Kosa kata Pengajaran : Kita haruslah mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan. mengelak : menghindar contoh ayat : Penunggang motosikal itu terlanggar tembok semasa cuba mengelak seekor kucing. Cerita Utama Rimba, Si Monyet nampak lampu isyarat hijau bertukar warna merah. Namun, dia tidak mempedulikannya. Si Monyet terus mengayuh basikal ke hadapan. Pada waktu itu, Si Kanggaru yang sedang memandu van juga menghala ke arahnya. Si Monyet berasa terkejut dan tidak sempat mengelak. Basikal Si Monyet dilanggar lalu dia terjatuh ke tanah. Akhirnya, Si Monyet tercedera. Satu mesyuarat telah diadakan di hutan untuk membicarakan kejadian tersebut. Si Gajah bersuara, “Si Monyet yang bersalah dalam kemalangan itu. Dia sepatutnya mematuhi peraturan lalu lintas.” Si Kuda Belang pula berkata, “Si Kanggaru yang bersalah. Dia sepatutnya mengurangkan kelajuan van!” Haiwan-haiwan di hutan memberikan pendapat masing-masing tentang kemalangan itu. Akhirnya, Raja Si Singa membuat kesimpulan, “Kedua-dua pihak juga bersalah. Si Kanggaru memandu van terlalu laju manakala Si Monyet sepatutnya berhenti semasa lampu isyarat bertukar warna merah.” Semua haiwan bersetuju dengan kata-kata Raja Si Singa. Si Kanggaru dan Si Monyet pun mengakui kesalahan mereka dan menulis surat pengakuan kesalahan di hadapan haiwan-haiwan di hutan. Sejak itu, Si Monyet mematuhi peraturan lalu lintas semasa mengayuh basikal di jalan raya. Dia tidak mahu dilanggar lagi. Si Kanggaru juga mengurangkan kelajuan semasa memandu. Dia tidak mahu melanggar sesiapa lagi. Siapakah yang Bersalah? Si Monyet suka mengayuh basikal. Pada suatu hari, dia mengayuh basikal untuk pergi membeli-belah di Pasar Raya Rimba. Semasa tiba di hadapan Pasar Raya Sidang Penasihat : 1/2023 Tahap 2 TAHUN 4, 5 DAN 6 PP 7103/12/2012(031332) Harga Semenanjung : RM1.20 Sabah & Sarawak : RM1.50 Sasmurni Bakti Sdn. Bhd.
Mari Ketawa Wah, mereka sedang bermain badminton! Cahaya lilin telah menarik kupu-kupu datang ke sini. Adakah kamu berasa gembira malam ini? Anehnya! Ke manakah bulu tangkis badminton? Lihatlah kehebatan saya! Gatal sekali! Rupanya itu ialah sebatang pemukul nyamuk elektrik! Terlalu banyak kupu-kupu di sini! Makanan di sini sedap tetapi … Cik Ulat Beluncas, jangan lupa temu janji kita untuk makan malam dengan cahaya lilin. Kamu jangan cuba lari! Semua salah saya, kamu tidak akan jadi begini jika bukan sebab saya. Aiskrim, berehatlah dengan tenang! Walaupun kamu menangis teruk, ia tidak akan kembali ke asal semula. Saya akan datang pada masa yang tepat! Waa … waa 3 Makan Aiskrim Makan Malam dengan Cahaya Lilin Aktiviti yang Sihat MD Tahap 2 1/2023 Sasmurni Bakti Sdn. Bhd.
Fokus Karangan Setiap orang di atas muka bumi ini tidak terlepas daripada amanah dan tanggungjawab. Baik yang tua mahupun yang masih muda mesti mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Sikap bertanggungjawab sangat penting untuk keselamatan. Contohnya, jika seorang pekerja penyelanggaraan kapal terbang tersalah memasang skru, kapal terbang akan mengalami kerosakan. Oleh sebab tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan baik, dia boleh menyebabkan kematian ramai orang. Selain itu, jika kita bertanggungjawab dalam semua perkara, kita menjadi contoh kepada orang lain. Jika di rumah, kita boleh menjadi contoh kepada adik-adik. Jika kita menunjukkan sikap yang baik walaupun sekecilkecil perkara seperti membuang sampah ke dalam tong sampah ketika di luar negara, kita telah membawa nama baik negara. Akhir sekali, dengan adanya sikap bertanggungjawab dapat menjimatkan banyak sumber. Contohnya, dalam penggunaan air. Seseorang yang bertanggungjawab pasti tidak akan membazirkan air dengan sewenang-wenangnya. Kesimpulannya, pupuklah sikap bertanggungjawab sejak kecil. Jika semua orang bertanggungjawab, kehidupan akan lebih harmoni. Kepentingan Sikap Bertanggungjawab Kepentingan Sikap Bertanggungjawab menjadi contoh - di rumah menjadi contoh untuk ahli keluarga yang lain - apabila di luar negara - membawa nama baik negara menjimatkan banyak sumber - contohnya air - tidak membazir untuk keselamatan - pekerja penyelanggaraan kapal terbang cuai - salah pasang skru - menyebabkan kematian MD Tahap 2 1/2023 5 Sasmurni Bakti Sdn. Bhd.
Cari 8 perkataan yang dikehendaki. Gariskan perkataan-perkataan tersebut dan tuliskan ke dalam ruangan yang disediakan. Perkataan yang dikehendaki : bermaksud potong 1 2 3 4 5 6 7 8 P E N G G A L I M I M P I H J F E I C E R M I J L P H X Z Q K K T N U Q F Q H L A U I L A W A E E T C B A T U T H O R P I T A R R I I S A U A G K L I U R U N A U P B R F T N N G O S O P G I T T E L E V U S Y B N I P N J B K A T A B C E T R I E A A F V X O B O L N S E P A K Q L N G K P L T O A T O N P A N G K A S A G A K P Y E T S W E A R U A H L B M O I F N E K L P A E T I Y U H L M A D U B E N A M I N T A I H Y P I N N A U T I N G K A P E H K U S Q G N A N T I K M O L E K P T A L I G E S T O L E H H I B A E B E R E N A C E N C A N G X Q R Z R E N U N G A Y A K A C A K 7 Asah Minda Jawapan akan diumumkan dalam MD Tahap 2 2/2023. MD Tahap 2 1/2023 Sasmurni Bakti Sdn. Bhd.
9 Kosa kata Teladan cerita : Kita perlu berusaha dengan gigih untuk berjaya. Jangan jadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk tidak berusaha. Selain itu, kita perlu membantu insan yang lemah. Barulah hidup lebih harmoni. Cerita Teladan Pada suatu malam, hujan turun dengan lebatnya berserta dengan angin kencang. Arif dan bapanya baru keluar dari sebuah kedai buku. Ketika mereka melalui kaki lima untuk menuju ke tempat letak kereta, Arif melihat seorang lelaki sedang duduk di atas bangku. Di hadapannya terdapat sebuah kotak yang diisi penuh dengan tisu. Arif mendapati lelaki itu cacat penglihatan. Bapa Arif pun berkata, “Encik, sekarang sudah malam. Mengapakah encik masih belum pulang?” Lelaki itu senyum tanpa menjawab. Sebaliknya, dia pula bertanya, “Encik, hendak beli tisu?” Bapa Arif menasihati lelaki itu supaya pulang ke rumah kerana hari sudah malam. Tambahan pula hujan lebat. Bahaya jika dia berseorangan di kaki lima itu. Bapa Arif menawarkan diri untuk menghantar lelaki itu pulang. Lelaki itu menjelaskan bahawa dia perlu bekerja untuk mencari nafkah keluarga. Pada waktu siang dia menjadi tukang urut. Pada waktu malam dia menjual tisu untuk menambah pendapatan. “Saya akan beli kesemua tisu kamu. Jadi, kamu boleh pulang ke rumah,” kata bapa Arif. “Terima kasih,” kata lelaki itu. Riak wajahnya kelihatan sangat gembira kerana hasil jualannya habis. Barulah lelaki itu setuju untuk pulang ke rumah. Arif pun membantu mengemaskan kotak dan bangku lelaki tu. Bapa Arif menghantar lelaki itu pulang ke rumah dengan selamatnya. Penjual Tisu MM Darjah 4, 5 dan 6 5/2023 nafkah : rezeki contoh ayat : Ayah bekerja keras untuk mencari nafkah kami sekeluarga. Sasmurni Bakti Sdn. Bhd.
10 MD Jawapan akan diumumkan dalam MD Tahap 2 2/2023 Tahap 2 1/2023 BAHASA MELAYU TAHUN 4 TEMA 1 : KELUARGA PENYAYANG Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Hadif menuntun yang pancit tayarnya pulang ke rumah. A jiran B rumah C kereta D basikal 2 Aliya bersarapan dengan roti dan dua biji rebus. A ikan B telur C ayam D sayur 3 Pengusaha kilang itu didenda kerana membuang sisa toksik ke dalam . A mimpi B rumah C sungai D kereta 4 Kami sekeluarga menziarahi pak long yang tinggal di . A Pak Belang B Johor Bahru C Syarikat Bina Jaya Sdn. Bhd. D Hari Keluarga Taman Impian 5 sangat cerdik dalam melepaskan diri daripada buaya. A Kuala Gula B Sang Kancil C Kebun Komuniti D Perpustakaan Negara 6 Encik Azman dan keluarganya akan melancong ke pada hujung tahun ini. A Eropah B Penghulu Unggas C Hari Keluarga Taman Impian D Persatuan Ibu Bapa dan Guru Berdasarkan Format UASA Sasmurni Bakti Sdn. Bhd.
Kesihatan mental merangkumi kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan mental ialah “keadaan kesejahteraan individu menyedari keupayaannya sendiri, dapat mengatasi tekanan normal kehidupan, dapat bekerja dengan produktif dan bermanfaat serta mampu memberi sumbangan kepada komuniti”. Kemurungan atau depression - Walaupun dianggap biasa dan boleh dirawat, kemurungan boleh menjadi serius kerana berupaya mempengaruhi emosi dan tingkah laku. Kecelaruan Bipolar atau bipolar disorder - Kecelaruan psikiatri yang boleh menyebabkan perubahan luar biasa terhadap peningkatan perasaan, tenaga, aktiviti serta keupayaan untuk menjalankan tugas harian. Keresahan atau anxiety - Berlaku apabila tindak balas dalam sesuatu situasi melangkaui kebiasaan. Keresahan menimbulkan rasa gemuruh, takut atau khuatir yang disertai gejala fizikal seperti menggeletar atau mual. Skizofrenia - Penyakit kecelaruan psikiatri yang boleh mempengaruhi fikiran, perasaan dan kelakuan pesakit. Individu pada tahap teruk mungkin mengalami gejala kronik sehingga boleh menjejaskan kehidupan. Jenis-jenis Penyakit Umum Berkaitan Mental Kesihatan Mental 12 MD Tahap 2 1/2023 Sasmurni Bakti Sdn. Bhd.
Karya Pembaca Alam ini anugerah Tuhan Satu amanah untuk kita nukilkan Menjadi apa yang kita fikirkan Alam kini kau menangis Tiada sesiapa mendengar rintihanmu Alam ini dirobek oleh tangan-tangan durjana Wahai penghuni alam Ayuh kita bangkit dan mara bersama Memulih mana yang telah cemar Mengekang mana yang belum ternoda Alam ini tanggungjawab kita Alam Ini SILA KEPILKAN GAMBAR (JIKA ADA) SIDANG PENGARANG Pengarang & Norhayati Nasohah Penyunting Pembaca Pruf Norhayati Nasohah (B A [Malay Studies] Hons), UPM) Penasihat Gabungan Majlis Guru Besar Sekolah Rendah Malaysia Artis Sidang Artis Sasmurni Bakti Sdn. Bhd. Pengiklanan Wakil Pengiklanan: Ivy Pow Tel: 03-6258 9471 Bahagian Promosi: This magazine may include QR codes and/or hyperlinks to third-party content and such links are provided to our readers for information and illustration purposes only. The provision of such reference does not signify that Sasmurni Bakti Sdn. Bhd. endorse, has control over or is responsible for the said third-party content. Diterbitkan oleh Sasmurni Bakti Sdn. Bhd. (203140-K) 42, Jalan Metro Perdana Barat 12, Sri Edaran Industrial Park, Off Jalan Kepong, 52100 Kuala Lumpur. Tel: 03-6258 9471 Faks: 03-6258 7795 E-mel: [email protected] Harga Semenanjung: RM1.20 Sabah & Sarawak: RM1.50 Untuk langganan pos, Tel:03-62526434 Faks:03-62506406 Dicetak oleh Percetakan Tatt Sdn. Bhd. (270731-D) Lot 17485, Jalan 2, Taman Selayang Baru, Batu 8½, Jalan Ipoh, 68100 Batu Cave, Selangor. Tel: 03-6136 6686 Faks: 03-6136 8676 Alamat: Sasmurni Bakti Sdn. Bhd. 42, Jalan Metro Perdana Barat 12, Sri Edaran Industrial Park, Off Jalan Kepong, 52100 Kuala Lumpur. Nama : Umur : Nama sekolah : Adik-adik suka berkarya? Ayuh, hantarkan karya adik-adik kepada Mingguan Didikku! Sasmurni Bakti Sdn. Bhd.