The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOR SHAKIRAH AMRAN, 2024-05-13 21:19:16

LAPORAN SEMINAR PENDIDIKAN MADANI 2023

LAPORAN SEMINAR PENDIDIKAN MADANI 2023

KEHADIRAN SEMINAR PENDIDIKAN MADANI BIL. PENYERTAAN JUMLAH 1. Ahli WADAH 83 2. SERI Al-Ummah Chepor 40 3. SERI Al-Ummah Manjung 2 4. SERI Al-Ummah Taiping 4 5. Maahad Al-Ummah 7 6. Madrasah Al-Hikmah 5 7. ABIM Perak 5 8. TASKI ABIM Negeri Perak 21 9. Sekolah-sekolah Daerah Kinta Utara 24 10. NGO-NGO 12 11. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) 2 12. Individu 13 13. Tetamu 6 14. Urusetia 6 JUMLAH KESELURUHAN 230


SENARAI TETAMU SEMINAR PENDIDIKAN MADANI BIL. PENYERTAAN JAWATAN PERANAN 1. Prof. Madya Ts. Dr. Nur Izura Binti Udzir Pensyarah Universiti Putra Malaysia / Naib Presiden WADAH Wakil WADAH Pusat dan Panel Forum 2. Puan Rohana Binti Kamaruddin Pengarah Akademi, Kolej Dar-Hikmah Pengucaptama 3. Tn. Hj. Mohamd Tarmizi Bin Abdul Hamid Exco Pertubuhan Majlis Murabbi Madani Panel Forum 4. Dr. Charanjit a/p Kaur Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman Panel Forum 5. Dr. Ahmad Safwan Bin Mohamad WADAH Negeri Perak Moderator Forum


ATUR CARA SEMINAR PENDIDIKAN MADANI 08:00 pagi : Pendaftaran peserta Sarapan pagi 09:00 pagi : Amanat Pimpinan WADAH ❖ YBhg. Tn. Hj. Mohd Nasir Bin Kamarudin Pengerusi WADAH Negeri Perak 10:00 pagi : Ucaptama Seminar “Guru Insani Pemangkin Generasi MADANI” ❖ YBhg. Puan Hjh. Rohana Binti Kamaruddin, Pengarah Akademi Kolej Dar Al- Hikmah ❖ Minum pagi 11:00 pagi : FORUM: “Pembinaan Karamah Insaniah Teras Pembangunan Bangsa Malaysia” Ahli Panel Forum : ❖ YBhg. Tn. Hj. Mohamd Tarmizi Bin Abdul Hamid, Exco Pertubuhan Majlis Murabbi Madani ❖ YBhg. Dr. Charanjit Kaur a/p Darshan Singh, Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) ❖ YBhg. Prof. Madya Ts. Dr. Nur Izura Binti Udzir, Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) / Naib Presiden WADAH Moderator : ❖ YBhg. Dr. Ahmad Safwan bin Mohamad, WADAH Negeri Perak 12:30 t/hari : Bacaan Resolusi Seminar oleh Pengarah Seminar Sesi bergambar Makan tengah hari


SESI PENDAFTARAN PESERTA


PEMBUKAAN MAJLIS DAN BACAAN DOA


SEMINAR PENDIDIKAN MADANI


AMANAT PIMPINAN WADAH Tn. Hj. Mohd Nasir Bin Kamarudin (Pengerusi WADAH Negeri Perak)


UCAPTAMA SEMINAR Puan Hjh. Rohana Binti Kamaruddin (Pengarah, Akademi Kolej Dar Al-Hikmah )


SESI PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA PENGUCAPTAMA


SESI FORUM Dari kiri: Dr. Ahmad Safwan, Tn. Hj. Mohamd Tarmizi, Dr. Charanjit Kaur, Prof. Madya Ts. Dr. Nur Izura


SESI FORUM


SESI SOAL JAWAB Tn. Hj. Ja’afar Bin Darus (WADAH Negeri Perak) En. Abdullah Bin Khalbi (Persatuan Perpaduan Masyarakat Ipoh/Permai)


SESI PEMBACAAN RESOLUSI SEMINAR Tn. Hj. Mustaffa Bin Bakar (Pengarah Seminar)


RESOLUSI SEMINAR PENDIDIKAN MADANI Dalam mendepani pelbagai isu pendidikan negara untuk dekad akan datang yang memerlukan pertimbangan yang menyeluruh, terancang dan kalis perubahan, maka Seminar Pendidikan Madani dengan tema “Pembinaan Karamah Insaniah Teras Pembangunan Bangsa Malaysia” yang disertai oleh peserta mewakili para pentadbir sekolah dan pemimpin NGO-NGO Daerah Kinta Utara bertempat di IPG Kampus Kinta, Hulu Kinta pada 30 September 2023 dengan ini mencadangkan ketetapan berikut: 1. Mengakui bahawa pembinaan karamah Insaniah adalah satu konsep yang berupaya membangun nilai manusiawi ke arah pembangunan diri dan kemahiran interpersonal bagi mencorak masa hadapan dan memenuhi potensi pelajar. 2. Muafakat antara NGO’s dengan institusi pendidikan harus berlaku pada semua peringkat sama ada di daerah dan negeri bagi memastikan usaha pembinaan karamah insaniah terhadap generasi muda berjalan secara menyeluruh, sistematik dan inklusif. 3. Menyedari dan menginsafi bahawa pembinaan karamah insaniah sebagai teras pembangunan bangsa Malaysia mampu dicapai melalui muafakat antara institusi pendidikan bersama NGO’s secara terancang, maka dicadangkan; 3.1 Perlu memugar konsep karamah insaniah kepada masyarakat di semua peringkat sama ada di daerah mahupun negeri. 3.2 Amalan nilai dan kemahiran yang terkandung dalam konsep karamah insaniah perlu diperhalusi untuk diterjemahkan dalam kurikulum dan aplikasi pada peringkat institusi pendidikan, keluarga dan masyarakat.


RESOLUSI SEMINAR PENDIDIKAN MADANI 3.3 Usaha-usaha untuk memasyarakatkan konsep karamah insaniah wajar diketengahkan kepada ummah pada peringkat daerah dan negeri, sebagai pelengkap kepada keterangkuman nilai yang sedia ada dalam sistem pendidikan. 3.4 Mewujudkan model pembinaan karamah insaniah di institusi pendidikan ABIM sebagai contoh ikutan untuk melahirkan generasi beradab, berakhlak dan berintegriti melalui Konsep Pendidikan Al Hikmah. 4. Menyedari dan menginsafi bahawa menyuburkan karamah insanah dalam institusi pendidikan amat penting bagi pembangunan bangsa Malaysia dan meneruskan pembinaan tamadun umat, maka seminar yang berlangsung pada hari ini mencadangkan, 4.1 Memberi tumpuan terhadap kebajikan para pendidik pada semua peringkat yang merupakan sumber utama sebagai pemangkin masyarakat MADANI ke arah pembinaan karamah insaniah. 4.2 Sesuai dengan prinsip karamah insaniah sebagai anugerah Ilahi , maka bantuan modal kepada semua institusi pendidikan wajar diberi perhatian demi meningkatkan prasarana asas yang mencukupi. 4.3 Memberi perhatian terhadap semua pelajar tanpa mengira latar belakang bangsa, kaum, etnik, warna kulit, jantina, agama, usia, keupayaan mental dan fizikal bertepatan dengan tujuan dari syariat atau maqasid syariah agar berpeluang menyuburkan karamah insaniah yang diiktiraf oleh Ilahi kepada mereka.


SESI PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA MODERATOR DAN AHLI PANEL


SESI BERGAMBAR AKHIR SEMINAR


Lampiran 1 (Backdrop)


Lampiran 2 (Banner,Poster)


Click to View FlipBook Version