The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1118-15-hananie, 2022-06-04 14:23:21

tUGASAN KERJA KURSUS 3

LAPORAN PROJEK

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT
TUGASAN 3 KERJA KURSUS : LAPORAN PROJEK

NAMA : NUR HANANIE BINTI RIDDUAN
KELAS : BAHASA MELAYU 4

ANGKA GILIRAN : 2021292310089
NO KAD PENGENALAN : 030927-05-0204
OPSYEN : BAHASA MELAYU SK
AMBILAN : JUN 2021
KOD KURSUS : PALS 1012
NAMA KURSUS : ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU
NAMA PENSYARAH : PUAN NORZEHA BINTI OTHMAN
JABATAN/UNIT : JABATAN ILMU PENDIDIKAN
TARIKH SERAHAN : 8/5/2022

Pengesahan Pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.

Catatan (jika ada): Tarikh: 8/5/2022
Tandatangan pelajar: hananie

1

Isi Kandungan Muka Surat
3
No Perkara 4
1. Penghargaan 5
2. Pengenalan
3. Isu Semasa : Kehabisan Sumber Tenaga Yang Tidak Boleh 6
7
Diperbaharui dan Pencemaran Udara
4. Cara Penyelesaian 8
5. Isu Semasa : Pengurusan Bagi Sisa Pepejal Domestik Yang Tidak 9
10
Terkawal
6. Cara Penyelesaian
7. Penutup
8. Rujukan

2

Penghargaan
Pertama sekali saya ingin memanjangkan kesyukuran saya kepada Allah S.W.T atas
kurniaanya saya dapat menyiapkan tugasan ini iaitu subjek Asas Kelestarian dan Teknologi
Hijau iaitu kod subjek PALS 1012 ini dengan baik dan jayanya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah yang mengajar saya subjek ini
Puan Norzeha binti Othman atas tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyiapkan tugasan ini serta
juga mengajar dengan bagus dalam memberikan ilmu pengetahuan ini.
Tidak lupa juga, rakan-rakan saya dalam kelas yang sama yang banyak membantu saya dalam
memahami tentang tugasan-tugasan yang diberi dan mengajar saya dengan baik.
Akhir sekali, ucapan terima kasih saya kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun
secara tidak langsung.

3

Teknologi Hijau merujuk kepada suatu penghasilan produk bagi memelihara bumi
merangkumi alam sekitar bagi mengurangkan kesan negatif yang dibawa oleh manusia
disebabkan aktiviti-aktiviti yang tidak bertamadun. Teknologi Hijau ini merupakan penghasilan
yang mempunyai merujuk produk, pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah,
menjimatkan tenaga dan paling penting ianya mestilah sumber yang boleh diperbaharui.
Perkara ini adalah bagi mengurangkan berlakunya pencemaran alam sekitar dan juga isu-isu
kerosakan alam sekitar. Oleh itu, teknologi hijau ini mampu mengurangkan kadar kerosakan
yang berlaku dan membawa kepada pertumbuhan ekonomi. Ianya juga supaya dapat
memelihara dan memulihara alam sekitar. Dengan adanya penciptaan teknologi hijau ini dapat
melahirkan manusia yang kreatif dan inovatif serta dapat bersaing dalam bahagian teknologi
hijau di persada antarabangsa. Teknologi hijau ini merupakan salah satu yang diterapkan sains
di dalamnya yang mana penggunaan yang mesra alam.

Aplikasi Teknologi Hijau ini sesuai dilaksanakan dan digunakan di dunia ini kerana tidak
mendatangkan keburukan dari segi keperluan manusia pada masa hadapan. Jadi, setiap
masyarakat tidak kira bangsa perlu berkerjasama dalam memastikan alam sekitar dalam
keadaan baik supaya tidak mendatangkan kemudaratan kepada negara pada masa akan
datang dan dapat hidup dengan selesa serta bersih. Antara isu yang berkaitan adalah seperti
perubahan cuaca dunia yang panas sekarang ini. Hal ini berlaku kerana disebabkan pelepasan
gas karbon ke udara yang menyebabkan penipisan lapisan ozon seperti berlakunya
pembakaran terbuka dan penggunaan pengangkutan yang menggunakan petroleum. Oleh itu,
mewujudkan teknologi hijau ini merupakan usaha-usaha dalam memulihara alam sekitar
daripada kejadian tersebut. Semua pihak juga perlu bekerjasama dalam perkara ini. Iaitu Ibu
bapa memainkan peranan yang penting perlu mula dari sekarang dalam menerapkan
amalan-amalan hijau ini dalam kehidupan supaya anak-anak dapat mengikuti. Sebagai contoh,
pengamalan 3R yang selalu digunakan oleh manusia boleh dilaksanakan. Oleh yang demikian,
masyarakat juga boleh mengamalkan kehidupan sihat dan sejahtera demi alam sekitar seperti
mengitar semula sampah.

4

Antara isu semasa global tentang alam sekitar ini adalah kehabisan sumber tenaga
yang tidak boleh diperbaharui dan juga pencemaran udara. Di bumi kita ini, umum mengetahui
bahawa terdapatnya dua sumber tenaga di dunia ini iaitu sumber yang boleh diperbaharui dan
sumber yang tidak boleh diperbaharui. Iaitu kita mempunyai sumber tenaga yang tidak boleh
diperbaharui. Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui ialah yang mana boleh didapati
secara alam semula jadi di muka bumi ini tetapi penggunaannya berbeza, cara dan
penghasilan yang terhad. Namun, terdapat kekurangannya bagi sumber tenaga yang tidak
boleh diperbaharui iaitu ianya tidak boleh dijana semula, dan juga proses penghasilannya boleh
dilakukan secara perlahan berbanding jangka hayat manusia ini. Sebagai contoh, petroleum
ianya mengambil masa berjuta-juta tahun dahulu untuk pengahsilannya daripada pereputan
haiwan dan tumbuhan yang hidup. Namun demikian, kita juga mempunyai tenaga yang boleh
diperbaharui. la merupakan tenaga yang boleh diganti dan diperbaharui setelah kehabisan.
Nama lain bagi sumber ini adalah tidak terhingga dan daripada aspek penggunaannya ianya
tidak boleh mengakibatkan pencemaran berlaku di muka bumi.

Bagi tenaga tidak boleh diperbaharui ini terdapatnya dua jenis iaitu tenaga konvensional
dan tenaga tidak konvensional. Tenaga tidak boleh diperbaharui konvensional merujuk kepada
semua tenaga fosil seperti minyak, gas asli dan arang batu. Tenaga ini merupakan tenaga yang
terkenal kerana paling banyak digunakan dalam kehidupan seharian manusia. Sumber tenaga
ini lah yang boleh menyebabkan banyak pencemaran berlaku dan kehidupan manusia seperti
pencemaran udara, memberikan kesan kepada rumah hijau dan kenaikan suhu.

Oleh itu, penggunaan bahan api fosil ini mestilah diminimumkan supaya mengelakkan
berlakunya pencemaran ini. Hal ini kerana ia boleh memudaratkan kesihatan manusia dan
berlaku pencemaran udara. Kita juga mestilah mengembangkan dan menerapkan penggunaan
tenaga yang boleh diperbaharui bagi menjamin kelestarian alam sekitar supaya dalam keadaan
baik dan terjamin. Bahan api fosil ini merupakan penghasilannya daripada proses-proses
semula jadi iaitu pereputan anaerobik. Anggaran usia hidupan ini yang paling lama melebihi 650
juta tahun. Bahan api fosil ini masih lagi kebergantungan bagi negara kita dalam kegunaan
penjanaan elektrik dan juga pengangkutan. Jadi pembakaran bahan api fosil ini menyebabkan
udara tercemar dengan membebaskan asap yang mengandungi karbon dioksida, sulfur
dioksida dan sulfur dioksida. Ianya juga bertambah dengan asap dalam penggunaan
kenderaan-kenderaan bermotor ini seterusnya mengakibatkan jerebu dan peningkatan suhu.

5

Bagi menyelesaikan masalah isu semasa iaitu kehabisan sumber tenaga yang tidak
boleh diperbaharui dan juga pencemaran udara ini adalah dengan penggunaan tenaga solar.
Ianya merupakan suatu kaedah atau cara alternatif dan penggunaan yang tidak akan dan
pernah habis. Tenaga solar ini merupakan tenaga yang bersih dan juga boleh diperbaharui.
Ianya merupakan kaedah yang bagus dan terbaik dalam mengurangkan pencemaran alam
sekitar sekali gus tenaga ini tidak boleh melepaskan sebarang gas ke rumah hijau yang
mengakibatkan penipisan lapisan ozon. Oleh itu, masyarakat tidak perlu risau kerana ianya
selamat digunakan dan mesra alam. Sebagai contoh, bagi menggantikan bahan api fosil yang
perlu dibakar dalam penjanaan tenaga elektrik dengan memasang Electrostatic Precipitator
(ESP) iaitu merupakan perangkap habuk bagi hasil pembakaran tidak terlepas ke udara dan
juga penggunaan Flue Gas Desulphurization (FGD) yang boleh diguna pakai bagi tujuan
menyerap sulfur yang terhasil daripada pembakaran arang batu. Penggunaan tenaga solar di
rumah juga boleh iaitu melalui sel-sel suria yang dipasang. Ianya memerangkap matahari
seterusnya menghasilkan elektrik.

Selain itu, produk teknologi hijau iaitu kereta solar. Ianya digunakan sebagai
menggantikan bahan api fosil. Bahan fosil iaitu tenaga yang tidak boleh diperbaharui kepada
tenaga yang boleh diperbaharui supaya mengelakkan berlaku pencemaran. Oleh itu, dengan
penggunaan solar itu sumber tenaga tersebut yang tidak akan pupus iaitu penggunaan tenaga
cahaya matahari bagi menggerakkan kenderaan kereta tersebut. Perkara ini sepenuhnya
menggerakkan kereta dengan menggunakan tenaga daripada cahaya matahari. Terdapatnya
panel solar di kereta tersebut maka ianya akan menyerap cahaya matahari dan akan dapat
menggunakan kereta itu serta bergerak seperti menggunakan bahan api fosil yang biasa orang
gunakan di kereta. Penggunaan kereta solar ini digunakan manusia dalam kehidupan seharian
sebagai pengangkutan perjalanan untuk bergerak ke suatu destinasi ke destinasi yang lain. Jadi
perkara ini dapat membawa kebaikan dan kelebihan kepada negara iaitu mengurangkan dan
tiada berlakunya pelepasan asap ke udara seterusnya tidak dapat mengakibatkan pencemaran
alam sekitar. Saluran pernafasan manusia juga tidak terjejas dan rosak. Hal ini juga dapat
memastikan bahan api fosil ini tidak pupus dan mengelakkan supaya tidak dapat digunakan
pada perkara yang lebih penting. Jadi, penggunaan tenaga solar tersebut dapat digunakan
secara meluas di Malaysia dan diterapkan dalam kehidupan manusia.

6

Di samping itu, isu yang kedua adalah masalah pengurusan bagi sisa pepejal domestik
yang tidak terkawal. Maksud bagi sisa ini merupakan lebihan ataupun perkara yang tidak
digunakan dan dilupuskan disebabkan oleh rosak, lusuh dan tidak berfungsi lagi. Sisa domestik
ini terdapat dalam pelbagai jenis iaitu sampah pepejal iaitu sisa plastik, sisa cecair, sampah dan
sisa organik. Sisa yang dibuang ini mempunyai komposisinya antaranya ialah sisa makanan
iaitu 44.5 % dan plastik sebanyak 13.2 %. Pengurusan bagi sisa domestik ini merupakan
cabaran bagi masyarakat kita di Malaysia ini kerana dengan adanya pertambahan penduduk di
Malaysia. Oleh itu, pengurusan bagi sisa domestik ini akan menjadi tidak terkawal dan banyak
berlaku pencemaran. Di Malaysia pelupusan sisa pepejal ini adalah di kawasan pelupusan
terbuka atau di kawasan yang tidak digunakan. Namun, terdapat segelintir masyarakat yang
tidak bertanggungjawab dalam membuang sampah di merata tempat. Tidak kira sampah yang
kecil mahupun yang besar yang boleh menyebabkan pembiakan haiwan perosak sehingga
boleh mewujudkan penyakit yang menjejaskan kesihatan manusia lain. Sebagai contoh
bekas-bekas makanan yang dibuang oleh masyarakat di merata menyebabkan penampungan
air ketika hujan berlaku seterusnya pembiakan nyamuk dan membawa penyakit denggi.

Terdapat juga segelintir masyarakat yang membuang sisa pepejal domestik di kawasan
sungai yang menyebabkan sungai kotor dan tercemar serta bahaya bagi penduduk sekitar
tempat tersebut. Ianya juga boleh membawa bau yang kurang menyenangkan seperti busuk.
Pembuang plastik yang tidak teratur juga iaitu dengan membakar plastik secara terbuka
tersebut menyebabkan bahan kimia dilepaskan ke udara yang mengakibatkan masalah
pernafasan dalam kalangan manusia. Plastik yang terbiar tersebut mempunyai bahan kimia
yang bahaya yang mendatangkan keburukan kepada alam sekitar. Oleh itu, semua pihak perlu
cakna dan mengetahui dalam menangani isu ini. Di rumah, Ibu bapa juga boleh mengasingkan
sisa makanan dengan sisa pepejal di plastik yang berbeza. Perkara ini boleh dicontohi dan
diikuti anak-anak pada masa akan datang. Kerajaan juga boleh melancarkan kempen kitar
semula yang memberikan kesedaran dan peringatan kepada belia-belia tentang kesan
pembuangan sisa pepejal ini dengan cara yang salah.

7

Bagi menyelesaikan masalah isu semasa sisa pepejal domestik yang tidak terkawal
dengan produk teknologi hijau adalah plastik terbiodegradasi. Definisi plastik terbiodegradasi
ialah merupakan plastik yang terurai dan mereput sepenuhnya pada tempoh tertentu. Serta
produk ini juga bagus dan mudah kompos. Terdapat dua jenis plastik terbiodegradasikan iaitu
plastik hidro-terbiodegradasikan (HBP) dan plastik okso-terbiodegradasikan (OBP). Plastik
hidro-terbiodegradasi ini lebih cepat terurai dan degradasi berbanding plastik
okso-terbiodegradasikan. Bagi HBP ini diperbuat oleh sumber yang boleh diperbaharui
manakala bagi OBP pula diwujudkan dengan sedikit sebatian asid lemak logam peralihan
tertentu. Walau bagaimanapun, kedua-duanya bagus dan serupa untuk digunakan di kehidupan
seharian. Biodegradasi merupakan satu penguraian pengurusan sisa dan pemulihan alam
sekitar iaitu biopemulihan. Bahan organik boleh terdegradasi melalui aerob oleh oksigen atau
anaerob tanpa oksigen. Maka, plastik terbiodegradasi boleh digunakan bagi menyelesaikan
masalah isu semasa global di atas kerana ianya memberikan kebaikan kepada alam sekitar
disebabkan oleh penguraian yang singkat, boleh diperbaharui dan juga yang penting lebih
mudah dikitar semula. Berbeza dengan plastik yang biasa digunakan di rumah itu kerana
mengambil masa yang lama untuk terurai. Plastik merupakan sisa pepejal domestik yang
banyak di negara kita. Oleh itu, kempen bagi pengurangan plastik ini perlu dilaksanakan
dengan menggantikan penggunaan plastik biasa kepada plastik terbiodegradasi bagi kegunaan
seharian manusia.

Selain itu, pengurusan sisa pepejal domestik penting dalam kehidupan harian manusia.
Hal ini kerana bagi mengelakkan pencemaran berlaku. Oleh itu, Ibu bapa boleh menghasilkan
daripada sisa makanan yang dibuang oleh manusia ini boleh dihasilkan sebagai baja kompos.
Sisa domestik tersebut boleh diolah supaya menjadi suatu benda yang baharu sebagai contoh
baja kompos tersebut tadi. Baja kompos ini merupakan baja organik yang dihasilkan melalui
sisa makanan manusia di rumah iaitu daripada makanan harian seperti kulit buah-buahan dan
sayur-sayuran. Baja kompos ini boleh disediakan dengan mudah di rumah oleh Ibu bapa.
Masyarakat boleh melakukannya dengan menggunakan bahan-bahan di rumah dan juga sisa
domestik tersebut. Baja kompos ini menjimatkan wang daripada membeli baja kimia untuk
memberikan nutrisi kepada tumbuhan yang ditanam. Oleh itu, perkara ini membantu dalam
masalah pembuangan sampah dan sisa pembuangan domestik yang tidak terkawal.

8

Kesimpulannya, alam sekitar ini merupakan anugerah tuhan yang ternilai. Hal ini kerana
manusia sering bergantung kepada hasil-hasil daripada sumber alam semula jadi ini. Maka
ianya merupakan tanggungjawab semua lapisan masyarakat dalam memastikan alam sekitar ini
bersih dan ceria untuk dipandang. Hal ini kerana alam sekitar yang bersih dan ceria ini dapat
melahirkan suasana yang nyaman dan selesa kepada penduduk di muka bumi ini serta
menjamin kehidupan yang sihat sejahtera. Bukan itu sahaja kita juga dapat menghirup udara
yang segar dan bersih ketika berjalan atau melakukan aktiviti riadah serta dapat menikmati
pemandangan tumbuhan-tumbuhan yang hijau di sekitarnya. Alam sekitar yang bersih ini dapat
membolehkan masyarakat dalam menjalankan aktiviti-aktiviti riadah dengan baik dan mudah.
Perkara ini sekali gus dapat membantu menyihatkan tubuh badan dan melahirkan manusia
yang aktif dalam beriadah. Jadi, ibu bapa perlu memupuk anak-anak dalam menjaga alam
sekitar dengan tidak membuang sampah sesuka hati dan juga pihak sekolah boleh melakukan
kempen kitar semula bagi memperkenalkan jenis-jenis bahan kitar semula kepada murid-murid.

Oleh itu, bagi menjaga alam sekitar ini di Malaysia telah mengamalkan penggunaan
teknologi hijau dalam kehidupan. Hal ini kerana teknologi hijau ini membantu dalam
mengurangkan pencemaran kepada muka bumi dan juga produknya yang mesra alam. Jadi,
semua lapisan masyarakat mestilah memanfaatkan dengan menggunakan sebaik-baiknya
penggunaan teknologi hijau dalam kehidupan manusia. Ianya juga merupakan satu sistem yang
dapat mengurangkan kerosakan dan menjadi kegunaan manusia pada masa depan. Bermula di
rumah Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan dan
menggunakan produk teknologi hijau yang senang dan mudah yang boleh diaplikasikan serta
menunjukkan contoh kepada anak-anak mereka. Bukan itu sahaja, pihak sekolah dan semua
lapisan masyarakat juga boleh mula mempelajari dan mengenali produk teknologi hijau yang
ada di Malaysia. Mereka juga boleh menerapkan di rumah dan mengetahui kepentingan produk
teknologi hijau. Melalui penggunaannya, ia juga dapat memulihara dan memelihara alam sekitar
daripada terus tercemar dengan tangan manusia yang tidak bertanggung jawab serta dapat
menjamin kehidupan yang sihat sejahtera dan lebih baik pada masa akan datang.

9

Rujukan
Mohd Zuhdi Marzuki & Amer Saifude Ghazali. (2002). Etika Alam Sekitar: Daripada Perspektif

Islam, Timur dan Barat. Bentong : PTS Publications.
Murtedza Mohamed. (1991). “Sumber Alam”, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Hasmira & Romli Aziz. (2011). Isu-Isu dan cabaran dalam pembangunan bandar hijau yang

disokong oleh Pembangunan Teknologi Hijau Negara.
Noor Shakirah Mat Akhir. (2004). Rohani Manusia dan Alam Sekitar dari Perspektif Islam.

Jurnal IKIM,12(2).
Jamilah Hj. Ahmad., Hasrina Mustafa., Hamidah Abd Hamid & Juliana Abdul Wahab. (2011).

Pengetahuan, sikap dan amalan masyarakat Malaysia terhadap isu alam sekitar.
Akademika, 81(3), 103-115.

10


Click to View FlipBook Version