The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by allyana.faizal.osman, 2021-09-07 09:09:58

10 tempat bersejarah di sabah

10 tempat bersejarah di sabah

Keywords: tempat bersejarah di sabah

10

TEMPAT
BERSEJARAH

DI

SABAH

Sabah merupakan negeri kedua yang terbesar di Malaysia,
terletak di utara pulau Borneo dan juga merupakan pulau
ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas
72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400
kilometer dari Laut Cina Selatan, terletak di pantai barat,
Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Selebes di sebelah
selatan. Secara kasar, saiz negeri Sabah adalah sebesar saiz
negara Ireland di Eropah.

Ibukota negeri Sabah ialah Kota Kinabalu yang dahulunya
dikenali sebagai Jesselton semasa zaman kolonialisme.
Kota Kinabalu kini telah dinaiktarafkan kepada status
bandaraya pada 2 Februari 2002. Sabah juga dikenali
sebagai ‘Negeri Di Bawah Bayu’ dan mempunyai banyak
tempat bersejarah. Oleh itu, marilah meneroka 10 tempat
bersejarah di Sabah.

Tugu Peringatan Perang
Kundasang

Tugu Peringatan Perang Kundasang ini terletak di
Pekan Kundasang. Ianya adalah salah satu tugu
peringatan untuk mengenang jasa keberanian
tawanan perang Australia dan Inggeris yang gugur di
Sandakan. Tugu ini dibina dan dibiayai oleh rakyat
Sabah dan ekspatriat pada sekitar tahun 50-an, yang
mana majoriti mereka pernah berkhidmat
mempertahankan negara semasa Perang Dunia Kedua.
Pada satu ketika, Tugu Peringatan Perang ini berada
dalam keadaan tidak terjaga, sehingga Mr. Sevee
Charuruks (seorang ekspatriat yang menetap di
Sabah) membuat keputusan untuk membuat
pemulihan ke atas struktur dan keseluruhan bangunan
ini.

Tugu Peringatan Perang Kundasang ini dihiasi
dengan taman yang dipenuhi bunga-bungaan yang
cantik. Ianya terdiri dari empat taman yang
melambangkan tanah air pejuang tentera semasa
perang dahulu seperti, Taman Australia, Taman
Mawar Inggeris, Taman Borneo dengan bunga liar dari
Kinabalu dan Taman Kontemplasi dengan Kolam
Refleksi dan Pagoda.



Tugu Peringatan Perang
Petagas

Taman Peringatan Perang Petagas merupakan sebuah
taman peringatan yang didedikasikan kepada mangsa-
mangsa Perang Dunia Kedua di Sabah terutamanya
kepada 324 anggota pergerakan rintangan, yang telah
dilaksanakan pada 21 Januari 1944 oleh pasukan
pendudukan Jepun di Borneo Utara kerana penglibatan
mereka dalam Pemberontakan Jesselton.

Di plak peringatan taman ini, terdapat senarai nama
lelaki dari pelbagai kumpulan etnik di Sabah termasuk
pemimpin ketenteraan utama Albert Kwok dan mereka
yang membantu atau meninggal di Penjara Tentera
Labuan. Taman ini dibina tepat di lokasi tempat
pembunuhan beramai-ramai berlaku dan di mana
mangsa-mangsa mula dikebumikan. Ia terletak di Kg.
Peringatan Petagas di daerah Putatan di Sabah,
Malaysia.



Taman Peringatan
Sandakan

Taman Peringatan Sandakan ialah tapak peringatan
yang dibina di kawasan bekas kem Sandakan di Sabah,
Malaysia. Tapak ini didedikasikan sebagai peringatan
untuk semua tawanan di kem yang meninggal dunia
semasa Kawat Maut Sandakan, dan kepada mereka
yang meninggal dunia semasa kawat ke Ranau. Ia juga
mengiktiraf penderitaan dan pengorbanan masyarakat
tempatan.

Pada tahun 1995, suatu perjanjian antara Kerajaan
Negeri Sabah, Kerajaan Australia, pertubuhan bekas
perajurit Returned & Services League of Australia (RSL)
dan Majlis Perbandaran Sandakan terhasilnya
penciptasn tapak perintah ini. Kerajaan Australia
membina astaka dengan sebuah obelisk didirikan di
tapak peringatan dan memulihkan tinggalan peralatan
kemudahan dengan penggali, penjana stim dan penjana
lain. Majlis pembukaan tapak peringatan duadakan
pada Mac 1999.



Monumen William Pryer

Monumen ini terletak di daerah Sandakan, sebelum
berada disini, monumen ini dahulunya terletak di alun-
alun pada tahun 1950. Kemudian dipindahkan ke
sebuah lapangan dan MPS Square pada tahun 1960
yang akhirnya ditempatkan di lokasinya saat ini,
sehingga monumen ini menjadi salah satu Sandakan
Heritage Trails. Momumen ini didirikan William Pryer,
yang merupakan pendiri dari Sandakan pada tahun
1879. Sehingga momumen ini juga dijadikan sebagai
tugu kenangan William Burgess Pryer yang telah
meninggal dunia pada tahun 1899.

Tugu peringatan double six

Tugu Peringatan Double Six adalah sebuah memorial
yang terletak di Sembulan di dalam kawasan kompleks
perumahan Taman Grace di Kota Kinabalu, Sabah,
Malaysia.Tugu ini dibina bagi mengingati tragedi
kemalangan pesawat pada 6 Jun 1976 dikenali sebagai
Tragedi Double Six yang telah meragut nyawa Ketua
Menteri pertama Sabah, iaitu Tun Fuad Stephens,
beserta enam menteri lain.

Menara jam atkinson

Menara Jam Atkinson merupakan salah satu struktur
praperang dunia II yang masih wujud di Kota Kinabalu,
Sabah yang lokasinya terletak di Kota Kinabalu, Sabah,
Malaysia.

Menara ini siap dibina pada 20 April 1905.Menara jam
ini dibina bagi memperingati mendiang Francis George
Atkinson, pegawai daerah pertama Jesselton yang
meninggal dunia kerana penyakit malaria atau "Demam
Borneo" ketika berusia 28 tahun pada Disember 1902.
Ibunya, Puan Mary Edith Atkinson memperkenalkan
jam bermuka dua di bandar Jesselton sebagai satu
penghormatan bagi ingatan terhadap anaknya.
Struktur ini akhirnya berjaya disiapkan pada 20 April
1905.

Rumah Agnes Keith

Agnes Keith House (dahulunya dikenali sebagai
Newlands) adalah muzium rumah bersejarah di
Sandakan, Sabah, Malaysia. Muzium ini dinamakan
sempena Agnes Newton Keith, seorang pengarang
Amerika yang terkenal dengan tiga kisah hidupnya di
Borneo Utara Britain.Sebuah rumah sudah dibina di
atas bukit di kawasan rumah sekarang sebagai
kawasan pemerintahan kolonial Inggeris.

Selepas Perang Dunia II, rumah baru itu dibina
semula antara tahun 1946 hingga 1947 di atas bukit
rumah yang musnah dan menjadi kediaman kayu kekal
kerajaan pertama. Rumah yang baru dibina dan lebih
selesa di bukit ini terletak di lokasi rumah yang
musnah yang sebelumnya dimiliki oleh M M Clark di
mana mereka menamakan semula rumah baru itu
sebagai Newlands. Agnes tinggal di rumah itu selama
beberapa tahun sebelum rumah itu dimiliki oleh
beberapa pemilik lain. Setelah ditinggalkan tanpa
penghuni lagi, Jabatan Muzium Sabah bersama
dengan Jabatan Muzium dan Barang Antik
Persekutuan mula bekerjasama pada tahun 2001
untuk memulihkan rumah tersebut dan pada 26 April
2004, ia akhirnya dibuka untuk umum sebagai muzium



Masjid Jamek
Sandakan

Masjid Jamek Sandakan atau juga dikenali sebagai
Masjid Jamek Sheik Hasabollah At-Tohiri adalah
sebuah masjid di Sandakan, Sabah, Malaysia. Dibuka
pada tahun 1890, ini adalah masjid tertua di Sandakan,
bahagian dari Sandakan Heritage Trail.

Masjid ini dibuka pada tahun 1890 oleh Damsah,
seorang pedagang kain Muslim dari British Raj (India
sekarang). Lokasi asalnya adalah di restoran Habeeb III
menghadap Wisma Sandakan. Semasa Perang Dunia II,
masjid ini menjadi tempat persembunyian penduduk
kota Muslim dari Jepun. Tentera Jepun percaya masjid
ini juga boleh menjadi tempat persembunyian tentera
Inggeris yang menyebabkan mereka menembak masjid
beberapa kali semasa perang.

Gereja St Michaels and All
Angels

Direka oleh Selandia Baru Mr. B.W. Mountfort,
bangunan ini pertama kali dibangun dengan kayu
belian (kayu besi), diikuti oleh batu bata dan akhirnya
batu, yang dikatakan bersumber dari Buli Sim Sim
yang berdekatan, sementara batu putih yang
menghiasi tingkap dan pintu berasal dari Hong Kong.

Gereja ini terselamat daripada kerosakan besar
semasa Perang Dunia II pada tahun 1940-an dan tetap
menjadi salah satu bangunan batu yang sangat sedikit
di seluruh Sabah.

Kuil Fook Tet Kung

Tempat bersejarah di Sabah ysng terakhir adalah
sebuah bangunan berarsitektur Tionghoa. Bangunan ini
berasal dari sejarah masuknya orang Tionghoa ke
Borneo pada sekitar akhir tahun 1800-an.

Orang-orang Tiongkok ini kemudian menetap di Desa
Sugud, Penampang. Keindahan bangunan ini sangat
khas desain arsitektur Cina, dengan bentuk atap yang
khas dan warna bangunan yang khas.

#Liss_No_1 #Liss_No_1

#Liss_No_1 #Liss_No_1 #Liss_No_1

#Liss_No_1 #Liss_No_1
#Liss_No_1 #Liss_No_1 #Liss_No_1

#Liss_No_1 #Liss_No_1

DISEDIAKAN OLEH,
ALLYANA BINTI FAIZAL
6KM2

#Liss_No_1 #Liss_No_1 #Liss_No_1

#Liss_No_1 #Liss_No_1

#Liss_No_1 #Liss_No_1 #Liss_No_1

#Liss_No_1 #Liss_No_1

#Liss_No_1 #Liss_No_1


Click to View FlipBook Version