KISAH ZARA KISAH ZARA Nur Hananie
Zara tinggal di Taman Indah. Rumah keluarga Zara sangat besar dan cantik. Bahagian luar rumah juga kelihatan bersih dan kemas. Terdapat pokok bunga yang berwarna-warni di halaman rumahnya. 1
Zara merupakan anak tunggal. Zara tinggal bersama ibu dan bapanya. Ibu Zara seorang suri rumah manakala bapa Zara pula seorang jurutera. 2
Ruang tamu rumah zara juga bersih. Susunan perabot juga kemas. 3
Zara bersekolah di Sekolah Kebangsaan Teratai. Sekolah Zara berdekatan dengan rumahnya. Dia sering ke sekolah bersama rakan baiknya, Lina. Zara berada di kelas empat Amanah bersama dengan Lina. 4
“Seronok kan pergi ke sekolah, Lina? Boleh jumpa rakan-rakan yang lain,” kata Zara kepada Lina. “Betul tu, kita juga dapat menimba ilmu,” jawab Lina. Mereka pun teruskan perjalanan ke sekolah. 5
Zara dikenali sebagai seorang yang suka belajar. Zara mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang dan menjadi murid terbaik bagi tahun empat. 6
Di rumah, Zara akan mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah lebih awal. Zara akan bersedia dengan topik pembelajaran pada esok hari. Dia juga suka membaca buku sebelum tidur. 7
Tetapi ada suatu rahsia yang tidak diketahui oleh kawan-kawannya iaitu Zara ini seorang yang pemalas. Dia sangat malas untuk menjaga kebersihan biliknya. Biliknya bersepah dengan pakaian dan barangnya. Ibunya juga sudah letih untuk menasihati Zara. 8
“Zara kemaslah bilik kamu tu, ibu tengok sangat bersepah. Sakit mata ibu melihatnya,” marah Ibu. “Ibu ni nantilah Zara kemas. Bilik tu tak ada lah sepah sangat,” jawab Zara. “Ikut kamu lah Zara,” sambung ibu. “Ibu jangan bimbang, cuti nanti Zara kemas,” kata Zara kepada ibu. 9
Keesokan hari di kelas, guru kelas Zara telah memberitahu untuk membawa barang kesayangan mereka ke kelas. Zara telah membawa kereta mainan yang dia paling sayang. “Ini lah barang kesayangan saya. Saya selalu membelinya setiap minggu bersama ibu,” jawab Zara sambil menunjukkan kereta mainannya kepada Lina. “Wah, menariknya barang awak, Zara! Saya tidak pernah bermain kereta mainan kerana di rumah saya hanya ada patung mainan saja,” kata Lina setelah melihat barang kesayangan Zara. 10
“Oh, menarik juga Lina !. Tak apa Lina, di rumah saya ada banyak kereta mainan. Marilah ke rumah saya hujung minggu ini. Kita boleh main bersama-sama,” ajak Zara. “Boleh ke? kalau begitu saya akan datang ke rumah awak hari Sabtu ini, Zara,” jawab Lina dengan nada yang gembira. Zara mengangguk. Mereka telah pun bersetuju untuk bermain kereta mainan di rumah Zara pada cuti ini. 11
Apabila pulang ke rumah, Zara memberitahu ibu bahawa Lina hendak datang ke rumah. 12
“Ibu, Sabtu ini Lina hendak datang ke rumah untuk bermain kereta mainan. Boleh ke ibu?,” tanya Lina kepada ibu. “Boleh, datanglah. Tapi kemas bilik kamu tu. Nanti Lina tidak selesa datang ke rumah,” kata ibu dengan nada yang risau. “Jangan risau ibu. Kami masih boleh bermain kereta mainan di sudut lain,” kata Zara kerana dia malas untuk mengemas biliknya. Ibu hanya menggeleng mendengar jawaban Zara. 13
Pagi Sabtu, Lina sampai di rumah Zara. Lina kagum melihat rumah Zara yang besar dan bersih itu. “Besarnya rumah kamu Zara. Mesti kamu seronok kan tinggal di sini?,” tanya Lina. “Mana ada, biasa sahaja rumah ini. Masih sama seperti rumah orang lain. Dah marilah masuk ke dalam,” jawab Zara. 14
Masuk sahaja ke dalam rumah Zara, Lina bertambah kagum melihat bahagian dalam rumah keluarga Zara yang bersih dan kemas. Tiada barang yang bersepah di lantai. Zara mengajak Lina masuk ke dalam bilik tidurnya. Zara berasa sungguh teruja untuk menunjuk koleksi kereta mainannya kepada Lina. 15
Lina agak terkejut melihat bilik Zara yang bersepah. Terdapat buku-buku yang berselerak di atas meja belajar, longgokan kain yang tidak berlipat dan mainan yang bertaburan di atas lantai. 16
“Zara bersepahnya bilik kamu. Kenapa kamu tidak mengemas bilik ?,” tanya Lina. “Tiada apa lah, nantilah saya kemas. Kita masih boleh bermain di sudut itu” jawab Zara. Zara tidak menghiraukan kata-kata Lina tersebut dan terus mengajaknya bermain di atas lantai. 17
Sedang asyik mereka bermain, tiba-tiba Lina ternampak seekor lipas. Lipas itu terus terbang ke arah Zara. Mereka terkejut. Lina menjerit ketakutan dan terus keluar dari bilik itu. Lina meninggalkan Zara berseorangan. 18
Mendengar jeritan mereka yang kuat itu, Ibu Zara pun datang. Lina memberitahunya bahawa terdapat lipas di dalam bilik Zara. Ibu Zara masuk ke dalam bilik tidurnya dan membunuh lipas tersebut. 19
Setelah itu, Zara dan Lina bergerak ke ruang tamu dengan membawa kereta mainan. Mereka menyambung semula bermain kereta mainan. 20
Setelah dua jam bermain, Lina pulang. Zara merasa sangat malu atas kejadian yang berlaku di biliknya itu dan meminta maaf kepada Lina. Zara juga mula sedar bahawa keadaan biliknya yang bersepah itu membuatkan Lina tidak selesa. 21
Ibu terus menasihati Zara untuk mengemaskan biliknya. “Lepas ni kamu perlu memastikan bilik tidur sentiasa kemas, barulah tiada haiwan yang datang. Kawan-kawan kamu juga akan selesa untuk datang bermain lagi,” nasihat Ibu kepada Zara. “Baiklah ibu, Zara akan lebih rajin untuk mengemas bilik,” jawab Zara. 22
Sejak kejadian itu, Zara mula menyesal dan berjanji akan membersihkan biliknya. Zara tidak lagi merungut dan sentiasa memastikan biliknya sentiasa terlihat kemas dan bersih. 23
Glosari risau bersepah timbunan leka bimbang berselerak longgokan asyik Pengajaran 1) Kita mestilah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. 2) Kita mestilah mendengar kata orang tua.
23