-lamanya,
melainkan isteri tersebut menikahi lelaki lain dan mereka hidup sebagai suami
isteri yang sah. Jika ditakdirkan isteri ini berpisah atau suaminya yang kedua
itu meninggal dunia, maka barulah suami pertamanya berhak menikahi bekas
isterinya ini.
Walaupun dihalalkan oleh syariah, namun penceraian bukanlah sesuatu yang
harus dipandang ringan. Perkahwinan adalah sebuah perkongsian hidup
antara dua insan dan keluarga mereka. Kesannya bukan sekadar kepada
pasangan tetapi kepada anak-anak dan keluarga mereka.

Memang tidak setiap masa akan indah dan manis dalam perkahwinan. Ada
masam pahitnya dan ada turun naiknya. Namun perkahwinan adalah satu
ikatan antara kedua pihak. Jadi kedua-dua suami dan isteri harus
bekerjasama untuk memastikan ikatan ini terpelihara hingga akhir usia dan ke
syurga Allah SWT yang hakiki kelak.

LI'AN
Perkataan li’an asalnya daripada perkataan “‫ ”لاعن‬iaitu mengutuk. Dan diambil
daripada perkataan “‫ ”اللعن‬iaitu kutukan.

L’ian menurut istilah fikah (hukum syarak) ialah sumpah seorang suami
apabila ia menuduh isterinya melakukan zina. Sumpah itu diucapkan
sebanyak empat kali, bahawa tuduhan itu benar dan pada sumpah yang
kelima ia meminta kutukan daripada Allah s.w.t. sekiranya ia berdusta.
Li’an dari segi bahasa ialah menghalau dan menjauhkan. Manakala dari segi
istilah ialah beberapa perkataan tertentu yang digunakan sebagai hujah oleh
orang yang terpaksa menuduh orang yang mencemarkan tempat tidurnya dan
memberi malu kepadanya sebagai berzina.

Dalil Pensyariatan Li’an

Li’an ada disebutkan dalam al-Qur’an berdasarkan
Firman Allah s.w.t.yang bermaksud:
Dan orang-orang yang menuduhi isterinya berzina, sedang mereka tidak ada
saksi-saksi (yang mengesah tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka
persaksian (yang sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu
hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali bahawa
sesungguhnya dia dari orang yang benar. Dan sumpah yang kelima

(hendaklah dia berkata) bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia
daripada orang-orang yang berdusta.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
‫قال عنه الله رضى الساعدى سعد بن سهل عن‬: ‫وسلم عليه الله صلى الله رسول قال‬: (‫الجنة في اليتيم وكافل أنا‬
‫)هكذا‬. ‫والوسطى بالسبابة وأشار‬, ‫شيئا بينهما وفرج‬.
Maksudnya:
Diriwayatkan dari sahl bin Sa’ad Al-Sa’idi r.a.: Rasulullah pernah bersabda:
“aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah seperti disyurga”. Nabi
s.a.w. memperlihatkan jari tengah dan telunjuknya lalu merenggangkannya.

Syarat-Syarat Sah Li’an
Untuk menjadikan li’an itu sah, mestilah mengikut syarat-syarat berikut:-
Qazaf (suami menuduh isterinya berzina) berlaku lebih dahulu daripada li’an.

Li’an suami mendahului lian isteri.
Kedua-dua suami isteri mesti menyebut perkataan-perkataan li’an. Jika salah
seorang menukar lafaz penyaksian dengan lafaz lain seperti aku bersumpah
atau dia menukarkan perkataan laknat dengan perkataan murka atau
sebaliknya, li’an tersebut tidak sah. Ini kerana lafaz li’an diterangkan dengan
jelas dalam al-Qur’an al-Karim dan mesti digunakan semasa melakukan lian.

Kelima-lima penyaksian (lafaz li’an yang disebut sebanyak lima kali)
hendaklah dilakukan secara mualat dan berturut-turut. Oleh itu ia tidak boleh
dipisahkan oleh sebarang perkara yang dianggap uruf sebagai pemisah.
Hakim wajib memberikan nasihat dan mengingatkan kedua-dua pasangan
supaya tidak berbohong. Contonya berkata: perhitungan sebenar kamu
terserah kepada Allah. Salah seorang daripada kamu adalah pembohong.
Adakah sesiapa yang ingin bertaubat?

Sebab-sebab Berlaku Li’an

Li’an terjadi melalui dua sebab iaitu:-

Suami menuduh isterinya melakukan zina, tetapi suami tidak dapat
mengemukakan empat orang saksi untuk menguatkan tuduhannya. Jika
tuduhan itu nyata dan benar bahawa isterinya melakukan zina, seperti
suaminya melihat sendiri bahawa isterinya berzina ataupun isterinya sendiri
yang mengaku bahawa dia telah melakukan zina dan pengakuannya diterima
serta dibenarkan dengan keterangan-keterangan yang jelas berserta dengan
bukti. Maka dalam masalah ini sebaik-baiknya suami menceraikan isterinya
tanpa li’an.

Suami tidak mengakui atau menolak anak yang dikandung isterinya.
Contohnya suami mengaku belum pernah menyetubuhi isterinya semenjak
dari akad nikah atau isterinya melahirkan anak sebelum sampai enam bulan
dari persetubuhan mereka

Kesan-kesan Li’an

Kesan-kesan yang akan timbul apabila berlakunya li’an ialah:-

Gugur had Qazaf daripada suami. Had Qazaf itu akan dijatuhkan kepada
isteri yang dili’an.
Wajib had zina ke atas isteri yang tidak meli’an suaminya. Jika isteri itu
meli’an suaminya maka gugurlah had zina tersebut daripada isteri.
Bercerai di antara suami isteri selama-lamanya sebagai talak ba’in.
Tidak boleh dinasabkan anak yang tidak diakui oleh suami yang meli’an
isterinya kepada suami tersebut, jika suami menolak anak itu pada li’annya.
Walaubagaimanapun anak itu tetap menjadi nasab kepada isteri yang dili’an.,
Tidak halal (haram selama-lamanya) bagi suami yang meli’an isterinya
berkahwin semula dengan isteri yang dili’annya sekalipun isteri tersebut telah
berkahwin dengan beberapa suami yang lain.

http://www.ikim.gov.my/index.php/2013/10/02/nikah-
mutah-antara-keseronokan-dan-maruah/

https://harakahdaily.net/index.php/2021/03/15/merungkai-
isu-perkahwinan-bawah-umur/

https://today.salamweb.com/ms/jenis-jenis-talak-dalam-
penceraian/

http://kelantan.jksm.gov.my/jksn/index.php/component/con
tent/article/21-joomla/components/208-li-an?Itemid=951


Click to View FlipBook Version